rp projek penanaman sayuran organik oleh miss v
Post on 05-Dec-2014
245 Views
Preview:
DESCRIPTION
TRANSCRIPT
Disediakan Oleh:
Ranggu Organic Plant Sdn.Bhd2013
RANCANGAN PERNIAGAAN
PROJEK PENANAMAN SAYUR
SECARA ORGANIK
SENARAI KANDUNGAN
ISI MUKA SURAT
___________________________________________________________________________
1.0 RINGKASAN EKSEKUTIF 1
2.0 PENDAHULUAN RANCANGAN PERNIAGAAN 3
3.0 OBJEKTIF RANCANGAN PERNIAGAAN 4
4.0 PRODUK YANG DITAWARKAN 7
5.0 LOKASI PERNIAGAAN 9
6.0 RANCANGAN PEMASARAN 11
7.0 RANCANGAN OPERASI 15
8.0 RANCANGAN PENTADBIRAN 22
9.0 RANCANGAN KEWANGAN 27
10.0 JADUAL PELAKSANAAN PROJEK 36
11.0 JUSTIFIKASI DAYA MAJU 41
12.0 RUMUSAN 43
13.0 LAMPIRAN 44
1
1.0 RINGKASAN EKSEKUTIF
Sumber sayuran negara masih tidak mencukupi untuk menampung keperluan pasaran
tempatan. Industri pengeluaran tanaman berasaskan komoditi telah mengalami melalui
pelbagai perubahan daripada sistem penanaman secara konvensional kepada pengeluaran
yang memerlukan teknologi tinggi untuk meningkatkan pengeluaran makanan yang sihat dan
bebas racun semakin kompetitif.
Demi menyahut seruan kerajaan untuk mempertingkatkan taraf dan sosioekonomi
masyarakat terutamanya di Kampung Ranggu, Tawau di dalam bidang pertanian maka Encik
Arhan bin Aziz dan Encik Johari Chin akan menubuhkan sebuah syarikat perniagaan yang
dikenali sebagai Ranggu Organic Plant di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan, 1956
(Pindaan 2001).
Syarikat ini akan ditubuhkan dengan tujuan untuk memberi peluang kepada penduduk
kampung Ranggu menceburi bidang pertanian secara eksklusif dan lebih khusus dalam
memajukan teknologi pertanian terutama dalam penanaman sayur secara organik. Ini adalah
selaras dengan wawasan kerajaan yang telah menyediakan satu dana yang bernilai RM1 juta
menerusi program 1 Desa 1 Produk.
Selain itu, ia juga menyahut cabaran Rancangan Malaysia Ke-9 (RMK-9) di mana
pihak kerajaan mengalu-alukan penglibatan sektor swasta terutama dalam kalangan
bumiputera dalam memajukan bidang pertanian. Tapak projek ini akan dijalankan di atas
tanah seluas 5 ekar di kawasan Ranggu, Tawau di mana pihak syarikat Ranggu Organic Plant
Sdn. Bhd. telah menyewa secara pajak bagi tempoh 5 tahun. Kawasan ini yang bebas atau
jauh daripada pencemaran dan hampir dengan sumber air yang bersih.
Sebagai permulaan, pihak kami akan mengusahakan lima jenis sayur dalam 500 batas
dan satu tapak semaian biji benih yang bebas daripada racun kimia. Dalam perancangan yang
teliti dan prospek yang berdaya maju, kami berharap pihak Majlis Amanah Rakyat (MARA)
di bawah Latihan Program Usahawan MARA dapat meluluskan permohonan kami bagi
merealisasikan projek ini.
2
2.0 PENDAHULUAN RANCANGAN PERNIAGAAN
Perladangan organik adalah suatu sistem bercucuk tanam yang menggunakan input-
input bahan organik untuk menghasilkan produk-produk yang bebas bahan kimia sintetik dan
racun makhluk perosak. Sistem perladangan ini mengamalkan sistem penanaman yang
semula jadi dan lebih menjurus pada membekalkan pengguna dengan sayuran yang memberi
manfaat kepada pemeliharaan kesihatan manusia.
Sebanyak 5.8 bilion ringgit, diperuntukkan kepada Kementerian Pertanian dan
Industri Asas Tani dalam usaha untuk meningkatkan pendapatan negara dan memastikan
kelestarian jaminan bekalan makanan. Oleh itu, kerajaan akan terus memberi penekanan
kepada sektor pertanian dalam bajet 2013. Bagi meningkatkan pengeluaran produk makanan
dan kesihatan kerajaan juga mempersiapkan sebanyak 75 juta ringgit.
Selain itu, sebanyak 30 juta ringgit disediakan untuk pembangunan program pertanian
merangkumi aplikasi penggunaan teknologi tinggi dalam pengeluaran buah dan sayuran,
peningkatan pembekalan benih berkualiti, penstabilan harga melalui jualan terus dari ladang,
pewujudan pasar ikan rakyat serta penambahbaikan institusi latihan pertanian.
Perniagaan ini akan beroperasi sebagai pusat penanaman sayuran organik dan
penjualan hasil tuaian sayuran yang terbesar di daerah Tawau dan pertanian ini adalah
berasaskan alam semula jadi. Ianya akan beroperasi di sebuah tapak operasi yang akan
dimajukan di Kampung Ranggu, Tawau.
Berdasarkan minat serta penelitian yang tinggi, maka Encik Arhan bin Aziz dan Encik
Johari Chin telah mengambil inisiatif untuk menceburkan diri di dalam perniagaan bagi
melaksanakan tuntutan agama, bangsa dan negara.
Pendekatan yang lebih sistematik dan tersusun akan dibangunkan untuk diguna pakai
oleh kami bagi peningkatan hasil pengeluaran dan pendapatan. Memesatkan pengeluaran
hasil pertanian secara komersialisasi adalah solusi yang terbaik maka pihak kami akan
melaksanakan langkah proaktif kerajaan memesatkan kegiatan ekonomi penanaman sayuran
secara organik.
3
3.0 OBJEKTIF RANCANGAN PERNIAGAAN
Tujuan Rancangan Perniagaan ini disediakan adalah untuk mendapatkan pembiayaan
sebanyak RM 150,000 daripada Majlis Amanah Rakyat (MARA) di bawah Latihan Program
Usahawan MARA bagi menjalankan Projek Penanaman Sayuran Organik di atas tanah yang
telah dipajak selama 5 tahun di Kampung Ranggu, Tawau, Sabah. Kemudahan pembiayaan
tersebut meliputi pembiayaan pinjaman sebanyak RM 150,000 daripada MARA dan
usahawan akan mengeluarkan modal sendiri sebanyak RM 50,00 menjadikan keseluruhan
kos projek adalah sebanyak RM 200,000.
Bagi menampung kos permulaan projek ini, pinjaman sebanyak RM 150,000
diperlukan daripada pihak MARA dan kertas kerja ini juga disediakan untuk memberi
gambaran projek penanaman sayur organik dan analisis sebagai sokongan daya maju projek
ini. Ranggu Organic Plant Sdn Bhd memandang jauh potensi bidang usaha ini dalam
membekalkan sayuran organik yang berkualiti, selamat dimakan dan mampu memenuhi
permintaan domestik. Dalam perancangan jangka panjang, pihak syarikat merancang untuk
mencapai keluasan 10 ekar ladang sayuran.
3.1 Objektif, Visi Dan Misi
i. Objektif
Pengeluaran hasil yang tinggi dan berkualiti dengan mengamalkan amalan pertanian
yang baik dan sistematik.
Menggunapakai teknologi terkini untuk menghasilkan produk yang berkualiti tinggi
dan penjimatan tenaga buruh.
ii. Visi
Visi kami adalah untuk menggunakan pendekatan teknologi terkini di dalam sektor
pertanian dan seterusnya mampu membimbing petani lain.
iii. Misi
Misi kami adalah untuk memberi pulangan yang besar kepada pemegang syer
syarikat, pelabur dan pelanggan kami dengan menghasilkan produk yang berkualiti
dan sistematik.
