sekolah selamat
Post on 01-Mar-2016
13 Views
Preview:
DESCRIPTION
TRANSCRIPT
PENDAHULUAN
1.PENDAHULUANMutakhir ini media massa sering membuat liputan tentang keselamatan sekolah yang agak longgar. Aspek fizikal, sosial, emosi dan teknikal digambarkan seolah-olah kurang selamat dan kurang meyakinkan orang ramai. Namun realitinya bukanlah semua sekolah berkeadaan begitu kerana masih banyak lagi sekolah di negara ini berkeadaan selamat dan berfungsi secara efektif.
Walau bagaimanapun kita memang sedar tentang wujudnya sebilangan murid sekolah yang berlatarbelakangkan keluarga bermasalah. Kita juga menyedari faktor-faktor negatif yang terdapat di luar persekitaran sekolah, mampu mempengaruhi watak dan perilaku kurang sihat seseorang murid sehingga mencorakkan suasana sekolah tidak selamat.
Perubahan dalam iklim pendidikan dewasa ini telah mewujudkan keperluan mengenal pasti kaedah, strategi dan model program yang mampu mempertingkatkan keselamatan dan kejayaan murid serta guru. Pihak keluarga, sekolah dan komuniti harus bertanggungjawab untuk mewujudkan Polisi Sekolah Selamat.
Bagi merealisasikan polisi sekolah selamat berjalan dengan baik dan terancang, segala usaha ke arah meningkatkan keselamatan sekolah dan penghuninya harus dipikul bersama oleh semua pihak. Mengawal keselamatan di sekolah terletak kepada pihak pengurusan sekolah yang bertanggungjawab mewujudkan peraturan, latihan yang berteraskan pendidikan demi mengelak, mengawal dan mengurangkan kemungkinan berlakunya insiden-insiden negatif dalam kalangan murid. Manakala di rumah, amalan keselamatan merupakan pengukuhan kepada segala nilai yang diterapkan melalui pengajaran, asuhan dan amalan. Dalam konteks masyarakat yang lebih luas pula, keselamtan merupakan suatu manifestasi bangsa yang berdisiplin, bertanggungjawab, berpengetahuan dan memiliki jati diri yang cemerlang
2.MATLAMAT
Mewujudkan budaya selamat di sekolah dan persekitaran secara berterusan dengan sokongan keluarga dan komuniti setempat.
3.OBJEKTIF
Umum:
Meningkatkan kefahaman dan penghayatan bahawa keselamatan hendaklah dijadikan agenda utama dalam semua aspek pendidikan di sekolah
Pengetua :
Memahami dan menghayati dalam merangka dan melaksanakan tindakan untuk mewujudkan Budaya Selamat di sekolah
Guru:Memahami, menghayati serta membantu merancang, melaksana dan memantau semua tindakan mewujudkan Budaya Selamat
Membimbing dan menasihat murid akan Amalan Selamat semasa di dalam dan di luar kawasan sekolah
Murid:
Memahami, menghayati dan memahami tatacara dan elemen Budaya Selamat
Mengamalkan cara hidup selamat semasa di dalam dan di luar kawasan sekolah
Ibu bapa:
Memahami, menghayati dan membantu semua polisi dan aktiviti sekolah yang berdasarkan kepada amalan cara hidup selamat di dalam dan di luar kawasan sekolah.
4.RASIONAL
i.Dalam banyak keadaan keselamatan kerap diabaikan dan jarang dijadikan asas
utama pertimbangan.
ii.Warga sekolah dewasa ini terdedah dengan isu-isu keselamatan fizikal, sosial,
emosi dan teknikal. Justeru, polisi yang berterusan perlu diwujudkan
iii.Kurang mendapat kerjasama daripada keluarga dan masyarakat dengan institusi
pendidikan dari segi keselamatan.
iv.Keupayaan sekolah dalam menangani isu-isu keselamatan amat terbatas, tanpa
sokongan keluarga dan komuniti.
