sejarah lukisan
Post on 29-Dec-2015
448 Views
Preview:
DESCRIPTION
TRANSCRIPT
SEJARAH LUKISAN
Lukisan
LUKISAN
Definisi Lukisan
Istilah daripada kamus The Oxford : The art of representing by line, delineation without
color or with a single color; terjemahannya berbunyi ‘lukisan ialah garisan yang
membentuk imej dengan tidak menggunakan warna atau menggunakan warna yang
terhad. Lukisan adalah kerja – kerja di peringkat awal dalam menghasilkan catan,
cetakan, arca dan pelbagai lagi kerja – kerja seni. Namun begitu, pengertian lukisan itu
seringkali disalahertikan oleh kebanyakan orang yang menganggap bahawa lukisan
dan catan adalah sama.
Melukis dikatakan dapat memberi kesan terhadap diri individu dan keaslian karya
kepada pengkarya. Ini adalah kerana, melukis kebiasaannya dilakukan secara spontan
yang melibatkan gerak hati dan dizahirkan melalui gerak tangan. Melukis dengan kerap
adalah merupakan latihan kemahiran melukis dimana pelukis akan dapat menghayati
lukisannya. Pelukis agong, Albrecht Durer, dalam lukisannya yang bertajuk ‘Head of an
Apostle’ telah memperlihatkan penggunaan teknik garisan silang dalam karya tersebut.
Penegasan adalah tertumpu kepada bahagian muka. Penggunaan garisan dapat
memberikan kesan pada form dan ton. Sementara itu bagi pelukis Rembrandt dalam
lukisannya yang bertajuk ‘The Omval’ memperlihatkan penggunaan pelbagai jenis
garisan. Garisan dalam karya tersebut memberi kesan perspektif dan membentuk
lanskap yang menarik.
Lukisan ialah satu aktiviti penghasilan karya dalam bidang seni halus. Biasanya lukisan
menggunakan media kering untuk penghasilan karya. Penghasilan lukisan bertujuan
untuk mengkaji struktur bentuk subjek atau imej yang dilukis secara teliti. Menerusi
lukisan juga boleh menyatakan luahan emosi, intelektual dan spiritual manusia.
Lukisan adalah karya seni yang proses pembuatannya dilakukan dengan meletakkan
pewarna "pigmen" cair dalam pelarut (atau medium) dan agen pengikat (lem) kepada
permukaan (penyangga) seperti kertas, kanvas atau dinding. Ini dilakukan oleh seorang
pelukis; definisi ini digunakan terutamanya jika ia merupakan karyanya. Manusia telah
melukis selama 6 kali lebih lama berbanding penggunaan tulisan. Sebagai contoh
lukisan-lukisan yang berada di gua-gua tempat tinggal manusia pra sejarah.
Lukisan adalah proses yang ringkas dan cepat untuk merakam idea dan imej secara
visual selepas pemerhatian rapi dibuat. Garisan, titik – titik lorekan dan gurisan
digunakan untuk merakam idea atau imej di atas kertas atau apa saja permukaan yang
rata. Lukisan juga boleh diubahsuai atau diperkembangkan untuk membentuk hasil seni
yang lain. Catan, cetakan, arca, seni grafik dan kraftangan adalah bermula daripada
lukisan ringkas yang juga dikenali sebagai lakaran.
Lukisan yang dihasilkan menerusi pengamatan, kajian dan imaginasi akan
menghasilkan karya seni yang kreatif. Jadi, latihan yang banyak akan dapat melatih dan
meningkatkan lagi nilai lukisan. Pemerhatian yang rapi dan teliti akan membolehkan
seseorang pelukis merakam imej atau objek yang lebih bermakna lagi. Objek yang
terdapat disekeliling kita samada objek semulajadi atau buatan manusia boleh dijadikan
bahan dalam lukisan. Had masa melukis adalah tidak berapa penting. Biasanya, lukisan
yang ringkas yang hanya memerlukan masa selama 10 minit mampu mengandungi
maklumat yang mencukupi untuk menghasilkan karya seni yang menarik.
