refleksi internship smk rosli dhoby
Post on 26-Jul-2015
3.147 Views
Preview:
TRANSCRIPT
PPK290 Internship / Pendidikan Khas Tahun 2/USM
1.0 Pendahuluan
Kursus PPK 290/2 Internship 1 adalah bertujuan memberi pendedahan awal dan
pengalaman sebenar kepada pelajar tentang pengendalian program pendidikan khas integrasi
di sekolah. Pelajar kursus ini sebagai guru pembantu hanya dikehendaki membuat
pemerhatian dan membantu guru serta melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti yang
dijalankan di sekolah supaya mereka mendapat pengalaman yang sesuai. Pada akhir
internship, pelajar akan mempunyai pemahaman yang jelas tentang peranan guru pendidikan
khas di sekolah.
Semasa menjalani latihan ini, pelajar tidak akan melakukan tugas-tugas sebenar guru
pendidikan khas. Mereka hanya dikehendaki melibatkan diri dalam empat tugas iaitu
membuat pemerhatian terhadap tugas-tugas guru pendidikan khas, pengurusan murid-murid
keperluan khas, serta pemerhatian terhadap aktiviti pengajaran dalam kelas pendidikan khas.
Selain itu, tugas guru pembantu juga meliputi membantu guru pendidikan khas mengurus
murid-murid pendidikan khas, mengendali aktivitipengajaran dalam kelas pendidikan khas,
mengkaji keperluan murid dan menulis laporan RPI serta menulis jurnal harian dan
menyediakan laporan reflektif.
SMK Rosli Dhoby/Sibu/Sarawak Page 1
PPK290 Internship / Pendidikan Khas Tahun 2/USM
2.0 Penghargaan
Syukur Alhamdulillah, saya berjaya melalui internship atau praktikal selama sebulan
di SMK Rosli Dhoby, Sibu, Sarawak. Terima kasih saya ucapkan kepada seluruh warga
SMK Rosli Dhoby, terutamanya kepada Tuan Pengetua, Penolong Kanan Pendidikan Khas
dan guru-guru pendidikan khas kerana memberi peluang dan kebenaran kepada saya untuk
menjalani internship selama sebulan di sekolah ini.
Terima kasih juga saya ucapkan kepada guru-guru yang sudi membimbing dan
membantu saya selama saya berada di sekolah ini. Saya juga berterima kasih kepada
pensyarah-pensyarah saya yang telah banyak membantu. Hasil daripada pembelajaran yang
saya ikuti di Universiti Sains Malaysia, telah saya aplikasikan sepanjang saya berada di
sekolah ini.
Selain itu, saya juga amat berterima kasih kepada pelajar-pelajar pendidikan khas
SMK Rosli Dhoby, Sibu, Sarawak kerana telah banyak membantu saya sepanjang saya
menjadi guru pembantu di sekolah ini. Kerjasama yang mereka berikan amat bermakna buat
saya. Setelah sebulan berada di sekolah ini, banyak pengalaman dan ilmu yang saya
perolehi. Saya juga dapat menambah pengetahuan mengenai bahasa-bahasa isyarat yang
mereka gunakan di sekolah dan dalam perbualan harian. Akhir kata, sekali lagi saya ingin
mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang membantu saya termasuklah keluarga
saya dan seluruh warga SMK Rosli Dhoby, Sibu, Sarawak.
SMK Rosli Dhoby/Sibu/Sarawak Page 2
PPK290 Internship / Pendidikan Khas Tahun 2/USM
3.0 Objektif Internship
Objektif utama Internship 1 adalah untuk memberi pendedahan awal dan pengalaman
sebenar (field experience) kepada pelajar. Pelajar akan ditempatkan dalam program-
program pendidikan khas yang sesuai dengan bidang tumpuan selama sebulan (4 minggu).
Semasa menjalankan internship, pelajar dikehendaki membuat pemerhatian, membantu dan
melibatkan diri dalam program-program yang dijalankan supaya mereka akan mendapat
pengalaman yang sesuai. Pelajar diberi peluang untuk mengkaji ciri-ciri diagnostik
ketidakupayaan murid, dan cara mengurus dan mengajar murid-murid tersebut. Pelajar akan
bertugas sebagai guru pembantu (teaching assistant) kepada guru-guru pendidikan khas
dalam program-program tersebut. Pada akhir internship, pelajar akan mempunyai
kefahaman mengenai peranan guru pendidikan khas dalam program integrasi inklusif atau
badan bukan kerajaan.
SMK Rosli Dhoby/Sibu/Sarawak Page 3
PPK290 Internship / Pendidikan Khas Tahun 2/USM
4.0 Refleksi Internship
4.1 Refleksi Hari Pertama (9 Julai 2012 / Isnin)
Hari pertama berada di Sekolah Menengah Kebangsaan Rosli Dhoby, hari pertama
sebagai guru pembantu. Sekolah yang merupakan tempat saya praktikal ini mempunyai
Program Integrasi Pendidikan Khas Bermasalah Pendengaran. Program ini diwujudkan
sejak tahun 2002. Sewaktu itu, program ini masih berada di skala yang kecil. Mereka
menggunakan sebuah kelas sahaja. Guru-guru pula menggunakan sedikit ruang di dalam
kelas tersebut sebagai tempat rehat guru. Pada permulaan program ini dahulu, hanya
terdapat sedikit sahaja pelajar pendidikan khas. Namun sehingga tahun 2012, mereka
berkembang daripada 1 kelas kepada 5 kelas. Dahulunya hanya untuk pelajar Tingkatan 1
sehingga 3 sahaja, namun kini sudah mempunyai kelas tingkatan 4 dan 5. Hal ini
menunjukkan program ini sudah banyak membangun setelah 11 tahun diwujudkan. Jika
dahulu, guru hanya menumpang ruang di dalam kelas pelajar, namun kini mereka sudah
mempunyai bilik rehat guru yang tersendiri. Selain itu, mereka juga mempunyai 2 orang
pembantu pendidikan khas. Mereka adalah Kak Lily dan Kak Siti Hawa. Tugas mereka
adalah untuk membantu guru-guru dan para pelajar di sini. Mereka membantu guru daripada
segi menyediakan salinan lampiran mengajar, serta membuat tugas-tugas lain. Bagi pelajar
pula, mereka membantu pelajar untuk memesan makanan di kantin dan sekiranya terdapat
aktiviti luar bilik darjah, mereka membantu untuk memasak makanan untuk para pelajar.
Bagi hari pertama, tidak banyak perkara yang dilakukan. Saya tiba di sekolah pada
pukul 6.20 pagi, kerana sudah menjadi kebiasaan semasa bersekolah di sini dahulu. Waktu
persekolahan bermula pada pukul 6.50 pagi. Pada kebiasaannya, pelajar-pelajar akan
SMK Rosli Dhoby/Sibu/Sarawak Page 4
PPK290 Internship / Pendidikan Khas Tahun 2/USM
berhimpun di tapak perhimpunan untuk upacara menaikkan bendera. Namun, pada hari ini,
cuaca tidak mengizinkan, hujan yang turun menyebabkan pelajar-pelajar hanya menunggu
di dalam kelas dan bersedia untuk memulakan proses pengajaran dan pembelajaran.
Para pelajar sudah dilatih untuk berdikari dalam menjaga kebersihan kelas masing-
masing. Sebelum masuk ke kelas, sudah menjadi rutin harian, mereka akan mengambil
kunci kelas masing-masing untuk membuka bilik darjah. Kelas pendidikan khas di sini
adalah sebanyak 5 buah, iaitu daripada Tingkatan 1 sehingga Tingkatan 5. Setiap wakil
daripada kelas masing-masing akan mengambil kunci kelas yang terletak di bilik guru.
Selepas kelas dibuka, murid-murid akan membuat pembersihan di kelas masing-masing.
Guru kelas setiap tingkatan sudah menyediakan jadual bertugas untuk memudahkan pelajar
mengetahui tugas masing-masing.
Tidak banyak pemerhatian dilakukan pada hari ini. Saya melakukan pemerhatian di
seluruh kelas pendidikan khas daripada Tingkatan 1 sehingga Tingkatan 5. Para pelajar
kelihatan ramah apabila saya memasuki kelas mereka, walaupun mereka berasa hairan
dengan kehadiran saya. Pada hari pertama, interaksi antara saya dan pelajar-pelajar di sini
tidak begitu berkembang. Mereka masih kekok untuk menegur. Interaksi antara guru pula
baik, mungkin disebabkan saya sudah mengenali mereka semasa zaman persekolahan
dahulu.
Kelas pertama yang saya masuk adalah kelas Tingkatan 1. Dalam kelas ini, ada 4
orang pelajar. Namun seorang pelajar tidak hadir ke sekolah. Apabila saya masuk untuk
pemerhatian, pelajar-pelajar tersebut kelihatan rajin untuk membuat kerja. 3 orang pelajar
ini dikenali dengan nama Tan Wui Chen, Saadiah bt Yusuf dan Eileen Kung. Ketiga-tiga
SMK Rosli Dhoby/Sibu/Sarawak Page 5
PPK290 Internship / Pendidikan Khas Tahun 2/USM
mereka mengalami masalah pendengaran. Di dalam kelas ini, mereka menggunakan papan
putih untuk menggantikan papan hitam. Penggunaan papan putih ini, pada pendapat saya
amat sesuai untuk pelajar pendidikan khas. Tulisan yang ditulis di papan putih kelihatan
lebih jelas berbanding di papan hitam. Kebanyakan sekolah di Sarawak masih lagi
menggunakan papan hitam di dalam kelas. Jadi, menjadi satu kelainan di dalam kelas-kelas
pendidikan khas ini apabila mereka menggunakan papan putih. Di dalam kelas ini juga
terdapat rak penyimpanan buku pelajar, mesin jahit, rak simpanan kasut, kipas dan peralatan
sukan. Susun atur tempat duduk pelajar adalah berhadapan dengan guru (Lihat Lampiran
A).