4
3.2 Latar Belakang Usahawan
i. Butir – butir Peribadi
Nama Pemohon Arhan bin Aziz Johari Chin
No. Kad Pengenalan 751220-12-5793 750515-12-5251
Alamat Tetap Peti Surat 679, Kampung Ranggu, 91008, Tawau Sabah
Tarikh Lahir 20 Disember 1975 15 Mei 1975
Umur 38 Tahun 38 Tahun
Jantina Lelaki Lelaki
Agama Islam Islam
Taraf Perkahwinan Berkahwin Berkahwin
Warganegara Malaysia Malaysia
Taraf Pendidikan Sarjana Pengurusan Ladang Diploma Pentadbiran Awam
Pengalaman Kerja 12 Tahun 12 Tahun
HR Officer Marketing Exec
Pekerjaan Sekarang Ahli Perniagaan Ahli Perniagaan
Kemahiran / Kebolehan Pengurusan Sumber Manusia Pentadbiran Perniagaan
Jawatan dalam Syarikat Pengarah dan Pemegang
Saham
Pengarah dan Pemegang
Saham
No. Telefon 089 – 774588 089 – 774588
No. Faks 089 - 774589 089 - 774589
No.Telefon Bimbit 016 – 8017099 013 - 5545888
5
3.3 Latar Belakang Perniagaan / Projek
i. Butir –butir Perniagaan / Syarikat
Nama Projek Projek Penanaman Sayuran Organik
Nama Syarikat Ranggu Organic Plant
Alamat Perniagaan Peti Surat 679, Kampung Ranggu, 91008, Tawau Sabah.
Tapak Projek Lot 13440, Kampung Ranggu, Tawau
No. Telefon 089 – 774588
No. Fax 089 – 774589
E-mail ranggu_organic@yahoo.com
No. Pendaftaran Perniagaan
Bidang Perniagaan Pertanian dan industri asas tani.
Jenis Perniagaan Perkongsian
Tarikh Daftar Perniagaan
3.4 Cadangan Projek
Jenis Projek Projek Penanaman Sayuran Organik
Jumlah Kos RM 200,000
Modal Sendiri RM 50,000
Jumlah Modal Diperlukan RM 150,000
6
4.0 PRODUK YANG DITAWARKAN
Beberapa jenis sayuran yang telah dikenalpasti dan terbukti keberkesanannya untuk
projek ini adalah sawi, bayam, terung, timun, dan tomato. Ini adalah kerana kelima-lima jenis
sayuran yang penting dan banyak ditanam oleh petani Malaysia berdasarkan nilai komersial
yang ada. Faktor utama pemilihan jenis sayuran tersebut untuk tujuan komersial adalah
disebabkan oleh :
i. Dikenali ramai dan permintaan yang tinggi untuk pasaran tempatan dan luar negara.
ii. Bekalan benih mudah diperolehi dengan harga yang berpatutan.
iii. Tempoh penanaman yang singkat dan boleh diusahakan secara berperingkat.
iv. Pertanian organik adalah suatu amalan pertanian yang mesra alam.
v. Merupakan sumber makanan yang berkualiti tinggi tanpa menggunakan bahan kimia
sebagai baja mahupun mengawal perosak dan penyakit.
Berikut merupakan profail jenis sayuran organik yang akan ditanam melalui projek ini:
Jenis Sayuran Gambar Sayuran Tempoh
Penanaman
Tempoh Produksi
Sawi 4 – 6 Minggu Sekali tuaian sahaja
Bayam 4 – 6 Minggu Sekali tuaian sahaja
Terung 4 – 5 Bulan Berproduksi selama
6 bulan
Timun 4 – 6 Minggu Berproduksi selama
30 hari
Tomato 3 – 5 Bulan Berproduksi selama
60 hari
5. 0 LOKASI PROJEK / PERNIAGAAN
7
Projek Penanaman Sayuran Organik yang akan diusahakan oleh Ranggu organic Plant
akan beroperasi di sebuah tanah seluas 5 ekar yang terletak di Kampung Ranggu, Tawau,
Sabah. Sila rujuk maklumat tapak projek dibawah :
5.1 Lokasi:
Ranggu Organic Plant akan membuka ladang sayuran seluas 5 ekar di Kampung
Ranggu, Tawau, Sabah. Formula asas kepada pemilihan lokasi ladang sayuran ini ialah
kesesuaian tanah dan kemudahan asas yang sedia ada. sayuran mendapatkan hasil ladang.
Tapak projek merupakan tanah yang belum dicemari oleh bahan toksik dan baja kimia kerana
tapak projek sebelum ini ditanam dengan pokok getah oleh pemilik tanah. Pokok getah telah
ditumbang oleh pemilik 5 tahun yang lalu dan dibiarkan kosong sehingga hari ini.
Fokus dan komitmen yang tinggi diperlukan bagi kemajuan dan perkembangan
syarikat ini dimasa hadapan. Keluasan tanah ini bersesuaian dengan matlamat operasi
perusahaan ladang sayuran dan anggaran pengeluaran dijangka bertambah sehingga 10 tan
sebulan. pihak syarikat. Lokasi ini penting bagi menghasilkan pengeluaran yang maksima dan
mampu memberi kemudahan kepada pemborong-pemborong
5.2 Pemilikan
Tanah seluas 5 ekar ini dimiliki oleh Puan Mariani Marjan dan Ranggu Organic Plant
telah menandatangani perjanjian sewa selama 5 tahun bermula 28 Februari 2013 dan akan
tamat pada 1 Mac 2017.
i. Kemudahan dan kesesuaian:
Kedudukan tanah ini amat bersesuaian dengan bidang pertanian Selain berdekatan dengan
sungai. tapak ini dilengkapi dengan bekalan air sedia ada yang mengalir di keliling tanah
tersebut. Ianya juga dihubungkan oleh mini tar pada jarak 1 kilometer daripada jalanraya.
Selain daripada itu, ianya juga dilengkapi dengan kemudahan elektrik dan saliran air
daripada penempatan berdekatan. Bekalan elektrik 3 fasa akan disalurkan bagi memenuhi
keperluan kemudahan penggunaan elektrik di tapak projek tersebut.
Sila rujuk gambarajah dibawah bagi peta pelan lokasi dan gambar tapak projek dibawah:
8
Batu 8, Kampung Ranggu, Tawau Ke Kampung Andrassy
Kebun Kelapa Sawit Kawasan Taman Perumahan
Kawasan Perkampungan
Sg. Ranggu
( Peta Pelan Lokasi Projek Penanaman Sayuran Organik )
9
6.0 RANCANGAN PEMASARAN
6.1 Pasaran Am
Malaysia merupakan negara yang kaya dengan hasil buminya, namun Malaysia juga
merupakan negara pengimport sayuran kerana pengeluaran tempatan tidak mencukupi untuk
menampung permintaan yang semakin meningkat. Pada umumnya, sektor swasta memainkan
peranan utama dalam sistem pasaran sayuran di Malaysia namum kebanyakan sayuran
dipasarkan melalui saluran pemasaran tradisional dan namun margin pemasaran
menunjukkan peningkatan dari setahun ke setahun. Industri asas tani telah melalui banyak
perubahan untuk meningkatkan pengeluaran sayuran dan pengeluaran makanan yang sihat
dan bebas racun semakin menjadi tumpuan masyarakat kini. Ringkasan kepada pasaran dapat
ditunjukkan seperti rajah di bawah;
( Ringkasan Pemasaran Projek Penanaman Sayuran Organik )
10
Pengguna / Isi Rumah
PemPeruncit / Peniaga Pasar
Pengeksport
Pusat Pengumpulan Sayur, Pemborong Kecil
Pemborong Utama
Peruncit / Peniaga Pasar
Pemborong Kecil
Pengguna / Isi Rumah
6.2 Sasaran Pasaran Syarikat
Kami mensasarkan beberapa kawasan seperti jadual di bawah dalam memperluaskan
aktiviti pemasaran bagi hasil perladangan organik ini.
Bil. Nama Keperluan Anggaran Semusim
01. Pasar Borong Tawau Membekalkan hasil sayuran kepada
pemborong bagi diagihkan kepada
peniaga kecil.
6000 kg
02. Pasar Borong Sin Onn Membekalkan hasil sayuran kepada
pemborong bagi diagihkan kepada
peniaga kecil.
6000 kg
03. Pemborong
Perseorangan
Membekalkan hasil sayuran kepada
pemborong tetap.
8000 kg
04. Pasar Sayur Bandar Sri
Indah
Membekalkan hasil sayuran kepada
pengguna.