Lukisan yang menarik biasanya ialah hasil lukisan pelukis yang berminat atau
mempunyai minat yang mendalam dalam berkarya. Objek yang dilukis kadangkala tidak
semestinya menarik minat pelukis tetapi proses melukis serta kaedah baru seseorang
pelukis melukis objek berkenaan yang menimbulkan rangsangan untuk mencuba dan
memperkembangkan lukisannya.
Banyak pengertian tentang lukisan. Kita hanya memetik beberapa sahaja antaranya:
• Perkataan Lukisan dalam bahasa Inggeris ialah ‘Drawing’ yang asalnya dari dua
bahasa iaitu German dan Latin. Perkataan ‘to draw’ adalah dari perkataan ‘Old English’
iaitu ‘dragan’ yang bermasud ‘to drag’ dan aktiviti yang berhubung dan tubuh badan.
• Lukisan ialah salah satu aktiviti penghasilan karya dalam bidang seni halus yang
dihasilkan melalui garisan sehingga mewujudkan rupa, bentuk, cahaya, bayang, jalinan
dengan menggunakan media kering.
• Lukisan juga boleh menyatakan luahan emosi, keintelektual & spiritual manusia.
Biasanya lukisan dihasilkan secara spontan, mengikut gerak hati & perasaan pelukis
masing-masing. Ini menjadi landasan asas untuk berkomunikasi dalam pelbagai cara
dan bidang.
• Lukisan dapat mengembangkan kedua-dua minda dan semangat (spirit). Justeru,
lukisan dilakukan sebagai satu cara menghargai penglihatan dan pemikiran manusia.
Lukisan akan mengikatkan kita dengan emosi, keintelektualan dan juga spiritual.
• Boleh dikaitkan dengan pengalaman yg istimewa kepada seseorang pelukis yang
digambarkan melalui gerak minda dan hati, diterjemahkan di atas permukaan untuk
dijadikan bahan dokumentasi.
• Secara langsung lukisan adalah satu disiplin seni yg boleh dikaitkan dengan
keperluan psikologi, sejarah dan artistik – ini terbukti bahawa pelukis perlu mempunyai
tiga nilai kerangka dalam dirinya iaitu; daya visualisasi, daya emosi dan daya
estetika.
Melukis merupakan satu daripada medium yang cepat bagi meluahkan apa yang
tercetus dalam diri, sama ada kita berinteraksi dengan sesuatu yang berada di dunia
tampak (luaran) atau dunia imaginasi (dalaman) penyelidikan, kajian dan perakam
peristiwa. Selain itu lukisan juga sebagai alat komunikasi idea serta data menyimpan
memori pelukis bagi penghasilan karya terbaik dalam media pilihan.
Sebenarnya lukisan bukanlah milik mutlak pelukis, tetapi ianya adalah milik semua
manusia. Pengalaman anak-anak kecil menconting di atas kertas atau dinding
merupakan fitrah manusia melukis sebagai meluahkan perasaan dalam bentuk
visualisasi. Ini juga ada kaitnya dengan penemuan lukisan-lukisan purba di gua-gua,
lukisan itu menjadi faktor penentu kepada pemujaan untuk pemburuan. Manusia zaman
dahulu menggunakan lukisan sebagai asas untuk kekuatan tumpuan mereka kepada
mencari nafkah.
SEJARAH LUKISAN
Lukisan awal telah ditemui di dinding-dinding gua yang dihasilkan oleh manusia purba.
Kebanyakan lukisan yang dijumpai adalah berkisahkan tentang kehidupan seharian
sepeti perburuan dan pengembaraan. Kebanyakan karya lukisan di dinding gua
menggunakan gaya yang sama, iaitu imej binatang digambarkan dengan pelbagai
kualiti garisan ringkas dengan komposisi yang hampir sama, iaitu memanjang dan
berkumpulan serta menggambarkan pelbagai binatang yang mungkin menjadi hasil
buruan untuk makanan mereka pada zaman dulu.
Di Malaysia lukisan pada gua telah dijumpai di gua Niah Sarawak & Gua Tambun,
Perak.Lukisan purba yang terkenal terdapat di beberapa gua di Perancis terutama di
Gua Lascaux. Lukisan yang dijumpai di Gua Chauvet, Ardeche, Perancis dipercayai
lukisan paling awal iaitu pada tahun 15000-13000 S.M. Lukisan tersebut
menggambarkan sekumpulan kuda atau binatang perburuan yang dihasilkan oleh
manusia pada zaman paleolitik.
