sistem pengurusan ujian memandu menggunakan...
Post on 18-Mar-2019
236 Views
Preview:
TRANSCRIPT
SISTEM PENGURUSAN UJIAN MEMANDU MENGGUNAKAN TEKNOLOGI
TANPA WAYAR
NURUL BARIAH BINTI ABU BAKAR
Laporan projek ini dikemukakan
sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat
penganugerahan ijazah Sarjana Muda Sains Komputer
Fakulti Sains Komputer Dan Sistem Maklumat
Universiti Teknologi Malaysia
MAC, 2005
ii
PSZ 19:16 ( Pind. 1/97)
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS
JUDUL : SISTEM PENGURUSAN UJIAN MEMANDU MENGGUNAKAN
TEKNOLOGI TANPA WAYAR
SESI PENGAJIAN : SEMESTER II 2004/2005
Saya, NURUL BARIAH BINTI ABU BAKAR
(HURUF BESAR)
mengaku membenarkan tesis ( PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan
Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut :
1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia.
2. Perpustakaan Universiti teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian
sahaja.
3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara
institusi pengajian tinggi.
4. **Sila Tandakan ( √ )
(Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau
SULIT kepentingan Malaysiayang termaktub didalam
AKTA RAHSIA RASMI 1972)
TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan
oleh organisasi/badan dimana penyelidikan dijalankan)
TIDAK TERHAD
____________________________
(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)
Alamat tetap:
60, JALAN AU 2A/14 , PM DR. ABDUL SAMAD BIN HAJI ISMAIL
TAMAN SERI KERAMAT, Nama Penyelia
54 200 KUALA LUMPUR
Tarikh : 23 MAC 2005 Tarikh : 23 MAC 2005
CATATAN * Potong yang tidak berkenaan
** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak
berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh
tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD
Tesis dimaksudan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana
secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian kerja kursus dan
penyelidikan , atau Laporan Projek Sarjana Muda
√ Disahkan oleh
iii
“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan
yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.
Tandatangan : ……………………………….….
Nama Penulis : Nurul Bariah binti Abu Bakar
Tarikh : 23 Mac 2005
iv
“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan
kami karya ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan
penganugerahan ijazah Sarjana Muda Sains Komputer”.
Tandatangan :
Nama Penyelia : PM Dr. Abdul Samad b. Hj Ismail
Tarikh : 23 Mac 2005
v
PENGHARGAAN
Terlebih dahulu saya ingin memanjatkan kesyukuran yang tidak tehingga kerana
dengan limpah kurnia dan rahmatNya dapat juga saya menyiapkan Laporan Projek
Sarjana Muda 2.
Dalam menyiapkan projek ini, saya amat terhutang budi kepada penyelia
saya iaitu PM Dr. Abdul Samad bin. Haji Ismail yang telah banyak memberi tunjuk ajar
dalam membantu menyiapkan projek ini.
Tidak dilupakan kepada kakitangan – kakitangan Unit Pengujian Jabatan
Pengangkutan Jalanraya Cawangan Pasir Gudang terutamanya Puan Che Hindon Che
Awang yang telah banyak membantu saya mendapatkan maklumat, ribuan terima kasih
saya ucapkan.
Di sini, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada ahli keluarga yang
memahami dan banyak memberi dorongan kepada saya. Akhir sekali, terima kasih
kepada semua rakan seperjuangan yang banyak menyumbangkan pendapat dan
penerangan.
vi
ABSTRAK
Sistem Pengurusan Ujian Memandu Menggunakan Teknologi Tanpa Wayar
merupakan satu sistem yang dibangunkan untuk memudahkan pihak Jabatan
Pengangkutan Jalan (JPJ) dalam pengendalian ujian memandu. Prosedur ujian
memandu pada masa ini dijalankan secara manual di mana ia memerlukan calon untuk
keluar dari kenderaan untuk mengambil dan memberi kad ujian kepada penguji JPJ
tertentu. Projek ini dibangunkan untuk membantu melicinkan perjalanan ujian
memandu dan menyenangkan semua pihak iaitu JPJ dan calon ujian memandu. Di
dalam sistem ini, penguji JPJ akan menggunakan peranti PDA menggantikan sistem
borang. Sistem ini melibatkan proses tempahan tarikh ujian memandu, proses ujian
memandu dan juga memberi keputusan ujian memandu. Sistem ini dibangunkan untuk
pengujian pemandu kenderaan kelas D. Pembangunan sistem ini adalah berasaskan
Model Air Terjun. Teknologi Java 2 Platform Micro Edition (J2ME) telah digunakan
untuk membangunkan aplikasi PDA dan Microsoft Access sebagai pangkalan data.