2000 kg
05. Peniaga-peniaga Kecil Membekalkan hasil sayuran kepada
peniaga kecil pasar malam.
3000 kg
( Senarai Sasaran Pasaran Ranggu Organik Plant Sdn. Bhd )
6.3 Lokasi Pemasaran
Tapak projek penanaman sayuran organik ini terletak di Kampung Ranggu, Tawau
dan ianya terletak lebih kurang 16 km dari Bandar Tawau dan 6 km dari Bandar Sri Indah.
Lokasi ini berdekatan dengan bandar dan dilengkapi dengan jalinan jalan raya yang lebar dan
luas bagi kemudahan sistem pengangkutan.
Terdapat masjid, klinik, sekolah, kedai makan/warung dan kawasan perindustrian
kecil berdekatan dengan tapak lokasi projek. Lokasinya strategik dengan segala kemudahan
infrastuktur yang pesat membangun dan kediaman penduduk di kawasan kampung ataupun
taman perumahan, saya berkeyakinan penuh projek yang akan dimajukan di lokasi ini akan
berjaya dan mampu bersaing dalam menempuhi segala rintangan perniagaan.
11
6.4 Strategi Pemasaran
6.4.1 Analisis SWOT (Dalaman dan Luaran)
Kami mempunyai kekuatan dan kelemahan dari segi dalaman dan kami melihat
peluang dan ancaman dari segi luaran dalam menigkatkan hasil pengeluaran yang
dirumuskan seperti berikut:
KEKUATAN PELUANG
• Pengurusan ladang yang cekap,
berkemampuan dan efektif.
• Mengamalkan konsep penanaman yang
efektif mampu menjana hasil pengeluaran
yang tinggi.
• Tenaga kerja yang telah mahir dalam
bidang pertanian khususnya tanaman sayuran
organik.
• Keluasan tanah ladang mampu
mengeluarkan hasil sebanyak 10,000 kg
sebulan.
• Potensi pasaran yang sedang berkembang
dan mampu bertahan lama serta pasaran yang
sentiasa wujud.
• Kemudahan khidmat nasihat daripada
Jabatan Pertanian, Mardi dan pemilik ladang
individu
• Kebanjiran pemborong baru dari luar
kawasan.
• Berdekatan dengan Pasar Borong utama di
Tawau, Semporna dan Kunak.
KELEMAHAN ANCAMAN
• Kurang sumber kewangan.
• Tidak mampu mengguna pakai teknologi
pertanian seperti struktur pelindung
berjaring, aeroponik, struktur pelindung
hujan dan fertigasi.
• Tiada infrastruktur pemasaran seperti pusat
pengumpulan sayur, bilik sejuk dan
kemudahan tempat pembungkusan.
• Harga pasaran sayuran yang berubah.
• Perantaraan pasaran yang banyak
mengakibatkan pengeluar menerima harga
yang rendah dan pengguna membeli dengan
harga yang tinggi.
12
6.4.2 Usaha Promosi
i. Promosi Dalam Media Elektronik
Melancarkan Halaman WEB syarikat dan melayari halaman web dalam dan luar negara
bagi tujuan promosi.
ii. Mengikuti Bengkel / Kursus / Pameran
Jabatan Pertanian atau badan-badan yang berkenaan sering mengadakan bengkel, kursus
dan pameran untuk mempertingkat industry asas tani di negara ini .
iii. Promosi Melalui Media Cetak
Memaparkan info mengenai sayuran organik dapat mempromosikan syarikat dan menarik
minat orang ramai menceburi bidang ini. Terdapat beberapa majalah seperti Berita
Pertanian, Majalah Kesihatan, Wanita dan Keluarga yang dapat digunakan sebagai
saluran iklan begitu juga dengan surat khabar tempatan.
iv. Lawatan Sambil Belajar
Lawatan ke pusat-pusat penyelidikan, pengeluaran dan benih projek penanaman sayuran
organik kerajaan mahupun swasta dapat meningkatkan potensi memperluaskan skop
perniagaan.
v. Projek Anak Angkat / Praktikal
Usahasama dengan Jabatan Pertanian dapat memupuk persefahaman dan pengetahuan
yang luas diantara pengusaha-pengusaha yang baru dan akan menceburi bidang
penanaman sayuran organic yang kini semakin mendapat tempat dalam kalangan
masyarakat yang mementingkan kesihatan.
vi. Acara Tahunan
Beberapa program agro pelancongan dan kempen akan di anjurkan oleh pihak syarikat di
Tapak Projek Penanaman Sayuran Organik bagi menggalakkan penyertaan masyarakat
dalam industri pertanian dan asas tani.
Sebagai contoh : Mengadakan Kempen Sayuran Bebas Daripada Bahan Kimia,
Pertandingan Memetik Sayuran dan lain-lain aktiviti agro pelancongan.
13
6.4.3 Perletakan Harga
Pihak syarikat akan sentiasa mengawasi pasaran harga bagi sayuran terpilih dan
menentukan harga berdasarkan standart harga pasaran yang dikeluarkan oleh pihak. Berikut
merupakan harga runcit di Malaysia bagi setiap sayuran dari tahun 2010 - 2012.
Tahun
Jenis Sayuran
Sawi Bayam Terung Timun Tomato
2010 RM2.50 RM3.00 RM3.00 RM2.00 RM4.00
2011 RM3.00 RM4.00 RM4.00 RM3.00 RM4.50
2012 RM4.50 RM6.00 RM5.90 RM4.00 RM5.00
6.4.4 Kualiti
Aspek kualiti adalah sangat penting di dalam semua jenis pengurusan perniagaan.
Antara cirri-ciri kualiti yang perlu ditingkatkan adalah dari segi operasi, jualan, khidmat
pelanggan, penghantaran, bahan mentah dan merangkumi sistem pengurusan syarikat yang
efisen dan berkualiti tinggi Ini adalah kerana kualiti yang tinggi akan menjamin kestabilan
dan kesinambungan kepercayaan pelanggan terhadap syarikat. Sayuran organic mempunyai
nilai kualiti yang lebih baik kerana tidak menggunakan baja kimia dan racun serangga
perosak. Penanaman sayuran secara organik dapat menyuburkan tanah dan menyelamatkan
bumi. Ini akan meningkatkan imej dan keyakinan pelanggan terhadap syarikat. Kualiti juga
akan meningkatkan nilai harga dan daya saing di pasaran.
6.4.5 Teknologi
Pemindahan dan penggunaan teknologi moden dapat meningkatkan produktiviti dan
kualiti pengeluaran tanaman secara pukal. Penggunaan jentera dan mesin serta kenderaan
dapat meningkatkan dan mempercepat proses pemasaran jika digunakan secara maksimum
dan berhemah tanpa menjejaskan alam sekitar.
14
7.0 RANCANGAN OPERASI DAN TEKNIKAL
7.1 Penanaman Sayuran Organik
Pertanian secara organik bermaksud menggunakan tanah yang belum dicemari oleh
bahan toksik, baja kimia dan racun serangga. Dengan maksud lain ia adalah pertanian secara
semulajadi. Kami akan mengamalkan prinsip keseimbangan alam iaitu menggunakan
kawalan biologi di mana semut, lelabah, pepatung, burung dan sebagainya akan
melakukannya untuk petani. Projek penananam sayuran organik ini mestilah dikelilingi
pokok-pokok rumput dan sungai yang bersih di sekitarnya untuk menarik perhatian serangga
perosak.
Sayuran yang dihasilkan melalui penanaman organik adalah bebas dari sebarang
bahan-bahan beracun oleh itu mungkin sayuran organic tidak secantik sayuran yang
menggunakan baja kimia dan racun serangga. Pertanian secara organic akan membiarkan
sayuran dibawah sinaran matahari tanpa penutup. Tanaman ini akan mendapat segala sumber
tenaga yang akan menggalakkan pertumbuhan yang optima. Sayuran organik dapat menjamin
kesihatan yang lebih bermakna kepada setiap pengguna.
