psz 19:16 (pind - ir.fsksm.utm.myir.fsksm.utm.my/84/1/reportpsm.pdf · “saya akui bahawa saya...
Post on 12-May-2019
233 Views
Preview:
TRANSCRIPT
PSZ 19:16 (Pind. 1/97)
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS ♦ JUDUL : SISTEM INTEGRASI PENGURUSAN PESAKIT : TEMUJANJI, PEMBEDAHAN DAN PENDERMAAN DARAH
SESI PENGAJIAN: SEMESTER II SESI 2007 / 2008
Saya HANISAH BINTI SAMID mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan (√) SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972) TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) TIDAK TERHAD Disahkan oleh
__________________ ___________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap: Nama Penyelia : KG PT MOHAYAT, 82100, AYER BALOI, PM MAZLEENA BTE SALLEH PONTIAN, JOHOR. Tarikh : 9 MEI 2008 Tarikh : 9 MEI 2008
√
CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak
berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. ♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara
penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).
“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini
adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah
Sarjana Muda Sains Komputer”.
Tandatangan : ………………………………….
Nama Penyelia : PM MAZLEENA BTE SALLEH
Tarikh : 9 MEI 2008
i
SISTEM INTEGRASI PENGURUSAN PESAKIT :
TEMUJANJI, PEMBEDAHAN DAN PENDERMAAN DARAH
HANISAH BINTI SAMID
Laporan Projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat
Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains (Sains Komputer)
Fakulti Sains Komputer dan Sistem Maklumat
Universiti Teknologi Malaysia
Mei, 2008
ii
“Saya akui tesis ini yang bertajuk “Sistem Integrasi Pengurusan Pesakit : Temujanji,
Pembedahan Dan Pendermaan Darah” adalah hasil kerja saya sendiri
kecuali petikan-petikan yang diambil dari mana-mana sumber yang tiap-tiap satunya
telah saya jelaskan sumbernya”
Tandatangan : …………………………...
Nama Penulis : HANISAH BINTI SAMID
Tarikh : 9 MEI 2008
iii
DEDIKASI
Dedikasi ini ditujukan khas untuk insan-insan yang dihormati dan dikasihi:
Buat Ayah dan Mak tersayang,
Jutaan terima kasih yang tak terhingga buat ayah dan mak kerana sentiasa memberikan
dorongan dan sokongan yang berterusan kepada Ani.
Buat Teman-teman yang disayangi selalu,
Saat-saat pertemuan dan setiap kenangan yang tercipta tidak akan Nisa lupakan.
Terima kasih kerana sentiasa memberikan tunjuk ajar dan sokongan kepada Nisa
selama
ini.
Akhir sekali, terima kasih kepada semua pihak terlibat yang sentiasa membantu diri ini.
iv
PENGHARGAAN
Bersyukur saya ke hadrat Allah s.w.t. kerana dengan limpah kurnia-Nya,
dapatlah saya menyudahkan laporan PSM II ini. Di kesempatan ini juga, saya ingin
merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada penyelia PSM II saya iaitu, PM
Mazleena Salleh atas bimbingan dan tunjuk ajarnya kepada saya dalam menyudahkan
laporan ini.
Di samping itu, penghargaan juga diberikan kepada para pensyarah dan rakan-
rakan yang telah banyak membantu dan menyumbang idea serta pendapat yang bernas
kepada saya semasa proses penulisan laporan PSM II serta sepanjang pembangunan
sistem dilakukan ini.
Akhir sekali, tidak lupa juga ucapan jutaan terima kasih kepada ahli keluarga
yang tersayang terutama ibu bapa saya kerana dorongan dan sokongan penuh yang
diberikan terhadap saya dalam tempoh menyiapkan laporan ini. Semoga Allah s.w.t.
membalas segala jasa dan budi baik yang dicurahkan oleh semua pihak yang terlibat.
v
ABSTRAK
Sistem pengurusan pesakit di hospital-hospital pada masa kini memerlukan
peningkatan pengurusan maklumat pesakit bagi temujanji antara doktor dan pesakit,
pendermaan darah dan pembedahan. Projek yang dilaksanakan ini iaitu sistem integrasi
pengurusan pesakit bagi temujanji, pembedahan dan pendermaan darah bertujuan untuk
memudahkan pihak pentadbiran hospital dengan meningkatkan tahap pengurusan
maklumat pesakit, pengurusan temujanji antara pesakit dengan doktor, pengurusan
penempahan bilik pembedahan dan pengurusan maklumat pendermaan darah dengan
bantuan teknologi masa kini. Sistem-sistem tersebut digabungkan untuk menjadi satu
sistem yang berintegrasi bagi mengelakkan berlakunya pertindihan maklumat pesakit
serta memudahkan penyelenggaraan maklumat-maklumat tersebut. Untuk memudahkan
capaian kepada maklumat yang tersimpan, teknologi berasaskan web serta SMS telah
digunakan. Sistem ini menggunakan metodologi prototaip. Pembangunan sistem ini
juga melibatkan penggunaan Microsoft Web Developer 2005 Express Edition dan
Microsoft SQL Server 2005. Sistem ini diharapkan dapat meningkatkan tahap kualiti
pengurusan maklumat pesakit di hospital-hospital.
vi
ABSTRACT
Nowadays, a patient management system in hospital are need to be upgrade and
increase the management quality in appointment between doctor and patient, blood
donation and surgery system to ensure that the patient information are manageable.
Patient management system for appointment, operation and blood donation are
developed to ease the hospital administration by increasing the level of patient
information management, appointment between doctor and patient management,
operating theatre booking management and blood donation management with the use of
latest technology. Those system are combined and make it as one integrated system to
prevent redundancy in patient information and easy maintenance. To make sure that the
information retrieval can be achieved, this system is developed with web-based design
and supported with SMS technology. This system is using the prototyping
methodology. The system development is using Microsoft Web Developer 2005
Express Edition and Microsoft SQL Server 2005. Hopefully, the development of this
system can provide functionality to improve a quality level of management in patient
information at hospital.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA
SURAT
HALAMAN JUDUL i
HALAMAN PENGAKUAN ii
HALAMAN DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xi
SENARAI RAJAH xii
SENARAI SINGKATAN xv
SENARAI ISTILAH xvi
SENARAI LAMPIRAN xvii
BAB 1 PENGENALAN PROJEK
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 2
1.3 Matlamat 3
1.4 Objektif 4
1.5 Skop 4
viii
1.6 Kepentingan Projek 5
1.7 Ringkasan 7
BAB 2 KAJIAN LITERATUR
2.1 Pengenalan 8
2.2 Kajian Terhadap Sistem Sedia Ada 9
2.2.1 Temujanji Antara Doktor dan Pesakit 9
2.2.2 Pendermaan Darah 10
2.2.3 Pembedahan 15
2.3 Analisis Masalah Terhadap Sistem sedia Ada 17
2.3.1 Temujanji Antara Doktor dan Pesakit 17
2.3.2 Integrasi Antara Sistem 17
2.4 Kajian Terhadap Teknologi Yang Digunakan 18
2.4.1 Internet 18
2.4.2 HyperText Transfer Protocol (HTTP) 18
2.4.3 Internet Information Service(IIS) 19
2.4.4 Microsoft SQL Server 2005 19
2.4.5 Microsoft Visual Web Developer 2005
Express Edition 20
2.4.6 Modem GSM 20
2.4.7 Short Messaging Service (SMS) 21
2.5 Ringkasan 21
BAB 3 METODOLOGI PROJEK
3.1 Pengenalan 22
3.2 Metodologi Prototaip 23
3.3 Kaedah Unified Modeling Language (UML) 26
ix
3.4 Keperluan Perkakasan dan Perisian 27
3.4.1 Spesifikasi Perkakasan 27
3.4.2 Spesifikasi Perisian 28
3.4.3 Short Message Service (SMS) 30
3.5 Ringkasan 30
BAB 4 REKABENTUK SISTEM
4.1 Pengenalan 31
4.2 Rekabentuk Rangkaian Sistem 32
4.3 Rekabentuk Senibina Sistem 33
4.4 Rajah Kes Guna 34
4.4.1 Takrifan Bagi Aktor Sistem 34
4.4.2 Takrifan Bagi Kes Guna Sistem 37
4.5 Rajah Jujukan 40
4.6 Rekabentuk Pangkalan Data 40
4.7 Rekabentuk Antaramuka 43
4.7.1 Rekabentuk Input 43
4.7.2 Rekabentuk Output 44
4.8 Ringkasan 45
BAB 5 IMPLEMENTASI DAN PENGUJIAN
5.1 Pengenalan 46
5.2 Implementasi 47
5.2.1 Implementasi Bahagian Pentadbiran Sistem 47
5.2.1.1 Operasi Penambahan, Pengemaskinian
dan Penghapusan Maklumat 48
5.3 Implementasi Bahagian SMS 51
x
5.4 Implementasi Sistem Temujanji Antara Doktor dan Pesakit 53
5.5 Implementasi Sistem Pendermaan Darah 58
5.6 Implementasi Sistem Pembedahan 60
5.7 Pengujian Terhadap Sistem 63
5.7.1 Pengujian Terhadap Pangkalan Data 63
5.7.2 Pengujian Terhadap Input Dan Output Sistem. 64
5.7.3 Pengujian Integrasi Unit 66
5.8 Rumusan 67
BAB 6 PERBINCANGAN DAN KESIMPULAN
6.1 Pengenalan 68
6.2 Pencapaian 69
6.2.1 Kebaikan Sistem 70
6.3 Kelemahan Sistem 71
6.4 Cadangan Pembaikan 71
6.5 Ringkasan 72
RUJUKAN 73
xi
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT
2.1 Kumpulan Darah ABO 10
2.2 Pemilihan Kesesuaian Darah Untuk Tujuan
Pemindahan Darah 11
3.1 Spesifikasi Perkakasan Peralatan Komputer 28
3.2 Spesifikasi Perkakasan Untuk Fungsi SMS 28
3.3 Spesifikasi Perisian 29
4.1 Takrifan Aktor Bagi Proses Temujanji 35
4.2 Takrifan Aktor Bagi Proses Pendermaan Darah 36
4.3 Takrifan Aktor Bagi Proses Pembedahan 36
4.4 Takrifan Kes Gunaan Sistem Bagi Temujanji 37
4.5 Takrifan Kes Gunaan Sistem Bagi Pendermaan
Darah 38
4.6 Takrifan Kes Gunaan Sistem Bagi Pembedahan 39
4.7 Spesifikasi Input Pengguna 44
4.8 Spesifikasi Output Pengguna 44
xii
SENARAI RAJAH
NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT
2.1 Carta Alir Proses Temujanji Antara Pesakit
Dan Doktor 9
2.2 Proses Pendermaan Darah 12
2.3 Sistem Maklumat Penderma Darah Secara Atas Talian 13
2.4 Borang Pendaftaran Sebagai Penderma Darah 13
2.5 Proses Pemindahan Darah 14
2.6 Proses Sebelum Dan Selepas Pembedahan 16
3.1 Aliran Senibina Model Prototaip 24
4.1 Rekabentuk Rangkaian Sistem 32
4.2 Rekabentuk Senibina Sistem 33
4.3 Rekabentuk Hubungan Entiti Bagi Integrasi Antara
Temujanji Dan Pembedahan 41
4.4 Rekabentuk Hubungan Entiti Bagi Temujanji 41
4.5 Rekabentuk Hubungan Entiti Bagi Pendermaan Darah 42
4.6 Rekabentuk Hubungan Entiti Bagi Pembedahan 42
5.1 Keratan Antaramuka Log Masuk 47
5.2 Keratan Kod Aturcara Bagi Log Masuk 48
5.3 Antaramuka Laman Utama Bagi Pentadbir 48
5.4 Antaramuka Paparan Utama Pengguna Sistem 49
5.5 Antaramuka Paparan Maklumat Pengguna Sistem 49
5.6 Keratan Kod Aturcara Bagi Proses Penambahan 50
5.7 Keratan Kod Aturcara Bagi Proses Pengemaskinian 50
5.8 Keratan Kod Aturcara Bagi Proses Penghapusan 51
xiii
5.9 Keratan Kod Aturcara Bagi SMS 52
5.10 Antaramuka Bagi Doktor Untuk Menetapkan Jadual
Waktu 53
5.11 Antaramuka Bagi Paparan Temujanji 53
5.12 Antaramuka Untuk Pengesahan Temujanji 54
5.13 Antaramuka Untuk Pengesahan Temujanji Melalui
SMS Peringatan 54
5.14 Antaramuka Bagi Senarai Pesakit 55
5.15 Antaramuka Bagi Maklumat Pesakit 55
5.16 Antaramuka Bagi Status Pesakit 56
5.17 Antaramuka Untuk Membuat Temujanji 56
5.18 Antaramuka Pengisian Maklumat Temujanji 57
5.19 Antaramuka Bagi Maklumat Temujanji 57
5.20 Antaramuka Bagi Pemberitahuan Temujanji Baru
Melalui SMS Peringatan 57
5.21 Antaramuka Borang Pengisian Maklumat Penderma
Darah 58
5.22 Antaramuka Carian Darah 59
5.23 Antaramuka Paparan Maklumat Penderma Darah 59
5.24 Antaramuka Paparan Maklumat Terperinci Penderma
Darah 60
5.25 Antaramuka Tempahan Bilik Pembedahan 61
5.26 Antaramuka Pemberitahuan Pembedahan Baru Melalui
SMS Peringatan 61
5.27 Antaramuka Paparan Tempahan Bilik Pembedahan 62
5.28 Antaramuka Pemberitahuan Pembatalan Pembedahan
Melalui SMS Peringatan 62
5.29 Ralat Pada Pangkalan Data 63
5.30 Keratan Kod Aturcara Untuk Capaian Ke Pangkalan
Data 64
5.31 Mesej Ralat Pada Log Masuk 64
xiv
5.32 Mesej Ralat Jika Pengisian Maklumat Tidak Menepati
Format 65
5.33 Mesej Ralat Jika Pengisian Maklumat Tidak Lengkap 65
5.34 Mesej Ralat Jika Pengisian Maklumat Katalaluan
Berbeza 66
5.35 Contoh Ralat Pada Pengintegrasian Unit 66
xv
SENARAI SINGKATAN
ASP - Active Server Pages
FTP - File Transfer Protocol
GSM - Global Standard Mobile
HTTP - Hypertext Transfer Protocol
ID - Identification
IIS - Internet Information Service
ISDN - Integrated Services Digital Network
LAN - Local Area Network
OT - Operating Theatre
PC - Personal Computer
POC - Point Of Care
PCMCIA - Personal Computer Memory Card
Association
RAD - Rapid Application Development
RFC - Request For Comment
RFID - Radio Frequency Identification
SMS - Short Messaging Service
SQL - Structure Query Language
TCP/IP - Transmission Control Protocol/Internet
Protocol
UML - Unified Modeling Language
USB - Universal Serial Bus
xvi
SENARAI ISTILAH
Bahasa Melayu Bahasa Inggeris
Aktor - Actor
Bilik Pembedahan - Operating Theatre (OT)
Kata Laluan - Password
Kebenaran - Admission
Kes Gunaan - Use Case
Khidmat Pesanan Ringkas - Short Messaging Service
Komputer Peribadi - Personal Computer
Komputer Riba - Laptop Computer
Laluan - Gateway
Nama Pengguna - Username
Peralatan luaran - External Device
Protokol - Protocol
Sistem Kumpulan Darah - Blood Group System
Validasi - Validation
Verifikasi - Verification
xvii
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN PERKARA MUKA SURAT
A Carta Gantt Projek I 75
B Carta Gantt Projek II 77
C Rajah Kes Gunaan 79
D Rajah Jujukan 84
E Rekabentuk Pangkalan Data 88
F Manual Pengguna 93
BAB 1
PENGENALAN PROJEK
1.1 Pengenalan
Secara umumnya, hospital boleh didefinisikan sebagai sebuah institusi
perubatan yang memberikan kemudahan seperti rawatan perubatan, rawatan diagnostik
dan perkhidmatan pembedahan seperti penjagaan perubatan serta rawatan kepada
pesakit yang menghidapi penyakit serta mengalami kecederaan dan dipantau oleh
doktor dan jururawat yang terlibat. Bagi memastikan proses rawatan berjalan dengan
lancar, doktor dan jururawat adalah antara pihak yang memainkan peranan utama
dalam memastikan para pesakit menerima segala keperluan dan rawatan yang
sepatutnya.
