reka bentuk dan teknologi
Post on 19-Oct-2015
267 Views
Preview:
DESCRIPTION
TRANSCRIPT
1
Buku sumber tahun 6
Buku sumber tahun 6 1.2 Kreativiti dan Reka Cipta
Tajuk pembelajaran Kreativiti dan Reka Cipta di Tahun 6 berfokus kepada penghasilan projek inovasi atau pun projek ciptaan sendiri. Himpunan pengetahuan dan kemahiran yang sudah dikuasai di Tahun 4 dan 5 dapat digabungkan bagi menghasilkan projek. Pengalaman serta tajuk pembelajaran seperti elektrik dan elektronik, jahitan, Bidang Pembelajaran Perniagaan dan Keusahawanan juga memainkan peranan penting dalam aktiviti ini.
d. Penghasilan Projek Reka Cipta
Projek reka cipta terhasil melalui proses kerja yang sistematik, kreatif dan kritis. Penghasilan projek reka cipta adalah melalui aktiviti penemuan baru atau inovasi yang berasaskan kepada penyelesaian masalah. Antara aktivitinya seperti mengenal pasti masalah, mengumpul maklumat dan penjanaan idea.
Hasil pembelajaran
Mengenal pasti masalah Mengumpul maklumat Menyelesaikan masalah melalui lakaran Memilih lakaran yang paling sesuai Merancang dan menyediakan lukisan projek Menyediakan alatan dan bahan Membina projek Membuat kemasan Menguji kefungsian projek dan membuat pembaikan
Mengenal pasti masalah
Kepekaan terhadap masalah yang berlaku di persekitaran dapat memberi ilham untuk memperkayakan idea penyelesaian sesuatu masalah.
Pengenalpastian masalah adalah peringkat pertama dalam proses penghasilan projek reka cipta. Terciptanya sesuatu rekaan berpunca daripada usaha menyelesaikan masalah yang dihadapi. Oleh itu pengenalpastian masalah yang tepat dan jelas dapat membantu menghasilkan projek reka cipta yang berkaitan dengan masalah yang dikenal pasti.
Mengenal pasti masalah dapat dilakukan dengan memberi penekanan kepada tema, lokasi dan situasi di mana masalah itu terjadi. Contohnya tema pembersihan, lokasinya di tingkap dapur dan situasinya sukar untuk membersihkan cermin tingkap dengan cepat dan selamat.Antara tema yang boleh di perbincangkan ialah penyimpanan, pengangkutan, pembukaan, pembersihan dan sebagainya.
TEMAITEMLOKASIMASALAH
PenyimpananPensel warnaSekolahBekas pensel warna mudah koyak
PembersihanCermin tingkapBilik DarjahMembersih habuk di cermin tingkap dengan cepat
PengumpulanPenyodok sampahRumahSukar untuk mengumpul sampah
PengangkutanBakul memindahkan buku latihan dari tingkat bawah ke tingkat atasSekolahPenat menaiki tangga dengan membawa beban
Catatan :
Masalah boleh dikemukakan oleh guru, murid atau kumpulan melalui perbincangan, sumbangsaran, percambahan idea dan sebagainya. Masalah yang dikemukakan adalah berkaitan tentang diri, keluarga, orang lain atau persekitaran.
Mengumpul maklumat
Maklumat dikumpulkan sebagai langkah permulaan ke arah pencetusan pelbagai idea penyelesaian masalah. Pengumpulan maklumat daripada produk sedia ada boleh membantu menyelesaikan masalah yang dikenal pasti. Maklumat ini perlu dianalisis dan disintisis untuk dibuat perbandingan dari segi kelebihan dan kelemahan sesuatu produk.
Aspek yang dikaji ialah fungsi, saiz, bentuk, warna, jenis dan ketahanan bahan serta ciri keselamatan. Sumber maklumat boleh di perolehi daripada media massa, sekolah, rumah dan di kalangan masyarakat melalui pembacaan, pemerhatian, lawatan, temu bual, sumbang saran dan sebagainya. Maklumat juga boleh didapati melalui kajian terhadap ciri-ciri produk sedia ada serta maklum balas daripada pengguna terutamanya dari segi kualiti produk tersebut. Hasil daripada pengumpulan maklumat ini, pelbagai idea untuk produk baru mula tercetus.