7.1.1 Kelebihan Penanaman Organik
i. Nutrient yang lengkap kerana mendapat sumber tenaga yang mencukupi dari tanah
yang subur dan matahari.
ii. Media dan persekitaran yang bersih dan terjamin kerana terhindar daripada
penggunaan baja kimia dan racun serangga.
iii. Kualiti yang lebih baik dan sihat.
iv. Penggunaan air dan baja organik yang lebih baik untuk kesihatan dan ekonomi.
v. Tiada penggunaan racun
7.1.2 Kelemahan Penanaman Organik
i. Perlu pengetahuan mendalam tentang kaedah penanaman organic dan teknologi
terkini.
ii. Perlu pengurusan dan pemeriksaan yang berterusan.
iii. Sistem pengairan mesti selamat dan bebas daripada pencemaran.
15
7.2 Keperluan Operasi
7.2.1 Pembangunan Infrastruktur
Sebelum projek ini dilaksanakan, keperluaan infrastruktur kawasan perlu
dibangunkan terlebih dahulu.
i. Penyediaan Kawasan
Kerja-kerja awalan melibatkan permbersihan kawasan dari tumbuhan seperti semak
samun, belukar, pokok-pokok kekal perlu dibuang dan dibersihkan.
Kawasan tapak untuk semaian benih perlu dilindungi dan tapak tanaman perlu
diratakan terlebih dahulu.
Pembinaan sistem perparitan dan saliran untuk mengelakkan kawasan tapak projek
ditenggelami air apabila hujan.
Pemagaran kawasan untuk keselamatan dari haiwan perosak tanaman dan
mengelakkan kecurian.
Penyediaan jalan ladang untuk memudahkan laluan untuk tujuan penyelenggaraan dan
sebagainya
ii. Sumber Air dan Elektrik
Penyediaan sumber air bersih dan sumber elektrik adalah penting dalam operasi
penanaman organik.
iii. Bangunan – perlu disediakan adalah untuk tujuan pengurusan tanaman.
Teduhan tempat meletak tangki nutrient.
Stor simpanan baja organik dan peralatan ladang.
Pusat pengumpulan hasil ladang.
Pusat pembungkusan hasil lading.
Pejabat pengurusan projek.
Cadangan tapak penanaman sayuran organik dan kemudahan sedia.
16
Saluran air bersih
Sg. Ranggu
Tapak / Batas Sayuran Organik
Pusat PenyemaianBenih Sawi Benih Bayam Benih Terung Benih Timun Benih
Tomato
Pusat Pengumpulan Hasil Setor
Pejabat Lembaga Pengarah Pejabat Operasi
(Pelan Lakaran Tapak Projek: Cadangan Infrastuktur dan Kemudahan)
7.2.2 Maklumat Teknikal Mesin / Alatan
17
Jenis Bil.
Unit
Harga
(RM)
Pembekal
Pembajak Sorong/Tiller OMT 500 2 3,400 Man Hing Hardware Sdn Bhd
Power Mist Duster 1 2,000 Ever Green Agricultural Supply
Diesel Engine High Pressure Pump 1 6,000 Far East Engineering Works
Tray Semaian. 500 1,500 Ever Green Agricultural Supply
Timbang-200 kg 1 350 Man Hing Hardware Sdn Bhd
Bakul Pengumpulan Hasil 10 500 Man Hing Hardware Sdn Bhd
Peralatan Sistem Kualiti Air 1 set 2,500 Chang Seng Trading Company
Peralatan Pembungkusan 10 pek 250 Chang Seng Trading Company
Piping & Sprinkle 1 set 5,000 Ek Hong Pipes & Engineering
Alatan Pertanian 10 500 Ever Green Agricultural Supply
Jumlah 22,000
7.3 Pengeluaran Produk
7.3.1 Pengeluaran Bahan Mentah ( Pra – Operasi )
Jenis Bil. Unit Harga(RM) Pembekal
Benih Sawi (889) 1000g x4 200 Syarikat Leckat Kuala Lumpur
Benih Bayam (388) 1000g x4 200 Syarikat Leckat Kuala Lumpur
Benih Terung (303) 1000g 2,500 Syarikat Leckat Kuala Lumpur
Benih Timun (747) 1000g 200 Syarikat Leckat Kuala Lumpur
Benih Tomato (309) 1000g 4,500 Syarikat Leckat Kuala Lumpur
Peat Moss 10 sacks 500 Ever Green Agricultural Supply
Baja Organik 1000 sacks 10,000 Ever Green Agricultural Supply
Cocopeat (Sabut Kelapa) 100sacks 3,000 Ever Green Agricultural Supply
Sekam Bakar 100 sacks 3,900 Ever Green Agricultural Supply
Jumlah Kos Bahan Mentah 25,000
18
7.3.2 Kawalan Serangga Perosak dan Penyakit
i. Kultura
Guna jarak tanaman yang disyorkan, tanam varieti rintang/toleran penyakit,
sungkupan, tanaman selingan/giliran, tanam pokok repellent (penarik atau penghalau
serangga perosak).
ii. Mekanikal
Bungkus buah, pasang bunyi bising waktu malam untuk halau haiwan perosak dan
kawal rumpai dengan menggunakan jentera kecil.
iii. Fizikal
Perangkap cahaya, perangkap warna (kuning/biru), feromon, pagar, rumah kalis
serangga.
iv. Biologi
Penggunaan serangga, kulat, bakteria dan virus bermanfaat yang merupakan
pemangsa semulajadi serangga perosak.
v. Semburan racun organik
Jenis racun organik bergantung pada jenis perosak dan penyakit tanaman tersebut.
7.3.3 Kawalan rumpai
Rumpai yang tumbuh dalam batas dan di luar batas perlu sentiasa dibuang. Ini kerana
rumpai boleh menjadi perumah bagi sesetengah serangga perosak. Dua kaedah kawal rumpai
iaitu secara manual (merumput) atau menggunakan mesin pemotong rumput.
Kerja merumput perlu dilakukan sebaik-baiknya seminggu sekali. Kurang rumpai
bermakna kurang persaingan antara rumpai dan tanaman. Serangga perosak juga boleh
dikurangkan.
Sungkupan boleh digunakan untuk mengawal masalah rumpai. Selain itu, ia dapat
mengekalkan kelembapan tanah. Contoh sungkupan ialah plastik silver shine , jerami padi,
daun-daun kering dan sabut kelapa.
19
7.4 Konsep dan Proses Pengeluaran Produk
Sebarang bahan kimia sintetik dan racun makhluk perosak adalah dilarang
penggunaannya dalam apa jua keadaan. Menggunakan bahan-bahan asli organic kompos, tahi
ayam, tahi lembu, arang, myccorhiza dan baja hijau. Menggunakan sistem kawalan makhluk
perosak tanpa racun. Hanya bahan perosak organik sahaja dibenarkan. Mengamalkan konsep:
Sistem pertanian bergilir, tanaman selingan, pelbagaian tanaman atau tanaman
berbilang.
Melaksanakan sistem tanaman yang menjurus ke arah suasana mesra alam sekitar.
Pengitaran semula bahan-bahan organik yang telah digunakan
Menggunakan kaedah penanaman terbuka, kalis hujan, kalis serangga atau
menggunakan kompos 100%.
7.4.1 Kesesuaian Konsep
Perladangan organik diberi penekanan dilaksanakan secara meluas di Malaysia s-
aktiviti ‘pertanian mapan’ (sustainable agriculture). diamalkan sebagai tan. keliling rumah
hingga kpd bidang usaha komersil. Lebih mudah dilaksanakan di kawasan yang terlindung
(isolated) dan kawasan baru. Modus operandinya sama dengan kaedah konvensional atau di
bawah persekitaran terkawal (pelindung hujan, kalis serangga dsb).
7.4.2 Proses Pengeluaran Produk
Untuk melaksanakan projek tanaman sayuran secara organik ini, pengurusan segala
gerak kerja perlu dilakukan secara teratur dan sistematik. Langkah pelaksanaan projek adalah
seperti berikut.
1) Penyediaan Tapak
2) Penyediaan Batas
3) Sungkupan
4) Pemilihan Biji Benih
5) Penyemaian Biji Benih
6) Penanaman – Proses Mengubah
7) Penjagaan Tanaman Sayuran
8) Memungut Hasil / Tuaian
9) Pemasaran
20
1. Penyediaan Tapak
Tanah rata adalah pilihan terbaik
Memerlukan tanah yang subur dan bebas
daripada racun
5. Penyemaian Biji Benih
penjagaan anak benih lebih mudah
Pokok yang rosak dibatas tetap
mudah diganti dari batas semaian.