Dalam memberikan perkhidmatan kepada setiap pesakit yang berkunjung ke
hospital setiap hari dengan kapasiti pengunjung yang tinggi, adakalanya perkhidmatan
kepada pesakit adalah terhad. Oleh itu, pesakit perlu berada di dalam senarai
menunggu untuk diberikan rawatan. Antara aktiviti yang melibatkan penggunaan
2
senarai menunggu pesakit ini adalah proses membuat temujanji antara doktor dan
pesakit, pembedahan dan pendermaan darah.
Dalam era pembangunan teknologi pengkomputeran yang pesat, penggunaan
komputer secara maksima dapat dilihat sebagai satu alat yang sangat membantu
pengurusan pihak hospital dalam menguruskan maklumat-maklumat pesakit tersebut.
Ini kerana, penggunaan komputer mampu meningkatkan kualiti dan kecekapan
pengurusan penyimpanan maklumat pesakit serta adanya bantuan teknologi yang lain
seperti penggunaan SMS. Oleh itu, pembangunan sistem ini amat diperlukan bagi
melancarkan pengurusan maklumat pesakit dan mengurangkan masalah yang dihadapi.
1.2 Latar Belakang Masalah
Dewasa ini, salah satu masalah yang dapat dilihat di hospital-hospital adalah
sistem pengurusan pesakit yang sedia ada, dikecilkan skopnya kepada temujanji antara
doktor dan pesakit, pembedahan dan pendermaan darah.
Merujuk kepada proses temujanji antara doktor dan pesakit, sistem temujanji
yang dipraktikkan pada masa kini adalah secara manual di mana pesakit perlu hadir ke
hospital atau membuat panggilan terlebih dahulu untuk membuat temujanji dengan
doktor dan doktor pula kadangkala menerima pesakit yang ramai dalam sehari. Sebuah
sistem temujanji perlu dibangunkan bagi membantu urusan temujanji antara doktor dan
pesakit agar bertambah baik dengan adanya bantuan teknologi masa kini.
Selain itu, sistem tempahan bilik pembedahan sedia ada menggunakan talian
telefon sebagai alat perhubungan utama untuk menghubungi pakar bedah bagi
3
memaklumkan sesi pembedahan yang akan dilakukan. Memandangkan wujudnya
pelbagai teknologi yang boleh digunakan selain telefon seperti teknologi Internet dan
SMS, ini dapat dilihat sebagai satu cara alternatif mengurangkan kos penggunaan talian
telefon.
Tambahan pula, sistem-sistem sedia ada bagi temujanji antara doktor dan
pesakit, tempahan bilik pembedahan dan pengurusan bank darah hospital tidak
melibatkan integrasi di antara sistem tersebut. Sistem sedia ada memerlukan setiap
pengguna mendapatkan maklumat secara manual iaitu menelefon atau berjumpa dengan
pihak terlibat. Contohnya, bagi pihak doktor yang ingin melihat maklumat pesakitnya
yang akan melalui pembedahan perlu menghubungi dahulu pihak yang terlibat dalam
urusan tempahan bilik pembedahan dan sekiranya operasi pembedahan melibatkan
permintaan bekalan darah dari bank darah hospital, urusan dilakukan dengan
melakukan pengisian borang tertentu untuk mendapatkan bekalan darah yang
diperlukan. Oleh kerana sistem-sistem tersebut saling tidak berintegrasi, maka terdapat
kemungkinan akan berlaku pertindihan maklumat pesakit.
Oleh itu, sebuah sistem yang dapat memudahkan pengurusan bukan sahaja
untuk urusan temujanji antara doktor dan pesakit malahan meningkatkan kualiti
pengurusan maklumat-maklumat berkaitan tempahan bilik pembedahan serta bank
darah hospital.
1.3 Matlamat Projek
Sistem integrasi pengurusan pesakit bagi temujanji, pembedahan dan
pendermaan darah menekankan konsep integrasi iaitu gabungan sistem-sistem di mana
4
setiap sistem mampu berkomunikasi di antara satu sama lain untuk memperoleh
maklumat yang dikehendaki. Matlamat utama telah dicapai semasa proses
pembangunan sistem ini iaitu membangunkan sistem pengurusan pesakit yang
berintegrasi antara temujanji, pembedahan dan pendermaan darah.
1.4 Objektif Projek
Terdapat tiga objektif utama bagi projek yang telah dibangunkan iaitu:
i. Mengkaji dan mengenalpasti masalah sistem pengurusan pesakit sedia ada.
ii. Merekabentuk sistem yang merangkumi temujanji, tempahan bilik
pembedahan dan pengurusan bank darah.
iii. Membangunkan sistem pengurusan pesakit yang berintegrasi.
1.5 Skop Projek
Skop bagi projek ini adalah seperti berikut :
i. Sistem integrasi pengurusan pesakit bagi temujanji, pembedahan dan
pendermaan darah ini adalah berasaskan web.
5
ii. Sistem ini hanya boleh dicapai oleh pengguna yang terlibat iaitu pentadbir,
doktor, jururawat, pakar bedah, penyelaras tempahan bilik pembedahan, staf
pendermaan darah dan pesakit.
iii. Sistem ini memberi fokus kepada proses temujanji antara doktor dan
pesakit, urusan tempahan bilik pembedahan dan pengurusan bank darah
sahaja.
iv. Hanya sistem temujanji dan tempahan bilik pembedahan sahaja yang saling
berintegrasi.
v. Teknologi SMS turut digunakan dalam sistem ini di mana hanya melibatkan
penghantaran SMS peringatan secara automatik melalui sistem tersebut.
vi. Paparan terbaik bagi sistem ini adalah menggunakan pelayar Internet
Explorer.
1.6 Kepentingan Projek
Pembangunan sistem integrasi pengurusan pesakit bagi temujanji, pembedahan
dan pendermaan darah ini adalah perlu bagi memudahkan dan meningkatkan kualiti
pengurusan senarai menunggu pesakit di hospital-hospital pada masa hadapan.
Sistem ini dibangunkan secara berasaskan web dengan tujuan untuk
memudahkan capaian oleh pengguna-pengguna terlibat iaitu pihak doktor, jururawat,
pakar bedah, penyelaras bilik pembedahan, staf pendermaan darah dan pesakit berdaftar
secara pantas.
6
Sistem ini juga mengintegrasikan sistem temujanji antara doktor dan pesakit,
sistem tempahan bilik pembedahan serta sistem pendermaan darah. Ini mengelakkan
berlakunya pertindihan maklumat-maklumat kerana hanya satu pangkalan data sahaja
yang digunakan.
Bagi proses temujanji di antara doktor dan pesakit, sistem ini menyediakan
fungsi di mana pihak doktor atau jururawat boleh melakukan proses memapar,
menambah, mengemaskini semula, menghapus serta carian maklumat pesakit. Selain
itu, pihak doktor boleh melihat maklumat pesakit yang akan melalui pembedahan.
Senarai maklumat temujanji juga boleh dilihat, diubah atau dibatalkan.
Bagi pesakit pula, mereka boleh melakukan proses memapar maklumat mereka
serta maklumat temujanji yang perlu dihadiri. Sistem ini turut membenarkan pesakit
untuk membuat temujanji baru dengan membuat pilihan doktor dan melihat serta
membuat tempahan berdasarkan kekosongan masa pada jadual waktu bagi doktor yang
dipilih. Setelah itu, pilihan yang telah dilakukan akan disahkan oleh doktor berkenaan
samada diterima atau tidak. Terdapat fungsi penghantaran SMS secara automatik
kepada pihak doktor atau pesakit untuk tujuan pemberitahuan temujanji.
Bagi proses tempahan bilik pembedahan pula, pihak penyelaras bilik tempahan
boleh melakukan tempahan bilik pembedahan, mengubah dan membatalkan tempahan
tersebut. Penghantaran SMS pembatalan atau perubahan pembedahan kepada pihak
pakar bedah adalah secara automatik melalui sistem ini.
Selain itu, pihak pakar bedah turut boleh melihat maklumat jadual pembedahan
yang akan dijalankan atau sekiranya terdapat perubahan atau pembatalan pembedahan
yang telah ditetapkan.
7
Bagi pengurusan bank darah hospital pula, sistem ini membenarkan staf
pendermaan darah mengisi maklumat bagi penderma darah baru. Maklumat darah yang
diterima akan dimasukkan ke dalam pangkalan data bank darah hospital. Selain itu,
carian maklumat bank darah boleh dilakukan berdasarkan jenis darah. Carian maklumat
penderma darah yang lebih terperinci berdasarkan nama, nombor kad pengenalan dan
tarikh bagi pendermaan terakhir yang dibuat juga boleh dilakukan
1.7 Ringkasan
Kesimpulannya, pembangunan sistem integrasi pengurusan pesakit bagi
temujanji, pembedahan dan pendermaan darah ini memberikan banyak kebaikan dan
kemudahan yang boleh dimanfaatkan oleh pihak hospital. Bab 1 menerangkan masalah
dalam sistem sedia ada, matlamat, skop dan objektif sistem. Kajian dan analisis
masalah yang wujud dalam sistem sedia ada serta ringkasan penggunaan teknologi dan
perisian yang digunakan akan dikupas pada Bab 2. Bab 3 pula membincangkan
metodologi yang dipilih iaitu metodologi prototaip serta spesifikasi perkakasan dan
perisian yang terlibat untuk membangunkan sistem ini. Seterusnya, Bab 4 menghurai
secara terperinci rekabentuk-rekabentuk yang terlibat serta huraian maksud tentang
rajah kes guna dan rajah jujukan bagi menerangkan interaksi di antara pengguna dan
sistem ini. Selain itu, Bab 5 pula membincangkan implimentasi iaitu penerangan secara
menyeluruh mengenai bahagian-bahagian dalam sistem serta pengujian-pengujian yang
telah dilakukan pada sistem. Akhir sekali, perbincangan serta kesimpulan mengenai
pencapaian yang diperoleh, kebaikan dan kelemahan yang terdapat pada sistem serta
cadangan pembaikan yang boleh dilakukan akan diterangkan pada Bab 6.
