roy pkk.docx
Post on 14-Apr-2016
71 Views
Preview:
TRANSCRIPT
PENGENALAN.
Pengetahuan mengenai pertumbuhan dan perkembangan adalah sangat penting
di dalam proses pengajaran dan pembelajaran untuk perancangan kurikulum dan
mencipta teknik mengajar kepada semua pelajar di dalam pelbagai peringkat
perkembangan. Pertumbuhan dan perkembangan merupakan dua proses yang saling
berkait. Pengetahuan mengenai psikologi pertumbuhan dan perkembangan
membolehkan guru memahami perkembangan konsep yang dicapai oleh kanak-kanak
berbagai umur akan membolehkan guru merancang serta memilih bahan bacaan pada
peringkat kesukaran yang paling sesuai. Guru perlu mengetahui jenis minat yang
mungkin dibentuk oleh kanak-kanak berbagai peringkat umur untuk memberi dorongan
agar penyertaan pelajar yang berkesan dapat dijayakan di dalam bilik darjah.
Menurut Sharifah Alwiah Alsagof matlamat bidang psikologi pertumbuhan dan
perkembangn adalah :
A. Untuk beri pemerian yang paling tepat, objektif dan sempurna tentang asal-usul
fungsi biologi dan psikologi dan seterusnya untuk menentukan jenis serta ciri-ciri
perubahan umur di dalam fungsi-fungsi tersebut.
B. Untuk memahami makanisme, proses dan penentu penentu tingkah laku.
C. Untuk meramal tingkah laku.
Dalam tugasan ini, saya akan membincangkan mengenai perkembangan kanak-
kanak berdasarkan Teori perkembangan Kognitf Jean Piaget dan Teori perkembangan
sosioemosi Erik Erikson.
1
KONSEP PERKEMBANGAN KANAK-KANAK.
Perkembangan secara umumnya dapat didefinisikan sebagai aspek perubahan
yang dihadapi oleh individu yang berubah menurut peredaran masa. Namun, pelbagai
pendapat telah dikemukakan mengenai konsep dan definisi perkembangan itu sendiri.
Menurut Shaffer (1999) perkembangan merupakan satu proses perubahan yang
berlaku secara kompleks. Menurut beliau, perubahan secara kuantitatif adalah
perubahan yang dapat diukur secara konkrit seperti pertambahan saiz, tinggi dan berat.
Perubahan ini adalah perubahan kuantiti kerana ia dapat ditentukan dengan ukuran
pada satu peringkat ke satu peringkat yang lain.
Selain itu, Santrock(2008) mentafsirkan perkembangan sebagai perubahan
dalam corak biologi, kognitif dan sosioemosi individu yang bermula daripada peringkat
percambahan sehingga ke akhir hayat. Menurut, Crow dan Crow (1980),
perkembangan merupakan perubahan secara ‘kualitatif’ serta cenderung ke arah yang
lebih baik dari segi pemikiran, rohani, moral dan sosial. Pandangan ini turut disokong
oleh Atan Long (1980).
Karl E. Garrison pula mengatakan, perkembangan terhasil daripada tindakan
yang saling berkait antara perkembangan jasmani dan pembelajaran. Semua
perkembangan itu sama ada berbentuk struktur, kemahiran tingkah laku ataupun
sahsiah, adalah mengikut beberapa aturan semula jadi dan bersifat sejagat. Paul
Eggan dan Don Kauchak pula berpendapat perkembangan adalah perubahan yang
berurutan dan kekal dalam diri seseorang hasil daripada pembelajaran, pengalaman
dan kematangan.
Secara ringkasnya, Mok Soon Sang(2008) menjelaskan bahawa perkembangan
ialah perubahan kualitatif yang tidak dapat diukur secara kuantitatif tetapi dapat dilihat
daripada sifat baru yang berlainan daripada peringkat lebih awal.
2
PRINSIP PERKEMBANGAN KANAK-KANAK.
Menurut Mok Soon Sang(2009), pertumbuhan dikatakan berlaku dalam dua arah
iaitu dari atas ke bawah dan dari tengah ke tepi. Misalnya, perkembangan dari arah
kepala ke kaki (cephalocaudal), iaitu mengikut struktur dan fungsi (kepala dahulu
sebelum badan dan kaki) dan dari arah tengah ke tepi (proximodistal), iaitu dari tengah
menghala ke tepi anggota badan (tangan bergerak dahulu sebelum jari tangan
bergerak).
Seterusnya, Mok Soon Sang menjelaskan bahawa perkembangan dan
pertumbuhan boleh dibahagikan kepada beberapa peringkat iaitu peringkat pralahir
(prenatal) iaitu ketika dalam kandungan selama 9 bulan, peringkat bayi iaitu ketika
berumur 0 hingga 2 tahun, peringkat awal kanak-kanak ketika berumur 2 hingga 3
tahun, peringkat pertengahan iaitu ketika kanak-kanak berumur 6 hingga 9 tahun,
peringkat akhir kanak-kanak iaitu ketika berumur 9 hingga 11 tahun, peringkat awal
remaja ketika berumur 11 hingga15 tahun, peringkat pertengahan remaja iaitu ketika
berumur 16 hingga18 tahun, peringkat akhir remaja ketika berumur 18 hingga 21 tahun,
peringkat dewasa ketika berumur 21 hingga 60 dan peringkat tua selepas berumur 60
tahun keatas. Perubahan dari segi bentuk fizikal dan tingkah laku saling berkait dengan
proses perkembangan. Ini bermakna, perubahan ini melibatkan perubahan jasmani,
emosi, mental dan sosial dari segi kuantiti serta kualiti.
Menurut Haliza Hamzah, Joy N. Samuel dan Rafidah Kastawi (2008), terdapat
lima prinsip perkembangan kanak-kanak. Prinsip pertama, proses perkembangan
berlaku mengikut aturan. Misalnya seseorang bayi pada peringkat awal boleh duduk
dengan bantuan, kemudian merangkak diikuti dengan kebolehan berdiri dan seterusnya
berjalan. Proses perkembangan bayi adalah sama dalam semua peringkat melainkan
bayi yang lahir awal, mungkin akan lambat dalam beberapa aspek. Perkembangan juga
bermula daripada konkrit kepada abstrak terutamanya dalam perkembangan kognitif
dan pperkembangan bahasa.
3
Prinsip kedua ialah, perubahan dalam pertumbuhan dan perkembangan
beransur daripada keadaan umum kepada yang lebih spesifik. Contohnya, seorang bayi
boleh menggenggam objek dengan tangan sebelum belajar menggunakan jari tangan.
Pertumbuhan berlaku dengan otot-otot kasar terlebih dahulu sebelum beransur ke otot-
otot-otot halus.
Seterusnya, mereka menyatakan bahawa pertumbuhan dan perkembangan
adalah satu proses yang berlaku secara berterusan. Dengan kata lain, pertumbuhan
dan perkembangan kanak-kanak berlaku secara berterusan daripada lahir sehingga
mati. Dalam proses perkembangan, seorang kanak-kanak akan menambah kemahiran
sedia ada. Pada setiap peringkat, kanak-kanak akan mendapat kemahiran yang
tertentu. Kemahiran yang ada padanya sekarang juga merupakan asas untuk mencapai
kemahiran-kemahiran baru.
Prinsip yang keempat pula ialah corak dan aturan perkembangan adalah hampir
sama tetapi kadar perkembangan manusia berbeza untuk setiap individu. Sebagai
contoh, sesetengah kanak-kanak dapat berjalan pada umur 10 bulan manakala ada
yang hanya boleh berjalan pada 18 bulan. Ini akan menjejaskan perkembangan emosi
dan sosial kanak- kanak tersebut. Perkara ini adalah salah satu faktor yang membawa
kepada perbezaan antara manusia seperti yang kita dapat lihat di dalam sebuah bilik
darjah.
Prinsip perkembangan yang seterusnya adalah perkembangan adalah hasil
interaksi di antara kematangan dan pembelajaran. Kematangan adalah kemunculan
potensi yang sedia ada dalam seseorang individu, misalnya merangkak, duduk,
berjalan dan kemudian berlari. Ia dipengaruhi oleh faktor-faktor genetik. Pembelajaran
adalah hasil daripada latihan, proses peniruan atau identifikasi dan memerlukan uasha
yang berterusan.
4
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PERKEMBANGAN KANAK-KANAK.
Mengikut kajian ahli psikologi, perkembangan kanak-kanak dipecahkan kepada 5
aspek iaitu aspek jasmani, kognitif, emosi, sosial dan rohani. Kelima-lima aspek ini pula
adalah berasakn kepada 2 faktor yang utama iaitu dipengaruhi oleh faktor baka dan
faktor persekitaran. Perkembangan ini biasanya dikaitkan dengan perkembangan atau
perubahan fizikal tubuh badan. Ahli psikologi juga telah berpendapat bahawa tiada
individu di dunia ini yang mempunya kadar perkembangan yang sama dan menjadikan
faktor baka(nature) dan faktor persekitaran ( nurture) sebagai penyebab ketidaksamaan
kadar perkembangan individu.
BAKA (NATURE)
Baka ialah gen-gen yang diperturunkan melalui ibu bapa kepada anak-anaknya.
