sejarah olahraga antarabangsa
Post on 26-Jul-2015
2.281 Views
Preview:
TRANSCRIPT
SEJARAH OLAHRAGA ANTARABANGSA
Hari ini kita dapat melihat di merata tempat di dunia, pelbagai bentuk pertandingan
diadakan untuk menguji kebolehan dan kekuatan manusia, malah terdapat juga
pertandingan dikalangan wanita. Inilah yang mewujudkan pertandingan ‘olahraga’ atau
‘athletics’. Sejak zaman Sebelum Masihi lagi sudah terdapat pertandingan olahraga ini,
khususnya di kalangan penduduk Greek Kuno.
Mengikut catatan sejarah olahraga dipercayai bermula pada 3000 tahun yang
lampau di Greece. Jika dilihat pada sejarah awal Sukan Olimpik Kuno, sukan itu dipercayai
bermula pada tahun 776 SM, dan sehingga kini sudah diakui merupakan catatan awal
bermulanya olahraga sebagai satu acara sukan. Hal Ini disebabkan olahraga merupakan
acara utama sukan tersebut. Dengan kata lain orang Greek sudah mengambil bahagian
dalam pertandingan olahraga, walaupun matlamat asal olahraga mereka bukanlah
menjadikan olahraga sebagai acara sukan yang dipertandingkan. Mereka lebih
menganggap olahraga sebagai salah satu cabang seni melalui persembahan peserta-
peserta yang mengambil bahagian. Sukan Olimpik ini yang bermula pada tahun 776 SM
berjaya diadakan setiap empat tahun sekali sehingga tahun 397 SM. Selepas itu Sukan
Olimpik tidak dapat diadakan lagi atas arahan Maharaja Rom, Theodosius, tanpa
menyatakan alasannya.
Terdapat usaha negara-negara lain selain daripada Greek yang mula menunjukkan
minat untuk menghidupkan semula sukan olahraga. Di England umpamanya, olahraga
berjaya dihidupkan kembali oleh Royal Military College menerusi temasya sukan yang
diadakan pada tahun 1812. Perjumpaan sukan itu dianggap sebagai yang pertama
diadakan selepas berkuburnya Sukan Olimpik Kuno. Setelah itu semakin banyak kelab
olahraga yang ditubuhkan dan ada kelab olahraga peringkat universiti yang ditubuhkan iaitu
tahun 1850 di Oxford University –Exeter College Athletic Club. Manakala kejohanan
kebangsaan yang pertama ialah pada tahun 1866 dianjurkan oleh Amateur Athletic Club di
England. Seterusnya kejohanana Antarabangsa yang pertama diadakan tahun 1876
antara England dan Ireland. Menjelang abad ke-20 ramai atlit Amerika Syarikat yang telah
mampu mencatatkan prestasi yang memberangsangkan.
Australia dan New Zealand juga berjaya melahirkan ahli-ahli olahraga yang mampu
menandingi peserta dari negara-negara Eropah dan Amerika Syarikat. Ahli-ahli olahraga
dari Asia, Afrika dan Amerika Selatan ketika itu masih belum mampu menggugat atau
menandingi peserta-peserta tersebut, walaupun sukan olahraga sudah diperkenalkan ke
negara-negara tersebut. Hanya selepas tahun 1960-an barulah muncul peserta-peserta
dari tiga kawasan dunia ini yang mampu menandingi dan memberikan saingan. Tetapi kini
senario tersebut telah berubah dan boleh dikatakan atlit Asia dan Afrika dianggap setaraf
dengan atlit Eropah.
Dewasa ini pelbagai kejohanan sukan yang telah diadakan seperti Sukan Sea,
Sukan Asia, Sukan Komanwel dan Sukan Olimpik. Mana-mana badan atau pertubuhan
yang berdaftar dibawah IAAF boleh menyertai kejohanan dibawah pengawasan IAAF.
SEJARAH OLAHRAGA DI MALAYSIA
Organisasi olahraga terulung dicatat di Malaysia adalah Persatuan Olahraga Ipoh,
pada tahun 1906.Kejohanan olahraga pada masa itu dinamakan ‘Ipoh Athletic
Sports’.Pemenang kejohanan ini dianggap sebagai Johan Malaya.
Pada 1914 hingga 1919 Aktiviti olahraga dihentikan kerana Perang Dunia Pertama.
Pada 1920, mesyuarat olahraga diadakan di Kuala Lumpur untuk mengadakan
pertandingan olahraga di antara negeri buat kali yang pertama.Kejohanan olahraga antara
negeri ini dikelolakan oleh ‘Amateur Athletic of British Malaya’.
Pada 1913, nama diubah kepada ‘Amateur Athletic Association of Malaya’.Nama
kejohanan ditukar kepada ‘Championships of Malaya’.Pada 1940 hingga 1948, aktiviti
olahraga dihentikan sekali lagi kerana Perang Dunia Kedua.