Guru boleh membimbing murid dengan menayangkan contoh produk sedia ada melalui penggunaan LCD atau produk sebenar.
PENGALAMANSENDIRITEMUBUALINSTITUSIRUJUKANMENGUMPULMAKLUMATLAWATANPEMERHATIANBAHAN BACAANSOALSELIDIK
Menyelesaikan masalah melalui lakaran
Idea penciptaan produk baru bagi penyelesaian masalah yang dikenal pasti akan diterjemahkan dalam pelbagai bentuk sketsa atau lakaran. Pelbagai idea lakaran terhasil daripada proses pencetusan idea. Lakaran lakaran yang dibentuk adalah berpandukan maklumat yang di perolehi hasil daripada kajian yang telah dijalankan.
Catatan:Pengetahuan sedia ada murid.Sub topik : 1.2 (i) Pendedahan kepada bentuk asas reka bentuk telah dipelajari di Tahun 4.
Memilih lakaran yang paling sesuai
Pelbagai lakaran yang terbentuk akan memberi pelbagai pilihan penyelesaian masalah. Daripada pelbagai lakaran idea yang di bentuk, satu idea yang paling sesuai akan dipilih. Menggabungkan beberapa idea daripada lakaran lakaran yang telah dibuat boleh menghasilkan satu rekaan yang lebih efektif untuk menyelesaikan masalah yang dikenal pasti.
Merancang dan Menyediakan lukisan projek
Lukisan projek merupakan panduan asas semasa menyediakan sesuatu projek yang direka. Lukisan projek akan memberi maklumat tentang dimensi sesuatu projek iaitu tinggi, lebar dan panjang. Lukisan projek juga dikenali sebagai lukisan kerja atau lukisan teknik. Antara contoh lukisan projek yang biasa digunakan ialah lukisan isometrik , oblik dan ortografik. Dalam menghasilkan lukisan, perisian reka bentuk berbantukan komputer (CAD) dapat mempercepatkan dan memudahkan proses melukis. Berikut adalah contoh model bongkah yang dilukis dalam pelbagai lukisan projek :
Model Bongkah
Cara Melakar Lukisan Oblik dan Isometrik
4545
Paksi lukisan oblikLakaran lukisan oblikLukisan oblik
30303030
Paksi lukisan isometrikLakaran lukisan isometrikLukisan isometrik
PANDANGAN HADAPAN PANDANGAN SISIPELAN
45
Contoh lukisan ortografik
Menyediakan alatan tangan dan bahan
Mengenal pasti alatan dan bahan yang sesuai dapat membantu proses penghasilan projek. Langkah yang seterusnya adalah menyenaraikan dan menyediakan alatan serta bahan. Kos pengeluaran sesuatu projek reka cipta boleh ditentukan daripada senarai bahan yang dikenal pasti. Penggunaan bahan kitar semula adalah digalakkan.
Contoh senarai alatan
BILALATANKUANTITI
1.Tukul kuku kambing1
2.Gergaji tangan1
3.Playar gabung1
4.
5.
Contoh senarai bahan
BILBAHANKUANTITIANGGARAN KOS
1.Kayu beroti ( 25 mm X 50 mm X 150 mm )1RM 0.40
2.Papan lapis ( 100 mm X 150 mm X 3 mm )1RM 0.50
3.Cat sembur 50 mlRM 2.00
4.Cat alas20 mlRM 0.80
5.
Membina projek
Sebelum kerja-kerja pembinaan projek dimulakan, langkah kerja yang bersistematik perlu dirancang untuk penghasilan kerja yang lebih efektif. Perancangan kerja yang baik dapat menjimatkan masa, mengurangkan pembaziran tenaga dan bahan di samping dapat membantu menyemak kemajuan kerja seperti yang dirancangkan. Rekod kerja boleh menentukan kos upah.
Contoh langkah kerja pembinaan projek
MINGGU BUTIRAN KERJACATATAN
1Menanda dan memotong
2Pemasangan
3Kemasan
Contoh rekod kerja
TARIKHMASABUTIRAN KERJACATATAN
9 Mac 2004
13 Mac 2004
9.00 10.00
9.00 10.00 - Menanda kayu beroti dan papan lapis mengikut ukuran. - Memotong kayu beroti dan papan lapis- Memasang bahagian kayu beroti dan papan lapis.