Persekitaran pula merujuk kepada semua pengalaman luar individu tersebut. Kedua-
dua faktor ini mempunyai ciri-ciri yang tertentu. Terdapat persamaan yang serupa bagi
setiap pertumbuhan. Bagaimanapun, proses perkembangan setiap individu adalah
berbeza. Perbezaan ini dapat dilihat melalui aspek fizikal, kognitif, emosi, sosial dan
jasmani.
Pengaruh genetik atau baka keatas pertumbuhan dan perkembangan manusia
ini sebenarnya dipelopori oleh Johann Gregor Mendel(1822-1889) di Austri. Menurut
Norman L. Munn, dan Ee Ah Meng (1996) baka merupakan ciri-ciri yang diturunkan
melalui ibu bapa kepada anak-anaknya melalui gen. Manakala R. Hilgard pula
menyatakan bahawa baka ialah ciri-ciri biologi yang diturunkan melalui ibu bapa kepada
anak-anaknya melalui gen. Amran Schienfed mengatakan bahawa baka menentukan
persamaan antara ibu bapa dengan anak-anaknya, di kalangan ahli dalam satu
kumpulan keluarga dari segi sifat-sifat seperti kebolehan , minat dan kawalan emosi.
5
Faktor baka atau nature lebih dikenali sebagai gen yang terdiri daripada
nukleoprotein yang menentukan baka atau ciri keturunan. Kedudukan nukleoprotein
terletak di atas lokus kromosom, yang berupa benang halus yang terdapat dalam
nukleus sel sperma (jantan) juga sel ovum (betina). Mengikut kajian, kromosom
mengadungi bahan DNA dan RNA dan masing-masing membawa gen-gen yang
mengandungi sifat-sifat baka. Gen akan menguasai perkembangan manusia dan
memberi sifat unik kepada setiap manusia.(sila lihat gambar 2 dalam bahagian
lampiran). Tidak dinafikan bahawa pertumbuhan dan perkembangan individu
dipengaruhi oleh faktor genetik individu tersebut. Sebagai contoh saiz dan bentuk
badan, ketinggian, rambut dan warna.
Rajah 1 : Persenyawaan dan pertukaran kromosom di antara gamet lelaki sperma
dan gamet perempuan ovum
6
Kajian ahli-ahli psikologi Galton(1865), Goddard(1890), Newman(1937) dab
Sheldon(1962) telah membuktikan bahawa setiap individu mempunyai kecerdasan dan
intelek yang berbeza. Perbezaan kecerdasan di antara individu boleh diperhatikan
daripada prestasi pelajar dalam sesuatu kelas. Kajian ahli-ahli psikologi sering
mengaitkan perbezaan kecerdasam individu dengan kecerdasan ibu bapa mereka.
Biasanya, ibu bapa yang bijak pandai akan melahirkan anak-anak yang juga bijak
pandai. Emosi seseorang juga diwarisi daripada baka ibu bapa. Misalnya, ibu bapa
yang mempunyai emosi yang kurang stabil dan bersifat pemarah akan melahirkan anak
yang agresif dan autokratik.
PERSEKITARAN (NURTURE)
Faktor kedua pula ialah persekitaran atau nurture. Faktor ini merujuk kepada
keadaan semasa proses perkembangan kanak-kanak. Ini termasuklah pengalaman
sebelum dan selepas lahir. Keadaan sebelum lahir merujuk kepada corak pemakanan,
gaya hidup dan kesihatan si ibu. Keadaan selepas lahir pula adalah dipengaruhi oleh
cara pemakanan, sosio ekonomi, tahap pendidikan, keluarga, rakan-rakan, ibadat,
media dan persekitaran dunia.
Mengikut teori Ekologi Bronfenbrenner (1979,1989), menjelaskan bahawa
perkembangan kanak-kanak merangkumi lima jenis sistem ekologi iaitu mikrosistem,
mesosistem, ekosistem, makrosistem, dan kronosistem. Menurut Bronfenbrenner,
kelima-lima sistem ekologi ini adalah mempengaruhi perkembangan kanak-kanak.
Mikrosistem merujuk kepada persekitaran terdekat dimana kanak-kanak lebih
banyak menghabiskan masa dan interaksi secara langsung di dalam persekitaran itu.
Sebagai contoh hubungan interaksi secara langsung antara kanak-kanak dengan ibu
bapa, guru dan rakan-rakan. Orang-orang dalam mikrosistem ini memainkan peranan
yang tidak kurang penting di dalam perkembangan kanak-kanak.
7
Mesosistem pula merujuk kepada kaitan antara perhubungan dengan 2
mikrosistem. Hal ini bermaksud satu mikrosistem boleh mempengaruhi interaksi dengan
mikrosistem yang lain. Misalnya keadaan yang berlaku di rumah boleh mempengaruhi
sikap atau tingkah-laku di sekolah dan sebaliknya. Mengikut Bronfenbenner juga,
kanak-kanak yang diberikan galakan untuk berinteraksi dan berkomunikasi dalam
mesosistem ini menunjukkan prestasi yang lebih baik daripada kanak-kanak yang
kekurangan peluang.
Ekosistem merupakan pengalaman dengan persekitaran yang tidak melibatkan
kanak-kanak secara langsung tetapi keputusan yang diambil dalam persekitaran
tersebut memberi kesan kepada kanak-kanak tersebut. Misalnya sekolah dengan pasar
raya. Kaedah pengurusan, kemudahan dan peraturan-peraturan yang dikuatkuasa oleh
tempat membeli belah secara tidak langsung mempengaruhi perkembangan sosial
kanak-kanak tersebut.
Makrosistem pula adalah perkembangan individu yang melibatkan norma-norma,
nilai dan amalan masyarakat itu sendiri. Misalnya dalam sesetengah masyarakat,
peranan jantina dititikberatkan (Santrock,2008). Di sesetengah negara, kaum lelaki
diberi peranan yang lebih dominan dimana mereka diberi peluang pelajaran dan
pekerjaan-pekerjaan yang penting.
Kronosistem pula melibatkan perubahan perkembangan dalam suatu tempoh
masa. Sebagai contoh situasi kanak-kanak hari ini lebih berfokus kepada permainan-
permainan komputer jika dibanding dengan kanak-kanak pada zaman dahulu kala yang
lebih gemar bermain di persekitaran rumah. Secara keseluruhannya, kelima-lima aspek
ini adalah saling berinteraksi antara satu sama lain. Setiap unsur-unsur ini
mempengaruhi perkembangan individu, maka setiap individu pasti mempunyai tahap
perkembangan yang berbeza-beza.
8
TEORI PERKEMBANGAN KOGNITIF JEAN PIAGET.
Latar belakang Jean Piaget
Jean Piaget merupakan seorang ahli biologi yang cukup terlatih. Beliau berasal
dari Switzerland dan telah menggunakan model biologi untuk menghuraikan
perkembangan kognitif manusia. Pada pandangan Piaget, minda boleh berkembang,
berubah dan dapat mengadaptasi masalah yang berlaku apabila berinteraksi dengan
persekitaran. Piaget dan ahli psikologi kognitif sering kala dikenal sebagai ahli struktur
disebabkan mereka mementingkan struktur pemikiran manusia (Gardner, 1973).
Di usia remajanya beliau berminat dalam bidang biologi dan epistemologi iaitu
suatu bidang ilmu dalam bidang falsafah yang banyak membicarakan tentang
perkembangan dan perolehan pengetahuan manusia. Latar belakang beliau ini
memberikan beliau ini memberikan banyak sumbangan kepada bidang psikologi yang
mula diceburi oleh Piaget setelah beliau bekerja dengan Binet untuk membentuk ujian
kecerdasan mental. Semasa bekerja dengan Binet, Piaget tidak berminat untuk melihat
hasil jawapan betul yang diberikan oleh kanak-kanak, tetapi beliau lebih berminat untuk
melihat pola-pola yang ditunjukkan oleh kanak-kanak apabila mereka memberikan
sumbangan pengetahuan bagaimana proses pembentukan pemikiran berkembang
dalam kalangan kanak-kanak.
9
PANDANGAN PIAGET TERHADAP PERKEMBANGAN KANAK-KANAK
Piaget mengatakan tiap-tiap kanak-kanak mempunyai corak perkembangan
mereka yang bersendirian. Dengan sebab itu, kanak-kanak yang di dalam sesuatu
darjah itu bukan sahaja berlainan peringkat kebolehan mereka tetapi juga berlainan
kecepatan perkembangan kognitif mereka. Piaget berpendapat bahawa perkembangan
kognitif itu berlaku dengan berperingkatperingkat dan peringkat yang lebih awal adalah
mustahak bagi perkembangan peringkat-peringkat yang berikutnya kerana peringkat-
peringkat yang lebih awal itu menjadi asas bagi perkembangkan yang berikutnya.
Piaget menjelaskan tiga cara kanak-kanak mengetahui sesuatu. Pertama,
melalui interaksi sosial iaitu belajar sesuatu perkara daripada orang lain. Bahasa,
tingkah laku yang sesuai dengan budaya dan idea keagamaan adalah contoh-contoh
pengetahuan yang diperolehi dengan cara sedemikian. Kedua, melalui pengetahuan
fizikal iaitu pengetahuan fizikal tentang sesuatu benda. Pengetahuan ini diperolehi
melalui penerokaan dunia fizikal dan belajar berkenaan bulatan dan segi empat
sama,keras dan lembut, panas dan sejuk. Konsep-konsep ini tidak dapat dipelajari
tanpa pengalaman dengan persekitaran. Ketiga, melalui logical-matematik yang
meliputi konsep nombor, klasifikasi, masa, hubungan ruang dan keabadian.
