sigup
Post on 17-Jan-2016
226 Views
Preview:
DESCRIPTION
TRANSCRIPT
Wan Roslan Bin Wan Ramli Kajian Kes20001-05232 Kaedah Pengajaran Pendidikan Kesihatan
SH 3083
BAB I
PENGENALAN
Pendahuluan
Ada orang menyatakan bahawa rokok adalah teman karibnya untuk
menghilangkan rasa penat, melupakan sesuatu masalah yang dihadapi,
mendapatkan ilham atau sumber inspirasi serta bermacam-macam lagi yang
menjadikan sebab mengapa mereka merokok. Tengku Iskandar (1999)
mendefinasikan rokok sebagai, pengambilan rokok sama ada digulung dengan
kertas yang dibakar dan dihisap. “Merokok membahayakan kesihatan”, amaran
ini tidak lagi diberi perhatian atau ditakuti lagi kerana kerana iklan-iklan mengenai
rokok itu sendiri lebih memberansangkan pada setiap perokok, sehinggakan
mereka yang baru menjejakkan kaki ke alam remaja turut terikut-ikut dengan
tabiat ini.
Pada mulanya remaja ini mencuba kerana ingin bergaya dan
menunjukkan kedewasaan. Sehinggalah akhirnya mereka menjadi penagih rokok
yang amat setia. Ianya telah menjadi tabiat yang menyeronokkan tanpa mengira
masa dan tempat, malah merokok masih dianggap sebagai satu budaya yang
diterima oleh masyarakat (Lokman Salim,1995).
Salah laku merokok merujuk kepada Bahagian Disiplin Kementerian
Pendidikan Malaysia dikategorikan di dalam salah laku kurang sopan di bawah
kod 555 (menyimpan rokok) dan kod 556 (menghisap rokok). Salah laku
1
Wan Roslan Bin Wan Ramli Kajian Kes20001-05232 Kaedah Pengajaran Pendidikan Kesihatan
SH 3083
merokok merupakan salah laku yang kerap berlaku di sekolah rendah dan
menengah di seluruh Malaysia. Bilangan pelajar yang terlibat didapati semakin
meningkat dari setahun ke setahun.
Melihat kepada keadan ini, saya merasakan adanya keperluan bagi
meneliti masalah merokok di kalangan remaja terutamanya pelajar-pelajar
sekolah menengah. Biarpun perkara ini telah lama dan banyak diperbincangkan
tetapi jika dilihat secara lebih jauh dan mendalam, rokok sebenarnya menjadi
punca atau bibit-bibit tercetusnya kebanyakan masalah sosial yang lain.
Pernyataan Masalah
Sikap merokok lebih serius biasanya berlaku ketika seseorang meningkat
remaja. Pada usia di antara 14 hingga 19 tahun, mereka mungkin masih boleh
dianggap dalam proses mencuba-cuba melainkan amalan merokok memang
sudah mereka mulakan ketika masih di sekolah rendah. Seandainya kegiatan ini
telah bermula di sekolah rendah lagi, mereka tentunya sudah termasuk dalam
kategori ketagihan ketika berada di sekolah menengah. Perangkaan
Kementerian Pendidikan Malaysia menunjukkan 1,036 atau 0.004 peratus
daripada 1.7 juta pelajar sekolah menengah telah ditangkap kerana didapati
merokok di dalam kawasan sekolah sepanjang tahun 2000.
Merokok di kalangan remaja sekolah merupakan satu pelanggaran disiplin
sekolah. Melihat keadaan tersebut adalah dirasakan perlu bagi meneliti masalah
merokok di kalangan remaja sekolah bagi mengenalpasti faktor-faktor yang
2
Wan Roslan Bin Wan Ramli Kajian Kes20001-05232 Kaedah Pengajaran Pendidikan Kesihatan
SH 3083
menyebabkan amalan ini berlaku dikalangan mereka. Kajian kes ini akan
dijalankan terhadap dua orang pelajar ditingkatan 4 di salah sebuah sekolah
menengah di Marang.Terengganu. Kajian ini akan cuba mengenalpasti faktor-
faktor yang mempengaruhi remaja tingkatan 4 ini melibatkan diri dengan
kegiatan merokok.
