soalan 8 tajuk: pecah sempadan, pecah bahagian dan ...bahagian tanah yang dipunyai itu akan...

Post on 13-Feb-2018

315 Views

Category:

Documents

11 Downloads

Preview:

Click to see full reader

TRANSCRIPT

Soalan 8Tajuk: Pecah Sempadan, PecahBahagian dan Penyatuan Tanah

BAHAGIAN SEMBILAN DALAM KANUNTANAH NEGARA: PECAH SEMPADAN TANAH

BAB 1: PECAH SEMPADAN TANAHBAB 2: PECAH BAHAGIAN TANAHBAB 3: PENYATUAN TANAH

BAB 1: Pecah Sempadan Tanah

Pengenalan

Mana-mana tanah yang dipegang oleh dua orangatau lebih selaku pemilik bersama boleh dipecahsempadannya supaya tiap-tiap orang mempunyaisebahagian daripada tanah tersebut. Apabilapecah sempadan, tiap-tiap seorang pemilikbersama akan mempunyai milik berasingan

Bahagian tanah yang dipunyai itu akanmempunyai peratusan bahagian yang samaseperti yang dipunyai olehnya sebelum pecahsempadan dilakukan

Perihal berkaitan dengan tanah telahdiperuntukkan dalam seksyen 135 hingga 139Kanun Tanah Negara 1965 (KTN).

KUASA UNTUK MEMECAH SEMPADAN

seksyen 135 (2) KTN;Dalam ketiadaan apa-apa arahan yangberlawanan oleh pihak Berkuasa Negeri,kelulusan yang dikehendaki oleh subseksyen (1)hendaklah diberi-(a) oleh Pengarah Negeri dalam kes tanah yangdipegang di bawah hak milik PejabatPendaftaran(b) oleh Pentadbir Tanah dalam kes tanah yangdipegang di bawah hak milik Pejabat Tanah

Sebelum pecah sepadan tanah boleh dilakukan,seksyen 141 (1) (a) KTN memperuntukkanbahawa kesemua pemilik bersama mestimemberi persetujuan

LEE CHUAN TUAN V COMMISSIONER OFLAND AND MINES JOHOR BAHRU

Pemilik tanah telah memberi pajakan kepadapemohon untuk tempoh 75 tahun

Di bawah syarat-syarat pajakan, pemohon perlumembangunkan tanah tersebut

Oleh sebab itu, beliau mempunyai kebebasanuntuk membuat pecah sempadan terhadap tanahitu

Pemohon membuat permohonan kepada pejabattanah untuk membuat pecah sempadan

Permohonan ini ditolak

Persoalan yang dibangkitkan:a) sama ada penerima pajakan seperti yang

berada dalam kes ini adalah pemilik berdaftartanah mengikut Kanun Tanah Negara

b) jika tidak, sama ada pajakan memberikankuasa kepada pemegangnya untuk memohonpecah sempadan daripada Pentadbir tanah

Penghakiman:a) pemegang pajakan bukanlah pemilikberdaftar bagi maksud Kanun Tanah Negarab) Pajakan tidak memberi kuasa kepadapemegang pajakan untuk menjadikanPesuruhjaya Tanah dan Galian sebagai pihakyang mengesahkan permohonan tanah yangdipajakkan kepadanya.

KEPERLUAN UNTUK PECAHAN SEMPADANTANAH

• Tertakluk kepada syarat-syarat yang dinyatakandalam s136 Kanun Tanah Negara 1956.

• Dinyata dan disokong oleh mahkamah dalam kes NgKheng Yong v Seng Hup Realty Co Sdn Bhd.

• Ia adalah berdasarkan budi biacara pegawai tanahsamada ia menurut syarat-syarat atau tidak.

Hanya tuan punya tanah sahaja yang berhakuntuk memecahkan sempadan tanah tersebut.

Dinyata dan diputus oleh mahkamah dalam kesLee Chuan Tuan v Commissioner of Land &Mines, Johor Bahru di mana pemajak bukantuan punya tanah dan tidak berhak memecahkansempadan tanah tersebut.

Kelulusan untuk memecahkan sempadan tanahtidak boleh dibagi atas sebuah tanah yangdikosongkan. (Central Spectrum (M) Sdn Bhd vSri Ringgit Holdings Sdn Bhd )

Tuan punya tanah yang hanya memiliki haksementara tanah adalah tidak diberhak untukmemecahkan sempadan tanah tersebut menuruts176(2) Kanun Tanah Negara 1956.