4 KONSEP UTAMA TEORI KOGNITIF PIAGET
Skema (Schema)
Penyerapan (Assimilation)
Pengubahsuaian (Accomodation) dan
Keseimbangan (Equilibrium)
10
Skema adalah struktur kognitif atau mental yang membolehkan individu mengurus
dan menyesuaikan diri dengan keadaan persekitaran. Skema adalah seperti sebuah
kabinet yang menyimpan banyak fail dan setiap fail mewakili satu skema. Apabila
seorang bayi dilahirkan ia mempunyai skema umum dan semakin bayi itu membesar
skema yang diperoleh semakin meningkat dan skema itu semakin diperhalusi. Skema
adalah proses mencipta, memperhalus, membuat perubahan, menyusun dan
mengurus. Apabila seorang bayi dilahirkan, skema sedia ada pada bayi itu ialah
menghisap susu dan menggenggam. Apa sahaja benda yang dimasukkan ke mulutnya
akan dihisapnya. Seperti puting susu atau jari tangan. Bayi berkenaan masih belum
dapat membezakan yang mana satu akan mengeluarkan susu atau sebaliknya, kerana
hanya ada satu sahaja skema iaitu menghisap.
Asimilasi merupakan proses kognitif di mana seseorang menyatukan
maklumatmaklumat baru atau pengalaman-pengalaman baru ke dalam skema yang
sedia ada, iaitu penyerapan (fitting) maklumat baru ke dalam struktur sedia ada.
Asimilasi berlaku sepanjang masa kerana manusia sentiasa melalui pelbagai maklumat
dan pengalaman. Keadaan ini boleh disamakan dengan sebuah belon yang semakin
membesar apabila ditiupkan angin ke dalamnya. Oleh itu, perubahan yang berlaku
adalah secara kuantitatif atau bukan kualitatif.
Akomodasi atau penyesuaian diri dan menghasilkan perubahan kualitatif serta
perkembangan skema (development of schema). Jika maklumat yang diterima sesuai
dengan skema yang ada, maka ia akan diserap ke dalam skema, sebaliknya jika
maklumat itu tidak sesuai, maka maklumat itu akan ditolak atau diubah atau diubahsuai.
Oleh itu, proses penyesuaian diri berlaku apabila skema yang sedia ada diubah suai
untuk digabungkan dengan maklumat-maklumat atau pengalaman-pengalaman baru.
Peningkatan maklumat dan pengalaman ini meningkatkan tahap skema sedia ada.
Proses ini berlaku secara berterusan sehingga seseorang itu mencapai tahap
pemahaman yang stabil dan mantap bagi satu-satu kemahiran tertentu.
Keseimbangan akan tercapai apabila seseorang kanak-kanak menyeimbangkan
proses penyerapan dan pengubahsuaian. Contohnya, apabila seseorang kanak-kanak
menerima maklumat baru, ia akan menyerap maklumat itu ke dalam skemanya.
11
Sekiranya ia berjaya proses keseimbangan akan tercapai. Sebaliknya, jika ia tidak
dapat diserap, maka maklumat itu akan diubahsuai melalui pengubahsuaian skema
atau mencipta skema yang baru. Jikalau maklumat baru itu dapat disesuaikan, maka
tahap keseimbangan akan tercapai. Proses ini berlaku secara berterusan bermula dari
bayi sehingga dewasa.
Dari kajian dan pemerhatiannya, Piaget mendapati bahawa perkembangan kognitif
kanak-kanak adalah berbeza dan berubah melalui empat peringkat mengikut
perubahan umur mereka. Piaget membahagikan empat peringkat ini sebagai peringkat
sensori motor, pra operasi, operasi konkrit dan operasi formal.
4 PERINGKAT PERKEMBANGAN KOGNITIF PIAGET
1. Peringkat Deria Motor (0-2 Tahun)
Pada peringkat ini, kanak-kanak mula menggunakan deria motornya untuk memahami
dan berinteraksi dengan persekitarannya. Selepas dilahir, dalam dua bulan, seorang
bayi sudah boleh membezakan objek-objek yang berada di persekitarannya. Pada usia
4 hingga 8 bulan, bayi itu kelihatan mempunyai daya koordinasi di antara penglihatan
dan sentuhan. Apabila berusia satu tahun, dia mula menyedari objek-objek lain di
persekitarannya. Pada usia 1 hingga 2 tahun pula, kanak-kanak cuba menggunakan
berbagai-bagai skema (struktur menyelesaikan masalah yang dia hadapi). Pada akhir
dua tahun, kanak-kanak kelihatan mula boleh belajar bahasa dan lambang yang
mudah. Dari kelahiran hingga mencapai umur 2 tahun, kanak-kanak cuba belajar
koordinasi di antara deria motor dengan gerakannnya serta cuba mengaitkan
perkataan-perkataan dengan objek-objek yang dapat dilihat dalam persekitarannya.
Contohnya, bayi berumur sebelum Sembilan bulan tidak akan mencari objek yang tidak
kelihatan setelah diperhatikan objek tersebut sebelummya.
Pada tahap ini, bayi melihat kepada hubungan antara badannya dengan
persekitaran. Kebolehan deria motornya berkembang dari semasa ke semasa. Bayi
tersebut mempelajari tentang dirinya dengan melihat, menyentuh, dan mendengar di
sekelilingnya kemudian menirunya. Kebolehan untuk meniru tingkah laku dikenali
12
sebagai pembelajaran melalui pemerhatian (observational learning) (Mussen dan
Kagan, 1974). Dalam perkembangan sensorimotor ini, terdapat enam sub tahap yang
dikategorikan dengan melihat perkembangan kebolehan tertentu pada umur yang
tertentu.
A. Dari lahir hingga satu bulan (refleks)
Bayi hanya mampu melakukan gerakan pantulan. Gerakan pantulan yang
diwujudkan lahir melalui tingkah laku pendengaran, penyusunan, gerakan tangan
(genggaman dan sebagainya), penyesuaian, pandangan, pergerakan mata dan
sebagainya. Gerakan ini belum dapat ditentukan perbezaannya. Sebahagian
besar daripada gerakan ini dilakukan ialah untuk keperluan tertentu atau hanya
sebagai gerakan pantulan sahaja.
B. Sebulan hingga empat bulan (reaksi asas sekular)
Peringkat pertama pencapaian untuk penyesuaian dan berlakunya reaksi
sekular. Bayi mula mempunyai pengertian terhadap bahagian badan tertentu.
Pada tahap ini pengalaman memainkan peranan yang penting untuk
pembentukan tingkah laku kanak-kanak. Pengalaman boleh didapati daripada
perkembangan di tahap pertama. Dengan itu tingkah laku kanak-kanak pada
tahap kedua ini sudah bergantung kepada andaian sebab munasabab yang
tertentu untuk mewujudkan sesuatu situasi baru. Pergerakan sistem sensori
mula diselaraskan dengan sistem pandangan dan gerakan tangan. Bila
mendengar sesuatu bunyi, bayi akan menggerakkan kepala dan matanya ke
arah punca sumber bunyi. Contohnya, sekiranya bayi tersebut melakukan
sesuatu tingkah laku yang ganjarannya akan mendapat menyeronokkan atau
menyenangkan, dia akan mengulangi tingkah laku itu lagi.
C. Empat hingga lapan bulan (reaksi sekular kedua)
Pada tahap ini bayi mempunyai persediaan untuk membuat pandangan dan
pemerhatian yang lebih. Kebanyakan tingkahlaku bayi dihasilkan daripada
sesuatu proses pembelajaran. Bayi dapat melakukan tingkah laku baru seperti
13
mengambil sesuatu barang lalu menggerakkannya. Pada waktu ini, bayi boleh
membuat tanggapan tentang objek dalam tangannya. Contohnya, bayi itu
sengaja memasukkan barang mainan ke dalam mulut dengan tujuan untuk
mengetahui atau mengenali barang tersebut.
D. Lapan hingga dua belas bulan ( reaksi kordinasi)
Usia ini dikatakan sebagai masa pengukuhan di mana keadaan yang wujud
sebelumnya disesuaikan di antara satu sama lain. Pada tahap ini,
perkembangan mental bayi berada di tahap perkembangan daya kognitif dan
kebolehan mental asas bayi. Bayi sudah mula mengetahui sebab dan akibat
sesuatu keadaan berlaku. Contohnya, apabila menggoncangkan sesuatu alat
mainan, ia akan berbunyi.
E. Dua belas bulan hingga lapan belas bulan (reaksi sekular ketiga)
Pada ketika ini, penemuan baru melalui pengalaman yang dilalui oleh bayi
berlaku secara aktif. Oleh sebab itu, bayi memerlukan kepantasan untuk
melahirkan keseluruhan rangkaian tingkah laku apabila berada dalam sesuatu
situasi baru. Pada tahap ini, bayi menunjukkan kemajuan yang pesat berhubung
dengan pemahaman sesuatu konsep dan mempunyai konsep yang kukuh
tentang sesuatu objek. Bayi juga mengalami proses cuba jaya tetapi dalam
keadaan yang mudah. Contohnya, kanak-kanak ini akan mencuba pelbagai
bunyi dan tingkah laku untuk mendapatkan perhatian.
