qasidah - maa fil wujudi by imam al haddad

Post on 06-Jul-2015

505 Views

Category:

Documents

36 Downloads

Preview:

Click to see full reader

DESCRIPTION

This is a poem written by Imam Al Haddad.

TRANSCRIPT

Q A S I D A H M U N A J A T I M A M A L - H A D D A D

Maa Fil Wujudi

Tiada apa pun yang ada di alam ini melainkan ia faqir;

kurniaan Yang Maha Tunggal lagi Esa

Semuanya sangat bergantung kepada ehsan-Nya, semuanya sangat berhajat akan curahan anugerah,

Wahai sebaik-baik Dzat yang Maha memenuhi

hajat

Tiada apa pun yang ada di alam ini melainkan ia faqir;

kurniaan Yang Maha Tunggal lagi Esa

Maha suci Dzat yang menciptakan alam-alam dariketiadaan dengan pemberian serta anugerah yang

menyeluruh dari-Nya

Tiada apa pun yang ada di alam ini melainkan ia faqir;

kurniaan Yang Maha Tunggal lagi Esa

Dialah Allah Yang Maha memberi keberkatan, pujianuntuk-Nya tiada terhitung dan tiada pula terbatas pada

satu batasan atau bilangan

Tiada apa pun yang ada di alam ini melainkan ia faqir;

kurniaan Yang Maha Tunggal lagi Esa

Hanyalah Allah, hanyalah Allah, Tuhanku tiadasekutu bagi-Nya Hanyalah Allah, hanyalah Allah,

Dzat yang kusembah

dan tempat kubersandar

Tiada apa pun yang ada di alam ini melainkan ia faqir;

kurniaan Yang Maha Tunggal lagi Esa

Hanyalah Allah, hanyalah Allah, tiada kucari selain-Nya pengganti Hanyalah Allah, hanyalah Allah,

tujuan dan peganganku

Tiada apa pun yang ada di alam ini melainkan ia faqir;

kurniaan Yang Maha Tunggal lagi Esa

Hanyalah Allah, hanyalah Allah, yang tiadakuhitung pujian kepada-Nya. Dan tiada kuharapselain dari-Nya untuk dapat menolak bahaya dan

musibah

Tiada apa pun yang ada di alam ini melainkan ia faqir;

kurniaan Yang Maha Tunggal lagi Esa

Hanyalah Allah, hanyalah Allah, tempat aku berdoadan meminta Hanyalah Allah, hanyalah Allah

harapanku dan sandaranku

Tiada apa pun yang ada di alam ini melainkan ia faqir;

kurniaan Yang Maha Tunggal lagi Esa

Wahai Yang Maha Esa, wahai Yang Maha Hidup, wahai Yang Maha Mandiri, wahai Yang Maha Raja

Wahai Yang Maha Permulaan lagi Kekal, wahai

Yang Maha Akhir lagi Abadi

Tiada apa pun yang ada di alam ini melainkan ia faqir;

kurniaan Yang Maha Tunggal lagi Esa

Engkaulah Yang Maha Cukup (tiadaperlu/bergantung) dari segala rupa dan sekutu.

Engkaulah Yang Maha Suci dari mempunyai

pasangan dan anak

Tiada apa pun yang ada di alam ini melainkan ia faqir;

kurniaan Yang Maha Tunggal lagi Esa

Engkaulah tempat memohon pertolongan bagisesiapa yang kesempitan jalan. Juga bagi sesiapa

yang disakiti oleh timpaan musibah dan kesusahan

Tiada apa pun yang ada di alam ini melainkan ia faqir;

kurniaan Yang Maha Tunggal lagi Esa

Engkau Maha Dekat, Maha Mengabulkan, tempatmemohon pertolongan. Dan Engkau – wahai Tuhan

– Maha memperhatikan pada orang yang berharap

Tiada apa pun yang ada di alam ini melainkan ia faqir;

kurniaan Yang Maha Tunggal lagi Esa

Kuharap Engkau ampunkan dosaku, kuharapEngkau rahmati aku Kuharap Engkau angkat dariku

segala yang dapat memesongkan

Tiada apa pun yang ada di alam ini melainkan ia faqir;

kurniaan Yang Maha Tunggal lagi Esa

Kuharap Engkau beri aku petunjuk, kuharapEngkau beri aku bimbingan. Menuju jalan yang

benar, dalam perbuatan dan akidahku

Tiada apa pun yang ada di alam ini melainkan ia faqir;

kurniaan Yang Maha Tunggal lagi Esa

Kuharap Engkau cukupkan aku, kuharap Engkaukayakan aku Dengan kurnia dari-Mu Ya Allah,

wahai tiang sandaranku

Tiada apa pun yang ada di alam ini melainkan ia faqir;

kurniaan Yang Maha Tunggal lagi Esa

Kuharap Engkau pandanglah aku, kuharap Engkaubantulah aku Kuharap Engkau perbaiki untukku

hati (jiwa) dan ragaku

Tiada apa pun yang ada di alam ini melainkan ia faqir;

kurniaan Yang Maha Tunggal lagi Esa

Kuharap Engkau lindungi aku, kuharap Engkaumenjaga aku

Wahai Tuhanku! dari kejahatan orang zalim

dan orang-orang yang mendengki

Tiada apa pun yang ada di alam ini melainkan ia faqir;

kurniaan Yang Maha Tunggal lagi Esa

Kuharap Engkau hidupkan aku, kuharap Engkaumatikan aku Dalam keadaan yakin (iman), ehsan

dan mendapat bimbingan

Tiada apa pun yang ada di alam ini melainkan ia faqir;

kurniaan Yang Maha Tunggal lagi Esa

Kuharap Engkau anugerahi aku, kuharap Engkauangkat derajatku Kuharap Engkau tempatkan aku di

syurga-Mu yang kekal abadi

Tiada apa pun yang ada di alam ini melainkan ia faqir;

kurniaan Yang Maha Tunggal lagi Esa

Bersama ahli keluargaku serta mereka yang kucintai, Engkau sertakan Dengan kurnia dan

kemurahan-Mu di dunia dan di hari esok (akhirat)

Tiada apa pun yang ada di alam ini melainkan ia faqir;

kurniaan Yang Maha Tunggal lagi Esa

Kuhadapkan wajahku pada-Mu Ya Allah penuhharapan. Untuk mendapat kebaikan dari-Mu yang

sentiasa mengalir tanpa henti

Tiada apa pun yang ada di alam ini melainkan ia faqir;

kurniaan Yang Maha Tunggal lagi Esa

Dan aku akan sentiasa menadahkan tangankumerayu pada-Mu dalam dua keadaan, iaitu susah

mahupun senang

Tiada apa pun yang ada di alam ini melainkan ia faqir;

kurniaan Yang Maha Tunggal lagi Esa

Sambil berkata dengan penuh harapan yang tidakpernah meninggalkanku. Wahai Tuhanku! Wahai

Zat Yang Maha Pemurah! Capailah tanganku

Tiada apa pun yang ada di alam ini melainkan ia faqir;

kurniaan Yang Maha Tunggal lagi Esa

TAMAT

top related