seminar malaysia government portals and websites asessment 2011
Post on 04-Feb-2017
229 Views
Preview:
TRANSCRIPT
TEKS UCAPAN YBHG TAN SRI SIDEK HASSAN KETUA SETIAUSAHA NEGARA
SEMINAR MALAYSIA GOVERNMENT PORTALS AND WEBSITES
ASSESSMENT 2011
1 DISEMBER 2011 (KHAMIS), 3.00PTG PICC, PUTRAJAYA
1
Bismillahir rahmanir rahim
Assalamualaikum Warahmatullahi
Wabarakatuh, Salam Sejahtera dan
Salam 1 Malaysia
Y.Bhg. Dato’ Mohamad Zabidi bin
Zainal, Ketua Pengarah MAMPU
Y.Bhg. Datuk Badlisham Ghazali
Ketua Pegawai Eksekutif MDeC
Y.Bhg. Dato’ Dr. Nor Aliah Bt
Mohd Zahri, Timbalan Ketua
Pengarah (ICT) MAMPU
Y.Bhg Tan Sri, Datuk-Dato’, Datin-
Datin, Tuan-Tuan dan Puan-Puan
yang dihormati sekalian.
2
Alhamdulillah, bersamalah kita
memanjatkan setinggi-tinggi
kesyukuran ke hadrat Allah SWT
kerana dengan rahmat dan limpah
kurnia Nya dapat kita bersama-
sama pada petang ini sempena
Majlis Perasmian Seminar Malaysia
Government Portals and Websites
Assessment 2011, atau MGPWA
2011.
2. Terlebih dahulu saya
mengucapkan syabas dan tahniah
kepada agensi-agensi kerajaan
yang telah berjaya mendapatkan
penarafan 5 bintang bagi portal dan
3
laman web masing-masing. Ini
merupakan satu pengiktirafan ke
atas pencapaian cemerlang agensi-
agensi kerajaan dalam mewujudkan
portal dan laman web yang
informatif, berkualiti dan mesra
pengguna.
Para hadirin sekalian,
3. Sejak MGPWA mula
diperkenalkan pada tahun 2005,
ranking laman web agensi kerajaan
di arena antarabangsa kian
meningkat. Dalam penilaian yang
dilaksanakan oleh Brown
University, dan kemudiannya
4
beralih kepada Brookings
Institution pada tahun 2008,
prestasi yang ditunjukkan oleh
negara kita adalah amat ketara di
mana kedudukan Malaysia telah
meningkat secara mendadak. Dari
tangga ke-157 pada tahun 2005,
naik ke tangga 36 pada 2006,
seterusnya ke-25 pada tahun 2007,
dan ke-11 pada tahun 2008 di
kalangan 198 negara yang dinilai.
Selepas tahun 2008, tiada lagi
ranking dilakukan oleh Brookings
Institution.
4. Seterusnya, Malaysia terus
menunjukkan prestasi cemerlang
5
dalam ranking arena antarabangsa
dengan kenaikan sebanyak 5 mata,
iaitu dari tangga ke-26 ke tangga 21
untuk World Economic Forum
Global Competitiveness Report dan
dari kedudukan ke-23 naik ke
tangga 18 bagi penilaian World
Bank Ease of Doing Business. Ini
membuktikan bahawa dengan
usaha yang jitu, memahami kriteria
yang ditetapkan, dan
mempraktikkannya di dalam
penggunaan harian, kita akan dapat
melonjakkan ranking negara di
persada dunia dengan secara
berterusan.
6
5. Mengimbas kembali mengenai
ranking ini sejak penilaian laman
web kerajaan mula dilaksanakan di
Malaysia pada tahun 2005,
peratusan pencapaian 5 bintang
menunjukkan prestasi yang
membanggakan iaitu sebanyak
26.12% pada tahun ini. Kedudukan
5 bintang telah dicapai oleh 285
agensi sektor awam, berbanding
101 pada tahun lepas. Pencapaian
ini menunjukkan bahawa agensi-
agensi sektor awam telah
meningkatkan inisiatif, peka kepada
ranking laman web. Tetapi saya
berharap dalam keghairahan
7
mengejar ranking ini, kita tidak lupa
bahawa MATLAMAT UTAMA kita
ialah memberi perkhidmatan terbaik
dan berkualiti kepada rakyat. Dan
sekiranya dalam proses memberi
perkhidmatan terbaik dan berkualiti
ini, kita menambah baik ranking
kita, Alhamdulillah.
