rangka manusia
Post on 09-Dec-2014
496 Views
Preview:
DESCRIPTION
TRANSCRIPT
2.0 SISTEM RANGKA
Sistem rangka mempunyai pelbagai fungsi tubuh Terdapat 206 ketul tulang pada
rangka manusia. Sistem ini terdiri daripada tulang-tulang dan struktur-struktur
sokongan seperti ligamen, tendon, kartilej dan sendi..
Rajah 1: Sistem Rangka
2.1 Komponen-komponen Sistem Rangka
Komponen Huraian Contoh
Tulang
Mempunyai lapisan luar yang kuat,
keras, tebal dan bahagian tengah
berongga yang mengandungi sum-
sum.
Ligamen
Tisu berfiber yang menyambung
kan dua atau lebih tulang atau
rawan yang boleh bergerak.
Ligamen berfungsi untuk mengekal
dan menetapkan tulang pada
kedudukannya serta membolehkan
pergerakan pada sendi.
Kartilej
Tisu lembut tetapi kuat, elastik dan
tiada saluran darah. Kartilej
menyaluti hujung-hujung tulang
yang membentuk sendi.
Berfungsi untuk melindungi tulang
daripada haus apabila bergeseran
antara sendi dan sebagai
penyerap apabila berlaku
hentakanpada tulang.
Tendon
Tisu berfiber tidak kenyal yang
sangat kuat. Berfungsi untuk
melekatkan otot dengan tulang.
bone
bone
ligamen
kartilej
Sendi
Tempat pertemuan dua tulang
yang bersebelahan.Terdapat tiga
jenis sendi pada manusia iaitu
sendi tanpa gerak (synarthroses)
sendi yang mempunyai gerakan
terhad (amphiarthroses) dan sendi
yang boleh bergerak bebas
(diathroses).
2.2 Fungsi Sistem Rangka
Terdapat lima fungsi asas bagi sistem rangka iaitu:
Fungsi Huraian ContohSokongan Tulang membentuk rangka tubuh bagi
menyokong tisu-tisu lembut dan organ tubuh.
Perlekatan otot-otot pada tulang-tulang rangka
Perlindungan Rangka melindungi organ dalaman yang penting seperti saraf tunjang, jantung dan mata.
Tulang rusuk melindungi paru-paru dan jantung..
Pergerakan Tulang-tulang akan bertindak sebagai tuas bagi menghasilkan pergerakan apabila otot yang melekat pada tulang berkontraksi.
Sendi lutut melibatkan tibula, fibula dan femur.
Pembentukan
sel-sel darah
Sum-sum dalam tulang menghasilkan sel darah merah, sel darah putih dan platlet.
Sternum, femur, pelvis dan humerus.
Penstoran Tempat penstoran mineral seperti Lemak distorkan dalam
mineral kalsium dan fosforus. Mineral ini akan dikeluarkan untuk kegunaan bahagian lain pada tubuh apabila diperlukan.
kaviti tulang. Jika diperlukan, lemak akan diserap ke dalam darah dan digunakan oleh tisu lain sebagai sumber tenaga.
2.3 Jenis-jenis Sistem Rangka
Sistem Rangka terdiri daripada dua iaitu :
• axial (paksi). Contoh tengkorak, sternum, tulang rusuk, dan tulang vertebra.
• appendicular (hujung/keluar dari badan). Contoh klavikel, skapula, radius,
ulna .
2.4 Klasifikasi Tulang
Terdapat pelbagai bentuk dan saiz tulang. Kepelbagaian ini membolehkan tulang-
tulang memenuhi keperluan khusus bagi tulang tersebut. Tulang-tulang boleh
diklasifikasikan berdasarkan kepada empat bentuknya.
Rajah 2: Klasifikasi Tulang
• Tulang panjang
Ukuran panjang mesti melebihi ukuran lebar tulang. Berfungsi sebagai tuas
untuk memudahkan pergerakan. Kebanyakkan terdiri daripada tulang mampat.
Contoh:- humerus, radius, ulna, femur, tibia, fibula dan falanges
• Tulang pendek
Ukuran panjang dan lebar tidak banyak perbezaan. Berbentuk kiub dan didapati
di ruang-ruang yang tertutup serta sedikit berongga. Berfungsi untuk
memindahkan daya. Contoh:- karpal dan tarsal.
• Tulang leper/pipih
Berbentuk pipih, nipis dan melengkung. berfungsi sebagai tempat pelekatan otot-
otot dan melindungi organ-organ di bawahnya. Contoh:- kranium, rusuk dan
sternum.
• Tulang tak sama bentuk
Tulang yang tidak boleh dikategorikan dalam tulang panjang, pendek atau leper.
Berfungsi sebagai tempat perlekatan otot. Contoh:- vertebra, lumbar, sakrum dan
koksiks.
2.5 Struktur Tulang
Struktur tulang menyediakan rangka tuas yang teguh bagi membolehkan pergerakan
dalam aktiviti fizikal. Pertumbuhan tulang berlaku secara diameter dan secara
memanjang. Terdiri daripada empat lapisan iaitu periosteum, tulang mampat, tulang
berongga dan sum-sum tulang.
