reka cipta - llm.gov.my · pdf filepertandingan reka cipta barangan terpakai hari hijau...
Post on 06-Feb-2018
243 Views
Preview:
TRANSCRIPT
PERTANDINGAN REKA CIPTA BARANGAN TERPAKAI HARI HIJAU LEBUHRAYA 2017
TERMA DAN SYARAT PERTANDINGAN REKA CIPTA BARANGAN TERPAKAI
HARI HIJAU LEBUHRAYA 2017
1.0 PENGENALAN
Program Hari Hijau Lebuhraya 2017 anjuran Lembaga Lebuhraya Malaysia
(LLM) merupakan satu program yang dirangka khas ke arah untuk
mempromosikan ‘lebuhraya hijau’ di Malaysia. Pertandingan Reka Cipta yang
akan dijalankan dengan tema CONNECTING PEOPLE TO NATURE diharap
dapat menyemarakkan serta membudayakan amalan ‘hijau’ dan
penggunaan bahan terbuang dapat diaplikasikan khususnya di dalam industri
lebuh raya.
2.0 OBJEKTIF
Pertandingan Reka Cipta Barangan Terpakai Hari Hijau Lebuhraya 2017 ini
diadakan untuk :-
i. Meningkatkan kemahiran serta menggalakkan daya kreativiti dalam
kalangan peserta dalam penggunaan bahan terpakai.
ii. Menjadi platform kepada peserta sebagai penyumbang idea atau
pengetahuan dalam bidang lebuh raya untuk menunjukkan
kemampuan mereka merekacipta dan menemui idea yang baru.
iii. Membudayakan/ mengaplikasikan barangan kitar semula kepada
produk yang boleh dimanfaatkan.
iv. Menjadi jaringan strategik melalui pendekatan perkongsian bestari
(smart partnership) dengan Kementerian Kerja Raya, Lembaga
Lebuhraya Malaysia dan juga semua syarikat konsesi lebuh raya.
REKA CIPTA
PERTANDINGAN REKA CIPTA BARANGAN TERPAKAI HARI HIJAU LEBUHRAYA 2017
3.0 TEMA PERTANDINGAN
Tema pertandingan ialah CONNECTING PEOPLE TO NATURE. Pemilihan tema ini
dibuat bagi melihat impak inovasi dalam kelestarian penggunaan bahan
terpakai dalam industri lebuh raya.
4.0 TEMPAT DAN MASA
i. Tarikh : 24 Oktober 2017 (Selasa)
ii. Tempat : Dewan Serbaguna LLM
iii. Masa : 8.00 pagi – 5.00 petang
5.0 KATEGORI PERTANDINGAN
Pertandingan ini dibuka kepada semua pegawai, kakitangan LLM dan syarikat
konsesi lebuh raya.
6.0 SYARAT PENYERTAAN
Syarat-syarat penyertaan bagi Pertandingan Reka Cipta Barangan Terpakai
Hari Hijau Lebuhraya 2017 adalah seperti berikut :-
i. Pertandingan ini TERBUKA kepada semua warga LLM dan syarikat
konsesi lebuh raya yang berminat untuk menyertai pertandingan ini.
ii. TIADA yuran yang dikenakan untuk setiap penyertaan yang diterima.
iii. Setiap syarikat konsesi lebuh raya DI MINTA menghantar sekurang-
kurangnya SATU (1) penyertaan bagi mewakili syarikat tersebut dalam
pertandingan ini.
iv. Setiap bahagian LLM, Pejabat Wilayah LLM, syarikat konsesi lebuh raya
dihadkan kepada TIGA (3) penyertaan sahaja.
v. Penyertaan adalah terbuka kepada penyertaan individu atau
berkumpulan dengan bilangan ahli TIDAK MELEBIHI EMPAT (4) ORANG
dan boleh terdiri daripada gabungan bahagian yang lain.
vi. Kos projek adalah di atas tanggungan individu dan kumpulan masing-
masing.
PERTANDINGAN REKA CIPTA BARANGAN TERPAKAI HARI HIJAU LEBUHRAYA 2017
vii. Individu yang dilantik sebagai urus setia pertandingan TIDAK
dibenarkan menyertai pertandingan ini.
7.0 SYARAT PERTANDINGAN
Syarat-syarat Pertandingan Reka Cipta Barangan Terpakai Hari Hijau
Lebuhraya 2017 adalah seperti berikut :-
i. Projek reka cipta yang dihasilkan mestilah sesuai dengan tema
pertandingan.
ii. Cetusan idea projek mestilah daripada janaan idea sendiri dan bukan
plagiat.
iii. Keperluan bahan untuk membangunkan projek atau persiapan
sebelum hari pertandingan adalah tanggungjawab peserta.
iv. Projek reka cipta mestilah menggunakan bahan-bahan terpakai atau
kitar semula dalam penghasilan projek.
v. Adaptasi penambahbaikan idea sedia ada boleh diterimapakai selagi
aspek penambahbaikan tersebut merupakan faktor utama hasil
kreativiti.
vi. Idea rekabentuk mestilah asli dan tidak pernah dikomersial, dipamer
atau dimajukan kepada sektor pembuatan.
vii. Mana-mana penyertaan yang pernah dikemukakan dalam mana-
mana pertandingan luar sebelum ini atau didapati meniru/ menciplak
idea adalah TIDAK LAYAK untuk menyertai pertandingan ini. Pihak
urusetia pertandingan BERHAK menolak penyertaan atau menarik balik
sebarang bentuk hadiah yang diperolehi sekiranya peserta didapati
mengemukakan penyertaan yang sama sebelum pertandingan ini.
viii. Keputusan panel juri adalah MUKTAMAD.
