sistem respirasi

Post on 22-Jun-2015

27.240 Views

Category:

Documents

0 Downloads

Preview:

Click to see full reader

TRANSCRIPT

Sistem respirasiAminFahmiHafizi Firdaus

Definasi Sistem Pernafasan Pernafasan atau respirasi adalah

merupakan satu proses yang bermula dari mengambil oksigen, mengeluarkan karbohidrat dengan menggunakan tenaga di dalam tubuh manusia.

Manusia akan bernafas dengan mengambil oksigen di dalam udara bebas dan akan menghembuskan gas karbon dioksida ke luar semula.

Pengudaraan peparu..

- ianya berlaku melalui proses pernafasan.

Proses pernafasan terbahagi kepada dua :

Inspirasi –proses Menyedut udara secara aktif ke

dalam paru-paru.

Ekspirasi- proses Menghembus udara keluar dari

paru-paru.

Proses pertukaran gas antara oksigen dan karbon

dioksida berlaku di alvoelus yang diselaputi beribu-

ribu kapilari darah.

Sistem ventilasi yang baik akan menyediakan bekalan

tetap O₂ ke alvoelus dan menyikirkan CO₂

Reseptor regangan dalam peparu akan membantu

tindakan pernafasan.

Fiber elastik dalam peparu membenarkan

pengembangan optimun semasa inspirasi.

Rajah Sistem Respirasi

Komponen Utama. Rongga hidung Farinks Larinks Trakea Bronkiol Paru-paru

Fungsi. Membekalkan oksigen ke dalam darah

dan mengkumuhkan karbon dioksida. Pertukaran gas oksigen dan karbon

dioksida antara paru-paru. Mengekalkan keadaan dan persekitaran

dalaman tubuh yang stabil (hemeostasis)

Proses Respirasi.

Inspirasi

Otot Interkostal luar mengucup. Otot interkostal dalam

mengendur.

Sangkar rusuk ditolak ke atas dan ke arah

luar.

Otot diafragma menguncup.

Diafragma bergerak ke bawah dan

mendatar.

Isipadu ruang torasik bertambah.

Tekanan udara di dalam peparu

berkurang dan lebih rendah daripada

tekanan atmosfera.

Udara mula bergerak masuk ke peparu mengikut cerun tekanan udara.

Isipadu paru-paru bertambah.

Ekspirasi

Otot interkostal dalam menguncup. Otot

interkostal luar mengendur.

Sangkar rusuk di tolak ke bawah dan ke arah

dalam.

Otot diafragma mengendur. Diafragma bergerak ke atas dan membentuk seperti

kubah.

Isipadu ruang toksik berkurang

Tekanan udara di dalam peparu

bertambah dan lebih tinggi daripada

tekanan atmosfera.

Udara mula bergerak keluar dari peparu

menuruni cerun tekanan udara.

Isipadu peparu berkurang.

Perbezaan antara proses inspirasi dan juga proses ekspirasi.

Dari alveolus, oksigen akan diangkut ke seluruh

badan.

Oksigen dari alveolus akan masuk ke dalam saluran

pulmonari untuk bergabung dengan Hemoglobin(sel

darah merah) untuk membentuk oksihemoglobin.

Proses pengambilan dan penghantaran gas di dalam tubuh badan.

Hemoglobin(sel darah merah) adalah protein

konjugate yang mempunyai struktur kuarter.

Ini memberikan setiap hemoglobin mempunyai

4 rantai polipeptida (bbentuk sfera)

-2 rantai alpha

-2 rantai beta

Setiap rantai polipeptida mempunyai

kumpulan “haem” yang mengandungi 1 atom

besi.

Apabila 02 pertama bercantum dengan kumpulan

“haem”, sedikit perubahan akan berlaku terhadap

bentuk hemoglobin.

Kesan – daya tarikan kumpulan-kumpulan haem

yang lain terhadap O2 akan bertambah.

1 hemoglobin = 4 molekul oksigen.

1 sel darah = 250 juta hemoglobin.

1 sel darah = 1 bilion molekul oksigen.

Kepekatan O2 dalam hemoglobin bergantung

kepada suhu dan keasidan persekitaran.

Dalam keadaan tekanan separa O2 yg tinggi( di

peparu) hemoglobin akan bergabung cepat dengan

oksigen.

Dalam tekanan separa O2 yang rendah pula(ketika

di sel badan) oksihemoglobin akan membebaskan

oksigen untuk masuk ke dalam sel badan.

Pengangkutan Karbon Dioksida

3 cara membawa gas karbon dioksida di dalam

darah.

a. 5% - karbon dioksida larut

b. 10% - bergabung dengan hemoglobin

c. 85% - dalam bentuk ion hidrogenbikarbonet

Proses ini dimulakan dengan : CO₂ bertindak balas dengan air untuk membentuk

asid karbonik.

