rph mt thn2 masa.doc
Post on 21-Dec-2015
291 Views
Preview:
TRANSCRIPT
1. Mata Pelajaran Matematik2. Tahun 2H3. Bilangan Pelajar 24
4. Umur 8±5. Tarikh 29.10.2013 (Selasa)6. Masa 9.00a.m. – 10.00p.m. (60 minit)7. Bidang Sukatan dan Geometri8. Tajuk Masa dan Waktu9. Standard Kandungan Murid dibimbing untuk:
9.1 Menyantakan waktu dalam jam dan minit.10. Pengetahuan Sedia Ada Murid-murid fahami urutan jadual waktu dan masa
bersekolah.11. Standard Pembelajaran Murid berupaya untuk:
1. Mengenal tanda senggatan minit dan tanda senggatan jam pada muka jam.
2. Mengenal tanda senggatan dan angka yang menandakan gandaan lima minit pada muka jam.
Objektif Pembelajaran
Pada akhir pengajaran dan pembelajaran,murid dapat:Menyatakan bacaan atau nilai tanda senggatan minit dan jam pada muka jam.Menandakan gandaan lima minit pada muka jam.
EMK Nilai murni: bekerjasama
bahan bantu mengajar (BBM)
Power point, model jam, bahan bina model jam, lembaran kerja
Penilaian P&P B2D6E1-Menyatakan tanda senggatan minit dan jam.
LANGKAH ISI PELAJARAN LANGKAH/AKTIVITI CATATAN
Set induksi
(± 5 minit)
Soalan 1:
Ceritakan aktiviti yang kamu lihat dalam
gambar-gambar berikut.(gosok gigi,
bangun pagi, makan tengah hari, tidur
malam)
1. Guru mempamerkan slaid power point dan
meminta murid memerhatikan beberapa keeping
gambar yang ditunjukkan.
2. Guru meminta murid menjawab soalan-soalan
yang diajukan oleh guru.
BBM: Power point
Soalan 2:
Bagaimana kamu tentukan masa aktiviti-
aktiviti di atas? (mengikut waktu jam)
3. Guru meminta murid menyatakan bagaimana cara
mengetahui masa aktiviti-aktiviti di dalam gambar
yang dipamerkan.
Langkah 1
(± 5minit)
Soalan:
1. Ini apa? (jam)
2. Ceritakan apa yang terdapat pada
muka jam? (nombor,…..)
3. Daripada pelbagai jenis jam di
kalangan kehidupan harian kita,
bagaimanakah kita mengetahui waktu
yang ditunjukkan oleh jam?
1. Guru menujukkan model muka jam kepada murid.
2. Guru bersoal jawab dengan murid.
3. Guru mempamerkan jenis-jenis muka jam yang
berlainan untuk memupuk sifat ingin tahu dalam
pefikiran murid-murid
BBM: model jam,
powerpoint
Langkah 2
(± 35minit)
Bulatan kecil:
Berapakah bilangan senggatan yang dapat
kamu lihat dalam muka jam?
Penerangan:
Bulatan besar
1. Berapakah bilangan senggatan yang
dapat kamu lihat dalam muka jam?
i. Bilang dalam gandaan lima.
ii. Ada beberapa minit dari angka 7 hingga
9?
1. Guru mengagihkan murid kepada enam kumpulan.
2. Setiap murid diminta bekerjasama sepanjang masa
membina modal jam.
3. Guru memberikan setiap kumpulan satu set bahan
untuk mengikut arahan membina modal jam dan
menyoal.
4. Murid diminta mengambil kertas bulatan bersaiz
kecil yang telah ditandakan beberapa senggatan.
5. Setiap kumpulan diminta menampalkan nombor 1
hingga 12 di setiap senggatan dalam bulatan.
6. Guru membimbing murid menerangkan sebab
kedudukan nombor dan maknanya dalam jam.
7. Guru menerangkan bezaan antara nombor dengan
nombor ialah satu jam.
8. Murid diminta membutangkan tangga jam di dalam
modal yang dibinakan.
9. Guru bersoal jawab dengan murid.
10. Murid diminta mengambil kertas bulatan bersaiz
besar yang telah dibahagikan kepada beberapa
senggatan.
11. Murid diminta menampalkan angka gandaan
lima di setiap tempat yang ditetapkan.