BAB 2
KAJIAN LITERATUR
2.1 Pengenalan
Bab ini akan membincangkan topik-topik yang berkaitan berdasarkan kajian-
kajian yang telah dilakukan sebelum pelaksanaan pembangunan sistem. Ia termasuklah
kajian terhadap sistem sedia ada, teknologi atau teknik yang terlibat serta perisian-
perisian aplikasi yang digunakan dalam pembangunan sistem.
Pertama sekali, perbincangan tertumpu kepada kajian terhadap sistem
pengurusan pesakit sedia ada meliputi proses temujanji antara doktor dan pesakit,
pendermaan darah dan pembedahan sebelum sistem yang baru dibangunkan.
Bab ini juga akan membincangkan perisian-perisian yang terlibat dalam proses
pembangunan sistem ini seperti Internet Information Server (IIS), Microsoft SQL
Server 2005, Microsoft Web Developer 2005 Express Edition, Modem GSM, Short
Messaging Service (SMS).
9
2.2 Kajian Terhadap Sistem sedia Ada
Secara umumnya, masalah yang wujud dalam pengurusan senarai menunggu
pesakit bukan sahaja berlaku di Malaysia bahkan masalah ini turut diberi perhatian di
seluruh dunia. Kajian terhadap sistem sedia ada memberi fokus kepada contoh-contoh
kajian tentang masalah pengurusan senarai menunggu pesakit yang telah dilakukan
merangkumi proses temujanji antara doktor dan pesakit, tempahan bilik pembedahan
dan pendermaan darah.
2.2.1 Temujanji Antara Doktor dan Pesakit
Temujanji boleh ditakrifkan sebagai masa peruntukan untuk sesuatu perkara
contohnya untuk proses rawatan antara doktor dan pesakit pada masa tertentu. Rajah
2.1 merupakan carta alir bagi temujanji antara pesakit dan doktor secara umum di
hospital-hospital.
Pesakit membuat panggilan untuk
temujanji
Pihak pengurusan menentukan tarikh
temujanji
Pesakit daftar masuk
Jururawat membawa pesakit ke bilik temujanji
Pesakit berjumpa doktor
Pesakit daftar keluar
Rajah 2.1 Carta Alir Temujanji Antara Pesakit Dan Doktor
10
2.2.2 Pendermaan Darah
Darah secara umumnya adalah cecair merah yang mengalir pada arteri dan vena
dalam tubuh badan yang membawa oksigen dan karbon dioksida daripada tisu badan.
Jenis darah atau kumpulan darah pula adalah pengklasifikasian darah berdasarkan
kepada kehadiran bahan antigen perwarisan pada permukaan sel darah merah yang
mungkin mengandungi protien, karbohidrat dan glikoprotien. Sistem kumpulan darah
terbentuk daripada kehadiran beberapa antigen. Jenis darah ditentukan sebahagiannya
berdasarkan antigen kumpulan darah ABO yang hadir pada sel darah merah. Jadual 2.1
menunjukkan jenis-jenis darah dalam sistem kumpulan darah ABO [1].
Jadual 2.1 Kumpulan Darah ABO
Kumpulan Darah
Kumpulan A Kumpulan B Kumpulan AB Kumpulan O
Jenis sel darah merah
A
B
AB
O
Antibodi
Anti-B
Anti-A
-
Anti-A dan
Anti-B
Antigen
Antigen A
Antigen B
Antigen A
dan B
-
Pendermaan darah adalah satu proses di mana penderma darah dengan sukarela
mendermakan darahnya untuk tujuan pengumpulan dan simpanan bekalan darah di
bank darah hospital yang kemudiannya digunakan untuk proses pemindahan darah
kepada pesakit yang memerlukan.
11
Jadual 2.2 menunjukkan pemilihan kesesuaian darah mengikut jenis darah
pesakit tersebut [2].
Jadual 2.2 Pemilihan Kesesuaian Darah Untuk Pemindahan Darah
KUMPULAN DARAH PENDERMA
O
A
B
AB
O
√
-
-
-
A
-
√
-
√
B
-
-
√
√
K
MU
PUL
AN
DA
RA
H
PESA
KIT
AB
√
√
√
√
Proses pendermaan darah secara umumnya melibatkan beberapa fasa iaitu
pendaftaran, temubual perubatan, pemeriksaan mini fizikal, pendermaan darah dan
penyegaran dan istirehat. Rajah 2.2 menunjukkan proses aliran setiap fasa bagi proses
pendermaan darah [3].
12
Pendaftaran
Temubual perubatan
Pemeriksaan mini fizikal
Pendermaan darah
Penyegaran dan istirehat
Rajah 2.2 Proses Pendermaan Darah
Merujuk pada Rajah 2.2, bagi fasa pendaftaran, penderma perlu mengisi
maklumat diri di dalam borang pendaftaran. Seterusnya, temubual dilakukan oleh staf
yang bertugas untuk melihat sejarah perubatan penderma. Untuk fasa berikutnya, suhu,
denyutan nadi dan tekanan darah akan disemak. Kemudian, sampel darah akan diambil
dan diuji untuk memastikan kandungan zat besi dalam darah adalah mencukupi. Pada
fasa pendermaan darah, darah akan diambil dengan anggaran satu pain darah dan dalam
fasa seterusnya, penderma darah akan diberi rehat dan sumber makanan untuk menjana
semula tenaga akibat kekurangan bekalan darah.
Terdapat beberapa contoh sistem sedia ada yang telah diambil bagi proses
pendermaan darah. Rajah 2.3 menunjukkan sistem maklumat penderma darah secara
atas talian [4].
13
Rajah 2.3 Proses Carian Jenis Darah Di Bank Barah
Sistem Maklumat Penderma Darah Secara Atas Talian adalah contoh sistem
bank darah di Tripura, India yang membenarkan carian jenis kumpulan darah di daerah
yang diingini. Sistem ini akan memaparkan maklumat penderma darah berdasarkan
pilihan kumpulan darah dan daerah.
Rajah 2.4 Borang Pendaftaran Sebagai Penderma Darah Baru Secara Atas Talian
14
Rajah 2.4 menunjukkan borang pendaftaran sebagai penderma darah baru secara
atas talian yang boleh didapati menerusi laman web American Red Cross [3]. Selepas
pendaftaran, penderma darah boleh memilih pusat derma darah bagi menentukan lokasi
serta masa temujanji untuk pendermaan darah.
Rajah 2.5 pula menunjukkan penggunaan teknologi RFID bagi proses
pemindahan darah [5].
Rajah 2.5 Proses Pemindahan Darah
Teknologi RFID adalah antara teknologi terkini yang digunakan dalam proses
pendermaan dan pemindahan darah. Penggunaan teknologi RFID ini dapat
mengurangkan kesilapan semasa proses pemindahan darah. Beberapa contoh kesilapan
yang sering terjadi adalah kesilapan semakan kesesuaian jenis darah di bank darah,
kesilapan staf bertugas kerana melakukan banyak tugas pada satu masa dan kesilapan
melabel disebabkan beberapa faktor seperti pesakit mempunyai nama yang hampir
sama dan dalam keadaan tergesa-gesa. Penggunaan borang yang banyak dan semakan
secara manual turut menyumbang kepada berlakunya kesilapan.
Teknologi ini menggunakan tag RFID 13.56 MHz yang diletakkan pada
pergelangan tangan pesakit dan beg darah. Keseluruhan hospital pula menggunakan
15
rangkaian tanpa wayar. Peralatan yang terlibat adalah komputer peribadi, komputer
riba dan PDA.
Untuk proses pendermaan darah, apabila penderma darah memasuki wad,
maklumat seperti nombor ID dan jenis darah direkod ke dalam sistem komputer dan
meletakkan tag RFID pada pergelangan tangan. Kemudian penderma darah, memasuki
tempat menderma darah di mana terdapat troli yang mengandungi mobil Point-Of-Care
(POC) yang menggunakan komputer riba teknologi tanpa wayar 1.7 GHz, pembaca
RFID tanpa wayar dan PDA. Sebelum pendermaan darah, staf bertugas akan membaca
maklumat penderma darah menggunakan pembaca RFID. Maklumat penderma darah
tersebut dipindahkan ke tag beg darah. Apabila pendermaan darah selesai, staf bertugas
memeriksa dan membandingkan semula maklumat beg darah dan tag RFID penderma
darah. Kemudian beg darah tersebut disimpan di bank darah hospital.
Apabila darah penderma diperlukan untuk pemindahan darah, beg darah
tersebut dibawa kepada pesakit yang memerlukan dan disahkan kesesuaiannya
menggunakan pembaca PDA 520 MHz. Jika kesemua maklumat bersesuaian, proses
pemindahan darah dilakukan.
2.2.3 Pembedahan
Pembedahan boleh ditakrifkan sebagai salah satu cabang rawatan perubatan
bagi kecederaan atau gangguan fungsi tubuh dengan melakukan pemotongan,
manipulasi atau pengubahan organ tubuh samada menggunakan tangan atau dengan
peralatan. Dalam erti kata lain, prosedur pembedahan yang telah dijadualkan adalah
seseorang yang diletakkan di bilik pembedahan dengan kelengkapan peralatan untuk
pembedahan dan dalam keadaan bawah sedar. Kebenaran untuk pembedahan tidak
16
diperlukan jika keputusan pembedahan dibuat oleh pakar bedah adalah dalam tempoh
24 jam. Sebelum pesakit memerlukan pembedahan, terdapat beberapa proses yang
perlu dilalui. Rajah 2.6 menunjukkan carta alir pesakit sebelum dan selepas
pembedahan [7].
Pra-pendaftaran dan ujian
kebenaran masuk
Sebelum pembedahan
Semasa pembedahan
Proses penyembuhan
Pulang ke rumah
Selepas pembedahan
Rajah 2.6 Proses Sebelum Dan Selepas Pembedahan
Proses ini bermula dengan pra-pendaftaran di mana pesakit perlu membawa kad
insuran atau borang berkaitan. Seterusnya, setelah jadual pembedahan ditentukan oleh
doktor, pesakit perlu menjalani ujian kebenaran untuk pembedahan. Semua ujian
diagnostik perlu diselesaikan sebelum jadual pembedahan yang telah ditentukan.
Sehari sebelum pembedahan dijalankan, pesakit perlu mengikut panduan-
panduan sebelum pembedahan seperti menjaga pemakanan dan tidak merokok.
Seterusnya, sebelum pembedahan dilakukan pesakit perlu menandatangani borang
kebenaran untuk menjalani pembedahan. Selepas pembedahan dijalankan, pesakit akan
diberi rawatan pemulihan dan akan dibenarkan pulang apabila pesakit telah pulih dari
pembedahan yang dilakukan.
Merujuk kepada penggunaan bilik pembedahan, kebanyakan hospital akan
memastikan segala penggunaan sumber berkaitan iaitu mengekalkan pengoperasian
17
bilik pembedahan, pakar bedah dan staf bilik bedah sentiasa ada pada jadual
pembedahan yang ditetapkan. Ini penting bagi memastikan masalah menunggu oleh
pesakit yang lebih lama dapat diminimakan.
2.3 Analisis Masalah Terhadap Sistem sedia Ada
Berdasarkan kajian yang dilakukan ke atas beberapa sistem sedia ada sebelum
ini, terdapat kelemahan-kelemahan yang dapat dilihat.
2.3.1 Temujanji Antara Doktor dan Pesakit
Masalah utama yang dapat dilihat adalah pada proses temujanji tersebut di mana
kadangkala doktor menerima pesakit yang terlalu ramai iaitu pesakit yang telah
membuat temujanji serta pesakit yang baru meminta untuk membuat temujanji pada
masa itu. Oleh itu, untuk meningkatkan tahap pengurusan temujanji tersebut, sebuah
sistem temujanji perlu dibangunkan untuk meningkatkan kualiti pengurusan temujanji
antara doktor dan pesakit.
2.3.2 Integrasi Antara Sistem
Integrasi antara sistem tidak diwujudkan antara sistem-sistem sedia ada di mana
ia sepatutnya lebih memudahkan pengguna untuk mencari maklumat diperlukan tanpa
perlu berjumpa dengan pihak yang terlibat.
18
2.4 Kajian Terhadap Teknologi Yang Digunakan
Kajian terhadap teknologi yang akan digunakan dan akan dibincangkan
termasuklah Internet, hypertext transfer protocol (HTTP), Microsoft SQL Server 2005,
Microsoft Visual Web Developer 2005 Express Edition, modem GSM dan short
messaging service (SMS).
2.4.1 Internet
Internet merupakan kumpulan atau jaringan dari jaringan komputer yang ada di
seluruh dunia. Kini, komputer yang dahulunya adalah stand-alone dapat berhubungan
dengan komputer-komputer yang lain.