5.DEFINISI
Sekolah selamat didefinisikan sebagai persekitaran sekolah yang selamat, iaitu warga sekolah merasa selamat tanpa gangguan daripada mana-mana piha sama ada dari dalam mahupun dari luar.6.ELEMEN PERANCANGAN SEKOLAH SELAMAT
Apabila sesuatu perancangan hendak dibuat mengenai pelaksanaan Sekolah Selamat elemen-elemen seperti di bawah harus diambil kira dan diteliti terlebih dahulu. Pengubahsuaian elemen-elemen yang dicadangkan mengikut keadaan setempat akan menjamin pelaksanaan konsep Sekolah Selamat ini dengan lebih berkesan.
i.Kesedaran awam atau komuniti
ii.Penekanan kepada penghayatan nilai-nilai murni merentasi kurikulum dan
kokurikulum
iii.Peraturan sekolah
iv.Pengurusan bencana alam dan kecemasan
v.Kehadiran warga sekolah
vi.Membasmi ponteng
vii.Pencegahan dadah, rokok dan arak
viii.Perkongsian bilik dengan agensi luar
ix.Kesedaran sosial dan budaya
x.Kepimpinan murid
xi.Penglibatan keluarga dan komuniti
xii.Program khas bersama komuniti
xiii.Pencegahan jenayah melalui pelan reka bentuk bangunan sekolah yang selamat
xiv.Aktiviti kokurikulum dan rekreasixv.Perkongsian bijak dengan pihak berkuasa tempatan
xvi.Mengenal pasti latar belakang warga sekolah
xvii.Pembangunan staf
xviii.Kawalan keselamatan sekolah
xix.Khidmat masyarakat
xx.Perkongsian bijak bersama korporat
xxi.Perkongsian bijak dengan media
xxii.Perkhidmatan kesihatan sekolah
xxiii.Pengangkutan
xxiv.Perundangan
xxv.Penilaian dan pemantuan
7.PERANCANGAN
Perancangan bagi mewujudkan Sekolah Selamat akan memberi peluang dan ruang kepada sekolah dan masyarakat sekitar membentuk dan membaca strategi untuk mengatasi isu keselamatan setempat. Bagi melicinkan pelaksanaan Sekolah Selamat, sekolah hendaklah menubuhkan Jawatankuasa Sekolah Selamat (JKSS) yang keahliannya terdiri daripada wakil sekolah, ibu bapa, agensi-agensi kerajaan dan bukan kerajaan.
7.1Cadangan Keahlian Jawatankuasa
Pengerusi :Pengetua
Naib Pengerusi :Penolonga Kanan Hal Ehwal Murid
Setiausaha : Kaunselor Sekolah/Guru Bimbingan
Ahli-ahli :Wakil ibu bapa
Wakil guru
Wakil murid
Polis
Bomba
Penghulu/Ketua Kampung
Majlis Perbandaran Sibu
Individu yang boleh menyumbang7.2Fungsi Jawatankuasa Sekolah Selamat
7.2.1Menyediakan kod etika dan tanggungjawab semua warga sekolah
7.2.2Menyediakan kod etika dan tanggungjawab pihak lain (komuniti, keluarga)
7.2.3Mempromosi secara aktif kod dan etika kepada semua warga sekolah dan
komuniti setempat.
7.2.4 Mendidik dan melatih guru, kakitangan sekolah dan ahli komuniti akan
prosedur keselamatan yang ada
7.2.5 Memastikan wujud kesedaran dalam kalangan semua pihak akan isu
Sekolah Selamat
7.2.6 Melaksana, menilai dan mengkaji semula semua dasar dan prosedur
Sekolah Selamat dari semasa ke semasa
7.3Peranan
Warga sekolah, keluarga dan komuniti perlu memainkan peranan masing-masing bagi merealisasikan Polisi Sekolah Selamat. Contohnya peranan yang boleh dilakukan adalah seperti berikut:-7.3.1 Peranan Sekolah:i.Menyediakan prasarana yang selamat dan kondusif untuk proses pengajaran dan
pembelajaran
ii.Memastikan semua warga sekolah (guru, murid dan staf sokongan) sentiasa
selamat semasa pergi dan balik sekolah termasuk selamat semasa menjalankan
aktiviti kokurikulum dan aktiviti lain di luar bilik darjah
iii.Mempamerkan semua polisi, peraturan dan tatacara yang berkaitan dengan
Amalan Selamat di tempat yang sesuaiiv.Melaksanakan Pelan Pengurusan Krisis
v.Menyediakan prosedur/sistem Amaran Awal akan isu-isu keselamatan seperti
banjir, ribut dan lain-lain
vi.Mewujudkan sistem Pelaporan bagi sebarang kes yang melibatkan isu-isu
keselamatan murid
vii.Mewujudkan Jawatankuasa Sekolah Selamat
viii.Menyediakan Buku Panduan Polisi Sekolah Selamat untuk diedarkan kepada
semua warga sekolah dan ibu bapa/penjaga
ix.Menguatkuasakan semua peraturan sekolah dengan bersungguh-sungguh dan
tegas
7.3.2Peranan Komuniti:
Melibatkan semua ketua masyarakat dan pemimpin agama dalam proses menjadikan sekolah tempat yang selamat melalui:
Di dalam sekolah:
i.Menyokong semua polisi, peraturan dan panduan yang disediakan oleh pihak
sekolah
ii.Memberi sumbangan material, idea dan kepakaran dalam perkhidmatan
mengawal keselamatan murid di sekolah
iii.Menerap nilai-nilai kerohanian
iv.Melibatkan diri secara aktif dalam semua aktiviti yang dirancang oleh pihak
sekolah
Di luar sekolah:
i.Menyokong dan menjadi ahli dalam pertubuhan yang membantu meningkatkan
keselamatan komuniti
ii.Mewujudkan sistem pemantauan kawasan sekitar sekolah bagi mencegah jenayah
iii.Mengelolakan dan menganjurkan aktiviti-aktiviti yang boleh menimbulkan
kesedaran kepada keselamatan sekolah adalah tanggungjawab bersama
iv.Membimbing, menasihat dan menegur golongan muda agar Budaya Selamatsentiasa diutamakan
7.3.3Peranan Keluarga:
Ibu bapa harus berperanan sebagai penyampai maklumat kepada pihak sekolah mengenai sebarang kes-kes keselamatan dan membantu dalam melaksanakan Sistem Amaran Awal di samping:
i.Menyokong semua polisi dan peraturan sekolah
ii.Melibatkan diri secara aktif dalam semua aktiviti sekolah dan komuniti
iii.Memperkukuh nilai-nilai agama/moral kepada anak-anak
iv.Kerap berkomunikasi dengan anak-anak
v.Mengenali rakan anak-anak
vi.Bekerjasama dengan ibu bapa lain
vii.Menjadi ahli dalam pertubuhan yang boleh membantu membanteras isu-isu
keselamatan
viii.Mendidik anak-anak bagaimana menjaga keselamatan diri
8.HARAPAN DAN TANGGUNGJAWAB SEKOLAH SELAMAT
8.1Harapan
Semua warga sekolah (guru, murid dan staf sokongan)berasa yakin untuk melakukan semua aktiviti mereka dengan selamat setiap masa. Sekolah dilihat oleh ibu bapa dan komuniti sebagai tempat yang selamat untuk anak-anak mereka menimba ilmu tanpa gangguan fizikal dan emosi.
Keselamatan boleh direalisasikan dengan cara-cara berikut:i.Bebas daripada sebarang gangguan sama ada dalam bentuk tutur kata atau fizikal
ii.Keselamatan harta benda terjamin
iii.Orang lain bersikap positif terhadap kebolehannya
iv.Mendapat kerjasama orang lain dalam menjalankan tugas
v.Tidak dipandang rendah disebabkan oleh keturunan, agama, latar belakang sosio
ekonomi dan jantina
vi.Dilayan secara adil dan saksama
viiDihormati dan dihargai
viii.Bebas daripada sebarang kemalangan, kecederaan dan penyakit
8.2Tanggungjawab
Di Sekolah Selamat seseorang itu seharusnya:
i.Bebas daripada sentimen perkauman dan diskriminasi jantina
ii.Bersikap positif terhadap orang lain
iii.Menghargai perbezaan yang wujud
iv.Bersikap dan bertindak adil
v.Memberi kerjasama dan bantu membantu
vi.Mengamalkan kesopanan dan kesusilaan
vii.Elakkan sebarang kejadian kekerasan, sentimen perkauman dan perbuatan
sumbang tanpa dihalang
viii.Datang ke sekolah dengan niat yang betul dan ikhlas
ix.Jangan mendera fizikal, mental dan emosi
x.Melaporkan setiap kes
9.TATACARA PENGURUSAN POLISI SEKOLAH SELAMAT
Berikut adalah prinsip-prinsip dan tatacara untuk menangani sebarang isu keselamatan
9.1Prinsip
i.Setiap aduan hendaklah diambil perhatian serius
ii.Setiap aduan hendaklah diambil tindakan serta-merta
iii.Perasaan setiap orang yang terlibat harus diambil kira
iv.Semua pihak yang terlibat dengan aduan hendaklah dilayan secara adil/saksama dan tidak ada pihak yang teraniaya
v.Sesuatu kes tidak dianggap selesai selagi kedua-dua pihak belum berdamai dan
diterima semula oleh warga sekolah
vi.Maklumat tentang dasar dan tatacara seharusnya mudah dirujuk
vii.Tatacara seharusnya boleh difahami oleh semua pihak yang terlibat
9.2Tatacara Membuat Aduan
Sesiapa yang ingin membuat aduan, dia atau ibu bapa/penjaga atau wakil boleh memilih satu atau beberapa tatacara berikut:
i.Berbincang terus dengan pihak yang terlibat
ii.Dapatkan khidmat orang tengah yang sesuai contohnya kaunselor
iii.Berjumpa dengan Pengetua atau wakilnya untuk memastikan aduan itu disiasat.