Kelas kedua yang saya masuki adalah kelas Tingkatan 2. Kelas ini mempunyai 5
orang pelajar yang kesemuanya lelaki. Mereka adalah Alexander, Mohd Fikri, Micheal,
Ting dan Nicholas. Menurut guru yang mengajar, pelajar yang bernama Nicholas, baru
memasuki sekolah pada tahun 2011 iaitu semasa dia berada di Tingkatan 1. Pelajar tersebut
tidak pernah menerima sebarang pendidikan semenjak daripada kecil. Oleh itu, apabila
pelajar tersebut memasuki sekolah pada tahun 2011, pelajar tersebut tidak mempunyai
sebarang pengetahuan mengenai bahasa isyarat dan pelajaran yang diajar. Hal ini
merupakan satu cabaran bagi guru-guru untuk mengajar pelajar tersebut daripada
pengajaran yang paling asas. Pelajar-pelajar lain kesemuanya bekas murid daripada sekolah
rendah pendengaran. Di dalam kelas ini, terdapat papan putih, rak simpanan buku pelajar,
alat pemancar (LCD), televisyen dan kipas.
Kelas seterusnya adalah kelas tingkatan 3. Kelas ini terdapat hanya 2 orang pelajar
sahaja. Mereka adalah David dan Mohd Rizal. Di dalam kelas ini terdapat papan putih, rak
simpanan buku pelajar, rak simpanan kasut, televisyen, kipas dan tempat simpanan alat
SMK Rosli Dhoby/Sibu/Sarawak Page 6
PPK290 Internship / Pendidikan Khas Tahun 2/USM
pemancar. Pelajar yang bernama Rizal mempunyai sering sakit menyebabkan badannya
yang kurus semakin kurus. Jika diperhatikan, pelajar tersebut kelihatan mempunyai penyakit
lain yang menyebabkan badannya sangat kurus. Rizal tidak mempunyai masalah
pendengaran yang serius. Hal ini kerana dia mampu mendengar percakapan guru. Dia akan
menjawab semula dalam bahasa isyarat.
Dalam kelas Tingkatan 4 pula, terdapat 4 orang pelajar iaitu Albert, Afiq, Monica
dan Teng. Pelajar yang bernama Teng, merupakan pelajar perempuan yang berbangsa Cina.
Pelajar tersebut lewat memasuki kelas pendidikan khas. Hal tersebut kerana menurut guru
yang mengajar, pelajar tersebut lewat dikenalpasti sebagai mempunyai masalah
pendengaran. Menurut pemerhatian saya, pelajar tersebut kelihatan tidak dapat
menyesuaikan diri lagi berada dalam kelas pendidikan khas tersebut. Seperti yang kita tahu,
apabila seseorang tidak menggemari akan sesuatu, dia akan berperlakuan agresif seperti
suka marah dan sukar untuk mendengar arahan guru. Pelajar tersebut mempunyai perlakuan
tersebut yang menyebabkan guru-guru sukar untuk memberi arahan kepadanya. Selain itu,
walaupun pelajar tersebut tidak mempunyai masalah pendengaran yang serius, guru-guru
terpaksa bercakap dalam nada yang tinggi supaya dia mampu mendengar. Pelajar tersebut
juga mencuba untuk bercakap, namun butiran percakapannya sukar untuk dikenalpasti. Hal
ini menimbulkan kesukaran dalam proses interaksi.
Kelas Tingkatan 5 pula terdapat 7 orang pelajar iaitu Nurhidayah, Nabil, Hadi, Alvin,
Hazemi, _____ dan ______. Dalam kelas ini terdapat kemudahan seperti papan putih, rak
simpanan buku, rak kasut, kipas dan OHP. Menurut guru yang mengajar, para pelajar di
dalam kelas ini mempunyai sikap dan pencapaian akademik yang baik. Apabila saya masuk
untuk memerhati, mereka rajin membuat kerja yang guru berikan. Terdapat guru yang
SMK Rosli Dhoby/Sibu/Sarawak Page 7
PPK290 Internship / Pendidikan Khas Tahun 2/USM
memberitahu bahawa ada pelajar di dalam kelas ini berpotensi untuk mendapat gred A
dalam mata pelajaran tertentu. Walaupun mereka sukar untuk faham akibat masalah
pendengaran yang dihadapi, namun mereka tidak berputus asa untuk fahami subjek yang
guru ajar. Pemerhatian kelima-lima kelas membolehkan saya tahu serba sedikit mengenai
pelajar dan tingkahlaku mereka di dalam kelas.
Waktu pengajaran dan pembelajaran tamat pada pukul 1 tengah hari. Saya bernasib
baik kerana berkesempatan terlibat dalam aktiviti mereka pada hari itu. Aktiviti itu bermula
pada pukul 2 petang. Aktiviti yang diadakan adalah aktiviti penanaman bunga di kawasan
yang berhadapan dengan kelas pendidikan khas. Melalui aktiviti tersebut, dapat dilihat
kerjasama antara pelajar sangat baik. Walaupun mereka berada dalam tingkatan yang
berlainan, mereka boleh berinteraksi sesama sendiri seperti rakan-rakan yang normal. Malah
mereka kelihatan lebih rapat antara satu sama lain. Hal ini mungkin disebabkan oleh jumlah
pelajar yang sedikit. Guru-guru memberi tunjuk ajar kepada mereka cara-cara untuk
penanaman pokok.
Pada permulaannya, mereka mencabut keseluruhan tanaman yang tumbuh di
kawasan yang hendak ditanam. Kemudian, beberapa orang pelajar ditugaskan untuk
mencangkul tanah bagi menggemburkan tanah-tanah yang ada. Apabila melihatkan mereka
melakukan tugasan yang diberi, tergambar bahawa pelajar-pelajar tersebut amat tekun
melakukan kerja yang melibatkan kemahiran. Berbeza suasananya apabila dibandingkan
antara mereka berada di dalam kelas dan di luar kelas. Aktviti yang melibatkan kemahiran
vokasional lebih menarik minat mereka. Walaupun sukar untuk mendengar, mereka mampu
melaksanakan tugasan penanaman pokok tersebut dengan baik. Aktiviti luar tersebut
digunakan oleh guru sebagai latihan amali untuk mata pelajaran Kemahiran Hidup. Aktiviti
SMK Rosli Dhoby/Sibu/Sarawak Page 8
PPK290 Internship / Pendidikan Khas Tahun 2/USM
tersebut dilakukan untuk menguji kefahaman pelajar serta peneguhan untuk mata pelajaran
yang guru ajar.
Guru-guru juga turut serta dalam proses penanaman pokok-pokok tersebut. Pelajar-
pelajar tersebut diajar untuk menggemburkan tanah, menanam pokok di dalam pasu dan di
dalam tanah serta menggunting ranting-ranting yang ada di pokok. Kesimpulannya,
perjalanan internship hari pertama berlalu dengan baik.
SMK Rosli Dhoby/Sibu/Sarawak Page 9
PPK290 Internship / Pendidikan Khas Tahun 2/USM
4.2 Hari kedua (10 Julai 2012 / Selasa )
Awal pagi sebelum bermulanya waktu persekolahan, seperti biasa pelajar-
pelajar melakukan tugasan pembersihan seperti menyapu lantai, mengemop, membersihkan
papan putih dan mengelap tingkap. Selain itu, ada juga pelajar disuruh untuk menyiram
pokok bunga yang ditanam semalam. Waktu pertama sehingga keempat dihabiskan dengan
aktiviti wajib seluruh sekolah di Malaysia iaitu 1 Murid 1 Sukan. Aktiviti ini serentak
dijalankan di sekolah-sekolah seluruh Malaysia pada hari Selasa. Para pelajar dan guru-guru
pendidikan khas tidak melepaskan peluang untuk turut serta dalam aktiviti ini. Pelajar-
pelajar sungguh bersemangat ketika menyertai aktiviti ini. Mereka berjaya mengikut rentak
senamrobik yang dibuat oleh jurulatih. Hal tersebut merupakan sesuatu yang
membanggakan kerana walaupun mempunyai kekurangan, mereka masih mampu untuk
menyertai aktiviti sebegitu.
Waktu selepas rehat dihabiskan dengan membuat pemerhatian di kelas Tingkatan 1.
Hari sebelumnya, seorang pelajar tidak menghadirkan diri ke sekolah. Pada hari ini, pelajar
tersebut yang bernama Hafiz hadir ke sekolah. Menurut guru yang mengajar serta melalui
pemerhatian saya, pelajar tersebut tidak sesuai dimasukkan ke kelas bermasalah
pendengaran. Hal ini kerana, pelajar ini boleh mendengar dengan baik. Pelajar ini seolah-
olah mempunyai masalah pembelajaran iaitu autisme. Simptom-simptomnya dapat dilihat
dengan jelas. Pelajar ini tidak mempunyai kontak mata dengan orang lain, dia mampu
mendengar tetapi berpura-pura tidak mendengar arahan guru. Hafiz dilihat gemar
membentuk bahasa isyarat dengan sendirian tanpa maksud. Contohnya dia sering
SMK Rosli Dhoby/Sibu/Sarawak Page 10
PPK290 Internship / Pendidikan Khas Tahun 2/USM
membentuk isyarat abjad-abjad namun tidak memberi apa-apa maksud. Apabila kita melihat
padanya, dia akan berusaha untuk memalingkan muka serta badannya supaya kita tidak
dapat melihatnya.
Pelajar-pelajar dalam kelas tingkatan 1 mengalami masalah dalam penulisan bahasa,
tidak kiralah bahasa Malaysia atau bahasa Inggeris. Seperti yang diketahui, pelajar
bermasalah pendengaran sememangnya mempunyai masalah yang besar dalam
pembentukan bahasa. Penggunaan bahasa mereka kerap salah dan banyak mengalami
kesalahan tatabahasa. Seperti contoh, pelajar-pelajar lain kecuali Hafiz mempunyai masalah
dalam bahasa. Walaupun mereka hanya menyalin, namun apa yang disalin mengalami
kesalahan terutamanya kesalahan ejaan. Selain itu, mereka juga mengalami masalah dalam
menggunakan imbuhan. Manakala, Hafiz pula mempunyai masalah yang lain. Dia tidak
mampu untuk menyelesaikan apa-apa tugas yang guru berikan. Hafiz juga memerlukan
arahan satu persatu daripada guru supaya apa yang disampaikan dapat dilaksanakan. Hafiz
hanya boleh menyalin daripada buku atau papan putih, namun tidak memahami apa yang
disalin dan tidak mempunyai sebarang input daripada apa yang dipelajari. Sekiranya ujian
topikal diberikan kepada Hafiz, dia tidak mampu untuk membuatnya dengan baik. Sebarang
tulisan yang ditulis oleh Hafiz menjadi suatu perkataan yang tidak mempunyai sebarang
makna kerana perkataan yang ditulis adalah hasil campuran huruf yang berlainan. Hal ini
menunjukkan bahawa Hafiz sememangnya mengalami masalah dalam bahasa.
