seminar unit amanah siti uraidah udin

Post on 15-Jan-2017

254 Views

Category:

Documents

8 Downloads

Preview:

Click to see full reader

TRANSCRIPT

Seminar Unit Amanah

Siti Uraidah Udin

Suruhanjaya Sekuriti ditubuhkan di bawah Akta Suruhanjaya

Sekuriti 1993 ( "Suruhanjaya") mempunyai hak milik mutlak ke atas

kandungan Pembentangan ini. Tiada bahagian daripada

persembahan ini boleh digunakan atau diterbitkan semula

dalam apa jua bentuk tanpa kebenaran bertulis terlebih dahulu.

Penyampaian ini disediakan untuk tujuan maklumat sahaja.

Suruhanjaya atau Penyampai tidak memberikan apa-apa

jaminan, tersurat atau tersirat, atau sebarang liabiliti undang-

undang atau tanggungjawab terhadap ketepatan,

kesempurnaan atau mata wang daripada kandungan

penyampaian ini.

Adalah menjadi tanggungjawab anda untuk mengesahkan

sebarang maklumat sebelum menggunakan atau bergantung

kepadanya.

Pengenalan

5 Tabiat Pelabur Bijak

5 Tabiat Pelabur Bijak

Tetapkan Matlamat

Dapatkan Maklumat & Kenalpasti risiko

Ketahui Yuran & Kos Yang Terlibat

Ketahui Teknik & Strategi Melabur

Kaedah Pemantauan

1) TETAPKAN MATLAMAT

Langkah-langkah Persaraan

Contoh Pelan Pengiraan

Persaraan

Pelan Pendidikan Anak

2) DAPATKAN MAKLUMAT

MAKLUMAT JENIS DANA

• Dilaburkan di pasaran ekuiti

• Risiko tinggi dan mudah meruap

• Jenis-jenis ekuiti

– Dana Pertumbuhan Agresif

– Dana Index

– Dana Pendapatan

– Dana Antarabangsa

Ekuiti

• Dilaburkan dalam sekuriti

Pendapatan Tetap, tunai dan

harta dan ekuiti

• Pulangan lebih daripada SUA

Pasaran Wang, Akaun Simpanan

& Deposit Tetap

• Menunjukkan kadar turun naik

yang lebih rendah dari

kebanyakan SUA

Campuran Aset/ Imbang

• Dilaburkan dalam instrumen

pasaran wang, Bond Korporat

Sekuriti Kerajaan

• Biasanya memberikan

pendapatan secara tetap

dengan sedikit tekanan untuk

menghasilkan pertumbuhan

modal

• Lebih selamat

• Selalunya dipegang sebagai

sebahagian dari portfolio

kepelbagaian

Bond/ Pendapatan Tetap

• Beroperasi sama dengan akaun

bank

• Harga unit biasanya ditetapkan

pada jumlah tetap

• Risiko rendah

• Sangat mudah tunai & sesuai

sebagai “tempat pelaburan

sementara”

• Agihan pendapatan kepada

pelabur dibayar dengan tetap

dan kerap

Pasaran Wang

• Melabur dalam harta tanah

• Pulangan: pendapatan sewa

dan perubahan nilai harta tanah

• Tersenarai dalam bursa saham

• Boleh jual beli melalui broker

saham

• Matlamat pelaburan –

memperolehi pulangan yang

sama seperti indeks pasaran

tertentu

• Nisbah belanja yang rendah

Amanah Pelaburan Harta

Tanah

• Contoh: ASN

• Umumnya melabur dalam

pasaran seimbang walaupun

SUA pelaburan ekuiti juga boleh

didapati

• Ekuiti yang dilaburkan – mungkin

mempunyai harga unit yang

turun naik

• Dasar seimbang – biasanya

mempunyai harga tetap

(RM1.00)

Tajaan Kerajaan

Amanah Patuh Syariah

• Bagi pelabur yang sensitif terhadap prinsip Syariah

• Melabur ke dalam portfolio sekuriti patuh Syariah, sekuriti hutang Islam & sukuk yang mengikut prinsip Syariah

• Pulangan dapat mengelakkan unsur Riba’

