red riding
Post on 28-Apr-2015
17 Views
Preview:
DESCRIPTION
TRANSCRIPT
GADIS BERJUBAH MERAH
Di sebuah kampung, tinggal seorang gadis bernama Nini yang tinggal bersama-sama
ibu dan ayahnya di dalam sebuah rumah kecil. Tidak jauh daripada rumah tersebut,
terdapat sebuah lagi rumah kecil yang didiami oleh neneknya. Nini selalu memakai
jubah berhud berwarna merah pemberian neneknya. Oleh sebab itu, dia digelar Gadis
Berjubah Merah.
Pada suatu pagi, ibu Gadis Berjubah Merah menyuruhnya menghantar makanan ke
rumah neneknya.
Ibu : Anak, pakailah jubahmu dan pergilah berjumpa nenekmu. Dia sedang sakit.
Nah, ambil sekali bakul ini. Ibu telah meletakkan makanan yang boleh membantu
nenek kamu untuk sembuh.
Gadis Berjubah Merah :Baiklah ibu.
Gadis Berjubah Merah berjalan di dalam hutan sambil menyanyi menuju ke rumah
neneknya. Sepanjang perjalanan, terdapat bunga ros yang cantik dan berkembang
mekar di dalam hutan tersebut. Jadi dia berhenti untuk memetik beberapa kuntum
bunga ros untuk dihadiahkan kepada neneknya.
Sedang asyik Gadis Berjubah Merah memetik bunga, datang seekor serigala
menegurnya, “Selamat Pagi Gadis Berjubah Merah.”
Gadis Berjubah Merah berpusing ke belakang dan melihat seekor serigala yang besar.
Namun begitu, dia tidak tahu serigala ialah binatang jahat di dalam hutan tersebut. Oleh
sebab itu, dia tidak takut.
Serigala : Apa yang kamu bawa Gadis Berjubah Merah?
Gadis Berjubah Merah : Beberapa kuntum bunga ros dan makanan untuk
nenekku yang sakit.
Serigala : Kasihan nenek kamu. Di mana dia tinggal?
Gadis Berjubah Merah : Tidak jauh dari sini, hanya beberapa meter di hadapan.
Serigala kemudiannya mengucapkan selamat tinggal kepada Gadis Berjubah Merah
dan gadis itu kembali mencari bunga.
Akhirnya dia sampai di anjung rumah kecil nenek Gadis Berjubah Merah dan mengetuk
pintu rumah itu.
Nenek : Siapa itu?
Serigala : Cucumu, Gadis Berjubah Merah.
Nenek : Pintu tidak berkunci nakk. Masuk sahaja.
Serigala masuk ke dalam rumah dan berjalan menuju ke katil dan ada seorang nenek
yang sedang berehat di situ.
Nenek berasa terkejut kerana melihat Serigala yang masuk ke dalam rumahnya, terus
melompat keluar dari katilnya dan bergegas menyorok ke dalam almari baju yang
terdekat. Tanpa disedari, topinya terjatuh. Serigala ternampak topi tersebut lalu
memakainya dan membaringkan dirinya di atas katil.
Tidak lama kemudian, Gadis Berjubah Merah mengetuk pintu lalu masuk ke dalam
rumah dan terus menuju ke katil di mana neneknya selalu berehat.
Gadis Berjubah Merah : Selamat pagi nenek. Saya ada bawa sedikit makanan dan
beberapa kuntum bunga yang saya petik di hutan tadi.
Gadis Berjubah Merah duduk di atas sebuah kerusi bersebelahan dengan katil
neneknya.
Gadis Berjubah Merah : Besarnya telinga nenek!
Serigala : Supaya nenek dapat mendengarmu dengan jelas wahai cucuku.
Gadis Berjubah Merah : Besarnya mata nenek!
Serigala : Supaya nenek dapat lihat kamu dengan jelas wahai cucuku.
Gadis Berjubah Merah : Tapi hidung nenek pun……besar.
Serigala : Supaya nenek dapat menghidu dengan baik wahai cucuku.
Gadis Berjubah Merah : Tapi nenek…..mulut nenek besar juga.
Serigala : Supaya nenek dapat memakanmu, hahaha…
Serigala berkata lalu terus ingin menerkam Gadis Berjubah Merah. Gadis itu terus
menjerit meminta pertolongan. Kebetulan pada waktu itu, bapanya sedang dalam
perjalanan ke rumah neneknya. Dia mendengar jeritan anaknya lalu terus berlari ke
dalam rumah dan menghalau serigala itu dengan menggunakan kapak yang ada di
tangannya.
Semua orang terselamat daripada dimakan serigala itu. Gadis Berjubah Merah
mendengar suara neneknya di dalam almari dan membuka almari tersebut. Neneknya
itu terus dipeluknya. Selepas hari itu, nenek Gadis Berjubah Merah dibawa ke rumah
dan dijaga dengan baik sehingga neneknya sembuh.
Tamat.
top related