Bagi guru Bahasa Malaysia yang mengajar mereka pula mengatakan bahawa guru-
guru tidak boleh memberikan perhatian yang lebih kepada Hafiz. Hal ini kerana tahap
pencapaian Hafiz sangat rendah berbanding dengan rakan-rakannya yang lain. Sekiranya
guru-guru terlalu tertumpu pada Hafiz, rakan-rakan yang lain akan mengalami masalah
SMK Rosli Dhoby/Sibu/Sarawak Page 11
PPK290 Internship / Pendidikan Khas Tahun 2/USM
dalam menguasai pelajaran. Namun, para guru telah mengambil inisiatif untuk memberikan
masa tambahan untuk mengajar Hafiz. Pemerhatian yang teliti perlu dilakukan kepada
Hafiz kerana apabila guru memberikan perhatian kepada rakan lain, dia akan membuat kerja
yang lain. Oleh itu, apabila rakan-rakan membuat latihan, Hafiz akan diajar untuk
menguasai sesuatu pelajaran misalnya kemahiran menulis. Hafiz akan disuruh untuk
menyalin nota yang guru sediakan. Hal ini telah menunjukkan Hafiz memerlukan teknik
pengajaran yang tepat untuk membantunya dalam akademik. Hafiz dapat menyalin tugasan
dengan cepat, namun tulisannya tidak kemas dan bersambung-sambung. Guru perlu
memberi panduan kepadanya untuk menyalin supaya Hafiz dapat menyalin dengan baik.
Hal ini menyumbang kepada satu masalah apabila kerajaan memperkenalkan Pentaksiran
Berasaskan Sekolah, yang memerlukan para pelajar lulus tahap-tahap ujian yang tertentu.
Skala yang diukur adalah menggunakan Band 1 sehingga Band 6. Para pelajar perlu lulus
tahap-tahap tersebut, sekiranya gagal, mereka perlu mengulangi semula tahap yang gagal.
Bagi Hafiz, dia sukar untuk lulus Band 1 kerana masalah yang dihadapinya. Guru-guru
sedaya upaya untuk membantunya walaupun untuk mencapai tahap Band 1.
Pelajar-pelajar ini boleh memahami pelajaran yang tidak memerlukan mereka untuk
memahami sesuatu yang abstrak. Misalnya mata pelajaran Matematik. Mereka boleh
melakukan Matematik lebih baik daripada mata pelajaran yang memerlukan kemahiran
bahasa. Namun untuk membuat latihan Matematik, mereka memerlukan bantuan kalkulator
untuk mengira nombor yang ada. Para pelajar ini juga tidak boleh diberikan kerja rumah
yang terlalu banyak. Jika diberi terlalu banyak tugasan, peratus untuk tidak menyiapkan
kerja rumah adalah tinggi. Oleh itu, guru-guru akan memberikan tugasan yang sedikit untuk
mereka siapkan di rumah.
SMK Rosli Dhoby/Sibu/Sarawak Page 12
PPK290 Internship / Pendidikan Khas Tahun 2/USM
Selain itu, apabila memasuki kelas Tingkatan 1 ini, saya berpeluang untuk memerhati
bagaimana kaedah yang guru gunakan untuk mengajar pelajar bermasalah pendengaran.
Guru-guru akan menulis nota di papan putih, manakala murid akan menyalinnya ke dalam
buku. Kemudian, guru akan menyuruh mereka membaca kembali nota tersebut dengan
menggunakan bahasa isyarat. Guru mengatakan bahawa bacaan tersebut bertujuan untuk
melatih para pelajar untuk menguasai bahasa isyarat mereka. Ada antara pelajar yang masih
mengeja perkataan-perkataan yang mempunyai bahasa isyarat tersendiri. Jadi, guru-guru
akan menggalakkan mereka membaca buku bahasa isyarat untuk meneguhkan penguasaan
bahasa isyarat mereka. Pelajar yang bernama Eileen menunjukkan penguasaan bahasa
isyarat yang agak baik. Dia melakukan bahasa isyaratnya dengan sangat jelas. Walaupun
mengalami kesalahan, cara dia membaca dengan menggunakan bahasa isyarat tersebut
sangat baik. Guru akan menegur kesilapannya dan dia akan berusaha untuk mengingati
bahasa isyarat yang dibetulkan. Dua lagi rakan yang lain, mempunyai kemahiran berbahasa
isyarat yang sederhana. Hal ini menunjukkan kepada saya bahawa pelajar-pelajar juga perlu
menguasai bahasa isyarat dengan baik supaya mereka mampu berkomunikasi dengan guru,
rakan lain atau masyarakat luar.
Pemerhatian di kelas Tingkatan 1 memberi gambaran kepada saya bahawa untuk
mengajar pelajar pendidikan khas bermasalah pendengaran, guru perlu banyak tahu bahasa
isyarat supaya dapat menerangkan pelajaran yang diajar kepada pelajar. Hal ini sangat
penting apabila mengajar pelajar yang baru menginjak ke sekolah menengah. Suasana
pembelajaran di sekolah menengah amat berbeza dengan sekolah rendah. Mereka perlu
lebih berdikari untuk menimba ilmu berbanding di sekolah rendah, ramai guru yang
membantu sepanjang masa.
SMK Rosli Dhoby/Sibu/Sarawak Page 13
PPK290 Internship / Pendidikan Khas Tahun 2/USM
Saya turut mengambil kesempatan mempelajari bahasa isyarat yang mudah-mudah
sepanjang guru mengajar pelajar tingkatan 1 tersebut. Selain daripada guru, saya juga
mempelajari serba sedikit bahasa isyarat daripada pelajar-pelajar dalam kelas tersebut.
Walaupun baru dua hari berada di sekolah ini, saya dapat lihat banyak situasi pengajaran
dan pembelajaran yang berlaku dalam program tersebut.
SMK Rosli Dhoby/Sibu/Sarawak Page 14
PPK290 Internship / Pendidikan Khas Tahun 2/USM
4.3 Hari ketiga (11 Julai 2012 / Rabu )
Hari ketiga diteruskan dengan pemerhatian di kelas Tingkatan 2. Dalam kelas ini
terdapat 5 orang pelajar, kesemuanya lelaki. Menurut guru-guru, pelajar di dalam kelas ini
hampir kesemuanya lemah dalam pembelajaran. 4 orang antara mereka mempunyai masalah
pendengaran yang teruk kerana tidak mampu mendengar walaupun mempunyai alat bantu
pendengaran. Manakala seorang lagi yang bernama Fikri mampu mendengar jika guru
bercakap dengan kuat, walaupun tiada alat bantu pendengaran. Fikri juga mampu bercakap,
namun dengan suara yang perlahan. Melalui pemerhatian saya, Fikri kurang sesuai
ditempatkan dikelas pendidikan khas bermasalah pendengaran. Hal ini kerana, dia mampu
mendengar dan bercakap dengan baik sekiranya dilatih. Di dalam kelas ini, dia terpengaruh
oleh rakan-rakan yang mengalami masalah pendengaran, dia sentiasa berbahasa isyarat
untuk berkomunikasi walaupun dengan guru. Fikri boleh dilatih untuk bercakap supaya dia
boleh membantu dirinya sendiri untuk berhubung dengan masyarakat.
Pengajaran dan pembelajaran dalam kelas tingkatan 2 berlangsung dengan baik.
Guru-guru yang mengajar perlu mengajar dengan teliti untuk memahamkan pelajar-pelajar.
Para pelajar tersebut amat lemah dalam bahasa. Apabila saya ikuti kelas bahasa Malaysia,
pelajar-pelajar diminta untuk menjawab soalan latihan. Guru meminta pelajar untuk
membaca secara individu. Fikri boleh membaca dengan baik soalan yang diberi. Rakan-
rakan yang lain pula, ada di antara mereka yang masih perlu mengeja perkataan-perkataan
yang dibaca. Manakala, ada pelajar yang bernama Nicholas pula, menghadapi masalah
untuk membaca. Dia baru masuk ke sekolah pada tahun 2011, dan tidak pernah memasuki
SMK Rosli Dhoby/Sibu/Sarawak Page 15
PPK290 Internship / Pendidikan Khas Tahun 2/USM
mana-mana sekolah rendah sebelumnya. Guru yang mengajar pula perlu membantunya
mengeja satu persatu perkataan yang dibaca. Sehingga pada satu tahap, Nicholas sudah lupa
abjad-abjad dalam bahasa isyarat. Hal ini menimbulkan kesukaran kepada dia dan guru yang
mengajar. Inisiatif yang guru tersebut ambil adalah mencetak gambar abjad dalam bahasa
isyarat yang besar untuk bacaannya. Guru tersebut memintanya menghafal semula abjad-
abjad tersebut. Hal tersebut menunjukkan bahawa para pelajar berpendidikan khas perlu
menjalani pendidikan seawal yang mungkin. Mereka perlu mendapatkan kemahiran yang
asas ketika masih kecil bagi membolehkan mereka mudah untuk faham pembelajaran pada
tahap-tahap seterusnya. Pendidikan asas bukan sahaja perlu kepada pelajar khas bermasalah
pendengaran sahaja, malah semua pelajar yang mengalami ketidakupayaan termasuklah
bermasalah penglihatan dan masalah pembelajaran.
Pelajar-pelajar dalam kelas ini perlu melalui pengajaran yang sama seperti pelajar
dalam tingkatan 1. Mereka masih tidak memahami kebanyakan pelajaran yang guru ajar.