Definisi yang lain bagi Internet adalah ia bagaikan sebuah kota elektronik yang
sangat besar di mana setiap penduduk memiliki alamat internet yang membenarkan
proses pemindahan maklumat dan informasi. Keadaan ini boleh diibaratkan seperti
sekiranya penduduk itu ingin mengelilingi kota, cukup dengan menggunakan komputer
sebagai kenderaan. Jaringan jalannya tertumpu pada media telekomunikasi. Jalur
lambatnya menggunakan line telefon dan jalur cepatnya menggunakan leased line atau
ISDN.
2.4.2 HyperText Transfer Protocol (HTTP)
19
HTTP dicipta untuk mencapai halaman web serta menakrifkan beberapa kaedah
yang digunakan untuk menguruskan capaian halaman web tersebut. Contoh kaedah
adalah seperti GET, HEAD dan DELETE. HTTP merupakan protokol lapisan aplikasi.
Ia melalui lapisan pengangkutan, rangkaian dan pautan data sebelum dihantar melalui
rangkaian fizikal.
2.4.3 Internet Information Service (IIS)
IIS adalah salah satu perisian daripada Microsoft yang disertakan bersama
sistem pengoperasian Windows NT, Windows 2000 dan Windows Server 2000. IIS
berfungsi sebagai enjin di mana dalam pembangunan sistem ini, IIS digunakan sebagai
agen yang menghubungkan Microsoft SQL Server 2005 dengan Microsoft SQL Server.
IIS juga turut digunakan sebagai perisian yang menghubungkan sistem dengan
pelayar web dan perisian FTP serta pelayan e-mel yang lain pada komputer pengguna.
Ia juga membenarkan komputer persendirian untuk menjadi pelayan seperti HTTP dan
FTP. Selain itu, pelayan IIS perlu didirikan bagi menyediakan perkhidmatan protokol
TCP/IP bagi membenarkan semua jenis perhubungan di antara pelayan SQL dengan
komputer peribadi dan telefon bimbit.
2.4.4 Microsoft SQL Server 2005
Microsoft SQL Server 2005 pula adalah pelayan-pelanggan data hubungan yang
digunakan dalam pemprosesan transaksi yang berasaskan senibina pelayan-pelanggan
iaitu mempunyai komponen front-end (pelanggan) dan back-end (pelayan). Permintaan
terhadap pelayan adalah menggunakan SQL.
20
2.4.5 Microsoft Visual Web Developer 2005 Express Edition
Microsoft Visual Web Developer 2005 Express Edition merupakan perisian
yang memudahkan pembangunan sistem di mana ia menyediakan kemudahan
perpustakaan yang besar dan juga membolehkan sistem yang dibangunkan dikompil
dan dilarikan. Pembangunan sistem ini yang menggunakan aplikasi ASP.NET
dipermudahkan dengan penyediaan alat bantu yang lengkap oleh Microsoft Visual Web
Developer 2005 Express Edition. Perisian ini juga turut menyokong pembangunan
program yang melibatkan penggunaan telefon bimbit.
2.4.6 Modem GSM
Pelayan telefon bimbit yang digunakan adalah modem GSM di mana dalam
pembangunan sistem ini, modem GSM yang digunakan adalah telefon bimbit yang
menyokong modem di dalamnya.
Modem GSM adalah modem tanpa wayar yang berinteraksi dengan rangkaian
tanpa wayar GSM yang bertindak seperti modem dial-up di mana modem ini menerima
dan menghantar maklumat melalui gelombang radio. Modem GSM terdiri daripada
external device atau kad PC atau PCMCIA. Umumnya, modem GSM luaran di
sambungkan pada komputer melalui kabel selari atau kabel USB manakala penggunaan
kad PC atau PCMCIA adalah untuk komputer riba dengan memasukkannya ke dalam
slot kad PC atau PCMCIA pada komputer riba.
21
2.4.7 Short Messaging Service (SMS)
SMS atau Khidmat Pesanan Ringkas adalah khidmat pesanan teks yang
membenarkan pesanan teks pendek dalam lingkungan 140 hingga 160 nilai panjang
karakter untuk dihantar kepada atau diterima semula oleh telefon bimbit. SMS telah
diperkenalkan dalam sistem GSM dan disokong penggunaannya oleh semua sistem
komunikasi mobil berasaskan digital. Seperti e-mail, pesanan teks disimpan dan
dihantar pada pusat SMS. Ini bermakna, mesej teks boleh dihantar kemudian jika
telefon bimbit tidak diaktifkan pada masa tersebut.
2.5 Ringkasan
Secara keseluruhannya, kajian terhadap sistem integrasi pengurusan pesakit bagi
temujanji, pembedahan dan pendermaan darah ini mempunyai kelemahan-kelemahan
yang perlu diatasi. Oleh itu, pelbagai teknik, teknologi serta perisian dikaji
kesesuaiannya dan telah digunakan untuk memastikan sistem yang dibangunkan dapat
mengatasi masalah tersebut.
Setelah kajian terhadap domain, teknologi serta teknik-teknik telah dilakukan,
penyelesaian yang dikenalpasti telah dilaksanakan dalam rekabentuk sistem pada bab-
bab seterusnya.
22
BAB 3
METODOLOGI PROJEK
3.1 Pengenalan
Bahagian ini menerangkan metodologi yang digunakan dalam proses
pembangunan sistem integrasi pengurusan pesakit bagi temujanji, pembedahan dan
pendermaan darah. Umumnya, metodologi adalah keterangan tentang jujukan aktiviti
yang membantu menyelesaikan masalah dalam pembangunan sistem atau perisian.
Metodologi pembangunan menyediakan satu set teknik, paradigma, peralatan, bahasa
pengaturcaraan dan kaedah-kaedah sampingan yang diperlukan untuk menganalisa
keperluan sistem dan memodelkan sistem yang dibangunkan.
Pemilihan metodologi yang bersesuaian adalah penting agar sistem yang
dihasilkan dapat memenuhi kehendak pengguna. Metodologi yang digunakan dalam
pembangunan sistem ini adalah metodologi prototaip.
23
3.2 Metodologi Prototaip
Sistem integrasi pengurusan pesakit bagi temujanji, pembedahan dan
pendermaan darah ini dibangunkan berdasarkan penggunaan metodologi yang dipilih
iaitu Model Prototaip. Terdapat beberapa kelebihan menggunakan model ini iaitu
seperti berikut:
i. Model Prototaip ini menyokong kepada pembangunan sistem yang dapat memenuhi
pelbagai keperluan pengguna yang sukar untuk dikenalpasti.
ii. Model ini dapat membantu pembangun sistem mengenalpasti keperluan pengguna
yang sentiasa berubah.
iii. Model ini dapat menjelaskan keperluan untuk kedua-dua pembangun sistem dan
juga pengguna dan ia juga dapat menguji dan menentukan rekabentuk yang sesuai.
iv. Kesilapan pada fasa tertentu dalam model tersebut dapat dikenalpasti dengan lebih
cepat sebelum seluruh sistem dihasilkan. Ini menjimatkan masa pengujian sistem,
melancarkan proses serta meminimakan risiko pembangunan sistem.
v. Model ini melibatkan perbincangan antara pembangun sistem dengan pengguna
sistem sebelum sistem sebenar dibangunkan bagi memastikan sistem yang
dibangunkan memenuhi keperluan pengguna.
Fasa-fasa yang terlibat dalam pembangunan sistem menggunakan pendekatan
berstruktur dan metodologi prototaip adalah seperti berikut:
i. Fasa Perancangan Projek
ii. Fasa Analisa Sistem
iii. Fasa Rekabentuk Sistem
24
iv. Fasa Pembangunan Prototaip
v. Fasa Pengujian dan Penilaian Prototaip
vi. Fasa Implementasi Sistem
Rajah 3.1 menunjukkan carta alir bagi senibina model prototaip yang digunakan
untuk membangunkan sistem ini.
Perancangan
Sistem yang telah siap
Rekabentuk Analisis
Pembangunan Prototaip
Implementasi Sistem
Penilaian Prototaip
Rajah 3.1 Rajah Aliran Senibina Model prototaip
i) Fasa Perancangan
Dalam fasa perancangan, masalah-masalah yang wujud dalam sistem
pengurusan senarai menunggu pesakit sistem sedia ada dikenalpasti. Seterusnya,
matlamat, objektif dan skop bagi sistem telah ditentukan. Aktiviti-aktiviti yang terlibat
dalam fasa ini ditunjukkan pada Carta Gantt I di Lampiran A dan penerangan yang
lebih lanjut boleh dirujuk kepada bahagian-bahagian pada Bab 1.
25
Pengumpulan maklumat dan kajian dilakukan dalam pelbagai kaedah. Antara
kaedah yang digunakan adalah mendapatkan rujukan daripada internet dan lawatan ke
hospital-hospital yang berkaitan.
ii) Fasa Analisa
Dalam fasa ini, keperluan pengguna dan sistem perlu dikenalpasti terlebih
dahulu. Kajian yang dilakukan melibatkan lawatan ke hospital-hospital yang berkaitan
dan carian sumber di internet dengan menganalisis sistem sedia ada untuk mendapatkan
masalah-masalah asas bagi sistem ini. Seterusnya, spesifikasi keperluan juga
dikenalpasti.
iii) Fasa Rekabentuk
Dalam fasa ini pula, rekabentuk sistem yang mengintegrasikan antara temujanji,
pembedahan dan pendermaan darah telah dihasilkan berdasarkan keperluan pengguna
yang telah lengkap. Rekabentuk struktur sistem secara kasar telah dihasilkan.
Rekebentuk lain seperti rajah kes guna, rajah jujukan, penghasilan antaramuka dan
rekabentuk pangkalan data turut dihasilkan.
iv) Fasa Pembangunan Prototaip
Fasa pembangunan sistem prototaip melibatkan aktiviti rekabentuk sistem
prototaip. Ia juga melibatkan aktiviti pengaturcaraan sistem pengurusan secara
prototaip. Bahasa pengaturcaraan yang digunakan adalah bahasa pengaturcaraan C-
Sharp .NET di dalam ASP .NET dan pangkalan data dibina menggunakan Microsoft
SQL Server 2005 bagi menyimpan jadual-jadual yang berkaitan.
26
v) Fasa Penilaian Prototaip
Dalam fasa penilaian prototaip ini, sistem prototaip yang dibina akan
diaplikasikan di mana sistem ini akan digunakan serta diuji oleh pengguna sistem.
Pengubahsuaian akan dilakukan sehingga menepati kehendak pengguna sekiranya
terdapat sebarang masalah yang timbul pada sistem tersebut.
vi) Fasa Implementasi
Dalam fasa ini, sistem prototaip yang telah diubahsuai dan diperbaiki,
digabungkan menjadi sebuah sistem yang lengkap serta perlu menjalani proses validasi
dan verifikasi sebelum dihantar dan digunakan oleh pengguna. Aktiviti-aktiviti yang
terlibat dalam fasa ini ditunjukkan pada Carta Gantt II di Lampiran B.
3.3 Kaedah Unified Modeling Language (UML)
Dalam proses pembangunan sistem ini, kaedah atau teknik yang digunakan
untuk memodelkan sistem adalah UML. UML menggambarkan kelakuan sistem,
interaksi antara objek dan juga rekabentuk sesuatu sistem. Selain itu, ia menyediakan
notasi-notasi yang mudah difahami dan konsisten.
UML mengandungi beberapa elemen grafik yang digabungkan menjadi rajah.
Antara rajah-rajah yang terdapat dalam UML adalah seperti berikut:
27
i. Rajah Kes Guna
Rajah kes gunaan terdiri daripada aktor dan kes gunaan. Aktor digunakan untuk
mewakili pengguna dalam persekitaran sistem manakala kes gunaan digunakan untuk
mewakili fungsi-fungsi yang digunakan dalam sistem.
ii. Rajah Jujukan
Rajah Jujukan digunakan untuk menunjukkan bagaimana sekumpulan objek
dalam bahagian sistem berinteraksi dalam jujukan masa tertentu dan menunjukkan
mesej yang dihantar dan diterima semula dalam transaksi proses tersebut. Kaedah UML
ini akan digunakan dalam Bab 4 iaitu dalam bahagian rekabentuk sistem.
3.4 Keperluan Perkakasan dan Perisian
Sebelum sesuatu sistem dibangunkan, analisis terhadap keperluan perkakasan
dan perisian perlu dilakukan. Bahagian ini akan membincangkan jenis-jenis perkakasan
serta perisian yang akan digunakan dalam membangunkan sistem ini.
3.4.1 Spesifikasi Perkakasan
Perkakasan yang sesuai dengan perisian amat penting bagi memastikan perisian
yang dipilih dapat berfungsi dengan baik. Senarai bagi spesifikasi perkakasan peralatan
28
komputer adalah seperti dalam Jadual 3.1 manakala senarai spesifikasi perkakasan
untuk fungsi SMS ditunjukkan dalam Jadual 3.2.