Anhdrase karbonic

CO₂ + H₂O = H₂CO₃

(karbon (air) (asid karbonik)

dioksida) Kemudian asid karbonik akan berpisah menjadi ion

hidrogen (H ) dan ion hidrogen karbonat (HC0₃ ). ₊ ₋H₂CO₃ = H + HCO₃₊ ₋

(asid (ion (ion

karbonik) hidrogen) hidrogenbikarbonat)

Selepas itu ion hidrogen bikarbonat akan meresap

keluar daripada eritosit ke dalam plasma.

Kepekatan ion hidrogen akan bertambah di dalam

sel dan pH menjadi semakin berkurang.

Oksihemoglobin akn terpisah dengan oksigen dan

melepaskan oksigen ke dalam sel untuk respirasi

sel.

Hemoglobin bertindak sebagai penstabil (buffer) dan

bergabung dengan ion hidrogen membentuk asid

hemoglobin (H.Hb).

Keracunan karbon monoksida :

Karbon monoksida bergabung dengan hemoglobin

lebih kerap dan cepat berbanding oksigen

Kemudian ianya akan menukarkan pengoksidaan

Ferum (II) dalam hemoglobin kepada Ferum

(III),karbonhemoglobin yang terbentuk tidak

dipisahkan.

Oleh itu, jumlah hemoglobin yang bergabung

dengan oksigen berkurangan.

CO2 bergabung dengan hemoglobin untuk

membentuk karbaminohemoglobin.

Semasa darah mengalir melalui kapilari

pulmonari pada alveolus, CO₂ dibebaskan ke

dalam alveolus dan akan dihembus keluar

semasa ekspirasi.

KAWALAN RESPIRASI

-Kawalan respirasi terikat kepada prinsip homeostasis

-Faktor utama yang mengawal respirasi ialah faktor kimia dalam darah.

-Perubahan dalam arteri bagi CO2,O2 dan pH dikawal oleh saraf penerima deria digelar kemoreseptor.

-Kemereseptor menghantar impuls saraf kepada efektor, otot pernafasan, untuk mengawal daya dan kekerapan pengecutan.

-Ia merubah ventilasi, kadar dan kedalaman bernafas.

-Perubahan ventilasi memulihkan gas dalam darah arteri dan pH kepada julat yang normal

-Rima asas pernafasan dikawal oleh bahagian pusat pernafasan terletak di medulla.

-Di dalam medulla, sekumpulan neuron dikenali sebagai pusat inspirasi menetapkan rima asas untuk pemulaan bernafas secara automatik.

-Pusat inspirasi menghantar impuls saraf sepanjang saraf phrenic ke diafragma ke luar otot interkosta

-Faktor yang paling penting mengawal kadar dan kedalaman pernafasan adalah kesan karbon dioksida pada kemoreseptor.

-Karbon dioksida yang meningkat dalam darah akan menyebabkan peningkatan dalam ion hidrogen pada bendalir cerebrospinal, berkurangnya pH.

-Pusat kemoreseptor akan menghantar impuls saraf ke pusat pernafasan, di mana menghantar lebih impuls saraf ke organ pernafasan.

-Keputusannya, peningkatan pada kadar dan ke dalaman pernafasan akan berlaku, membenarkan lebih karbon dioksida untuk dikeluarkan, kembalikannya kepada paras yang normal.

Fisiologi sistem respirasi

Fisiologi sistem respirasi Fungsi utama sistem respirasi adalah

untuk membekalkan oksigen ke seluruh badan serta menyingkirkan karbon dioksida dari badan.

Proses ini melibatkan: Ventilasi pulmonari Penafasan luaran Pengangkutan gas penafasan Penafasan dalaman

Ventilasi pulmonari Udara akan disedut masuk dan di

hembus keluar dari paru paru supaya udara yang berada dalam paru paru akan sentiasa mengalir.

Proses ini juga dikenali sebagai pernafasan

Pernafasan luaran Proses ini adalah dimana pertukaran gas

(oksigen dan karbon dioksida) diantara pulmunari darah dan alveoli berlaku.

Pengangkutan gas pernafasan Gas oksigen dan karbon dioksida perlu

diagihkan keseluruh badan dari paru paru dan ke seluruh bahagian badan melalui saluran darah.

Pernafasan dalaman Proses ini berlaku pada pertukaran gas

diantara darah dan sel tisu.

Mekanisma pernafasan Satu proses di mana paru-paru

mengembang untuk menyedut udara dan menguncup untuk mengeluarkan udara / gerakan tarik dan hembus nafas

Ia dikawal oleh Pusat kawalan per nafasan di Medulla Oblongata

Setiap pusingan pernafasan mempunyai 3 fasa iaitu:

- Inspirasi/ Inspiration (tarik nafas) - Ekspirasi/ Expiration (hembus nafas) - Pause (rehat)

Tarik nafas

• Apabila otot diafragma menguncup, ia turun ke bawah dan menjadi rata. Kaviti toraks menjadi luas dari atas ke bawah.

• Apabila otot interkostal eksternal menguncup, tulang rusuk ditarik ke arah luar dan atas, dan ini meluaskan kaviti toraks dari sisi ke sisi dan dari hadapan ke belakang.

