psv3104 pengajian pengurusan kurikulum pend. seni visual kbsr
Post on 26-Jul-2015
362 Views
Preview:
TRANSCRIPT
Kemaskini 1 Disember 2009
Falsafah Pendidikan Kebangsaan i Falsafal Pendidikan Guru i Kata-Alu-aluan iv Panduan Pembelajaran v Pengenalan vii Agihan Tajuk ( Interaksi dan Modul ) viii Tajuk 1 Peringkat Perkembangan Lukisan Kanak-kanak 1
1.1 Sinopsis 1.2 Hasil Pembelajaran 1.3 Kerangka Tajuk 1.4 Kandungan
Tajuk 2 Kreativiti, Estetika Dan Ekspresi Visual 16
2.1 Sinopsis 2.2 Hasil Pembelajaran 2.3 Kerangka Tajuk 2.4 Kandungan
Rujukan 37 Panel Penulis Modul 40 Panel Pemurni Modul 41 Ikon Modul 42
KANDUNGAN MUKASURAT
ii
vi
Modul ini akan menggantikan satu kredit bersamaan dengan lima belas jam
interaksi bersemuka dalam bilik kuliah. Ujian Akhir Kursus (UAK) dan
Peperiksaan Akhir meliputi tajuk-tajuk dalam modul ini. Tiada kuliah atau
tutorial diadakan untuk tajuk-tajuk dalam modul ini. Anda boleh berbincang
dengan pensyarah, tutor atau rakan anda melalui email jika terdapat masalah
berhubung dengan modul ini.
Modul ini juga disediakan untuk membantu anda menguruskan pembelajaran
anda agar anda boleh belajar dengan lebih berkesan. Anda mungkin kembali
semula untuk belajar secara formal selepas beberapa tahun
meninggalkannya. Anda juga mungkin tidak biasa dengan mod pembelajaran
arah kendiri ini. Modul ini memberi peluang kepada anda untuk menguruskan
corak pembelajaran sumber-sumber pembelajaran, dan masa anda.
Pembelajaran arah kendiri memerlukan anda membuat keputusan tentang
pembelajaran anda. Anda perlu memahami corak dan gaya pembelajaran
anda. Adalah lebih berkesan jika anda menentukan sasaran pembelajaran
kendiri dan aras pencapaian anda. Dengan cara begini anda akan dapat
melalui kursus ini dengan mudah. Memohon bantuan apabila diperlukan
hendaklah dipertimbangkan sebagai peluang baru untuk pembelajaran dan ia
bukannya tanda kelemahan diri.
Modul ini ditulis dalam susunan tajuk mengikut proforma kursus. Jangka
masa untuk melalui sesuatu tajuk bergantung kepada gaya pembelajaran dan
sasaran pembelajaran kendiri anda. Aktiviti-aktiviti disediakan dalam setiap
tajuk untuk membantu anda mengingat semula apa yang anda telah pelajari
atau membuatkan anda memikirkan tentang apa yang anda telah baca. Dua
latihan disediakan pada pengujung modul ini untuk membantu kefahaman
dan pengaplikasian ilmu yang telah diperolehi dalam modul ini.
PANDUAN PELAJAR
vi
Anda akan mendapati bahawa ikon digunakan untuk menarik perhatian anda
agar pada sekali imbas anda akan tahu apa yang harus dibuat. Lampiran A
menerangkan kepada anda makna-makna ikon tersebut.
Anda juga diperlukan untuk menduduki peperiksaan bertulis pada akhir
kursus. Tarikh dan masa peperiksaan akan ditentukan oleh Unit Peperiksaan
dan Penilaian.
Tip untuk membantu anda melalui kursus ini.
i. Pelajar perlu memahami Hasil Pembelajaran yang hendak dicapai
untuk setiap kursus.
ii. Pelajar diminta memahami konsep, istilah dan definisi berkaitan
sesuatu tajuk kursus secara kontekstual dan bukan hanya sekadar
menghafal.
iii. Konsep belajar yang perlu difahami dan dihayati oleh pelajar
merangkumi aktiviti mengakses maklumat, mengumpul maklumat,
memproses maklumat, dan mengaplikasi maklumat.
iv. Pelajar dinasihatkan merujuk pelbagai sumber maklumat, iaitu pada
pensyarah, bahan rujukan, rakan sekerja, pengalaman profesional dan
juga sumber internet.
v. Pelajar disarankan untuk menyediakan rancangan pengajaran dan
pembelajaran dalam bentuk pakej untuk digunakan sepanjang satu
tahun pengajian.
vi. Pengetahuan kandungan dan pedagogi sentiasa dinamik dan
bertambah. Oleh itu, pelajar disarankan untuk membuat rujukan
maklumat dengan menggunakan kemudahan ICT dan Online
Learning(OLL).
vii. Pengetahuan semulajadi dan pengalaman profesional yang sedia ada
pada pelajar adalah kekuatan yang dapat dimanfaatkan oleh pelajar
untuk membuat banding beza dan mengaplikasikan sebagai amalan di
bilik darjah.
Selamat maju jaya.
v
PENGENALAN Kursus PSV 3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni
Visual KBSR melibatkan teori dalam pengajaran dan pembelajaran. (Sila
rujuk - Agihan Tajuk). Modul ini mengandungi DUA tajuk iaitu Tajuk 1 –
Pengertian dan Konsep Kurikulum PSV serta Sukatan Pelajaran PSV KBSR
(Topik 1dan 2 dalam proforma), Tajuk 2 – Huraian Sukatan Pelajaran PSV
(Topik 3 dalam proforma).
Modul ini juga disertakan aktiviti dan latihan untuk pengukuhan
pembelajaran. Terdapat beberapa aktiviti dan latihan yang disediakan bagi
setiap tajuk yang memerlukan guru membuat persediaan dari aspek
pembacaan dan pencarian maklumat . Aktiviti dan latihan tersebut termasuk
menganalisa struktur sejarah serta mengupas perkembangan kurikulum PSV
semasa zaman sebelum Merdeka dan selepas Merdeka. Analisa tersebut
bertujuan bagi membantu guru agar dapat memahami corak perkembangan
struktur kurikulum PSV yang berubah dari masa hingga ke semasa.
Antaranya adalah seperti berikut Laporan Razak, Penyata Barns. Setiap tajuk
disertakan latihan bertulis berbentuk analisis dalam setiap topik yang
dipelajari. Berbeza dengan modul sebelum ini, latihan lebih menjurus kepada
pembelajaran ISL. Guru perlu meneroka maklumat melalui carian laman
internet serta rujukan yang berkaitan.