Permohonan Menyerahkan BalikTanah dan Pemberianmilik Semuladi Bawah Seksyen 203 dan 204AKanun Tanah Negara

SEKSYEN 203(1) KANUN TANAH NEGARA

Pentadbir Tanah boleh meluluskan penyerahanbalik mana-mana dua atau lebih lotberdampingan yang dipegang oleh tuanpunyayang sama di bawah hakmilik Pejabat Tanah keatas terma yang terkandung di dalamnya diberimilik semula dengan serta-merta kepadatuanpunya dalam unit-unit yang berasingan, tiap-tiap satunya kurang dari empat hectar danmasing-masing di bawah bentuk hakmilikbersyarat bersamaan dengan hakmilik PejabatTanah.

SEKSYEN 203(2) - SYARAT

Lot-lot yang dipersoalkan adalah terletak dalamkawasan yang sama

Tempoh milikan hendaklah samaKadar pada mana sewa kena dibayarKategori jenis tanahSyarat dan sekatan kepentingan ke atas tanah

adalah tertaklukKeluasan untuk lot-lot itu hendaklah melebihi

empat hektar

SEKSYEN 204A - PENYERAHAN BALIK DANPEMBERIMILIKAN SEMULA TANAH DI BAWAHPERUNTUKAN-PERUNTUKAN KHAS

Pihak Berkuasa Negeri boleh meluluskanpenyerahan balik bagi mana-mana satu ataulebih tanah berimilik yang berdampingan yangdipegang di bawah hakmilik muktamad atauhakmilik bersyarat atau gabungan daripadanyayang dipegang oleh tuan punya yang sama atasterma-terma bahawa bahagian-bahagian tertentutanah yang terkandung di dalamnya diberi miliksemula dengan serta-merta kepada tuanpunyadalam bahagian-bahagian dan unit-unit yangberlainan atau dalam unit-unit yang berlainan.

204C – SYARAT-SYARAT

Tanah yang hendak diberi milik semula mestimenepati bentuk, kawasan, ukuran, lokasi danpenggunaan yang dicadangkan serta denagnpelan susun atur yang diluluskan oleh pihakberkuasa

Tidak terdapat item hasil yang masih belumberbayar berkenaan dengan tanah tersebut

Tanah itu tidak di bawah penahanan mana-manamahkamah

Tidak terdapat kepentingan berdaftar kepadatanah itu

Orang atau badan yang berkuasa iaitu merekayang mempunyai lien atau mereka yangdilindungi oleh kaveat ke atas tanah tersebuttelah memberi keizinan bertulis untuk membuatpermohonan.

BAB 2: Pecah Bahagian Tanah

PECAH BAHAGIAN TANAH(PARTITION OF LANDS)

Konsep• Pemecahan bahagian apabila

tuanpunya bersama bersetuju.

sambungan dari hakmilik muktamad, samada hakmilikPejabat Pendaftar atau hakmilik Pejabat Tanah, dipecah

bahagikan kepada dua bahagian atau lebih hakmilik.

Tiap-tiap satu hakmilik akan dipegang secara berasinganoleh setiap pemilik bersama menurut syer mereka di

bawah hakmilik yang asal.

Seksyen 140 Kanun Tanah Negara 1965

Tanah yang dipegang secara bersama di bawah satuhakmilik tetap atau hakmilik sementara

Pecah bahagian tanah berdasarkan hak padasetiap tuanpunya bersama.

Pecah Bahagian S 140 (1)(a)

En. Moto Kah 1/3En. Seku Tor 2/3

En Moto Kah

En Seku Tor

Pecah bahagian tanah apabila dua orang atau lebih daripada mereka berhasratmenjadi tuanpunya bersama.

Pecah bahagian 140 (1)(b)

En Moto KarEn Seku TorEn Loh Ree

En Moto Kar

En Seku TorEn Loh Ree

SYARAT-SYARAT KELULUSAN PECAH BAHAGIAN TANAH

SEKSYEN 141

Persetujuan Pengarah Negeri/ Pentadbir Tanah

Persetujuan Setiap Pemilik

Keluasan Tanah Mengikut Kadar Bahagiannya JikaTidak DibahagikanKelulusan Pihak Berkuasa Perancangan

Persetujuan Tiap-tiap Orang

s. 141A

Ku Yan Bte Ku Abdullah V Ku Idris Bin Ku Ahmad & OrsPlf memegang 5/7 bahagian tanah dan Def memegangbakinya. Plf memohon utk tanah itu dipecah milik.Permohonan ditolak dan menasihatkan memohon kpdMahkamah Tinggi utk perintah pemecahan miliktanah. Def mengatakan mahkamah tidak ada bidangkuasa. Mahkamah menolak hujah def kerana tuantanah yg memegang bhg majoriti blh memohon utkpecah bhg dan di mahkamah tinggi di bawah s.145.

