rujukan fail: mdhtr(s).100/76 bhg.3/mdhtr.01/142 bhg · · 2016-08-24tugasnya dengan menggunakan...
Post on 29-Apr-2018
227 Views
Preview:
TRANSCRIPT
Rujukan Fail: MDHTR(S).100/76 Bhg.3/MDHTR.01/142 BHG.3
M.S.: 1 - 7
IKLAN JAWATAN KOSONG MAJLIS DAERAH HULU TERENGGANU
Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan keutamaan kepada Rakyat Negeri Terengganu adalah dipelawa untuk memohon jawatan di Majlis Daerah Hulu Terengganu (MDHT) sebagaimana berikut:
JAWATAN TERBUKA
BIL. JAWATAN GRED KEKOSONGAN
1. Penolong Pegawai Teknologi Maklumat FA29 1 Kekosongan
2. Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran U29 1 Kekosongan
3. Pembantu Kesihatan Awam U19 2 Kekosongan
4. Pembantu Setiausaha Pejabat/Setiausaha Pejabat N19 1 Kekosongan
Catatan: Semua syarat-syarat permohonan jawatan hendak dimuat turun di laman web MDHT.
Cara Memohon: (a) Permohonan hendaklah menggunakan Borang MDHTR.1 yang hendaklah dimuat turun di laman web
Majlis Daerah Hulu Terengganu di alamat http://www.mdht.gov.my.
(b) Permohonan hendaklah disertakan dengan satu salinan Sijil berikut: i) Kad Pengenalan yang disahkan. ii) Sijil kelulusan pelajaran yang disahkan. iii) Diploma (Salinan keputusan peperiksaan/transkrip TIDAK DITERIMA). iv) Kad pengenalan ibubapa sekiranya pemohon lahir diluar Negeri Terengganu.
(c) Permohonan daripada pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan hendaklah melalui
Ketua Jabatan mengikut Peraturan 18, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) Tahun 2012. Pastikan Kenyataan Perkhidmatan yang lengkap dan dikemaskini serta Laporan Penilaian Prestasi terkini disertakan bersama permohonan tersebut.
(d) Permohonan yang tidak mematuhi/tidak memenuhi syarat-syarat di atas tidak akan dipertimbangkan (borang yang tidak lengkap tidak akan diproses).
(e) Tarikh Tutup Permohonan dan Semua permohonan (termasuk permohonan melalui pos) hendaklah
diterima oleh MDHT selewat‐lewatnya sebelum atau pada 1 September 2016 (Khamis) Jam 3.30 Petang.
(f) Permohonan yang diterima selepas tarikh tersebut tidak akan dipertimbangkan.
(g) Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk ditemuduga. Mereka yang tidak
dihubungi dalam tempoh 3 bulan dari tarikh tutup permohonan adalah dianggap tidak berjaya
(h) Permohonan yang lengkap hendaklah dihantar ke alamat seperti di bawah dan sila nyatakan jawatan yang dipohon di hujung kanan sampul surat:
Yang Dipertua,
Majlis Daerah Hulu Terengganu. 21700 KUALA BERANG, TERENGGANU.
(i) Majlis Daerah Hulu Terengganu tidak akan bertanggungjawab ke atas semua perbelanjaan calon‐calon yang akan menghadiri temu duga tersebut. Hanya calon yang berjaya dalam urusan temu duga akan dimaklumkan.