Jadual 3.1 Spesifikasi Perkakasan Peralatan Komputer
Jenis Perkakasan Penerangan Spesifikasi
Unit Pemprosesan Pusat (CPU) Intel Pentium 4 atau lebih
Ingatan Simpanan Rawak 256 RAM atau lebih
Kapasiti Cakera Keras 40 GB atau lebih
Papan Kekunci
Tetikus
Jadual 3.2 Spesifikasi Perkakasan Untuk Fungsi SMS
Jenis Perkakasan Penerangan Spesifikasi
Telefon bimbit
Modem GSM
3.4.2 Spesifikasi Perisian
Untuk membangunkan sistem pengurusan pesakit bagi temujanji, pendermaan
darah dan pembedahan ini, perisian yang sesuai adalah amat penting bagi memastikan
sistem dapat dibangunkan dengan baik. Oleh itu, beberapa jenis perisian yang
bersesuaian dipilih dan pemilihan perisian adalah mengikut spesifikasi perisian seperti
dalam Jadual 3.3.
29
Jadual 3.3 Spesifikasi Perisian
Perisian Keperluan Perisian
Microsoft Visual Web Developer
2005 Express Edition
Perisian yang digunakan untuk pembangunan
antaramuka sistem serta menyokong aplikasi web
ASP .NET.
Microsoft SQL Server 2005 Perisian ini digunakan bagi membina objek-objek
seperti jadual, data dalam pangkalan data yang
menyimpan data yang dijana oleh sistem.
Internet Information Sevice (IIS) Perisian ini digunakan sebagai agen yang
menghubungkan Microsoft SQL Server 2005
dengan Microsoft SQL Server.
Internet Explorer Digunakan sebagai browser untuk menghasilkan
paparan laman web yang lebih baik.
Microsoft Windows XP Perisian sistem pengoperasian yang mesra
pengguna.
Microsoft Office 2003 Perisian ini digunakan untuk menyokong
dokumentasi projek dan tesis PSM serta laporan
yang perlu.
Microsoft Project 2003 Perisian ini digunakan bagi menjana Carta Gantt
iaitu carta yang menunjukkan perancangan kerja
yang lebih teliti sepanjang proses pelaksanaan.
Rational Rose 2000 Enterprise
Edition
Perisian ini digunakan untuk melukis rajah kes
guna dan rajah jujukan yang diperlukan.
30
3.4.3 Short Message Service (SMS)
Selain itu, teknologi SMS turut digunakan bagi membolehkan fungsi
penghantaran secara manual dan automatik oleh doktor atau jururawat kepada pesakit
yang terlibat.
3.4 Ringkasan
Secara ringkasnya, Metodologi Prototaip yang digunakan bagi pembangunan
sistem integrasi pengurusan pesakit bagi temujanji, pembedahan dan pendermaan darah
dapat membantu pembangun menghasilkan sistem dengan lebih mudah dan sistematik.
Fasa-fasa yang terlibat dalam metodologi ini menerangkan aktiviti yang dilakukan
dalam pembangunan sistem ini. Pembangun juga dapat menentukan spesifikasi
perkakasan dan perisian yang digunakan bagi menyiapkan projek ini.
BAB 4
REKABENTUK SISTEM
4.1 Pengenalan
Bahagian ini menerangkan dan membincangkan rekabentuk-rekabentuk yang
terlibat dalam proses pembangunan bagi sistem integrasi pengurusan pesakit bagi
temujanji, pembedahan dan pendermaan darah.
Pembangun akan membincangkan tentang rekabentuk sistem yang telah
dibangunkan berdasarkan kajian kes pada Bab 2. Bab ini meliputi rekabentuk
rangkaian sistem, rekabentuk senibina sistem, rajah kes guna, rajah kes jujukan,
rekabentuk pangkalan data dan rekabentuk antaramuka.
32
4.2 Rekabentuk Rangkaian Sistem
Rajah 4.1 menunjukkan rekabentuk rangkaian sistem yang terdiri daripada tiga
jenis rangkaian iaitu, rangkaian komputer LAN, rangkaian internet dan rangkaian SMS.
Bagi rangkaian komputer LAN, komputer peribadi digunakan oleh pihak doktor atau
jururawat dan pihak pentadbir. Bagi rangkaian internet, pengguna iaitu pesakit dan
penderma darah boleh mengakses terus ke laman web sistem tersebut. Manakala
rangkaian SMS pula memerlukan modem GSM untuk memboleh dan membenarkan
SMS dihantar kepada pesakit, doktor dan pakar bedah melalui sistem in. Ketiga-tiga
rangkaian tersebut bersambung kepada pelayan SQL dan pelayan SQL tersebut terdiri
daripada komponen pelayan IIS dan Pengurus SQL Server 2005.
Rajah 4.1 Rekabentuk Rangkaian Sistem
33
4.3 Rekabentuk Senibina Sistem
Rajah 4.2 menunjukkan struktur rekabentuk senibina sistem yang digunakan
dalam sistem integrasi pengurusan pesakit bagi temujanji, pembedahan dan
pendermaan darah. Bagi menghasilkan aplikasi SMS, modem GSM digunakan untuk
memboleh dan membenarkan SMS dihantar dan diterima melalui sistem berasaskan
web ini.
Bagi menghasilkan aplikasi-aplikasi yang digunakan oleh pihak doktor,
jururawat dan pesakit. Microsoft Visual Web Developer 2005 Express Edition dengan
aplikasi web ASP .NET digunakan untuk melaksanakan pertanyaan-pertanyaan SQL ke
atas pangkalan data dengan melalui pengurus SQL Server 2000 terlebih dahulu.
Pelayan SQL terdiri daripada gabungan komponen pelayan IIS dan pengurus SQL
Server 2005. Pelayan IIS bertindak sebagai pelayan server web kepada internet.
-IIS -TCP/IP
-Aplikasi -Pengurus SQL Server 2005
Aplikasi-aplikasi Visual Web Developer
Microsoft ASP .NET
Telefon Bimbit
Modem GSM
Rajah 4.2 Rekabentuk Senibina Sistem
34
4.4 Rajah Kes Guna
Rekabentuk sistem ini memodelkan sistem dalam bentuk rajah kes guna yang
terdiri daripada aktor dan kes guna. Secara umumnya, rajah kes guna adalah satu set
peristiwa yang menghuraikan interaksi antara pengguna dan sistem yang digunakan
untuk menggambarkan perhubungan antara aktor dan kes gunaan. Aktor mewakili
pengguna yang akan berinteraksi dengan sistem manakala kes guna pula adalah
pandangan luaran sistem mewakili beberapa tindakan yang akan dilakukan oleh
pengguna.
Rajah kes guna bagi sistem integrasi pengurusan pesakit bagi temujanji,
pembedahan dan pendermaan darah bagi proses temujanji melibatkan empat jenis aktor
iaitu pesakit, doktor, jururawat, dan pentadbir. Bagi pendermaan darah pula melibatkan
empat jenis aktor juga iaitu perderma darah, doktor, jururawat dan pentadbir. Manakala
bagi proses pembedahan pula melibatkan enam jenis aktor iaitu penyelaras tempahan,
pengurus OT, pakar bedah, pakar anatesia, pesakit dan pentadbir. Semua rajah kes
gunaan tersebut ditunjukkan pada Lampiran C iaitu dari Rajah C1 hingga Rajah C7.
Rajah C1 menunjukkan kes guna bagi pentadbir sistem. Rajah C2, Rajah C3 dan Rajah
C4 masing-masing menunjukkan kes gunaan bagi pesakit, doktor dan jururawat untuk
proses temujanji. Rajah C5 menunjukkan kes guna proses pendermaan darah bagi staff
pendermaan darah. Rajah C6 dan Rajah C7 masing-masing menunjukkan kes guna bagi
penyelaras tempahan bilik pembedahan dan pakar bedah untuk proses pembedahan.
4.4.1 Takrifan Bagi Aktor Sistem
Sistem ini dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu proses temujanji, pendermaan
darah dan pembedahan. Jadual 4.1 menunjukkan takrifan aktor bagi proses temujanji.
Terdapat empat aktor yang terlibat iaitu pesakit, doktor, jururawat dan pentadbir.
35
Jadual 4.1 Takrifan Aktor Bagi Proses Temujanji
Aktor Penerangan
Pesakit
Mewakili pihak pesakit yang ingin membuat, mengubah dan
membatalkan temujanji dengan doktor yang berkaitan,
memapar maklumat pesakit serta menerima SMS peringatan
untuk temujanji .
Doktor
Mewakili pihak doktor yang menguruskan temujanji dengan
pesakit. Mereka bertanggunjawab samada mengubah atau
membatalkan temujanji yang dibuat oleh pesakit, melihat
maklumat pesakit yang berkaitan serta menghantar SMS
kepada pesakit.
Jururawat
Mewakili pihak jururawat yang boleh memapar maklumat
pesakit, memapar temujanji serta mengemaskini maklumat
pesakit.
pentadbir
Mewakili pihak pentadbir yang bertanggungjawab untuk
memasuk, menghapus serta mengemaskini maklumat doktor
dan jururawat.
Manakala Jadual 4.2 pula menunjukkan takrifan aktor bagi proses pendermaan
darah. Terdapat dua aktor yang terlibat iaitu staf pendermaan darah dan pentadbir.
36
Jadual 4.2 Takrifan Aktor Bagi Proses Pendermaan Darah
Aktor Penerangan
Staff pendermaan darah
Mewakili pihak staf pendermaan darah yang boleh melihat
maklumat penderma darah, melihat status bank darah
pentadbir
Mewakili pihak pentadbir yang bertanggungjawab untuk
mengemaskini maklumat staf pandermaan darah.
Jadual 4.3 pula menunjukkan takrifan aktor bagi proses pembedahan. Terdapat
tiga aktor yang terlibat iaitu penyelaras tempahan, pakar bedah dan pentadbir.
Jadual 4.3 Takrifan Aktor Bagi Proses Pembedahan
Aktor Penerangan
penyelaras tempahan bil ik pembedahan
Mewakili pihak penyelaras tempahan yang akan menghantar
SMS pembedahan serta perubahan dan pembatalan
pembedahan, melakukan tempahan bilik pembedahan dan
melihat maklumat pembedahan.
pakar bedah
Mewakili pihak pakar bedah yang akan melihat maklumat
pembedahan, membatalkan pembedahan, menerima SMS
peringatan pembedahan serta SMS pembatalan dan perubahan
pembedahan.
37
pentadbir
Mewakili pihak penyelaras tempahan yang akan menghantar
SMS pembedahan serta perubahan dan pembatalan
pembedahan, melakukan tempahan bilik pembedahan dan
melihat maklumat pembedahan.
4.4.2 Takrifan Bagi Kes Guna Sistem
Takrifan kes guna sistem bagi proses-proses yang terlibat dalam sistem ini
ditunjukkan pada Jadual 4.4, Jadual 4.5 dan Jadual 4.6. Jadual 4.4 menunjukkan
takrifan kes guna sistem ditunjukkan bagi proses temujanji.
Jadual 4.4 Takrifan Kes Guna Sistem Bagi Temujanji
Kes Guna Penerangan
Log masuk
Kes guna ini meminta pihak pesakit, doktor, jururawat dan
pentadbir untuk memasukkan username dan password untuk
proses validasi sebelum memasuki sistem.
Buat temujanji Kes guna ini membenarkan pihak pesakit untuk membuat
temuajanji.
Ubah/batal temujanji Kes guna ini membenarkan pihak doktor dan pesakit untuk
mengubah atau membatalkan temujanji.
Papar maklumat
pesakit
Kes guna ini membolehkan pihak doktor dan jururawat untuk
memapar maklumat pesakit.
Terima peringatan
SMS temujanji
Kes guna ini membolehkan pihak pesakit menerima
peringatan SMS untuk temujanji.
Hantar SMS untuk
temujanji
Kes guna ini membolehkan pihak doktor untuk menghantar
SMS peringatan untuk temujanji
38
Papar temujanji Kes guna ini membolehkan pihak doktor, jururawat dan
pesakit untuk memapar kesemua senarai temujanji yang telah
dibuat.
Mengemaskini
maklumat pesakit
Kes guna ini membenarkan pihak jururawat untuk
mengemaskini maklumat pesakit.
Mengemaskini
maklumat doktor/
jururawat
Kes guna ini membolehkan pihak pentadbir untuk menambah,
menghapus dan mengemaskini maklumat doktor dan
jururawat.
Jadual 4.5 menunjukkan takrifan kes guna sistem ditunjukkan bagi proses
pendermaan darah.
Jadual 4.5 Takrifan Kes Guna Sistem Bagi Pendermaan Darah
Kes Guna Penerangan
Log masuk Kes guna ini meminta pihak staf pendermaan darah untuk
memasukkan username dan password untuk proses validasi
sebelum memasuki sistem.
Isi maklumat
penderma darah
Kes guna ini membolehkan staf pendermaan darah untuk
menyemak status terkini bank darah
kemaskini maklumat
penderma darah
Kes guna ini membolehkan staf pendermaan darah untuk
mengemaskini maklumat bank darah.