Objektif Kajian Kes
Objektif kajian ini adalah :-
Untuk melihat apakah faktor-faktor yang menyebabkan remaja kita
melibatkan diri dalam amalan merokok.
Untuk mengenalpasti sejauh manakah pendedahan mengenai kesan-
kesan merokok terdapat dikalangan pelajar yang terlibat.
Untuk mengenalpasti apakah percubaan-percubaan yang diambil oleh
mereka untuk meninggalkan tabiat ini.
Untuk mengetahui adakah mereka yang terlibat dengan merokok ini sedar
tentang pandangan masyarakat terhadap mereka.
3
Wan Roslan Bin Wan Ramli Kajian Kes20001-05232 Kaedah Pengajaran Pendidikan Kesihatan
SH 3083
BAB II
TINJAUAN LITERATUR
Tinjauan Berkaitan
Stastistik yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO)
menyatakan 3 juta daripada jumlah 30 juta kematian orang dewasa setiap tahun
adalah akibat daripada penyakit-penyakit yang dikaitkan dengan merokok. Jika
tabiat ini diteruskan, adalah dijangka lebih kurang 300 juta daripada kalangan
kanak-kanak dan remaja akan mati akibat daripada merokok. Lebih
merunsingkan lagi terdapat lebih 800 juta penghisap rokok di kalangan penduduk
negara-negara membangun. Adalah dianggarkan 50% daripada kaum lelaki dan
30% daripada kaum wanita di negara-negara membangun menghisap rokok.
Menurut laporan hasil kajian yang dijalankan oleh (WHO) 1999,
kebanyakan kematian adalah disebabkan oleh barah paru-paru, penyakit jantung
dan penyakit dada yang lain Laporan itu juga mencatatkan bahawa kempen anti-
rokok perlu memberi tumpuan kepada golongan muda, khususnya remaja
lingkungan umur 13 hingga 15 tahun, kerana tempoh ini merupakan tempoh
seseorang individu itu mula merokok.
Satu kajian yang dijalankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia 1998,
mendapati ada 1.7 juta perokok di Semenanjung Malaysia iaitu satu daripada
lima orang dewasa berusia 15 tahun keatas adalah perokok. Kajian ini juga
menunjukkan kadar merokok semakin meningkat dengan setiap peningkatan
kumpulan umur iaitu 12% dalam lingkungan umur 15 ke 24 tahun dan 32% di
kalangan yang berumur antara 55 hingga 64 tahun.
4
Wan Roslan Bin Wan Ramli Kajian Kes20001-05232 Kaedah Pengajaran Pendidikan Kesihatan
SH 3083
Kajian yang dijalankan oleh Universiti Kebangsaan Malaysia pada tahun
2000 pula mendapati 99% daripada pelatih yang sedang menjalani pemulihan di
pusat-pusat serenti di seluruh negara adalah datangnya dari para perokok.
Kajian itu juga mendapati tingkah laku merokok di kalangan remaja berlaku
secara berleluasa. Di kalangan remaja awam,15% daripada mereka yang
berumur antara 13 hingga 16 tahun didapati pernah cuba merokok, 25% yang
berusia antara 17 hingga 21 tahun dan 26% yang berumur antara 22 hingga 25
tahun.
Penagih rokok “tegar” pula meliputi 22% remaja yang berusia antara 22
hingga 25 tahun,22% yang berusia antara 26 hingga30 tahun dan 5% dikalangan
yang berusia 13 hingga 16 tahun. Walaupun tidak semua perokok menjadi
penagih dadah, kajian mendapati hampir sebahagian besar penagih dadah
merupakan penghisap rokok. Malah lebih awal seseorang itu merokok, lebih
sukar baginya menghentikan tabiat tersebut. Oleh itu, usaha tegas perlu
dilaksanakan bagi memastikan remaja kita tidak terjebak dalam perbuatan yang
tidak berfaedah ini.