Guru perlu memberi tunjuk ajar satu persatu untuk memastikan mereka faham apa yang
diajar. Selain itu, mereka kurang minat akan bidang akademik. Jika dilihat, mereka lebih
gemar akan sesuatu yang melibatkan kemahiran. Ada diantara mereka yang sangat minat
dalam bermain bola sepak, minat untuk membaiki sesuatu dan banyak lagi. Apabila mereka
mengikuti aliran perdana, mereka kurang didedahkan dengan aktiviti yang melibatkan
kemahiran. Pelajar seperti ini boleh diajar dan dilatih untuk kemahiran vokasional supaya
mereka mudah untuk memasuki bidang kerjaya kelak.
Waktu pembelajaran selepas rehat diteruskan dengan menemani pelajar-pelajar
tingkatan 5 ke dewan sekolah. Terdapat aktiviti ceramah kerjaya yang diadakan untuk
semua pelajar-pelajar tingkatan 5 di SMK Rosli Dhoby. Mereka juga turut serta dalam
SMK Rosli Dhoby/Sibu/Sarawak Page 16
PPK290 Internship / Pendidikan Khas Tahun 2/USM
aktiviti tersebut. Ceramah tersebut adalah mengenai bagaimana pelajar-pelajar dapat
menempatkan diri dalam alam pekerjaan serta cara-cara untuk mendapatkan pekerjaan.
Untuk aktiviti seperti ini, para pelajar memerlukan penterjemah untuk menterjemahkan apa
yang disampaikan oleh penceramah. Pelajar-pelajar ini saling membantu satu sama lain.
Contohnya, apabila rakan mereka tidak memahami apa yang disampaikan, rakan yang lain
akan berusaha untuk menerangkan kembali kepada rakan mereka. Wujudnya komunikasi
yang baik antara mereka membolehkan mereka mendapat ilmu yang disampaikan oleh
orang luar dengan baik. Adakalanya mereka tidak memerlukan penterjemah kerana terdapat
pelajar tingkatan 5 yang boleh mendengar dan membantu membuat penerangan kepada
rakan-rakan.
SMK Rosli Dhoby/Sibu/Sarawak Page 17
PPK290 Internship / Pendidikan Khas Tahun 2/USM
4.4 Hari keempat (12 Julai 2012 / Khamis )
Hari keempat praktikal digunakan untuk memerhati di kelas Tingkatan 3. Kelas ini
mempunyai 2 orang pelajar sahaja, iaitu David dan Rizal. Kedua-dua mereka mempunyai
masalah pendengaran, Rizal mempunyai masalah pendengaran yang sederhana. Oleh itu, dia
mampu mendengar apa yang guru sampaikan. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran
yang berlaku, kedua-dua menunjukkan perlakuan yang baik dalam akademik. Walaupun
tidak mencapai keputusan yang cemerlang, namun bagi pelajar yang bermasalah
pendengaran, mereka boleh mengikuti pembelajaran yang dijalankan.
Rizal mempunyai tubuh badan yang sangat kurus. Guru-guru mengatakan bahawa dia
sering sakit sehingga menyebabkan badannya menjadi begitu. Rizal boleh mendengar
sekiranya guru bercakap dalam nada yang tinggi. Walaupun mengalami masalah, Rizal
seorang pelajar yang cepat memahami apa yang guru sampaikan. Apabila guru
menerangkan sesuatu, dia boleh meniru kembali perbuatan guru untuk menunjukkan dia
faham apa yang disampaikan. Selain itu, Rizal juga mahir dalam menggunakan bahasa
isyarat. Saya juga cuba untuk mengajar Rizal mata pelajaran Agama Islam. Apabila saya
menyuruhnya membaca nota, dia boleh membaca dengan menggunakan bahasa isyarat
dengan baik. Kemudian, guru yang mengajar bertanyakan mengenai topik yang dipelajari,
dia memahami dan boleh menjawab soalan yang guru tanya.
Seorang lagi pelajar iaitu David mempunyai masalah pendengaran yang agak teruk
Walaupun mempunyai alat bantu pendengaran, dia sukar untuk mendengar bunyi. Menurut
gurunya, David seorang pelajar yang lemah dalam menerima pelajaran. Dia sukar untuk
SMK Rosli Dhoby/Sibu/Sarawak Page 18
PPK290 Internship / Pendidikan Khas Tahun 2/USM
faham apa yang guru ajar. Namun, kesukaran yang dialaminya tidak menjadi masalah buat
guru-guru kerana David seorang pelajar yang sangat rajin. Dia boleh memahami sesuatu
walaupun mengambil masa yang agak lama. David juga memerlukan panduan untuk
melakukan latihan dalam setiap subjek yang dilakukan. Walaupun David lemah dalam
akademik, namun David rajin dalam melakukan kerja-kerja harian. Pada awal pagi tadi,
David mengadu akan rakannya Rizal bahawa dia tidak melakukan kerja-kerja pembersihan.
Hanya David seorang sahaja yang mengemas kelas mereka. Rizal kelihatan tidak
mengambil kisah akan apa yang David katakan. Apabila dilihat, Rizal sememangnya tidak
peduli akan apa yang orang katakan. Selepas 4 hari pemerhatian, Rizal seakan-akan hidup
dalam dunianya sendiri. Namun dia tidak mengalami masalah autisme, mungkin disebabkan
oleh kesakitan yang dialaminya menyebabkan Rizal tidak berdaya untuk melakukan kerja-
kerja harian.
Semasa pengajaran mata pelajaran Pendidikan Agama Islam, Rizal bersama guru
yang mengajar belajar mengenai tajuk kematian. Apabila ditanya mengenai kematian, Rizal
mampu memahami sedikit mengenai maksud kematian. Dia sempat mengatakan kepada
gurunya bahawa dia belum akan mati keesokkan harinya. Manakala David pula sudah
menghabiskan silibus untuk mata pelajaran Pendidikan Moral, jadi guru yang mengajar
memberi bimbingan kepadanya untuk memahami subjek lain.
Apabila ketiadaan guru dalam kelas, David dan Rizal membuat kerja masing-masing.
Saya lihat mereka berdua jarang berkomunikasi sesama sendiri melainkan ada perkara yang
perlu dibualkan. Selepas beberapa hari pemerhatian saya kepada kelas-kelas pendidikan
khas ini, dapat dilihat bahawa Rizal kurang bergaul dengan rakan-rakan yang lain. Amat
berbeza daripada David, dia boleh bersosial dengan rakan-rakan daripada kelas-kelas lain
SMK Rosli Dhoby/Sibu/Sarawak Page 19
PPK290 Internship / Pendidikan Khas Tahun 2/USM
dengan sangat baik. Pada pandangan pertama, David dilihat sebagai seorang yang suka
menyendiri, namun bila menemui rakan-rakan, dia mempunyai banyak cerita yang menarik
dikongsikan kepada rakan-rakannya. Mungkin disebabkan oleh hanya dia dan Rizal sahaja
di dalam kelas tersebut, dia kurang untuk berinteraksi sesama mereka di dalam kelas.
Selain itu, guru yang mengajar mengatakan bahawa Rizal sering tertinggal buku di
rumah. Setiap kali pembelajaran dilakukan, Rizal akan memberi alasan tertinggal di rumah
ataupun hilang. Pada hari ini, ibu Rizal datang ke sekolah untuk berjumpa dengan guru. Dia
mengatakan bahawa Rizal ada mencari-cari buku di rumah, tetapi tidak tahu jumpa atau
tidak. Dia juga mengatakan Rizal sering sakit yang menyebabkan dia tidak mampu untuk ke
sekolah. Selain itu, ibu Rizal juga memberikan wang kepada guru untuk kegunaan Rizal di
sekolah. Wang itu selalunya digunakan untuk membeli peralatan sekolah Rizal yang tiada
serta untuk pembelian makanan semasa Rizal berada di sekolah.
SMK Rosli Dhoby/Sibu/Sarawak Page 20
PPK290 Internship / Pendidikan Khas Tahun 2/USM
4.5 Hari kelima (13 Julai 2012 / Jumaat )
Saya bertuah pada hari ini kerana terdapat wakil-wakil daripada Deaf Association
Kuching datang melawat ke sekolah SMK Rosli Dhoby, Sibu. Mereka juga mewakili “Sibu
Deaf Club” yang melakukan aktiviti-aktiviti untu pelajar-pelajar bermasalah pendengaran.
Tujuan mereka datang adalah untuk membuat hari motivasi bersama pelajar-pelajar
bermasalah pendengaran di sini. Program tersebut dinamakan “Motivasi Ilmu untuk Pelajar
Khas”. Ada antara wakil tersebut merupakan bekas pelajar di sekolah ini sewaktu permulaan
penubuhan kelas pendidikan khas di sekolah ini. Oleh itu, dia mengatakan bahawa dia ingin
menyumbangkan sesuatu untuk pelajar bermasalah pendengaran di sini.
Permulaan hari motivasi ini dimulakan dengan sesi perkenalan antara pelajar
bersama wakil daripada Persatuan Pekak tersebut. Masing-masing mempunyai cara
panggilan tersendiri, huruf yang melambangkan nama masing-masing. Saya lihat ia
merupakan sesuatu yang menarik kerana hanya melalui 1 atau 2 huruf sahaja, mereka sudah
mengetahui siapa orang yang dipanggil. Saya berpendapat bahawa pelajar-pelajar kursus
pendidikan khas Tahun 2 di USM juga patut mempunyai nama bahasa isyarat yang
tersendiri. Perkara tersebut akan menjadi satu keunikan bagi pelajar yang mengambil
jurusan tersebut.
Kemudian, aktiviti hari motivasi diteruskan dengan pembentangan slaid daripada
wakil-wakil yang ada. Saya kurang memahami perbualan mereka bersama pelajar yang ada
kerana mereka menggunakan bahasa isyarat yang sangat cepat dan ada antara bahasa isyarat
yang digunakan belum dipelajari. Namun, saya dapat lihat pelajar-pelajar sangat gembira
SMK Rosli Dhoby/Sibu/Sarawak Page 21
PPK290 Internship / Pendidikan Khas Tahun 2/USM
mengikuti aktiviti yang dijalankan. Hal tersebut mungkin disebabkan oleh mereka kurang
mengikuti aktiviti-aktiviti seperti yang dijalankan. Sewaktu pembentangan slaid oleh wakil-
wakil tersebut, mereka membentangkan dengan sangat baik. Hal ini kerana apa yang
dipaparkan di slaid kurang difahami oleh pelajar-pelajar disini, namun mereka menerangkan
dengan sangat baik. Mereka juga menyelitkan unsur cerita apabila menerangkan sesuatu.