Pada zaman Mesir purba lukisan dijadikan sebagai rakaman penghidupan. Lukisan
digambarkan dalam satu penceritaan ‘komik’ yang bersiri untuk meninggalkan satu
dokumentasi sejarah yang gemilang.
KEPENTINGAN LUKISAN
Menurut Betti & Sale (1997), secara umumnya empat kepentingan lukisan, antaranya
ialah:
• untuk penyelidikan, kajian & untuk melihat sesuatu peristiwa yang sebenar
• untuk merakamkan sesuatu peristiwa
• sebagai alat komunikasi idea ( mencari idea yg terbaik)
• sebagai data menyimpan memori kepada pelukis untuk menghasilkan satu karya
yang
terbaik.
Benarkah lukisan dihasilkan oleh pelukis untuk meluahkan sesuatu yang bermain
dalam minda dan melalui perasaan dalamannya?
JENIS – JENIS LUKISAN
1. Lukisan Figuratif dan Non-figuratif
Penumpuan kepada tubuh badan dan anatomi manusia. Lukisan figuratif tertumpu
kepada mengkaji dan melukis tubuh manusia atau binatang. Pelukis perlu memahami
anatomi terlebih dahulu untuk melukis. Melukis figuratif adalah rumit kerana
memerlukan pelukis membuat penilaian dan kadar banding yang tepat bagi
menentukan keindahan dalam karya lukisan figuratif.
Untuk mencapai kemahiran melukis figura memerlukan kesabaran dan masa yang
lama. Ia juga perlu membuat pemerhatian. Satu-satunya cara untuk menghasilkan
lukisan yang baik ialah dengan melukis. Lukisan figuratif menekankan aktiviti melukis
bentuk-bentuk tubuh manusia.
Agostino Carracci (1557-1602), Cephalus carried by Aurora in her Chariot
Karya non figuratif adalah suatu karya seni rupa yang tidak mengandungi unsur
figura atau bentuk, sesuai dengan nama gaya atau alirannya, sebagai contoh, gaya
abstrak yang hanya berfokus pada permainan atau penonjolan warna belaka. Lukisan
bentuk non figuratif (abstrak), ialah objek yang dilukis tidak terikat dengan bentuk-
bentuk yang ada di alam.
Series 1 oleh Emily Deacon
Lukisan Kajian
Lukisan kajian merujuk kepada kegiatan melukis sesuatu benda untuk tujuan kajian.
Pelukis perlu melukis sesuatu bahagian itu dengan teliti sebagai bahan
kajian.Merakamkan ketelitian pada subjek yang dikaji. Contohnya, melukis tumbuh-
tumbuhan atau memasukkan unsur jalinan, cahaya dan struktur bentuk yang terperinci.
Lukisan anatomi oleh Leonardo Da Vinci
LUKISAN ARKITEKTURAL
Bidang seni dan seni reka yang menjurus kepada rekabentuk bangunan dikenali
sebagai arkitek. Lukisan arkitektural memerlukan lakaran yang terperinci dari segi
ukuran dan bentuk.Ini bermakna lukisan arkitektural ialah gambaran dan dokumen reka
bentuk arkitek.
Lukisan arkitektural umumnya merujuk kepada melukis pelan bangunan. Ianya
digunakan oleh akritek dan orang tertentu untuk beberapa tujuan antaranya:
- membangunkan idea rekaan untuk dikemukakan sebagai proposal,
- menghubungkan idea dan konsep rekaan,
- memberi keyakinan kepada pelanggan tentang manfaat dan kebaikan rekaan,
- untuk membolehkan kontraktor bangunan memahami rekabentuk bangunan yang
hendak dibina,
- sebagai dokumentasi kerja yang telah siap,
- sebagai satu rekod sebuah bangunan yang telah wujud.
LUKISAN ARKITEKTURAL
Bidang seni dan seni reka yang menjurus kepada rekabentuk bangunan dikenali
sebagai arkitek. Lukisan arkitektural memerlukan lakaran yang terperinci dari segi
ukuran dan bentuk.Ini bermakna lukisan arkitektural ialah gambaran dan dokumen reka
bentuk arkitek.