2. Penyediaan Batas
Gemburkan tanah halus-halus
Bina batas-batas rata dengan ketinggian
15 – 25 cm.
6. Penanaman – Proses Mengubah
Anak benih dari batas semaian
diubah ke batas tetap.
Lakukan waktu pagi atau petang
Tanam anak benih di batas tetap
pada jarak yang disyorkan
Bekalkan perlindungan dan air.
Buangkan perlindungan sedikit demi
sedikit selepas beberapa hari
3. Sungkupan
Lapisan sungkupan jangan terlalu tebal.
Mengurangkan suhu tanah.
Menjaga tanah supaya sentiasa lembab.
Mengelakkan tumbesaran rumpai.
Bertindak sebagai baja organic.
7. Penjagaan Tanaman Sayuran
Menyiram
Merumput
Membaja
Membuat sokongan
Mengawal perosak dan penyakit
4. Pemilihan Biji Benih
Besar dan berisi penuh supaya anak benih
sihat.
Cukup matang dan bernas supaya kadar
percambahan tinggi.
Bebas dari haiwan perosak dan penyakit
Tidak rosak atau cacat.
8. Memungut Hasil / Tuaian
Masa memungut hasil yang segar –
pagi dan petang
Harus mengikut panduan memungut
hasil sayuran yang betul mengikut
jenis sayuran.
9. Pemasaran
Sayuran yang dipungut mestilah dibasuh, digredkan, dan dibungkus dengan sempurna
sebelum dipasarkan. Sayuran perlu dipasarkan segera.
( Jadual Pelaksanaan Projek Tanaman Sayuran Organik )
21
8.0 RANCANGAN PENTADBIRAN
Bahagian ini menerangkan struktur organisasi dalam syarikat Ranggu Organic Plant
Sdn. Bhd yang bertanggungjawab terhadap perjalanan syarikat secara keseluruhannya.
Manakala bagi pengurusan projek, pihak syarikat akan menggaji kakitangan dan buruh secara
kontrak bagi tempoh selama projek itu berjalan.
8.1 Carta Organisasi
( Carta Organisasi Ranggu Organic Plant Sdn. Bhd )
22
Ahli Lembaga Pengarah Syarikat
Arhan Aziz & Johari Chin
Pengurusan Ladang
Azwan Asis
Ketua Buruh
Buruh Ladang
Pengurusan Akaun
Marlina Abbas
Pegawai Jualan & Pemasaran
Pekerja Pemasaran
8.2 Lembaga Pengurusan Syarikat
i. Ahli Lembaga Pengarah Syarikat
Nama : Arhan bin Aziz
Tarikh Lahir : 20. 12. 1975
Umur : 38 Tahun
Jantina : Lelaki
Warganegara : Malaysia
Jawatan : Pengarah
Taraf Pendidikan : Sarjana Pengurusan Ladang
Pengalaman Kerja : 12 Tahun
Gaji bulanan : RM 2,500
Tanggungjawab : Menyelaras operasi dan perkembangan ladang
Nama : Johari Chin
Tarikh Lahir : 15. 05. 1975
Umur : 38 Tahun
Jantina : Lelaki
Warganegara : Malaysia
Jawatan : Pengarah
Taraf Pendidikan : Dip.Pentadbiran Awam
Pengalaman Kerja : 12 Tahun
Gaji bulanan : RM 2,500
Tanggungjawab : Mentadbir dan menyelaras urusan perakaunan
ii. Pengurusan Ladang
Nama : Azwan Asis
Jawatan : Pengurus Ladang
Gaji bulanan : RM1,000
Taraf Pendidikan : Minimum SPM
Warganegara : Malaysia
Pengalaman Bekerja : 3 tahun di bidang pertanian
Tanggungjawab : Menyelaras Perkembangan dan Operasi Ladang
iii. Pengurusan Akaun
23
Nama : Marlina Abbas
Jawatan : Pengurus Akaun
Gaji bulanan : RM1,000
Taraf Pendidikan : Minimum SPM
Warganegara : Malaysia
Pengalaman Bekerja : 3 tahun di bidang perakaunan
Tanggungjawab : Menjalankan kerja perakaunan dan pejabat.
iv. Pegawai Pemasaran
Jawatan : Pegawai Pemasaran
Bilangan : 1 orang
Gaji bulanan : RM900
Taraf Pendidikan : Minimum SPM
Warganegara : Malaysia
Tanggungjawab : Menjalankan kerja pemasaran dan penjualan hasil.
: Menjaga kehendak dan permintaan pelanggan.
v. Pekerja Pemasaran
Jawatan : Pekerja Pemasaran
Bilangan : 1 orang
Gaji bulanan : RM800
Taraf Pendidikan : Minimum SPM
Tanggungjawab : Menjalankan kerja pemasaran dan promosi.
vi. Ketua Buruh
Jawatan : Ketua Buruh
Bilangan : 1 orang
Gaji bulanan : RM 800
Tanggungjawab : Mengenalpasti jangkitan penyakit dan kaedah rawatan.
: Pemilihan benih sayuran yang terbaik.
vii. Buruh Ladang
24
Jawatan : Buruh
Bilangan : 4 orang
Gaji bulanan : RM 700
Tanggungjawab : Menjalankan kerja-kerja ladang
8.3 Bekalan Buruh / Pekerja Dan Kaedah Pengambilan
Pihak syarikat akan mengambil seramai 2 orang pekerja daripada Surabaya, Indonesia
dan 4 orang pekerja tempatan. Pengarah syarikat mempunyai kenalan dari Indonesia dan ini
memudahkan urusan pengambilan pekerja dari Indonesia. Jaminan pekerja asing akan
diuruskan oleh Agensi Pekerjaan Sri Balung dan akan ditanggung sepenuhnya oleh pihak
syarikat.
i. Insentif
Pihak syarikat akan membuat caruman KWSP dan caruman kos insurans dengan
PERKESO bagi setiap pekerja tempatan dan Skim Insurans Pekerja Asing bagi pekerja
dari Indonesia. Kami juga akan menyediakan kemudahan asas yang lengkap bagi semua
pekerja.
ii. Bonus Tahunan
Pihak syarikat akan memberikan bonus tahunan kepada pekerja yang telah bekerja
selama lebih setahun. Nilai pemberian bonus adalah mengikut tempoh perkhidmatan
seseorang pekerja dan pencapaian baik individu.
iii. Kos Pemeriksaan Kesihatan Secara Percuma
Pihak syarikat juga akan menjaga kebajikan pekerjanya dengan menanggung kos
pemeriksaan kesihatan mereka setiap tahun di Klinik Swasta yang berdaftar.
25
9.0 RANCANGAN KEWANGAN
Analisis kewangan ini mengambil kira kesemua kos yang terlibat serta pulangan
(hasil) yang diramal daripada projek ini iaitu penanaman 500 batas tapak penanaman (setiap
jenis sayur 100 batas) menggunakan kaedah penanaman organic di tanah atas tapak seluas 4.5
ekar manakala 0.5 ekar digunakan untuk tapak semaian, bangunan pengumpulan hasil, setor,
pejabat urusan dan bilik pameran.
9.1 Anggaran Kos Permulaan
Projek ini melibatkan kos pembangunan yang tinggi terutama kos pembinaan
bangunan pengumpulan hasil dan setor serta pejabat urusan. Kos-kos permulaan adalah:
Kos Pembangunan
Kos Operasi
Kos Pengeluaran
Kos Mesin, Peralatan dan Kenderaan
9.1.1 Kos Pembangunan
i. Kerja-Kerja Awalan Dan Pembersihan Kawasan
Bil Perkara Kos (RM)
1. Menebas rumpai dan menebang pokok-pokok kecil
secara kontrak bagi keluasan 5 ekar untuk tapak
penanaman dan pembinaan bangunan. Pembersihan
tidak boleh menggunakan racun kimia dan harus
dilakukan secara manual.
Kadar upah : RM 500 / ekar x 5 ekar
2,500
2. Pembersihan kawasan secara kontrak menggunakan
jentolak / JCB untuk keluasan 5 ekar tanah.
Kadar upah : RM 1,000 / ekar x 5 ekar
5,000
3. Kerja-kerja merata dan memadatkan tanah secara
kontrak bagi keluasan 5 ekar tanah.