F. Lapan belas bulan hingga dua tahun (penggambaran pemikiran awal)
Berlakunya kombinasi mental di mana kanak-kanak mula mempunyai keupayaan
untuk memahami aktiviti permainan dan fungsi simbolik. Pada ketika ini, kanak-
kanak dapat mengatasi masalah kaedah cuba jaya dan dapat membezakan
jenis-jenis tingkah laku peniruan yang diperhatikan. kanak-kanak juga dapat
mengetahui tentang peranan jantina dan fungsi individu dalam rumahtangga.
14
2. Peringkat Pra Operasi (2 hingga 7 Tahun)
Pada peringkat ini, kanak-kanak boleh menggunakan bahasa serta simbol untuk
mengambarkan sesuatu konsep. Apabila mencapai umur 4 tahun kanak-kanak telah
boleh bertutur dengan fasih dan melalui bahasa yang dikuasai, perkembangan
kognitifnya kian menjadi pesat. Pemikiran kanak-kanak dalam peringkat ini adalah
egosentrik. Mereka menganggap pengalaman dan pandangan orang lain adalah serupa
dengannya.
Mereka percaya semua objek mempunyai jiwa, oleh itu mereka tidak boleh
membezakan angan-angan dengan kenyataan. Mereka hanya boleh memikir secara
transdaktif, iaitu daripada contoh khusus kepada contoh contoh khusus sahaja. Namun
demikian, mereka tidak boleh memikir secara deduktif (daripada umum kepada contoh
khusus) dan secara induktif (daripada contoh khusus kepada umum). Pada akhir
peringkat ini, mereka mula berupaya memberi sebab untuk menyokong kepercayaan
mereka, boleh mengelaskan objek mengikut ciri-ciri tertentu dan memahami konsep
pengabadian bilangan.
3. Peringkat Operasi Konkrit (7 hingga 12 Tahun)
Tahap ini bermula pada umur tujuh tahun atau lapan tahun hingga 11 atau 12 tahun.
Kanak-kanak dapat memanipulasikan dan membentuk reprentasi mental secara
dalaman. Mereka mempunyai pelbagai pemikiran dan memori tentang objek-objek yang
konkrit seperti computer, perabot dan benda-benda maujud. Dalam eksperimen
konservasi kuantiti yang dilakukan oleh Piaget, kanak-kanak dapat mengabadikan
(conserve) dalam minda kuantiti dan memerhatikan perubahan dalam bentuk luaran
objek atau benda-benda.
Pada mulanya, kanak-kanak bergantung pada persepsi segera seperi rupa
bentuk objek secara luaran. Dengan perlahan-lahan mereka membentuk peraturan dan
skema dalaman tentang apa dan bagaimana sesuatu perkara berlaku.Seterusnya,
menggunakan skema dalaman untuk member panduan tentang penaakul daripa bentuk
luaran sahaja. Kanak-kanak di tahap operasi konkrit ini dapat memanipulasi
15
representasi dalaman objek-objek yang konkrit ini dapat memanipulasi representasi
dalaman objek-objek yang konkrit untuk mengenal pasti kuantiti-kuantiti yang
terkandung di dalamnya. Seterusnya, implikasi logikal dapat menyedarkan kanak-kanak
tentang objek-objek yang disentuh. Menurut Piaget, tahap terakhir dalam
perkembangan kognitif adalah meneliti dan mengaplikasi prinsip-prinsip yang sama
kepada konsep-konsep abstrak.
4. Peringkat Operasi Formal (selepas 12 Tahun)
Tahap operasi formal bermula umur 11 atau 12 tahun dan seterusnya melibatkan
operasi mental pada yang abstrak dan symbol yang mungkin tidak mempunyai bentuk
fizikal dan konkrit. Dalam pada itu, kanak-kanak mula memahami perkara-perkara yang
mungkin mereka tidak terlibat dan alami secara langsung. Lebih daripada itu, mereka
dapat membentuk dan mencari untuk mewujudkan representasi mental pada situasi
yang dihadapinya dengan logic.
Justeru, teori perkembangan kognitif adalah berasaskan tahap demi tahap. Bagi
Piaget, tahap-tahap ini berlaku pada usia yang sama bagi kanak-kanak. Setiap tahap
memasuki tahp baru, kanak-kanak memikirkan cara-cara dan ciri-ciri yang dikenal pasti
dalam tahap berkenaan dengan nyata dan berkesan. Dalam peringkat, remaja telah
boleh memikir secara abstrak dan boleh menyelesaikan masalah yang lebih kompleks.
Mereka juga boleh memikir secara deduktif atau induktif dan menggunakannya untuk
membuktikan teori atau hukum matematik.
16
TEORI PERKEMBANGAN SOSIOEMOSI ERIK ERIKSON.
Latar belakang ERIK ERIKSON
Erik Erikson (1902-1994) telah menganalisis perkembangan sosial kanak-kanak
dalam jangka masa kehidupan mereka. Beliau menjelaskan bahawa manusia
mempunyai keperluan asas yang sama dan perkembangan mereka bergantung kepada
tindak balas terhadap keperluan tersebut. Perkembangan kanak-kanak berlaku
mengikut tahap tertentu. Erikson percaya bahawa setiap tahap mempunyai konflik
tertentu yang perlu diatasi supaya tidak menjejaskan perkembangan kanak-kanak.
Teori Erik Erikson dikenali sebagai Teori Perkembangan Psikososial Erikson
kerana ia mengabungkan tiga faktor yang mempengaruhi perkembangan individu, iaitu
faktor kendiri, emosi dan sosial.
17
PRINSIP-PRINSIP TEORI ERIKSON
1. Manusia mempunyai keperluan asas yang sama.
2. Perkembangan individu bergantung kepada tindak balas terhadap keperluan-
keperluan asas.
3. Perkembangan manusia mengikut tahap-tahap yang tertentu.
4. Setiap tahap mempunyai konflik dan konflik ini mesti diatasi sebelum individu
dapat berfungsi dengan jayanya pada tahap yang berikutnya.
5. Kegagalan mengatasi konflik pada suatu tahap akan menjejaskan
perkembangan tahap yang berikutnya.
PERINGKAT-PERINGKAT PERKEMBANGAN EMOSI TEORI ERIKSON
Tahap 1 - Kepercayaan Lawan ketidakpercayaan (0 -18 bulan)
Mempengaruhi perkembangan bayi melalui pengalaman
Belajar untuk mempercayai atau tidak mempercayai orang lain
Mempengaruhi sikapnya terhadap hidup dan interaksinya dengan orang lain
Kepercayaan akan memudahkan individu menghadapi serta mengatasi
masalah dalam hidup
Bayi mula membentuk perasaan percaya lawan tidak percaya. Perasaan
percaya pada persekitaran dan orang lain akan wujud sekiranya bayi tersebut
mendapat penjagaan yang baik dari penjaganya; terutama daripada ibu.
Sebaliknya; jika bayi tersebut tidak mendapat penjagaan yang sempurna maka
akan timbul perasaaan tidak percaya pada tahap ini. Cara penjagaan bayi akan
mempengaruhi emosi dan perasaan percaya dalam diri bayi tersebut.
18
Tahap 2 - Autonomi lawan malu/keraguan (18 bulan – 3 tahun )
Konsep diri mula bertambah nyata
Mula tahu apa yang dicakap dan dibuat merupakan tindakannya bukan
orang lain
Keinginan untuk bertindak bebas (autonomi) meningkat
Lebih gemar membuat sesuatu tanpa bergantung kepada orang lain
Mungkin berpendapat cekap dan berkebolehan
Rasa diri kurang cekap – malu dan mula meragui kebolehan diri
Tingkah laku yang sentiasa diterima dan dipuji – lebih yakin
Sentiasa didenda/dimarah – malu dan ragu-ragu
Cara terbaik, tingkah laku yang tidak diingini dikawal dan yang diingini dipuji
– dapat mengenal jenis tingkahlaku yang digalakkan dan hendak dielakkan
Kecenderungan untuk berfungsi secara bebas hendaklah diterima atau
didorong
Pada tahap ini kanak-kanak sudah mula berkeinginan melakukan sesuatu
perbuatan sendiri. Mereka mula berdikari dan tidak suka dibantu atau
dikongkong orang dewasa. Situasi ini merupakan permulaan kepada
pembentukan perasaan keyakinan diri pada kanak-kanak tersebut. Dorongan
dan galakan ibu bapa akan membantu kanak-kanak membina perkembangan
dan menyelesaikan sesuatu tugasan.
Tahap 3 - Inisiatif lawan Serba salah (3-6 tahun)
Ingin meneroka dan mencuba sesuatu yang baru dan mencabar – inisiatif
Dapat belajar dan bergerak dengan cepat
19
Lebih peka kepada perkara betul dan salah
Berasa malu apabila diketawakan dan seterusnya membina sikap positif.
Galakan akan menyedarkan kanak-kanak tentang potensi diri
Sering dikawal dari mencuba – akan berasa kurang inisiatif
Pada tahap ini kanak-kanak mula berinteraksi dengan persekitaran.
Banyak inisiatif dilaksanakan bagi memenuhi naluri ingin tahu yang tinggi.