Rujukan Fail: MDHTR(S).100/76 Bhg.3/MDHTR.01/142 BHG.3
M.S.: 2 - 7
1. (a) Jawatan : PENOLONG PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT
GRED FA29
(b) Pihak Berkuasa Tempatan : MAJLIS DAERAH HULU TERENGGANU
(c) Kumpulan Perkhidmatan : KUMPULAN PELAKSANA
(d) Klasifikasi Perkhidmatan : SISTEM MAKLUMAT
2. Jadual Gaji :
GRED GAJI
GAJI MINIMUM
GAJI MAKSIMUM
KADAR KENAIKAN GAJI TAHUNAN
FA29 1,418.00 5,121.00 145.00
3. Syarat Lantikan ke jawatan :
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
a) warganegara Malaysia;
b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
c) (i) Sijil dalam bidang teknologi maklumat atau prosesan data yang diiktiraf oleh Kerajaan
daripada politeknik tempatan atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred FA29: RM1,549.00); atau
(ii) Sijil dalam bidang kejuruteraan komputer yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada politeknik
tempatan atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred FA29: RM1,549.00); atau
(iii) Diploma dalam bidang sains komputer atau teknologi maklumat yang diiktiraf oleh Kerajaan
daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred FA29: RM1,855.00); atau
(iv) Diploma dalam bidang kejuruteraan komputer yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi
pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred FA29: RM1,929.89).
(v) Keutamaan diberikan kepada calon-calon yang ;
(a) Calon Lelaki;
(b) Mempunyai asas berkaitan MySQL (SQL), Unix scripting & SQL, HTML, Visual Basic,
JavaScript dan Linux Experience;
(c) Pernah bekerja di bidang Teknologi Maklumat melibatkan pangkalan data dan perisian;
d) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kepujian dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat
Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
4. Taraf Jawatan : Tetap
Rujukan Fail: MDHTR(S).100/76 Bhg.3/MDHTR.01/142 BHG.3
M.S.: 3 - 7
5. Penaklukan Di Bawah Syarat-
syarat Skim Perkhidmatan
: Pegawai-pegawai yang memasuki perkhidmatan Penolong
Pegawai Teknologi Maklumat Gred FA29 adalah tertakluk
kepada syarat-syarat skim perkhidmatan berkenaan yang sedang
berkuat kuasa serta pindaan-pindaan yang dibuat ke atasnya dari
semasa ke semasa.
6. Fungsi Bidang Tugas : Bertanggungjawab membangun program baru untuk sesuatu
sistem gunaan komputer, memperkembangkan sistem komputer
yang sedia ada bagi memenuhi keperluan semasa,
penyelenggaraan sistem dan memberikan latihan serta bantuan
teknikal kepada pihak pengguna.
7. Tarikh Tutup Permohonan : 25 September 2016 (Ahad) Jam 5.00 Petang
Rujukan Fail: MDHTR(S).100/76 Bhg.3/MDHTR.01/142 BHG.3
M.S.: 4 - 7
1. (a) Jawatan : PENOLONG PEGAWAI KESIHATAN PERSEKITARAN
GRED U29
(b) Pihak Berkuasa Tempatan : MAJLIS DAERAH HULU TERENGGANU
(c) Kumpulan Perkhidmatan : KUMPULAN PELAKSANA
(d) Klasifikasi Perkhidmatan : PERUBATAN DAN KESIHATAN
2. Jadual Gaji :
GRED GAJI
GAJI MINIMUM
GAJI MAKSIMUM
KADAR KENAIKAN GAJI TAHUNAN
U29 1,418.00 5,121.00 145.00
3. Syarat Lantikan ke jawatan :
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
a) warganegara Malaysia;
b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
c) Diploma dalam bidang kesihatan persekitaran yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi
pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
d) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kepujian dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat
Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
4. Taraf Jawatan : Tetap
5. Penaklukan Di Bawah Syarat-
syarat Skim Perkhidmatan
: Pegawai-pegawai yang memasuki perkhidmatan Penolong
Pegawai Kesihatan Persekitaran Gred U29 adalah tertakluk
kepada syarat-syarat skim perkhidmatan berkenaan yang sedang
berkuat kuasa serta pindaan-pindaan yang dibuat ke atasnya dari
semasa ke semasa.