Para pelajar tidak dapat memahami dengan baik sekiranya terdapat peribahasa digunakan di
dalam perbualan harian, tetapi wakil tersebut dapat menerangkan dengan baik peribahasa
yang digunakan serta menggunakan contoh-contoh yang menarik untuk menerangkannya.
Mereka juga membuat lakonan sebagai contoh di hadapan para pelajar. Walaupun kurang
faham apa yang disampaikan, namun, saya dapat faham apa yang cuba disampaikan melalui
lakonan yang mereka jalankan. Amat menarik dan saya berpendapat bahawa cara mereka
menyampaikan tersebut boleh digunakan semasa proses pengajaran dan pembelajaran di
dalam kelas. Hal ini kerana pelajar-pelajar dilihat lebih mudah memahami apa yang
disampaikan sekiranya cara penyampaian tersebut menarik minat mereka dan mempunyai
contoh-contoh yang boleh mengukuhkan pemahaman mereka.
Mereka juga memberi peluang kepada para pelajar yang faham untuk menerangkan
slaid tersebut kepada rakan-rakan yang lain. Walaupun pada mulanya ada yang masih ragu-
ragu dan malu untuk berada dihadapan, wakil-wakil tersebut membantu pelajar untuk berasa
yakin apabila berada dihadapan orang. Mereka tidak membiarkan pelajar untuk membuat
penerangan secara bersendirian malah mereka turut serta membantu pelajar tersebut
menerangkan kepada rakan mereka. Cara tersebut dapat membina keyakinan diri pelajar
disamping dapat memperkembang bakat yang ada kepada orang lain.
SMK Rosli Dhoby/Sibu/Sarawak Page 22
PPK290 Internship / Pendidikan Khas Tahun 2/USM
Antara topik yang diperkatakan dalam hari motivasi tersebut termasuklah berkaitan
dengan impian para pelajar dan cara untuk memperoleh kejayaan. Mereka memerlukan
bantuan daripada segi psikologi untuk membolehkan mereka yakin dan boleh berinteraksi
dengan masyarakat. Cara penyampaian wakil-wakil tersebut sangat baik kerana mereka
dapat meningkatkan psikologi yang positif dalam diri pelajar. Mereka juga memaparkan
golongan yang bermasalah pendengaran yang berjaya dalam akademik dan memperoleh sijil
di peringkat Diploma dan Ijazah Sarjana Muda. Mereka mengatakan bahawa pelajar khas
juga boleh berjaya sekiranya mereka mahukannya serta belajar bersungguh-sungguh.
Contoh pelajar yang berjaya tersebut merupakan bekas pelajar di SMK Rosli Dhoby juga.
Hal tersebut dapat memberi inspirasi kepada para pelajar tersebut untuk mengikuti jejak
langkah senior-senior mereka.
Selepas tamat sesi pertama, kami rehat dan makan bersama-sama tenaga pengajar
yang ada. Ada pelajar yang makan bersama tenaga pengajar tersebut berbual bersama
mereka. Sambil makan, terdapat proses interaksi antara mereka. Hal ini membolehkan
mereka bertukar-tukar pendapat mengenai apa yang mereka tahu.
Selepas rehat, hari motivasi diteruskan dengan latihan dalam kumpulan. Para pelajar
dibahagikan kepada 3 kumpulan. Tenaga pengajar memilih pelajar untuk dibahagikan
kepada 3 kumpulan, mereka tidak membenarkan pelajar memilih kumpulan mereka sendiri.
Kemudian, mereka diberi kertas yang besar sebagai tempat untuk menulis. Tugasan mereka
adalah menulis apa yang baik dan apa yang tidak baik yang dilakukan dalam kehidupan
seharian. Masing-masing menyumbang idea dalam aktiviti tersebut. Aktiviti tersebut dapat
memupuk semangat kerjasama antara pelajar.
SMK Rosli Dhoby/Sibu/Sarawak Page 23
PPK290 Internship / Pendidikan Khas Tahun 2/USM
Tamatnya sesi perbincangan dalam kumpulan, para pelajar diminta menghantar wakil
untuk membentangkan hasil kerja kumpulan masing-masing di hadapan. Apabila
melihatkan hasil kerja mereka, nampak kesilapan yang jelas dalam bahasa. Tatabahasa yang
mereka gunakan tunggang-langgang. Pembalikan ayat turut berlaku. Hal ini disebabkan
mereka menulis mengikut apa yang mereka fahami dan cara penulisan mereka
sememangnya lemah dalam penggunaan bahasa yang betul. Sewaktu pembentangan oleh
tenaga pengajar tersebut juga menggunakan bahasa yang terbalik. Mereka menyediakan
bahan yang mudah untuk difahami oleh para pelajar. Golongan bermasalah pendengaran
sememangnya menggunakan singkatan dalam perbualan harian. Saya juga berpeluang untuk
mengikuti perbincangan dalam kumpulan. Saya hanya bertanya menggunakan bahasa
isyarat mudah sahaja, mereka sudah dapat memahami maksud yang saya cuba sampaikan.
Pembentangan para pelajar diwakilkan oleh 3 orang daripada setiap kumpulan.
Melalui pembentangan ini, dapat dilihat para pelajar mencuba sedaya upaya untuk
menerangkan dalam bahasa isyarat di hadapan orang. Ada pelajar yang bernama Ling, boleh
menggunakan bahasa isyarat dengan sangat cepat berbeza apabila bersama rakan-rakan dan
guru. Mungkin disebabkan rakan-rakan atau guru sukar untuk memahami sekiranya dia
menggunakan bahasa isyarat dengan sangat cepat. Hari motivasi bersama pelajar
berkeperluan khas ini tamat pada pukul 11.30 pagi. Aktiviti tersebut ditamatkan dengan sesi
bergambar bersama tenaga pengajar, guru dan para pelajar. Sesungguhnya aktiviti ini dapat
meningkatkan keyakinan dalam diri pelajar serta dapat mengukuhkan psikologi positif
mereka. Aktiviti tersebut perlu dilakukan dengan lebih kerap supaya pelajar tidak hanya
belajar di dalam kelas sahaja, mereka juga boleh memperkembangkan pembelajaran mereka
di luar bilik darjah.
SMK Rosli Dhoby/Sibu/Sarawak Page 24
PPK290 Internship / Pendidikan Khas Tahun 2/USM
4.6 Hari keenam (16 Julai 2012 / Isnin )
Pemerhatian pada hari ini dilakukan kepada pelajar Tingkatan 4. Dalam kelas ini
terdiri daripada empat orang pelajar iaitu Albert (Ketua Kelas), Monica (Penolong), Afiq
dan Teng. Afiq dan Monica mempunyai masalah pendengaran yang teruk manakala Albert
dan Teng mengalami masalah pendengaran yang sederhana. Jadi, mereka berdua mampu
mendengar apa yang guru katakan dengan bantuan alat bantu pendengaran yang ada. Albert
bukan sahaja boleh mendengar malah juga boleh bercakap. Namun butiran percakapannya
tidak seperti pelajar normal. Hal tersebut merupakan satu kelebihan baginya. Dia mampu
bertutur bagi pihak rakan-rakannya sekiranya terdapat orang-orang sekeliling yang tidak
mampu memahami bahasa isyarat. Guru-guru juga sering meminta Albert berjumpa dengan
pihak pentadbiran sekiranya terdapat masalah yang melibatkan pendidikan khas, kerana
Albert boleh bercakap dan mewakili pelajar-pelajar pendidikan khas.
Selain itu, Teng pula boleh mendengar. Dia juga boleh bercakap sedikit namun
butiran percakapan tidak jelas. Apabila saya mendengar dia bercakap, seolah-olah ada
sesuatu yang tersekat di pita suaranya. Teng hanya boleh bercakap bahasa Cina sahaja, dia
tidak mahir berbahasa Melayu ataupun bahasa Inggeris. Pada mulanya Teng bukan seorang
yang suka bersosial. Namun, pada hari pemerhatian saya, dia sedaya upaya untuk berkongsi
sesuatu kepada saya, tetapi dia bertutur dalam bahasa Cina yang menyebabkan saya tidak
faham apa yang cuba disampaikan. Dia hanya menunjuk-nunjuk gambar, dan melalui
gambar yang ditunjuk, saya boleh menangkap apa yang cuba disampaikan walaupun
maklumatnya sedikit. Teng kurang untuk bergaul dengan rakan-rakan yang lain. Melalui
SMK Rosli Dhoby/Sibu/Sarawak Page 25
PPK290 Internship / Pendidikan Khas Tahun 2/USM
perbualan saya bersama PPM pendidikan khas, Teng baru sahaja dimasukkan ke program
integrasi ini pada bulan Mei. Pengesanan terhadap ketidakupayaannya dilakukan agak
lewat. Hal tersebut menyebabkan Teng seolah-olah memberontak apabila dilayan seperti
pelajar pendidikan khas yang lain.
Dapat dilihat setiap kali semasa perhimpunan harian dijalankan, Teng tidak akan
menyanyikan lagu kebangsaan dan sekolah menggunakan bahasa isyarat. Dia hanya
menggerakkan mulutnya, walaupun melalui pemerhatian saya, apa yang dinyanyikannya
adalah salah. Dia tidak mahu mengikuti pergerakan guru yang berada dihadapan mereka.
Situasi di dalam kelas juga begitu, Teng hanya cuba untuk bercakap dengan menggunakan
bahasa Cina, namun tiada tanda dia akan menggunakan bahasa isyarat.