Lukisan arkitektural umumnya merujuk kepada melukis pelan bangunan. Ianya
digunakan oleh akritek dan orang tertentu untuk beberapa tujuan antaranya:
membangunkan idea rekaan untuk dikemukakan sebagai proposal,
menghubungkan idea dan konsep rekaan,
memberi keyakinan kepada pelanggan tentang manfaat dan kebaikan rekaan,
untuk membolehkan kontraktor bangunan memahami rekabentuk bangunan
yang hendak dibina,
sebagai dokumentasi kerja yang telah siap,
sebagai satu rekod sebuah bangunan yang telah wujud.
Lukisan-lukisan seni bina dilakar berdasarkan kepada beberapa persetujuan, antaranya
ialah diagram, umumnya sebagai skala, ditunjukkan dari pandangan atas yang
memperlihatkan perkaitan setiap bilik, ruang dan ciri-ciri fizikal yang lain dalam sesuatu
struktur. Secara konvensional, lakaran-lakaran ini dibuat menggunakan dakwat atas
kertas, ini menyukarkan kerja membuat salinan yang dilakukan dengan melakar semula
dengan tangan. Abad kedua puluh memperlihatkan satu anjakan iaitu melukis pelan
menggunakan kertas surih, memudahkan membuat salinan dengan lebih cekap.
Pembangunan komputer memberi satu kesan yang besar dalam kaedah
merekabentuk dan mewujudkan lukisan-lukisan teknikal. Melukis secara manual
merupakan kaedah lama dan ketinggalan. Hari ini kebanyakan lakaran dihasilkan
menggunakan perisian CAD.
The Concertgebouw (concert hall) Amsterdam, oleh Adolf
Leonard van Gendt, 1888.
Lukisan Teknikal
Merupakan cabang seni yang dikatakan berkaitan dengan saintifik. Dikenali juga
sebagai merangka atau melukis yang memerlukan kemahiran dalam matematik kerana
keperluan untuk melukis dengan kadar banding yang tepat. Sesuatu lakaran rangka
yang secara visual memberi informasi tentang bagaimana ia berfungsi atau cara ia
dibina.
Untuk memahami lukisan-lukisan teknikal, seseorang perlu menggunakan piawaian
teknikal iaitu kefahaman terhadap simbol-simbol lazim, perspektif, unit-unit ukuran,
sistem-sistem tatatanda, gaya visual, atau susunan. Ini memudahkan pelukis teknikal
dapat memperlihatkan perkaitan setiap unit dengan lebih ringkas dan mudah.
Kelaziman sedemikian membentuk satu bahasa visual yang membolehkan lukisan
mudah untuk difahami.
Ini memerlukan satu bentuk kemunikasi yang jelas terutama dalam menyediakan
dokumentasi fungsi-fungsi setiap objek yang dirangka. Peranan ini membezakan
lukisan teknikal dengan lukisan ekspresif seni tampak. Apabila mentafsir lukisan-lukisan
artistik, tafsirannya mempunyai maksud yang pelbagai namun bagi lukisan teknikal
ianya mempunyai satu makna yang hendak disampaikan.
Weapons oleh Dr Dan Saranga
LUKISAN
(a) Definisi Lukisan
Lukisan merupakan hasil kerja seni yang dibuat di atas sesuatu permukaan rata untuk
meluahkan perasaan berbentuk imej dengan menggunakan media kering atau
menggunakan warna paling sedikit. Lukisan adalah lanjutan beberapa lakaran ringkas
bagi merakamkan informasi visual kepada sesuatu kegiatan lain seperti catan, kolaj,
montaj dan cetakan.
Penggunaan alat dalam sesebuah lukisan terhad kepada media kering seperti pensel,
pensel warna, pastel, arang, pen dan dakwat. Lukisan mengaplikasi garisan, rupa,
bentuk, saiz, warna dan jalinan.
