skp kebangkitan bermatlamat
Post on 23-Jun-2015
37 Views
Preview:
DESCRIPTION
TRANSCRIPT
Abstrak
Sebuah program motivasi berbentuk ceramah, aktiviti mudah dan tayangan beberapa video motivasi yang
dibangunkan khas untuk para pelajar tahap 2 sekolah rendah dan semua tingkatan sekolah menengah.
Program ini disediakan khusus untuk para pelajar ‘kelas belakang’ yang memerlukan perhatian dan
motivasi pembangunan yang lebih untuk bangkit menjadi pelajar yang berjaya di dalam peperiksaan dan
menjadi seorang remaja yang mempunyai matlamat di dalam kehidupan. Program ini juga dibangunkan
untuk membantu para guru yang menghadapi pelbagai cabaran untuk membantu para pelajar ‘kelas
belakang’ mengenal potensi diri sebenar mereka.
Mengapa Program Ini Diperlukan Oleh Para Pelajar ‘Kelas Belakang’?
Para pelajar ‘kelas belakang’ kebanyakannya terdiri daripada para pelajar yang bermasalah. Mereka
datang dari latarbelakang keluarga yang pelbagai. Mereka menghadapi cabaran dalam pelajaran mereka
kerana ada yang tidak secemerlang para pelajar kelas hadapan. Mereka perlukan ‘booster’ yang lebih
hebat untuk melonjakkan diri mereka di dalam pelajaran. Justeru, mereka perlu sentiasa bermotivasi dari
dalam diri secara jujur untuk menjamin kecemerlangan di dalam pelajaran dan kehidupan. Para pelajar
‘kelas belakang’ perlu bangkit daripada cabaran-cabaran kehidupan di luar sekolah yang mereka sedang
pikul. Pembinaan matlamat merupakan satu senjata yang amat penting untuk setiap pelajar ‘kelas
belakang’ demi memastikan mereka ‘ada sebab’ untuk meningkatkan estim diri masing-masing. Para
pelajar ‘kelas belakang’ juga mesti mempunyai keinginan untuk cemerlang, malahan perlu tahu definisi
kecemerlangan, keperluan untuk cemerlang dan manfaat yang mereka bakal perolehi daripada
kecemerlangan. Di dalam program ini juga, pembimbing motivasi akan mula memperkenalkan kepada
para pelajar ‘kelas belakang’ akan kit-kit pelajar cemerlang agar mereka tahu untuk mengemudi masa
depan mereka.
Metod Pembelajaran
Di dalam program motivasi ini, para pelajar akan didedahkan dengan pelbagai input berdasarkan kaedah
ceramah motivasi dan para pelajar boleh membuat catatan nota berdasarkan ceramah yang disertakan
dengan tayangan slaid di hadapan pentas. Sedikit aktiviti mudah juga dijalankan bagi memudahkan
pemahaman ilmu kehidupan yang disua kepada mereka manakala tayangan beberapa video motivasi
yang akan menaikkan semangat para pelajar. ‘Jeritan kata-kata semangat’ adalah salah satu aktiviti mudah
yang menambahkan motivasi para pelajar untuk memahami peranan mereka selaku seorang pelajar dan
juga seorang remaja.
Keperluan/Penyediaan Peralatan
Motivator akan memerlukan projektor LCD, mikrofon dan kotak pembesar suara yang mungkin telah sedia
ada di dalam dewan sekolah. Motivator akan membawa komputer bimbit untuk tujuan penayangan slaid
dan video.
Pelaburan Sekolah
Pelaburan sekolah hanyalah RM400 termasuk perbatuan (mileage) untuk sekolah di seluruh Kuala
Lumpur, atau RM450 termasuk perbatuan (mileage) untuk sekolah di seluruh Selangor yang berjarak 50
km dari Setiawangsa, atau RM550 termasuk perbatuan dan penginapan untuk sekolah di seluruh
Semenanjung Malaysia. Untuk program di Sabah dan Sarawak, pelaburan oleh pihak sekolah boleh
dibincangkan meliputi tiket penerbangan dan penginapan.
SKP : Kebangkitan Bermatlamat
Kenali Motivator Anda!
Hamirudin Hamidi dilahirkan pada petang tanggal 10
Januari 1977 di Hospital Kuala Lumpur. Beliau mendapat
pendidikan awal di Sekolah Rendah Kebangsaan Taman
Selayang 1 sebelum melanjutkan pelajaran ke peringkat
menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan Maxwell,
Kuala Lumpur sehingga tamat tingkatan enam atas pada
tahun 1996. Beliau melangkah ke pengajian tinggi di
Universiti Teknologi MARA, Shah Alam dan dianugerahi
Ijazah Sarjana Muda (Sains) Pengajian Maklumat (Kepujian) pada tahun 2001.
Beliau memulakan karier sebagai Pustakawan di sebuah kolej terkenal di Petaling Jaya pada tahun 2001 dan pernah
menjawat jawatan sebagai Ketua Pustakawan di beberapa buah perpustakaan akademik dan perpustakaan khusus.
Beliau juga pernah menjadi Pegawai Latihan di sebuah bank Islam terkemuka di Kuala Lumpur.
Beliau telah menerbitkan dua buah buku motivasi yang bertajuk 'Siapa Kita 10 Tahun Lagi? (2011) dan Survival Kit
Pelajar Menengah (2013). Beliau kini adalah pengasas Amir Hamidi Consultant dan bertindak sebagai Pembimbing
Motivasi dan Konsultan untuk program-program di peringkat sekolah dan organisasi.
top related