Mengemaskini
maklumat penderma
darah
Kes guna ini membenarkan pihak staf pendermaan darah
untuk mengemaskini maklumat penderma darah.
melakukan carian
jenis darah
Kes guna ini membolehkan pihak melakukan carian jenis
darah di bank darah hospital.
39
Jadual 4.6 menunjukkan takrifan kes guna sistem ditunjukkan bagi proses
pembedahan.
Jadual 4.6 Takrifan Kes Guna Sistem Bagi Pembedahan
Kes Guna Penerangan
Log masuk Kes guna ini membenarkan penyelaras tempahan bilik
pembedahan, pakar bedah dan pentadbir untuk log masuk ke
dalam sistem.
Tempahan bilik
pembedahan
Kes guna ini membolehkan pihak penyelaras tempahan bilik
pembedahan untuk melakukan penempahan bilik
pembedahan.
Hantar SMS
pembedahan serta
perubahan dan
pembatalan pembedahan
Kes guna ini membolehkan pihak penyelaras tempahan bilik
pembedahan untuk menghantar SMS peringatan untuk
pembedahan serta perubahan atau pembatalan pembedahan.
Batal pembedahan Kes guna ini membolehkan pihak penyelaras tempahan bilik
pembedahan untuk melakukan pembatalan pembedahan.
Papar maklumat
pembedahan
Kes guna ini membenarkan pihak penyelaras tempahan bilik
pembedahan dan pakar bedah untuk memapar maklumat
pembedahan.
Terima SMS peringatan
pembedahan
Kes guna ini membolehkan pihak pakar bedah menerima
SMS peringatan untuk pembedahan.
Terima SMS
perubahan/pembatalan
pembedahan
Kes guna ini membolehkan pihak pakar bedah menerima
SMS pembatalan dan perubahan pembedahan.
Mengemaskini
maklumat penyelaras
tempahan bilik
pembedahan dan pakar
bedah
Kes guna ini membolehkan pihak pentadbir untuk
mengemaskini maklumat penyelaras tempahan bilik
pembedahan dan pakar bedah.
40
4.5 Rajah Jujukan
Rajah jujukan menunjukkan bagaimana objek-objek yang mewakili bahagian
sistem tertentu berinteraksi antara satu sama lain dalam jujukan masa tertentu Rajah
jujukan digunakan untuk menunjukkan pelaksanaan proses yang berlaku ke atas setiap
kes guna. Semua rajah jujukan yang terlibat dalam pembangunan sistem ini ditunjukkan
pada Lampiran D iaitu dari Rajah D1 hingga Rajah D6.
Rajah D1 menunjukkan operasi log masuk bagi pihak doktor, jururawat, pesakit,
penderma darah dan pentadbir. Rajah D2 menunjukkan operasi temujanji bagi pihak
doktor. Rajah D3 menunjukkan temujanji bagi pihak jururawat. Rajah D4 menunjukkan
operasi temujanji bagi pihak pesakit. Rajah D5 menunjukkan operasi kemaskini bagi
pihak pentadbir. Rajah D6 menunjukkan kemaskini bagi pihak pakar bedah
4.6 Rekabentuk Pangkalan Data
Rekabentuk pangkalan data merupakan sebahagian daripada pembangunan kitar
hayat sistem pengurusan maklumat. Rekabentuk pangkalan data menunjukkan
hubungan antara jadual-jadual yang terdapat pada pangkalan data.
Rajah 4.3 menunjukkan rekabentuk hubungan entiti bagi integrasi antara jadual
maklumat temujanji dan pembedahan. Maklumat tambahan tentang pembedahan bagi
pesakit yang akan menjalani pembedahan dapat dipapar berdasarkan integrasi yang
diwujudkan antara jadual-jadual tersebut.
41
Rajah 4.3 Rekabentuk Hubungan Entiti Bagi Integrasi Antara Temujanji Dan
Pembedahan
Rajah 4.4 menunjukkan rekabentuk hubungan entiti bagi proses temujanji yang
menunjukkan perhubungan antara jadual maklumat temujanji dengan jadual maklumat
doktor, jururawat dan pesakit.
Rajah 4.4 Rekabentuk Hubungan Entiti Bagi Temujanji
42
Rajah 4.5 menunjukkan rekabentuk hubungan entiti bagi proses pendermaan
yang menunjukkan perhubungan antara jadual maklumat staf pendermaan darah dan
jadual maklumat penderma darah.
Rajah 4.5 Rekabentuk Hubungan Entiti Bagi Pendermaan Darah
Rajah 4.6 menunjukkan rekabentuk hubungan entiti bagi proses pembedahan
yang menunjukkan perhubungan antara jadual maklumat pembedahan dan jadual
maklumat pakar bedah, penyelaras tempahan bilik pembedahan dan jururawat.
Rajah 4.6 Rekabentuk Hubungan Entiti Bagi Pembedahan
43
Semua jadual terlibat dalam pangkalan data ditunjukkan pada Lampiran E dari
Rajah E1 hingga Rajah E9. Rajah E1 menunjukkan jadual maklumat pesakit. Rajah E2
menunjukkan jadual maklumat doktor. Rajah E3 menunjukkan jadual maklumat
jururawat. Rajah E4 menunjukkan jadual maklumat pentadbir. Rajah E5 menunjukkan
jadual maklumat temujanji. Rajah E6 menunjukkan jadual maklumat penderma
darah/bank darah. Rajah E7 menunjukkan jadual maklumat staf pendermaan darah.
Rajah E8 menunjukkan jadual maklumat penempahan bilik pembedahan. Rajah E9
menunjukkan jadual maklumat pakar bedah.
4.7 Rekabentuk Antaramuka
Rekabentuk antaramuka merupakan merupakan sebahagian dari pembangunan
sistem yang menunjukkan antaramuka yang terlibat dalam sistem yang dibangunkan.
Rekabentuk input merupakan rekebentuk antaramuka yang memerlukan pengguna
memasukkan input ke dalam sistem manakala rekebentuk output pula adalah hasil
paparan di dalam sistem.
4.7.1 Rekabentuk Input
Rekabentuk antaramuka input digunakan untuk memudahkan pengguna
memasukkan input kepada sistem. Dalam sistem ini, pesakit, doktor, jururawat,
penderma darah dan pentadbir yang perlu memasukkan input tersebut mengikut
spesifikasi masing-masing. Contoh spesifikasi input pesakit, doktor, jururawat,
penderma darah dan pentadbir ditunjukkan dalam Jadual 4.7.
44
Jadual 4.7 Spesifikasi Input Pengguna
Pengguna Spesifikasi Input
Doktor Memasukkan username dan password doktor untuk memasuki
sistem.
Pesakit Memasukkan username dan juga password pesakit untuk memasuki
sistem.
Jururawat Memasukkan username dan password jururawat untuk memasuki
sistem dan memasukkan maklumat pesakit.
Pentadbir Memasukkan username dan password pentadbir untuk memasuki
sistem serta memasukkan maklumat doktor dan jururawat.
Staf Pendermaan
Darah
Memasukkan maklumat penderma darah untuk simpanan rekod
bank darah hospital.
4.7.2 Rekabentuk Output
Rekabentuk antaramuka output pula digunakan untuk memudahkan pengguna
untuk melihat dan memaparkan maklumat yang dikehendaki daripada sistem. Contoh
spesifikasi output bagi pesakit, doktor, jururawat, penderma darah dan pentadbir adalah
seperti Jadual 4.8.
Jadual 4.8 Spesifikasi Output Pengguna
Pengguna Spesifikasi Output
Doktor Memaparkan senarai menunggu pesakit bagi temujanji
Pesakit Memaparkan maklumat pesakit serta maklumat temujanji
Jururawat Memaparkan maklumat pesakit serta maklumat temujanji
Pentadbir Memapar maklumat doktor dan jururawat
Staf Pendermaan
Darah
Memapar maklumat peribadi penderma darah dan melihat
maklumat bank darah
45
4.8 Ringkasan
Dalam bab ini diterangkan tentang rajah aliran data bagi sistem yang akan
dibangunkan serta rekabentuk sistem yang diperlukan. Rekabentuk sistem yang
menepati kehendak pengguna adalah lebih baik dan memainkan peranan yang penting
sebelum memulakan fasa pembangunan. Hal ini dapat memberi kepuasan kepada
pengguna sistem.
BAB 5
IMPLEMENTASI DAN PENGUJIAN
5.1 Pengenalan
Bab ini menerangkan merupakan bahagian pembangunan sistem yang paling
penting, fasa implementasi dan fasa pengujian digabungkan dalam Kitar Hayat
Pembangunan Sistem.
Dalam fasa implementasi, senibina sistem yang telah direkabentuk dalam Bab 4
telah direalisasikan dan diimplementasikan bertujuan untuk menghasilkan sistem yang
boleh dilaksanakan dalam peranti sebenar. Fasa ini menerangkan setiap langkah yang
dilakukan dalam proses implementasi. Selepas sistem telah siap dimplementasi,
pengujian telah dilakukan dalam fasa pengujian sistem. Fasa pengujian dilakukan bagi
mengenalpasti ralat yang wujud dalam sistem.
47
5.2 Implementasi
Pembangunan dan implementasi untuk sistem integrasi pengurusan pesakit bagi
temujanji, pembedahan dan pendermaan darah terbahagi kepada lima pecahan sistem
yang lebih kecil iaitu bahagian pentadbiran sistem, bahagian SMS, sistem temujanji
antara doktor dan pesakit, sistem penempahan bilik pembedahan dan sistem pengurusan
bank darah.
5.2.1 Implementasi Bahagian Pentadbiran Sistem
Bahagian pentadbiran sistem ini diuruskan oleh seorang pentadbir sistem yang
akan menguruskan maklumat-maklumat doktor, jururawat, staf pendermaan darah,
penyelaras tempahan bilik pembedahan dan pakar bedah melibatkan proses
penambahan, mengemaskini dan menghapus data.
Sebelum memasuki bahagian pentadbiran sistem, pentadbir sistem hendaklah
melalui proses pengesahan maklumat nama pengguna dan kata laluan serta jenis
pengguna yang akan memasuki sistem. Rajah 5.1 merupakan antaramuka log masuk.
Rajah 5.1 Antaramuka Log Masuk
48
Rajah 5.2 menunjukkan kod aturcara bagi sistem log masuk. Contoh pengguna
dalam kod aturcara berikut adalah bagi pengguna pentadbir. Apabila pentadbir
memasukkan nama pengguna dan kata laluan, melalui arahan SQL select daripada
jadual pentadbir, sistem ini akan mengenalpasti jika pengguna adalah pengguna sistem
yang sah dan merupakan pentadbir. Jika log masuk berjaya, pentadbir akan melihat
paparan laman utama bagi pentadbir.
if (ddlusertype.SelectedValue == "Doctor") { MyCommand = new SqlCommand("select * from admin where username='" + txtUsername.Text + "' and pwd='" + txtPassword.Text + "'", MyConnection); MyAdapter = new SqlDataAdapter(MyCommand); MyDataSet = new DataSet(); MyAdapter.Fill(MyDataSet); if (MyDataSet.Tables[0].Rows.Count == 1) { foreach (DataRow table in MyDataSet.Tables[0].Rows) { Session["id"] = Convert.ToInt32(table[0].ToString()); Response.Redirect("~/Admin/HomeAdmin.aspx?id=" + Convert.ToInt32(table[0].ToString())); }
Rajah 5.2 Keratan Kod Aturcara Bagi Log Masuk
5.2.1.1 Operasi Penambahan, Pengemaskinian dan Penghapusan Maklumat
Selepas melalui sistem log masuk, pentadbir sistem akan menerima paparan
maklumat peribadi pentadbir seperti pada Rajah 5.3. Pentadbir boleh melakukan proses
pengemaskinian butir peribadi dan penukaran kata laluan.
Rajah 5.3 Antaramuka Laman Utama Bagi Pentadbir
49
. Pentadbir menguruskan maklumat pengguna iaitu doktor, jururawat, pakar
bedah, penyelaras tempahan bilik pembedahan dan staf pendermaan darah. Pentadbir
boleh melihat maklumat pengguna sistem dengan memilih pengguna yang
diinginiPaparan adalah seperti pada Rajah 5.4.
Rajah 5.4 Antaramuka Paparan Utama Pengguna Sistem
Seterusnya selepas memilih pengguna, paparan terhadap maklumat pengguna
sedia ada akan ditunjukkan seperti pada Rajah 5.5. Pentadbir boleh melakukan proses
menambah, mengubahsuai dan menghapus maklumat pengguna sistem.