• Periosteum
Lapisan pertama pada tulang dan mempunyai selaput luar yang nipis. Terdiri
daripada osteoblas (sel pembentukan jaringan tulang). Ia menyediakan saluran
darah dan saraf ke tulang. Berfungsi menghasilkan sel-sel untuk membesar
secara diameter dan melindungi diafisis.
• Tulang mampat (diafisis)
Lapisan kedua pada tulang dan mempunyai bahagian batang yang halus dan
keras serta disaluti periosteum. Lapisan ini melingkari kaviti medulari yang
mengandungi lemak.
• Tulang berongga (epifisis)
Lapisan ketiga dan terletak pada kedua-dua hujung tulang panjang. Terdiri
daripada lapisan nipis tulang mampat.
• Sum-sum tulang
Lapisan paling dalam pada struktur tulang. Berperanan menghasilkan sum-sum
asal dalam tulang.
Rajah 3: Struktur Tulang Panjang
2.6 Perkembangan dan Pembentukan Tulang
• Sel-sel tulang
Tulang terdiri daripada sel tulang berfiber kolagen dan bahan matriks bermineral
padat. Terbentuk hasil daripada sel osteoblas yang merembeskan bahan matriks
organik fiber-fiber untuk memerangkap mineral. Osteoblas yang matang dikenali
sebagai osteosit.
Osteoklas ialah sel-sel yang melarutkan mineral dalam tulang. Osteoblas dan
osteoklas akanbertindak untuk mengubah ketumpatan dan bentuk tulang.
Osteoblas aktif ketika usiamuda atau kanak-kanak manakala osteoklas aktif
kepada orang dewasa.
• Osifikasi tulang
Ketika embrio, tulang-tulang rangka (tulang lembut) terbina daripada kartilej
hialin.Tulang lembut ini membentuk tulang keras yang dihasilkan melalui proses
osifikasi tulang. Proses ini berlaku ketika usia embrio enam minggu dan
berterusan sehingga dewasa.
Rajah 4: Proses Osifikasi Tulang
Peringkat semasa proses osifikasi tulang:
i. Osteoblas menyaluti kartilej hialin dengan bahan matriks bermineral.
ii. Osteoblas memendapkan bahan matriks bermineral dalam kartilej ke
bahagian dalam tulang. Osteoblas beransur-ansur bertukar menjadi
osteosit untuk membentuk tulang baru.
iii. Kartilej yang terdapat pada bahagian dalam tulang akan menjadi keras.
iv. Model kartilej hialin di bahagian dalam tulang dilarutkan oleh osteoklas
untuk membentuk kaviti medulari.
• Tumbesaran tulang
Tumbesaran tulang berterusan sehingga remaja. Semasa proses tumbesaran,
sel-sel pada plat epifisial tulang panjang akan membahagi secara mitosis untuk
memanjangkan tulang. Semasa proses ini berlaku osifikasi terus terlaksana
pada kedua-dua hujung epifisis.
Pada akil baligh, hormon estrogen dan testosteron akan merencatkan
pembahagian sel-sel pada plat epifisial. Plat efipisial akan mengecil. Pada usia
18 tahun, tumbesaran tulang secara memanjang terhenti dan sel-sel pada plat
epifisial juga akan berhenti. Tetapi, osifikasi tulang akan terus berlaku sehingga
lapan tahun berikutnya.
Rajah 5: Tumbesaran Tulang
• Keperluan mineral, vitamin dan hormon
Garam mineral
○ Kalsium dan fosfat diperlukan untuk tumbesaran tulang.
○ Kedua-dua garam mineral ini diperlukan untuk tumbesaran dari segi
pertambahan saiz dan berat tulang.
Vitamin
○ Vitamin A, D dan C diperlukan untuk tumbesaran tulang.
○ Vitamin D merangsang penyerapan serta mengangkut kalsium dan fosfat ke
dalam tulang. Ini membolehkan struktur menjadi lebih kuat.
○ Vitamin A dan C pula diperlukan untuk tumbesaran dan membaiki tisu-tisu
tulang yang rosak.
Hormon
○ Hormon-hormon tiroid, estrogen dan testosteron diperlukan untuk
merangsang proses tumbesaran tulang.
2.7 Sendi
Sendi ialah tempat pertemuan antara tulang-tulang atau kartilej dengan tulang.
Struktur sendi sangat mempengaruhi fungsinya. Pergerakan sendi pula ditentukan
oleh kelenturan tisu perantaraan yang mengikat tulang serta kedudukan ligamen,
otot, dan tendon. Terbahagi kepada dua jenis iaitu sendi berdasarkan struktur dan
sendi berdasarkan fungsi.
Jadual 1: Jenis-jenis sendi
Sendi berdasarkan fungsi
• Sinartosis
Merupakan sendi tanpa gerak iaitu tiada pergerakan yang berlaku. Sebagai
contoh, sutur antara tulang-tulang tengkorak.