Mereka akan cuba melakukan kerja-kerja yang dibuat oleh orang dewasa.
Perkembangan ketika ini tidak boleh disalah asuh kerana akan
menyebabkan kanak-kanak hilang inisiatif, suka menyendiri dan akan
menimbulkan masalah apabila memasuki alam persekolahan.
Tahap 4. Ketekunan lawan rasa rendah diri 6-11 tahun
Kanak-kanak mesti menghadapi pembelajaran kemahiran baru atau sebaliknya
menghadapi risiko perasaan rendah diri, kegagalan dan tidak cekap.
Tahap 5. Identiti lawan kekeliruan identiti 12-20 tahun
Remaja mesti berjaya mencari identiti dalam pekerjaan, peranan jantina, politik dan
agama, jika tidak perasaan rendah diri akan timbul.
Tahap 6. Kemesraan lawan keterasingan 21-25 tahun
Dewasa akan membina hubungan rapat atau sebaliknya merasa terasing jika tidak
mahir membina hubungan.
Tahap 7. Generativiti lawan pemusatan kendiri (stagnasi) 26-60 tahun
Setiap dewasa mencari jalan untuk memuaskan hati dan menyokong generasi akan
datang atau sebaliknya hanya memusatkan kepada perkembangan /aktiviti diri.
Tahap 8. Kesepaduan lawan putus asa 61 tahun – akhir hayat
20
Kemuncak perkembangan di mana perasaan diterima dengan perasaan kepuasan atau
merasa tidak diterima dan putus asa dengan kehidupannya.
Berdasarkan kepada pemerhatian anda dikehendaki memilih dua orang murid yang berlainan tahap kemudian
menghuraikan perkembangan kanak-kanak peringkat umur 7 hingga 12 tahun dari aspek kognitif dan sosio-emosi.
21
BIODATA PELAJAR
KANAK-KANAK PERTAMA KANAK-KANAK KEDUA
NAMA : AVILA A/P AROKIAM
UMUR : 7 TAHUN
KELAS : TAHUN 1
TAHAP : PERTAMA
TEMPAT TINGGAL: PAUH, PERLIS.
PEKERJAAN AYAH : PENIAGA
PEKERJAAN IBU : SURI RUMAH
ADIK-BERADIK : 2 ORANG
HOBI : BERMAIN
CITA-CITA : TEACHER
MAKANAN KEGEMARAN : NASI AYAM
MINUMAN KEGEMARAN : JUS OREN
NAMA : KELVIN A/L STEVEN
UMUR : 11 TAHUN
KELAS : TAHUN 5
TAHAP : KEDUA
TEMPAT TINGGAL: ARAU, PERLIS.
PEKERJAAN AYAH : TIADA
PEKERJAAN IBU : PEMBANTU KEDAI
ADIK-BERADIK : ANAK TUNGGAL
HOBI : BERMAIN BOLA SEPAK
CITA-CITA : DOKTOR MATA
MAKANAN KEGEMARAN : NASI AYAM
MINUMAN KEGEMARAN : PEPSI
22
SUBJEK KEGEMARAN : MATH
KAWAN KARIB : RUPA SRI
SUBJEK KEGEMARAN : SCIENCE
KAWAN KARIB : SHARVINDRAN RAO
PERKEMBANGAN KANAK-KANAK DARI ASPEK KOGNITIF
23
TEORI JEAN PIAGET
PENGENALAN.
Untuk membuktikan teori perkembangan kognitif Jean Piaget, saya telah
melaksanakan satu kajian pemerhatian terhadap dua orang kanak-kanak yang berumur
antara 7 hingga 12 tahun. Kajian ini bertujuan untuk membandingbezakan tahap
perkembangan kognitif kanak-kanak pada peringkat-peringkat tertentu. Ini juga adalah
bertujuan untuk membuktikan teori kognitif yang dipertengahkan oleh Jean Piaget.
Golongan sasaran yang akan diuji ialah kanak-kanak yang berumur 7 hingga 12
tahun. Saya telah memilih seorang kanak-kanak lelaki yang berusia 7 tahun dari tahap
satu, dan seorang budak lelaki berusia 11 tahun dari tahap 2. Saya telah menjalankan
eksperimen ataupun kajian untuk menguji tahap perkembangan kognitif untuk kanak-
kanak yang saya pilih. Berikut adalah kajian yang telah dilaksanakan dan dapatan
kajian tersebut :
1. Ujian panjang gelung kertas.
2. UJIAN BILANGAN BOLA KERTAS
24
DATA DAN PERBINCANGAN.
1. Ujian panjang gelung kertas.
UJIAN PANJANG GELUNG KERTAS
SEBELUM SELEPAS
BIL NAMA SAMATIDAK
SAMASAMA
TIDAK
SAMA
1 AVILA / /
2
KELVIN / /
JADUAL 1 : UJIAN PANJANG GELUNG KERTAS
25
RAJAH 1 : Menunjukkan 2 gelung kertas sama panjang
Jadual 1 menunjukan butiran mengenai ujian gelung kertas yang dijalankan ke
atas murid yang berumur 7 tahun dan 11 tahun. Dalam ujian ini, dua gelung kertas yang
sama panjang telah digunakan seperti yang terdapat dalam rajah 1. Dua gelung kertas
tersebut disusun dalam dua baris yang sama tersebut akan ditunjukan kepada
responden. Responden akan menentukan sama ada dua gelung kertas tersebut adalah
sama panjang ataupun tidak. Daripada ujian yang dijalankan ke atas responden,
mereka menjawab bahawa dua gelung kertas yang disusun dalam dua baris yang
sama, adalah sama panjang seperti yang direkodkan dalam jadual di atas.
Seterusnya, satu gelung kertas dialihkan ke tepi sedikit dan kemudiannya
responden diminta untuk menentukan sama ada kedua-dua gelung kertas itu adalah
sama panjang atau tidak. Hasilnya, Avila menyatakan bahawa gelung kertas yang
dialihkan tersebut lebih panjang, manakala Kelvin menyatakan bahawa kedua-dua
gelung kertas sama panjang dan tidak berubah.
26
Menunjukkan gelung kertas sama panjang
Rajah 2: kanak-kanak pertama Rajah 3: kanak-kanak kedua
Menurut, Jean Piaget, kanak-kanak Peringkat Operasi Konkrit ( 7-12 tahun )
mampu menentukan bahawa panjang kedua-dua gelung kertas tersebut adalah sama
walaupun kedudukannya telah diubah. Daripada ujian panjang gelung kertas ini,
didapati bahawa Avila masih gagal untuk menguasai prinsip identiti seperti yang
terkandung dalam konsep pemuliharaan. Manakala Kelvin telah menguasai prinsip
identity. Dalam prinsip identiti, Kelvin sudah boleh menyatakan bahawa sekirannya
tiada bilangan yang ditambah atau dikurangkan, bilangan atau amaun objek adalah
sama walaupun bentuk diubah.
27
Rajah 4 : Avila menyatakan
gelung dialihkan panjang
Rajah 5 : Kelvin menyatakan
panjang kedua gelung sama
2. UJIAN BILANGAN BOLA KERTAS
UJIAN BILANGAN KERTAS SEBELUM SELEPAS
BIL NAMA SAMATIDAK
SAMASAMA
TIDAK
SAMA
1 AVILA / /
2
KELVIN / /
Jadual 2 : Ujian bilangan bola
RAJAH 2.1 :bola kertas dirapatkan RAJAH 2.2 : Baris bola kertas yang kedua
dijarakkan
EKSPRIMEN
28
1. Kertas soalan disediakan. Satu baris bola disusun sama panjang dengan duit
syiling dan setiap baris mempunyai 5 buah bola kertas.
2. Kemudian salah satu baris bola telah dijarakkan.
3. Kanak-kanak dikehendaki menanda kotak yang mempunyai bilangan bola yang
berubah.
Jadual 2 di atas, menunjukan butiran mengenai ujian bilangan bola yang
dijalankan ke atas responden. Dalam ujian ini responden dikehendaki menyatakan
sama ada bilangan bola yang disusun dalam baris pertama adalah sama dengan duit
syiling yang disusun pada beris kedua ataupun tidak. Pada mulanya, bola disusun
secara selari dengan kadar jarak yang sama. Kemudian, salah satu baris duit syiling itu
akan dipendekkam jaraknya. Soalan yang sama ditanya sekali lagi kepada responden.
Jawapan responden terhadap bilangan kedua-dua baris duit syiling tersebut akan
direkodkan.
Daripada jadual ini, untuk soalan pertama, Avila dan Kelvin menyatakan bilangan
bola dengan duit syilig adalah sama. Selepas susunan bola diubah dan jaraknya
dipanjangkan, hanya Kelvin yang berjaya menyatakan bilangan bola sert bilangan duit
syiling bagi kedua-dua baris adalah sama. Bagi, Avila pula dia menyatakan bahawa
bilangan bola yang diubah susunannya adalah lagi banyak.
Menurut Jean Piaget, kanak-kanak dalam peringkat Operasi Konkrit ( 7-12 tahun),
sudah boleh menyatakan bilangan bola adalah sama walaupun baris kedua
dipanjangkan. Beliau menyatakan bahawa, kanak-kanak dalam peringkat Operasi
Konkrit ini sudah boleh menguasai konsep pemuliharaan ( conservation).
