soalan excel2 bm1 set 1 stpm 2011 trial sabah
Post on 07-Apr-2018
277 Views
Preview:
TRANSCRIPT
-
8/4/2019 Soalan Excel2 Bm1 Set 1 Stpm 2011 Trial Sabah
1/22
JABATANPELAJARANNEGERISABAHJABATANPELAJARANNEGERISABAHJABAT
ANPELAJARANNEGERISABAHJABATANPELAJARANNEGERISABAHJABATANNEG
ERISABAHJABATANPELAJARANNEGERISABAHJABATANPELAJARANNEGERISAB
AHJABATANPELAJARANNEGEJABATANPELAJARANNEGERISABAHJABATANPELAJARANNEGERISABAHJABATANPELAJARANNEGEJABATANPELAJARANNEGERI
SABAHJABATANPELAJARANNEGERISABAHJABATANPELAJARANNEGEJABATAN
PELAJARANNEGERISABAHJABATANPELAJARANNEGERISABAHJABATANPELAJ
ARANNEGERIJABATANPELAJARANNEGERISABAHJABATANPELAJARANNEGERI
SABAHJABATANPELAJARANNEGEJABATANPELAJARANNEGERISABAHJABATAN
PELAJARANNEGERISABAHJABATANPELAJARANNEGEJABATANPELAJARANNE
GERISABAHJABATANPELAJARANNEGERISABAHJABATANPELAJARANNEGEJAB
ATANPELAJARANNEGERISABAHJABATANPELAJARANNEGERISABAHJABATANP
ELAJARANNEGEJABATANPELAJARANNEGERISABAHJABATANPELAJARANNEGERISABAHJABATANPELAJARANNEGEJABATANPELAJARANNEGERISABAHJABA
TANPELAJARANNEGERISABAHJABATANPELAJARANNEGERISABAHJABATANNE
GERISABAHJABATANNEGERISABAHJABATANNEGERISABAHJABATANPELAJAR
EXCEL 2 (6 ATAS)
SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA
Arahan kepada calon:
JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA ANDA DIBENARKAN
BERBUAT DEMIKIAN.
Ada enam puluh soalan dalam ujian ini. Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan
jawapan: anda dikehendaki memilih jawapan yang tepat sekali dan menandakan jawapan itupada Borang Jawapan Aneka Pilihan yang berasingan.
Baca arahan pada Borang Jawapan Aneka Pilihan itu dengan teliti.
Jawab semua soalan. Markah tidak akan ditolak bagi jawapan yang salah: jumlahmarkah anda dalam ujian ini ialah bilangan soalan yang dijawab dengan betul.
Kertas soalan ini terdiri daripada 20 halaman bercetak.
JPN SABAH 2011
STPM 910/1
Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*
STPM 2011910/1
BAHASA MALAYSIA
KERTAS 1
(Dua jam)
-
8/4/2019 Soalan Excel2 Bm1 Set 1 Stpm 2011 Trial Sabah
2/22
2
SULIT*
Soalan 1 hingga soalan 4 berdasarkan petikan di bawah ini.
Malam itu bulan cerah. Menebarkan cahayanya seperti pelangi, berkilauan di atas daun.
Tuk Mat hanya datang sekejap, sekadar memberi laporan bahawa segala-galanya sudah beres.
Berehat, pak, esok orang ramai, penat pula untuk melayan. Tuk Mat memberitahu.
Bapa jangan risau, semuanya sudah siap! tambahnya, menyalam tangan Pak Itam, lalu
meminta diri.
Hampir menitik air mata Pak Itam melihat susah payah dan pengorbanan Tuk Mat bagi
menjayakan niat dan cita-citanya. Rasanya, inilah khidmat baktinya yang terakhir. Melepaskan
kerinduannya untuk melihat anak-anak tanah Langat, teman taulan, sahabat dan cucu cicit anak-
anak remaja berkumpul dengan penuh keharmonian. Makanlah, minumlah, dan kalau ada yang
mahu makan rambutan yang kebetulan tengah bermusim, panjat di belakang rumah. Rambutangading ada, Cik Embong, rambutan Pak Ali, manggis, langsat, jambu air, semuanya tengah
menggugus di dahan. Durian pun tengah meluruh, tadi pun sudah dipesan kepada Mat Piah
peraih, pagi esok carilah durian di dusun lain. Pagi esok walau seulas pun tidak akan dijual.
Lusanya tentu semua surat khabar akan menyiarkan ceritanya, seorang pejuang
nasionalis, seorang penulis yang berani, yang masuk keluar penjara kerana memperjuangkan
nasib anak bangsanya.