Akta Kawalan Hasil Tembakau 1993 hanya melarang remaja 18 tahun ke
bawah membeli rokok. Bagaimanapun, tiada tindakan dikenakan ke atas mereka
jika didapati menghisap, mengunyah dan memiliki hasil tembakau termasuk
rokok menyebabkan ramai remaja tidak peduli dengan larangan tersebut. Malah,
peraturan itu yang hanya mengenakan denda terhadap peniaga yang menjual
rokok kepada remaja berkenaan. Ini secara tidak langsung terus memberikan
kebebasan kepada remaja untuk menghisap rokok. Masalah ini amat
5
Wan Roslan Bin Wan Ramli Kajian Kes20001-05232 Kaedah Pengajaran Pendidikan Kesihatan
SH 3083
membimbangkan, lebih-lebih lagi didapati ramai remaja memasukkan dadah ke
dalam rokok ketika mula-mula menghisap dadah. Sehubungan itu, pindaan
terhadap peraturan sedia ada perlu dibuat bagi memastikan pengawasan yang
lebih ketat ke atas remaja yang mula hendak berjinak-jinak dengan amalan
merokok ini.
Satu lagi kajian yang dijalankan di kalangan pelajar-pelajar tingkatan
empat di Pulau Pinang menunjukkan kadar “prevalent” merokok di kalangan
pelajar lelaki dan perempuan adalah 12.4 %. Kajian itu juga menunjukkan pelajar
lelaki terus merokok kerana kesan psikoaktif nikotin seperti keseronokan dan
mengurangkan tekanan.
Disamping itu, kajian yang dijalankan oleh Universiti Sains Malaysia
(USM) terhadap 224 pelajar sekolah menengah di Kelantan mendapati kadar
prevalen merokok bagi pelajar lelaki adalah 44.2%. Daripada kadar itu, 31.8%
memulakan tabiat merokok di sekolah rendah lagi. Mengikut rakan sebaya
adalah sebab utama pelajar merokok, selain untuk melupakan masalah peribadi,
remaja yang merokok juga didapati menghadapi lebih banyak masalah disiplin di
sekolah.
Kesimpulannya,semua kajian-kajian di atas jelas menunjukkan bahawa
masalah merokok di kalangan remaja di bawah 18 tahun adalah besar dan pasti
mendorong kepada pelbagai masalah yang rumit seperti penagihan dadah.
Bukan itu sahaja, penagihan dadah pula akan membawa pelbagai masalah
soaial yang lain. Aspek kesihatan menjadi pegangan kerajaan dalam
melaksanakan kempen anti merokok secara berterusan. Perangkaan perubatan
6
Wan Roslan Bin Wan Ramli Kajian Kes20001-05232 Kaedah Pengajaran Pendidikan Kesihatan
SH 3083
menunjukkkan kira-kira 25% daripada kematian yang dilaporkan berpunca
daripada penyakit yang berkaitan dengan tabiat merokok.
Maut disebabkan penyakit kardiovaskular, strok dan kanser menunjukkan
adanya hubungan rapat dengan tabiat merokok. Kira-kira 90% daripada semua
kes kanser, 75% daripada masalah pulmonari dan 25 % kes masalah jantung di
kalangan perokok lelaki berusia 65 tahun ke bawah berkaitan dengan tabiat
menghisap rokok. Kadar mortaliti(kematian) dan morbiditi(penyakit) akibat
merokok juga meningkat.Kematian kerana penyakit kardiovaskular meningkat
daripada 3% poada 1965 kepada 20% pada tahun 1999.
