seroja - safi shayla khusus untuk wanita … majlis pelancaran produk tersebut yang telah...

Post on 24-Jul-2019

226 Views

Category:

Documents

1 Downloads

Preview:

Click to see full reader

TRANSCRIPT

SAFI SHAYLA KHUSUS UNTUK WANITA MUSLIMAH01/14/2014 09:30:00 AM | IZDIHAR JAAFAR

TweetTweet 0

Safi, jenama yang sinonim dengan produk kecantikan suci dan halal, memperkenalkan rangkaian penjagaanrambut terbaru, Safi Shayla yang dikhususkan untuk wanita bertudung.

Rangkaian ini menyenaraikan empat variasi syampu yang menawarkan kesan Anti Kelemumur, Licin Terurus,Segar Bermaya serta Kawalan Rambut Gugur. Turut dipasarkan adalah perapi rambut dan penyegar kulitkepala yang sesuai digunakan untuk semua jenis rambut.

0LikeLike

converted by Web2PDFConvert.com

Keistimewaan Safi Shayla terletak pada formulasinya yang memanfaatkan kebaikan 'habbatus sauda', selaindari multi-vitamin, ZPT, Nano Lipid Enhancer dan protein. Memahami keperluan rambut muslimah di bawahcuaca panas dan lembap, kandungan utama Safi Shayla itu mampu mengurangkan kegatalan, menjaminkeselesaan serta menghalang rambut dari berbau dan masalah-masalah yang sering membelenggu wanitabertudung.

Shayla yang membawa maksud selendang dalam Bahasa Arab, merupakan kesinambungan kepada seleksiproduk Safi sebelum ini yang sudah dekat di hati wanita tempatan, kata Pengurus Kanan Produk Safi, NorAziani Azizan. Tambahnya, pengenalan produk ini memberi kelebihan besar kepada pengguna bertudung,selaras dengan personaliti muslimah moden yang beridentiti dan berintegriti.

Pada majlis pelancaran produk tersebut yang telah berlangsung di Hotel Eastin, Petaling Jaya pada Jumaat,wakil media dihiburkan dengan pengenalan empat rekaan busana eksklusif ‘Gaya Safi Shayla’ dari labelMimpikita, setiap satu mewakili warna empat syampu yang ditawarkan.

Produk Safi Shayla boleh didapati di semua pasaraya utama, pasaraya hyper dan farmasi terpilih seluruhnegara. Empat variasi syampu dijual pada harga RM7.70 untuk bungkusan 160ml dan RM12.70 untukbungkusan 320ml. Penyegar kulit kepala dan perapi rambut pula dijual pada harga RM7.70 untuk bungkusan160ml dan 180ml. Maklumat lanjut di www.safi.com.my, facebook.com/SAFI.MY dan laman Instagram@safimalaysia.

GALERI GAMBAR

converted by Web2PDFConvert.com

top related