Pak Itam sudah berfikir-fikir, budak-budak surat khabar sudah tentu mengerumuninya,
mungkin berpuluh kaset perakam suara mahu menemuramahnya. Sudah jelas dalam kepala Pak
Itam, kalau ditanya kenapa merayakan hari jadi di kampung, bukan di hotel besar, selesa dalam
dewan yang segar dengan serapan alat hawa dingin. Pak Itam senang sahaja menjawabnya; kalau
buat di hotel selain daripada tidak berkemampuan, orang kampung tidak akan merasa, rakyat
marhean tetap menggigit jari. Bukankah dia pemimpin rakyat marhean? Kalau dia mahu kaya
dari dahulu lagi dia sudah jadi jutawan, bukankah dia anak Melayu pertama jadi majistret di
Malaya. Belajar di tanah Inggeris. Orang Melayu masa itu huruf A pun dikatakan kayu pangkah,
bukankah peluang untuk menjadi orang kaya menganga di depan mata? Pak Itam tidak mahu.
(Dipetik dan diubahsuaikan daripada cerpen Memori Seorang Tua,Antologi Harga Remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka, 2010)
1 Apakah khidmat bakti Pak Itam yang terakhir?
A Mengadakan majlis hari jadi di dewan hotel yang berhawa dingin
B Berkongsi pengalaman sebagai seorang pejuang menentang penjajah
C Mengadakan jamuan makan untuk keluarga dan penduduk di kampung
D Menasihatkan anak-anak tanah Langat supaya tidak keluar masuk penjara
910/1
*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*
-
8/4/2019 Soalan Excel2 Bm1 Set 1 Stpm 2011 Trial Sabah
3/22
3
SULIT*
2 Pilih penyataan yang betul tentang perwatakan Pak Itam.
I Mendapat pendidikan Inggeris di Malaya
II Seorang penulis yang antipenjajah Inggeris
III Bercita-cita menjadi orang Melayu yang kaya
IV Bergantung hidup kepada hasil jualan buah-buahan
A I dan II
B I dan III
C II dan IV
D III dan IV
3 Pak Itam beranggapan dia akan dikerumuni dan ditemuramah oleh wartawan kerana dia
A merupakan majistret Melayu yang pertama
B berkongsi memori hidup dan perjuangannya
C mengadakan majlis hari jadi secara besar-besaran
D menanam pelbagai jenis rambutan di belakang rumahnya
4 Apakah mesej utama bagi petikan cerpen di atas?
A Majlis merayakan hari lahir penting bagi warga tua.
B Penduduk di kampung hidup dengan penuh keharmonian.
C Pemimpin rakyat marhean membela hak dan maruah bangsanya.
D Kakitangan kerajaan berpeluang menjadi jutawan dalam masyarakat.
Soalan 5 hingga soalan 7 berdasarkan petikan di bawah ini.
Pokok putat kampung atau nama saintifiknya Barringtonia racemosa merupakan pokok yang
tumbuh liar di kawasan tanah bencah dan tebing sungai. Pucuk putat bukan sahaja menjadi
kegemaran serangga tetapi dijadikan ulam oleh masyarakat kampung di Kelantan. Pucuk putat
merupakan ulam yang sukar diperoleh kerana pokok putat tidak mengeluarkan pucuk sepanjang
tahun.
Terdapat kajian yang dilakukan ke atas tumbuhan ini bagi mengenal pasti kepentingan
tumbuhan ini dalam perubatan. Antara kajian yang dijalankan termasuklah biji tumbuhan ini
dipercayai mampu merawat penyakit kanser dan ulser, manakala akar tumbuhan ini mempunyai
khasiat antibakteria.
Walaupun masyarakat mengamalkan pemakanan ulam pucuk putat, mereka masih tidak
mengetahui khasiat pucuk putat dan menyebabkan mereka tidak mementingkan penjagaan pokok
tersebut. Mereka hanya bergantung pada ekosistem bagi memastikan pokok putat tumbuh segar.
910/1
*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*
-
8/4/2019 Soalan Excel2 Bm1 Set 1 Stpm 2011 Trial Sabah
4/22
4
SULIT*
Sekumpulan penyelidik dari Universiti Malaysia Kelantan (UMK) telah berusaha
membongkar rahsia pucuk putat ini. Pasukan penyelidik terpaksa berjalan kaki sejauh tiga
kilometer untuk mencari pokok putat. Hal ini demikian kerana pokok putat telah banyak
berkurangan kerana tindakan manusia yang menceroboh kawasan tanah bencah dan tebing
sungai untuk pertanian. Pokok putut semakin pupus disebabkan oleh kerja penyelenggaraan dan
pendalaman sungai untuk mengelakkan banjir. Hasil penyelidikan yang dijalankan mendapati
bahawa daun putat bukan sahaja mempunyai antioksidan yang sangat tinggi tetapi komponen
antimikrob serta bahan aktif yang lain.
Untuk mengatasi masalah kekurangan pucuk putat yang boleh membekalkan bahan
antitoksin dalam badan manusia, pasukan penyelidik telah menghasilkan kapsul Wengtonia yang
dihasilkan daripada daun putat. Khasiat daun putat di dalam kapsul Wengtonia boleh dinikmati
sepanjang tahun tanpa perlu menunggu musim pokok putat mengeluarkan pucuk. Pengguna
kapsul Wengtonia bukan sahaja dapat menyahtoksin dalam badan mereka, tetapi dapat
memastikan bakteria jahat tidak membiak dalam badan mereka.