6. Di dalam laporan World
Economic Forum – The Global
Information Technology Report
2010-2011, yang membandingkan
Networked Readiness Index di
Malaysia, jelas dilihat bahawa
markah Government Readines ialah
8
5.2 dengan ranking ke-11
berbanding Business Readiness
dengan markah 4.9 pada ranking
yang ke-19. Ini dapat dirumuskan
bahawa Kerajaan mendahului
swasta dalam penyediaan
infrastruktur ICT di negara ini.
Saudara-saudari sekalian,
7. Sejajar dengan dunia baru hari
ini yang menekankan kepada
penggunaan ICT dalam semua
urusan harian, penyediaan laman
web yang mesra pengguna perlu
dititikberatkan. Masyarakat kini
mendambakan penyampaian
9
perkhidmatan yang bukan sahaja
efisien tetapi juga cepat dan mudah.
Kewujudan portal-portal kerajaan
telah dilihat sebagai satu medium
yang mendekatkan jurang digital di
kalangan masyarakat. Dengan itu
kerajaan telah menyasarkan
peratusan penggunaan
perkhidmatan kerajaan sebanyak
90% secara atas talian di kalangan
rakyat menjelang tahun 2015.
8. Bagi mencapai objektif
tersebut, laman web kerajaan juga
perlu turut diubahsuai selari dengan
perkembangan teknologi masa kini.
10
Ini bagi memastikan laman web
kerajaan sentiasa dikemaskinikan
bagi menyampaikan informatif
terkini, selaras dengan kehendak
rakyat. Laman web kerajaan juga
perlu menyediakan lebih banyak
perkhidmatan atas talian yang mana
dapat membantu rakyat mencapai
perkhidmatan kerajaan dengan
lebih mudah, dari mana sahaja dan
pada bila-bila masa.
9. Pada 25 Oktober baru-baru ini,
telah dilaporkan bahawa dalam
masa 18 bulan bilangan jutawan
telah meningkat sebanyak 2 kali
11
ganda di Malaysia. Kebanyakan
mereka telah membangunkan atau
menggunakan perniagaan secara
atas talian. Walaupun urusan
kerajaan bukan bermatlamat
perniagaan, tetapi kita boleh
menerapkan semangat dan
kegigihan itu dalam melaksanakan
tugas agar kita mendapat manfaat
seperti orang berniaga; untung
berlipat ganda dengan urusan
memudahkan rakyat. Jika dilihat
negara jiran, Singapura, kakitangan
kerajaan adalah merupakan individu
yang mendapat pendapatan yang
tinggi. Rakyat tidak akan
12
mempertikaikan perkara ini jika
mereka berpuas hati dan merasa
senang kerana mudah berurusan
dengan kerajaan.
10. Di dalam mesyuarat
International Advisory Panel yang
berlangsung pada Oktober lepas,
seorang ahli panel telah memberi
pandangan supaya asas
pengaturcaraan komputer
diperkenalkan sebagai salah satu
mata pelajaran ICT di sekolah, sama
seperti mata pelajaran Matematik
dan Sains. ICT merupakan
pelengkap kepada setiap pekerjaan
kita pada masa kini. Dengan
13
menerapkan pendidikan ini dari
peringkat awal, secara tidak
langsung akan memberikan
kemahiran asas kepada rakyat, di
samping membantu ke arah
keberkesanan dalam menjalankan
pekerjaan. Ia juga dapat
mendorong rakyat menjadi celik IT
dan pada masa yang sama
menambah bilangan yang
berkemahiran ICT dalam negara.