Pada 1952, nama persatuan ditukar pula kepada ‘Federation of Malaya Amateur
Athletic Union’ (FMAAU) digabungkan bersama dengan Majlis Olimpik Malaya.
Pada 1960, kejohanan kebangsaan pertama yang menggunakan peraturan-
peraturan baru telah diadakan di Seremban,rekod-rekod kebangsaan telah diiktiraf.Pada
1960 hingga 1962, Kejohanan turut disertai oleh peserta-peserta dari luar negara.
Dengan penubuhan Malaysia pada tahun 1963, FMAAU ditukar kepada ‘Malaysia
Amateur Athletics Union’ (MAAU) atau Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia. Presiden
MAAU yang pertama ialah Datuk Mohamed Ghazali bin Shafie.Pada 1964, kejohanan
pertama di bawah MAAU diadakan. Semua negeri di Malaysia mengambil bahagian.
PERALATAN UNTUK OLAHRAGA
Pada zaman dahulu, soal mengenai peralatan tidak begitu diambil perhatian yang serius
oleh atlet serta persatuan olahraga yang terlibat. Kadang-kadang wujud situasi di mana
atlet memakai kasut biasa, dan ada kalanya berlari berkaki ayam, selain memakai seluar
pendek dan baju-T atau singlet. Namun begitu, seiring dengan peredaran masa dan
perkembangan teknologi, pelbagai jenis peralatan berkaitan olahraga dicipta. Sebagai
contoh, apabila terciptanya kasut lari (spikes) pada penghujung abad ke-19, spikes terus
menjadi peralatan penting para pelari acara pecut sehingga para pelari merasakan
spikes adalah suatu yang penting bagi mereka. Secara umum, terdapat beberapa perlatan
yang diperlukan untuk olahraga seperti berikut:-
1. Kasut
Kasut atau spikes merupakan peralatan penting para olahragawan bukan sahaja mereka
yang mengambil bahagian dalam acara lari pecut, tetapi juga untuk kegunaan dalam
acara lain, termasuk acara padang. Walau bagaimanapun, penggunaan kasut ini amat
penting malah dimestikan bagi acara olahraga masa kini, terutama untuk acara lari pecut.
Jenis kasut bergantung pada keselesaan atlit secara individu. Bagaimanapun biarlah
daripada jenis yang ringan.
2. Blok permulaan
Blok permulaan (starting block) merupakan sejenis alat yang digunakan untuk membantu
para pelari pecut membuat lonjakan yang pantas semasa memulakan larian. Biasanya para
pelari tidak diwajibkan menggunakan blok permulaan ini, tetapi bagi kebanyakan pelari
blok ini amat diperlukan, termasuk dalam perlumbaan di peringkat sekolah. Pelari
boleh meminta nasihat guru pengawas atau jurulatih tentang pemilihan jenis blok
permulaan yang sesuai.
3. Pakaian sukan
Seperti acara sukan lainnya, para olahragawan juga perlu mengenakan pakaian yang
sesuai untuk setiap acara yang mereka sertai. Dalam kebanyakan perjumpaan sukan
terbesar dunia, para olahragawan akan memakai singlet yang terdapat nombor
peserta, negara atau pasukan yang mereka wakili serta nama penaja yang menganjurkan
perjumpaan itu. Bagaimanapun, setiap peserta dibolehkan memakai pakaian yang mereka
gemari asalkan dipersetujui oleh negara dan pasukan
mereka. Contohnya dalam Sukan Olimpik yang dapat kita tontoni menerusi kaca televisyen
tidak lama dahulu, pelbagai jenis dan bentuk pakaian yang dipakai oleh para
olahragawan lelaki dan wanita asalkan pakaian itu selesa dan tidak mengganggu
pergerakan dan larian mereka.
4. Peralatan sampingan
Setiap olahragawan juga digalakkan mempunyai beg peralatan masing-masing. Mungkin
ada di kalangan olahragawan yang menganggap perkara ini sesuatu yang tidak penting,
namun sebagai olahragawan, sesuatu yang mempunyai kaitan dengan mereka
hendaklah diberi perhatian. Bagi peralatan ini pula harus mengandungi barangan seperti
tuala, Peralatan kecemasan yang ringan, seperti minyak urut, plaster, aspirin, botol
minuman dan sebagainya.
Olahraga terbahagi kepada 3 kategori iaitu Balapan (Track), Padang (Field) dan Acara
Khas (Special Event).