Bahan aktif yang terdapat dalam produk daun putat ini dipercayai ada persamaan dengan
bahan aktif yang ada dalam melodeon yang digunakan oleh Agensi Dadah Kebangsaan untuk
menjalankan proses penyahtoksin dan program pemulihan penagih dadah di semua Pusat Serenti
di Malaysia. Bahan ini juga berpotensi untuk dijadikan bahan untuk mengurangkan kesakitan
sebagaimana morfin. Kapsul Wengtonia yang merupakan bahan makanan semula jadi dipercayai
dapat mengeluarkan toksin daripada badan penagih dadah secara kekal dan tidak menimbulkan
kesan sampingan.
Walau bagaimanapun, setakat ini tiada kajian dilakukan ke atas tumbuhan ini sebagai
penyahtoksin penagih dadah, begitu juga dengan kebolehan tumbuhan ini melawan sel kanser
payudara. Oleh hal yang demikian, pasukan penyelidik UMK sedang bekerjasama dengan
Agendi Dadah Kebangsaan bagi menjalankan ujian klinikal tentang keberkesanan produk ini
dalam membantu penagih dadah menghilangkan ketagihan dadah.
(Dipetik dan diubahsuaikan daripadaDewan Kosmik, Februari, 2011)
5 Apakah fokus perbincangan petikan di atas?
A Kepupusan pokok putat di Malaysia
B Manfaat pucuk putat dari segi perubatan
C Kekurangan penyelidikan tentang pokok putat
D Pucuk putat merupakan sumber makanan masyarakat kampung
910/1
*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*
-
8/4/2019 Soalan Excel2 Bm1 Set 1 Stpm 2011 Trial Sabah
5/22
5
SULIT*
6 Usaha yang dapat menjamin bekalan pucuk putat yang mencukupi adalah dengan
I menggalakkan penyelidikan tentang khasiat pokok putat
II menghapuskan serangga perosak yang memusnahkan pucuk putat
III mengusahakan pokok putat sebagai tanaman makanan atau sayuran
IV menegah pembangunan di kawasan tanah bencah dan tebing sungai
A I dan II
B I dan III
C II dan IV
D III dan IV
7 Para penyelidik tempatan digalakkan mengkaji pokok putat kerana pokok putat
A berfungsi sebagai penyahtoksin bagi penagih dadah
B menghasilkan bakteria yang baik dalam badan manusia
C merupakan makanan kegemaran bagi serangga dan manusia
D boleh dikomersialkan sebagai produk kecantikan semula jadi
Soalan 8 hingga soalan 10 berdasarkan petikan di bawah ini.
Henry Ford, pelopor industri pembuat kereta pernah berkata bahawa sesiapa sahaja boleh
membakar gudangnya atau mengambil barang-barangnya, tetapi jangan ambil pekerjanya!
Kenyataan itu jelas membuktikan bahawa pekerja merupakan aset yang amat bernilai bagi
sesebuah organisasi atau perniagaan.
Tanpa komponen modal insan yang efisien dan inovatif bagi memenuhi perancangan dan
sasaran, sesebuah syarikat akan pincang dan tidak dapat beroperasi dengan efektif. Bagi
memastikan syarikat memanfaatkan sumber modal insan yang ada secara optimum, pengurusan
modal insan yang strategik perlu dilaksanakan.
Sebelum mengaplikasikan pengurusan strategik modal insan, syarikat atau pihak
pengurusan perlu menerima hakikat bahawa kejayaan mereka banyak bergantung pada
komitmen dan kesungguhan yang disumbangkan oleh pekerja kepada syarikat. Modal insan yang
dimiliki syarikat tanpa mengira peringkat, sama ada pekerja biasa, penyelia, pengurusan
pertengahan, atau pengurusan atasan, mempunyai peranan masing-masing dalam menentukan
kesinambungan, perkembangan, dan kejayaan syarikat. Dalam hal ini, keupayaan syarikat
menguruskan sumber tenaga manusia sebagai modal syarikat turut menentukan kejayaan syarikat
tersebut. Oleh sebab modal insan juga merupakan aset pelaburan penting, hala tujunya perlulah
bergerak selari dengan matlamat syarikat. Pada masa yang sama, pengurusan syarikat harus
menganalisis dan mengemas kini kaedah atau langkah pengurusan modal insan supaya syarikat
mampu memenuhi kehendak pelanggan dan sekali gus menyaingi pesaing dalam industri.
