soalan 2
Post on 15-Apr-2016
12 Views
Preview:
DESCRIPTION
TRANSCRIPT
EDU 3107 BIMBINGAN DAN KAUNSELING KANAK-KANAK 2013
SOALAN 2 : INTERPRETASI DATA YANG DIPEROLEHI
FASA SATU: SEBELUM PROSES MEMBIMBING
Pra-persediaan
Dalam peringkat ini perkara-perkara yang kami pertimbangkan ialah
mengkaji latar belakang saudari Roshini. Segala maklumat peribadi Roshini
dikumpul secara teratur dan sistematik untuk memudahkan kami memahami
persoalan sebenar Roshini. Di tahap ini, kami membentuk hubungan dan
seterusnya memberikan pertolongan.
Pada awal sesi, kami menjadikan Roshini lebih selesa. Kmi menyatakan
tujuan pertemuan dengan jelas dan tekankan bahawa kami sentiasa prihatin dan
bersedia membantu setakat yang terdaya. Dua komponen yang kami ambil kira di
tahap ini adalah :
Tempat sesi kaunseling : Sebelum memulakan sesi bimbingan kami memikirkan
dan menyediakan tempat serta menentukan masa yang sesuai untuk berbincang
tanpa banyak gangguan. Tempat yang selesa dan menarik akan menggalakkan
Roshini merasa selesa untuk menghadiri sesi bimbingan dan seterusnya sesi
tersebut dapat diadakan dengan jayanya.
Tahap kemampuan kami dengan Roshini : Sebelum memulakan sesi kami
mengambil kira tahap kemampuan sama ada diri sendiri dan Roshini. Selain dari itu,
kami peka akan tahap kemampuan Roshini. Apabila kami di kedua pihak masing-
masing bersedia untuk memulakan proses bimbingan, persetujuan antara kami
kedua-dua pihak bagi memulakan proses bimbingan dipersetujui.
FASA DUA : SEMASA PROSES BIMBINGAN
Setelah peringkat pra-persediaan berjalan dengan lancar, perkhidmatan
bimbingan diteruskan. fasa kedua iaitu fasa “semasa proses bimbingan”. Dalam fasa
ini, kami melibatkan Roshini kepada peringkat penyediaan dan kemasukan,
penetapan, penstrukturan, perhubungan, penerokaan, pengukuhan dan
perancangan.
EDU 3107 BIMBINGAN DAN KAUNSELING KANAK-KANAK 2013
(i) Peringkat penyediaan dan kemasukan
Di tahap ini, temu bual secara minima dilakukan oleh cikgu tilaga dan Roshini.
Sewaktu memulakan Cikgu Tilaga menggunakan soalan-soalan yang dapat
membina hubungan dengan murid. Jarak kedudukan antara cikgu tilaga dan Roshini
juga diberi perhatian bagi memudahkan proses komunikasi.
(ii) Peringkat penetapan/penjelasan
Pada peringkat ini, Cikgu tilaga cuba mendapatkan gambaran yang jelas
tentang permasalahan yang dihadapi oleh Roshini serta menentukan matlamat
kaunseling yang diperlukan mengikut kehendak Roshini. Roshini mudah bercakap
dan meluahkan perasaan segala isi hatinya, Cikgu Tilaga terus mendorong Roshini
untuk terus bercerita. Cikgu Tilaga menggalakkan Roshini menghurai dan
menentukan pernyataannya tentang cara pengurusan masa yang efektif
dikehendaki. Pada peringkat ini, mendorong Roshini sendiri mancari jalan untuk
mengurusakan diri dalam masa yang ditetapkan. Akhirnya Cikgu Tilaga sudah boleh
mencungkil kehendak sebenar Roshini. Roshini hanya perlukan sebuah jadual
harian yang perlu dipatuhinya dalam kehidupan seharian.
(iii) Peringkat Penstrukturan
Di peringkat ini, Roshini menentukan Cikgu Tilaga boleh dipercayai. Tahap
penstrukturan ini akan menentukan sifat, batasan dan matlamat perhubungan
menolong. Cikgu Tilaga memberitahu Roshini langkah-langkah yang diambil bagi
menyediakannya arah yang sedang dituju. Roshini dengan bantuan cikgu Tilaga
menghasilkan sebuah jadual waktu. (LAMPIRAN 2) bagi berusaha mencapai
matlamat yang ditentukan serta bertanggungjawab untuk menepatinya.
(iv) Peringkat Perhubungan
Di peringkat ini, Cikgu Tilaga mengeratkan perhubungan antara Roshini.