6. Fungsi Bidang Tugas :
1. Menyelia dan menghantar laporan-laporan mengenai aktiviti yang dijalankan seperti pemeriksaan,
penyiasatan, tindakan yang diambil dan pengawasan.
2. Menyelia dan melatih kakitangan di bawah jagaannya.
3. Menguatkuasakan undang-undang, peraturan dan undang-undang kecil yang berkaitan dengan
kesihatan Persekitaran.
4. Menyiasat dan menyediakan laporan ke atas semua kes penyakit berjangkit.
5. Memeriksa dan mengawas bahan-bahan makanan di premis-premis makanan seperti restoran,
kilang, rumah sembelih dan pasar.
6. Mengawasi kebersihan alam sekitar.
7. Menjalankan aktiviti-aktiviti pendidikan kesihatan umum seperti ceramah kepada Institusi Kerajaan
dan Swasta Badan-badan Sukarela.
7. Tarikh Tutup Permohonan : 25 September 2016 (Ahad) Jam 5.00 Petang
Rujukan Fail: MDHTR(S).100/76 Bhg.3/MDHTR.01/142 BHG.3
M.S.: 5 - 7
1. (a) Jawatan : PEMBANTU SETIAUSAHA PEJABAT/
SETIAUSAHA PEJABAT GRED N19
(b) Pihak Berkuasa Tempatan : MAJLIS DAERAH HULU TERENGGANU
(c) Kumpulan Perkhidmatan : PELAKSANA
(d) Klasifikasi Perkhidmatan : PERKHIDMATAN PENTADBIRAN DAN SOKONGAN
2. Jadual Gaji :
GRED GAJI
GAJI MINIMUM
GAJI MAKSIMUM
KADAR KENAIKAN GAJI TAHUNAN
N19 1,352.00 4,003.00 100.00
3. Syarat Lantikan :
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
a) warganegara Malaysia;
b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
c) (i) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred N19: RM1,352.00); atau
(ii) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta
Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf
setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred N19: RM1,408.40); atau
(iii) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta
Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf
setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred N19: RM1,464.80).
d) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kepujian dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat
Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
4. Taraf Jawatan : Tetap
5. Penaklukan Di Bawah Syarat-
syarat Skim Perkhidmatan
: Pegawai-pegawai yang memasuki perkhidmatan Pembantu
Kesihatan Awam Gred U19 adalah tertakluk kepada syarat-syarat
skim perkhidmatan berkenaan yang sedang berkuatkuasa serta
pindaan-pindaan yang dibuat ke atasnya dari semasa ke
semasa.
6. Fungsi Bidang Tugas : Bertanggungjawab untuk memastikan urusan harian di pejabat
pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional berjalan lancar
dan memberi perkhidmatan kesetiausahaan seperti menaip, minit
mesyuarat, menyediakan surat-menyurat, laporan dan
pengurusan fail. Di samping itu, memastikan semua keperluan
rasmi pegawai Kumpulan Pengurusan Tertinggi/ pegawai
Kumpulan Pengurusan dan Profesional dikendalikan secara
cekap dan berkualiti tinggi serta mengawal selia jadual kerja
supaya teratur.
7. Tarikh Tutup Permohonan : 25 September 2016 (Ahad) Jam 5.00 Petang
Rujukan Fail: MDHTR(S).100/76 Bhg.3/MDHTR.01/142 BHG.3
M.S.: 6 - 7
1. (a) Jawatan : PEMBANTU KESIHATAN AWAM GRED U19
(b) Pihak Berkuasa Tempatan : MAJLIS DAERAH HULU TERENGGANU
(c) Kumpulan Perkhidmatan : KUMPULAN PELAKSANA
(d) Klasifikasi Perkhidmatan : PERKHIDMATAN PERUBATAN DAN KESIHATAN
2. Jadual Gaji :
GRED GAJI
GAJI MINIMUM
GAJI MAKSIMUM
KADAR KENAIKAN GAJI TAHUNAN
U19 1,360.00 4,052.00 100.00
3. Syarat Lantikan :
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
(a) warganegara Malaysia;
(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
(i) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
(Kelayakan lantikan untuk kegunaan di Pihak Berkuasa Tempatan).