910/1
*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*
-
8/4/2019 Soalan Excel2 Bm1 Set 1 Stpm 2011 Trial Sabah
6/22
6
SULIT*
Sehubungan dengan hal itu, ciri pengurusan modal insan antara sebuah syarikat dengan
syarikat lain adalah berbeza dan dipengaruhi oleh jenis, saiz, struktur, dan gaya kepimpinan yang
dipraktikkan oleh syarikat. Walau bagaimanapun, pengurusan modal insan syarikat perlu ada
beberapa ciri utama, iaitu memastikan pencapaian yang optimum, memberikan penekanan
terhadap pembentukan strategi yang strategik, melibatkan sokongan dan komitmen daripada
pelbagai pihak dalam syarikat serta mengaplikasikan pendekatan yang komprehensif dan
bersepadu.
Selain hal itu, ciri utama lain yang diperlukan dalam pengurusan modal insan ialah
keutamaan terhadap budaya dan nilai syarikat, kewujudan perhubungan sumber tenaga manusia
secara berpasukan, sistem ganjaran yang berbeza berdasarkan prestasi, persaingan yang sihat dan
pengembangan kemahiran serta memotivasikan pekerja. Salah satu perancangan yang perlu ada
dalam pelan pembangunan modal insan ialah skim latihan bagi meningkatkan kemahiran, kualiti
dan pengetahuan tenaga pekerja.
Oleh sebab negara menyediakan peruntukan belanjawan yang besar dalam pembangunan
modal insan domestik, sektor swasta turut dilibatkan bagi memastikan usaha dalam menjanakan
ekonomi negara tercapai. Penggemblengan usaha antara sektor awam dan sektor swasta secara
lebih menyeluruh perlu terus diperkasakan lagi bagi menjamin pembangunan modal insan yang
berkualiti di Malaysia.
(Dipetik dan diuabahsuaikan daripadaDewan Ekonomi, Februari, 2010)
8 Yang berikut ialah faktor penentu kejayaan sesebuah syarikat kecuali
A hala tuju pekerja selari dengan matlamat syarikat
B keupayaan syarikat menguruskan tenaga pekerjanya
C peruntukan belanjawan yang besar untuk upah pekerjanya
D kaedah pengurusan modal insan memenuhi kehendak pelanggan
9 Yang manakah ciri-ciri pengurusan modal insan yang efektif?
I Mengutamakan pembentukan budaya dan nilai syarikat
II Mengeksploitasi semua pihak untuk pulangan yang optimum
III Menyediakan skim latihan untuk peningkatan prestasi pekerja
IV Menggalakkan kesamarataan dalam semua aspek untuk pekerja
A I dan II
B I dan III
910/1
*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*
-
8/4/2019 Soalan Excel2 Bm1 Set 1 Stpm 2011 Trial Sabah
7/22
7
SULIT*
C II dan IV
D III dan IV
10 Apakah tajuk yang sesuai bagi rencana di atas ?
A Modal Insan Aset Syarikat
B Peranan Setiap Peringkat Modal Insan
C Pelan Strategik Pengurusan Modal Insan
D Modal Insan di Sektor Awam dan Swasta
11 Bahasa Austronesia
X Y ZNusantara
Fiji Irian Hawaii Tonga
BahasaX, Y, danZdalam rajah di atas ialah
12 Yang manakah padanan yang betul antara batu bersurat dengan tempat dan tulisan?
910/1
*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*
X Y Z
A Mikronesia Polinesia Melanesia
B Polinesia Mikronesia Melanesia
C Polinesia Melanesia MikronesiaD Melanesia Mikronesia Polinesia
-
8/4/2019 Soalan Excel2 Bm1 Set 1 Stpm 2011 Trial Sabah
8/22
8
SULIT*
Batu Bersurat Tempat Tulisan
A Kedukan Bukit Palembang Palava
B Talang Tuwo Palembang Nagiri
C Gandasuli Acheh Palava
D Pagar Ruyung Acheh Nagiri
13
Ciri bahasa Melayu klasik yang tidakterdapat dalam petikan di atas ialah
A penggunaan partikelB penggunaan ayat pasif
C penggunaan kata pangkal ayat
D penggunaan imbuhan pinjaman
14
Pilih penyataan yang benar tentang bahasa Melayu pada batu-batu bersurat di atas.
I Perkembangan bahasa Melayu bermula di Acheh
II Tulisan Arab telah mula digunakan dalam bahasa Melayu
III Bahasa Melayu banyak digunakan dalam bidang ekonomi
IV Peralihan pengaruh Hindu-Islam wujud dalam bahasa Melayu
A I dan II
B I dan III
C II dan IV
D III dan IV
15
Kongres Bahasa dan
Persuratan MelayuFokus perbincangan / Resolusi
I Kali pertama (1952) PTulisan Rumi dan Jawi boleh digunakan dalam
persuratan Melayu
II Kali ke-2 (1954) QMenilai prestasi pelaksanaan bahasa kebangsaan
secara menyeluruh
910/1
*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*
Pagar Ruyung, Aceh (1356M
Minye Tujuh, Aceh (1380M)
Sungai Teresat, Kuala Berang (1303M)
Ya, tuanku puteri, apalah salahnya tuan puteri bersaudara dengan
Inderputera kerana ia pun anak raja besar, kata peri itu kepada
Tuan Puteri Seri Ratna dan didengar oleh para hadirin .