Aplikasi pentadbir sistem adalah berasaskan web dengan menggunakan teknologi
Servlet dan Java Server Pages (JSP). Adalah diharapkan sistem ini akan menjadi asas
kepada proses ujian memandu pada masa hadapan.
vii
ABSTRACT
The Driving Test Management System Using Wireless Technology is a
system developed to assist the Road Transport Department (JPJ) to handle driving test.
The current procedure regains candidates to get out from the vehicles to take and hand in
the test card to the JPJ tester. The purpose for this system is to make the driving test
process smooth and satisfying for both the JPJ tester and the candidates. This system
will convert the current manual system using forms into a new system using PDA. This
system caters reservation process, driving test and result printing. The system is
developed for testing drivers for class D vehicle. This system adopts Waterfall Model in
its development. Java 2 Platform Micro Edition (J2ME) technology is used as the
primary tool in the project development for the PDA application. The system admin
application is web-based and developed using Servlet and Java Server Pages (JSP)
technologies. Microsoft Access is adopted as the database system. In future, it is hoped
that the driving test process will be based on this system.
viii
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
JUDUL i
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xii
SENARAI RAJAH xiii
SENARAI SINGKATAN xv
SENARAI ISTILAH xvi
SENARAI LAMPIRAN xvii
1 PENDAHULUAN 1
1.1 Pendahuluan 1
1.2 Pernyataan Masalah 3
1.3 Matlamat Projek 3
1.4 Objektif Projek 4
ix
1.5 Skop Projek 4
1.6 Justifikasi Projek 5
2 KAJIAN LATAR BELAKANG 6
2.1 Latar Belakang Organisasi 6
2.1.1 Objektif dan Fungsi Unit Pengujian 8
2.2 Aliran Kerja dan Proses 8
2.2.1 Proses Penempahan 8
2.2.1.1 Calon Ujian Memandu 9
2.2.1.2 Institut Memandu 9
2.2.1.3 Kerani JPJ 10
2.2.2 Proses Ujian Memandu 10
2.2.2.1 Calon Ujian Memandu 11
2.2.2.2 Pegawai Penguji 12
2.2.2.3 Kerani JPJ 13
2.3 Sistem JPJ Sedia Ada 14
2.4 Kajian Sistem Penempahan Ujian Memandu
Praktikal Atas Talian yang Sedia Ada 15
2.5 Personal Data Assistant (PDA) 18
2.5.1 Windows CE 19
2.5.2 Palm OS 20
2.6 JavaTM Platform 20
2.6.1 JavaTM 2 Platform, Micro Edition (J2ME) 21
2.6.2 Peranti J2ME 22
2.6.3 Senibina J2ME 22
2.6.3.1 Konfigurasi 24
2.6.3.2 Profil 28
2.6.4 Kelebihan J2ME 29
x
2.6.5 Kelemahan J2ME 30
2.7 Servlet 31
2.8 Java Server Pages 32
2.8.1 Kelebihan JSP 33
2.8.2 Kelemahan JSP 34
2.9 Wireless Fidelity (Wi-Fi) 34
2.9.1 Kebaikan Wi-Fi 36
2.9.2 Kelemahan Wi-Fi 36
2.10 Justifikasi Pemilihan Teknologi dan Peralatan 37
2.11 Rumusan 38
3 METODOLOGI PEMBANGUNAN 39
3.1 Metodologi Projek 39
3.1.1 Fasa Perancangan 40
3.1.2 Fasa Analisis Keperluan 41
3.1.3 Fasa Rekabentuk 42
3.1.4 Fasa Pembangunan 42
3.1.5 Fasa Perlaksanaan 43
3.2 Kaedah Perlaksanaan Projek 43
3.3 Justifikasi Pemilihan Metodologi 43
3.4 Keperluan Sistem 44
3.4.1 Keperluan Perkakasan 44
3.4.2 Keperluan Perisian 45
3.5 Rumusan 46
xi
4 REKA BENTUK 47
4.1 Pengenalan 47
4.2 Keperluan Sistem 48
4.2.1 Keperluan Pengguna – Penguji JPJ 48
4.2.2 Keperluan Pengguna Lain 49
4.3 Rekabentuk Senibina 50
4.4 Rekabentuk Bermodul 51
4.4.1 Modul Kerani 52
4.4.2 Modul Penguji JPJ 53
4.4.3 Modul Pegawai JPJ 54
4.4.3 Modul Pentadbir 55
4.5 Rekabentuk Terperinci 56
4.5.1 Struktur Pangkalan Data 56