7
Wan Roslan Bin Wan Ramli Kajian Kes20001-05232 Kaedah Pengajaran Pendidikan Kesihatan
SH 3083
BAB III
METODOLOGI KAJIAN
Populasi Dan Sampel Kajian
Responden kajian yang dipilih terdiri daripada dua orang pelajar,iaitu
seorang pelajar lelaki dan seorang pelajar perempuan tingkatan 4 dari sebuah
sekolah menengah di Daerah Marang, Terengganu. Sekolah ini merupakan
sebuh sekolah menengah gred A yang mmpunyai bilangan pelajar sekitar 800
orang. Sekolah ini juga merupakan sebuah sekolah campuran yang muridnya
terdiri daripada murid lelaki dan perempuan yang terletak di dalam kawasan
sekitar daerah Marang.
Sekolah ini dijadikan populasi kajian kerana ia merupakan sekolah yang
menghadapi banyak masalah disiplin pelajar disamping kedudukannya yang
dikatakan terletak dlm kawasan hitam dalam kategori kegiatan dadah. Sampel
kajian ini dipilih berdasarkan rekod salah laku murid dengan bantuan guru
disiplin dan juga kaunselor sekolah berkenaan.
Instrumen Kajian.
Instrumen yang digunakan dalam kajian kes ini adalah merupakan set
temu bual bagi mendapatkan butir-butir terperinci yang diperlukan. Temu bual
dijalankan secara berasingan selepas jam 10.30 pagi di bilik kaunselor sekolah
berkenaan.
8
Wan Roslan Bin Wan Ramli Kajian Kes20001-05232 Kaedah Pengajaran Pendidikan Kesihatan
SH 3083
DAPATAN KAJIAN
Kajian kes 2 pelajar tingkatan 4 yang terlibat dalam masalah merokok.
Di sini akan dipaparkan 2 kajian kes berkaitan dengan pelajar tingkatan 4 yang
terlibat dengan masalah merokok.
Kes 1
Latar belakang subjek
Nama : Ahmad Fauzi (bukan nama sebenar)
Jantina : Lelaki
Umur : 17 tahun
Sekolah : Sebuah sekolah di Daerah Marang, Terengganu
Tingkatan : Empat
Hobi : Bermain bola sepak dan melepak
Pekerjaan Bapa : Nelayan
Pekerjaan Ibu : Suri rumahtangga
Pendapatan keluarga : RM 1200 sebulan
Adik beradik : 4 orang
Ahli keluarga yang merokok : Ayah dan abang.
9
Wan Roslan Bin Wan Ramli Kajian Kes20001-05232 Kaedah Pengajaran Pendidikan Kesihatan
SH 3083
Hal-hal yang berkaitan dengan persoalan kajian:
Interaksi dengan keluarga : Sebelum penceraian ibubapanya, keluarga
responden adalah keluarga yang bahagia. Selepas penceraian ibubapanya,
responden tinggal bersama ibunya dan masih lagi berhubung dengan bapanya.
Rakan-rakan : Responden lebih suka bergaul dengan rakan-rakan yang lebih
tua daripada umurnya. Kebanyakan daripada rakan-rakan responden tidak
bersekolah dan mereka adalah perokok. Mereka sering menghabiskan masa
bersama pada waktu malam atau di hujung minggu. Ibu responden tidak
mengenali kebanyakan daripada rakan-rakan responden.
Sumber perbelanjaan : Duit perbelanjaan responden diterima daripada bapa
dan abang-abangnya. Oleh yang demikian responden tidak menghadapi
masalah untuk membeli rokok .
Sejarah merokok : Responden mula merokok ketika berusia 13 tahun. Tabiat
merokoknya bermula dengan menghisap puntung rokok yang ditinggalkan oleh
ayah dan abang-abangnya di dalam bekas abu rokok. Seterusnya responden
mula merokok dengan mencuri rokok ayah dan abang-abangnya. Selain
daripada merokok, responden juga mengakui bahawa dia pernah juga
menghisap ganja bersama rakan-rakannya.
10
Wan Roslan Bin Wan Ramli Kajian Kes20001-05232 Kaedah Pengajaran Pendidikan Kesihatan
SH 3083
Percubaan berhenti merokok : Responden menyatakan bahawa dia pernah
cuba untuk berhenti merokok tetapi gagal disebabkan tidak sanggup
menghadapi tekanan dan rasa bosan serta gian untuk merokok.
