skrip restu ilmu.doc

Post on 19-Nov-2015

251 Views

Category:

Documents

6 Downloads

Preview:

Click to see full reader

TRANSCRIPT

Yang Berusaha

Tn. Hj. Md. Radzi bin Yaacob

Penolong Pegawai Pelajaran Daerah (T&V)

Yang Berusaha

Tn Pengetua SMK Dato Bijaya Setia

Pn. Habibah binti Othman

Yang Berbahagia

YDP PIBG SMK Dato Bijaya Setia

En. Mohd Akhir bin Bidin

Pen. Kanan Pentadbiran

Pn. Sarojinee a/p Karuppiah

Pen. Kanan HEM

Pn. Norizam binti Yahya

Pen. Kanan Kokurikulum

En. Mohd Shas bin Abbas

Pen. Kanan Tingkatan 6

En. Steven Anthony Xavier

Guru-guru Kanan Mata Pelajaran

Guru-guru seterusnya para pelajar yang dikasihi sekalian..

Kita panjatkan kesyukuran kerana pada pagi yang berbahagia ini, kita dapat sama-sama berkumpul sempena Majlis Restu Ilmu Pelajar-pelajar PMR, SPM & STPM Tahun 2011.

Untuk memberkati majlis kita pada pagi ini, majlis menjemput Ustaz Zulkarnain bin Zakaria, untuk membacakan doa, dipersilakan.

Terima kasih kepada al-fadzil Ustaz Zulkarnain atas bacaan doa sebentar tadi.

Sidang hadirin dan para pelajar sekalian,

Majlis seterusnya menjemput Yang Berbahagia YDP PIBG SMKDBS, En. Mohd Akhir bin Bidin, untuk menyampaikan ucapan, majlis mempersilakan.

Terima kasih kepada YDP PIBG SMKDBS atas ucapan yang disampaikan sebentar tadi.

Seterusnya majlis menjemput Tuan Pengetua SMKDBS, Pn Habibah binti Othman untuk menyampaikan ucapan, dengan hormat dipersilakan

Terima kasih kepada Tn. Pengetua, atas ucapan yang disampaikan sebentar tadi.

Sidang hadirin dan para pelajar sekalian,

Sekarang tibalah masa yang dinanti-nantikan untuk kita mendengar ucapan yang akan disampaikan oleh Tn. Hj. Md. Radzi bin Yaacob, Pen. Pegawai PPD Teknik & Vokasional. Majlis dengan hormatnya mempersilakan..Majlis merakamkan jutaan terima kasih atas ucapan yang disampaikan sebentar tadi.Hadirin hadirat dan para pelajar sekalian,

Majlis pada pagi ini diteruskan lagi dengan upacara penyampaian alat tulis kepada ketua-ketua tingkatan.

Untuk itu majlis menjemput Tn. Pengetua untuk mengiringi Tn. Hj. Md. Radzi bin Yaacob bagi menyempurnakan upacara tersebut, dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada Tn. Hj. Md. Yaacob.

Dengan berakhirnya upacara penyerahan alat tulis sebentar tadimaka berakhirlah majlis kita pada pagi ini.

Belayar kapal ke Pulau Rawa,

Singgah berlabuh di Tanjung Tuan,

Sambil berdagang berjual beli,

Tanamkan tekad azam di jiwa,

Pasti kejayaan dalam gengaman,

Doa kami pahat di hati.Sekian, terima kasih

top related