4.5.2 Gambar Rajah Kes Guna 57
5 IMPLEMENTASI SISTEM 63
5.1 Persekitaran Pembangunan 63
5.1.1 Jakarta Tomcat 64
5.1.2 J2ME Wireless Toolkits 2.1 64
5.2 Implementasi 65
5.2.1 Pengekodan Penambahan Rekod 66
5.2.2 Pengekodan Kemaskini Rekod 68
5.2.3 Pengekodan Memaparkan Senarai
Rekod yang Berkenaan 69
5.2.4 Pengekodan Carian Rekod 70
5.3 Hasil Perlaksanaan 72
5.3.1 Hasil Perlaksanaan Bahagian PDA 72
5.3.1.1 Daftar Masuk 72
xii
5.3.1.2 Pilih Kod Institut dan Tarikh Ujian 73
5.3.1.3 Pilih Calon Ujian dan Menanda
Ujian 74
5.3.2 Hasil Perlaksanaan Bahagian Web 75
5.3.3 Hasil Perlaksanaan Modul Pentadbir 77
5.3.4 Hasil Perlaksanaan Modul Pegawai 78
5.3.5 Hasil Perlaksanaan Modul Kerani 80
5.4 Rumusan 82
6 KESIMPULAN 84
6.1 Hasil dan Pencapaian 84
6.2 Kelebihan Sistem 85
6.3 Kelemahan Sistem 85
6.4 Cadangan Masa Hadapan 86
6.5 Kesimpulan 87
RUJUKAN 88
BAB 1
PENGENALAN PROJEK
1.1 Pendahuluan
Di dalam era teknologi maklumat ini, kebanyakan negara di dunia semakin giat
memajukan sistem maklumat dan komunikasi mereka agar tidak ketinggalan. Malaysia
juga telah menunjukkan komitmen yang tinggi terhadap bidang ini dengan mewujudkan
Koridor Raya Multimedia (MSC). MSC merupakan salah satu daripada perancangan
negara untuk mencapai Wawasan 2020 iaitu mencapai taraf negara perindustrian dan
masyarakat bermaklumat. Program Flagship di bawah projek MSC mempunyai tujuh
cabang projek utama. Salah satu daripada cabang tersebut adalah E-Kerajaan. E-
Kerajaan dilancarkan untuk meningkatkan operasi dalaman kerajaan dan juga untuk
memberi perkhidmatan kepada rakyat. Visi utama E-Kerajaan adalah untuk
membolehkan kerajaan, ahli perniagaan dan rakyat untuk bekerjasama demi kepentingan
negara dan rakyatnya. Terdapat enam projek perintis yang dibangunkan di bawah E-
Kerajaan. Salah satunya adalah projek Perkhidmatan Penghantaran Elektronik (E-
Perkhidmatan). JPJ telah menawarkan perkhidmatannya untuk dibangunkan di bawah
E-Perkhidmatan. Antaranya ialah pembayaran saman JPJ, pendaftaran dan pelesenan
2
kenderaan, pengambilan ujian teori memandu secara elektronik serta pengeluaran dan
pembaharuan lesen memandu.
Ujian memandu dapat dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu Bahagian I,
Bahagian II dan Bahagian III. Ujian teori memandu merupakan Bahagian I di dalam
ujian memandu. Calon mengambil ujian teori memandu secara atas talian dan keputusan
ujian tersebut dalam diketahui secara atas talian kerana ia merupakan salah satu
perkhidmatan yang ditawarkan di bawah E-Perkhidmatan. Bahagian II merupakan ujian
memandu yang meliputi ujian mendaki bukit, ujian meletak kenderaan secara masuk
belok dan ujian membuat pusingan tiga penjuru manakala Bahagian III adalah ujian
memandu di atas jalan raya.
Namun, JPJ masih menggunakan sistem manual untuk Bahagian II dan Bahagian
III ujian memandu. Penguji JPJ yang bertugas semasa proses ujian memandu tersebut
masih lagi menggunakan sistem borang. Oleh sebab itu, berlandaskan perkembangan
sistem maklumat dan komunikasi masa kini, projek ini mengaplikasikan teknologi sedia
ada ke dalam sistem komunikasi di antara pemeriksa Jabatan Pengangkutan Jalanraya
(JPJ) dengan pejabat JPJ. Sistem ini membolehkan proses ujian memandu dapat
dijalankan dengan lebih lancar dan efektif tanpa penggunaan kertas tetapi hanya
menggunakan Personal Data Assistant (PDA) dan teknologi Wi-Fi.