Kesimpulan daripada kes 1 yang dipaparkan ialah, suasana atau
persekitaran rumah hasil daripada “modelling” daripada ayah dan abang-abang
responden amat menyumbang kearah peneguhan tabiat merokok responden.
Keluarga responden juga di lihat tidak mengambil kisah tentang kegiatan
responden di dalam, rumah,di sekolah mahu pun di luar. Rakan-rakan responden
terdiri daripada perokok dan pergaulan dengan mereka telah menjerumuskan
lagi responden ke lembah ketagihan rokok. Amalan merokok dapat memberi
situasi teraputik bagi responden untuk melupakan tekanan dan kesedihan yang
dihadapinya akibat masalah dalam keluarga.
Kes 2
Latar belakang subjek
Nama : Farah Azira (bukan nama sebenar)
Jantina : Perempuan
Umur : 17 tahun
Sekolah : Sebuah sekolah menengah di Daerah Marang,
Terengganu.
Tingkatan : Empat
11
Wan Roslan Bin Wan Ramli Kajian Kes20001-05232 Kaedah Pengajaran Pendidikan Kesihatan
SH 3083
Hobi : Menonton
Pekerjaan bapa : Peniaga runcit
Pekerjaan ibu : Peniaga runcit
Pendapatan keluarga : RM 3500 sebulan
Adik beradik : 5 orang
Ahli keluarga yang merokok : Bapa dan 3 orang abang
Interaksi dengan keluarga : Bapa responden seorang peniaga runcit yang
memiliki sebuah kedai runcit berdekatan dengan kediaman beliau. Ibu responden
pula seorang wanita yang menolong bapa berniaga. .Menurut responden ibu
amat menyayanginya tetapi sering tiada dirumah kerana bekerja .Responden
merupakan anak bongsu daripada 5 orang adik beradik yang kesemuanya
lelaki.. Keadaan ini menjadikan beliau seorang anak yang dimanjakan oleh
ibubapa dan abang-abangnya yang lain dan setiap permintaannya lazimnya tidak
pernah di hampakan.
Rakan-rakan : Menurut responden beliau suka berkawan dengan pelajar-pelajar
lelaki sahaja dan membenci pelajar perempuan, khususnya yang memakai
tudung dengan alasan mereka suka mengambil tahu hal dirinya. Selain itu
responden suka memperlihatkan sikap yang agak agresif iaitu dia pantang
dicabar oleh orang lain. Beliau menyatakan yang beliau pasti akan menyahut
sebarang cabaran semata-mata untuk menunjukkan kehebatannya.
12
Wan Roslan Bin Wan Ramli Kajian Kes20001-05232 Kaedah Pengajaran Pendidikan Kesihatan
SH 3083
Sumber perbelanjaan : Responden mendapat wang saku yang boleh dikatakan
agak mewah daripada ibu, bapa dan abang-abang yang kebanyakkannya telah
bekerja. Selain daripada itu responden juga menceritakan beliau pernah menjual
barang kemas pembelian ibunya untuk mendapatkan wang dan melaporkan
kepada ibunya barang tersebut telah hilang.
Sejarah merokok : Responden mula merokok apabila dicabar oleh rakan-rakan
lelakinya. Kebetulan pada waktu itu,responden rasa tertekan dan malu akibat
dimarahi oleh guru kelasnya kerana beliau tidak menyiapkan tugasan sekolah.
Responden lazimnya membeli rokok dari rakan atau dari kedai diluar kawasan
sekolahnya. Beliau pernah ditangkap beberapa kali oleh pihak sekolah semasa
pemeriksaan kerana didapati menyembunyikan rokok dalam baju dalamnya.
Selain daripada itu responden juga mengakui bahawa beliau sering mencuri
rokok dari kedai runcit bapanya sewaktu membantu bapanya berniaga.