• Dengan tindakan otot ini, kaviti toraks menjadi luas. Oleh kerana tisu paru‑paru di bentuk oleh tisu yang elastik dan telap, dan juga lapisan luar pleura melekat pada bahagian dalam sternum dan otot diafragma, paru-paru juga turut mengembang apabila kaviti toraks meluas. Ini menyebabkan tekanan udara di dalam paru‑paru lebih rendah daripada udara atmosfera. Oleh itu udara akan di sedut masuk ke dalam paru‑paru. 

Hembus nafas Kaviti toraks mengecil kerana otot

diafragm kembali ke kedudukan asal, dan tulang rusuk ditarik ke bawah dan ke dalam oleh otot interkosta internal.

Tekanan udara di dalam paru‑paru menjadi lebih tinggi dari tekanan udara atmosfera. Oleh itu udara terdesak keluar dari paru‑paru.

Pause Berehat seketika di antara pernafasan

dan ia berlaku secara teratur.

Gambar Rajah Diafragma Semasa Proses Pernafasan.

pernafasan Pernafasan terbahagi kepada 2 jens

iaitu: Pernafasan Eksternal (Pernafasan

Paru‑paru) Pernafasan Internal (Pernafasan Tisu)

Pernafasan Eksternal (Pernafasan Paru‑paru)– berlaku antara alveoli dan kapillari yang

mengelilinginya– O2 dari atmosfera disedut masuk ke paru

paru, dan di serap ke dalam sistem pengaliran darah, sementara CO2 dan wap air akan dibebas ke atmosfera melalui trek pernafasan

 • ii. Pernafasan Internal (Pernafasan

Tisu)– berlaku antara kapillari dan sel sel tubuh– O2 yang terdapat di dalam darah akan

diserap dan digunakan oleh sel tubuh dan CO2 dan wap air akan dibebaskan ke dalam kapilari darah.

Gambar Rajah Pernafasan Eksternal Dan Internal.

Pernafasan Eksternal

Pernafasan Internal

Gambar rajah menunjukkan bagaimana pernafasan eksternal berlaku.

Sistem Respiratori Dan Umur

Pengurangan keanjalan paru-

paru

Artritis di artikulasi tulang

rusuk

Empisima

Pengurangan keanjalan paru-paru

1) pengurangan kolagen dalam tubuh manusia masalah kesihatan dan kulit mula berkedut. wujud terutamanya di dalam otot kulit, rawan,

tulang, gigi, organ dalaman (perut, usus, jantung, peparu, saluran darah dan mata)

Kolagen adalah komponen yang ke 2 terbanyak dalam tubuh manusia. 75% pembinaan kulit terdiri daripada kolagen.

Fungsi kolagen 1. mengurangkan kedut, menambahkan keanjalan

kelicinan kulit

2. melindungi organ-organ & saluran darah

3. menguatkan struktur gigi & tulang

4. menguatkan tulang tendon dan rawan di antara sendi-sendi terutamanya lutut

5. mempercepatkan penyembuhan luka

6. memperbaiki kesihatan rambut, menjadikannya lebih kuat dan bersinar

Artritis di artikulasi tulang rusuk

Definisi dan Penyebab Arthritis

Arthritis adalah kelainan sendi yang meliputi peradangan. Sendi adalah kawasan tubuh dimana dua tulang-tulang yang berbeza bertemu. Sendi berfungsi untuk menggerakan bahagian-bahagian tubuh yang dihubungkan oleh tulang-tulangnya. Arthritis secara harafiah bererti peradangan dari satu atau lebih sendi-sendi

Simtom-sintom Arthritis rasa lenguh dan sakit di beberapa

bahagian badan keradangan saluran darah, tisu paru-

paru dan ketaknormalan darah.

Empisima

Sejenis penyakit paru-paru kronik (chronicobstructive pulmonary disease, COPD).

Disebabkan pendedahan kepada bahan toksik atau pendedahan kepada asap tembakau dalam jangka masa panjang.

Dinding alveolus yang nipis dan mudah pecah dan rosak

.Apabila alveolus musnah, paru-paru tidak berupaya untuk menghantar oksigen yang secukupnya ke salur-salur darah.

Paru-paru turut kehilangan keanjalannya yang menyebabkan pesakit sukar untuk menghembus nafas. Udara akan terperangkap di dalam paru-paru kerana tiub bronkiol mungkin rosak.

Paru-paru pesakit

Apabila diserang Empisima a. Semput : terasa mengah semasa bernafas.

b. Batuk serta menghasilkan kahak yang kronik (bronkitis kronik)

c. Sakit dada yang berulang (chest colds)

d. Mata dan kulit menjadi kekuningan (jaundis)

e. Bahagian Abdomen dan kaki membengkak

f. Keupayaan bersenam yang menurun

g. Penyakit asma dan alergi yang berpanjangan

h. Masalah organ hati atau enzim hati yang tidak dapat dijelaskan

top related