sejarah pengasas palang merah
Post on 27-Dec-2015
33 Views
Preview:
TRANSCRIPT
SEJARAH PENGASAS PALANG MERAH
WAJAH SIR JEAN HENRY DUNANT
8 MEI 1828-
Dilahirkan di Geneva, Switzerland. Terkenal dgn gelaran ‘Bapa Palang
Merah’. Ayahnya seorang peniaga terkenal dan berharta manakala ibunya
pula seorang penyayang dan patuh pada arahan agama.
TAHUN 1849-
Bekerja sebagai perantis dalam sebuah syarikat bank di Geneva untuk
mempelajari perniagaan perbankan
TAHUN 1853- Disebabkan ketekunannya, beliau telah diberi tugas
sementara sebagai Pengurus Besar dalam sebuah syarikat subsidiari di
Algeria dan Sicily yang juga dikenali sebagai Swiss Colony of Setif.
Beliau berminat kepada sekumpulan organisasi di Switzerland, France &
Belgium yang terkenal dgn nama Young Mens Christian Union
(YMCU) manakala di England pula dikenali sbg Young Men’s Christian
Association (YMCA). Dalam tahun ini, satu pergerakan untuk menyatukan
beberapa kumpulan di Eropah dimulakan. Dunant menentang dan
mencadangkan agar satu gagasan sedunia termasuk YMCA di England
patut diwujudkan dan tidak terhad di Eropah sahaja.
1
25 JUN 1859-
Bertolak ke Solferino di utara Italy yang sedang dalam peperangan pada
ketika itu untuk mendapatkan sokongan Maharaja Perancis, Napolean III
dalam mendapatkan konsesi tanah bagi pembinaan kilang gandumnya di
Algeria.
Apabila sampai di Castiglione, didapatinya ramai manusia yang menerima
bahana peperangan. Beliau cuba membantu meringankan kesakitan dan
penderitaan mangsa perang yang tercedera. Pengalaman ini telah
menyebabkan beliau melupakan sementara hal-hal perniagaan. Beliau
mula menumpukan pemikirannya tentang bagaimana penderitaan dapat
diringankan dan peperangan dapat dielakkan.
OKTOBER 1862- Menerbitkan buku kecil bertajuk ”A Memory of
Solferino” (Un Souvenir de Solferino) lalu diposkannya kepada orang-
orang berpengaruh di seluruh Eropah. Di samping menceritakan
pengalamannya, buku itu juga menyarankan agar pasukan yang
mempunyai sukarelawan terlatih ditubuhkan untuk menolong anggota
yang tercedera di semua negara.
Saranan konsep trinity antarabangsa di antara negara untuk memastikan
orang yang sakit dapat dijaga ini telah mendapat sambutan yang amat
luar biasa.
7 FEBRUARI 1863- Geneva Society for Public Welfare melantik
Jawatankuasa Berlima (committee of five) bagi memastikan segala
perancangan berjalan lancar; Beliau telah dilantik sebagai Setiausaha
1867- Mengemukakan rancangan The International and Universal
Library. Pada masa yang sama, perniagaannya mula merosot disebabkan
telah terlalu lama mengabaikan perniagaannya. Beliau mula
menyerahkan segala yang menjadi kepunyaannya bagi melunaskan
segala hutang. Tekanan yang dihadapi menyebabkan beliau merancang
untuk meletakkan jawatan.
2
8 SEPTEMBER 1867-Jawatankuasa Berlima (committee of
five) menerima peletakan jawatannya bukan sahaja sebagai Setiausaha
tetapi juga sebagai ahli. Beliau terpaksa hidup sebagai pengemis. Beliau
kemudiannya mula meninggalkan Geneva dan pergi ke Paris
1870- Melawat dan mententeramkan mangsa-mangsa yang tercedera
yang dibawa ke Paris sewaktu Peperangan Franco-Prussian;
memperkenalkan pemakaian kain pembalut (bandage)
1 FEBRUARI 1875- Merintis satu kongres antarabangsa bagi
menghapuskan perdagangan hamba dari kalangan orang-orang negro
yang dilakukan secara terbuka di London
JULAI 1887- Berpindah ke Heiden, sebuah bandar kecil di Switzerland
1890- Guru sebuah kampung yang bernama Wilhelm Sonderegger telah
menemui beliau dan memberitahu bahawa Henry Dunant masih hidup
tetapi dunia seolah-olah tidak mempedulikan berita tersebut.
1892- Beliau jatuh sakit dan dihantar ke rumah tumpangan bernombor 12
di bandar itu dan mengahabiskan 18 tahun terakhir hidupnya di situ.
1895- Journalis muda bernama Georg Baumberger dalam ekspedisinya ke
gunung berhampiran Heiden telah mendengar kisah Henry Dunant ini lalu
mencarinya untuk menemuramah.
Ekoran daripada ini, seluruh dunia mula sedar bahawa Dunant masih
hidup dan berada dalam keadaan uzur dan daif. Maka ramailah pihak
mula ingin membantu
1901- Jawatankuasa Nobel telah menganugerahkan beliau Hadiah Nobel
Keamanan yang pertama bersama dengan Frenchman Frederic Passy dari
Perancis. Pingat tersebut dikirim kepada beliau dari Christianal
3
top related