Latihan ini harus disiapkan dalam jangkamasa yang ditetapkan. Hasil
kerja pelajar yang telah disiapkan hendaklah dihantar kepada pensyarah
secara e-mel atau bersemuka. Sebagai memantapkan lagi kefahaman
setiap tajukdalam kursus ini, pelajar dinasihatkan membuat banyak rujukan
dan pembacaan. Pelajar juga digalakkan menghubungi pensyarah untuk
mendapatkan maklumat lanjut yang berkaitan dengan topik-topik yang
dipelajari.
vi
AGIHAN TAJUK(PSV3104) Panduan kepada pengguna
Kadungan modul ini akan menggantikan satu kredit bersamaan dengan lima belas jam interaksi bersemuka. Jadual di bawah menjelaskan agihan tajuk-tajuk untuk interaksi bersemuka atau pembelajaram melalui modul. (Agihan Tajuk Interaksi Bersemuka dan Modul Mengikut Proforma Kursus)
Bil.
Tajuk/Topik
Interaksi Bersemuka
(jam)
Modul (jam)
Jum. Jam
1 Pengertian dan Konsep Kurikulum PSV serta Konsep Sukatan Pelajaran PSV KBSR
9 0 9
2 Sukatan Pelajaran PSV
3 0 3
3 Huraian Sukatan Pelajaran PSV
9 0 9
4 Peranan Guru PSV
0 6 6
5 Pengurusan aktiviti dalam dan luar bilik darjah.
6 0 6
6 Pengurusan Sumber dan Bahan Bantu Mengajar
0 6 6
7 Pengurusan Bilik dan Hasil Kerja Murid
0 3 3
8 Peranan Apresiasi dan Hasil Kerja Murid
3 0 3
Jumlah keseluruhan
30
15
45
(PSV 3104 PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR)
1
TAJUK 1 PENGERTIAN DAN KONSEP KURIKULUM PSV SERTA KONSEP SUKATAN PELAJARAN PSV KBSR
SINOPSIS
Matlamat mata pelajaran Pendidikan Seni Visual Sekolah Rendah adalah
untuk melahirkan insan yang harmonis, kritis, kreatif, dan produktif menerusi
pemupukan Asas Seni Visual. Kandungan kurikulum berupaya membantu
guru meningkatkan rasa kesedaran serta tanggungjawab terhadap keperluan
bidang seni yang selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Selain itu, guru itu sendiri perlu memahami perkembangan serta kronologi
perkembangan kurikulum yang berlaku sebelum dan selepas Merdeka agar
dapat mentafsir pengertian dan konsep kurikulum Pendidikan Seni di negara
serta kesannya yang dicorakkan menerusi struktur dan keperluan murid-
murid di sekolah.
HASIL PEMBELAJARAN
Menerangkan perkembangan kurikulum Pendidikan Seni Visual
(PSV), Sukatan Pelajaran dan Huraian Sukatan Pelajaran(HSP) PSV
KBSR
Mengaplikasikan konsep 5P, KBSR
Mengaitkan kepentingan perkembangan Kurikulum
Merancang dan mereka bentuk aktiviti seni visual dalam pengajaran
dan pembelajaran
Mengintegrasikan aktiviti PSV dalam mata pelajaran lain
(PSV 3104 PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR)
2
1.0 Perkembangan Kurikulum Pendidikan Seni Visual di Malaysia
Jadual 1 :
Kronologi Perkembangan Kurikulum Pendidikan Seni Visual
Jadual 2 :
Transisi merentasi Pendidikan Seni Visual
Transisi merentasi kurikulum PSV
t i k ik l
Pendidikan
Institusi
Penerbitan
Penubuhan kelab seni
Sebelum Merdeka
Awal Merdeka
Sekarang
(PSV 3104 PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR)
3
a) Perkembangan Kurikulum Pendidikan Di Malaysia
1.1 Laporan Winstedt- Zaman British
Tujuan sekolah Melayu menurut Penyata Pelajaran tahunan Neger-
negeri Selat 1885 adalah; Cukup untuk kehendak-kehendak biasa
budak-budak Melayu, yang kelak akan menjadi pemandu kereta
lembu, penanam padi dan nelayan. Tujuan kerajaan bukanlah
untuk mewujudkan segelintir pemuda yang berpendidikan baik.
Pelajaran untuk orang Melayu tidak boleh melewati batasan, kerana ia
hanya akan menimbulkan kesulitan nanti
1.2 1916 – Laporan Winstedt memperkemas sistem pendidikan rendah
di Tanah Melayu-Sekolah Melayu dan maktab mengajar mata
pelajaran lukisan. Anyaman diletakkan di bawah mata pelajaran
sains pertanian
1.3 Laporan Winstedt (Penolong Pengarah Pelajaran Negeri-negeri
Selat dan Negeri-negeri Melayu Bersekutu) mencadangkan:-
Lukisan adalah mustahak untuk “Latihan yang amat baik
memerhati alam” yang didapati darinya, dan ia dapat
menimbulkan minat dan kecerdasan murid-murid, dan melatih mereka
ketepatan dan kecermatan. Dan ia menyesuaikan mereka dengan
kerja- kerja mandur. Ia patut dimestikan dalam darjah 3 dan 4.
Menyediakan matapelajaran Kerjatangan seperti membuat bakul.
1.4 Pada tahun 1930 sistem persekolahan berjalan 4 jam sehari, dari jam
8.00 pagi hingga 12.00 tgh
Mata pelajaran :-Karangan, Ilmu Kira-kira, Ilmu Alam, Sejarah Melayu,
Kesihatan, Lukisan, Menganyam dan berkebun, Kesihatan, Senaman,
Anyaman dan berkebun adalah untuk menjadikan sistem
Persekolahan Melayu lebih mirip kepada kampung-anjuran
R.O.Winstedt
1.5 Penyata Rahman Talib
Pada tahun 1960 satu jawatankuasa bagi mengkaji semula
implementasi dasar pendidikan di bawah ordinan pendidikan 1957
yang dipengerusikan oleh Abdul Rahman Talib
Antara syor yang dikemukakan:
Menyediakan pendidikan universal selama 9 tahun dan menaikkan
had umur berhenti sekolah dari 9-15 tahun. Memberi pelajaran
(PSV 3104 PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR)
4
percuma kepada kanak-kanak di semua aliran sekolah mulai
1962. Memperbanyakkan kemudahan pendidikan teknik dan
vokesional. Mengadakan pendidikan agama Islam.
