rahsia kecermelangan
Post on 09-Jul-2016
230 Views
Preview:
TRANSCRIPT
Sunday, February 14, 2010
CONTOH KARANGAN - TEMU RAMAH
Anda merupakan sidang redaksi majalah sekolah.Anda telah menemuramah seorang pelajar cemerlang dalam peperiksaan UPSR pada tahunlepas.Tuliskan temu ramah anda selengkapnya.
Atiah : Selamat pagi saudari.Saya, Atiah sidang redaksi majalah sekolah ingin menemu ramah saudari tentang kejayaan cemerlang saudari dalam peperiksaan UPSR. Sebelum itu, saya ucapkan syabas.
Atirah : Terima kasih dan selamat pagi. Sila teruskan temu ramah saudari. Saya akan cuba menjawab semua pertanyaan saudari.
Atiah : Apakah perasaan saudari apabila muncul sebagai murid terbaik dalam peperiksaan UPSR baru-baru ini?
Atirah : Saya berasa amat gembira kerana segala pengorbanan saya selama ini membuahkan hasil.
Atiah : Apakah rahsia di sebalik kejayaan cemerlang saudari ini?
Atirah : Saya tidak mempunyai sebarang rahsia.Setiap hari, saya belajar mengikut jadual waktu yang telah saya tetapkan sendiri. Jika ada masalah, saya akan bertanya kepada guru. Selain daripada itu, ibu dan bapa serta keluarga saya sentiasa memberi dorongan, semangat, perangsang dan tunjuk ajar kepada saya.
Atiah : Bagaimanakah dengan penglibatan saudari dalam aktiviti kokurikulum?
Atirah : Saya ialah Pengerusi Persatuan Bahasa Melayu dan Setiausaha Kelab Membaca. Dalam permainan, saya mewakili sekolah dalam pasukan badminton dan bolaJaring. Atiah : Apakah cita-cita saudari pada masa hadapan?
Atirah : Saya akan terus berusaha untuk mencapai kecemerlangan agar dapat menjejakkan kaki ke menara gading. Harapan saya agar dapat menjadi seorang doktor pada suatu hari nanti.
Atiah : Apakah pesanan saudari kepada rakan-rakan yang akan mengambil peperiksaan UPSR pada tahun ini?
Atirah : Nasihat saya kepada mereka agar belajar bersungguh-sungguh. Jangan cepat berputus asa Allah akan menyebelahi mereka yang sentiasa berusaha gigih. Selain itu, mereka harus yakin pada kebolehan diri sendiri.
Atiah : Baiklah saudari, harapan saya semoga saudari terus berjaya dan terima kasih kerana sudi ditemu ramah.
Atirah : Sama-sama.
top related