Jika aduan itu terbukti, hukuman yang setimpal dikenakan dan dimaklumkan
kepada pengadu
10.PENUTUP
Apabia jenayah, dadah dan keganasan di luar sekolah mula menular ke dalam sekolah, tugas menyediakan persekitaran yang selamat untuk pembelajaran menjadi bertambah sukar. Sesungguhnya menjadi harapan Kementerian Pelajaran Malaysia agar semua pihak menyambut baik konsep Sekolah Selamat untuk dilaksanakan di semua sekolah di seluruh negara agar institusi pendidikan di Malaysia dapat berfungsi sebagai tempat mendidik serta meimba ilmu tanpa gangguan fizikal, mental dan emosi.
Seterusnya masalah-masalah seperti merasa tidak selamat, takut, bimbang, risau, takut membuat aduan, terancam, dibuli, tertekan,tidak menyeronokkan, tidak selesa, benci, melarikan diri dari alam persekolahan dan sebagainya yang selama ini menghantui perasaan dan pemikiran sebilangan warga sekolah, ibu bapa serta penjaga dan masyarakat seharusnya dapat dicegah dan ditangani. Sekiranya kita tidak merancang dan berusaha untuk membangun kesedaran terhadap aspek keselamatan, bermakna kita telah mengabaikan tanggungjawab untuk melahirkan iklim sekolah yang kondusif.
BIDANG AKTIVITI MURID
PENDAHULUAN
Sekolah merupakan institusi yang bertanggungjawab untuk memperkembang potensi individu. Sehubungan dengan itu, pelbagai aktiviti dijalankan oleh pihak sekolah sama ada di dalam ataupun di luar kawasan sekolah bertujuan untuk memberikan sebanyak mungkin pendedahan dan pengalaman kepada murid.
Walaupun begitu aktiviti yang dijalankan perlu mengambil kira aspek keselamatan supaya aktivit itu berlangsung dengan lancar dan mencapai matlamatnya. Oleh itu, pihak sekolah bertanggungjawab untuk mendidik murid-murid mengutamakan aspek keselamatan dalam apa jua aktiviti yang dijalankan.
Apabila aspek keselamatan tidak diberi keutamaan banyak kemalangan boleh berlaku. Oleh itu, satu tatacara tindakan murid dan juga pihak guru perlu disediakan supaya semua pihak faham apakah tindakan yang perlu dilakukan supaya kemalangan boleh dielakkan.
Bagi menjaga keselamatan diri murid-murid semasa menjalankan aktiviti, tiga perkara utama dibincangkan dalam bidang aktiviti murid, iaitu keselamatan pergi dan balik sekolah, keselamatan menjalankan aktiviti kokurikulum dan keselamatan menjalankan aktiviti luar.
RASIONAL
Tidak ada satu tatacara tindakan yang mudah ifahami oleh semua pihak apabila menjalankan sebarang kegiatan yang melibatkan aktiviti murid. Warga sekolah kurang peka tentang aspek-aspek keselamatan semasa menjalankan aktiviti. Murid-murid mudah terdedah dengan bahaya sekiranya aspek keselamatan sepanjang aktiviti dijalankan tidak diberikan perhatian.