Bagi pelajar yang bernama Monica pula, dia tidak mampu untuk mendengar dan
bertutur. Apabila dia cuba berbual dengan saya, dia akan menggunakan bahasa isyarat
mudah dan kami menggunakan pen dan kertas sebagai medium pertuturan. Apabila menulis,
dia cuba menyampaikan sesuatu namun bahasa yang digunakan agak sukar difahami. Dia
gemar menggunakan ayat yang terbalik yang sangat mengelirukan pembaca. Saya perlu
memerhati dan membaca berulang kali untuk memahami apa yang cuba disampaikan.
Monica mempunyai pergerakan dan bertindak dengan sedikit perlahan. Oleh itu, apabila
saya cuba menyampaikan sesuatu, saya perlu memastikan dia benar-benar faham sesuatu
maklumat sebelum berpindah ke maklumat seterusnya. Tetapi, Monica akan bertanya
semula apabila dia tidak memahaminya.
Terdapat seorang lagi iaitu Afiq. Afiq mempunyai masalah pendengaran yang teruk
dan tidak boleh bertutur. Namun, apa yang menariknya, Afiq sangat gemar bersosial. Dia
SMK Rosli Dhoby/Sibu/Sarawak Page 26
PPK290 Internship / Pendidikan Khas Tahun 2/USM
akan senyum kepada sesiapa sahaja yang ditemuinya. Afiq juga gemar berkomunikasi
dengan orang lain. Dia akan menulis di atas kertas untuk berhubung dengan orang lain.
Namun Afiq tidak pandai berbahasa Melayu. Dia akan berkomunikasi dengan orang lain
dengan menggunakan bahasa Inggeris. Bahasa isyarat yang digunakan juga merupakan
bahasa Inggeris. Afiq bersifat sukakan perhatian daripada orang lain. Dia akan berasa
terpinggir sekiranya rakan-rakan yang lain tidak memberikan perhatian kepadanya. Dia juga
sering merasakan rakan-rakannya gemar meminggirkannya. Afiq tinggal di asrama lelaki
sekolah ini. Dahulunya, dia masih dihantar oleh ibunya untuk ke sekolah. Namun, setelah
beberapa tahun, ibunya menghantar dia ke asrama. Hal tersebut kerana dia terlalu leka
dengan kemudahan komputer di rumahnya. Apabila berada di rumah, dia tidak akan
menelaah buku-buku ataupun membuat kerja rumahnya. Dia menjadi leka apabila terdapat
perkara yang sememangnya menjadi minatnya. Hal tersebut menjadi kesukaran kerana dia
tidak dapat memahami apa sahaja yang dipelajari sekiranya tidak membuat tugasan yang
diberikan oleh guru. Setiap kali berjumpa dengan Afiq, dia pasti akan mengatakan dia
keseorangan. Kadang-kadang agak kelakar kerana dia yang memilih untuk tidak mahu
berkawan bersama rakan yang lain. Namun, dia sendiri yang mengadu bahawa rakannya
tidak mahu berkawan dengannya. Pemikirannya seolah-olah masih sama seperti kanak-
kanak. Mungkin disebabkan kerana dia merupakan anak manja dalam keluarganya.
Pemerhatian saya pada hari tersebut dapat melihat bahawa Afiq sememangnya gemar
berkenalan dengan orang yang baru dikenali. Dia akan bertanyakan banyak soalan kepada
saya sepanjang saya melakukan pemerhatian.
Proses pengajaran dan pembelajaran yang dilakukan adalah bersamaan dengan kelas-
kelas yang lain. Guru-guru perlu menerangkan satu persatu apa yang dipelajari supaya
SMK Rosli Dhoby/Sibu/Sarawak Page 27
PPK290 Internship / Pendidikan Khas Tahun 2/USM
mereka faham apa yang disampaikan. Para pelajar juga akan mengulang apa yang guru
sampaikan. Walaupun mereka mengatakan mereka memahami apa yang mereka pelajari,
mereka akan membuat kesilapan di dalam latihan mereka. Mereka memerlukan latihan yang
mencukupi dan bimbingan daripada guru untuk membuat latihan serta memahami apa yang
dipelajari.
SMK Rosli Dhoby/Sibu/Sarawak Page 28
PPK290 Internship / Pendidikan Khas Tahun 2/USM
4.7 Hari ketujuh (17 Julai 2012 / Selasa )
Hari ini saya melakukan pemantauan terhadap kelas Tingkatan 5.
4.8 Hari kelapan (18 Julai 2012 / Rabu )
4.9 Hari kesembilan (19 Julai 2012 / Khamis)
4.10 Hari kesepuluh (20 Julai 2012 / Jumaat )
SMK Rosli Dhoby/Sibu/Sarawak Page 29
PPK290 Internship / Pendidikan Khas Tahun 2/USM
4.11 Hari kesebelas (23 Julai 2012 / Isnin )
Minggu pertama untuk bulan Ramadhan. Hari ini saya ditugaskan untuk
menggantikan guru yang sakit. Pada waktu pertama, saya masuk ke kelas tingkatan 3, untuk
mata pelajaran Bahasa Inggeris. Hari ini sekali lagi Rizal tidak menghadirkan diri ke
sekolah. David pula belajar seorang di dalam kelas. Jadi, saya menyuruh David untuk
menyiapkan kertas soalan ramalan PMR Bahasa Inggeris. Selepas menyiapkan satu
bahagian, David menghantarnya kepada saya, untuk disemak. David boleh melakukan
soalan yang ada dengan baik. Dia boleh memahami soalan dengan baik. Selepas menyemak
bahagian yang disiapkan oleh David tadi, saya menyuruh dia menyiapkan satu lagi bahagian
dalam buku soalan tersebut. Kali ini, David menyiapkannya dengan banyak kesilapan. Saya
menyuruhnya membetulkan kembali kesilapan yang dilakukannya. Kemudian, selepas
membuat pembetulan, saya menyemak kembali tugasan yang dilakukannya. Namun, David
masih membuat kesilapan yang sama. Apabila diteliti, David tidak memahami kebanyakan
perkataan yang menyebabkan dia tidak dapat menjawab dengan baik. Walaupun merujuk
kepada kamus, dia masih memerlukan penerangan untuk setiap perkataan yang sukar.
Kemudian, selepas kelas tersebut, saya masuk ke kelas Tingkatan 4 bagi
menggantikan guru yang mengajar mata pelajaran Sains. Saya membenarkan pelajar
membuat tugasan masing-masing yang belum siap. Setelah habis tugasan tersebut, pelajar
yang bernama Teng meminta bantuan rakannya untuk mengajarnya bahasa isyarat. Dia
menggunakan buku yang mempunyai bahasa isyarat yang disusuli dengan perkataan bahasa
Melayu, Inggeris dan Cina. Dia akan mengulang kembali apa yang rakannya buat. Dengan
SMK Rosli Dhoby/Sibu/Sarawak Page 30
PPK290 Internship / Pendidikan Khas Tahun 2/USM
cara itu, dia mampu menghafal bahasa-bahasa isyarat tersebut. Walaupun tidak mahir
berbahasa isyarat, dia boleh menggunakan bahasa isyarat yang ringkas untuk berkomunikasi
bersama rakannya. Monica turut membantu Afiq mengajar Teng berbahasa isyarat. Terdapat
kosa kata di dalam buku tidak menepati bahasa isyarat yang digunakan dalam kehidupan
seharian mereka, Afiq menyuruh Teng mengikut bahasa isyaratnya kerana bahasa isyarat di
dalam buku tersebut mengalami kesalahan. Saya juga turut mengambil kesempatan untuk
mempelajari bahasa isyarat daripada mereka. Hal tersebut kerana, apabila kita mempelajari
bahasa isyarat berpandukan buku sahaja, sukar untuk mengingatnya. Tetapi, saya merasakan
apabila saya mengikut bahasa isyarat yang ditunjukkan oleh para pelajar, saya boleh
mengingatnya dengan lebih mudah. Pada pendapat saya, para pelajar pendidikan khas yang
mengambil masalah pendengaran perlu lebih didedahkan dengan pelajar bermasalah
pendengaran kerana ianya dapat membantu meningkatkan tahap kebolehan berbahasa
isyarat.
SMK Rosli Dhoby/Sibu/Sarawak Page 31
PPK290 Internship / Pendidikan Khas Tahun 2/USM
4.12 Hari kedua belas (24 Julai 2012 / Selasa )
SMK Rosli Dhoby/Sibu/Sarawak Page 32
PPK290 Internship / Pendidikan Khas Tahun 2/USM
4.13 Hari ketiga belas (25 Julai 2012 / Rabu )
Hari ini perhimpunan wajib dibatalkan kerana hari hujan. Jadi, para pelajar diminta
untuk duduk di dalam kelas bagi membuat kerja masing-masing. Saya mengambil
kesempatan untuk berada dalam kelas Tingkatan 5. Seperti biasa mereka membuat tugasan
masing-masing seperti membuat kerja rumah, membaca buku dan sebagainya. Kemudian,
terdapat satu insiden di mana seorang pelajar yang bernama Alvin bermain ‘marker’ dan
menconteng muka rakannya, Tang. Saya memerhati bagaimana mereka menyelesaikan
perkara tersebut. Pada mulanya Tang nampak marah kerana dia tahu kesan dakwat tersebut
sukar untuk hilang. Kemudian, dia ingin membalas kembali apa yang dilakukan oleh Alvin
kepadanya dengan menconteng muka Alvin. Namun, hasratnya dihalang oleh Hazemi.
Hazemi menyuruhnya membiarkan sahaja tindakan Alvin kerana tiada gunanya membalas
tindakan Alvin. Kemudian Tang bertanya kepada Hazemi, yang dia ingin membalas namun
dia ingin menconteng di tangan Alvin dan bukan di mukanya. Hazemi mengatakan boleh.
Kemudian, Tang pun memanggil Alvin lalu menconteng tangannya. Alvin hanya
membenarkan Tang menconteng tangannya. Selepas mencontengnya, saya nampak Tang
berpuas hati kerana sudah membalas tindakan Alvin. Insiden tersebut agak kelakar kerana
mereka masih berfikir seperti kanak-kanak yang gemar membalas tindakan orang lain
dengan melakukan perkara yang sama. Namun cara mereka menyelesaikan masalah tersebut
adalah bijak kerana mereka tidak mencetuskan sebuah pergaduhan yang serius. Selepas
insiden itu, mereka boleh meneruskan tugasan masing-masing tanpa memikirkan apa yang
telah terjadi.