Bahasa Melayu dijadikan bahasa teras seiring dengan kedudukannya
sebagai bahasa kebangsaan.
1.6 Akta Pelajaran 1961 telah dijadikan dasar kepada sistem pendidikan
di negara ini. Justeru itu Kurikulum Lama Sekolah Rendah (KLSR)
telah diperkenalkan. Mata pelajaran yang diajar oleh guru-guru
dana dipelajari oleh murid-murid dalam KLSR antaranya ialah
Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains, Tawarikh, Ilmu
Alam, Hal Ehwal Tempatan, Tata Rakyat, Jawi,Pendidikan Agama
Islam, Lukisan dan Pertukangan Tangan, Pendidikan Jasmani dan
lain-lain.
1.7 Persekolahan peringkat rendah di negara ini berterusan mengikut
kehendak KLSR sehinggalah kajian dibuat pada tahun 1974 hingga
1979 oleh jawatankuasa diketuai Dr.Mahathir Mohamad bagi melihat
kesesuaian KLSR ini.
1.8 Laporan kajian yang dikeluarkan pada tahun 1979 mendapati bahawa
KLSR sudah tidak relevan lagi dan perlu diganti dengan kurikulum
yang baru. Implikasi daripada laporan ini ialah pengenalan
kepada Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) pada tahun 1982.
1.9 Pada tahun 1988 KBSR telah disemak semula bagi mengenal pasti
kelemahan dan kekuatannya. Lanjutan itu, KBSR yang dikenali
pada asasnya sebagai Kurikulum Baru Sekolah Rendah ditukar
menjadi Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah. Dari segi
kurikulum, mata pelajaran-mata pelajaran yang telah sedia ada
mengalami perubahan bagi membantu murid menghadapi cabaran
masa depan termasuklah Pendidikan Seni Visual.
1.10 Kementerian Pendidikan Malaysia telah memainkan peranan yang
positif dalam membangunkan dan memperkembangkan kurikulum
Pendidikan Seni Visual. Hal ini dapat dilihat berdasarkan semakan
terhadap Kurikulum Pendidikan Seni Visual itu sendiri yang telah
beberapa kali melalui proses perubahan. Perubahan-perubahan
tersebut meliputi aspek falsafah, matlamat, objektif, pendekatan,
kaedah dan isi kandungan mata pelajaran tersebut. Perkembangan
kurikulum ini dapat dilihat seawal pertengahan abad ke-19 apabila
kurikulum seni mula diperkenalkan di Penang Free School dengan
(PSV 3104 PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR)
5
memberikan penekanan kepada penglahiran pelajar yang mahir
dalam kraf (Carline, (1968) dalam Ibrahim Hassan melalui karya Md
Nasir bin Hj. Ibrahim-Isu dan Permasalahan Kurikulum Pendidikan
Seni Visual).
1.11 Selepas merdeka, bermula dari tahun 1965 Kementerian Pelajaran
Malaysia telah menggubal dasar baru pendidikan. Melalui dasar baru
ini, murid-murid daripada darjah 1 hingga tingkatan 3 akan belajar dua
kumpulan mata pelajaran yang dikenali sebagai mata pelajaran wajib
dan mata pelajaran elektif.
1.12 Kini, sekali lagi kurikulum Pendidikan Seni berubah dengan
penekanan kepada melengkapkan perkembangan diri seseorang
individu melalui nilai peribadi individu dan pemupukan kesedaran
terhadap seni dalam kehidupan sehari-hari serta sikap dalam
menghargai hasilan seni sebagai sumbangan kepada warisan budaya
dan identiti bangsa. Perubahan-perubahan ini melibatkan falsafah,
matlamat, objektif, pendekatan, kaedah dan isi kandungan yang lebih
mantap dan akan dapat menarik minat lebih ramai pelajar.
1.13 Dalam KBSR, Pendidikan Seni Visual merupakan mata pelajaran
wajib yang mesti dipelajari oleh semua murid. Mata pelajaran
Pendidikan Seni Visual digubal selaras dengan perkembangan terkini
ke arah mencapai hasrat FPK. Matlamat mata pelajaran Pendidikan
Seni Visual sekolah rendah sebagaimana yang digariskan oleh PPK
pada tahun 2000 adalah untuk melahirkan insan yang harmonis, kritis,
kreatif dan produktif menerusi pemupukan asas seni visual.
Kandungan kurikulum berupaya membnatu murid meningkatkan rasa
kesyukuran terhadap Tuhan, menghargai keindahan alam
persekitaran, keindahan seni dan warisan bangsa serta dapat
menyumbang ke arah pembangunan diri, keluarga, masyarakat dan
Negara, selaras dengan hasrat FPK.Terdapat empat bidang yang
terkandung di dalam mata pelajaran Pendidikan Seni Visual seperti
berikut :
(a) Melukis dan membuat gambar
(b) Membuat corak dan rekaan
(c) Membentuk dan membuat binaan
(d) Mengenal kraf tradisional
1.14 Fokus yang diberikan kepada setiap bidang pula ialah pemerhatian
aktif, interaksi yang kreatif dengan alat dan bahan, serta aprisiasi
(PSV 3104 PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR)
6
aspek seni. Pendidikan Seni Visual memainkan peranan sebagai
pengimbang kepada mata pelajaran lain yang ditawarkan di sekolah-
sekolah kerajaan. Mata pelajaran ini menyumbangkan ke arah
perkembangan murid-murid melalui peningkatan daya persepsi,
estetika dan kraetiviti. Manakala aktiviti seni yang dijalankan semasa
pengajaran dan pembelajaran dilakukan dalam konteks peranan seni
sebagai media komunikasi, seni dalam kehidupan dan persekitaran,
dan seni sebagai warisan budaya dan identiti bangsa. (Mazlan
Mohamad.1996)
1.15 Perkembangan Sukatan Pelajaran Seni Visual peringkat menengah.
Sukatan Pelajaran Seni Visual telah diperkenalkan di peringkat Sijil
Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) pada tahun 2002 bagi
menggantikan Kertas Peperiksaan Lukisan yang digubal oleh
University of Cambridge Local Examintin Syndicate tahun 1982.
