slide toleransi

Post on 29-Jun-2015

222 Views

Category:

Documents

2 Downloads

Preview:

Click to see full reader

TRANSCRIPT

BAB 6: TOLERANSI

TAJUK: RAKYAT BERTOLERANSI NEGARA HARMONI

Toleransi Asas Perpaduan Kaum

Toleransi – kesanggupan seseorang menerima hakikat bahawa antara dirinya dengan orang lain mempunyai perbezaan dari segi anutan agama,kepercayaan ,adat resam,pendapat atau hobi.

- Toleransi juga membawa maksud – kesanggupan bertolak ansur, sabar dan mengawal diri bagi mengelakkan berlakunya pertelingkahan dan perselisihan faham demi kesejahteraan hidup.- Setiap orang tidak boleh memaksa orang lain mengikut caranya kerana keadaan ini boleh menyebabkan berlakunya pertelingkahan dan perselisihan faham.- Kesanggupan juga bergantung pada sesuatu perkara atau situasi yang perlu ditoleransikan.

-Sebagai contoh: Ada orang yang tahan dengan bunyi bising dan ada pula yang tidak tahan dengan keadaan tersebut. Ada yang tahan dengan cuaca sejuk dan ada yang tidak tahan dengan cuaca sejuk. Begitu juga ada yang tahan dengan menerima ejekan dan sindiran dan ada pula yang tidak dapat menerimanya. Oleh itu, setiap pihak perlu peka dan memahami keperluan dan perasaan orang lain serta harus bersikap toleransi demi kesejahteraan hidup bersama.

-Di negara Malaysia yang mempunyai amalan pelbagai kaum samada dari segi agama, kepercayaan, cara hidup dan adat resam perlu dihormati kerana semua agama mengajar penganut-penganutnya hidup berbaik-baik antara satu sama lain.- Negara yang mempunyai pelbagai kaum, tonggak kekuatan masyarakat dan perpaduan negara ialah niali toleransi.

- Renung-renungkan sejenak:Setiap Individu yang mengamalkan nilai toleransi dalam hidup bermasyarakat adalah seorang pemenang dan bukannya seorang yang lemah dan kalah.

- Setujukah anda dengan pernyataan tersebut? Berikan alasan.

top related