PERTANDINGAN REKA CIPTA BARANGAN TERPAKAI HARI HIJAU LEBUHRAYA 2017
8.0 PROSES PENILAIAN PERTANDINGAN
i. Panel juri akan dilantik oleh Jawatankuasa Penganjur untuk menilai dan
memilih pemenang berdasarkan kriteria; keaslian, kreativiti, kegunaan
dan aplikasi, potensi komersial/kebolehpasaran.
ii. Setiap penyertaan akan dihakimi mengikut skima pemarkahan.
BAHAGIAN KOMPONEN KRITERIA PERATUS
Persembahan
(20%)
Pameran
Projek
(20%)
Keaslian / kreativiti / inovasi yang
digunakan 10%
Menggunakan komputer atau
teknikal grafik
(Penggunaan multimedia / media
cetak sebagai platform
penyebaran maklumat.)
10%
Produk
(80%)
Projek
Signifikan
(40%)
Memenuhi matlamat rekabentuk
dan tema pertandingan. 15%
Efisen (kecekapan)
(Jimat masa, jimat kos, tingkatkan
produktiviti dan mudah
digunakan)
10%
Kesan kepada kualiti alam sekitar
dan masyarakat
(Implikasi terhadap alam sekitar,
penggunaan bahan terpakai dan
mesra alam)
15%
Hasil Reka
Cipta
(40%)
Keselamatan
(Mudah, mesra pengguna, stabil,
kukuh dan selamat digunakan)
20%
Potensi Komersial/ Kos
Memenuhi kehendak pengguna,
kebolehpasaran dan dapat
meningkatkan perkembangan
teknologi dalam rangkaian
lebuhraya Malaysia.
20%
PERTANDINGAN REKA CIPTA BARANGAN TERPAKAI HARI HIJAU LEBUHRAYA 2017
9.0 HADIAH PERTANDINGAN
Hadiah pertandingan rekacipta adalah seperti berikut :-
BIL TEMPAT HADIAH
1. Tempat pertama Sijil Penghargan dan
RM 1,000.00
2. Tempat kedua Sijil Penghargaan dan
RM 750.00
3. Tempat ketiga Sijil Penghargaan dan
RM 500.00
10.0 PAMERAN
Setiap peserta akan disediakan tapak pameran yang merangkumi satu meja
lipat dan empat (4) kerusi untuk mempamerkan /demontrasi reka cipta
sepanjang pameran berlansung. Peserta perlu menyediakan bahan
keperluan untuk mempamerkan/ demontrasi reka cipta mereka. Semua label
dan penerangan ringkas mengenai reka cipta mesti dipamerkan dengan jelas
di setiap booth pameran. Kos persiapan booth adalah di bawah tanggungan
peserta sendiri.
11.0 PENGISYTIHARAN PEMENANG
Hanya Jawatan Kuasa Penganjur berhak memutuskan anugerah dan hadiah
yang diberi pada hari pertandingan.
12.0 PENAFIAN
i. Jawatankuasa Penganjur atau ahlinya TIDAK akan bertanggungjawab
untuk mengurus, mengangkut atau menyimpan model-model atau
bahan-bahan lain yang telah disediakan oleh peserta. Jawatankuasa
Penganjur atau ahlinya juga TIDAK akan bertanggungjawab ke atas
apa-apa kerosakan dan kehilangan barangan di atas.
PERTANDINGAN REKA CIPTA BARANGAN TERPAKAI HARI HIJAU LEBUHRAYA 2017
ii. Keputusan Panel Hakim dan Jawatankuasa Penganjur adalah
muktamad. Peserta mesti akur pada keputusan Panel Hakim atau
Jawatankuasa Penganjur. Peserta tidak berhak untuk menuntut
bayaran atau ganti rugi jika terdapat sebarang kehilangan, kos
perbelanjaan atau kerosakan yang timbul, atau berkaitan dengan
pengurusan organisasi dan juga keputusan pertandingan.
iii. Peserta-peserta yang bertanding dimaklumkan bahawa di
kebanyakan negara lain, penyertaan dalam pameran/ pertandingan
akan mengakibatkan pendedahan hakcipta di bawah undang-
undang hakcipta masing-masing. Peserta dinasihatkan untuk
mengambil tindakan yang sewajarnya untuk melindungi hakcipta dan
hak pendaftaran mereka untuk menghalang kemungkinan berlakunya
rampasan hakcipta akibat pendedahan rahsia ini. Jawatankuasa
Penganjur tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang rampasan
hakcipta yang dihadapi oleh mana-mana peserta pertandingan atau
pameran dalam penyertaan ini.
13.0 TARIKH TUTUP PENYERTAAN
i. Semua penyertaan hendaklah dikemukakan kepada pihak urus setia
selewat-lewatnya pada 22 September 2017 sebelum jam 12.00 tengahari.
ii. Setiap penyertaan akan dihakimi mengikut skima pemarkahan pada 24
Oktober 2017.
14.0 PERTANYAAN
Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, sila hubungi :
Urus Setia Pertandingan Reka Cipta Barangan Terpakai
Hari Hijau Lebuhraya 2017
Pejabat Wilayah Tengah
Blok C, KM. 6, Jalan Serdang-Kajang,
43000 Kajang, Selangor Darul Ehsan
Tel : 03 – 8738 3125
Fax : 03 – 8737 4035
E-mel : azleen@llm.gov.my / sharifah@llm.gov.my / fakhrul@llm.gov.my
top related