Percubaan berhenti merokok : Responden dilihat mempunyai kesedaran untuk
berhenti merokok berdasarkan pengalaman abangnya yang selalu sakit akibat
merokok. Beberapa langkah telah diambil tetapi tidak berhasil. Antaranya
semasa bulan puasa responden cuba menahan diri daripada menghisap rokok
pada waktu malam. Malangnya responden hanya dapat bertahan beberapa
malam sahaja kerana tidak dapat menahan rasa ketagih akibat daripada melihat
bapa dan abang-abangnya merokok selepas berbuka puasa.
13
Wan Roslan Bin Wan Ramli Kajian Kes20001-05232 Kaedah Pengajaran Pendidikan Kesihatan
SH 3083
Kesimpulan dari kes 2 yang dipaparkan ialah punca responden
melibatkan diri dalam amalan merokok adalah akibat persekitaran dalam rumah
iaitu hasil “modelling” daripada bapa dan abang-abangnya. Selain daripada
itu,sikap agresif yang tidak dapat disalurkan dengan betul telah mendorongnya
menjadi perokok. Pengaruh rakan sebaya yang terdiri daripada perokok di
samping perasaan ingin diterima masuk dalam kumpulan rakan-rakan juga
menjadi penyumbang kepada kegiatan merokok kepada diri responden.
14
Wan Roslan Bin Wan Ramli Kajian Kes20001-05232 Kaedah Pengajaran Pendidikan Kesihatan
SH 3083
BAB IV
RUMUSAN DAN CADANGAN
Rumusan
Dapatan kajian pada keseluruhannya menunjukkan bahawa terdapat
beberapa faktor utama yang mempengaruhi pelajar-pelajar melibatkan diri dalam
amalan merokok. Merokok dikenalpasti sebagai penyelesaian bagi
menghilangkan rasa bosan dan untuk melepaskan diri daripada masalah yang
dihadapi mereka.
Peranan dan sikap ahli keluarga juga merupakan punca utama mereka
merokok. Perkara-perkara seperti ibu bapa yang tidak memperlihatkan peranan
yang boleh di contohi, tidak mengambil berat tentang kemajuan anak-anak, tidak
mengawasi kegiatan anak-anak, suasana rumah yang tidak tenteram dan
penceraian ibu bapa juga merupakan sebab-sebab pelajar-pelajar ini merokok.
Pendedahan mengenai kesan-kesan buruk akibat merokok ke atas diri
pelajar didapati kurang. Terdapat juga pelajar yang tidak mengambil berat
langsung tentang perkara ini.Ini amatlah malang kerana di kotak rokok itu sendiri
memaparkan amaran kerajaan yang berbunyi “Merokok Membahayakan
Kesihatan”.
Apabila dilihat tentang percubaan-percubaan yang dilakukan oleh pelajar-
pelajar ini untuk berhenti dari tabiat merokok, ada yang berkata mereka belum
bersedia dan ada pula yang menyatakan mereka seringkali gagal dalam
15
Wan Roslan Bin Wan Ramli Kajian Kes20001-05232 Kaedah Pengajaran Pendidikan Kesihatan
SH 3083
percubaan mereka. Mereka juga menyatakan bersedia untuk berhenti dari tabiat
tersebut, bila mempunyai kekuatan untuk berbuat demikian.
Kesimpulannya, pelajar-pelajar ini memerlukan dorongan dan sokongan
moral dari keluarga dan masyarakat persekitarannya bagi membantu mereka
membebaskan diri daripada masalah merokok ini yang semakin meningkat dari
sehari ke sehari.
Cadangan
Berdasarkan dapatan kajian kes, cadangan-cadangan berikut di
kemukakan untuk membantu remaja khasnya pelajar-pelajar sekolah menengah
dalam menangani masalah merokok di kalangan pelajar.