S Subramaniam & Ors V Inderjit Kaur D/O Karnail Singh & Anormahkamah menyatakan bahawa pemegang bahagianmajoriti boleh memohon di bawah seksyen 141A ygdibaca bersama dgn seksyen 142, dimana dia tdkdikehendaki memperolehi kebenaran tuan punya yg laindan pengecualian ini dijelaskan oleh seksyen 142(1)(e).Jika permohonan ditolak, dia boleh merayu kepadaMahkamah Tinggi terhadap penolakan itu.

PERMOHONAN UNTUK KELULUSAN

s. 142

Borang 9BSyarat-syarat di bawah s136(1)(c)dipatuhi dan persetujuan bertulisdaripada pemilik-pemilik bersama

Permohonan dibawahs.141A, pentadbir Tanahakan memberitahu pemilikbersama yang lain, pemilikbersama yang engganmenyertai pemilik majoritimembuat permohonantersebut, dan mereka bolehmengemukakan bantahan

Pentadbir tanah memberitahupemohon & semua pemilikbersama & mengadakan siasatansebelum buat keputusan

Selepas teliti blh meluluskanpermohonan atau mengesyorkapengarah negeri utkmeluluskannya

KUASA PENTADBIR TANAH ATAU PENGARAH NEGERI

s. 143Permohonan dibawahs.142(1) & 141(1)(a-c)diluluskan

kuasa untuk menolak permohonan

bayaran

jika lulus, PT perlu memberitahu setiap ahli tentangtg kelulusan dan bayaran jika tidak lulus PT perlu memberitahu setiap ahli dan nota yang diendorskan diatas dokumen hakmilik daftaran perlu dibatalkan

KUASA PIHAK BERKUASA NEGERI TERHADAP TANAH KATEGORI “PERTANIAN”

s.143Amemberi pertimbangan kpd permohonan yg dirujuk dibwh s142(5) dan s143A jika s143(3) dan (4) dipatuhi, meluluskan permohonan itu

menolak permohonan

Selepas kelulusan, PT perlu memberitahu setiap tuan punya bersama mengenai kelulusan dan bahawa permohonan itu tertakluk kepada apa-apa syarat dan ubahsuaian

Jika PBN menolak, PT memberitahu setiap ahli dan batalkan permohonan itu.

PENGELUARAN HAKMILIK KEPADA BAHAGIAN-BAHAGIAN INDIVIDU (S.144)

Peruntukan-peruntukan seksyen 139 hendaklah mempunyai kuat-kuasa, mutatis mutandis, dimana pecah bahagian mana-mana tanah telah diluluskan dibawah bab ini sepertimana ia mempunyai kuatkuasa dimana pecah-sempadan mana-mana tanah telah diluluskan dibawah Bab 1

APLIKASI S.145 KANUN TANAH NEGARA

Berdasarkan kepada kes Ku Yan bteAbdullah v Ku Idris bin Ku Ahmad & Ors

-Tuan tanah bersama yang memegangsyer majoriti boleh memohon di bawahS.145.

Melihatkan kepada kes S Subramaniam & Ors vInderjit Kaur d/o Karnail Singh & Anor1. Kes ini tidak mengikuti pendapat yang dibuat

dalam kes Ku Yan.2. Mahkamah berpendapat bahawa S.145 hanya

boleh dipergunakan kepada tuan tanah bersamayang memegang syer minoriti.

3. S.141A adalah peruntukan yang khas untuktuan tanah bersama yang memegang syermajoriti untuk memohon untuk memecahbahagian tanah.

JUSTIFIKASI

Prinsip yang diutarakan dalam S Subramaniam &Ors v Inderjit Kaur d/o Karnail Singh & Anoradalah tidak sesuai untuk diaplikasikan kerana:

1. Melihatkan kepada penggubalan ke atasS.141A, perkataan majoriti telah dikeluarkan,oleh itu, ia boleh mengaplikasikan terhadapsetiap pemilik tanah.

2. S.145 boleh dituntut oleh pemilik tanahbersama yang memegang syer majoritimahupun minoriti

ALTERNATIF DI BAWAH SEKSYEN 145(2)(B) DAN(C) APABILA PEMBAHAGIAN TANAH TIDAK DAPATDILAKUKAN

Mahkamah boleh memberi perintah supaya tanahtersebut dijual dalam lelongan tanah

KOH BOH HUAT & ORS V TAN NIAM NEO &ANOR

Perenggan 3 Jadual kepada Akta MahkamahKehakiman 1964 memberi kuasa kepada MahkamahTinggi untuk mengarahkan jualan tanah tersebut

AISHAH BINTI MOHD SAMAN & ORS VKALSOM BINTI HAJI MOHAMAD NOR

Mahkamah tidak fikir adalah adil untuk mahkamah inimemilih apa yang dicadangkan oleh plaintif-plaintifatau mengarahkan PKP memilih untuk defendan

YONG HIN SEONG & ANOR V YONG TEIKSEONG

cara yang praktikal untuk menyelesaikanmasalah di antara plaintif-plaintif dan defendan

menjual hartanah itu melalui perintah mahkamahdan bahawa jualan itu dilaksanakan oleh lelongawam.