1.16 Kertas Peperiksaan Lukisan tidak bercirikan kepada pembelajaran
yang berteraskan kepada pengajaran dan pembelajaran. ianya lebih
berorientasikan kepada peperiksaan semata-mata bagi menguji
kemahiran calon dari aspek melukis dan pertukangan menerusi enam
kertas peperiksaan yang ditawarkan tanpa sukatan pelajaran.
1.17 Kertas Peperiksaan Lukisan STPM juga telah tidak mengalami
sebarang perubahan selama 20 tahun dan dilihat tidak cukup kuat
bagi dijadikan syarat kemasukan ke universiti. Keadaan ini lebih tidak
memberansangkan apabila persepsi yang direndah dan salah
khususnya dikalangan pihak sekolah dan masyarakat yang melihat
matapelajaran ini sebagai tidak relevan untuk dipelajari, tidak
mempunyai prospek serta dipertikai dari aspek nilai komersialnya.
1.18 Melalui perbincangan Jawatankuasa yang diketuai Prof Madya Dr
Mohd Mustafa Mohd Ghazali serta ahli-ahli jawatankuasa telah
membahaskan dengan panjang lebar, di mana ahli jawatankuasa dan
MPM bersetuju supaya Kertas Peperiksaan Lukisan di gantikan
dengan Sukatan Pelajaran Seni Visual. Ianya merupakan satu
kesinambungan dari Matapelajaran Pendidikan Seni Visual di
peringkat Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran
Malaysia (SPM) dan juga menjadi jambatan ilmu ke program-program
seni lukis dan seni reka serta yang berkaitan di Institusi Pengajian
Tinggi (IPT). Pemurniaan sukatan pelajaran sekali lagi mengalami
perubahan apabila rombakan selepas tiga (3) tahun dilaksanakan.
(PSV 3104 PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR)
7
Maka pada tahun 2005 pemurniaan oleh jawatankuasa yang sama
menggubal beberapa aspek utama. Iaitu apresiasi seni visual dan
penghasilan seni visual. Sukatan ini terdiri daripada tiga komponen
iaitu (a) Teori Seni Visual, (b) Lukisan, dan (c) Projek Penghasilan Karya
b) Kelahiran Institusi Seni
1.1 1922 – Penubuhan Maktab Perguruan Sultan Idris-Memberi latihan
perguruan dan semua wajib mempelajari kesemua mata pelajaran
termasuk lukisan, pertanian dan pertukangan. Melahirkan tokoh
pelukisan yang mempunyai ‘sudut pandangan Melayu’
Mengetengahkan hal benda tempatan. Anatara tokoh seperti Mohd.
Said Hj. Hussain dan Idris Hj. Salam
Antara matapelajaran :Pekerjaan tangan- kerja membuat raga
dianggap paling sesuai kerana: Seni pertukangan asli
Aspek Pendidikan Sebelum
Merdeka Pendidikan Selepas
Merdeka
Matlamat dan Objektif
Isi kandungan
Pendekatan
Latihan 1 Cuba buat perbandingan Kurikulum PSV sebelum Merdeka dan
selepas Merdeka berdasarkan aspek yang dikemukakan.
(PSV 3104 PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR)
8
Bahan-bahan mudah didapati. Perkakasan tidak banyak dan mudah,
Bahan-bahan untuk kegiatan itu ditanam di sekitar maktab
1.2 Sukatan Pelajaran Tahun pertama
* penuntut dikehendaki menggunakan mengkuang. Mereka juga
dikehendaki mencipta corak-corak baru dengan menggunakan rotan
dan buluh. Tahun Kedua, sambungan kerja tahun pertama.
Tahun Ketiga, penggunaan rotan dan buluh dengan lebih meluas
1.3 1960-Maktab Perguruan Ilmu Khas Kuala Lumpur
Dibuka untuk membentuk guru-guru pakar dalam bidang masing-
masing antaranya menawarkan kursus Pendidikan seni, Pendidikan
jasmani. Selain itu, Pendidikan guru kelas buta dan cacat
pendengaran, Kaunseling dan kerjaya, Teknologi pendidikan dan
sebagainya Peter Harris mengendalikan kurikulum Jabatan
Pendidikan Seni bagi latihan guru dan antara kakitangan awal MPIK
adalah Syed Ahmad, Jamal, Yeoh Jin Leng, Anthony Lau, Lee Joo
For, Cheong Lai Tong, Jolly Koh. Aspek-aspek kepakaran seni halus,
seni grafik dan kraftangan diberi penekanan. Sukatan mata pelajaran
yang ditawarkan adalah seperti Catan, Seni halus, Seni arca, Seni
seramik, Seni tekstil (batik), Seni anyaman/tenunan Kursus wajib –
lukisan, grafik, sejarah seni, pedagogi pendidikan Seni, Latihan
praktikum. Antara guru dan pelukis keluaran MPIK adalah seperti
Ahmad Khalid, Redza Piyadasa, Othman Mansur, Ismail Hashim
Bagi guru yang cemerlang akan ditawarkan untuk melanjutkan
pelajaran ke peringkat ijazah di luar negara (sekitar -60an).
1.4 1962 -Maktab PerguruanTeknik ditubuhkan melalui Laporan
Rahman Talib. Sukatan pelajaran termasuk pertukangan kayu,
logam, seni bina dan lukisan teknik dimasukkan ke dalam kursus seni
1.5 1967-Institut Teknologi Mara (Universiti Teknologi MARA)
Kursus-kursus yang ditawarkan Seni halus, Seni grafik, Seni logam,
Seni tekstil, Seni foto, Seni reka fesyen, Seni reka industri, Seni reka
tembikar, Seni reka kasut.
1.6 Uitm juga menawarkan Diploma perguruan untuk guru pendidikan
seni. Tenaga pengajar seperti Sulaiman Esa, Redza Piyadasa, Chong
Kam Kau, Tan Keong Eng dan Joseph Tan. Kakitangan ini telah
mengambil alih peranan kakitangan MPIK yang sebelum ini
memainkan peranan penting dalam bidang seni lukis avant-garde
negara. Mereka telah menanamkan semangat yang
(PSV 3104 PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR)
9
memberangsangkan di kalangan pelukis muda serta memupuk
kewujudan masyarakat seni secara keseluruhannya pada tahun-tahun
1970-an.Antara pelukis yang mencipta nama ialah Syarifah Fatimah
Syed Zubir, Zakaria Awang, Bayu Utomo, Dzulkifli Buyong dan ramai
lagi.