Penggunaan bahan dan media adalah penting dalam menghasilkan lukisan. Tetapi ini
tidak bermakna bahan dan media yang mahal sahaja mampu menghasilkan lukisan
yang bermutu dan menarik. Lukisan yang bermutu dan kreatif boleh dihasilkan dengan
menggunakan bahan yang biasa sahaja. Tidak dinafikan juga, penggunaan bahan yan
gmahal dan berkualiti merupakan satu rangsangan dalam penghasilkan lukisan.
PENSEL
Pensel merupakan media serba boleh dalam bidang lukisan. Ia digunakan untuk
menghasilkan pelbagai nilai di atas banyak permukaan. Pensel digolongkan mengikut
nilai kekerasannya. Pensel 6H ( paling keras ) hingga H; kemudian HB; seterusnya B,
1B hingga 8B (paling lembut). Pensel lembut seperti HB atau B adalah sesuai untuk
lukisan biasa. Jika pensel HB atau B digunakan secara tajam, ia akan menghasilkan
garisan yang tajam dan jika ditekan garisan yang terbentuk akan lebih tinggi nilai
kepekatannya. Pensel HB atau pensel yang lembut adalah lebih senang untuk dikawal
berbanding pensel yang keras. Garisan yang dihasilkan oleh pensel lembut boleh
dicomotkan dengan kaedah gosokan dengan tangan atau pemadam. Jika terlalu
banyak bahagian sesebuah lukisan itu dicomotkan, lukisan itu akan kelihatan samar –
samar.
ARANG
Arang merupakan bahan yang memberi kebebasan untuk menghasilkan lukisan secara
spontan. Arang yang pendek adalah lebih senang digunakan. Comotan dengan tangan
atau pemadam akan menghasilkan pelbagai jalinan dalam lukisan menggunakan arang.
Manakala kesalahan pula adalah senang untuk diperbaiki kerana lukisan asal senang
dipadamkan dengan menggunakan kain. Hasil lukisan yang telah siap mestilah
disemburkan dengan bahan pemati dan seterusnya dilindungi dengan kertas tisu bagi
mengelakkan comotan.
PEN DAKWAT
Pen dakwat adalah salah satu alat melukis yang senang untuk digunakan. Pen seperti
Rapidograph, Rotring dan Faber Castle mempunyai mata pen yang pelbagai saiz.
Dakwat kalis air akan menghasilkan kesan warna yang legap. Dakwat biasa adalah
kurang legap jika digunakan dan akan memberi beberapa nilai warna jika digunakan
secara terkawal. Air boleh dicampurkan kepada dakwat jika warna yang lebih terang
diperlukan.
PEN MATA BOLA
Pen mata bola sesuai digunakan untuk lakaran yang ringkas atau contengan, tetapi
sukar untuk menghasilkan lukisan yang pelbagai nilai warna dengan menggunakan pen
yang sama.
PEN FELT
Pen felt sesuai digunakan untuk lakaran atau contengan.
CONTE CRAYON
Conte crayon mempunyai kekerasan yang berbeza. Cara menggunakan conte crayon
adalah sama seperti menggunakan menggunakan arang.
KRAYON LILIN
Krayon lilin lembut tetapi sukar untuk dipadam setelah dilukis. Salah satu ciri istimewa
crayon lilin adalah gurisan boleh dibuat di atas lukisan untuk menimbulkan kesan yang
menarik.
PASTEL
Pastel adalah lebih lembut daripada krayon lilin dan mempunyai banyak warna.
BERUS
Berus telah lama digunakan oleh pelukis – pelukis Cina dan Jepun sebagai alatan
melukis mereka. Lazimnya, berus yang besar boleh menghasilkan garisan yang nipis
jika dikawal dengan betul. Berus yang kecil pula mampu menghasilkan garisan yang
tebal daripada garisan yang dihasilkan dengan mata pen yang lebar.
(b) Alat, Media dan Bahan
Pensil H- Adalah sejenis pensel jenis keras
Pensil B (2B - 8B) - Adalah sejenis pensel lembut
Pensil warna- Terdiri daripada berbagai jenis warna
Arang- Dapat memberi kesan legap dan mudah mendapat kesan
Pen dan dakwat- Mempunyai kesan garisan yang lebih halus
Soft Pastel- Didapati dlm pelbagai warna,mempunyai kesan lembut
Krayon- Juga lembut dan mempunyai kesan lilin
Pen marker- Menghasilkan kesan garisan tebal
Marker pelukisan (rendering marker)
Kapur -Kesan garisan yang tebal dan mudah tanggal
(c) Jenis-jenis Kertas Lukisan
• Kertas lukisan biasa sesuai untuk pensel, pen, arang dan krayon lembut.