Olahraga
Acara Balapan (Track)
Pecut
100 meter
200 meter
400 meter
Jarak Sederhana
800 meter
1500 meter
Jarak Jauh
3000 meter
5000 meter
10,000 meter
Lari Berganti ganti
4x100 meter
4x200 meter
4x400 meter
LariBerpagar
100 meter
110 meter
400 meter
LariBerhalangan
3000 meter
Acara Padang (Field)
Lompatan
Lompatan Jauh Lompatan Kijang
Lompatan Tinggi
Lompatan Bergalah
Lontaran
Lontar Peluru Melempar Cakera
Merejam Lembing
Acara Khas (Special Event)
Heptathlon – 7 acara (wanita)
Dekathlon –10 acara Lelaki
Maraton – Jarak 42,195 m
Merentas Desa – Bebas
Lumba Jalan Kaki
5, 10,15, 20, 50 km
KEPERLUAN DAN PERALATAN
garisan mula 200 m
Trek dan permulaan acara-acara olahraga
Kasut berpaku enam
lurus
84.39
TEKINK DAN KEMAHIRAN
Lari Pecut / Sederhana / Jarak Jauh
Lari Berpagar
Lari Berganti-ganti
Lompat Tinggi
Lompat Jauh
Lompat Kijang
Merejam Lembing
Ukuran Gelanggang Rejam Lembing
PERATURAN1. Lembing mesti dipegang dengan cara menggenggamnya.2. Lembing mesti direjam melalui atas bahu.3. Perejam tidak boleh membelakang tempat rejaman sehingga lembing direjam.4. Pembatalan berlaku dalam keadaan berikut:
(a) Selepas rejam, menyentuh kawasan di luar landasan lari termasuk garisan(b) Rejaman di luar sektor dan terkena pada garisan sektor.(c) Keluar melalui bahagian hadapan landasan lari selepas lembing jatuh(d) Lembing tercacak belakang dahulu.
5. Lembing yang semasa rejaman dibuat atau lembing berada di udara, rejaman adalah dikira sah.
6. Pemakaian sarung tangan adalah tidak dibenarkan.
Melontar Peluru
PERATURAN
1. Peluru dilontar dari bahu dengan satu tangan sahaja.
2. Kedudukan tangan yang melontar peluru tidak boleh rendah daripada kedudukan
tangan semasa memegang.
3. Lontaran dibuat dari dalam bulatan.
4. Pembatalan berlaku;
(a) Jika pelontar menyentuh mana-mana kawasan di luar bulatan.
(b) Jika pelontar keluar dari bahagian hadapan bulatan selepas melontar (c)
Bila pelontar menyentuh bahagian atas penyendal di hadapan bulatan. (d)
Pelepasan peluru yang tidak betul:
i. Semasa melontar kedudukan tangan lebih rendah daripada tangan
sebelum lontaran dibuat
ii. Jika tidak dibawa ke belakang bahu, tangan yang melontar
(e) Bila pelontar melebihi masa 1 minit yang dibenarkan
5. Jika pelontar perlu melakukan lontaran dua kali berturut-turut, maka masa 2 minit
dibenarkan di antara dua lontaran tersebut.
6. Bendera kuning diangkat 15 saat sebelum tempoh yang dibenarkan tamat.
7. Hakim berkuasa menukar tempat pertandingan tetapi ini mesti dilakukan selepas
satu pusingan lontaran dibuat.
•Jarak diukur sehingga bahagian dalam bendul bulatan. Pita mesti melalui pusat bulatan.
•Jarak direkod 0.01 m terhampir, di bawah jarak diukur.
JENIS ACARA UNTUK KEJOHANAN OLAHRAGA MSSM
Kelas
Acara
100 m
200 m
Lelaki Perempuan
Kelas 1 kelas 2> 18 th > 15 th
X X
X X
Kelas 3> 12 th
X
X
Kelas 1> 18 th
X
X
kelas 2> 15 th
X
X
Kelas 3> 12 th
X
X
400 m
800 m
1500 m
X X
X X
X X
X
X
X
X
X
X
2000 m berhalang
3000 m berhalang
X
X Terbuka
3000 m
5000 m
3 km lumba jln kaki
Terbuka
X
5 km lumba jln kaki X X
10 km lumba jln kaki
80 m L/Berpagar
X
X(0.762 m)
X(0.762 m)
100 m L/Berpagar X(0.84 m)
X(0.762 m)
110 m L/Berpagar X X(0.992m) (0.914m)
200 m L/Berpagar X
(0.84m)X
(0.762 m)
400 m L/Berpagar
4 x 100 m
X
(0.914m)
X X X
X(0.762 m)
X X X
4 x 200 m
4 x 400 m X X
X
X X
X
L/Tinggi X X X X X X
L/Jauh
L/Kijang
L/Bergalah
X X
X X
Terbuka
X
X
X
X
X
X
X
Terbuka
Lontar Peluru X X(5.45 kg) (4.55 kg)
X(2.72 kg)
X
(4 kg)X
(4 kg)X
(2.72 kg)
Lempar Cakera X X
(1.5 kg) (1 kg)X
(1 kg)X
(1 kg)
Merejam Lembing X X
(700g) (600g)X
(600g)X
(600g)
Tukul Besi
Heptathlon
Terbuka(5.45 kg)
Terbuka
Terbuka(4 kg)
Pentathlon Terbuka
Jumlah Acara 21 21 8 20 20 8
Sumber : Peraturan-peraturan Pertandingan Permainan, Majlis Sukan Sekolah-sekolah Malaysia.
top related