-
8/4/2019 Soalan Excel2 Bm1 Set 1 Stpm 2011 Trial Sabah
9/22
9
SULIT*
III Kali ke-3 (1956) RPenubuhan Balai Pustaka (Dewan Bahasa dan
Pustaka)
IV Kali ke-4 (1984) STulisan Rumi dirasmikan bagi persuratan
Melayu tetapi tulisan Jawi tidak dihapuskan
Yang manakah padanan yang betul antara Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu dengan
fokus perbincangan atau resolusinya?
I II III IV
A P Q S R
B Q P R S
C S R Q P D P S R Q
16
Dalam perancangan bahasa, proses di atas merujuk kepada proses
A pemupukan
B pengekodan
C penyusunan strategi
D pemasyarakatan bahasa
17 Antara berikut, istilah yang manakah dibentuk melalui proses pinjam terjemahan
langsung?
I solube - larut
II radius - jejari
III up date - kemas kini
IV resistance - rintangan
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
910/1
*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*
Usaha-usaha untuk mengembangkan bahasa supaya tercapai keadaan saling
terjemah dengan bahasa-bahasa moden yang lain.
-
8/4/2019 Soalan Excel2 Bm1 Set 1 Stpm 2011 Trial Sabah
10/22
10
SULIT*
D III dan IV
18 Perbezaan antara bahasa halus dengan bahasa mesra adalah dari segi penggunaan
I kosa kata
II kata sapaan
III kata ganti diri
IV percampuran kod
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV
19
Ciri-ciri di atas memperlihatkan laras bahasa
A iklan
B akademik
C media massa
D undang-undang
20
Jenis Laras Contoh
I Iklan PGempa bumi dan tsunami yang melanda Jepun telah
mengubah kedudukan negara itu di peta dunia.
II Ekonomi QKonsep langit terbuka membolehkan manusia
mengakses maklumat tanpa sekatan di serata dunia.
III Akademik RJadilah ibu-ibu yang penyayang dengan menggunakan
beras organik untuk menjamin tumbesaran anak-anak
IV Media massa S
Perdana Menteri mengumumkan pertambahan
peruntukan sebanyak 60 juta untuk pembangunan fiskal
di bawah NKRA.
Pilih padanan yang betul antara jenis laras dengan contohnya.
I II III IV
A P Q S R
B R Q P S
C Q T S p
910/1
*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*
Ada unsur kematangan dan keintelektualan
Disampaikan secara formal dan objektif
-
8/4/2019 Soalan Excel2 Bm1 Set 1 Stpm 2011 Trial Sabah
11/22
11
SULIT*
D R S Q P
21
Wacana di atas menunjukkan hubungan semantik dari segi
A sebab dan hasil
B hasil dan kesimpulan
C latar dan kesimpulan
D kesan dan kesimpulan
22
Penyataan di atas menepati ciri-ciri retorik
A pemerian
B penceritaan
C pendedahan
D penghujahan23
Berdasarkan penyataan di atas, penulis mengemukakan idea dengan menggunakan kaedah
A analogi
B induksi
C deduksi
D takrifan
24 Yang manakah padanan yang sesuai antara rujukan kehormat dengan orang yang disapa
dalam jadual di bawah?
Rujukan Hormat Orang yang disapa
I Yang Mulia P Datuk Sri Muthu Samy
II Yang Berusaha Q Ketua Jajahan Kuala Krai
910/1
*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*
Menggunakan kaedah naratif Memanfaatkan kemahiran stilistik
Mementingkan pemilihan maklumat supaya dapat menimbulkan kesan
Corak dan warna batik sutera itu amat cantik.
Butik Maya rupa-rupanya yang menghasilkannya.
Perlembagaan Malaysia menetapkan bahawa pilihan raya umum negara ini harus
dijalankan dalam masa lima tahun sekali. Semua rakyatdiberi hak atau kebebasan
untuk mengundi bagi memilih wakil mereka. Malaysia ialah negara yang
mengamalkan sistem pemerintahan demokrasi.
-
8/4/2019 Soalan Excel2 Bm1 Set 1 Stpm 2011 Trial Sabah
12/22
12
SULIT*
III Yang Berbahagia R Profesor Madya Tengku Dr.Kamal
IV Yang Amat Berhormat S Timbalan Ketua Menteri Sabah
I II III IV
A P S Q R
B R Q P S
C S P R Q
D Q R S P
25 Pilih penyataan yang benar tentang konsep berkaitan bidang fonologi.
A Artikulator yang paling aktif ialah lelangit keras dan gusi
B Semua bunyi konsonan mesti menggetarkan pita suara ketika dihasilkan
C Semua bunyi vokal terpaksa mengalami sekatan ketika melalui rongga mulut
D Bunyi diftong teridri daripada rentatan dua vokal, tetapi dianggap sebagai satu fonem
26 Yang manakah padanan yang betul antara bunyi diftong dan vokal rangkap dengan
perkataan yang diberi?