12. Guru membimbing murid mengenal tanda
senggatan minit pada muka jam dengan modal
yang dihasilkan.
13. Guru menerangkan setiap senggatan mewakili
5 minit. Murid-murid dikehendaki membilang dalam
BBM: bahan bina
model jam
Nilai murni:
kerjasama
gandaan 5 hingga 60.
14. Guru membimbing murid-murid membutangkan
jam dengan selapis-selapis supaya membina
sebuah jam yang berkinetik.
Penilaian
(± 10minit)
Sila rujukan lampiran A 1. Guru mengedarkan lembaran kerja yang
mengandungi muka jam.
2. Murid diminta melngkapkan lembaran kerja
dengan meingikut arahan yang ditunjukkan dalam
kertas tersebut.
3. Guru memerhatikan hasil kerja murid untuk
menilai penguasaan mereka.
BBM: lembaran
kerja
Penutup
(± 5minit)
1. Antara setiap senggatan,apakah
bezanya dalam “jam” dengan “minit”?
2. Ada berapa minit dari angka 5 hingga 8?
3. Ada berapa jam dari angka 4 hingga 8?
4. Guru membimbing murid membaca bacaan dengan
menggunakan modal jam yang dihasilkan.
5. Guru bersoal jawab dengan murid sebagai
pengukuhan pembelajaran.
LAMPIRAN A
Nama: Darjah: Tarikh: .
Isikan petak di dalam jam.
1. Tuliskan nombor (1-12) di dalam kotak dalam bulatan sebagai “jam” dan tuliskan nombor (5-60) di
luar bulatan sebagai “minit”
Cara menggunakan bahan bantuan mengajar: bahan bina model jam
1. Guru menyediakan bahan bina model jam untuk setiap kumpulan murid. Guru menggunakan bulatan
kecil untuk memberitahukan murid konsep tentang setiap jarak senggatan sama dengan satu jam. Murid-
murid menampalkan nombor-nombor di setiap bentuk hati yang besar. Aturan begini boleh
meningkatkan pemerhatian murid-murid dalam penjelasan guru. Guru meminta murid-murid mengikut
arahan binakan kraf tangan ini. Selepas model disiapkan, guru menanya soal dengan murid supaya
mereka dapat memahami arah pusingan jam.
2. Guru meminta murid mengeluarkan bulatan yang besar dan stiker angka. Murid-murid diminta
menampalkan angka-angka di dalam bentuk hati yang besar secara berganda lima. Bagi murid-murid
yang tidak menguasai nombor ganda lima, guru boleh mengajar mereka mengira setiap bentuk yang di
lilitan bulatan, semasa kiraan sampai bentuk yang besar, nombor yang dikira akan ditampalkan. Langkah
pengajaran ini dapat memberitahu murid-murid berkaitan fungsi garisan atau titik kecil yang selalu
dijumpai dalam jam, iaitu setiap senggatan kecil mewakili satu minit. Selepas murid siapkan langkah ini,
guru akan memjelaskan setiap senggatan besar menwakili lima minit, berpusingan jarum minit setiap
pusingan ialah 60 minit.
3. Guru boleh meminta murid-murid membandingbezakan kedua-dua bentuk bulatan yang dihasilkan dan
member peluang kepada murid menjelaskan berkaitan antara satu sama lain. Selepas ini, guru
menunjukkan cara mengabungkan kedua-dua hasil kerja untuk menjadikan satu jam yang menarik.
Sebuah pinggan kertas diletakkan di antara dua bulatan untuk menjalankan permainan kecil.
4. Cara menjalankan permainan kecil:
a. Guru meminta murid mengerakkan pinggan supaya mendapat bacaan minit yang sama maksud
dengan nombor yang diminta. Contohnya, guru menanyakan angka 3 sama dengan berapa minit?
Murid-murid di setiap kumpulan perlu menjawab soalan dengan memusingkan pinggan kertas.
Fungsi lubang di pinggan kertas ialah untuk menunjukkan jawapan minit.
5. Tujuan modal yang dihasilkan:
a. Meningkatkan minat pembelajaran murid-murid dalam pengajaran.
b. Meningkatkan peningatan murid dengan membuat kraf tangan, melihat hasil kerja dan mendengar
penjelasan guru.
c.
top related