• Kertas cat air - tebal dan bermutu tinggi, mahal tetapi baik untuk digunakan.
• Bod bristol - merupakan kertas bod putih yang keras dan licin yang dicipta untuk pen.
• Kertas Ingres - kertas ini mempunyai permukaan yang halus dan berbulu. Ia terdapat
dalam pelbagai warna yang cerah. Biasanya digunakan untuk lukisan pastel
• Lain-lain kertas seperti ‘brown paper’, kertas komputer, kertas arkitek, kertas taip,
kertas fotokopi, kertas suratkhabar.
(d) Teknik
i. Coreng / conteng
ii. Garisan kontur
iii. Titik
iv. Pangkah silang
v. Garisan selari.
Menentukan Tema atau Subjek
(i) Lukisan figura -imej yang berkaitan dengan manusia atau haiwan
(ii) Lukisan alam benda - objek kaku atau tidak bernyawa
(iii) Lukisan lanskap - pemandangan di luar studio atau di dalam studio
Dalam menghasilkan lukisan yang bermutu, kita perlu mengambil kira beberapa aspek
seperti berikut:
(i) Asas senireka (unsur-unsur seni dan prinsip-prinsip rekaan)
(ii) Perspektif (1, 2, 3 titik lenyap)
(iii) Tetingkap fokus iaitu kaedah memilih sudut pandangan
(iv) Kesan cahaya pada imej
(v) Pembentukan bayang-bayang
(vi) Teknik (garisan selari, conteng, titik, teknik campuran dll)
(vii) Jenis alat, media dan bahan yang hendak digunakan
(viii) Teknik mengukur objek mengikut kadar banding
SEJARAH LUKISAN
Lukisan dipercayai telah wujud sejak zaman prasejarah lagi. Lukisan awal telah
ditemui di dinding-dinding gua yang dihasilkan oleh manusia purba.Ianya berkisar
tentang aktiviti kehidupan seharian seperti perburuan dan pengembaraan.
Di Malaysia lukisan gua telah dijumpai di Gua Niah, Sarawak dan Gua tambun,
Perak. Kebanyakan karya lukisan di dinding gua menggunakan gaya yang sama,iaitu
imej binatang digambarkan dengan pelbagai kualiti garisan yang ringkas dengan
komposisi yang hampir sama, iaitu memanjang dan berkumpulan serta
menggambarkan pelbagai binatang yang mungkinmenjadi hasil buruan untuk makanan
mereka pada zaman dahulu.
Lukisan pada dinding gua di Gua Niah
Sarawak
Di barat,contoh lukisan boleh dijumpai di Altamira,Sepanyol dan Lascaux,Perancis.
Albrecht Durer dan Leornado Da Vinci telah memperkenalkan skala dalam lukisan
figura.Manakala Calude Monet pula, mengaplikasikan lukisan stail impresionis iaitu
lukisan yang menekankan kesan cahaya dan bayang. Pada penghujung kurun ke-19,
Georges seurat telah menggunakan arang untuk menunjukkan suasana berkabus
dalam lukisan beliau.
Lukisan zaman batu di Lascaux,
Perancis
1.Lukisan ialah salah satu aktiviti penghasilan karya dalam bidang seni halus.
2.Lukisan menyediakan landasan asas untuk berkomunikasi dalam pelbagai cara dan
bidang.
3.Biasanya lukisan menggunakan media kering untuk menghasilkan karya.
4.Penghasilan lukisan bertujuan untuk mengkaji struktur bentuk subjek atau imej yang
dilukis secara teliti.
5.Lukisan akan mengikatkan kita dengan emosi, keintelektualan dan juga spiritual.
6.Lukisan juga boleh menyatakan luahan emosi, intelektual dan spiritual manusia.
7.Lukisan dapat mengembangkan kedua-dua minda dan semangat (spirit).
8.Justeru, lukisan dilakukan sebagai satu cara menghargai penglihatan dan pemikiran
manusia.