Daripada ujian ini, hanya Kelvin telah mencapai peringkat Operasi Konkrit dan
telah menguasai prinsip identiti seperti yang terkandung dalam konsep pemuliharaan
(conservation ). Avila pula masih tidak dapat menguasai prinsip identiti. Dalam prinsip
identiti, kanak-kanak tahu sekiranya tiada bilangan yang ditambah atau dikurangkan,
bilangan atau amaun objek adalah sama walaupun bentuknya atau susunannya
berubah.
29
RUMUSAN.
Berdasarkan dua ujian yang dijalankan, perbezaan perkembangan kognitf antara
kanak-kanak pertama dan kanak-kanak kedua dapat diketahui. Kanak-kanak di tahap
operasi konkrit ini dapat memanipulasi representasi dalaman objek-objek yang konkrit
ini dapat memanipulasi representasi dalaman objek-objek yang konkrit untuk mengenal
pasti kuantiti-kuantiti yang terkandung di dalamnya. Seterusnya, implikasi logikal dapat
menyedarkan kanak-kanak tentang objek-objek yang disentuh. Menurut Piaget, tahap
terakhir dalam perkembangan kognitif adalah meneliti dan mengsplikasi prinsip-prinsip
yang sama kepada konsep-konsep abstrak.
Kesimpulannya, perkembangan kognitif kanak-kanak kedua selaras dengan
peringkat operasi konkrit yang terdapat dalam teori Jean pieget. Manakala Kanak-kanak
pertama tidak mempunyai perkembangan kognitif seperti yang dinyatakan oleh Jean
Piaget. Kanak-kanak pertama belum mencapai peringkat operasi konkrit apabila
dibandingkan dengan kanak-kanak kedua.
30
PENGENALAN.
Perkembangan Sosioemosi merupakan perkembangan penguasaan emosi dan
kemahiran sosial yang matang. Penguasaan kemahiran ini membolehkan murid belajar
mengawal emosi, pemikiran dan tindakan supaya dapat menyesuaikan diri dalam
kehidupan bermasyarakat. Perkembangan emosi dan sosial yang sihat, sangat penting
dalam kehidupan seseorang. Aspek ini akan mempengaruhi pembelajaran murid.
Perkembangan Sosioemosi bermula dengan kebolehan murid memahami dan
menguruskan emosi sendiri, diikuti dengan pencapaian emosi yang positif. Keupayaan
mengurus emosi diri sendiri membolehkan murid memahami keperluan, emosi dan
pandangan orang lain untuk membina kemahiran sosial dalam kehidupan masyarakat
majmuk yang mesra dan harmoni. Keupayaan mengurus emosi diri sendiri
membolehkan murid memahami emosi, keperluan dan menghormati pandangan orang
lain untuk membina kemahiran sosial dalam masyarakat berbilang kaum yang mesra
dan harmoni.
Saya telah memilih teori Eric Ericson untuk mengkaji peringkat perkembangan
sosio emosi. Untuk membuktikan teori perkembangan Eric Ericson, saya telah
melaksanakan satu kajian pemerhatian terhadap dua orang kanak-kanak yang berumur
antara 7 hingga 12 tahun. Kajian ini bertujuan untuk membandingbezakan tahap
perkembangan sosio emosi kanak-kanak pada peringkat-peringkat tertentu. Ini juga
adalah bertujuan untuk membuktikan teori kognitif yang dipertengahkan oleh Eric
Ericson.
Golongan sasaran yang akan diuji ialah kanak-kanak yang berumur 7 hingga 12
tahun. Saya telah memilih seorang kanak-kanak lelaki yang berusia 7 tahun dari tahap
satu, dan seorang budak lelaki berusia 11 tahun dari tahap 2. Saya telah memrhati
32
dan menanyakan bebrapa soalan berkaitan dengan sosio emosi untuk mengetahui
peringkat perkembangan sosioemosi.
Data dan Perbincangan.
Selain daripada memerhati kedua-dua orang responden, saya juga
menemubual guru kelas, guru matapelajaran dan kawan-kawan mereka untuk
mendapatkan lagi maklumat tentang tahap perkembangan sosio emosi mereka.
Semasa pemerhatian saya dapat mengenal pasti kemahiran tingkah laku sosial,
kemhiran menyelesaikan maslah umum dan sosial. Selain itu, saya juga dapat
mengenal kemampuan responden untuk mengatasi masalah , kemampuan rsponden
terlibat dalam akedemik secara terus serta emosi dan peningkatan konsep kendiri.
Segala maklumat yang dikumpul telah direkodkan dalam sebuah borang.
Contoh borang yang digunakan untuk merekodkan maklumat.
Ciri-ciri keputusan Catatan
Kemahiran tingkah laku sosial
Berkebolehan untuk meminta sesuatu yang diingini atau kemahuanya daripada pengasuh
Boleh mengikuti kemahuan atau arahan pengasuh
Mempunyai komunikasi mata yang baik
33
dengan rakan-rakan
Mampu mengekspresikan perasaan secara tepat dengan rakan-rakan.
Mampu berkongsi dan berinteraksi secara kooperatif dengan rakan-rakan.
Kemampuan untuk memulakan perbualan dengan rakan-rakan.
Mampu bertanya kepada rakan sebaya
Mampu mendengar antara rakan sebaya
Mengabaikan rakan sekiranya perlu
Tidak agresif dengan rakan sebaya
Kemahiran menyelesaiakan masalah umum dan sosial
Berfikir tentang apa yang dilakukan
Memahami konsekuensi perilaku
perilaku berorientasikan tujuan
Sedar ketika menghadapi masalah
Belajar dari kesalahan yang lalu dan tidak mengulanginya lagi
34
Guna strategi yang baik untuk menyelesaikan masalah
Mengetahui bila menghadapi masalah sosial
Mempunyai pengetahuan tentang kesan terhadap orang lain
Menggunakan strategi yang tepat untuk menyelesaikan masalah interpersonal.
Menggunakan penyelesaian yang tidak agresif untuk menyelesaikan masalah dengan orang lain
Kemampuan untuk mengatasi kemarahan
Sedar ketika semakin marah atau kecewa
Mampu mengeluarkan 2-5 ayat yang dapat membantu menenangkan kemarahannya
Tangani kemarahan menggunakan kemahiran menangkap.
menjaga kemarahan dibawah kawalan
Menangani kekecewaan tanpa bantuan yang lebih dewasa.
35
Sentiasa ceria di setiap hari.
Kemampuan terlibat dalam akademik secara terus Mampu menetapkan bahan sekolah
menganggar waktu dengan berkesan
memahami tugas yang perlu dijalankan
dapat menyelesaikan kerja rumah
mempunyai kemahiran mengkaji yang baik
Emosi dan tingkatkan konsep kendiri
mengiktiraf perasaan sendiri
mendedahkan perasaan dengan cara yang sesuai
mampu memberitahu orang lain tentang masalahnya
berfikiran positif tentang diri dan orang lain
mengenalpasti kualiti diri
menumpukan kepada perkara yang positif dan menguruskan hal-hal negatif
36
bertindakbalas terhadap pencapaian dan kesalahan
Perkembangan sosio emosi kanak-kanak
Berdasarkan teori perkembangan sosio emosi Erikson Kedua-dua responden
yang dipilih saya berada di peringkat 4 iaitu kanak-kanak yang beusia dalam lingkungan
6-11 tahun. Peringkat ini dikenali sebgai kerajinan melawan kompleks rendah diri. Pada
tahap ini, kanak-kanak mempunyai keinginan untuk menguasai sesuatu serta keinginan
untuk berjaya. Selain itu, menurut Teori Erikson juga kanak-kanak yang berada di
peringkat ini juga akan menguasai keahiran asas fizikal dan sosial serta mereka
memerlukan peneguhan positif seperti penghargaan terhadap tugas yang
disempurnakan. Kanak-kanak ini juga merasa kompleks rendah diri jika dikritik.
Kanak-kanak pertama mempunyai keinginan menguasai sesuatu. Saya dapat
mengenal pasti ciri ini pada Avila semasa pemerhatian saya terhadapnya. Semasa
aktiviti pengajaran dan pembelajaran dijalankan Avila akan mengambil bahagian
dengan sepenuhnya. Contohnya, semasa mata pelajaran matematik dia telah mencuba
beberapa kali menyelesaikan soalan tambah dan tolak yang diberikan oleh guru.
Akhirnya, dengan bantuan guru dia dapat menguasai Matematik yang diajarkan oleh
guru. Ini menunjukkan bahawa Avila ini seorang yang mempunyai keinginan untuk
mencapai sesuatu.
Kanak-kanak kedua iaitu Kelvin juga mempunyai ciri ini seperti yang di nyatakan
dalam Teori Erikson. Saya telah melihat ciri mengusai sesuatu semasa dia melibatkan
diri dalam aktiviti sukan. Semasa aktiviti sukan bola sepak Kelvin dikehendaki
menimbang bola sebanyak lima kali, tetapi untuk mengusai kemahiran tersebut Kelvin
telah melakukan banyak kali sehinga dia dapt menimbang bola sebanyak 10 kali.
Semasa dalam kelas matematik juga Kelvin menunjukkan ciri penguasaan dengan
37
membuat soalan matematik yang diberi dengan awal sekali dan menanya soalan aras
yang lebih susah.