Catatan: Kos pengeluaran = Kos bahan + kos upah + kos sampingan ( kos untuk air dan elektrik )
Membuat kemasan
Kemasan bertujuan untuk mencantikkan rupa projek, melindungi permukaan projek serta memudahkan kerja pembersihan sesuatu projek. Kemasan biasanya dilakukan sebagai langkah akhir penghasilan sesuatu projek reka cipta. Contoh bahan kemasan yang di cadangkan adalah seperti berikut :
Contoh bahan projek dan kemasan
BAHAN PROJEKBAHAN KEMASAN
KayuCat licau / syelek / tona kayu / cat sembur / Lekar / pelekat hiasan
LogamCat anti karat Cat licau / pelekat hiasan
Perspek / PVCCat sembur / pelekat hiasan
Menguji kefungsian projek dan membuat pembaikan
Projek reka cipta yang telah siap dihasilkan perlu diuji bagi menentukan keberkesanan fungsi di samping mengetahui kekuatan dan kelemahan serta had kemampuannya.Pengujian yang dilakukan ke atas projek reka cipta ini akan menentukan sama ada projek yang dihasilkan dapat menyelesaikan masalah yang dikenal pasti.
e. Pendokumentasian
Mengumpul dan merekod maklumat
Segala maklumat yang berkaitan dengan perekaan projek reka cipta perlu dikumpul dan direkodkan. Ia termasuk maklumat berbentuk tulisan dan lakaran. Merekod maklumat penting sebagai rujukan pada masa akan datang.
Membuat buku idea
Beberapa kaedah pengumpulan maklumat boleh digunakan antaranya seperti penggunaan fail dan penggunaan buku idea. Perekodan maklumat yang bersistematik akan menghasilkan dokumentasi yang menarik.
Contoh penghasilan buku idea
Antara perkara yang ada dalam buku idea adalah seperti berikut :
1. tajuk / nama produk2. latar belakang produk3. fungsi / faedah produk4. diskripsi produk termasuk lakaran5. lukisan kerja6. kos pengeluaran produk
Contoh Proses Mencipta
Tema : Penyimpanan
Situasi bermasalah :Setiap pagi ketika hendak ke sekolah, saya selalu tercari-cari kunci basikal saya. Kadang kala adik kecil saya suka mengambil kunci tersebut tanpa pengetahuan saya. Ini menyebabkan saya sukar menemui kembali kunci tersebut.
Penyataan masalah :Menyimpan kunci di tempat yang selamat dan mudah diambil kembali.
Mengumpul maklumat
Saya telah menjalankan kajian dengan membuat pemerhatian ke beberapa buah rumah di sebuah kawasan perumahan. Terdapat pelbagai jenis dan bentuk tempat menyimpan kunci. Contohnya seperti di bawah.
Gambar foto 1 Gambar foto 2 Gambar foto 3 Kotak menyimpan kunci Penyangkut kunci Penyangkut kunci serba guna
Daripada pelbagai jenis dan bentuk menyimpan kunci di atas, analisis berkenaan fungsi, rupa bentuk, bahan utama dan kelemahan serta kekuatan fungsi dijalankan. Berikut adalah hasil dapatannya.
GAMBARFUNGSIRUPA BENTUKBAHAN UTAMAKELEBIHAN / KELEMAHAN
Menyangkut kunciSegi empat tepatkayu- Banyak ruang menyimpan
- Sukar dilihat kunci dari luar
Menyangkut kunciSegi empat tepatKayu dan logam- Kunci mudah diambil
- Kunci terdedah kepada kecurian
Menyangkut kunci dan menyimpan suratSegi empat tepat dan segi tigaKayu- kunci mudah diambil
- ruang kunci terhad
Jadual 1: Analisis maklumat
Rumusan :
Berdasarkan kajian yang telah dibuat, didapati produk sedia ada masih boleh diperbaiki dari segi kefungsian, rupa bentuk dan sebagainya bagi menyelesaikan masalah yang dikenalpasti.