27 Yang manakah kumpulan kata yang kesemua perkataannya mempunyai vokal tengah?
A sendat, serong, engsel
B kemelut, sistem, emping
C lembut, kelmarin, lewah
D sementara, kelongsong, benteng
910/1
*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*
Diftong Vokal rangkap
A bersauh berbaik
B bermain bersidai
C berkilauan berpaut
D berpantai bergulai
-
8/4/2019 Soalan Excel2 Bm1 Set 1 Stpm 2011 Trial Sabah
13/22
13
SULIT*
28 Yang manakah padanan yang betul antara nama fonem dan lambang fonetiknya?
[ n ] [ e ] [ t ]
ASengauan dua bibir
bersuara
Vokal depan separuh
luas
Letupan gigi gusi
bersuaraB
Sengauan lelangit
lembut bersuaraVokal depan luas
Letupan gigi gusi tak
bersuara
CSengauan lelangit
keras bersuara
Vokal depan separuh
luas
Letusan gigi gusi
bersuara
DSengauan gusi
bersuara
Vokal depan separuh
sempit
Letusan gigi gusi tak
bersuara
29
Pilih padanan yang betul antaraX, Y, danZdengan contoh kata yang diberi.
30 Antara penyataan berikut, yang manakah tidakbenar tentang bunyi getaran?
A Daerah artikulasnya ialah lidah dan gusi
B Boleh terletak di awal, tengah, dan akhir kata
C Udara dari paru-paru keluar melalui rongga mulut
D Boleh menghasilkan bunyi bersuara dan tak bersuara
31
Yang manakah padanan yang betul antara perkataan dan lambang fonetiknya?
910/1
*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*
X Geseran lelangit lembut tak bersuara
Y Geseran lelangit keras-gusi tak bersuara
Z Geseran bibir-gigi tak bersuara
X Y Z
A ikhtiar masyhur hafal
B khabar baligh daif
C ghaib syarat versi
D maghrib tarikh universiti
Perkataan Lambang fonetik
I nyala [ ala ]
II wangi [ wa i ]
III salak [ sala ]
IV baligh [ bali ]
-
8/4/2019 Soalan Excel2 Bm1 Set 1 Stpm 2011 Trial Sabah
14/22
14
SULIT*
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV
32 Kumpulan perkataan manakah yang kesemua ejaan perkataanya mematuhi pola
keselarasan vokal?
A Bilik, tengkujuh, selekoh
B Rempuh, faktor, gabenor
C Celoteh, sembelih, lancong
D Kelompok, pamer, lembayung
33 Yang manakah kata tunggal?
A Biadap
B Swasta
C Gemilang
D Mahasiswa
34 Yang manakah padanan yang betul antara jenis kata tugas dengan contohnya?Kata prafrasa Kata praklausa Kata penyambung ayat
A masih, antara minta, benar hingga, kemudian
B jangan, akan hatta, betul lalu, bagaimanakah
C sangat, serta syabas, sila demi, syahadan
D harus, amat umpama, dari dan, tatkala
35 Yang manakah ayat yang tidak mempunyai kata adjektif bentuk?
A Garis lurus menembusi dua titik.
910/1
*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*
-
8/4/2019 Soalan Excel2 Bm1 Set 1 Stpm 2011 Trial Sabah
15/22
15
SULIT*
B Ruang tamu yang kecil mudah diurus.
C Ada dua vokal bundar dalam bahasa Melayu
D Adik perempuannya mudah dikenal pasti kerana berdagu lekuk.
36
P Pasukan penyelamat meninjau kawasan banjir dengan menaiki kapal terbang.
Q Cubalah bertanya pada orang kampung itu kalau-kalau dia mengetahuinya.
Kata hubung keterangan yang terdapat dalam ayat P dan Q ialah kata hubung keterangan
P Q
A cara harapan
B tujuan syarat
C musabab tujuan
D akibat akibat
37 Kata terbitan berikut telah mengalami perubahan golongan kata setelah menerimaimbuhan, kecuali
A kekotoran
B menyertai
C membohongi
D pertumbuhan
38 Ayat yang manakah yang menggunakan kata sendi nama + kata arah dengan betul?
I Remaja itu diletakkan di bawah penjagaan keluarga angkat yang baharu.
II Di dalam mesyuarat itu, satu resolusi diambil untuk mengatasi masalah.
910/1
*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*
-
8/4/2019 Soalan Excel2 Bm1 Set 1 Stpm 2011 Trial Sabah
16/22
16
SULIT*
III Mangsa gempa bumi di bawah runtuhan bangunan itu telah diselamatkan.