Selain itu, kedua-dua responden yang dipilih saya mempunyai penguasaan
terhadap kemahiran asas seperti mengira, membaca, menulis dan menaakul. Sperti
yang dijelaskan di atas kedua-dua responden mempunyai kemahiran yang tinggi dalam
mata pelajaran matematik. Ini membuktikan Avila dan Kelvin telah berjaya menguasai
kemahiran asas mengira. Avila kanak-kanak tahap pertama juga telah menguasai
kemhiran asa lain seperti membaca, menulis dan menaakul. Contohnya, setiap pagi
38
Rajah 1 : Avila selepas
menyelesiakan soalan matematik
Rajah 2 : Kelvin orang pertama
menyelesiakan soalan matematik
Avila bersama semua rakannya akan duduk di kantin bersama guru untuk aktiviti
membaca. Semasa Aktivti Avila akan membaca apa sahaja buku yang diminatinya
untuk meningkatkan kemhiran membaca. Selain membaca, Melalui buku-buku latihan
Avila saya mendapati Avila sememangnya sedang menguasai kemhiran menulis juga.
Hal ini kerana dia dapa membentuk ayat dengan betul.
Manakala Kelvin dari tahap dua juga telah mengusai Keempat-empat kemhiran
asas yang penting. Kemahiran membaca dapat dilihat semasa Kelvin melibatkan diri
dalam aktiviti membaca yang diadakan setiap pagi. Kemhiran menulisnya, dapat dilihat
melalui penulisan karangan di buku latihannya. Karangan yang ditulisnya medapt pujian
daripada guru Bahasa Tamilnya. Kemahiran menaakulnya, dapat dilihat apabila dia
dapat menggunakan ilmu yang diajar semasa pembentangan dengan memberi contoh-
contoh yang tepat.
39
Rajah 3 : Avila dan Kelvin semasa aktiviti
membaca
Rajah 4 : Kelvin semasa aktiviti
membentang
Ciri seterusnya yang terdapat pada kedua-dua respondenyang dipilih ialah
mempunyai penguasaan terhadap kemahiran sosial. Avila mempunyai Perkembangan
Sosioemosi yang merupakan perkembangan penguasaan emosi dan kemahiran sosial
yang matang. Penguasaan kemahiran ini membolehkan Avila belajar mengawal emosi,
pemikiran dan tindakan supaya dapat menyesuaikan diri dalam kehidupan berkawan.
Contohnya Avila tidak cepat memarahi kawannya yang selalu meminta bantuan
peralatan seprti pensel dan pemadam. Oleh sebab Avila sanggup membantu rakan dan
seorang yang suka bercakap dia dapat menarik perhatian kesemua rakannya. Rakan
sekelasnya sangat menyukai dan berkawan rapat dengannya.
Perkembangan emosi dan sosial yang sihat, sangat penting dalam kehidupan
seseorang. Contonnya, Avila dapat bekerjasama bersama rakan sekelasnya yang lain
semasa aktiviti kumpulan. Bermain adalah proses semula jadi dan spontan. Ia adalah
kerja kanak-kanak yang dapat menghasilkan pengalaman, pembelajaran dan
kemahiran. Bermain membenarkan kanak-kanak melakukan aktiviti yang kreatif. Melalui
bermain kanak-kanak dapat belajar pelbagai perkara dan ia dikenali sebagai
pembelajaran tidak formal. Hal ini juga dilihat apabila Avila menyertai aktiviti sukan dan
permainan. Semasa aktiviti bermain dengan jelasnya dapat melihat kemahiran sosial
Avila. Dia dapat bermain dengan gembira bersama rakannya.
Manakala Kelvin yang merupakan kanak-kanak kedua juaga mempunyai
kemhiran sosial yang tingi. Aspek ini akan mempengaruhi pembelajaran murid.
Contohnya, Kelvin dapat membentangkan hasil kerjanya di depan gurunya dan rakan
sekelasnya dengan jelas sekali. Ini menunjukan kemahiran bercakapnya berada pada
peringkat tinggi. Perkembangan Sosioemosi bermula dengan kebolehan Kelvin
memahami dan menguruskan emosi sendiri, diikuti dengan pencapaian emosi yang
positif. Keupayaan mengurus emosi diri sendiri membolehkan murid memahami
40
keperluan, emosi dan pandangan orang lain untuk membina kemahiran sosial dalam
kehidupan masyarakat majmuk yang mesra dan harmoni. Kelvin dapat berinteraksi dan
bersosial dengan semua rakan dan guru. Contohnya, Kelvin dapat bertukar-tukar
pendapat bersama rakannya semasa terdapat beberapa masalah dalam prose
pembelajaran.
41
Rajah 5 : Avila semasa menjalankan
aktiviti kumpulan
Rajah 6 : Avila semasa
menjalankan aktiviti sukan
Rajah 7 : Avila semasa bersam
rakan -rakannya
42
Rajah 8 : Kelvin bersama rakan-
rakannya
Rajah 9 : Kelvin bersama rakan-
rakannya dalam aktiviti permainan
Rajah 10 : Kelvin semasa
pembentangan
Seterusnya, pada peringkat ini kanak-kanak akan merasa kompleks rendah diri
jika dikritik. Hal ini dapat dilihat pada diri Avila, kanak-kanak pertama apabila dia dikritik
oleh guru kerana membuat bising yang keterlaluan semasa proses pengajaran dan
pembelajaran. Ini menyebakan Avila berasa rendah diri dan malu. Lalu dia tidak
menjawab soalan yang ditanyakan guru walaupun dia mengetahui jawapan. Dia
berbisisik jawapannya kepada rakannya. Manakala perkara yang sama dapat dilihat
pada diri Kelvin, kanak-kanak kedua. Contohnya, semasa aktiviti permainan Kelvin
dikritik oleh gurunya kerana tidak mendengar arahan. Ini menyebakan dia tidak
menunjukkan minat untuk terus bermain.
Selain itu, memalui pemerhatian sebuah borang telah dilengkapkan oleh saya.
Borang tersebut dilampirkan di lampiaran.
RUMUSAN
Perkembangan Sosioemosi bermula dengan kebolehan murid memahami dan
menguruskan emosi sendiri, diikuti dengan pencapaian emosi yang positif. Keupayaan
mengurus emosi diri sendiri membolehkan murid memahami keperluan, emosi dan
pandangan orang lain untuk membina kemahiran sosial dalam kehidupan masyarakat
majmuk yang mesra dan harmoni. Komponen perkembangan sosioemosi memberi
penekanan kepada kebolehan dan keyakinan untuk menghadapi kehidupan seharian
yang penuh dengan pelbagai cabaran. Oleh itu, komponen ini perlu disepadukan
melalui aktiviti pembelajaran komponen lain.
Berdasarkan pemerhatian dan kajian yang dijalankan saya dapat membuat
kesimpulan bahawa kedua – dua kanak-kanak yang dipilih saya mempunyai
perkembangaan sosioemosi yang seimbang dan selaras degan Teori Ericson.
43
Penguasaan kemahiran ini membolehkan murid belajar mengawal emosi, pemikiran
dan tindakan supaya dapat menyesuaikan diri dalam kehidupan bermasyarakat.
Perkembangan emosi dan sosial yang sihat, sangat penting dalam kehidupan
seseorang.
5 Implikasi Fahaman Perkembangan Kanak-Kanak Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran dan 5 Cara Guru Menangani masalah Perbezaan
Individu Di Dalam Kelas
44
5 Implikasi Fahaman Perkembangan Kanak-Kanak Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran.
Pengetahuan tentang pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak membawa
banyak faedah kepada guru. Terdapat banyak implikasi penguasaan fahaman
perkembangan kanak-kanak terhadap proses pengajaran dan pembelajaran.
Implikasi yang pertama ialah dapat membantu dan membentuk pengajaran dan
pembelajaran (P&P) untuk menyediakan isi pengajaran yang sejajar dengan keupayaan
mental murid-murid. Kandungan isi perlu dirancang terlebih dahulu dan dikaji
keberkesanannya agar mencapai matlamatnya. Guru juga perlulah menyediakan
objektif yang sesuai arasnya mengikut tahap individu murid dan menggunakan strategi
pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang membantu kepada perkembangan jasmani,
emosi, rohani, intelek dan sosial. Pengajaran dan pembelajaran (P&P) berkenaan
hendaklah yang bermakna dan menyeronokkan. Ini dapat membantu penglibatan setiap
individu murid dalam aktiviti yang dirancang sama ada di dalam bilik darjah mahupun di
luar bilik darjah. Aktiviti senaman yang dirancang perlulah sesuai dengan
perkembangan individu murid. Contohnya seperti berlari, melompat, menendang dan
sebagainya.
Selain itu, penyediaan sumber pengajaran dan pembelajaran (P&P) juga
hendaklah menarik minat perhatian murid. Murid akan berasa seronok dengan setiap
aktiviti yang dilakukan. Rakan sebaya banyak menyokong dalam aktiviti yang dilakukan
terutama aktiviti berkumpulan. Murid-murid akan berkongsi aktiviti sesama mereka dan
melakukannya dengan rela hati dan bergembira. Sebagai contoh pengajaran mata
pelajaran matematik perlulah menarik dengan penggunaan alat bantu mengajar yang
menarik bagi menarik perhatian mereka.