1.7 1971-Universiti Sains Malaysia
Di bawah pengajian Ilmu Kemanusiaan yanga menawarkan bidang
Seni lakon, Seni Muzik dan Seni Halus. Menawarkan kursus grafik,
arca, fotografi, sejarah seni, kritikan seni dan teori-teori seni.
Melahirkan tokoh-tokoh seperti Ismail Hashim, Zakaria Ali, dan Reza
Piyadasa.
Latihan 2 Berdasarkan kurikulum Pendidikan Seni yang dibuat ke atas institusi-institusi seni yang ditubuhkan pada masa itu, apakah peranan utama yang dimainkan oleh tenaga pengajar terhadap penguasaan kemahiran yang dikuasai oleh pelajar?
(PSV 3104 PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR)
10
c) Kemunculan Pertubuhan Seni Lukis
1.1 1906-Chong Hua Confucius Pulau Pinang -Memperkenalkan
mata pelajaran seni kaligrafi dan anyaman yang diajar dalam
bahasa Cina
1.2 1949 : Pengerusi bagi Kesatuan kesenian Guru Pulau
Pinang dan ahli Penang Impressionist
1.3 1951-Wednesday Art Group. Peter Harris seorang
pengawas seni lukis di Kementerian Pelajaran. Berkelulusan
sekolah seni dari United Kingdom. Beliau telah
memperkenalkan konsep estetika dan teknik seni. Penglibatan
guru sebagai pelukis banyak membantu perkembangan
pendidikan seni di sekolah-sekolah tanah air.Terus
berkembang dengan penubuhan sekolah kelab melukis antara
perkara yang diajar :Antaranya Kelas potret – Mohd. Hossein
Enas, Kelas Arca – Idris Salam, Kelas Grafik – Zakaria Nor
dan Kelas seni dalaman – Habibah Baharudin
1.4 1954 – Malay Teachers Union-Perkembangan seni visual
Pulau Pinang mempengaruhi guru-guru seni. Pada 21.04.54
hingga 29.04.54 telah diadakan pameran oleh guru-guru
Melayu telah diadakan di 23 Jalan Northam dan dirasmikan
oleh J.N. Davies, Pengarah Pelajaran Pulau Pinang disertai 20
orang guru seni.
1.5 1956-Majlis Kesenian Malaya
Pengasas : Tan Sri Mubin Sheppard dan Datuk Zainal Abidin
Hj. Abbas. Tujuan penubuhan untuk memberi sokongan
kepada aktiviti seni muzik, drama dan seni rupa demi menjaga
kredibiliti seni di samping menambahkan pengetahuan,
kefahaman dan amalan seni yang meluas Ahli-ahli terdiri
daripada Nik Ahmad kamal, Puan P.G. Lim, Peter Harris
1.6 1957- Thursday Art Group –Rentetan dari penubuhan WAG
dengan impian yang sama. Pengerusi : Hoessin Enas. Aktiviti
banyak berbentuk potret yang disesuaikan dengan budaya dan
identiti kebangsaan melalui pakaian, adat resam, kebudayaan
dan kerjaya.
(PSV 3104 PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR)
11
1.7 1966-Penang Teachers’ Art Circle-Latihan pendidikan seni di
luar negara. Terdiri daripada guru-guru seni tujuan :
membetulkan kaedah dan tatacara pembelajaran pendidikan
seni.
d) Penerbitan
1.1 Buku Teks-1925-R.O.Winstedt -Menghasilkan buku Art and
Crafts iaitu buku pertama mengenai sejarah seni dan seni
pertukangan.
1.2 1928-Kitab Pedoman Guru Penggal Pertama - Memperihalkan
kaedah-kaedah pengajaran Lukisan dan kerja tangan
1.3 1929-Kitab Pedoman Guru Penggal Kedua telah digunakan
oleh guru-guru Melayu untuk mengajar pelbagai mata
pelajaran termasuk Lukisan dan Pertukangan Tangan di
sekolah-sekolah Melayu di seluruh tanah air pada masa itu.
Kitab Pedoman Guru Penggal II disusun oleh O.T. Dussek dan
Muhammad Hashim bin Haji Taib adalah buku pertama yang
ditulis di negara ini mengenai kaedah mengajar mata pelajaran
Lukisan dan Pertukangan Tangan. Buku ini sangat penting
digunakan oleh guru-guru yang mengajar mata pelajaran ini di
sekolah-sekolah Melayu di Malaya etika itu.
1.4 1932-Buku Craft Work, Third Year Practical Work For Senior
Schools-Ditulis oleh Taylor and Snell. Digunakan di sekolah-
sekolah di Malaya khusus di St. Xavier Institution, Pulau
Pinang. Merupakan buku teks Lukisan dan Pertukangan
Tangan. Bab-bab yang terkandung di didalam buku Craft Work
antaranya ialah Corak pada kulit buku, Jenis-jenis tulisan /
kaligrafi, Ilustrasi figura, Cetakan stensil, Cetakan lino, Cara-
cara menjilid buku dan alat yang digunakan.
1.5 “Kitab Rajah-Rajah Anyaman oleh guru anyaman –
Mr.W.Olaguera. Antaranya para penuntut boleh memilih
kemahiran seperti berikut; pertukangan kayu: dilatih membuat
perabot-perabot seperti meja kecil, almari buku, tongkat dan
sebagainya. Mejilid buku: untuk penuntut tahun
tiga. Menganyam jaring: membuat jaring untuk kegunaan
(PSV 3104 PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR)
12
permainan bola sepak, hoki dan volleyball, Pertukangan tanah
liat: penuntut terpilih
1.6 1957- Buku Panduan Guru– Kementerian Pelajaran
Persekutuan Tanah Melayu / DBP-Perincian mengenai
Mengajar Lukisan dan Pekerjaan Tangan. Bertujuan untuk
membangunkan sepenuhnya keupayaan rasa indah kanak-
kanak, menyuburkan kuasa-rasa, kuasa-gerak dan
kecerdasan kanak-kanak serta membaiki budi pekerti mereka.
Selain itu, objektifnya menjurus kepada pembinaan
kebolehan menghargakan dan menciptakan keindahan,
Penyuburan kuasa-rasa dan kuasa-gerak, Penyuburan
kecerdasan dan Asuhan budi pekerti. Antara aktiviti yang
terkandung dalam buku tersebut ialah tentang aktiviti lukisan
biasa dan lukisan warna yang terbahagi kepada 3 bahagian
iaitu pemandangan, ingatan, rekaan, Membuat gambar,
Corak , Pekerjaan tangan dan Penghargaan.