3
1.2 Pernyataan Masalah
Proses ujian memandu yang dilaksanakan sekarang oleh pihak JPJ kurang
berkesan dari segi perlaksanaan kerana calon perlu keluar dari kenderaan selepas Ujian
Mendaki Bukit untuk mengambil borang ujian dari tempat pemeriksaan JPJ yang
mengawal Ujian Mendaki Bukit dan kemudian menyerahkan borang ujian tersebut
kepada JPJ yang memeriksa Ujian Meletak Kenderaan Secara Masuk Belok dan Ujian
Pusingan Tiga Penjuru. Selain daripada itu, sistem sedia ada juga turut melibatkan
begitu banyak penggunaan kertas. Daripada proses penempahan tarikh ujian sehingga
semasa berlangsungnya ujian memandu, segala proses tersebut menggunakan kertas.
Sistem sedia ada menggunakan sistem manual iaitu penggunaan borang ujian 2 ( Ujian
Meletak Kenderaan,Ujian Bukit, Ujian Tiga Penjuru), borang ujian 3 ( Ujian Jalan raya)
serta kad ujian. Hanya selepas selesai segala proses ujian memandu dan apabila para
pemeriksa JPJ pulang ke pejabat mereka, barulah segala data berkenaan calon yang
mengambil ujian pada hari tersebut dimasukkan ke dalam komputer oleh para kerani.
Oleh sebab itu, calon perlu menunggu sekurang-kurangnya 24 jam untuk membuat lesen
mereka di pejabat JPJ kerana kemungkinan data mereka belum lagi dikemaskinikan di
dalam sistem pengkomputeran JPJ yang sedia ada.
1.3 Matlamat Projek
Membangunkan sebuah prototaip sistem berasaskan PDA dan Wi-Fi supaya
proses ujian memandu Bahagian II dan III berjalan dengan lancar, berkesan dan cekap
4
1.4 Objektif Projek
Bagi mencapai matlamat seperti yang disebutkan di atas, berikut dinyatakan objektif-
objektif projek:
i. Merekabentuk dan membangunkan sistem ujian memandu berkomputer yang
dapat membantu pihak Jabatan Pengangkutan Jalan
ii. Mengintegrasi teknologi tanpa wayar dalam persekitaran PDA yang dapat
digunakan oleh penguji untuk memudah dan mengautomasikan proses kerja ujian
memandu
iii. Membangunkan sistem penempahan atas talian berasaskan web yang dapat
memudahkan pengguna dan kerani Jabatan Pengangkutan Jalan
1.5 Skop Projek
Secara amnya skop ini dihadkan sebagaimana berikut:
i. Kajian perjalanan proses ujian memandu dijalankan di JPJ Johor Bahru di Taman
Daya dan di Pusat Memandu Intensif di Tampoi
ii. Pembangunan ini hanya melibatkan ujian memandu untuk lesen kelas D
(Motokar : berat muatan tidak melebihi 3000 kg)
iii. Pembangunan proses ini hanya merangkumi Ujian Bahagian II iaitu Ujian
Mendaki Bukit, Ujian Meletak Motokar Secara Masuk Belok, Ujian Pusingan
Tiga Penjuru dan Bahagian III, Ujian Memandu di atas Jalan raya
5
1.6 Justifikasi Projek
Justifikasi pembangunan projek ini adalah untuk melicinkan proses ujian
memandu dan menyenangkan semua pihak iaitu penguji JPJ dan calon ujian
memandangkan calon terpaksa keluar dari kenderaan untuk mengambil dan
menyerahkan kad ujian dan borang ujian kepada penguji JPJ tertentu. Oleh itu tempoh
masa seseorang calon berada di litar ujian akan berkurangan dan kesesakan kenderaan
yang menunggu masa untuk menjalani kenderaan akan berkurang. Penguji JPJ juga
tidak perlu lagi membawa kad dan borang ujian calon, cukup hanya dengan
menggunakan PDA sahaja. Beban tugas kerani juga akan berkurangan kerana kerani
tidak lagi perlu memasukkan data ujian memandu ke sistem kerana data yang sedia ada
di dalam PDA akan disegerakkan dengan pangkalan data.
top related