Kadar upah : RM 500 / ekar x 5 ekar
2,500
Jumlah Kos 10,000
26
ii. Pembinaan Infrastruktur Dan Prasarana
Bil Perkara Kos (RM)
1. Jalan Ladang 5,000
2. Perparitan 5,000
3. Pagar Kawasan 5,000
4. Sumber Air (Jabatan Air Tawau) 2,500
5. Sumber Elektrik 2,500
6. Bangunan Pejabat Lembaga Pengarah & Operasi 20,000
7. Stor Peralatan dan Bahan Input 7,500
8. Pusat Pengumpulan Hasil 7,500
Jumlah Kos 55,000
iii. Anggaran Kos Pembangunan
Bil Perkara Kos (RM)
1. Kerja-Kerja Awalan Dan Pembersihan Kawasan 10,000
2. Pembinaan Infrastruktur Dan Prasarana 55,000
Jumlah Kos 65,000
27
9.1.2 Kos Operasi
Kos ini adalah perbelanjaan pengurusan projek meliputi perbayaran gaji, elaun, bil-bil
utiliti, sewa dan lain-lain bayaran yang diperlukan setiap bulan bagi tempoh 4 bulan atau 1
musim.
i. Gaji Pengurusan / Kakitangan / Buruh
Bil Perkara Bayaran Bulanan
(RM)
Kos Bagi 4 Bulan(RM)
1. Pengurus Ladang (1 orang) 1,000 4,000
2. Pengurus Akaun (1 orang) 1,000 4,000
3. Pegawai Pemasaran (1 orang) 850 3,400
4. Pekerja Pemasaran (1 orang) 800 3,200
5. Ketua Buruh (1 orang) 800 3,200
6. Buruh Ladang (4 orang) 2,800 11,200
Jumlah Kos 7,250 29,000
ii. Utiliti Dan Pengendalian (api, elektrik, telefon, sewa dan lain-lain)
Bil Perkara Bayaran Bulanan
(RM)
Kos Bagi 4
Bulan(RM)
1. Sewa tanah (5 ekar)
Kadar : RM 500.00/ ekar / bulan
2,500 10,000
2. Air (Jabatan Air Tawau) 500 2,000
3. Elektrik (SESB) 300 1,200
4. Telefon dan Faksimili 200 800
5. Alat Tulis dan keperluan pejabat 500 2,000
6. Petty Cash 1,000 4,000
Jumlah Kos 5,000 20,000
28
iii. Anggaran Kos Operasi ( 4 Bulan @ 1 Musim)
Bil Perkara Bayaran
Bulanan (RM)
Kos Bagi 4
Bulan(RM)
1. Gaji Pengurusan / Kakitangan / Buruh 7,250 29,000
2. Utiliti Dan Pengendalian 5,000 20,000
Jumlah Kos Operasi 12,250 49,000
9.1.4 Kos Pengeluaran ( 4 Bulan @ 1 Musim)
Kos ini merangkumi perbelanjaan pembelian bahan input seperti baja organik, bijih
benih dan lain-lain. Perbelanjaan ini adalah keperluan bagi satu pusingan tanaman dan
berulang pada setiap pusingan (musim).
i. Anggaran Kos Pengeluaran Bahan Mentah (4 Bulan @ 1 Musim)
Bil Bahan Mentah Kos (RM)
1. Benih Sawi (889) RM50/1000g x 4 200
2. Benih Bayam (388) RM50/1000g x 4 200
3. Benih Terung (303) RM2500/1000g 2,500
4. Benih Timun (747) RM200/1000g 200
5. Benih Tomato (309) RM4500/1000g 4,500
6. Peat Moss 500
7. Baja Organik 10,000
8. Cocopeat (Sabut Kelapa) 3,000
9. Sekam Bakar 3,900
Jumlah Kos Pengeluaran 25,000
29
9.1.5 Kos Mesin, Peralatan dan Kenderaan
i. Anggaran Kos Mesin, Peralatan dan Kenderaan
Bil Perkara Bil.
Unit
Harga
(RM)
%Susut
Nilai
Susut Nilai
1. Pembajak Sorong/Tiller OMT 500 2 3,400.00 15 510.00
2. Power Mist Duster 1 2,000.00 15 300.00
3. Diesel Engine High Pressure
Pump
1 6,000.00 15 900.00
4. Tray Semaian 500 1,500.00 15 225.00
5. Timbang-200 kg 1 350.00 15 52.50
6. Bakul Pengumpulan Hasil 10 500.00 15 75.00
7. Peralatan Sistem Kualiti Air 1 set 2,500.00 15 375.00
8. Peralatan Pembungkusan 10 pek 250.00 15 37.50
9. Piping & Sprinkle 1 set 5,000.00 15 750.00
10. Alatan Pertanian 10 500.00 15 75.00
11. Lori 1 Tan Toyota (Terpakai) 1 10,000.00 15 1,500.00
Jumlah Kos 32,000.00 4,800.00
30
9.1.6 Jumlah Keseluruhan Kos Permulaan
Bil Perkara Kos (RM)
1. KOS PEMBANGUNAN
i) Kerja-Kerja Awalan Dan Pembersihan Kawasan
ii) Pembinaan Infrastruktur Dan Prasarana
10,000
55,000
Jumlah Kos Pembangunan 65,000
2. KOS OPERASI ( 4 BULAN)
i) Gaji Pengurusan / Kakitangan
ii) Utiliti Dan Pengendalian
29,000
20,000
Jumlah Kos Operasi 49,000
3. KOS PENGELUARAN BAHAN MENTAH
(4 BULAN)
i. Bahan Mentah 25,000
Jumlah Kos Pengeluaran Bahan Mentah 25,000
4. KOS MESIN, PERALATAN/KENDERAAN
Pembajak Sorong/Tiller OMT 500
Power Mist Duster
Diesel Engine High Pressure Pump
Tray Semaian
Timbang-200 kg
Bakul Pengumpulan Hasil & Alatan Pertanian
Peralatan Sistem Kualiti Air
Peralatan Pembungkusan Benih
Piping & Sprinkle
Lori 1 Tan Toyota (Terpakai)
3,400
2,000
6,000
1,500
350
1,000
2,500
250
5,000
10,000
Jumlah Kos Mesin, Peralatan/Kenderaan 32,000
Jumlah Kos Keseluruhan Permulaan 171,000
31
9.2 Anggaran Jualan & Anggaran Kos Bahan Mentah
9.2.1 Anggaran Hasil dan Pulangan
Jumlah hasil yang diperolehi dianggarkan daripada setiap jenis sayuran mengikut
tapak batas yang disediakan dalam semusim (4 bulan). Satu jenis sayur mewakili 100 batas.
Jenis Sayur
Kuantiti
dijual
semusim
(KG)
Harga
Jualan
KG/
(RM)
Jualan
dianggar
semusim
(RM)
Kos Bahan
Mentah
Sepokok
(RM)
Jumlah Kos
Bahan
Mentah
Sepokok
(RM)
Sawi 5,000 4.00 20,000.00 0.50 2,500.00
Bayam 5,000 4.00 20,000.00 0.50 2,500.00
Terung 5,000 4.00 20,000.00 0.60 3,000.00
Timun 5,000 4.00 20,000.00 0.60 3,000.00
Tomato 5,000 4.00 20,000.00 0.80 4,000.00
200,000.00 15,000.00
9.2.2 Contoh pengiraan adalah seperti berikut:
i. Jumlah hasil yang diperolehi dianggarkan daripada bilangan batas.
Bilangan sejenis yang ditanam = 100 batas
Anggaran Hasil 1 Batas = 50 kg/batas
Anggaran dalam semusim = 50 kg x 100 batas
= 5,000 kg
Bilangan Musim Setahun = 3 musim
Jumlah Hasil Setahun = 5,000 kg x 3
= 15,000 kg
32
ii. Pulangan pendapatan sejenis sayur dikira pada harga ladang.
Harga Jualan di Ladang = RM 3.00 / kg
Jumlah Pendapatan Semusim = RM 3.00 x 5,000 kg
= RM 15,000.00 / musim
Jumlah Pendapatan Setahun = RM 15,000.00 x 3 musim
= RM 45,000.00 / tahun
iii. Pulangan pendapatan 5 jenis sayur dikira pada harga ladang dalam setahun.
