(ht tps://news.usm.my)eprints.usm.my/40047/1/usm_news_portal_-_usm_muncul_naib_johan... ·...

4
4/12/2018 USM News Portal - USM MUNCUL NAIB JOHAN KEJOHANAN FUTSAL MAKSAK 2017 https://news.usm.my/index.php/berita-mutakhir/4933-usm-muncul-naib-johan-kejohanan-futsal-maksak-2017 1/4 PULAU PINANG, 1 Mei 2017 – Universiti Sains Malaysia (USM) berjaya muncul naib johan dalam kejohanan futsal Majlis Kebajikan Dan Sukan Anggota-Anggota Kerajaan Malaysia (MAKSAK) yang berlangsung di Kompleks Sukan Azman Hashim USM, hari ini. Pada perlawanan akhir yang berlangsung antara USM dan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP), USM tumpas 2-1 dalam perlawanan yang begitu sengit dan mendebarkan. (https://news.usm.my) Berita Mutakhir search... USM MUNCUL NAIB JOHAN KEJOHANAN FUTSAL MAKSAK 2017 03 MAY

Upload: others

Post on 16-Nov-2019

10 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: (ht tps://news.usm.my)eprints.usm.my/40047/1/USM_News_Portal_-_USM_MUNCUL_NAIB_JOHAN... · berlangsung di Kompleks Sukan Azman Hashim USM, hari ini. Pada perlawanan akhir yang berlangsung

4/12/2018 USM News Portal - USM MUNCUL NAIB JOHAN KEJOHANAN FUTSAL MAKSAK 2017

https://news.usm.my/index.php/berita-mutakhir/4933-usm-muncul-naib-johan-kejohanan-futsal-maksak-2017 1/4

PULAU PINANG, 1 Mei 2017 – Universiti Sains Malaysia (USM) berjaya muncul naib johan dalamkejohanan futsal Majlis Kebajikan Dan Sukan Anggota-Anggota Kerajaan Malaysia (MAKSAK) yangberlangsung di Kompleks Sukan Azman Hashim USM, hari ini.

Pada perlawanan akhir yang berlangsung antara USM dan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP), USMtumpas 2-1 dalam perlawanan yang begitu sengit dan mendebarkan.

(https://news.usm.my)

Berita Mutakhir

search...

USM MUNCUL NAIB JOHAN KEJOHANAN FUTSALMAKSAK 201703

MAY

Page 2: (ht tps://news.usm.my)eprints.usm.my/40047/1/USM_News_Portal_-_USM_MUNCUL_NAIB_JOHAN... · berlangsung di Kompleks Sukan Azman Hashim USM, hari ini. Pada perlawanan akhir yang berlangsung

4/12/2018 USM News Portal - USM MUNCUL NAIB JOHAN KEJOHANAN FUTSAL MAKSAK 2017

https://news.usm.my/index.php/berita-mutakhir/4933-usm-muncul-naib-johan-kejohanan-futsal-maksak-2017 2/4

Menurut pengurus pasukan, Azlisufryzal Bunizar, walaupun USM hanya berjaya muncul naib juaradalam edisi kali ini, beliau sangat berpuas hati dengan komitmen dan semangat juang para pemainyang berjuang habis-habisan sehingga wisel penamat dibunyikan.

“Walaupun mengharungi banyak perlawanan peringkat kumpulan dan terpaksa beraksi sehingga ke‘sudden-death penalty’ semasa perlawanan separuh akhir menentang Bank Simpanan Nasional (BSN),namun dengan kesungguhan dan kecergasan yang tinggi, kami berjaya melepasi semua halangan.”

Page 3: (ht tps://news.usm.my)eprints.usm.my/40047/1/USM_News_Portal_-_USM_MUNCUL_NAIB_JOHAN... · berlangsung di Kompleks Sukan Azman Hashim USM, hari ini. Pada perlawanan akhir yang berlangsung

4/12/2018 USM News Portal - USM MUNCUL NAIB JOHAN KEJOHANAN FUTSAL MAKSAK 2017

https://news.usm.my/index.php/berita-mutakhir/4933-usm-muncul-naib-johan-kejohanan-futsal-maksak-2017 3/4

Tambahnya lagi, pasukan Futsal USM sepatutnya boleh berbangga dengan kejayaan ini, keranamereka tumpas kepada pasukan yang majoriti pemainnya sedang beraksi dalam Futsal Liga FeldaKebangsaan.

 

Page 4: (ht tps://news.usm.my)eprints.usm.my/40047/1/USM_News_Portal_-_USM_MUNCUL_NAIB_JOHAN... · berlangsung di Kompleks Sukan Azman Hashim USM, hari ini. Pada perlawanan akhir yang berlangsung

4/12/2018 USM News Portal - USM MUNCUL NAIB JOHAN KEJOHANAN FUTSAL MAKSAK 2017

https://news.usm.my/index.php/berita-mutakhir/4933-usm-muncul-naib-johan-kejohanan-futsal-maksak-2017 4/4

Untuk rekod, USM juga merupakan naib johan dalam kejohanan sama pada tahun 2016, juga tumpaskepada MBPP.

Sebanyak 16 pasukan mengambil bahagian dalam kejohanan kali ini, yang dibahagikan kepada 2kumpulan.

Antara pasukan lain yang mengambil bahagian adalah Bomba, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ),Majlis Amanah Rakyat (MARA), Hospital Pulau Pinang (HPP), Jabatan Veterinar, Jabatan Botani,Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang (SUKPP), Jabatan Kimia, Jabatan Kebajikan, JabatanMuzium Negeri, Majlis Amanah Rakyat (MARA), Pejabat Kesihatan Daerah Timur Laut (DTL), KumpulanWang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC).

Teks: Mohamad Danial Shahri/Foto: Ihsan FB MBPP

Share This

Pusat Media dan Perhubungan Awam / Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800 USM, Pulau Pinang Malaysia

Tel : +604-653 3888 | Fax : +604-658 9666 | Email : [email protected] (mailto:[email protected])

Laman Web Rasmi / Official Website : Universiti Sains Malaysia (http://www.usm.my)

Client Feedback / Comments (http://web.usm.my/smbp/maklumbalas.asp) | USM News Portal. Hakcipta Terpelihara USM 2015