SEJARAH LUKISAN
Lukisan awal telah ditemui di dinding-dinding gua yang dihasilkan oleh manusia purba.
Lukisan tersebut berkisar tentang aktiviti kehidupan seharian seperti perburuan dan
pengembaraan.
Di Malaysia lukisan gua telah dijumpai di Gua Niah, Sarawak dan Gua tambun, Perak.
Kebanyakan karya lukisan di dinding gua menggunakan gaya yang sama, iaitu imej
binatang digambarkan dengan pelbagai kualiti garisan ringkas dengan komposisi yang
hampir sama, iaitu memanjang dan berkumpulan serta menggambarkan pelbagai
binatang yang mungkin menjadi hasil buruan untuk makanan mereka pada zaman dulu.
MEDIA
Media dominan ialah media kering seperti pensel dan arang untuk mendapatkan kesan
rupa dan bentuk ilusi pada sesuatu permukaan.
Penghasilan mestilah memperlihatkan struktur sesuatu benda. Lukisan juga boleh
dihasilkan melalui campuran media kering dan media basah. Contohnya, warna pensel
dan warna air.
Penggunaan media basah seperti warna air juga boleh digunakan tetapi
penggunaannya adalah secara terhad dan minimum.
Lukisan menitikberatkan kepada penghasilan struktur bentuk sesuatu benda dengan
penggunaan pelbagai jenis garisan.
TUJUAN PENGHASILAN
Mengkaji struktur sesuatu benda dengan lebih terperinci menggunakan aplikasi unsur
dan prinsip seni reka. Contohnya, memasukkan jalinan dan imbangan pada bentuk
yang dilukis.
Gambaran awal atau gambaran ringkas sebelum penghasilan imej akhir. Contohnya,
lukisan sesuatu imej dihasilkan sebelum penghasilan imej sebenar pada catan.
Menerusi lukisan juga boleh dijadikan sebagai sindiran atau komentar sosial dalam
sesebuah masyarakat dan ia dapat mempengaruhi psikologi manusia. Contohnya,
lukisan kartun yang menyindir sistem sosial dalam sesebuah masyarakat.
Lukisan juga dapat dijadikan sebagai luahan emosi dan ekspresi pengkarya melalui
tema yang disampaikan melalui imej-mej tertentu.
Lukisan anatomi oleh
Leornado Da Vinci
LUKISAN-LUKISAN LAMA PADA DINDING GUA
540 BC
Circa, Yunani
475 BC
Symposium,Yunani
Di Altamira, sepanyol
Pech Merle , Perancis
Chauvet,Perancis
Lukisan gua di Les Combarelles,
Perancis
JENIS LUKISAN
1.Lukisan Figuratif
Penumpuan kepada tubuh badan dan anatomi manusia
Pautan
2.Lukisan Fantasi
Lukisan imaginasi di alam nyata atau khayalan
3.Lukisan Ilustrasi
Lukisan yang mempunyai tema atau keterangan tertentu yang ingin
disampaikan kepada audiens.
4.Lukisan Kajian
Merakamkan ketelitian pada subjek yang dikaji.
Contoh,memasukkan unsur jalinan, cahaya dan struktur bentuk yang terperinci
5.Lukisan Kontour
6.Lukisan Gesture
a.Menggunakan seluruh pergerakan tangan dan tidak terhad pada pergelangan
tangan.
b.Dihasilkan sebelum penghasilan catan, arca atau seni grafik.
c.Dihasilkan dalam masa yang singkat dan digunakan untuk menyelaras antara
kerja mata, minda dan tangan pada objek yang dilukis.
7.Lukisan Teknikal
Menggunakan skala tertentu untuk memastikan sudut pandangan dan kadar
banding yang tepat.
8.Lukisan Kartun
a. Menggunakan pelbagai kualiti garisan dan garisan ringkas untuk
menggambarkan watak-watak kartun
b. Digambarkan melalui tema jenaka
TOKOH DAN KARYA
Dzulkifli Buyong menerima pendidikan seni di Victoria Institutiondari 1961 hingga 1965,
belajar di bawah artis VI terkenal dan guru seni, Patrick Ng, dan merupakan ahli biasa
Kumpulan Seni Rabu .Ketika berusia 19 tahun , beliau telah pun membuat pameran awam
dan telah memenangi banyak hadiah.