Jenis Sayur
Kuantiti
dijual
semusim
(KG)
Harga
Jualan
KG/
(RM)
Jualan
dianggar
semusim
(RM)
Bilangan
Musim
Setahun
Jumlah Hasil
Jualan
Setahun
(RM)
Sawi 5,000 4.00 20,000.00 3 60, 000.00
Bayam 5,000 4.00 20,000.00 3 60, 000.00
Terung 5,000 4.00 20,000.00 3 60, 000.00
Timun 5,000 4.00 20,000.00 3 60, 000.00
Tomato 5,000 4.00 20,000.00 3 60, 000.00
25,000 100,000.00 300,000.00
iv. Anggaran Peratusan Peningkatan.
TAHUN 1 TAHUN 2 TAHUN 3
JUALAN TUNAI 300,000.00 315,000.00 330,750.00
JUALAN KREDIT 0.00 0.00 0.00
JUMLAH 300,000.00 315,000.00 330,750.00
Peratus Peningkatan adalah 5% setiap tahun
33
9.3 Aliran Tunai
9.3.1 Aliran Tunai Musim 1
Perkara
Bulan
1 2 3 4
PENDAPATAN
1) Hasil Pengeluaran (kg)
2) Jualan ( RM 4 / kg)
-
-
12,500
37,500
3,500
10,500
9,000
36,000
Jumlah Pendapatan 0 50,000 14,000 36,000
PERBELANJAAN
1) Kos Pembangunan
2) Kos Operasi
3) Kos Pengeluaran
4) Kos Mesin,
Peralatan/Kenderaan
65,000
12,250
25,000
32,000
-
12,250
-
-
-
12,250
-
-
-
12,250
-
-
Jumlah Perbelanjaan 134,250 12,250 12,250 12,250
Lebihan / Defisit 134,250 96,500 94,750 71,000
9.3.2 Aliran Tunai Musim 2
Perkara
Bulan
5 6 7 8
PENDAPATAN
1) Hasil Pengeluaran (kg)
2) Jualan ( RM 4 / kg)
-
-
12,500
37,500
3,500
10,500
9,000
36,000
Jumlah Pendapatan 0 50,000 14,000 36,000
PERBELANJAAN
2) Kos Operasi
3) Kos Pengeluaran
12,250
25,000
-
12,250
-
12,250
-
12,250
Jumlah Perbelanjaan 37,250 12,250 12,250 12,250
Lebihan / Defisit 108,250 70,500 68,750 45,000
34
9.3.3 Aliran Tunai Musim 3
Perkara
Bulan
9 10 11 12
PENDAPATAN
1) Hasil Pengeluaran (kg)
2) Jualan ( RM 4 / kg)
-
-
12,500
37,500
3,500
10,500
9,000
36,000
Jumlah Pendapatan 0 50,000 14,000 36,000
PERBELANJAAN
2) Kos Operasi
3) Kos Pengeluaran
12,250
25,000
12,250
-
12,250
-
12,250
-
Jumlah Perbelanjaan 37,250 12,250 12,250 12,250
Lebihan / Defisit 82,250 44,500 42,750 19,000
9.3.4 Aliran Tunai Satu Tahun
Perkara Musim 1 Musim 2 Musim 3 Jumlah
PENDAPATAN
1) Hasil Pengeluaran (kg)
2) Jualan ( RM 4 / kg)
25,000
100,000
25,000
100,000
25,000
100,000
75,000
300,000
Jumlah Pendapatan 100,000 100,000 100,000 300,000
PERBELANJAAN
1) Kos Pembangunan
2) Kos Operasi
3) Kos Pengeluaran
4) Kos Mesin,
Peralatan/Kenderaan
65,000
49,000
25,000
32,000
-
49,000
25,000
-
-
49,000
25,000
-
65,000
147,000
75,000
32,000
Jumlah Perbelanjaan 171,000 74,000 74,000 319,000
Lebihan / Defisit 71,000 26,000 26,000 19,000
35
10.0 JADUAL PELAKSANAAN
10.1 Kalender Pelaksanaan
Aktiviti Ladang
Bulan
1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12
1) Pembersihan Kawasan
2) Penyediaan Tapak
3) Penyediaan Semaian
4) Penanaman
5) Pembajaan
6) Kawalan Perosak
7) Kawalan Penyakit
8) Penyelengaraan Tanaman
9) Penuaian
10) Aktiviti Lepas Tuai
11) Jualan Dan Pemasaran
36
11.2 Jadual Kerja
Minggu Aktiviti Catatan
-4 Penyediaan Kawasan - Bagi projek yang baru bermula, kerja-
kerja seperti membina jalan, perparitan,
infrastruktur dan prasarana.
- Bagi pusingan musim seterusnya, kerja-
kerja membaiki kesuburan tanah adalah
kemestian untuk memastikan kesuburan
sayuran.
- Memusnahkan rumpai perumah serangga
perosak dan penyakit dan lain-lain.
-3 Penyediaan Tapak - Menyediakan batas dan menggemburkan
tanah dengan mesin agar sistem
pembesaran sayuran berjalan lancar.
-2 Penyediaan Biji Benih - Memilih biji benih yang berkualiti dan
-1 Penyediaan Semaian - Menyemai benih tanaman dalam tray
semaian plug.
- Semburan baja dan kawalan serangga dan
penyakit.
- Kawalan suhu, haba dan air pada media
semaian.
0 Penanaman - Memindahkan benih semaian ke batas
ladang.
1 - Penyelenggaraan Tanaman
- Pembajaan
- Kawalan Serangga dan Penyakit
- Agihan baja mengikut sukatan yang betul.
- Pemeriksaan rutin setiap hari terhadap
tanaman untuk mengesan serangan
serangga perosak dan penyakit.
- Siram pada waktu pagi dan petang.
2 - Penyelenggaraan Tanaman
- Pembajaan
- Kawalan Serangga dan Penyakit.
- Agihan baja mengikut sukatan yang betul.
- Pemeriksaan rutin setiap hari terhadap
tanaman untuk mengesan serangan
serangga perosak dan penyakit.
37
- Siram pada waktu pagi dan petang.
3 - Penyelenggaraan Tanaman
- Pembajaan
- Kawalan Serangga dan Penyakit.
- Agihan baja mengikut sukatan yang betul.
- Pemeriksaan rutin setiap hari terhadap
tanaman untuk mengesan serangan
serangga perosak dan penyakit.
- Siram pada waktu pagi dan petang.
- Penyediaan kayu / tali / dawai penyokong
tanaman
4 - Penyelenggaraan Tanaman
- Pembajaan
- Kawalan Serangga dan Penyakit.
- Agihan baja mengikut sukatan yang betul.
- Pemeriksaan rutin setiap hari terhadap
tanaman untuk mengesan serangan
serangga perosak dan penyakit.
- Siram pada waktu pagi dan petang.
- Penyediaan kayu / tali / dawai penyokong
tanaman
5 - Penyelenggaraan Tanaman
- Pembajaan
- Kawalan Serangga dan Penyakit.
- Mula Menuai Hasil – Sawi,
Bayam dan Timun
- Jualan dan Pemasaran
- Agihan baja mengikut sukatan yang betul.
- Pemeriksaan rutin setiap hari terhadap
tanaman untuk mengesan serangan
serangga perosak dan penyakit.
- Siram pada waktu pagi dan petang.
- Penyediaan kayu / tali / dawai penyokong
tanaman
- Mula menuai hasil, selepas 4 - 6 minggu
sawi, bayam dan timun boleh dituai.
- Memetik sayur
- Membersih, membungkus, menggred.
- Pengedaran kepada pemborong.
- Jualan terus.
6 - Penyelenggaraan Tanaman
- Pembajaan
- Kawalan Serangga dan Penyakit.
- Menuai Hasil – Sawi, Bayam dan
Timun
- Agihan baja mengikut sukatan yang betul.
- Pemeriksaan rutin setiap hari terhadap
tanaman untuk mengesan serangan
serangga perosak dan penyakit.
- Siram pada waktu pagi dan petang.
- Penyediaan kayu / tali / dawai penyokong
38
- Jualan dan Pemasaran tanaman
- Menuai hasil, selepas 4 - 6 minggu sawi,
bayam dan timun boleh dituai.