(Gaji permulaan ialah pada Gred U19: 1,360.00); atau
(ii) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta
Sijil Pembantu Kesihatan Awam yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf
setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred U19: 1,418.12).
(c) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kepujian dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat
Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
4. Taraf Jawatan : Tetap
5. Penaklukan Di Bawah Syarat-
syarat Skim Perkhidmatan
: Pegawai-pegawai yang memasuki perkhidmatan Pembantu Kesihatan
Awam Gred U19 adalah tertakluk kepada syarat-syarat skim
perkhidmatan berkenaan yang sedang berkuatkuasa serta pindaan-
pindaan yang dibuat ke atasnya dari semasa ke semasa.
6. Fungsi Bidang Tugas : Melaksanakan kerja-kerja pengawalan dan pencegahan di dalam
program kebersihan alam sekeliling, kebersihan dan keselamatan
makanan serta kawalan penyakit berjangkit yang berkaitan dengan
tugasnya dengan menggunakan kaedah/ pendekatan kesihatan
primer (Control and Prevention - Primary Health Care Approach)
7. Tarikh Tutup Permohonan : 25 September 2016 (Ahad) Jam 5.00 Petang
Rujukan Fail: MDHTR(S).100/76 Bhg.3/MDHTR.01/142 BHG.3
M.S.: 7 - 7
Cara-Cara Memohon: (a) Permohonan mestilah menggunakan Borang MDHTR.1 yang hendaklah dimuat turun di laman
web Majlis Daerah Hulu Terengganu di alamat berikut:
http://www.mdht.gov.my
(b) Permohonan hendaklah disertakan dengan satu salinan Sijil berikut:
v) Kad Pengenalan yang disahkan,
vi) Sijil kelulusan pelajaran yang disahkan,
vii) Diploma (Salinan keputusan peperiksaan/transkrip TIDAK DITERIMA)
viii) Kad pengenalan ibubapa sekiranya pemohon lahir diluar Negeri Terengganu.
(c) Permohonan daripada pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan hendaklah
melalui Ketua Jabatan mengikut Peraturan 18, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Pelantikan,
Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) Tahun 2012. Pastikan Kenyataan Perkhidmatan
yang lengkap dan kemaskini serta Laporan Penilaian Prestasi terkini disertakan bersama
permohonan tersebut.
(d) Permohonan yang tidak mematuhi/tidak memenuhi syarat-syarat di atas tidak akan
dipertimbangkan (borang yang tidak lengkap tidak akan diproses).
(e) Tarikh Tutup Permohonan dan Semua permohonan (termasuk permohonan melalui pos)
hendaklah diterima oleh Majlis Daerah Hulu Terengganu (MDHT) selewat‐lewatnya sebelum atau
pada 25 September 2016 (Ahad) Jam 5.00 Petang
(f) Permohonan yang diterima selepas tarikh tersebut tidak akan dipertimbangkan.
(g) Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk ditemuduga. Mereka yang
tidak dihubungi dalam tempoh 3 bulan dari tarikh tutup permohonan adalah dianggap tidak
berjaya
(h) Permohonan yang lengkap hendaklah dihantar ke alamat seperti di bawah dan sila nyatakan
jawatan yang dipohon di hujung kanan sampul surat:
Yang Dipertua,
Majlis Daerah Hulu Terengganu. 21700 KUALA BERANG, TERENGGANU.
(i) Majlis Daerah Hulu Terengganu tidak akan bertanggungjawab ke atas semua perbelanjaan
calon‐calon yang akan menghadiri temu duga tersebut. Hanya calon yang berjaya dalam urusan
temu duga akan dimaklumkan.
top related