SMK Rosli Dhoby/Sibu/Sarawak Page 33
PPK290 Internship / Pendidikan Khas Tahun 2/USM
Kemudian, saya mengikuti pengajaran dan pembelajaran bersama David yang
dilakukan di dalam bilik rehat guru. David belajar subjek Matematik. Menurut cerita
daripada guru Geografinya, dia baru sahaja mengajar David mengenai topik laut, sepuluh
minit kemudian, apabila ditanya soalan mengenai apa yang dipelajarinya, David tidak dapat
menjawab dengan baik. Ingatan David lemah menyebabkan dia tidak mampu untuk
mengingat perkara yang baru sahaja dipelajarinya. Apabila dia belajar subjek Matematik,
dia perlu membuat latihan yang banyak. Apabila membuat latihan Matematik, David
sentiasa membuat kesilapan dalam menyelesaikan soalan yang ada. Semasa guru Matematik
menyemak soalan, guru memberitahu David bahawa sekiranya dia tidak memahami apa
yang diajar, dia perlu bertanya semula kepada guru. David mengatakan soalan yang cuba
dijawabnya sangat susah sehingga menyebabkan dia muntah-muntah. Guru pula
mengatakan bahawa David tidak boleh terlalu tertekan ketika belajar. Hal ini akan
menyebabkan kesihatannya akan terganggu. Selepas beberapa latihan dibuat oleh David, dia
mampu membuat soalan yang lain dengan baik. Hari ini masuk hari ketiga David belajar
sendirian di dalam kelas kerana Rizal tidak hadir ke sekolah. Guru menganggap mungkin
David kesunyian apabila belajar bersendirian di dalam kelas tanpa ada rakan.
Pada waktu yang ke-7, saya ditugaskan untuk menggantikan guru yang mengambil
ujian Cambridge di sekolah. Saya masuk ke kelas Tingkatan 2 bagi subjek Bahasa Inggeris.
Sudah menjadi kelaziman apabila masuk ke kelas Tingkatan 2 ini, para pelajar
sememangnya sukar untuk bergerak dengan cepat. Buku daripada waktu sebelumnya masih
berada di atas meja, dan ada yang masih menyalin nota di papan putih. Saya menyuruh
mereka menyimpan semua buku yang ada dan bersedia untuk mata pelajaran seterusnya.
Guru yang mengajar hanya menyuruh saya memberikan latihan menjawab soalan sahaja
SMK Rosli Dhoby/Sibu/Sarawak Page 34
PPK290 Internship / Pendidikan Khas Tahun 2/USM
kepada mereka. Saya menyuruh mereka membuat tugasan tersebut. Setelah siap, saya
menyemak dan menyuruh mereka membuat pembetulan soalan yang salah sekali lagi.
Kemudian barulah saya menyemak dengan menggunakan pen merah. Markah yang mereka
perolehi tidak lebih daripada 4 markah dan ada yang memperoleh 1 markah.
Selepas memberikan kembali tugasan tersebut, terdapat lebihan masa untuk waktu
tersebut. Saya mengambil peluang untuk berborak bersama mereka. Waktu seterusnya
adalah untuk subjek Kemahiran Hidup Bersepadu (KHB). Ada pelajar menyuruh saya
menggantikan guru tersebut kerana dia kurang gemar akan guru tersebut. Hal tersebut
menunjukkan mereka seperti pelajar normal, kerana pelajar normal juga sering mengadu
mengenai guru yang mereka kurang minat. Saya mendapat iktibar daripada peristiwa
tersebut bahawa untuk menjadi guru, kita tidak boleh terlalu bertegas dan garang dengan
pelajar. Impak daripada tersebut, pelajar tidak sukakan kita dan boleh menyebabkan mereka
tiada minat langsung terhadap mata pelajaran yang kita ajari.
Kemudian saya masuk ke kelas Tingkatan 3 bagi menggantikan guru yang sama. Kali
ini untuk mengajar mata pelajaran Sejarah pula. Seperti biasa saya akan masuk ke kelas
tersebut dan melihat kelibat David sahaja. Guru tersebut menugaskan saya untuk
memainkan perisian Sejarah kepada David. Jadi, saya dan David duduk di hadapan
komputer riba dan saya menyuruh David menyiapkan aktiviti yang ada dalam perisian
tersebut. David mengalami kesukaran untuk menyiapkan aktiviti tersebut. Dia terpaksa
mencuba berkali-kali untuk menyelesaikan satu aktiviti. Ada antara aktiviti tersebut, David
tidak mengingati kesalahan yang dilakukannya, malah melakukannya berulang kali.
Kemudian saya lihat, apabila dia ingin menjawab soalan, dia akan berfikir dan jika tidak
SMK Rosli Dhoby/Sibu/Sarawak Page 35
PPK290 Internship / Pendidikan Khas Tahun 2/USM
tahu jawapannya, dia akan menjawab sesuka hati. Sememangnya David memerlukan latihan
yang banyak supaya dia tidak teragak-agak untuk menjawab sesuatu.
SMK Rosli Dhoby/Sibu/Sarawak Page 36
PPK290 Internship / Pendidikan Khas Tahun 2/USM
4.14 Hari keempat belas (26 Julai 2012 / Khamis )
Hari ini dimulakan dengan perhimpunan harian sekolah. Hari ini pula saya
ditugaskan untuk menggantikan guru yang mengambil cuti rehat khas. Pagi-pagi saya
masuk ke kelas Tingkatan satu bagi mata pelajaran Bahasa Inggeris. Saya sekali lagi
menyuruh para pelajar bermain permainan bina perkataan. Perisian ini sesuai untuk
membina pengetahuan para pelajar dalam membina perkataan-perkataan bahasa Inggeris.
Mereka kelihatan berminat apabila saya menyuruh mereka bermain permainan tersebut.
Hafiz pula kelihatan seronok, tidak seperti apabila guru menyuruhnya membaca dan
menulis. Mereka hanya boleh membina perkataan yang pendek-pendek. Hafiz ingin bermain
permainan tersebut juga namun dia tidak boleh mengeja. Saya membantu Hafiz mengeja,
dan apabila memenangi tahap tersebut, Hafiz sangat gembira. Ternyata, Hafiz tertarik
kepada pembelajaran berasaskan multimedia. Saadiah pula cuba membina perkataan
berdasarkan kamus. Secara keseluruhan mereka boleh mengeja perkataan bahasa Inggeris
yang mudah dengan baik.
Selang satu waktu, saya masuk ke kelas Tingkatan 5. Mereka kelihatan tekun
membuat tugasan subjek Matematik. Saya memberi masa kepada mereka untuk menyiapkan
tugasan mereka. Apabila mereka tidak tahu menjawabnya, mereka bertanya kepada saya.
Walaupun sudah lama meninggalkan subjek-subjek di Tingkatan 5, saya masih boleh
mengingat langkah-langkah untuk menyelesaikan soalan Matematik Tingkatan 5. Saya
bernasib baik kerana mampu untuk menjawab soalan yang ditanya.
SMK Rosli Dhoby/Sibu/Sarawak Page 37
PPK290 Internship / Pendidikan Khas Tahun 2/USM
Selepas rehat pula, saya memasuki kelas Tingkatan 1 sekali lagi untuk subjek Sains
sebanyak 2 masa. Kali ini, saya tidak memberikan sebarang permainan kepada mereka. Saya
memberikan tugasan dalam buku latihan Sains mereka. Saya menunjukkan muka surat yang
perlu dilakukan. Saya menyuruh mereka mencari jawapannya di dalam buku teks.
Walaupun mereka agak lambat dalam mencari jawapan bagi soalan yang diberikan, mereka
masih boleh menjawab dengan betul. Saya hanya memberikan tugasan tersebut kepada Tan,
Eileen dan Saadiah sahaja. Manakala untuk Hafiz pula, saya menyuruh dia menyalin nota ke
dalam buku notanya. Hafiz dapat menyiapkan nota tersebut dengan kadar yang segera.
Rakannya yang lain boleh menjawab soalan Sains berdasarkan jawapan dalam buku teks.
Dua waktu yang terakhir, saya memasuki kelas Tingkatan 4 untuk subjek bahasa
Inggeris. Seperti biasa, saya hanya memberikan latihan di dalam buku latihan kepada
mereka. Para pelajar juga bergegas ingin menyiapkan tugasan Sejarah mereka. Jadi saya
hanya memberikan sedikit latihan kepada mereka. Selepas menyiapkan tugasan Bahasa
Inggeris mereka, mereka kembali menyambung tugasan Sejarah mereka yang perlu dihantar
sebelum tamatnya waktu persekolahan. Mereka kelihatan bersungguh menyiapkan tugasan,
mungkin kerana guru yang mengajar tegas terhadap mereka. Mereka akhirnya dapat
menyiapkan tugasan Sejarah mereka sebelum tamatnya masa pembelajaran.
Semasa menyiapkan tugasan, pelajar yang bernama Afiq sempat berborak bersama
saya. Seperti kebiasaan dia akan berbahasa isyarat kepada saya. Jika saya tidak
memahaminya, dia akan mengeja perkataan-perkataan tersebut dengan bahasa isyarat secara
perlahan-lahan. Saya senang berkomunikasi bersama Afiq. Hal tersebut kerana dia akan
memastikan saya faham apa yang disampaikan dengan sebaiknya. Itulah yang
SMK Rosli Dhoby/Sibu/Sarawak Page 38
PPK290 Internship / Pendidikan Khas Tahun 2/USM
menyeronokkan apabila berkomunikasi bersama mereka, mereka akan memastikan orang
yang berinteraksi dengan mereka memahami bahasa yang mereka gunakan.
SMK Rosli Dhoby/Sibu/Sarawak Page 39
PPK290 Internship / Pendidikan Khas Tahun 2/USM
4.15 Hari kelima belas (27 Julai 2012 / Jumaat )
Hari ini saya tidak melakukan sebarang pemerhatian terhadap mana-mana kelas.
Saya melakukan pencarian terhadap Sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah.