45
Seterusnya menyediakan pelajaran yang bermula daripada yang senang kepada
yang susah juga merupakan salah satu implikasi fahaman perkembangan kanak-kanak.
Pengajaran daripada yang konkrit kepada abstrak, dan daripada yang umum kepada
khusus dapat dijadikan keadah pengajaran. Sesuatu proses pelajaran adalah
berperingkat-peringkat mengikut setiap bab atau silibus subjek yang akan diajar. Ini
dapat membantu kepada kefahaman murid, penghayatan murid, penghafalan murid dan
berikutnya pengamalan murid dalam kehidupan seharian. Sebagai contoh subjek sains
dan matematik. Melalui keadah ini kanak-kanak dapat mempelajari ilmu yang dijar oleh
guru dengan lebih mudah. Penggunaan bahan berbentuk 3D, carta dan gambar rajah
juga dapat memberi peluang kepada pelajar untuk bersedia ke arah pembelajaran yang
lebih kompleks.
Tambahan lagi, melalui fahaman perkembangan kanak-kanak yang sempurna
guru dapat memainkan peranan dalam memotivasikan murid dengan pelajaran yang
menarik serta bermakna terutamanya kepada diri murid juga dalam kehidupan mereka.
Peranan guru memberi input yang berguna dan membantu perkembangan murid.
Motivasi yang bersesuaian dengan keadaan kanak-kanak dapat membantu mereka
untuk belajar secara bersungguh-sungguh. Di samping itu, kanak-kanak akan menjadi
lebih tabah jika terdapat guru yang sanggup memberi tunjuk ajar dan motivasi yang
positif selaras dengan perkembangan mereka.
Implikasi yang seterusnya tehadap proses pengajaran dan pembelajaran ialah
guru dapat menjadi pembimbing murid dalam melakukan pemindahan pembelajaran
hasil daripada pemahaman konsep secara lebih jelas dan mendalam. Bantuan daripada
guru dalam tugasan yang diberikan amat membantu kefahaman murid berkenaan
tentang apa yang diajar. Selain itu, guru dapat memainkan peranan sebagai tunggak
utama membantu pengajaran dan pembelajaran (P&P) murid-murid di sekolah.
Peranan dan tugas ini amat berat dan mencabar dalam mencapai perkembangan
terhadap pengajaran dan pembelajaran (P&P) murid di dalam bilik darjah. Setiap
pendedahan pelajaran adalah untuk membantu kepada pengenalan kendiri setiap murid
berkenaan.
46
Kesimpulannya, kita sebagai bakal guru perlu menguasai fahaman dan teori-teori
berkaitan dengan perkembangan kanak-kanak. Fahaman terhadap teori-teori ini dapat
membantu guru memahami anak muridnya serta mengatur proses pengajaran dan
pembelajaran mengikut kesesuian mereka. Ini dapat menjayakan objektif P&P yang
dirancang oleh para guru.
5 CARA GURU MENANGANI MASALAH PERBEZAAN INDIVIDU DALAM BILIK DARJAH
Perbezaan individu boleh ditakrifkankan sebagai, perbezaan yang boleh dilihat
pada seseorang individu atau kumpulan tertentu dari berbagai-bagai aspek, samada
dari segi fizikal, mental, sosial, emosi dan sebagainya lagi. Menurut Kasnani Ab Karim
et. al (2006), perbezaan individu ialah kelainan-kelainan yang terdapat pada seseorang
individu yang disebabkan warisan dan persekitaran. Seseorang guru perlu mempunyai
kesedaran tentang masalah perbezaan individu, mengetahui bagaimana perbezaan ini
mempengaruhi pengajaran dan pembelajaran (P&P) dan peka pada faktor penyebab
kepada perbezaan individu. Beberapa kaedah berikut boleh diambil oleh guru bagi
mengatasi perbezaan individu di dalam kelas semasa proses pengajaran dan
pembelajaran.
Guru boleh menggunakan Kaedah Pendidikan Pemulihan sebagai salah satu
cara menangani masalah perbezaaan individu di dalam kelas. Menerusi kaedah
pendidikan pemulihan guru akan membantu kanak-kanak yang lemah dalam pelajaran
mereka agar diberi pengajaran pemulihan sama ada secara formal atau tidak formal.
Pendidikan pemulihan bertujuan mengurangkan masalah pembelajaran yang dihadapi
oleh murid serta mengembangkan minat mereka terhadap pelajaran ke tingkat
keperluan yang memuaskan.
Kaedah seterusnya yang boleh diambil oleh guru dalam menangani masalah
perbezaan individu ialah Kaedah Kumpulan. Kaedah ini dijalankan kerana murid
berbeza dari segi keupayaan. Guru melihat kanak-kanak secara individu dan
mengumpulkan mereka yang sama atau haampir taraf kepada satu kumpulan. Ini dapat
47
memudahkan guru menyediakan latihan serta bahan sumber pembelajaran yang
bersesuaian. Kaedah berkumpulan ini juga dapat memberikan kesan yang baik kepada
murid dan guru. Sebahagian besar daripada tugas guru adalah bekerja dengan
kumpulan dan tidak dengan murid secara individu. Dengan menggunkan keadah ini,
guru dapat mengenal pasti punca kelemahan murid dan memberikan penempuan yang
sepenuhnya.
Selain itu, Kaedah Pengayaan juga merupakan salah satu kaedah menangani
perbezaan individu. Kaedah Pengayaan adalah sejenis kaedah pembelajaran yang
memberi peluang kepada murid mengembangkan sifat ingin tahu, semangat
berdikari,daya cipta serta bakat kepimpinan mereka. Pengayaan boleh dibahagi
pengayaan mendatar dan menegak. Pengayaan mendatar merupakan aktiviti
pengajaran berdasarkan kebolehan murid-murid dalam sesuatu kumpulan. Pengajaran
menegak adalah pengajaran berdasarkan minat dan bakat murid dalam kumpulan
cerdas sahaja.
Seterusnya Kaedah gerak balas. Kaedah ini akan melibatkan penglibatan aktif
murid dalam suasana pembelajaran. Murid-murid tidak bersifat pasif atau menerima
sahaja maklumat daripada pengajaran guru.Oleh yang demikian mereka digalakkan
merancang projek menyelidik, merancang, menyusun danmembuat demonstrasi, dan
melaporkan hasil daripada projek yang berkenaan.
Kaedah Pengajaran Terancang juga boleh digunakan oleh guru untuk mengatasi
maslah perbezaan murid. Kaedah ini lebih memfokuskan kepada perancangan
seseorang guru sebelum melaksanakan sesuatu sesi pengajaran dan pembelajaran
(p&p). Dalam kaedah ini, guru perlu memfokuskan kepada beberapa faktor seperti
perancangan kepelbagaian strategi pengajaran dan pembelajaran, perancangan
kepelbagaian bahan bantu mengajar, perancangan kepelbagaian bentuk penilaian dan
perancangan kepelbagaian tugasan.
Tambahan lagi, pengajaran bebas dan penggunaan bilik sumber juga bolah
menjadi salah satu cara menangani masalah perbezaan individu. Pengajaran bebas
48
bermaksud memberi kebebasan kepada para pelajar dalam masa tertentu untuk belajar
atau membuat kerja latihan di sudut-sudut bacaan atau bilik sumber secara
persendirian atau kumpulan. Bilik-bilik yang dimaksudkan perlu mengandungi berbagai-
bagai sumber seperti buku, majalah serta computer. Kanak-kanak perlu digerakkan
dalam pembelajaran mereka dengan mengetahui apa yang dibuatnya dan dengan
melakukan kegitan sendiri ke arah mencapai sesuatu peringkat. Guru perlu bertindak
sebagai pembimbing murid kepada memerlukan pertolongan. Kanak-kanak bebas
untuk menyediakan tugasnya sendiri tanpa bantuan guru.
Kesimpulannya, pengetahuan seseorang guru mengenai perbezaan individu
dapat membantu guru semasa merancang pembelajaran dan juga semasa aktiviti
pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Melalui pengetahuan tersebut juga,
seseorang guru sedar bahawa 30 hingga 40 orang pelajar di dalam kelasnya
mempunyai perbezaan-perbezaan yang tertentu. Justeru sebagai guru yang dedikasi,
adalah tidak wajar untuk melayan semua pelajarnya dengan satu cara yang sama
sahaja. Matlamat untuk melahirkan insan yang berilmu dan seimbang dari segi rohani,
jasmani, intelek dan emosi melalui pendidikan akan menjadi kenyataan.
49
PENUTUP.
Pengetahuan mengenai teori perkembangan kanak-kanak akan meberi banyak
faedah kepada guru, ibu bapa dan golongan professional untuk membuat keputusan
mengenai pengajaran dan pembelajaran . Setiapa satu teori mempunyai penegasannya
yang tersendiri terhadap sesuatu konsep yang dikemukakan. Oleh itu kita perlu
mengenali kesemua teori agar dapat kita mengetahui kesannya ke atas perkembangan
kanak-kanak. Antara faedah utama yang dapat membantu guru sekiranya mempunyai
pengetahuan mengenai perkembangan ialah dapat menyediakan isi pelajaran dan
objektif yang sesuai dengan keupayan, mental, jasmani dan emosi pelajar serta
menyediakan sumber pengajaran-pembelajaran yang dapat menarik minat pelajar,
disamping bermakna dan menyeronokkan.
50
top related