Saudara-saudari sekalian,
11. Rakyat sentiasa mengharapkan
perubahan dan kemajuan positif
daripada Kerajaan dari segi kualiti
14
dan juga kuantiti perkhidmatan
awam. Oleh yang demikian, banyak
usaha telah dilaksanakan termasuk
memberikan perkhidmatan yang
lebih cepat dan mudah kepada
rakyat. Penggunaan teknologi
maklumat semakin rancak melalui
pelaksanaan pelbagai usaha
penerapan ICT seperti pusat sehenti
Malaysia Online Services Portal,
Government Regional Electronic
Advancement Transformation atau
G.R.E.A.T, dan juga myMobile yang
boleh memudahkan perkhidmatan
kerajaan disampaikan dengan
pendekatan teknologi terkini.
15
12. Telah terbukti bahawa dengan
penggunaan teknologi maklumat,
Kerajaan dapat menyampaikan
perkhidmatan secara telus, cepat
dan secara dekat dengan rakyat.
Itulah sebabnya SETIAP AGENSI
perlu sentiasa mengemaskinikan
maklumat pada laman web masing-
masing supaya dapat membina
keyakinan rakyat terhadap
keterbukaan serta ketelusan
Kerajaan dalam menyampaikan
perkhidmatan.
13. Agensi sektor awam hendaklah
juga mengambil kesempatan
16
menggunakan kaedah-kaedah baru
untuk berinteraksi dengan rakyat.
Sebagai contoh, kemunculan laman
sosial media seperti Facebook dan
Twitter yang semakin popular di
kalangan rakyat negara ini perlu
digunakan bagi mewujudkan
platform untuk rakyat berinteraksi
dengan Kerajaan. Secara tidak
langsung, ini akan dapat
mewujudkan komunikasi dua hala
yang sihat bagi menambah baik
penyampaian perkhidmatan
Kerajaan.
17
14. Dalam menyediakan laman web
yang berinformasi kepada para
pelanggan, aspek keselamatan dan
perlindungan laman web hendaklah
dipatuhi dan tidak diabaikan. Saya
percaya masih segar dalam ingatan
kita akan ancaman kumpulan
penggodam yang menggelarkan diri
mereka “Anonymous” yang telah
melakukan serangan terhadap
beberapa laman web Kerajaan pada
bulan Jun lalu. Tindakan
sedemikian memberi kesan besar
kepada integriti sistem maklumat,
komunikasi dan keselamatan
negara. Bagi mengawal keadaan
18
ini, garis panduan yang disediakan
oleh agensi yang bertanggungjawab
seperti MAMPU dan CyberSecurity
Malaysia, mengenai ciri-ciri
keselamatan yang perlu ada pada
laman web dan portal kerajaan
hendaklah dilaksanakan.
Saudara-saudari sekalian,
15. Penilaian serta penarafan di
dalam negara dan juga di peringkat
antarabangsa akan dapat
membantu agensi sektor awam
untuk mengetahui kekurangan serta
kelemahan yang wujud dalam
sesebuah laman web yang dibina,
19
dan seterusnya melaksanakan
penambahbaikan yang diperlukan.
Penilaian juga akan dapat
memberikan gambaran
“kedudukan” kita berbanding
agensi-agensi lain dalam negara,
mahupun di kalangan negara-
negara lain di peringkat
antarabangsa.
16. Dalam hubungan ini, saya
berharap agar usaha peningkatan
laman web agensi sektor awam
dilaksanakan dengan lebih ketara
supaya wujud unsur lonjakan yang
memberi impak lebih besar dari
20
aspek penyampaian perkhidmatan.
Adalah diharapkan agar agensi
Kerajaan dapat sentiasa melakukan
penambahbaikan serta berusaha
mempertingkatkan tahap
perkhidmatan demi untuk
memberikan yang terbaik kepada
rakyat dan negara.
17. Akhir kata, dengan lafaz
Bismillahir rahmanir rahim, saya
dengan ini merasmikan Seminar
Malaysia Government Portal and
Websites Assessment 2011.
21
Sekian,
Wabillahittaufiq walhidayah
Wassalamualakum warahmatullah
wabarakaatuh.
top related