SMK Rosli Dhoby/Sibu/Sarawak Page 40
PPK290 Internship / Pendidikan Khas Tahun 2/USM
4.16 Hari keenam belas (30 Julai 2012 / Isnin )
Awal pagi dimulakan dengan perhimpunan harian. Kemudian, saya melakukan
pemerhatian terhadap pelajar Tingkatan 2. Minggu lepas, pelajar bernama Alexander telah
digantung sekolah kerana membotakkan kepalanya secara keseluruhan. Sememangnya
peraturan sekolah tidak membolehkan pelajar untuk membotakkan kepala. Mata pelajaran
pertama hari ini adalah Bahasa Malaysia. Guru mengajar mengenai penulisan ringkasan
karangan.
Selepas rehat pula, saya memasuki kelas Pendidikan Islam untuk kelas Tingkatan 1
dan Tingkatan 2. Mula-mula, guru mengajar dan menerangkan topik “Hidayah Sumber
Kebahagiaan”. Sesudah menerangkan topik tersebut kepada Fikrie, Fikrie disuruh menulis
nota dan membuat latihan ke dalam buku nota. Selepas itu, guru memfokuskan kepada
Hafiz dan Saadiah untuk Pendidikan Khas Tingkatan 1. Hafiz disuruh untuk menulis
namanya di dalam borang pentaksiran PBS. Guru menanyakan sama ada Hafiz boleh
menulis namanya sendiri atau tidak. Hal tersebut kerana apabila Hafiz menulis sendirian,
dia akan menulis perkataan yang pelik-pelik. Guru menyuruhnya cuba menulis namanya
sendiri di papan putih. Setelah menulis namanya, terdapat kesalahan ejaan yang
dilakukannya. Setelah itu, guru menyuruh Hafiz meniru ejaan namanya yang terdapat di
buku latihannnya.
Kemudian, guru menyuruh Saadiah menulis nota sambil menunggu Hafiz siap
menulis namanya di kertas pentaksiran tersebut. Selepas Hafiz siap menulis namanya di
kertas pentaksiran tersebut, Hafiz disuruh menulis nota. Kemudian guru menerangkan topik
SMK Rosli Dhoby/Sibu/Sarawak Page 41
PPK290 Internship / Pendidikan Khas Tahun 2/USM
hari itu. Sambil guru menerangkan, dia menggunakan bahasa isyarat supaya pelajar
memahaminya. Dia juga menyuruh pelajar mengikut bahasa isyaratnya supaya mereka tidak
duduk sahaja semasa proses pengajaran dan pembelajaran dilakukan. Semasa membuat
penerangan, Hafiz kelihatan tidak fokus terhadap pengajaran yang berlaku. Dia mengatakan
dia mengantuk. Guru yang mengajar mengatakan baru pertama kali dia melihat Hafiz
menguap di dalam kelas. Hal tersebut menunjukkan walaupun Hafiz tidak dapat menangkap
ilmu pengetahuan yang diajar di sekolah, namun, dia masih boleh berusaha untuk
menumpukan perhatiannya kepada pengajaran guru. Perkara yang menarik perhatian saya
adalah apabila guru menyuruh Hafiz mengeja ABC dengan bahasa isyarat, Hafiz boleh
mengeluarkan suara. Pertama kali saya mendengar suara Hafiz semenjak saya memasuki
kelas mereka. Rupa-rupanya Hafiz juga boleh bercakap, mungkin dia tidak mahu
mengeluarkan suaranya, menyebabkan dia hanya berkomunikasi dengan saya menggunakan
bahasa isyarat.
Selepas tamatnya waktu Pendidikan Islam, saya mengikuti kelas Geografi Tingkatan
1. Seperti biasa guru akan menyuruh pelajar mereka menyiapkan latihan yang ada dalam
buku latihan. Mereka mencari jawapan dalam buku teks. Saya duduk di sebelah Eileen.
Apabila dia tidak tahu jawapannya, dia sempat bertanya kepada saya bagaimana hendak
menyelesaikan tugasan tersebut. Saya turut membantunya menyiapkan tugasan tersebut.
Hafiz pula diberi latihan yang berbeza kerana dia tidak menyiapkan tugasan yang lepas.
Guru menyuruh Hafiz menyiapkan latihan dengan berpandukan nota di dalam buku.
Namun, Hafiz hanya membulat jawapannya sehingga habis. Hafiz tidak mampu untuk
memahami bacaan dan apa yang dijawabnya adalah berdasarkan apa yang dibulat pada
SMK Rosli Dhoby/Sibu/Sarawak Page 42
PPK290 Internship / Pendidikan Khas Tahun 2/USM
jawapan sebelumnya. Hafiz sememangnya sukar untuk melakukan tugasan yang berasaskan
akademik.
SMK Rosli Dhoby/Sibu/Sarawak Page 43
PPK290 Internship / Pendidikan Khas Tahun 2/USM
4.17 Hari ketujuh belas (31 Julai 2012 / Selasa )
Hari ini diteruskan dengan membuat pemerhatian terhadap Tingkatan 2. Awal-awal
pagi saya sudah menyuruh Nicholas untuk mengulangkaji abjad dalam bahasa isyarat.
Apabila saya melihat kertas yang saya berikan kepadanya semalam, saya berasa gembira
kerana dia menampakkan dia mengulangkaji abjad tersebut di asrama. Dia sudah boleh
mengingati sedikit demi sedikit abjad-abjad tersebut. Bahasa isyarat yang dilakukannya
masih tidak tepat dan dia masih teragak-agak untuk menunjukkan bahasa isyarat tersebut.
Hari ini tidak banyak perkara yang berlaku. Para pelajar mengikuti pembelajaran
secara biasa. Pada masa pembelajaran Bahasa Inggeris, Patrick dimarahi oleh guru kerana
dia silap dalam menulis rumusan Bahasa Inggeris. Patrick menyalin soalan ke dalam
jawapannya sebagai rumusan. Guru memarahinya kerana sudah diajar beberapa kali supaya
tidak menyalin soalan ke dalam jawapan. Satu perkara yang saya lihat, para pelajar cuba
untuk menghabiskan waktu pembelajaran subjek tertentu dengan melambat-lambat untuk
menyiapkan tugasan mereka. Jika guru yang mengajar adalah guru kegemaran mereka,
mereka akan menyalin dan membuat tugasan dengan cepat. Fenomena ini adalah sama
seperti apa yang berlaku kepada pelajar normal.
Bagi masa kedua terakhir dan seterusnya, saya mengikuti pengajaran Pendidikan
Islam bagi kelas Tingkatan 1 dan 2. Seperti biasa pengajaran dilakukan berasingan untuk
subjek tingkatan 1 dan tingkatan 2. Hafiz sekali lagi disuruh untuk membaca ABC. Kali ini
dia disuruh untuk menulisnya di papan putih. Setelah selesai menulis, Hafiz tertinggal
beberapa huruf dalam abjad tersebut. Hafiz disuruh untuk mengulang membaca abjad-abjad
SMK Rosli Dhoby/Sibu/Sarawak Page 44
PPK290 Internship / Pendidikan Khas Tahun 2/USM
tersebut untuk mengenal di mana kesilapan Hafiz. Hafiz kemudiannya disuruh untuk
menulis namanya sendiri. Hafiz selalu tersilap menulis namanya, selalu tertinggal abjad
tertentu di dalam namanya. Selain itu, guru juga menyuruh Fikrie untuk menulis di papan
putih kerana Fikrie selalu tersilap dalam menyalin ayat daripada buku. Kemudian, Hafiz
juga disuruh untuk menulis perkataan-perkataan yang mudah seperti baca, meja dan kipas.
Namun, Hafiz tidak dapat mengejanya. Dia hanya menurut apa yang saya eja menggunakan
bahasa isyarat. Yang menyeronokkan, Hafiz mampu untuk menerangkan satu perkataan
kepada saya iaitu bola dan dia mampu untuk mengeja perkataan bola dengan sendirinya.
Buat pertama kali saya dapat lihat Hafiz mampu mengeja sesuatu dengan sendirinya.
Berbanding dengan perkataan-perkataan yang selalu diejanya yang tidak mempunyai
makna. Selepas itu, Hafiz juga diminta oleh guru untuk menyanyikan sebuah lagu. Hafiz
cuba menyanyi sambil tangannya dihayun-hayunkan. Guru yang mengajar mengatakan
bahawa Hafiz sememangnya berminat untuk melakukan perkara berikut contohnya
menyanyi, menari dan sebagainya.
Setelah tamat waktu sekolah, Hafiz dan Saadiah bertugas untuk menutup tingkap dan
memadam papan tulis. Hafiz sudah tahu tugasnya untuk membuang sampah. Guru
mengatakan dia lebih berminat untuk melakukan perkara yang melibatkan kemahiran.
SMK Rosli Dhoby/Sibu/Sarawak Page 45
PPK290 Internship / Pendidikan Khas Tahun 2/USM
4.18 Hari kelapan belas (1 Ogos 2012 / Rabu )
Awal pagi dimulakan dengan perhimpunan wajib sekolah. Agak lama kerana terdapat
upacara perlantikan pengawas. Kemudian, hari ini saya gunakan untuk membuat
pemerhatian di kelas Tingkatan 4. Proses pengajaran dan pembelajaran
4.19 Hari kesembilan belas (2 Ogos 2012 / Khamis )
4.4 Hari kedua puluh (3 Ogos 2012/ Jumaat )
5.0 Laporan Mengenai Pemerhatian Terhadap Guru
6.0 Kelemahan dan Cadangan Penambahbaikan
6.1 Masalah Kekurangan Tenaga Guru
6.2 Kelayakan sebenar Guru-guru
6.3 Kelemahan / Ketidakupayaan sebenar Pelajar
6.4 Bilik Rehat Guru
SMK Rosli Dhoby/Sibu/Sarawak Page 46
PPK290 Internship / Pendidikan Khas Tahun 2/USM
6.5 Pentaksiran Berasaskan Sekolah
7.0 Contoh Rancangan Pengajaran Individu
8.0 Refleksi Keseluruhan / Kesimpulan
9.0 Lampiran
SMK Rosli Dhoby/Sibu/Sarawak Page 47
top related