siaran akhbar - banjir; operasi 50 pencawang elektrik · pdf file“langkah itu perlu...
Post on 12-Feb-2018
257 Views
Preview:
TRANSCRIPT
SIARAN AKHBAR
PRESS STATEMENT
S.A 2017/01/11 (HQ)
BANJIR: OPERASI 50 PENCAWANG ELEKTRIK TNB
DI PAHANG DAN JOHOR DIHENTIKAN
Tenaga Nasional Berhad (TNB) menghentikan sementara bekalan elektrik untuk
sejumlah 50 buah pencawang elektrik (PE) di kawasan dilanda banjir di Pahang dan
Johor setakat jam 12 tengah hari, hari ini.
Menurut Pengurus Besar Kanan (Distribution Network) TNB, Wan Nazmy Wan
Mahmood jumlah itu termasuk 44 di Pahang dan enam lagi di beberapa kawasan di
Johor.
“Langkah itu perlu dilakukan bagi mengelakkan kejadian litar pintas. Bekalan
elektrik akan segera disambung semula sebaik ia selamat dilakukan.”
Penghentian sementara operasi pencawang-pencawang elektrik berkenaan
membabitkan 3,307 pengguna berdaftar di Pahang dan 328 lagi di Johor.
Wan Nazmy berkata, operasi bagi 18 buah PE dan tiga buah PE di Pahang dan Johor
telah pun pulih dan beroperasi seperti sedia kala.
Bilik gerakan banjir TNB di kedua-dua negeri terbabit juga telah dibuka bagi
memantau keadaan dan menyalurkan maklumat terkini mengenai bekalan elektrik.
“Orang ramai boleh menghubungi talian TNB CareLine di 15454 bagi mendapatkan
maklumat lanjut mengenai perkhidmatan dan bekalan elektrik,” kata Wan Nazmy
lagi.
Dikeluarkan di Kuala Lumpur pada jam 4.00 petang, 26 Januari 2017
Untuk sebarang pertanyaan media, sila hubungi Nor Hanim Idris (019-2617617) / Mohd Syafiq Khairul Salleh (013-3432346) / Norfadzilah Sha'ary (019-3369681) /
Puti Mazlina Mashudi (013-3642727) media@tnb.com.my
top related