Menyelesaikan Masalah Melalui Lakaran
Berdasarkan maklumat yang telah dikumpul, pelbagai idea penyelesaian dijana dan dipamerkan dalam lakaran lakaran seperti di bawah.
tempat menggantung kunci
pemidang
tapak
Ruangan meletak kunci
tempat menggantung kunci
Rak kunci bertingkat Lakaran idea IIIPenyangkut kunci Lakaran idea IPenyangkut kunci bertiangLakaran idea II
Memilih Lakaran Yang Sesuai
Berpandukan pelbagai lakaran idea penyelesaian yang telah dilakar, saya telah memilih untuk menggabungkan lakaran idea II dan idea III bagi mencipta projek rekaan saya.
+
Lakaran idea IIlakaran idea III
Lakaran idea yang digabungMerancang dan menyediakan lukisan projek
MentolPenyangkut kunciSuisPemegang bateriPerspekKancingpintu
Kotak penyimpan kunci
Menyediakan Alatan Dan Bahan
a. Senarai alatan
BILALATANKUANTITI
1.Tukul kuku kambing1
2.Gergaji tangan1
3.Playar gabung1
b. Senarai komponen elektrik
BILKOMPONENKUANTITIKOS
1.Mentol1RM 0.30
2.Soket1RM 0.40
3.Pemegang bateri1RM 0.50
4.Suis 1RM 0.80
5.Wayar1RM 0.20
JUMLAHRM 2.20
c. Senarai bahan
BILBAHAN / KOMPONENKUANTITIKOS
1.Kayu beroti ( 650 mm X 25 mm X 10 mm )1RM 1.00
2.Papan ( 700 mm X 60 mm X 10 mm )1RM 2.00
3.Papan lapis ( 200 mm X 160 mm X 3 mm )1RM 0.50
4.Cat sembur 50 mlRM 2.00
5.Cat alas20 mlRM 0.80
6.Perspek (150 mm X 210 mm X 2 mm )1RM 2.00
7.Engsel 20 mm2RM 0.60
8.Skru pencangkuk6RM 0.30
9.Tombol kayu1RM 0.20
10.Paku panel 10 mm20RM 0.20
JUMLAHRM 9.60
Membina Projek
a. Langkah kerja
MINGGU BUTIRAN KERJACATATAN
1Mengukur dan menanda bahagian kayu dan perspekRujuk lukisan kerja
2Memotong bahagian kayu dan perspek
3Membuat pemasangan bahagianRujuk lukisan kerja
4Membuat kemasan
b. Rekod kerja
TARIKHMASABUTIRAN KERJACATATAN
9 Mac 2004
13 Mac 2004
9.00 10.00
9.00 10.00 - Menanda kayu beroti dan papan lapis mengikut ukuran. - Memotong kayu beroti dan papan lapis- Memasang bahagian kayu beroti dan papan lapis.
Membuat kemasan
Jenis kemasan yang dipilih adalah menggunakan cat sembur.
Nota KeselamatanPastikan anda mengikuti langkah langkah keselamatan semasa menggunakan cat semburSemasa mengguna :memakai penutup mata dan mulut.pastikan arah angin tidak menghala ke muka anda semasa kerja semburan dijalankan. Selepas mengguna :jangan buangkan tin cat semburan kosong ke dalam api.atau tanamkan semua semua tin cat semburan yang telah kosong.
Menguji Kefungsian Projek Dan Membuat Pembaikan Ujian Mekanikal
Pemerhatian:6 unit kunci yang boleh digantung pada satu-satu masa.Kesimpulan:Projek ini hanya dapat menguntungkan 6 unit kunci sahaja.Cadangan:Projek ini boleh diubah suai dengan menambah bilangan cangkuk.