- Memetik sayur.
- Membersih, membungkus, menggred.
- Pengedaran kepada pemborong.
- Jualan terus.
7 - Penyelenggaraan Tanaman
- Pembajaan
- Kawalan Serangga dan Penyakit.
- Menuai Hasil – Timun
- Jualan dan Pemasaran
- Agihan baja mengikut sukatan yang betul.
- Pemeriksaan rutin setiap hari terhadap
tanaman untuk mengesan serangan
serangga perosak dan penyakit.
- Siram pada waktu pagi dan petang.
- Menuai hasil, timun mengeluarkan hasil
dalam masa 30 hari.
- Memetik sayur.
- Membersih, membungkus, menggred.
- Pengedaran kepada pemborong.
- Jualan terus.
8 - Penyelenggaraan Tanaman
- Pembajaan
- Kawalan Serangga dan Penyakit.
- Menuai Hasil – Timun
- Jualan dan Pemasaran
- Agihan baja mengikut sukatan yang betul.
- Pemeriksaan rutin setiap hari terhadap
tanaman untuk mengesan serangan
serangga perosak dan penyakit.
- Siram pada waktu pagi dan petang.
- Menuai hasil, timun mengeluarkan hasil
dalam masa 30 hari.
- Memetik sayur.
- Membersih, membungkus, menggred.
- Pengedaran kepada pemborong.
- Jualan terus.
9 - Kawalan Serangga dan Penyakit.
- Mula Menuai Hasil Terung dan
Tomato
- Jualan dan Pemasaran
- Pemeriksaan rutin setiap hari terhadap
tanaman untuk mengesan serangan
serangga perosak dan penyakit.
- Mula menuai hasil terung dan tomato
39
- Memetik sayur.
- Membersih, membungkus, menggred.
- Pengedaran kepada pemborong.
- Jualan terus.
10. - Menuai Hasil – Terung dan
Tomato
- Jualan dan Pemasaran
- Mula menuai hasil terung dan tomato
- Memetik sayur.
- Membersih, membungkus, menggred.
- Pengedaran kepada pemborong.
- Jualan terus.
11 - Menuai Hasil – Terung dan
Tomato
- Jualan dan Pemasaran
- Mula menuai hasil terung dan tomato
- Memetik sayur.
- Membersih, membungkus, menggred.
- Pengedaran kepada pemborong.
- Jualan terus.
12 - Menuai Hasil – Terung dan
Tomato
- Jualan dan Pemasaran
- Memetik hasil terung dan tomato.
- Membersih, membungkus, menggred.
- Pengedaran kepada pemborong.
- Jualan terus.
40
11.0 JUSTIFIKASI DAYA MAJU
Kedayamajuan projek ini diukur dengan menggunakan 3 petunjuk:
i. Nilai Kini Bersih (Net Present Value) / NPV
ii. Kadar Pulangan Dalaman (Internal Rate Of Return) / IRR
iii. Jangka Masa Pulang Balik Modal
Dari unjuran aliran tunai seperti dalam jadual dibawah ini, kedayaanmajuan projek ini
dapat diukur.
10.1 Anggaran Aliran Tunai Bagi Tempoh 5 Tahun
Perkara Tahun1 Tahun 2 Tahun 3 Tahun 4 Tahun 5
PENDAPATAN KASAR
1) Hasil Pengeluaran (kg)
2) Jualan ( RM 4 / kg)
75,000
300,000
75,000
300,000
75,000
300,000
75,000
300,000
75,000
300,000
Jumlah Pendapatan 300,000 300,000 300,000 300,000 300,000
PERBELANJAAN
1) Kos Pembangunan
2) Kos Operasi
3) Kos Pengeluaran
4) Kos Mesin,
Peralatan/Kenderaan
65,000
147,000
75,000
32,000
-
147,000
75,000
-
-
147,000
75,000
-
147,000
75,000
-
147,000
75,000
-
Jumlah Kos Perbelanjaan 319,000 222,000 222,000 222,000 222,000
Pendapatan Bersih 19,000 78,000 78,000 78,000 78,000
Jumlah Pendapatan
Bersih Terkumpul
19,000 59,000 137,000 215,000 293,000
NPV @ 10% =
IRR (%) =
Tempoh Pulang Modal = setahun
41
11.2 Anggaran Penyata Untung Rugi Ladang Sayur Ranggu Organik Plant Sdn. Bhd.
Perkara Semusim/4
Bulan (RM)
1 Tahun
(RM)
JUALAN
KOS JUALAN
- Kos Pengeluaran Bahan Mentah
UNTUNG KASAR
PERBELANJAAN
Kos Operasi
Gaji Pengurusan / Kakitangan / Buruh
Kos Utiliti dan Pengendalian
Sewa tanah (5 ekar)
Air (Jabatan Air Tawau)
Elektrik (SESB)
Telefon dan Faksimili
Alat Tulis dan keperluan pejabat
Petty Cash
Kos Mesin, Peralatan dan Kenderaan
Susut Nilai Mesin/Peralatan/Kenderaan
Bayaran Balik Pinjaman (MARA)
RM 150,000.00 x 0.01 peratus
UNTUNG BELUM CUKAI (28%)
UNTUNG BERSIH
100,000.00
25,000.00
75,000.00
29,000.00
10,000.00
2,000.00
1,200.00
800.00
2,000.00
4,000.00
6,000.00
300,000.000
75,000.00
225,000.00
87,000.00
30,000.00
6,000.00
3,600.00
2,400.00
6,000.00
12,000.00
4,800.00
18,000.00
55,200.00
39,744.00
42
12.0 RUMUSAN
Secara keseluruhannya, projek tanaman sayur secara organic mampu memberi
keuntungan yang lumayan kepada pengusahannya dalam jangka masa panjang. Walaupun
kos permulaan yang tinggi bagi pembangunan infastruktur kenaikkan kos bahan input seperti
baja dan racun dan kenaikkan kos operasi disebabkan oleh kenaikkan harga bahan api baru-
baru ini, namum ia dapat diseimbangkan dengan peningkatan harga bagi sayuran di pasaran.
Selain itu, kebaikan pertanian organic dapat kita lihat dengan adanya beberapa yang
masih dipertahankan oleh petani moden mengenai penanaman organik iaitu:
Hasil sayur segar, berkualiti dan semestinya selamat dimakan tanpa sebarang kesan
sampingan.
Ia bebas daripada penggunaan bahan kimia/sintetik yang boleh menjadi punca
penyakit.
Mengekalkan keseimbangan ekosistem alam, memelihara mikrorganisme tanah,
memulihara tanah dan secara tidak langsung kita dapat mengurangkan pencemaran
alam sekitar
Rasa sayuran organik lebih segar, rangup dan tahan lebih lama jika disimpan pada
suhu yang sesuai.
Permintaan yang tinggi dari pengguna di sektor industri, isi rumah dan institusi serta
faktor kekurangan bekalan cili yang tinggi di pasaran, masih menunjukkan kedayamajuan
yang relevan bagi projek ini walaupun adanya pertambahan pesaing domestik oleh sebab
peningkatan bilangan pengusaha tanaman sayuran di Malaysia.
Dengan mengambil kira faktor semasa di bantu oleh kakitangan pengurusan yang
mahir dan berpengalaman dalam bidang ini, pihak kami yakin dan percaya bahawa projek ini
adalah berdaya maju dan mampu memberi keuntungan yang lumayan dalam jangka masa
panjang. Manakala masalah kekurangan sayuran organik di pasaran negara tidak akan terjadi
lagi.
43
13.0 LAMPIRAN
13.1 Gambar Kawasan Ladang Sayuran.
Kawasan ladang yang dipilih
Kawasan ladang yang telah dibersihkan.
Kawasan ladang yang telah dibajak.
44
13.1.1 Pembinaan Bangunan dan Infrastruktur
Stor simpanan baja organik dan peralatan ladang.
Pusat pengumpulan hasil ladang.
Pusat pembungkusan hasil ladang.
Pejabat pengurusan projek.
Sistem Penyiraman Tanaman (Sprinkle) dan Perparitan
Bangunan Pejabat Urusan
Sistem Perparitan
45
Sistem Penyiraman Tanaman (Sprinkle)
Sawi Timun
Terung Bayam Tomato
46
top related