Kata-kata dasar Aturan 31 Kaedah-KaedahMahkamah Tinggi 1980 akan bersama denganperkataan-perkataan 'it appears necessary or expedient‘

Pada fakta-fakta, masalah di antara plaintif-plaintif dan defendan seperti yang dikatakanmenjadikannya 'necessary or expedient' untukMahkamah Tinggi memerintah bahawa hartanahitu dijual.

BAB 3: PENYATUAN TANAH

DEFINISI :

“penyatuan dua lot tanah atau lebih yang dimilikioleh seorang tuanmilik di bawah satu hak milikberasingan yang dicantumkan menjadi satu lotyang dipegang di bawah satu hak milik sahaja”

PENYATUAN TANAH

KUASA UNTUK MENYATUKAN LOT-LOTTANAH

PenyatuanTanah s.146

Lot mesti terletak di bawah mukim,bandar,

pekan yang sama(s.146(1))

Perkongsian satusempadan yang samadengan lot yang lain

dikira sebagai lot berdampingan

s.146(3)

Tanah yang disatukan , keluasannya adalah

tidak melebihi 4 hektar[s.146(2)]

Keadaan-keadaantertentu yang memerlukan

keizinan PihakBerkuasa Negeri[s.147(2)(a)-(c) ]

SYARAT-SYARAT PENYATUAN TANAH

Seksyen 147(1): -sama dengan syarat-syarat untuk kelulusan

pecah sempadan tanah, iaitu perenggan (a)hingga (g) S.136(1), adalah mutatis mutandis,kecuali sub-peranggan (iii) (c) dan perenggan(ca) subseksyen itu.

S147-SYARAT2 KELULUSAN PENYATUAN

Kelulusan PBN diperlukan dalam keadaan yangdisenaraikan dalam S147(2). Iaitu:1. Kelulusan penyatuan lot-lot hak milik pejabat

tanah melebihi 4 hektar.2. Lot-lot yang hendak disatukan berbeza hak

miliknya.(Keizinan PBN terhadap penyatuan tanah dianggapsebagai kelulusan supaya tanah yang disatukandipegang di bawah h/m Pejabat Pendaftar.)

3. Wujud perbezaan dari segi tempoh pegangan,kadar cukai, jenis kegunaan tanah, syarat dansekatan kepentingan.

S.147(3) :PBN boleh memberi arahan2berikut; tentukan tempoh /pegangan tanah yang

disatukan tetapkan kadar cukai yang perlu dikenakan. tetapkan jenis penggunaan tanah yang patut

dikenakan. nyatakan syarat nyata atau sekatan

kepentingan yang perlu dikenakan.

S148-PERMOHONAN UNTUK KELULUSAN

-dibuat secara bertulis kepada Pentadbir Tanahdengan Borang 9C, dan disertai:-Bayaran proses permohonan yg ditetapkanPelan penyatuan lot-lot & salinannyaSalinan-salinan kelulusan yg dikehendaki oleh

Pentadbir TanahSalinan surat persetujuan daripada pihak-pihak

berkenaan.Diendorskan oleh Pentadbir Tanah atas dokumen-

dokumen hak milik daftaran lot-lot.

S149-KUASA PENTADBIR TANAH@ PENGARAHNEGERI BERHUBUNG DENGAN PERMOHONAN

Rujuk permohonankepada Pengarah

Negeri

(i.)Jika syarat2

dalam s 136(1)(a) –

(g) dipenuhi

s.149(3)(a)meluluskan

permohonan

S.149(3)(b)Mengemukapermohonankepada PBN

bersama dengansyor-syornya

Luluskanpermohonan

S.149(4)

Tolakpermohonan

(ii.)Jika syarat2

dalam s 136(1)(a) –(g) tidakdipenuhi

S.149(5)Tolakpermohonan

Notis menolakpermohonan &

membatalkan nota-nota yang

diendorsekan di atas dokumen hak

milik daftaran.

S150- PENGELUARAN HAKMILIKKEPADA KAWASAN YANG DISATUKAN..

Peruntukan s139, berkenaan pengeluaranhak milik kepada bahagian2 pecahsempadan hendaklah ada kuatkuasa,mutatis mutandis dengan kuatkuasapenyatuan tanah.

Pengukuran harus selaras dengan s396

• Selepas pengukuran bahagian-bahagian tanah telah selesaidijalankan tanpa tuanpunya membuatpermohonan untuk mendapatkanhakmilik sementara terhadapbahagian tanah tersebut,

• prosedur yang seterusnya harusmengikut prosedur yang dinyatakandalam Bab 3 Bahagian Sepuluh

top related