Latihan
1. Sesuatu reka cipta terhasil daripada dua aktiviti iaitu
Reka Cipta
( ii )( i )
2. Nyatakan peringkat pertama dalam proses penghasilan projek reka cipta.
___________________________________________________________________________________________________
3. Nyatakan 3 contoh kaedah pengumpulan maklumat.
i. ____________________________________________________
ii. ____________________________________________________
iii. ____________________________________________________4. 2 jenis lukisan kerja projek yang boleh digunakan ialah
i. __________________________________________
ii. __________________________________________
5. Namakan lukisan A dan lukisan B
Lukisan A : ___________________________ Lukisan B: __________________________
6. Lukiskan bongkah di bawah dalam lukisan ortografik
Pelan
SisiHadapan
7. Nyatakan jenis kemasan yang sesuai bagi bahan di bawah
BAHAN JENIS KEMASAN KayuLogamPerspek
8. Labelkan nilai sudut yang bertanda X dan Y pada rajah di bawah.
Y X
Lukisan oblik Lukisan isometrik
Y : X :
9. Tandakan ( / ) pada pernyataan yang betul dan ( X ) pada pernyataan yang salah di bawah.
a. Kemasan bertujuan meningkatkan kualiti projek reka cipta
b. Lukisan ortografik dilukis pada pandangan atas, hadapan dan tepi
c. Penggunaan buku idea adalah satu contoh dokumentasi
1.4 Elektrik dan Elektronik
b. Penghasilan Projek Elektronik
Hasil Pembelajaran
Membaca dan menterjemah litar projek Memilih alatan, bahan dan komponen Mengukur, memotong dan menjalur wayar Memasang komponen mengikut litar projek Menguji litar projek dan membuat pembaikan
Mengenal pasti nama, fungsi dan simbol komponen elektronik
KapasitorTransistor
Mengenal pasti nama, fungsi dan simbol komponen elektronik
NAMA KOMPONENSIMBOLFUNGSI
Transistor
Terdapat dua jenis transistor i ) Transistor NPN contohnya CS 9013
ii ) Transistor PNP contohnya CS 9012
CBENPN
Bagi transistor NPN anak panah mengarah keluar pemancar ( E )
CBEPNP
Bagi transistor PNP anak panah mengarah ke dalam pemancar ( E ) Untuk meninggikan arus elektrik Boleh berfungsi sebagai suis Mempunyai 3 kaki - tapak (base) - B - pemungut (collector) - C- pemancar (emitter) E
Tapak ( base ) B Kaki B (tapak) mengawal pengaliran arus elektrik dari kaki C (pemungut) ke kaki E (pemancar)
Terdapat dua jenis kapasitor iaitu
i. Kapasitor berkutub (elektrolit)
+
Menyimpan dan melepaskan cas elektrik Nilai kapasitor diukur dalam unit farad ( ) Nilai yang lebih kecil diukur dalam unit mikro farad ( )
ii. Kapasitor tidak berkutub
Cara membentuk kaki komponen
KOMPONEN / BAHANCARA BETULCARA SALAH
Diod Pemancar Cahaya (L.E.D)
Transistor
Perintang Tetap
KOMPONENCARA BETULCARA SALAH
Kapasitor
Wayar pelompat(Wayar teras tunggal)
Membentuk kaki komponen dengan menggunakan playar muncung tirus
Langkah 1Bengkokkan kaki 90 ke tepi.Elakkan membengkok kaki komponen terlalu rapat dengan badan komponen untuk mengelakkan kakinya patah.
Langkah 2Bengkokkan kaki 90 ke bawah sesuai untuk dimasukkan ke dalam bongkah penyambung.
90
90
Contoh Projek 1 : Litar Pengelip
L.E.D1R1R2+ 9V + + CBECBE TR1 TR2C1C20VLitar skematik : PengelipL.E.D2L.E.D4L.E.D3Alatan dan Bahan
Pena ujianPenjalur wayarPlayar muncung tirus1 bongkah penyambung4 Diod pemancar cahaya ( L.E.D)2 transistor CS 90132 kapasitor 47 16V2 perintang tetap 22 K1 penyambung bateriWayar lembar tunggalBateri 9V
LED3 +LED4 + LED1 + LED2 +
TR2TR1
E CE C
B B
+R2R1
+
C2
C1
0V+9V
Litar bergambar : Pengelip
Latihan
1. Namakan komponen berikut
2. Namakan komponen untuk simbol-simbol berikut
-+
Isikan tempat kosong
TransistorPerintang tetap Kapasitor
Diod pemancar cahayaBongkah penyambung
3. meninggikan arus elektrik.