1.7 1958- The Art Paper.Ditulis oleh Marjorie Clark (guru kanan
seni lukis Sekolah Victoria, Singapura) dan W.T.Swinbanks
(pensyarah seni di Teachers Training College, Singapura).
Diterbitkan oleh Donald Moore, Singapura. Mengandungi siri
teknik menghadapi peperiksaan lukisan untuk School
Certificate.
1.8 1990-Geometrical Drawing Part 1. Diterbitkan oleh Cambridge
Series for Schools and Training Colleges oleh Blythe yang
menjelaskan konsep visual yang luas meliputi bentuk-bentuk
geometrik dan buku ini digunakan di sekolah-sekolah seluruh
Malaya.
Latihan 3 Berdasarkan perubahan kurikulum Pendidikan Seni zaman sebelum Merdeka dan selepas Merdeka, sila bincang bersama rakan anda tentang bagaimanakah corak kurikulum Pendidikan Seni Visual pada hari ini yang telah dibentuk? Sediakan esei tidak kurang 1000 patah perkataan secara individu.
(PSV 3104 PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR)
13
2.0 Sukatan Pelajaran dan Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Visual
a) Matlamat Pendidikan Seni Visual
Rancangan kurikulum Pendidikan Seni Visual sekolah di Malaysia
telah disusun semula supaya selaras dengan perkembangan terkini
agar dapat mencapai hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Tujuannya untuk melengkapkan kamahiran murid ke aras pencapaian
keilmuan yang tinggi dari aspek kesenian, reka bentuk, teknologi, dan
alam kehidupan selepas persekolahan.
Kandungan kurikulum digubal dengan memastikan keseimbangan
penekanan kepada kandungan sukatan pelajaran Pendidikan Seni
Visual, beberapa kemahiran generik, perkembangan potensi diri dan
keupayaan diri sebagai seorang murid yang inovatif dan produktif
dalam seni visual. Contoh modul yang dihasilkan oleh Pusat
Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia adalah
menjadi rujukan kepada guru-guru di sekolah.
Tiga aspek utama modul telah dikenalpasti iaitu;
1. Perkembangan nilai diri dan kesediaan menceburi alam
pendidikan dengan aktif.
2. Penguasaan kemahiran dan teknologi buatan serta
penghasilan seni visual.
3. Perkembangan daya cipta dan nilai seni dan budaya
menerusi sejarah dan apresiasi seni visual.
Matlamat mata pelajaran Pendidikan Seni visual Sekolah Rendah
adalah untuk melahirkan insan yang harmonis, kritis, kreatif dan
produktif menerusi pemupukan Asas Seni Visual. Kandungan
kurikulum berupaya membantu murid meningkatkan rasa kesyukuran
terhadap Tuhan, menghargai keindahan alam persekitaran, keindahan
seni dan warisan bangsa serta dapat menyumbang ke arah
pembangunan diri, keluarga, mayarakat, dan negara, selaras dengan
hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
(PSV 3104 PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR)
14
Rajah 2.1 :
Matlamat Pendidikan Seni Visual
Pengertian PSV - Proses penghasilan karya seni dengan melibatkan
aspek pemahaman,penghayatan dan kritikan mengenai perasaan
estetik dan daya kreativiti melalui imaginasi dan konsepsi murid.
Matlamat mata pelajaran Pendidikan Seni Visual Sekolah Rendah
adalah untuk melahirkan insan yang harmonis, kritis, kreatif, dan
produktif menerusi pemupukan Asas Seni Visual.
Kandungan kurikulum berupaya membantu murid meningkatkan rasa
kesyukuran terhadap Tuhan, menghargai keindahan alam
persekitaran, keindahan seni dan warisan bangsa serta dapat
menyumbang ke arah pembangunan diri, keluarga, masyarakat, dan
negara, selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Pendidikan Seni Visual bertujuan memberi peluang kepada murid :
- Memupuk minat
- Memperkembang keperibadian
- Memberi kesedaran dan kepekaan terhadap nilai-nilai
kesenian dan alam sekitar.
Celik Budaya/harmonis
Nilai estatik tinggi
Kreatif
Inovatif
Inventif/produktif
Imaginatif
Kritis
(PSV 3104 PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR)
15
b) Objektif Pendidikan Seni Visual
* Setelah mengikuti kurikulum Pendidikan Seni di
kreatif dan menyeronokkan
- Menajamkan daya persepsi melalui pancaindera
- Mengenali asas seni reka dan olahannya serta
dapat menggunakannya
- Mengembangkan kemahiran asas dalam pelbagai
kegiatan seni visual
c) Organisasi Kurikulum Pendidikan Seni Visual - Organisasi kurikulum merangkumi 4 aspek utama seperti
berikut
a) pemerhatian secara aktif
b) interaksi yang kristis dan kreatif dengan alat
dan bahan
c) apresiasi Seni Visual secara mudah; dan
b) menghargai nilai baik dalam semua aspek
kehidupan
i. Pemerhatian secara aktif
Aspek ini melibatkan senitiviti deria. Semasa
menyediakan aktiviti, perhatian perlu diberi kepada
perkara berikut ;
Pengetahuan sedia ada murid
Benda yang konkrit
Minat, kecenderungan dan latar belakang murid
Bahan, bunyi, pergerakan, dan aksi; dan
Mencetus idea dan imaginasi
ii. Interaksi yang kristis dan kreatif dengan alat dan bahan
Aspek yang melibatkan penerokaan dan
penghasilan atau pembuatan. Aktiviti penerokaan
(PSV 3104 PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR)
16
dijalankan sebelum aktiviti penghasilan. Semasa
menyediakan aktiviti, anda perlu beri perhatian
kepada perkara berikut;
penerokaan
- aktiviti kecil mudah ringkas;
- cuba mencuba, suaikenal dengan
bahan;
- mencari alternatif, variasi dan
kemungkinan lain;
- bebas daripada jawapan tetap, murid
senang dan ingin mmencuba;
- aktif melibatkan pelbagai kecerdasan;
dan
- menggunakan kemahiran berfikir dan
pengurusan grafik
penghasilan/membuat
- Penggunaan alat bahan dan teknik;
- Tatacara, langkah dan proses
membuat;
- Amalan tertib kerja;
- Keselamatan semasa bekerja; dan
- Penyampaian kandungan subjek, idea,
halbenda dengan bentuk hasil.