Rajah 5.5 Antaramuka Paparan Maklumat Pengguna Sistem
50
Rajah 5.6 menunjukkan keratan kod aturcara bagi proses penambahan
maklumat pengguna sistem yang dilakukan oleh pentadbir. Pengguna yang ditunjukkan
dalam kod aturcara ini adalah doktor. Menerusi arahan SQL insert, maklumat doktor
seperti nama pengguna, kata laluan, nama, kepakaran, nombor telefon, email dan
alamat akan dimasukkan ke dalam jadual doktor.
sqlCmd = "insert into doctor (username, pwd, name, specialty, nophone, email, address, poscode) values(@username, @pwd, @name, @specialty, @nophone, @email, @address, @poscode)"; Cmd = new SqlCommand(sqlCmd, Conn); Cmd.Parameters.Add("@username", txtUsername.Text); Cmd.Parameters.Add("@pwd",txtPassword.Text ); Cmd.Parameters.Add("@name", txtName.Text);
Cmd.Parameters.Add("@specialty",ddlspecialty.SelectedItem.Text); Cmd.Parameters.Add("@nophone", "+6"+txtHpA.Text+ txtHpB.Text); Cmd.Parameters.Add("@email", txtEmail.Text); Cmd.Parameters.Add("@address", txtAddress.Text); Cmd.Parameters.Add("@poscode", txtPoscode.Text);
Rajah 5.6 Keratan Kod Aturcara Bagi Proses Penambahan
Rajah 5.7 menunjukkan keratan kod aturcara bagi proses pengemaskinian
maklumat pengguna. Pengguna yang ditunjukkan dalam kod aturcara ini adalah doktor.
Menerusi arahan SQL update, maklumat doktor yang diubah akan disetkan semula di
dalam jadual doktor.
Cmd = new SqlCommand("update doctor set name = @name, address = @address,email = @email, nophone = @nophone ,username = @username, pwd = @pwd, specialty = @specialty, poscode = @poscode where doctor_id = @doctor_id ", MyConnection); Cmd.Parameters.Add("@doctor_id", Request.QueryString["id"]); Cmd.Parameters.Add("@name", txtName.Text);
Cmd.Parameters.Add("@username", txtUsername.Text); Cmd.Parameters.Add("@pwd", txtPassword.Text); Cmd.Parameters.Add("@specialty", ddlspecialty.SelectedItem.Text); Cmd.Parameters.Add("@email", txtEmail.Text); Cmd.Parameters.Add("@nophone", "+6" + txtHpA.Text + txtHpB.Text); Cmd.Parameters.Add("@address", txtAddress.Text); Cmd.Parameters.Add("@poscode", txtPoscode.Text);
Rajah 5.7 Keratan Kod Aturcara Bagi Proses Pengemaskinian
51
Rajah 5.8 pula menunjukkan keratan kod aturcara bagi proses penghapusan
maklumat pengguna sistem. Pengguna yang ditunjukkan dalam kod aturcara ini adalah
doktor. Menerusi arahan SQL delete, maklumat doktor akan dihapuskan berdasarkan id
doktor tersebut.
Rajah 5.8 Keratan Kod Aturcara Bagi Proses Penghapusan
<asp:SqlDataSource ID="SqlDataSource1" runat="server" ConnectionString="<%$ ConnectionStrings:ConnectionString %>" DeleteCommand="DELETE FROM [doctor] WHERE [doctor_id] = @original_doctor_id" OldValuesParameterFormatString="original_{0}" ProviderName="System.Data.SqlClient"> <DeleteParameters> <asp:Parameter Name="original_doctor_id" Type="Int32" /> </DeleteParameters> </asp:SqlDataSource>
5.3 Implementasi Bahagian SMS
Di dalam sistem ini, implimentasi SMS digunakan pada sistem temujanji antara
doktor dan pesakit dan sistem penempahan bilik pembedahan. Rajah 5.9 menunjukkan
merupakan keratan kod aturcara yang menunjukkan bagaimana kod SMS digunakan
untuk penghantaran pengesahan temujanji kepada pesakit yang telah membuat
temujanji. Kod aturcara tersebut dimulakan dengan pengisytiharan library untuk SMS
iaitu MobitekSMSWebApi. Pada arahan if, iaitu initmodem(5), nombor 5 merujuk
kepada port COM untuk modem GSM yang telah ditentukan oleh sistem komputer.
Menerusi arahan SQL select daripada jadual temujanji, maklumat bagi tajuk serta tarikh
dan masa diperoleh. Seterusnya, pada jadual doktor, maklumat bagi nama doktor akan
dipapar dan maklumat daripada jadual pesakit adalah nombor telefon pesakit yang
digunakan untuk penghantaran mesej tersebut.
52
string Message, MobileNumber, TimeStamp; MobitekSMSWebAPI.SMSWebAPI SMSWebAPI = new MobitekSMSWebAPI.SMSWebAPI(); if (SMSWebAPI.InitModem(5) == true) { SqlConnection smsConnect; SqlCommand smsCommand, smsCommand1, smsCommand2; SqlDataAdapter smsAdapter, smsAdapter1, smsAdapter2; DataSet smsDataSet, smsDataSet1, smsDataSet2; smsConnect = new SqlConnection(); smsConnect.ConnectionString = ConfigurationManager.ConnectionStrings["ConnectionString"].ConnectionString; smsConnect.Open(); smsCommand = new SqlCommand("select * from appointments where appointment_id='" + Request.QueryString["appointment_id"] + "'", smsConnect); smsAdapter = new SqlDataAdapter(smsCommand); smsDataSet = new DataSet(); smsAdapter.Fill(smsDataSet); foreach (DataRow t in smsDataSet.Tables[0].Rows) { lblTitle.Text = t[4].ToString(); lblTime.Text = t[15].ToString();
smsCommand1 = new SqlCommand("select * from doctor where doctor_id='" + Request.QueryString["doc_id"] + "'", smsConnect);
smsAdapter1 = new SqlDataAdapter(smsCommand1); smsDataSet1 = new DataSet(); smsAdapter1.Fill(smsDataSet1); foreach (DataRow t2 in smsDataSet1.Tables[0].Rows) { lblDoctor.Text = t2[3].ToString(); } smsCommand2 = new SqlCommand("select * from patient where patient_id='" + t[3].ToString() + "'", smsConnect); smsAdapter2 = new SqlDataAdapter(smsCommand2); smsDataSet2 = new DataSet(); smsAdapter2.Fill(smsDataSet2); foreach (DataRow t3 in smsDataSet2.Tables[0].Rows) { lblHpPatient.Text = t3[10].ToString(); } } string message; message = "ID=" + Request.QueryString["appointment_id"] + ". Title=" + lblTitle.Text + ". Date=" + lblTime.Text + ". This appointment has been APPROVED by " + lblDoctor.Text; SMSWebAPI.SendSMSWC(message, lblHpPatient.Text); }
Rajah 5.9 Keratan Kod Aturcara Bagi SMS
53
5.4 Implementasi Sistem Temujanji Antara Doktor dan Pesakit
Bahagian sistem temujanji ini membenarkan doktor dan pesakit membuat
temujanji secara atas talian sebelum berjumpa. Sebelum doktor dan pesakit boleh
memasuki sistem temujanji, mereka perlu melalui proses pengesahan terlebih dahulu.
Selepas itu, doktor dan pesakit akan terus memasuki paparan peribadi masing-masing
dan proses pengemaskinian butir peribadi dan penukaran kata laluan boleh dilakukan.
Bagi pihak doktor, mereka boleh melakukan penetapan jadual waktu seperti pada Rajah
5.10.
Rajah 5.10 Antaramuka Bagi Doktor Untuk Menetapkan Jadual Waktu
Rajah 5.11 menunjukkan paparan bagi temujanji yang telah dilakukan oleh
pesakit. Bagi pesakit yang mempunyai status Unauthorized, doktor perlu mengesahkan
temujanji tersebut atau menolaknya seperti pada Rajah 5.12.
Rajah 5.11 Antaramuka Bagi Paparan Temujanji
54
Rajah 5.12 Antaramuka Untuk Pengesahan Temujanji
Setelah pengesahan atau penolakan temujanji dilakukan, SMS peringatan akan
dihantar kepada pesakit seperti pada Rajah 5.13. Maklumat yang akan diterima oleh
pesakit adalah id temujanji, tajuk temujanji, tarikh dan masa temujanji serta kenyataan
yang mengatakan temujanji telah disahkan oleh doktor yang dipilih untuk temujanji.
Rajah 5.13 Antaramuka Untuk Pengesahan Temujanji Melalui SMS Peringatan
Seterusnya, doktor boleh melihat paparan maklumat pesakit yang berdaftar
seperti pada Rajah 5.14 dan maklumat yang lebih terperinci tentang pesakit tersebut
adalah seperti pada paparan 5.15.
55
Rajah 5.14 Antaramuka Bagi Senarai Pesakit
Pada Rajah 5.15 menunjukkan jika pesakit telah ditetapkan akan melalui proses
pembedahan, maklumat pada operation’s details akan memaparkan maklumat seperti
nama pembedahan, bilik pembedahan dan tarikh serta masa pembedahan.
Rajah 5.15 Antaramuka Bagi Maklumat Pesakit
Rajah 5.16 menunjukkan senarai pesakit dengan status kesihatan berdasarkan
pemeriksaan yang telah dijalankan oleh doktor. Maklumat yang dipaparkan adalah
nama pesakit, penyakit dan status. Status merujuk kepada tahap kesihatan pesakit iaitu
56
Not Critical, Moderate dan Critical. Status akan menjadi rujukan untuk meletakkan
pesakit untuk operasi pembedahan.
Rajah 5.16 Antaramuka Bagi Status Pesakit
Bagi pihak pesakit pula, mereka boleh memulakan temujanji baru dengan
doktor tertentu. Setelah tarikh dipilih, pesakit perlu memilih masa untuk temujanji
seperti yang ditunjukkan pada Rajah 5.17.
Rajah 5.17 Antaramuka Untuk Membuat Temujanji
57
Rajah 5.18 pula menunjukkan maklumat yang perlu diisi oleh pesakit iaitu tajuk
dan mesej yang ingin disampaikan. Manakala Rajah 5.19 menunjukkan maklumat
penuh tentang temujanji yang telah dibuat oleh pesakit sebelum dihantar kepada doktor
yang dipilih. Setelah maklumat dihantar, doktor akan menerima SMS peringatan
tentang temujanji baru yang perlu disahkan seperti yang ditunjukkan pada Rajah 5.20.
Rajah 5.18 Antaramuka Pengisian Maklumat Temujanji
Rajah 5.19 Antaramuka Bagi Maklumat Temujanji
Rajah 5.20 Antaramuka Bagi Pemberitahuan Temujanji Baru Melalui SMS Peringatan
58
5.5 Implementasi Sistem Pendermaan Darah
Bahagian sistem pendermaan darah ini diuruskan oleh beberapa staf
pendermaan darah. Pada bahagian ini, setelah melalui proses pengesahan, staf
pendermaan darah akan dibawa ke laman profil peribadi. Pengguna juga boleh
melakukan pengubahsuaian pada maklumat diri serta penukaran kata laluan.
Seterusnya, borang pengisian maklumat penderma darah yang telah menderma akan
diisi oleh staf pendermaan darah seperti pada Rajah 5.21. Maklumat tersebut adalah
untuk simpanan rekod bank darah hospital.
Rajah 5.21 Antaramuka Borang Pengisian Maklumat Penderma Darah
59
Staf pendermaan darah juga boleh melakukan carian penderma darah yang
dikehendaki berdasarkan maklumat darah seperti pada Rajah 5.22.
Rajah 5.22 Antaramuka Carian Darah
Maklumat penderma darah tersebut juga boleh dicari berdasarkan nama,
nombor IC atau tarikh akhir pendermaan seperti yang ditunjukkan pada Rajah 5.23.
Maklumat terperinci tentang penderma darah tersebut adalah seperti pada Rajah 5.24.
Rajah 5.23 Antaramuka Paparan Maklumat Penderma Darah
60
Rajah 5.24 Antaramuka Paparan Maklumat Terperinci Penderma Darah
5.6 Implementasi Sistem Pembedahan
Pada bahagian ini pula diuruskan oleh penyelaras tempahan bilik pembedahan.
Contoh input yang akan diisi ditunjukkan pada Rajah 5.25. Setelah tempahan bilik
pembedahan dilakukan, paparan bilik pembedahan boleh dilihat dan pengubahsuaian
maklumat tempahan tersebut boleh dilakukan.
61
Rajah 5.25 Antaramuka Tempahan Bilik Pembedahan
Pengguna lain yang terlibat dalam bahagian ini adalah pakar bedah. Setelah
tempahan dilakukan oleh penyelaras tempahan bilik pembedahan, pihak pakar bedah
akan menerima SMS pemberitahuan pembedahan seperti pada Rajah 5.26. Maklumat
yang akan diterima adalah tajuk pembedahan serta tarikh dan masa bagi pembedahan
tersebut.
Rajah 5.26 Antaramuka Pemberitahuan Pembedahan Baru Melalui SMS Peringatan
Rajah 5.27 menunjukkan senarai maklumat tempahan pembedahan yang telah
dibuat dan boleh dilihat oleh penyelaras tempahan bilik pembedahan dan pakar bedah.
62
Rajah 5.27 Antaramuka Paparan Tempahan Bilik Pembedahan
Sekiranya penyelaras tempahan bilik pembedahan membatalkan atau mengubah
tarikh pembedahan tertentu, pakar bedah akan menerima SMS pemberitahuan seperti
pada Rajah 5.28 untuk memaklumkan pembedahan telah dibatalkan atau diubah ke
tarikh atau masa yang lain.
