reka bentuk kajian dr. kamarul

Post on 19-Jul-2015

3.063 Views

Category:

Education

13 Downloads

Preview:

Click to see full reader

TRANSCRIPT

PENDAHULUAN

Hasil kajian ditentukan oleh kaedah dan reka bentuk kajian.

Reka bentuk kajian pula ditentukan oleh tujuan kajian.

Tiada satu reka bentuk yang boleh digunakan untuk semua kajian, tetapi satu kajian boleh menggunakan beberapa reka bentuk kajian yang berbeza.

DEFINISI

Reka bentuk kajian merupakan satu tatacara pengolahan data yang dipungut berdasarkan perancangan khusus dan sistematik terhadap konsep pembentukan rangkaian hubungan antara pemboleh-pemboleh ubah yang terlibat dalam sesuatu kajian (Kerlinger 1970).

Ia juga merujuk kepada cara penyelidik mengendali kajian, dan prosedur atau teknik yang digunakan bagi menjawab soalan kajian. Tujuan reka bentuk kajian adalah untuk mengawal punca-punca bias yang boleh mengganggu dapatan kajian (McMillan & Schumacher 1984).

Reka BentukKajian

Eksperimental

EksperimentalKuasi-

Eksperimental

BukanEksperimental

Korelasi Tinjauan Kes Etnografi

JENIS REKA BENTUK KAJIAN

Prosedur penyelidikan kuantitatif di mana penyelidik mengkaji kesanintervensi atau rawatan ke atas hasilandaripada peserta kajian.

Reka bentuk kajian eksperimentalmelibatkan tiga pasangan komponen:

i. Pemboleh ubah bebas & bersandar

ii. Ujian sebelum & selepas (Pre & Post Test)

iii. Kumpulan rawatan & kawalan.

Dijalankan apabila kajian eksperimensebenar tidak dapat dijalankan atassebab beberapa perkara tidak bolehdikawal. Umpamanya, pengagihan tidaksecara rawak.

Rawak Bil Kumpulan Perbandingan

Bil IntervensiDigunakan

Bil. DV Diukur

Eksperimental Ya 2/Lebih 1/Lebih Sekali

KuasiEksperimental

Tidak 2/Lebih 1/Lebih Sekali

Reka bentuk kajian kuantitatif di manapenyelidik menggunakan statistik bagimemerihal dan mengukur darjahperkaitan di anatara dua atau lebihpemboleh ubah atau set skor.

Tujuan utama adalah bagi mengenalpasti pemboleh ubah yang manamempunyai perkaitan.

Prosedur dalam penyelidikan kuantitatifdi mana penyelidik mentadbir tinjauanatau soal-selidik kepada sampel ataukeseluruhan populasi bagimemperihalkan sikap, pandangan, perlakuan, atau ciri-ciri populasi.

Reka BentukTinjauan

Matlamat

Deskriptif

Penjelasan

Penerokaan

Jenis Kajian

Fokus & Skop

Tempoh MasaPungutan

MATLAMAT

1. Deskriptif (Descriptive)

Bertujuan mengumpul maklumattentang pemboleh-pemboleh ubah danmembuat perihalan terhadap fenomenayang wujud atau berlaku.

Kerap digunakan untuk memperoleh maklumat deskriptif berkenaan sesuatu populasi, iaitu bagi mengetahui taburan pemboleh-pemboleh ubah yang dipilih.

2. Penjelasan (Explanatory)

Bertujuan untuk membuat perbandingan atau penilaian.

Kajian yang menggunakan faktor atau pemboleh ubah bagi menjelaskan fenomena, faktor atau pemboleh ubah lain.

Ia juga boleh melibatkan kajian korelasi.

3. Penerokaan (Exploratory)

Bertujuan untuk mengenal pasti masalahatau membuat justifikasi kepada sesuatukeadaan atau amalan.

Dilakukan dalam bentuk penerokaan bagi mengenal pasti masalah-masalah yang memerlukan penyelidikan lanjut. Kemudian, masalah atau isu didefinisikan dengan lebih baik supaya siasatan yang lebih sistematik dapat dijalankan.

JENIS KAJIAN

1. Fokus Dan Skop

i. Banci: Penyelidikan yang memungutdata daripada semua individu dalampopulasi dari segi pemboleh ubah yang dipilih.Contoh, apakah pandangan guru matematik sekolah rendah di Sabah danSarawak pada penggunaan kalkulatordalam pembelajaran matematik?

ii.Tinjauan sampel: Penyelidikan yang memungut data daripada sampel yang dipilih daripada populasi yang diminati. Ia digunakan apabila kos, masa dansumber tenaga menjadi kekangan.

2. Tempoh Masa Pungutan Data

i. Tinjauan Semasa Atau Keratan Lintang(Cross-sectional Survey). Penyelidikmemungut data sekali sahaja daripadasuatu sampel pada suatu masa.

ii.Tinjauan (Longitudinal survey).

Penyelidik memungut data lebihdaripada sekali secara berturutanmenjangkau tempoh masa bagimengkaji perubahan dalam individudari segi pemboleh ubah yang dipilih.

Perubahan yang berlaku kepada ciri-ciriyang dikaji dalam tempoh tersebutadalah disebabkan oleh pengaruhpemboleh ubah yang dikaji.

Kajian mendalam tentang fenomenadi konteks semulajadi danberdasarkan perspektif pesertaterlibat dalam fenomena tersebut(Gall, Gall & Borg, 2005)

Ciri-ciri Kajian Kes:

i. Particularistic: Berfokus pada situasi, kejadian, program atau fenomenatertentu

ii. Descriptive: Hasil terakhir adalah kaya, deskripsi yang banyak dan mantaptentang fenomena yang dikaji

iii. Heuristic: Kes yang dikaji menjelaskan& membantu kefahaman pembacatentang fenomena.

Penyelidikan: mengkaji bagaimanawarga emas mempelajari carapenggunaan komputer.

Kajian Kes: Bagaimana seorang wargaemas mempelajari cara penggunaankomputer,

i. Satu program tertentu

ii. Satu bilik darjah.

Kajian Kes vs Etnografi

Persamaan: fokus kepada satu ataubeberapa kes, kajian mendalam, kontekssemulajadi, emic (perspektif daridalaman) & etic (perspektif dari luar).

Perbezaan:

Kajian Kes Etnografi

Fokus beberapa fenomena Fokus pada aspek budaya

Tempoh kajian tertentu Lebih lama, tempoh pemungutandalam mendalama

Kebiasaanya terbatas pada satukonteks semulajadi

Kerap melibatkan perbandinganmerentasi budaya

top related