Peraturan menjadikan sekolah sebagai kawasan larangan merokok
adalah baik. Penguatkuasaannya tidak seharusnya terbatas kepada pelajar
sahaja. Sesiapa saja yang berada di kawasan sekolah, sepatutnya tidak
dibenarkan menghisap rokok. Jika penguatkuasaan peraturan merokok boleh
dilaksanakan di kawasan hospital, tidak ada sebab larangan yang sama tidak
dapat dilaksanakan di kawasan sekolah. Kita tentunya tidak mahu ibu bapa
menjadi sumber inspirasi di kalangan pelajar sekolah. Kita mahu menjadikan
sekolah kawasan bersih daripada segala bentuk pencemaran. Oleh itu larangan
terhadap guru dan kakitangan sekolah menghisap rokok di kawasan sekolah
secara tidak langsung memberikan mesej kepada orang ramai bahawa merokok
di kawasan sekolah adalah satu kesalahan moral.
16
Wan Roslan Bin Wan Ramli Kajian Kes20001-05232 Kaedah Pengajaran Pendidikan Kesihatan
SH 3083
Menurut peraturan yang dikeluarkan Kementerian Pendidikan Malaysia,
Pelajar yang ditangkap menghisap rokok di kawasan sekolah boleh dikenakan
hukuman sehingga ketahap dibuang sekolah. Kita mungkin mendapat kesan
segera daripada peraturan ini, tetapi ianya tidak dapat menghalang pelajar
merokok di tempat umum yang lain. Satu kempen yang agresif adalah diperlukan
untuk menjayakan matlamat kita membebaskan pelajar daripada amalan
merokok ini
Kempen anti rokok di kalangan pelajar adalah satu langkah yang perlu di
laksanakan kerana kita percaya ia adalah satu cara berkesan dalam memberi
kesedaran dalam diri para pelajar kita tentang kesan-kesan negatif akibat
daripada amalan merokok ini. Kesan yang lebih berpanjangan hanya akan
didapati apabila kesedaran tentang keburukan amalan merokok ini timbul dari
dalam jiwa pelajar itu sendiri. Ini adalah kerana merokok merupakan amalan
yang tidak menyalahi undang-undang Negara. Oleh yang demikian ianya tidak
mendatangkan rasa takut atau gentar kepada mereka.
Sebagai ibu bapa, tentunya kita mahukan setiap peraturan yang
diperkenalkan memberi kesan yang positif kepada anak-anak kita. Tidak ada ibu
bapa yang suka anak-anak mereka menagih rokok,walaupun pada hakikatnya
mereka sendiri adalah seorang perokok. Bagi menjadikan kempen anti rokok ini
lebih berkesan, prinsip ini perlu diperluaskan agar mencakupi semua golongan
masyarakat. Kita percaya tabiat bencikan rokok tidak memerlukan banyak
peraturan kerana ia sepatutnya berlaku melalui kesedaran dalam diri.
17
Wan Roslan Bin Wan Ramli Kajian Kes20001-05232 Kaedah Pengajaran Pendidikan Kesihatan
SH 3083
Pendidikan mengenai bahaya merokok perlu dilakukan dengan lebih
meluas. Sekolah adalah salah satu tempat yang paling berkesan untuk tujuan
ini. Pendidikan Kesihatan yang diajar di sekolah-sekolah perlulah diberi nafas
baru, baik daripada segi strategi penyampaian mahu pun daripada segi isi
kandungannya. Jika dilihat daripada dapatan kajian kes ini, pengetahuan pelajar
tentang keburukan yang terhasil daripada amalan merokok ini adalah ditahap
yang paling minima.Ini seolah-olah menggambarkan bahawa tiada penekanan
yang secukupnya diberikan dalam menyampaikan isi kandungan pendidikan
kesihatan itu sendiri. Jika pelajar hari ini bencikan rokok, tentunya generasi akan
datang tidak akan menghadapi masalah sebagaimana yang kita semua hadapi
hari ini. Jiwa para pelajar kita seharusnya di tanamkan dengan budaya bencikan
rokok di samping menggalakkan mereka menyertai aktiviti kokurikulum dalam
menuju ke arah gaya hidup yang lebih sihat dan sejahtera.