OBJEKTIF
Mengenal pasti sebarang masalah berkaitan keselamatan semasa murid menjalankan aktiviti.
Menyediakan dan menyebarkan maklumat tentang tatacara tindakan yang lengkap
Meningkatkan kesedaran mengenai aspek-aspek keselamatan dalam menjalankan aktiviti.
Semua pihak dapat mengambil tindakan berdasarkan semua peraturan yang disediakan.
1.0KESELAMATAN DIRI MURID SEMASA PERJALANAN PERGI DAN BALIK SEKOLAH
1.1Pendahuluan
Keselamatan diri murid dalam perjalanan pergi dan balik ke sekolah memerlukan perhatian serius kerana banyak kemalangan boleh berlaku sekiranhya semua pihak tidak peka. Keupayaan pihak sekolah dalam menangani isu keselamatan diri murid pergi dan balik sekolah adalah terbatas. Oleh sebab terdapat pelbagai cara murid pergi dan balik sekolah, tatacara telah dirangka bagi tujuan itu.
1.2Rasional
Ramai murid yang pergi dan balik sekolah terdedah kepada bahaya akibat kecuaian ataupun tidak mementingkan aspek keselamatan. Kurang kesedaran daripada keluarga dan masyarakat dari segi menjaga keselamatan diri murid pergi dan balik sekolah.
Keupayaan sekolah dalam menangani isu-isu keselamatan di luar kawasan sekolah amat terbatas tanpa sokongan keluarga dan masyarakat.
Perlunya pihak sekolah menyediakan persekitaran yang selamat untuk warga sekolah melalui pendidikan keselamatan diri dalam perjalanan pergi dan balik sekolah.
1.3Objektif
-Menyedia dan menyebarkan maklumat tentang tatacara tindakan keselamatan diri murid pergi dan balik sekolah
-Mengenal pasti masalah berkaitan penggunaan laluan perjalanan pergi dan balik sekolah
-Semua pihak faham dan bertindak berdasarkan tatacara yang disediakan apabila melibatkan keselamatan diri murid pergi dan balik ke sekolah
-Mengambil tindakan yang betul berdasarkan peraturan yang disediakan
1.4Peranan Murid
Memahami dan mengamalkan peraturan mengenai keselamatan diri dalam perjalanan ke sekolah
Tidak menumpang kenderaan orang yang tidak dikenali
Mengelakkan diri daripada berinteraksi dengan orang yang tidak dikenali
Anda mesti memastikan kenderaan yang anda naiki ke sekolah adalah selamat
Anda mesti mematuhi arahan pihak yang mengawal kenderaan seperti pemandu dan polis
Melaporkan kepada pihak pentadbir sekiranya terdapat sesuatu yang mencurigakan berlaku
Anda hendaklah sepanjang masa mengamalkan langkah-langkah keselamatan seperti berikut:
*sentiasa sedar dan peka tentang kemungkinan berlakunya perbuatan
jenayah ke atas diri anda.
*berjalan dalam kumpulan dan menggunakan laluan yang selamat
*melengkapkan dir dengan pengetahuan dan kemahiran seni
mempertahankan diri
1.5Peranan Kaunselor
Memberi kesedaran dan kefahaman kepada pelajar tentang pentingnya keselamatan diri melalui:
*poster
*perhimpunan mingguan
*ceramah
*bengkel
*pengajaran dan pembelajaran dalam kelas
*tayangan video
*edaran
Menerima aduan pelajar dan mengambil tindakan susulan.
Merekodkan semua aduan bagi sebarang insiden atau mereka yang disyaki mempunyai niat jahat.
Memaklumkan kepada ibu bapa dan pihak berkenaan
Menganalisis setiap kejadian.
Memanfaatkan sepenuhnya Jawatankuasa Permuafakatan, Jawatankuasa Keselamatan dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dalam merancang langkah keselamatan murid semasa perjalanan ke sekolah.
Bekerjasama dengan pihak polis dan ibu bapa untuk membuat rondaan di kawasan yang difikirkan berisiko tinggi dari segi keselamatan. Merancang dan melaksanakan program-program gotong-royong membersihkan kawasan semak laluan haran yang digunakan oleh murid.