Perhubungan akan terbina dengan baik melalui keyakinan dan rasa selamat yang
dirasai oleh Roshini ketika sesi bimbingan dijalankan. Pada peringkat ini, Cikgu
Tilaga juga mewujudkan suasana sekeliling dan tingkah laku yang meyakinkan serta
dengan memberi nasiahat tentang cara pemakanan yang baik dan jangan menelan
makanan. Harus dikunyah sebagai cara untuk menunjukkan kemesraan
EDU 3107 BIMBINGAN DAN KAUNSELING KANAK-KANAK 2013
(v) Peringkat Penerokaan
Dalam peringkat ini, kami memperolehi maklumat murid tersebut. Kami
mengenal pasti murid tersebut menghadapi masalah dari segi pengurusan masa.
Selepas itu, Kami memilih sehari untuk membuat temu bual dengan murid yang
bermasalah tersebut. Sebelum temu bual kami tentukan soalan-soalan yang hendak
dikemukakan dalam masa temu bual, dan sediakannya secara bertulis serta
bersistematik dengan mengikut turutan yang sesuai. Semasa temu bual sesi
pertama saudari Roshini memperkenalkan diri dan latar belakang keluarga. Semasa
menjalankan temu bual Cikgu Tilaga menggunakan kemahiran menyoal,
menumpukan perhatian, dorongan minima dan kemahiran menyemak persepsi. Hal
ini saudari Roshini dapat merasakan dirinya lebih difahami dan memberi peluang
kepada saudari Roshini untuk membetulkan persepsinya serta mamastikan
bimbingan sedang berada di landasan yang benar. Cikgu Tilaga menggunakan
kemahiran mendengar yang aktif untuk mendapat maklumat yang maksimum
daripada saudari Roshini sebelum membimbingnya.
Dalam sesi pertama, Cikgu Tilaga mendapatkan maklumat murid seperti latar
belakng murid tesebut dan membimbingan dalam tabiat pemakanan yang betul dan
cara mengurusakan masa untuk pembelajaran seharian dengan sistematiknya.
Cikgu Tilaga menggunakan kemahiran dorongan minima. Seterusnya, membimbing
Saudari Roshini untuk membuat jadual sendiri bagi menguruskan masanya.
(LAMPIRAN 3)
(vi) Peringkat Pengukuhan Dan Peringkat Perancangan
Dalam sesi kedua, Cikgu Salini meneruskan temu bual dengan bertanya
soalan tentang hobi, cita-cita murid, dan cara mengurus masa untuk berinteraksi
dengan ibu bapa dan perasaan murid semasa mengurus masa dengan jadual
waktunya. Semasa temu bual Cikgu Salini sebagai guru pembimbing berusaha
mendapatkan gambaran yang jelas tentang masalah yang roshini hadapi selepas
penggunaan jadual hariannya. Pada peringkat ini, Cikgu Salini mempraktikan
kemahiran menyoal soalan- soalan terbuka yang boleh mendorongkan Roshini
meluahkan perasaannya. Roshini menyatakan bahawa walaupun dia mengikuti
jadual hariannya dia tidak dapat berinteraksi bersama ibu bapanya kerana susah
hendak bertemu pun. Cikgu Salini membimbingnya dengan mengemukakan idea
EDU 3107 BIMBINGAN DAN KAUNSELING KANAK-KANAK 2013
menulis surat dan menghantar. Roshini Berasa gembiara dengan idea dan
mngikutinya. Surat (LAMPIRAN 4).
Fasa tiga: Selepas proses kaunseling
Peringkat penamatan
Dalam peringkat ini kami dua pihak mencapai satu keputusan untuk menguruskan
masa dengan bijak. Penamatan sesi dicapai melalui persetujuan antara kami
dengan Roshini. Di peringkat ini juga hasil Roshini dirumuskan.
Kami mengikuti teknik-teknik behavioral untuk membantu saudari Roshini
mencapai matlamat bimbingan. Antaranya adalah seperti Teknik operan seperti
latihan asertif, pembentukan; Teknik klasikal seperti desentisasi bersistematik dan
Pengurusan kendiri termasuk pemantauan kendiri. Tugasan kerja rumah seperti
menghantar surat kepada ibu bapanya membantu Roshini untuk amalkan apa yang
dipelajari dalam sesi bimbiingan dalam aktiviti seharian masing-masing
Kesimpulannya, kami melalui penghasilan video ini dapat mengenali peranan
seorang guru bimbing yang seharusnyan peka dengan masalah ataupun pakara
yang dibincangkan bersama kliennya. Kami juga faham bahawa kemahiran asas
kaunseling yang hendak dilaksanakan mestilah bersesuaian dengan masa, situasi,
dan keadaan klien.
top related