• Amfiartrosis
Membenarkan sendi melakukan pergerakan terhad. Sebagai contoh, sendi
antara tibia dan fibula.
• Diartrosis
Sendi ini membenarkan pergerakan berlaku secara bebas. Sebagai contoh,
sendi engsel (sendi siku dan lutut) melakukan pergerakan fleksi, ekstensi aduksi,
abduksi dan hiperekstensi.
Sendi berdasarkan struktur
Rajah 6: Jenis-jenis sendi berdasarkan struktur
• Fibrous
Tulang bercantum dengan tisu fibrous atau kartilej secara tetap. Sendi ini tidak
membenarkan sebarang pergerakan. Contoh, sutur antara tulang kranium.
• Sendi cartilagenous
Pada sendi ini, tulang-tulang disambung dengan kartilej atau diikat oleh
ligamen.jenis sendi ini hanya membenarkan pergerakan yang terhad. Contoh,
sendi antara vertebra.
• Sendi sinovial
Sendi ini diselaputi oleh membran sinovial yang merembeskan cecair sinovial
bagi melicinkan pergerakan sendi untuk membantu memelihara kartilej dan
mengurangkan kesan geseran antara dua tulang. Jenis sendi membenarkan
pergerakan berlaku secara bebas antara tulang-tulang. Terdapat beberapa jenis
sendi sinovial iaitu:
Fibrous
Sinovial
Cartilagenous
i. Sendi lesung (antara humerus dan scapula)
ii. Sendi engsel (humerus dan patella)
iii. Sendi gelungsur (karpal dan tarsal)
iv. Sendi paksi (antara radius dan ulna)
v. Sendi kondil (antara metacarpal dan falang)
vi. Sendi pelana (antara metakarpal pada ibu jari berartikulasi dengan
karpal)
Rajah 7: Jenis-jenis sendi sinovial
paksi kondil gelungsur
engsel pelana lesung
Rajah 8: Jenis-jenis sendi sinovial
Sendi lesung
Sendi engsel
Sendi gelungsur
Sendi kondilSendi lesung
Sendi paksi
2.8 Pergerakan
Terdapat dua jenis posisi dalam pergerakan iaitu kedudukan biasa dan kedudukan
anatomi.
• Kedudukan biasa
berdiri lurus atau tegak dan tangan rapat ke sisi badan.
• Kedudukan anatomi
Berdiri lurus atau tegak dan tapak tangan menghala ke hadapan.Kaki
kanan dan kiri pula terbuka menghala ke luar.
Jenis-jenis pergerakan
Pegerakan tubuh terdiri daripada empat jenis iaitu:
• Linear
Pergerakan linear adalah pergerakan yang melibatkan sesaran menegak,
mendatar atau melengkung pada arah dan kelajuan yang sama. Contoh,
meluncur dan menggelungsur.
• Putaran
Mengikut lengkuk bulatan mengelilingi satu putaran. Contoh, supinasi dan
pronasi.
• Bersudut
Pergerakan yang lurus tetapi masih bersudut. Pergerakan ini melibatkan
seluruh bahagian bergerak dari satu kedudukan ke satu kedudukan lain.
Contoh, fleksi, ekstensi, aduksi, abduksi, sirkumduksi.
• Khusus
Pergerakan yang tiada had seperti fleksi-dorsi, plantar-fleksi, eversi,
inverse, elevasi dan depresi.
Fleksi Ekstensi
2.9 Kesimpulan
Sistem rangka penting dalam menentukanbentuk postur badan yang baik. Postur
badan yang baik ialah apabila berat badan menusia tersokong pada kedudukan
yang betul semasa melakukan aktiviti. Di samping itu, postur yang baik juga
mengelakkan kelesuan dan sakit belakang, memperbaiki keyakinan diri serta
kesihatan.
Kegagalan fungsi sistem rangka boleh mendatangkan kesan ke atas pergerakan
yang sepatutnya boleh dilakukan dan dicapai pada tahap tertentu. Hal ini
disebabkan kegagalan fungsi sistem rangka yang mengurangkan kecekapan gerak
badan akibat dari kesakitan dan ketidakselesaan semasa melakukan pergerakan.
Elevasi Depresi
2.10 Rujukan
Mohd Khairi & Borhannudin (2005). Buku Teks Sains Sukan Tingkatan 5. Selangor: H.l
Holdings Sdn. Bhd.
Dzulkifli & Jamaliyah (2004). Buku Teks Sains Sukan Tingkatan 4. Selangor: H.l Holdings
Sdn. Bhd.
Pusat Perkembangan Kurikulum (2004). Buku Sumber Sains Sukan Tingkatan 5. Kuala
Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia.
Pusat Perkembangan Kurikulum (2002). Buku Sumber Sains Sukan Tingkatan 4. Kuala
Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia.
Donald A.B. (2008). Medline Plus : Trusted Health Information for You. Retrieved Oktober
10, 1993 from http://www.nlm.nih.gov/MEDLINEPLUS/ency/ imagepages/ 19678.htm
top related