Mengadakan peraturan yang jelas tentang keselamatan murid dalam perjalanan pergi dan balik sekolah
Membantu menubuhkan Kelab Pencegahan Jenayah di sekolah
1.6 Peranan Ibu Bapa
Mendidik anak dalam aspek keselamatan diri
Memastikan anak selamat pergi dan balik sekolah
Memastikan kenderaan yang digunakan oleh anak dalam keadaan baik
Menasihati anak-anak supaya tidak berinteraksi atau mengikut orang yang tidak dikenali
Bekerjasama dengan pihak sekolah dalam merancang dan menguatkuasakan keselamatan murid pergi dan balik sekolah.
Membantu pihak sekolah melaksanakan gotong-royong membersihkan kawasan semak laluan ke sekolah, meronda dan bergiat aktif dalam Jawatankuasa Permuafakatan
1.7Tatacara Murid
1.7.1Pergi dan balik menggunakan kenderaaan awam
Kenderaan awam yang dimaksudkan ialah bas, teksi dan van
Kenal pasti kenderaan yang biasa dinaiki sama ada melalui nombor plat, pemandu, kelindan atau indentiti khas.
Memastikan kenderaan betul-betul berhenti apabila turun atau naik
Berbaris dan tidak berebut/tunggu giliran semasa turun atau naik dan tidak bertolak-tolak dengan rakan.
Sekiranya duduk di kerusi, duduklah dengan tertib.
Sekiranya tiada tempat duduk dan terpaksa berdiri, pastikan berdiri dalam keadaan stabil dengan memegang pemegang yang disediakan dan jangan berdiri di tangga.
Jangan bergurau senda, bermain, melambai tangan keluar, mengeluarkan atau menjengokkan kepala, mencampak barang keluar atau perbuatan lain yang boleh membahayakan diri dan orang lain.
Setelah tiba di destinasi, turunlah dari kenderaan yang dinaiki setelah betul-betul berhenti dan jangan berebut/bertolak-tolakan dan terus menuju ke rumah/sekolah.
Sekiranya perlu menyeberang jalan pastikan tiada kenderaan di kiri dan kanan.
Apabila berlaku kemalangan, ikut panduan Tatacara Berlaku Kemalangan.1.7.2pergi dan balik menggunakan kenderaan sendiri
Kenderaan sendiri yang dimaksudkan ialah kenderaan yang dibawa oleh pelajar sendiri seperti kereta, motosikal dan juga basikal1.7.2.1Memandu kereta Memastikan kereta ada insurans lengkap dengan cukai jalan dan dalam keadaan sempurna
Pelajar yang menggunakan kereta juga mesti mempunyai lesen memandu
Sentiasa memakai tali pinggang keledar ketika memandu
Mematuhi peraturan lalu lintas di jalan raya
Apabila tiba di sekolah, patuhi peraturan lalu lintas di sekolah
Sekiranya berlaku kemalangan minta bantuan orang terdekat dan laporkan segera kepada guru/guru bertugas/pentadbir
Seterusnya ikut tatacara kemalangan sekiranya berlaku kemalangan
1.7.2.2Menggunakan motosikal Memastikan motosikal ada insuras lengkap dengan cukai jalan dan dalam keadaan sempurna
Pelajar yang menggunakan motosikal juga mesti mempunyai lesen memandu
Gunakan topi keledar dan pakaian yang boleh memantulkan cahaya
Patuhi peraturan di jalan raya
Jangan berlumba, bergandingan, bergurau senda semasa menunggang atau membawa pembonceng lebih daripada seorang
Apabila tiba di sekolah, patuhi peraturan lalu lintas di sekolah
Sekiranya berlaku kemalangan minta bantuan orang terdekat dan laporkan segera kepada guru/guru bertugas/pentadbir
Seterusnya ikut prosedur sekiranya berlaku kemalangan
1.7.2.3Menggunakan basikal
Mahir menggunakan basikal dan pastikan basikal berkeadaan baik
Jangan bawa pembonceng
Jangan berlumba
Jangan bergurau senda
Jangan mengayuh terlalu laju
Jangan bersaing-saing/bergandingan
Setelah tiba di sekolah ikut peraturan lalu lintas sekolah
Sekiranya berlaku kemalangan ikut prosedur apabila kemalagan berlaku
1.7.3Pergi dan balik dengan berjalan kaki
Melintas jalan
*Cari tempat terdekat dan selamat untuk melintas jalan
*Hendaklah berdiri di atas kaki lima jalan
*Undur ke belakang dua langkah apabila melihat kenderaan berat
*Ikut arahan warden trafik jika ada
*Apabila hendak melintas jalan lihat kanan, lihat kiri dan lihat kanan semula.