Dzulkifli suka melukis kanak-kanak, permainan berwarna-warni, dan lukisan subjektif
tentang sekeliling saya Kecantikan tidak penting yang lebih baikperkara biasa bahawa
orang lain tidak melihat Setiap hari kejadian, kanak-kanak khususnya, keriangan mereka
dan kegembiraan.Jiran dan kanak-kanak menikmati ketika dia melukis."
- Nama Pelukis : Dzulkifli Buyong
- Tahun karya dihasilkan : 1966
- Media :Pastel
- Teknik : Secara bersahaja dalam gaya impresionis manakala figura yang digayakan
mempunyai daya tarikan spontan dan naïf.
- Gaya atau aliran : Impresionis
- Tema : Kapal kertas.Budaya tempatan di desa yang memperlihatkan kehidupan kanak-
kanak melayu .
- Apresiasi: Karya ini menunjukkan keriangan , kenakalan , keharmonian dan kegembiraan
hidup kanak-kanak yang diterjemahkan riang bermain dan bergurau dalam persekitaran
alam tempatan.
- amat jelas tergambar bahawa makna dan mesej yang ingin disampaikan adalah
berkaitan dengan keindahan budaya Melayu. Walaupun dengan hanya mengambil situasi
yang mudah sebagai contoh situasi kanak-kanak sedang bermain kapal kertas, namun
penekanan yang amat berat terkandung disebalik karya tersebut. Apa yang dapat
dijelaskan adalah karya ini mengandungi sentimen kasih sayang di dalam sesebuah
persahabatan.Selain itu, dapat dijelaskan juga bahawa karya ini turut memaparkan nilai
persahabatan yang akrab diantara kanak-kanak tersebut yang mengisi waktu lapang
mereka dengan bermain kapal kertas bersama-sama. Didalam karya tersebut, dilihat,
permainan kapal yang diperbuat daripada kertas, yang menggambarkan permainan kanak-
kanak pada masa dahulu, yang hidup dalam serba kekurangan dan menggunakan alat
permainan yang mudah dan objek yang boleh mereka cipta sendri untuk dijadikan
permainan.
- gaya impressionis. pelukis menggambarkan kanak2 bermain lipatan kertas utk dijadikan
kapal kertas. digambarkan gaya brsahaj menunujukkn pelukis peka dgn peniruan alam
sebenar. peristiwa bleyh citer lagi pelukis memggambrkan suasana budaya tempatan di
kmpung iaitu melambangkn kanak2 melayu di kmpung dibuktikan dgn pkaian bju kurung &
krtas akhbar tulisan jawi.
Dzulkifli Buyong
•Lahir pada tahun 1948 di Kuala Lumpur.
•Digelar ‘anak berbakat luar biasa’ ketika menuntut di Victoria Institution,Kuala Lumpur.
•Menjadi terkenal dan disanjung sejak usia muda.
•Mendapat bimbingan daripada Patrick Ng Kah Onn, Wednesday Art
Groupdan pendidikan seni formal di Institut Teknologi Mara.
•Karya beliau menggunakan media kapur pastel.
•Pada usia 16 tahun - telah memenangi berbagai-bagai penghargaan termasukpingat emas
dari Permaisuri Agong Raja Tengku Ismail Tengku Budriahdan Perdana Menteri Tunku Abd
ul Rahman Putra Al-Haj.
•Ketika usia 17 tahun - menang tempat ketiga dalam kontes Menggambar Poster Nasional.
Dzulkifli Buyonh menerima anugerah pada waktu muda.
Tajuk : Kapal Kertas
Tahun : 1966
Media : Kapur Pastel
Tema : Permainan Kanak-kanak
Gaya : Impresionisme
Nilai : Menggambarkan suasana budaya tempatan di desa.
Tajuk : Membakar Semut
Tahun : 1967
Media : Kapur pastel
Tema : Aktiviti kanak-kanakalam tempatan
Nilai : Merakamkankeriangan, kenakalan,keharmonian, dankegembiraan hidup kanak-
kanak di kampung
top related