IV Puan Lily menyimpan barang kemasnya di dalam peti keselamatan di bank.
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV
39 Ayat yang manakah menggunakan kata kerja berimbuhan memper-i dengan betul?
A Tugu itu dibina untuk memperingati mangsa korban dalam tsunami itu.
B Para pelajar memperolehi banyak petua menjawab soalan dalam seminar itu.
C Kita perlu memperhalusi terma-terma yang ditawarkan oleh syarikat insuran itu.D Pekerja-pekerja itu diupah untuk memperbaiki bangunan yang rosak akibat taufan.
40 Yang manakah ayat yang menggunakan kata kerja berakhiran -i yang membawa maksud
kausatif?
A Mereka turuni lurah yang curam itu.
B Anak saya naiki bas ke sekolah setiap hari.
C Mereka dekati kawasan bencana alam yang melanda kawasan itu.
D Saya sudahi ucapan saya dengan menitipkan salam kepada hadirin.
41 Yang manakah ayat yang mengandungi kata ganda yang menunjukkan perbuatan yang
berpanjangan?
A Pasukan ragbi itu melambai-lambai ke arah penyokong setia mereka.
B Gadis itu tidak mahu ditinggalkan kerana terlalu berkasih-kasihan dengannya.
C Penduduk kampung sedang bertungkus-lumus untuk membersihkan taman itu.
D Ali ditegur oleh gurunya kerana asyik berangan-angan ketika sesi perbincangan.
910/1
*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*
-
8/4/2019 Soalan Excel2 Bm1 Set 1 Stpm 2011 Trial Sabah
17/22
Gapena
17
SULIT*
42
Kata akronim di atas terbentuk daripada cara
A cantuman huruf awal perkataan
B cantuman suku kata awal perkataan
C cantuman huruf dan suku kata perkataan
D cantuman bahagian awal perkataan pertama dengan bahagian lain perkataan kedua
43 Yang manakah ayat yang tidakmempunyai kata majmuk?
A Fatimah akan menghadiri mesyuarat pada tengah hari ini.
B Harga ikan dan sayur-sayuran di pasar tani itu agak murah.
C Puan Azian memakai baju kebaya moden pada setiap hari Jumaat.
D Kerani itu telah dinaikkan pangkat sebagai setiausaha bagi Pengurus Besar.
44
Jenis ayat Contoh
I Ayat dasar P Tolong selesaikan pergaduhan itu
II Ayat tunggal Q Bukan senang pertandingan aktiviti lasak itu.
III Ayat songsang R Warga emas mengharapakan kasih sayang kita.
IV Ayat pasif S Telefon bimbit yang hilang itu sudah saya temui.
Yang manakah padanan yang betul antara jenis ayat dengan contohnya?
45 Ayat manakah yang mengandungi objek sipi?
A Mereka membeli makanan dan minuman di kedai baharu itu.B Ayah membukakan tetamu pintu supaya mereka masuk ke rumah.
910/1
*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*
I II III IV
A R P Q S
B Q S R P
C P R S Q
D S Q P R
-
8/4/2019 Soalan Excel2 Bm1 Set 1 Stpm 2011 Trial Sabah
18/22
18
SULIT*
C Pelukis itu sedang melukis potret pemimpin tersohor di negara jiran.
D Kakak sedang menyediakan kuih-muih untuk anak-anak yatim di pusat itu.
46 Yang manakah ayat yang mengandungi kata kerja tak transitif dengan pelengkap frasa
sendi nama?
A Dia berbantalkan lengan ketika sesat di dalam hutan.
B Sejak kecil lagi, Zaki ingin menjadi pengawas di sekolahnya.
C Keluarga kami bermastautin di negara ini sejak sepuluh tahun lalu.
D Masyarakat orang asli di negara itu masih tinggal miskin di pedalaman.
47 Yang manakah ayat yang mengandungi frasa adjektif yang menunjukkan keserasian
makna?
I Hang Jebat terkenal sebagai pahlawan yang gagah berani.
II Perigi di belakang rumah kering kontang pada musim kemarau.
III Penat lelahnya selama ini berbaloi kerana perniagaannya kian maju.
IV Sejak terlibat dalam perniagaan hartanah, Encik Ali menjadi kaya raya.
A I dan II
B I dan III
C II dan III
D III dan IV
48 Antara berikut, ayat yang manakah telah mengalami pendepanan sebahagian predikat?
A Pernah berkunjung keluarga itu ke luar negara.
B Masih belum sampai pengerusi majlis itu.
C Kepada pekerja di kilang surat arahan itu.
D Tidak berguna lagi penyesalannya.