Melintas apabila sudah pasti tiada kenderaan.
Tempat yang selamat melintas jalan raya
*Lintasan pejalan kaki (lintasan zebra)
*Laluan bawah
*Jejantas
*Dekat lampu isyarat
*Di tempat-tempat yang terdapat anggota polis, warden trafik dan pengawal lalu
lintas
*Jangan melintas jalan di celah-celah kenderaan
Cara melintas jalan di lintasan pejalan kaki
*Nampakkan diri adan kepada pemandu kenderaan
*Setelah semua kenderaan berhenti, barulah melintas dengan cermat
Cara melintas jalan di lampu isyarat
*Melintas apabila lampu pejalan kaki berwarna hijau
*Apabila lampu hijau berkelip-kelip, jangan melintas/ jika sedang melintas,
teruskan melintas secepat mungkin.
Berjalan kaki di kawasan awam*Gunakan kaki lima jalan sebelah kiri
*Jika tiada kaki lima, gunakan bahu jalan sebelah kanan
*Jangan bergandingan
Berjalan kaki pada waktu malam
*Bawa surat khabar atau benda-benda putih
*Pakai pakaian cerah atau yang ada bahan reflektif
*Gunakan lampu picit
*Jalan dalam kumpulan sekurang-kurangnya dua orang
*Jika berlaku sebarang kemalangan atau kecelakaan, jangan panik, menjerit
meminta tolong/ cuba mempertahankan diri/ lari menyelamatkan diri
Berjalan kaki pada waktu hujan
*Pakai baju hujan
*Jika menggunakan payung, pegang dengan betul supaya tidak menghalang
pandangan hadapan
*Berjalan dengan cermat terutama di tempat-tempat yang licin
*Sekiranya hujan terlalu lebat, tumpang berteduh di tempat selamat seperti di
pondok menunggu bas atau bangunan-bangunan lain. Jangan berteduh di bawah
pokok.
*Jangan menggunakan payung jika ketika hujan ribut dan angin kencang.
*Jangan bermain-main dalam hujan
Berjalan kaki di tempat sunyi/semak
*Berjalan dalam kumpulan sekurang-kurangnya dua orang
*Pelajar perlu ada pengetahuan seni mempertahankan diri
*Sekiranya berlaku kecemasan, jangan panik, menjerit meminta tolong/cuba
mempertahankan drii/lari menyelamatkan diri
*Laporkan kejadian kepada guru untuk tindakan selanjutnya
1.7.4Dihantar oleh ibu bapa/penjaga
Jika menggunakan kereta atau van pastikan pintu kenderaan ditutup sempurna sebelum kenderaan bergerak
Gunakan tali pinggang keledar/ topi keledar.
Jangan bermain/bergurau semasa kenderaan bergerak
Memastikan kenderaan betul-betul berhenti sebelum turun/naik kenderaan
Jika perlu melintas jalan, pandang kanan, kiri dan kanak sebelum melintas
1.7.5Perjalanan semasa pergi dan balik sekolah dengan bot/sampan/feriBot/sampan/feri yang digunakan adalah bot/sampan/feri untuk membawa penumpang di kawasan sungai yang tiada perkhidmatan pengangkutan lain.
Pastikan memakai jeket keselamatan semasa menaiki bot/sampan/feri
Jangan menaiki bot/sampan yang berkeadaan uzur
Jangan menaiki bot/sampam/feri yang melebihi had muatan
Semasa dalam bot/sampan/feri sentiasa berhati-hati dan ikut semua arahan pemandu
Jangan berdiri atau bermain air semasa dalam perjalanan atau melakukan sebarang perlakuan yang menyebabkan bot/sampan kurang stabil
Elak dari menaiki bot/sampan dalam keadaan cuaca yang buruk atau arus sunga terlalu deras
1.8Tatacara Guru
Melaksanakan program-program mengenai keselamatan jalan raya seperti taklimat, ceramah, tayangan video, mempamerkan poster dan lain-lain. Memberikan penerangan mengenai keselamatan pergi dan balik sekolah kepada ibu bapa/ penjaga melalui mesyuarat PIBG
1.9Tatacara Ibu Bapa
top related