iii. Apresiasi Seni Visual secara mudah;
Aspek ini melibatkan penyataan dan unsur afektif,
terdapat dua jenis utama aktiviti Apresiasi. Aktiviti
yang dirancang khas untuk projek apresiasi dan
aktiviti mudah yang dirancang di akhir setiap
pelajaran. Semasa menyediakan aktiviti mudah,
perhatian perlu diberi kepada perkara berikut ;
Aspek bahasa yang berkaitan dengan istilah
seni seperti sifat garisan, jalinan, warna, ton,
rupabentuk dan bentuk;
(PSV 3104 PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR)
17
Aspek bahasa yang berkaitan dengan
manipulasi, alat bahan dan teknik;
Penghargaan hasil kerja dan menghormati
pembuat karya;
Perasaan, penghargaan dan refleksi diri;
dan
Penyerapan pengetahuan dan penerapan
nilai yang berkaitan dengan kandungan
iv. Menghargai nilai baik dalam semua aspek
kehidupan
Nilai, idea dan kandungan dikaitkan
selanjutnya dengan perkara lain di dalam
kegiatan;
Nilai, idea dan kandungan dikaitkan
selanjutnya dengan perkara lain di luar
kegiatan dalam kehidupan seharian;
Tindakan susulan;
Mbut dihuraikan secara lebih terperinci dalam
Huraian Sukatan Pelajaran; dan mencintai
alam kehidupan;
Nilai patriotisme dan nilai murni lain;
Kemahiran perlakuan, pengetahuan budaya
dan perkembangan persepsi yang terkandung
dalam 4 aspek dalam organisasi kandungan
tersebut dihuraikan secara lebih terperinci
dalam Huraian Sukatan Pelajaran; dan
Kritikan seni: huraian, analisis, interpretasi,
dan penilaian
(PSV 3104 PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR)
18
Organisasi Kurikulum
PENANG FREE SCHOO MenPENANG FREE SCHOOgajar mata pelajaran seni mengikut dunia
pendidikan barat
Carta 2.2 : Carta Organisasi Kurikulum
(PSV 3104 PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR)
19
Carta 2.3:
Struktur Kandungan Organisasi Kurikulum PSV
(PSV 3104 PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR)
20
3.0 Kepentingan Terhadap Struktur Perubahan Dasar Perkembangan
Kurikulum
3.1 Sosial
3.2 Ekonomi
3.3 Politik
3.4 Teknologi
Aspek-aspek
(Sosial) (Ekonomi) (Politik) (Teknologi)
Senibina Kraf tangan Propaganda Perkongsian pintar
Peralatan rumah Pelancongan Isu Peragaan Pakaian Ornamen Tema Pengiklanan
Kebudayaan Promosi e-dagang
Nilai sejagat Penyebaran maklumat
Kepercayaan/adat istiadat
Dimensi baru Kemanusiaan Lalu lintas
Muzium, galeri, bazar, pasar seni, komplek kraf dan
lain-lain.
Jaringan keusahawanan
Latihan 3 Pakar-pakar pendidikan mengakui bahawa sains teknologi dan multimedia boleh merentasi kurikulum. Ertinya, sains teknologi dan multimedia boleh membicarakan bahasa, seni visual, sejarah, geografi, kajian tempatan, matematik, undang- undang, ekonomi dan disiplin lain dari sudut grafiknya. Mohd Johari Ab.Hamid, 2006 Berdasarkan penyataan tersebut, bagaimanakah peranan Teknologi dalam Pendidikan Seni Visual mampu merealisasikan faktor-faktor yang dimaksudkan? Bincangkan hujah anda berdasarkan pengumpulan maklumat tersebut melalui inkuiri penemuan.
(PSV 3104 PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR)
21
4.0 Konsep 5P dalam PSV KBSR
Sinopsis Konsep 5P merupakan aspek penting dalam pengajaran dan pembelajaran kerana melalui proses ini pelajar dapat menyesuaikan maklumat dalam rangsangan serta menghasilkan satu pelajaran yang bersepadu dan menyeluruh serta mengelakkan kebosanan dalam kalangan murid. Konsep 5P terdiri daripada proses penggabungjalinan kemahiran, penyerapan pengetahuan, penerapan nilai murni dan pengayaan. Hasil Pembelajaran
i. Memahami perkembangan kurikulum Pendidikan Seni Visual(PSV), Sukatan Pelajaran dan Huraian Sukatan Pelajaran(HSP) PSV KBSR.
ii. Memahami kepentingan perkembangan kurikulum
iii. Memahami konsep 5P dalam PSV KBSR
Kerangka konsep pelaksanaan 5P dalam pengajaran
Rajah 4.1 :
Kerangka Konsep 5P dalam Pendidikan Seni Visual JALINAN KEMAHIR
a) Penggabungjalinan Kemahiran
(PSV 3104 PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR)
22
Satu proses yang menggabungkan pelbagai bidang kemahiran dalam satu
pengajaran dan pembelajaran bagi mewujudkan satu pelajaran yang
intergratif dan menyeluruh
Penggabungjalinan ini bertujuan untuk membantu murid dalam penguasaan
pelbagai kemahiran secara serentak dalam proses pengajaran dan
pembelajaran
Terdapat tiga bentuk penggabungjalinan iaitu:
i. Penggabungjalinan pelbagai kemahiran dalam satu mata pelajaran
ii. Penggabungjalinan kemahiran daripada mata pelajaran lain
iii. Penggabungjalinan kemahiran merentas kurikulum
b) Penyerapan Pengetahuan Penyerapan pengetahuan adalah proses menyebati dan
menyatupadukan pengetahuan atau unsure isi pengetahuan daripada suatu matapelajaran lain ke dalam isi pelajaran bagi satu mata pelajaran yang diajar
Kelebihan penyerapan pengetahuan dalam Pendidikan Seni Visual ialah aktiviti pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih menarik walaupun tajuk yang hendak dipelajari pada asalnya bersifat sebaliknya
Kelebihan kedua ialah meningkatkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran psv lebih produktif dan efektif. Kelebihan seterusnya ialah pemilihan isi pengetahuan yang menarik daripada mata pelajaran lain, murid menjadi lebih ceria, bersemangat dan progresif
Murid-murid menjadi lebih faham dengan sesuatu yang dipelajarinya dengan penyerapan, hubung kait dengan pengetahuan dari mata pelajaran lain
Guru boleh menambahkan pengetahuan pelajar dengan menceritakan serba sedikit mengenai sejarah seni visual serta tokoh-tokoh terkenal dalam seni. Oleh itu, guru bukanlah semata-mata mengajar kemahiran-kemahiran melukis dan mewarna sahaja.