18
Wan Roslan Bin Wan Ramli Kajian Kes20001-05232 Kaedah Pengajaran Pendidikan Kesihatan
SH 3083
Bibliografi
Lapuran Disiplin Pelajar Sekolah Malaysia,Kementerian Pendidikan Malaysia,Kuala
Lumpur, 1999.
Lokman Salim, 1995, Merokok Dari Aspek Kesihatan dlm Utusan Malaysia,25 April
2002, Halm. 7
Nor Anita Megat Mohd. Nordin dan Che Mazlan Saad, 1997. Merokok Membakar Diri, Wang Dan Keluarga. Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka
Muhd. Mansur Abdullah dan S. Nordinar Mohd. Tamin, 1987. Proses Kaunseling.Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Richmond, B. dan Webster, I., 1984. Become a Non-Smoker.Butterworth Pty.
Ltd.
“ Stunted Lugs Found in Young Smoker “ dlm. New Straits Times, 1 Oktober
1996
Wong, J.G. “ How to Help Your Patients Quit Smoking “ dlm. Post-graduate
Medicine,
1 : 197 – 201, 1994
19
Wan Roslan Bin Wan Ramli Kajian Kes20001-05232 Kaedah Pengajaran Pendidikan Kesihatan
SH 3083
SOALAN-SOALAN TEMU BUAL.
Temu bual dengan 2 orang pelajar (lelaki dan Perempuan) tingkatan 4 yang
terlibat dengan amalan merokok disebuah sekolah di Daerah Marang,
Terengganu.
Bahagian A: Faktor-faktor
1. Bilakah anda mula merokok?
2. Apakah yang menyebabkan anda merokok?
3. Bagaimanakah anda mendapat wang untuk membeli rokok?
4. Jika anda tiada wang,adakah anda akan cuba mendapatkan wang dengan
cara lain?
5. Adakah anda mempunyai rakan sebaya yang merokok?Berapa jam sehari
anda menghabiskan masa bersama rakan anda?
6. Adakah di kalangan ahli keluarga anda yang merokok?Bagaimanakah
pergaulan anda dengan mereka?
Bahagian B: Kesan-kesan
1. Tahukah anda apakah kesan-kesan merokok terhadap :
Diri anda
Pelajaran anda
Perwatakan anda
Orang di sekeliling anda
20
Wan Roslan Bin Wan Ramli Kajian Kes20001-05232 Kaedah Pengajaran Pendidikan Kesihatan
SH 3083
Bahagian C: Pandangan masyarakat
1. Pada pendapat anda apakah pandangan mereka di bawah ini terhadap
sikap merokok anda?
Rakan anda
Guru-guru anda
Ibu bapa anda
Adik-beradik anda
2. Apakah pendapat anda sendiri terhadap tabiat merokok anda?
3. Pada pendapat anda, apakah persepsi masyarakat terhadap tabiat
merokok?
Bahagian D: Percubaan untuk berhenti merokok.
1. Adakah anda ingin berhenti daripada tabiat merokok ini?
2. Jika ya, apakah langkah-langkah yang telah diambil oleh:
Anda
Keluarga anda
Guru-guru anda
Rakan-rakan anda
3. Jika tidak,boleh anda terangkan sebab-sebab mengapa anda tidak
berinisiatif untuk berhenti daripada amalan merokok?
4. Jika percubaan untuk berhenti merokok gagal,adakah anda akan
mencuba lagi atau pun anda akan berhenti daripada mencuba?
21
Wan Roslan Bin Wan Ramli Kajian Kes20001-05232 Kaedah Pengajaran Pendidikan Kesihatan
SH 3083
5. Pada pendapat anda,adakah program anti rokok yang dianjurkan oleh
kerajaan atau swasta berkesan?
a. Jika ya, apakah kesan program ini ke atas diri anda?
b. Jika tidak,apakah cadangan anda bagi menyelesaikan masalah ini?
22
top related