49 Yang manakah padanan yang betul antara jenis ayat dengan contoh ayat yang diberi?
Contoh ayat Jenis ayat
I Pujuklah budak yang menangis itu. P Ayat permintaan
II Tak usahlah kita ambil tahu tentangnya. Q Ayat larangan
III Jemputlah minum kopi yang terhidang itu. R Ayat silaan
IV Tolong berikan jawapan pada hari Isnin. S Ayat suruhan
910/1
*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*
-
8/4/2019 Soalan Excel2 Bm1 Set 1 Stpm 2011 Trial Sabah
19/22
Perdana Menteri telah mengumumkan bahawa skim pinjaman perumahan
kerajaan diperluas kepada rakyat yang berpendapatan kurang RM3000.
19
SULIT*
I II III IV
A S P Q R
B P Q S R
C R S Q P
D S Q R P 50 Ayat yang manakah yang tidakboleh dipasifkan?
A Kereta abang melanggar tembok konkrit itu.
B Cita-citanya ingin menjadi guru bahasa Melayu.
C Pihak berkuasa telah melanjutkan tempoh membayar saman.
D Mereka tidak menyokong usul pembangkang di Dewan Rakyat.
51 Yang manakah ayat majmuk gabungan yang susunannya memberi maksud pertentangan
fakta?A Ibu memasak di dapur dan ayah makan nasi lemak di meja.
B Aminah menonton televisyen sambil mengunyah makanan ringan.
C Bukan orang jahat yang menang, melainkan orang yang sentiasa berbuat baik.
D Rakannya itu bukan sahaja berbudi bahasa, malahan mempunyai rupa yang cantik.
52
Ayat majmuk di atas ialah ayat komplemen
A frasa nama objek tepat
B frasa nama subjek
C frasa adjektif
D frasa kerja
53
Contoh ayat keterangan Maksudketerangan
I Atlet itu berjaya lantaran usaha yang bersungguh-sungguh. P Akibat
II Penonton itu bersorak terlalu kuat hingga serak tekaknya. Q Tujuan
III Tatkala air banjir meningkat mereka masih tidur lena. R Waktu
IVDua buah bank itu bergabung bagi membentuk syarikat
yang lebih kukuh.S Musabab
Pilih padanan yang betul antara contoh ayat keterangan dengan maksud keterangannya.
910/1
*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*
I II III IV
A Q P S R
B S Q R P
C R S P Q
D S P R Q
-
8/4/2019 Soalan Excel2 Bm1 Set 1 Stpm 2011 Trial Sabah
20/22
20
SULIT*
54 Ayat
Frasa Nama Relatif Frasa Adjektif
Kata Penguat Kata Adjketif Ayat Komplemen
Pilih ayat yang menepati rumus di atas.
A Mereka sungguh sedar bahawa persiapannya tidak mencukupi.
B Pelatih lelaki itu terlalu lemah untuk melakukan latihan yang lasak itu.
C Dia yang kecil itu amat percaya bahawa dia mampu mengangkat peti itu.
D Askar yang penat itu sangat yakin dengan semangat perjuangan pasukannya.
55 Ayat berikut telah mengalami proses pengguguran, kecuali
A perbuatan peragut itu telah dikecam dengan hebatnya
B bersenam beleh menyihatkan badan kita
C kejadian itu sungguh memeranjatkan
D kereta kuning itu kepunyaan ayah
56 Ayat yang manakah telah mengalami proses penyusunan semula?
I Pendaki itu berjaya juga akhirnya
II Kemerdekaan negara ini perlu kita pertahankan.
III Orang itukah adik sepupu anda yang belajar di Jerman?
IV Penyelaras kursus itu menjalankan tugas dengan tegas sungguh.
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV
57
Ayat di atas menunjukkan berlakunya proses
910/1
*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*
Pekerja di tapak pembinaan itu telah memasang papan tanda amaran
yang berwarna merah di lokasi berbahaya.
-
8/4/2019 Soalan Excel2 Bm1 Set 1 Stpm 2011 Trial Sabah
21/22
21
SULIT*
A peluasan frasa predikat
B peluasan frasa keterangan
C peluasan dengan kata hubung
D peluasan melalui komplementasi
58
X Y
Bunga
Kemboja
Mawar
Orkid
Teratai
Kenanga
X dan Y dalam rajah di atas merujuk kepada
X Y
A hiponim superordinat
B sinonim polisemi
C superordinat hiponim
D polisemi hononim
59 Peribahasa yang berikut mempunyai maksud yang hampir sama kecuali
A cubit peha kanan peha kiri turut terasa
B ringan sama dipikul ringan sama dijinjing
C ke bukit sama didaki ke lurah sama dituruni
D hati kuman sama dicecah hati gajah sama dilapah
60
Jenis peribahasaXdan Ydi atas ialah
X Y
A perumpamaan bidalan
910/1
*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*
X Sesat di hujung jalan, balik ke pangkal jalan
Y Kuman di sebarang laut nampak, gajah di depan mata tidak kelihatan
-
8/4/2019 Soalan Excel2 Bm1 Set 1 Stpm 2011 Trial Sabah
22/22
22
SULIT*
B perbilangan pepatah
C pepatah perbilangan
D bidalan perumpamaan
910/1
top related