4. menghadkan pengaliran arus elektrik dalam litar elektronik.
5. mengeluarkan cahaya.
6. menyimpan dan membuang cas elektrik.
7. menyambungkan kaki komponen dengan kaki komponen lain.
Suaikan fungsi dengan komponen yang betul.
8. Alat yang digunakan untuk membentuk kaki komponen atau memegang benda bersaiz kecil
9. Alat yang digunakan untuk melonggarkan dan mengetatkan skru pada bongkah penyambung
10. Alat yang digunakan untuk menjalur dan memotong wayar
11. Alat yang digunakan untuk memotong wayar dan kaki komponen
1.5 Baik Pulih dan Penyenggaraan
b. Penyenggaraan dan membaiki kerosakan pada mesin mudah
Hasil pembelajaran
Mengenal pasti bahagian yang perlu dibaik pulih Memilih bahan dan alatan tangan yang sesuai untuk kerja membaik pulih Menjalankan kerja baik pulih dan menggantikan komponen yang rosak Memeriksa, menguji dan melaras
Mengenal pasti bahagian yang perlu dibaik pulih
Contoh aktiviti
Mengganti kabel brek basikal
Memilih bahan dan alatan tangan yang sesuai untuk kerja membaik pulih
Alatan dan bahanSpanar Playar gabungPemutar skruKain rejaMinyak pelincir
Menjalankan kerja baik pulih dan menggantikan komponen yang rosakMemeriksa, menguji dan melaras
Langkah kerjaa. Kenal pasti nat pengikat pada pencengkam brek.b. Longgarkan nat dengan spanar dan keluarkan kabel dari pencengkam brek.c. Keluarkan penyangkut kabel dari penarik kabel brek.d. Sebelum memasang kabel baru, tarik sebahagian kabel dari kelongsong dan sapu dengan sedikit minyak pelincir.e. Pasang kabel baru bermula dari penarik kabel brek hingga ke pencengkam brek.f. Pastikan getah pencengkam brek dalam keadaan baik.g. Laraskan dan uji kedudukan kabel serta ketatkan nat pada pencengkam brek jika cengkaman brek telah berkesan.
Maklumat tambahan
a. Minyak pelincir digunakan pada kabel untuk mengurangkan geseran.b. Getah pencengkam brek berfungsi memberhentikan roda dengan mencengkam rim apabila penarik kabel ditarik.
kabelKelongsong kabelpenarik brekGetah pencengkamnatPencengkambrek
Contoh aktiviti
Menyenggara loceng basikal
Alatan dan bahanSpanar Kain rejaMinyak pelincir
Loceng basikalLangkah kerjaa. Longgarkan dan buka bahagian piring atasb. Teliti dan kenal pasti komponen dalam loceng basikal dan fungsinya.c. Gunakan spanar untuk melonggarkan natd. Keluarkan nat, pengetuk, gear, tuas dan springe. Bersihkan bahagian loceng basikal yang telah dikeluarkan menggunakan kain reja f. Masukkan semula spring, tuas, gear danPengetukg. Titiskan minyak pelincir pada bahagian yang bergerakuntuk melancarkan pergerakanh. Pasang dan ketatkan semula nat denganmenggunakan spanar i. Pasang semula piring atas j. Uji loceng yang telah siap dipasangk. Sekiranya deringan loceng kurang kuat , kemungkinanbahagian piring atas dipasang terlalu ketat.
piring atas
natspring
pengetuk
tuas
gear
piring bawah
Bahagian loceng basikal
Contoh aktiviti
Mengganti injap pam basikal
Alatan dan bahanSpanar Playar gabungKain rejaMinyak pelincir
Langkah kerjaa. Buka bahagian penutup silinder pam.b. Keluarkan syaf dari silinder pam.c. Buka nat untuk mengeluarkan injap yang rosak.d. Ganti injap yang rosak dengan injap yang baru.e. Ikat injap pada syaf dengan menggunakan nat.f. Pastikan semua komponen berada dalam susunan yang betul.g. Masukkan semula syaf ke dalam silinder pam h. Masukkan beberapa titis minyak pelincir untuk melancarkan pergerakaninjap di dalam silinder.g. Pasangkan semula penutup silinder pam.