Risiko & Pulangan Dalam Unit

Amanah

Kenalpasti Risiko Melabur Dalam Unit

Amanah

Risiko Am

Risiko Pelaburan

Risiko Am

• Risiko Pengurusan Dana

• Inflasi/ Risiko Kuasa Membeli

• Risiko Pinjaman Kewangan

• Risiko Tidak Patuh

• Kecairan

Risiko Pelaburan

• Risiko Pasaran Saham

• Risiko Saham Tertentu

• Risiko Kecairan

• Risiko Kadar Faedah

• Risiko Kredit/ Ingkar

• Risiko Polisi Dividen

• Risiko Pengelasan semula status syariah

•Baca prospektus dan nilai syarikat unit amanah

•Bandingkan prestasi dengan dana lain dalam kategori sama

•Bandingkan prestasi dengan indeks penanda

Dapatkan Maklumat Berkaitan Dana Yang Dipilih

•KONSERVATIF

•Paling sesuai untuk portfolio pelaburan risiko rendah

•SEDERHANA

•Paling sesuai untuk portfolio pelaburan seimbang

•AGRESIF

•Paling sesuai untuk portfolio pelaburan risiko tinggi

• ***isikan borang penilaian kesesuaian risiko

Memahami Profil Risiko Anda

3. KETAHUI YURAN DAN KOS YANG TERLIBAT

• Secara amnya caj perkhidmatan untuk tunai adalah 5% - 6.5%. Manakala KWSP 3% • Caj dan yuran yang lain adalah mengikut kadar yang ditetapkan oleh syarikat unit

amanah

4. TEKNIK DAN STRATEGI MELABUR

• Terdapat beberapa teknik dan strategi, antaranya:

1. Masa melabur

2. Pemilihan Dana

3. Penukaran / Pemindahan

4. Pemurataan Kos Ringgit

5. Pengumpulan Unit

6. Pemilihan Perunding

Masa Melabur

Tindakan Bijak

•Baca prospektus & nilai syarikat unit amanah

•Bandingkan prestasi dengan dana lain dalam kategori sama

•Morningstar, The Edge

Pemilihan Dana

• Penukaran/pemindahan (Switching) adalah merupakan salah satu strategi di dalam pelaburan unit amanah. Switching boleh dirujuk sebagai proses memindahkan pelaburan dari satu dana pelaburan ke dana pelaburan yang lain di bawah syarikat pengurusan yang sama.

• Caj ini adalah berlainan mengikut syarikat yang menguruskan unit amanah.

• Anda boleh semak polisi penukaran/pemindahan di dalam prospektus dana

Penukaran / Pemindahan Dana

Bila perlu dilakukan penukaran/pemindahan dan kenapa? Penukaran/Pemindahan dilakukan apabila berlaku perubahan di dalam senario pasaran saham. Tujuan penukaran/pemindahan dilakukan adalah untuk mengekalkan keuntungan yang diperolehi (atau profit locking) ataupun untuk mengurangkan kerugian yang ditanggung (atau stop loss).

• Kaedah pelaburan dengan melabur satu amaun tetap ke dalam instrumen pelaburan (saham, unit trust) dalam satu jangkamasa yang ditetapkan tanpa mengira harga semasa instrumen pelaburan tersebut.

• Pemurataan Kos Ringgit mengurangkan risiko kerana jumlah yang dilaburkan adalah kecil setiap bulan dan sekalipun harga unit jatuh pada bulan hadapan, pelabur masih lagi mempunyai dana dan dapat mengurangkan harga purata unit pelaburan yang dipegangnya.

Pemurataan Kos Ringgit

• Pengumpulan unit bermaksud setiap agihan pendapatan dari pelaburan, dilaburkan semula sebagai tambahan modal dan ditukarkan kepada unit.

• Semakin lama dan semakin banyak agihan pendapatan maka secara langsung unit pelaburan anda bertambah dan juga menjadikan kos purata seunit menjadi lebih rendah.

Pengumpulan Unit

• Hampir semua syarikat pengurusan unit amanah menyediakan perunding unit amanah. Dengan itu, pemilihan perunding yang bagus dapat membantu anda menguruskan pelaburan anda dengan lebih baik. Perunding perlu mempunyai beberapa kriteria penting iaitu:

• Profesionalisme

• Berintegriti, Jujur dan Bermaruah

• Berpegang kepada akta kerahsiaan

• Perkhidmatan yang pantas, cekap dan berterusan

Pemilihan Perunding

5. KAEDAH PEMANTAUAN

• Sentiasa berhubung dengan perunding anda jika ada.

• Sentiasa memantau secara berkala di laman maya jika anda berdaftar secara “online”

• Sentiasa berwaspada dengan maklumat pasaran semasa

• Baca dan kemaskini laporan yang diterima dari Syarikat Unit Amanah

top related