Rajah 5.28 Antaramuka Pemberitahuan Pembatalan Pembedahan Melalui SMS
Peringatan
63
5.7 Pengujian Sistem
Selepas sistem ini dibangunkan dalam fasa implementasi, proses pengujian
sistem perlu dilakukan terlebih dahulu sebelum dihantar kepada pengguna sistem.
Tujuan pengujian sistem adalah seperti berikut:
i. memastikan sintaks kod aturcara adalah betul.
ii. memastikan logik yang digunakan dalam kod aturcara adalah betul.
iii. memastikan kod aturcara yang ditulis dapat dilarikan dengan betul dan
menghasilkan output yang diinginkan. Terdapat beberapa jenis pengujian yang dilakukan seperti pengujian terhadap
pangkalan data, pengujian input dan ouput sistem dan pengujian integrasi.
5.7.1 Pengujian Terhadap Pangkalan Data
Pengujian terhadap sistem dilakukan dilakukan terhadap komunikasi sistem dan
pangkalan data. Jika terhadap kesilapan menakrif connection untuk mencapai
pangkalan data, ralat seperti pada Rajah 5.29 akan dipaparkan.
Rajah 5.29 Ralat Pada Pangkalan Data
64
Untuk memastikan capaian ke pangkalan data berjaya, pastikan penetapan kod
adalah betul. Rajah 5.30 menunjukkan kod aturcara utama bagi menghubungkan
pangkalan data.
<connectionStrings> <add name="ConnectionString" connectionString="Data Source=.\SQLEXPRESS;AttachDbFilename=|DataDirectory|\Database.mdf;Integrated Security=True;User Instance=True" providerName="System.Data.SqlClient"/>
</connectionStrings>
Rajah 5.30 Keratan Kod Aturcara Untuk Capaian Ke Pangkalan Data
5.7.2 Pengujian Terhadap Input Dan Output Sistem.
Pengujian input adalah penting bagi mengurangkan ralat output yang boleh
menyebabkan ralat pada sistem. Sistem yang telah dibangunkan ini dapat mengesan
ralat seperti ralat integer, ralat aksara, input utama tidak diisi dan sebagainya. Apabila
wujudnya ralat, mesej ralat akan dipaparkan. Rajah 5.31 menunjukkan paparan mesej
ralat apabila pengguna tidak memasukkan nama pengguna dan katalaluan yang betul.
Rajah 5.31 Mesej Ralat Pada Log Masuk
65
Rajah 5.32 menunjukkan mesej ralat yang dipaparkan jika format email tidak
menepati format piawai yang telah ditetapkan.
Rajah 5.32 Mesej Ralat Jika Pengisian Maklumat Tidak Menepati Format
Rajah 5.33 pula menunjukkan mesej ralat yang dipaparkan jika pengisian
maklumat tidak lengkap.
Rajah 5.33 Mesej Ralat Jika Pengisian Maklumat Tidak Lengkap
66
Seperti pada Rajah 5.34, jika katalaluan yang baru berbeza dengan pengesahan
katalaluan yang baru, mesej ralat akan dipaparkan.
Rajah 5.34 Mesej Ralat Jika Pengisian Maklumat Katalaluan Berbeza
Tujuan pengujian output dilaksanakan pula adalah untuk memastikan output
yang dipaparkan oleh sistem adalah betul dan tepat. Oleh kerana kebanyakan output
adalah bergantung kepada input yang dimasukkan oleh pengguna, maka pengujian
perlu dilakukan dengan berulang kali untuk memastikan sistem yang dihasilkan benar-
benar bebas daripada sebarang ralat.
5.7.3 Pengujian Integrasi Unit
Pengujian ini dilakukan untuk menguji percantuman unit-unit. Ini dilakukan
untuk memastikan sistem dapat berintegrasi dengan sempurna tanpa sebarang ralat.
Rajah 5.35 menunjukkan contoh paparan ralat pengintegrasian unit yang tidak berjaya
dan kesilapan perlu diperbetulkan.
Rajah 5.35 Contoh Ralat Pada Pengintegrasian Unit
67
5.8 Rumusan
Sistem integrasi pengurusan pesakit bagi temujanji, pembedahan dan
pendermaan darah ini merangkumi bahagian temujanji antara doktor dan pesakit,
penempahan bilik pembedahan dan pengurusan bank darah hospital. Sistem ini
dibangunkan secara atas talian di mana capaian boleh dilakukan oleh pengguna-
pengguna yang terlibat. Kesemua bahagian sistem tersebut telah diimplementasikan
secara berasingan untuk memudahkan pengujian dijalankan bagi mengelakkan
berlakunya sebarang ralat pada sistem.
Aktiviti-aktiviti pengujian telah diterangkan dengan jelas setelah pengujian
sistem dijalankan oleh pembangun sendiri. Perlaksanaan pengujian dan penilaian sistem
ini penting bagi memastikan sistem yang dibangunkan dapat memenuhi spesifikasi dan
keperluan pengguna.
BAB 6
PERBINCANGAN DAN KESIMPULAN
6.1 Pengenalan
Dalam bab ini, pembangun akan membincangkan dan membuat kesimpulan
secara keseluruhan tentang projek atau sistem yang telah dilaksanakan. Sistem integrasi
pengurusan pesakit bagi temujanji, pembedahan dan pendermaan darah ini dibangunkan
bertujuan untuk memudahkan urusan temujanji antara doktor dan pesakit, pendermaan
darah dan tempahan bilik pembedahan.
Sistem ini dapat membantu pengurusan maklumat pesakit dengan membenarkan
interaksi antara pesakit dan doktor untuk proses temujanji. Manakala untuk pendermaan
darah pula, urusan bank darah hospital dapat diuruskan dengan lebih baik serta
meningkatkan tahap pengurusan tempahan bilik pembedahan.
69
6.2 Pencapaian
Secara keseluruhannya, pembangun telah menerangkan tentang pengenalan
projek yang telah dibangunkan, kajian-kajian yang telah dibuat iaitu kajian literatur,
metodologi pembangunan sistem dan juga rekabentuk sistem bagi sistem integrasi
pengurusan pesakit bagi temujanji, pembedahan dan pendermaan darah.
Kemajuan projek menepati setiap objektif yang digariskan dan tidak terkeluar
daripada skop yang dibincangkan dalam bab Pengenalan Projek. Kajian-kajian yang
dibuat juga adalah berkaitan sistem yang telah dibangunkan seperti dalam bab Kajian
Literatur dan metodologi pembangunan adalah bersesuaian dengan sistem seperti
diterangkan dalam bab Metodologi Pembangunan Sistem. Manakala hasil yang
dijangkakan dan rekabentuk bagi sistem ini memberi gambaran awal kepada
pembangun dan pengguna tentang perjalanan sistem yang akan dibina melalui rajah-
rajah yang berkaitan seperti Rajah Senibina Rangkaian dan Rajah Senibina Sistem.
Selain itu, sistem integrasi pengurusan pesakit bagi temujanji, pembedahan dan
pendermaan darah ini sepatutnya dapat memenuhi keperluan pengguna dan dapat
digunakan oleh pengguna dengan sebaik mungkin dengan kelebihan yang terdapat pada
sistem berbanding sistem sebelum ini.
70
6.2.1 Kebaikan Sistem
Sistem integrasi pengurusan pesakit bagi temujanji, pembedahan dan
pendermaan darah ini mempunyai kelebihan tersendiri berbanding sistem sedia ada di
mana antara keistimewaan sistem ini adalah seperti berikut:
i. Temujanji Secara Atas Talian
Proses untuk membuat temujanji antara pesakit dan doktor dapat dilakukan
secara atas talian.
ii. Pengurusan Bank Darah
Membenarkan pihak pengurusan mengemaskini dan melihat maklumat bank
darah.
iii. Sistem Penempahan Bilik Pembedahan
Meningkatkan tahap pengurusan penempahan bilik pembedahan.
iv. Penggunaan Teknologi SMS
Sistem ini turut menggunakan teknologi SMS di mana SMS peringatan
dihantar kepada pengguna yang terlibat.
v. Antaramuka Mesra Pengguna
Antaramuka yang mesra pengguna adalah penting dalam pembangunan
sesebuah sistem bagi memastikan pengguna memahami penggunaannya
dengan baik.
71
vi. Penyelenggaran Sistem Yang Mudah
Sistem ini mudah diselenggarakan jika pengubahsuaian terhadap sistem
ingin dilakukan pada masa akan datang.
6.3 Kelemahan Sistem
Terdapat beberapa kelemahan pada sistem yang telah dibangunkan :
i. Sistem ini tidak mengintegrasikan sistem pengurusan bank darah dengan
sistem-sistem yang lain.
ii. Maklumat penderma darah tidak mencukupi di mana sepatutnya bagi sistem
pengurusan bank darah, maklumat yang diperlukan selain maklumat peribadi
dan malumat pendermaan darah adalah seperti penyakit dihidapi,
mempunyai HIV atau tidak dan pengambilan ubat hormon untuk tubuh.
6.4 Cadangan Pembaikan
Cadangan pembaikan yang boleh dilakukan ke atas sistem ini adalah :
i. Bagi mewujudkan integrasi antara sistem pengurusan bank darah dengan
sistem-sistem yang lain, fungsi lain boleh ditambah seperti operasi
permintaan bekalan darah dalam tempahan bilik pembedahan.
72
ii. Menambah maklumat-maklumat yang lebih terperinci dalam sistem
pengurusan bank darah hospital.
6.5 Ringkasan
Secara keseluruhannya, bahagian ini telah menerangkan tentang keseluruhan
projek yang telah dibuat. Projek ini telah dapat mencapai objektif dan skop yang
digariskan. Selain itu, kelemahan-kelemahan yang terdapat dalam sistem boleh diatasi
jika pembaikan dilakukan pada masa akan datang berdasarkan cadangan pembaikan.
73
RUJUKAN
1. Wikimedia Foundation. Inc. Blood Type. Online at
http://en.wikipedia.org/wiki/Blood_type. August 26, 2007.
2. Tranfusion Practise Guidelines For Clinicians And Laboratory. Pusat Darah Negara
(2003) Online at http://www.pdn.gov.my/panduan.doc. August 26, 2007.
3. RedCross.org (1998-2007). Blood Donation Proocess. Online at https://www.givelife.org/index.cfm. September 1, 2007.
4. Online Blood Donor Information System, Tirupa, India. Online at
tsu.trp.nic.in/blood/don_search.asp. September 14, 2007.
5. Intel Corporation (2005). Using RFID Technologies to Reduce Blood Transfusion
Errors. Online at
http://www.cisco.com/web/IT/local_offices/case_history/rfid_in_blood_transfusions_fi
nal.pdf. September 14, 2007.
6. John C. Lincoln Hospital (2005). Your Guide to Inpatient Surgery. Online at
http://www.jcl.com/content/northmountain/inpatientsurgeryguide.htm. September 14,
2007.
7. Aldo Mariotto (2004). Reminder Calls Help Waiting-Lists Management and
Fairness. The Internet Journal of Healthcare Administration. Volume 2 Number 1
Online at http://www.ispub.com/ostia/index.php?xmlFilePath=journals/
ijhca/vol2n1/waiting.xml. September 1, 2007.
74
8. McCarthy, J., Kashif Riaz, Yvonne Nolan (2007). An Interactive Outpatient
Reminder. System. The Internet Journal of Medical Informatics, Volume 3 Number 1
Online at http://www.ispub.com/ostia/index.php?xmlFilePath=journals/ijmi/vol3n1/outpatient.xm
l, September 1, 2007.
9. Schofield, W. N., Rubin, G. L., Michael P., Ying Yin Lai, Doungkamol Sindhusake,
Fearnside M. R and Klineberg P. L.(2002). Cancellation of operations on the day of
intended surgery at a major Australian referral hospital. 182 (12): 612-615.
17. DevelopersHome.com. Introduction to GSM / GPRS Wireless Modems. Online at
http://www.developershome.com/sms/GSMModemIntro.asp. August 26, 2007.
11. Wikimedia Foundation, Inc. Microsoft SQL Server. Online at http://en.wikipedia.org/wiki/Microsoft_SQL_Server. August 26, 2007.
12. Wikimedia Foundation, Inc. Visual Basic .NET. Online at
http://en.wikipedia.org/wiki/Internet_Information_Server. August 26, 2007.
13. Wikimedia Foundation, Inc. Unified Modeling Language. Online at
http://en.wikipedia.org/wiki/Unified_Modeling_Language#Modeling. August 10, 2007.
14. Wikimedia Foundation, Inc. Appointment. Online at
http://en.wikipedia.org/wiki/Appointment. August 10, 2007.
15. Ziff Davis Publishing Holdings Inc(1996-2007). Definition of: SMS. Online at
http://www.pcmag.com/encyclopedia_term/ 0,2542,t%3DSMS&i%3D51563,00.asp.
August 15, 2007.
16. Wikimedia Foundation, Inc. MD5. Online at http://en.wikipedia.org/wiki/Md5.
August 15, 2007.
17. Asp.Net foundation. Inc.Data Access. Online at http://www.asp.net/learn/data-
access/tutorial-07-cs.aspx-asp.net, March 3,2008.
top related