Maklumat tambahan
Getah hos juga perlu diperiksa kerana berkemungkinan berlaku kebocoran.
Pam basikal
spring
Penutup silinder pam
syaf
silinder
nat
pelapik
injap
nat
hos
Bahagian pam basikal
c. Penyenggaraan dan membaiki kerosakan kecil pada perabot
Hasil pembelajaran Mengenal pasti bahagian yang rosak Memilih alatan tangan dan bahan Membaiki atau mengganti bahagian yang rosak
Mengenal pasti bahagian yang rosak
-Perabot perlu dijaga dengan baik supaya tahan lama-Kebiasaannya kerosakan pada perabot disebabkan sambungan yang longgar atau bahagian perabot yang patah.-Sambungan pada perabot biasanya menggunakan paku, skru atau pembinaan tanggam.
TetupaiSkru allenBahagian yang selalu didapati longgar atau rosakKerusi kayu
Papan
Bahagian kerusi yang rosakBahagian kerusi yang telah diperbaiki
Mengganti bahagian kerusi yang rosak
Memilih alatan tangan dan bahan
Alatan dan bahanGergajiTukulKekunci AllenSesiku LPita pengukurPakuKertas pasir
Membaiki atau mengganti bahagian yang rosak
Contoh aktiviti
Mengetatkan skru dengan kekunci allenMengetatkan bahagian yang longgar
Langkah kerjaa. Kenal pasti bahagian yang rosak.b. Ketatkan dengan mengguna kekunci Allen.c. Pakukan bahagian yang longgar atau tercabut.
Mengganti bahagian yang rosak
Langkah kerjaa. Kenal pasti bahagian yang rosakb. Tentukan bahan dan alat tangan yang diperlukanc. Tanggalkan bahagian yang rosak atau patahd. Sediakan bahan penggantie. Sambungan menggunakan skru allenLakukan kerja-kerja baik pulih mengukur dan menanda memotong atau menggergaji Memasang dan memaku melicinkan permukaan menggunakan kertas pasirf. Membuat kemasan
Langkah keselamatana. Berhati-hati semasa menggunakan gergaji dan alatan tangan yang lain.b. Cabut paku lama atau berkarat yang terlekat pada papan yang telah ditanggalkan.
Skru allenBahagian sambungan skru allen hendaklah sentiasa disenggara dan diketatkanSkru allen
Latihan
1. Isikan tempat kosong pada penyataan berikut.a. Sambungan pada perabot biasanya menggunakan paku atau
b. Longgarkan nat dengan menggunakan dan keluarkan kabel dari pencengkam brek.
c. Titiskan pada bahagian yang bergerak dalam loceng basikal untuk melancarkan pergerakannya.
d. Buka untuk mengeluarkan injap pam yang rosak.
2. Labelkan bahagian yang bertanda X. Y dan Z.
X :Y :Z :
3. Padankan alatan dengan fungsinya
Menarik kabel brek.
Mengetuk piring atas untuk menghasil bunyi loceng.
Mengukuhkan sambungan pada perabot.
Menarik udara ke dalam silinder pam.
4. Berikut adalah langkah kerja menggantikan injap pam basikal. Susun semula langkah kerja di bawah mengikut urutan kerja yang betul.
Buka nat untuk menggeluarkan injap yang rosak
Pastikan semua komponen berada dalam susunan yang betul
Ganti injap yang rosak dengan injap yang baru
1Buka bahagian penutup silinder
8Pasangkan semula penutup silinder
Ikat injap pada syaf dengan menggunakan nat
Masukkan semula syaf ke dalam silinder pam
Keluarkan syaf dari silinder pam
5. Tanda ( / ) pada pernyataan yang betul dan tanda ( X ) pada pernyataan yang salah.
a. Getah pencengkam brek berfungsi memberhentikan pusingan roda
b. Pengetuk berfungsi mengeluarkan bunyi dengan mengetuk piring bawah pada loceng basikal
c. Permukaan kayu perlu dilicinkan dengan menggunakan kertas pasir terlebih dahulu sebelum dipotong.
d. Kegagalan pam basikal untuk berfungsi berkemungkinan disebabkan kebocoran pada injap atau Getah hos.
26
27
top related