PENERAPAN NILAI-NILAI MURNI
PENDEKATAN IMPLISIT – Pendekatan implicit seperti guru-guru secara tidak langsung menerapkan sesuatu nilai
PENDEKATAN EKSPLISIT – Mengadakan suatu peraturan, arahan dan sebagainya yang bertulis tentang sesuaru perkara
PENGAYAAN
(PSV 3104 PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR)
23
Pengayaan adalah satu aktiviti yang lebih mencabar kebolehan pelajar di samping menambah minat dan pengalaman yang dapat membantu pelajar ke arah perkembangan dan bakat diri
Pengayaan juga dapat membuatkan pelajar berminat untuk belajar sendiri dan mempunyai sifat berdikari bagi membolehkan mereka meneruskan pembelajaran seumur hidup serta melahirkan daya kreativiti menerusi pemikiran dan kebolehan untuk menilai kerja mereka sendiri
Aktiviti pengayaan juga dapat membuka peluang kepada pelajar untuk mengembang minat, daya kreativiti, sifat ingin tahu, bakat kepimpinan serta dapat melibatkan diri dalam membuat keputusan untuk diri, kumpulan dan juga masyarakat.
Aktiviti tersebut haruslah mencabar serta menguji kemahiran pelajar supaya pelajar dapat melahirkan daya kreativiti tersendiri
5.0 Konsep Integrasi dalam Pendidikan Seni Visual
Program intergrasi merupakan satu program yang amat popular di luar negara
khususnya Amerika Syarikat yang mana telah dimulai pada tahun 1900 an.
Pada ketika itu penekanan pada mata pelajaran sains telah mula diintegrasikan
dengan mata pelajaran. Ini adalah disebabkan kerana dia telah mengganggap
sains adalah asas dalam kehidupan seharian rakyatnya. Kemudian daripada itu
terdapat juga perkara-perkara dan mata pelajaran lain diintegrasikan ke dalam
kurikulum disekolah-sekolah. Dengan dapat dibuat secara kesimpulan bahawa
konsep intergrasi dalam kurikulum adalah diamalkan dengan secara meluas
dikebanyakan pelajar negara-negara maju.
Bagi pendidik, kebanyakannya menggunakan konsep dan makna
pengintergrasian dari pelbagai sudut antaranya sudut psikologi, sosiologi dan
pedagogi. Intergrasi dari sudut psikologi sentiasa berkait rapat dengan
personaliti total dimana ini bermaksud bahawa individu itu adalah insan total
dan segala unsur perkembangan pelajar yang mengandungi aspek-aspek
jasmani, emosi, rohani, intelek dan social sentiasa berkait rapat dan saling
bergantung antara satu sama lain. Dari sudut sosiologi, intergrasi mempunyai
lebih daripada satu makna. Pertama, ia boleh dilihat dari sudut perhubungan
antara personaliti seperti antara seseorang pelajar dengan seseorang pelajar,
dan antara pelajar dengan guru. Kedua, perlu ada rasa keinginan yang terjalin
(PSV 3104 PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR)
24
dalam perhubungan antara individu dengan pelbagai sagensi masyarakat dan
akhir sekali harus ada pengiktirafan terhadap perhubungan antara pelbagai
institusi masyarakat itu. Manakala dari sudut pedagogi, intergrasi melibatkan
kaedah dan teknik mengajar yang meliputi pelbagai isi pelajaran dan
kemahiran melalui unit pembelajaran dan bidang pelajaran yang khusus untuk
tujuan membantu dalam pendekatan menyelesaikan masalah sebagai satu cara
belajar.
a) Empat jenis integrasi yang boleh dijalankan dalam proses
pengajaran dan pembelajaran (P&P)
Terdapat pelbagai cara intergrasi dijalankan dalam pengajaran
Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR). Dalam KBSR,
penegasan yang berkesan sangat dititikberatkan bagi mempastikan
kejayaan proses pembelajaran pelajar. Bagi mencapai hasrat dalam
falsafah, matlamat dan objektif pendidikan kebangsaan beberapa
kaedah perlu diguna pakai dalam proses pengajaran antaranya ialah
konsep intergrasi. Dalam KBSR juga konsep integrasi lebih dikenali
sebagai kesepaduan. Untuk itu konsep bersepadu dalam KBSR
membawa maksud bahawa penguasaan ilmu pengetahuan, kemahiran,
bahasa dan pemupukan nilai-nilai murni dilakukan secara intergrasi
dan menyeluruh. Ini kerana dalam KBSR pendidikan adalah bagi
pembangunan individu insan yang seimbang dan harmonis dari segi
intelek, rohani, emosi dan jasmani. Untuk itu beberapa konsep perlu
ditegaskan sebagai asas dalam proses P&P KBSR yang mengandungi
aspek.
Antara jenis-jenis intergrasi yang boleh dijalankan dalam P&P ialah :
i) Penggabungjalinan
(PSV 3104 PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR)
25
Bermaksud sebagai proses mengintegrasikan pelbagai bidang
kemahiran bagi mewujudkan suatu pelajaran yang integratif dan
menyeluruh. Melalui strategi penggabungjalinan ini berbagai-bagai
kemahiran dalam sesuatu pelajaran disampaikan secara harmoni
dan bersepadu, sama ada dalam satu mata pelajaran atau beberapa
mata pelajaran.
Strategi penggabungjalinan kemahiran ini akan melahirkan aktiviti
P&P yang menarik dan bermakna serta menimbulkan suasana proses
P&P yang lebih berkesan. Penggunaan strategi ini membolehkan
pelajar berpeluang menguasai beberapa kemahiran yang berkaitan
dengan cara bersepadu.
Teknik pengajaran yang digunakan seharusnya sesuai dengan
perkembangan diri dan kebolehan murid-murid supaya pembelajaran
itu adalah menarik, berkesan, dan bermakna. Dalam menggunakan
teknik-teknik yang sedemikian, guru-guru digalakkan menjalankan
pelbagai kegiatan dan menggunakan bahan pengajaran dan
pembelajaran yang sesuai mengikut kebolehan, keupayaan, bakat, dan
minat murid-murid.
Strategi penggabungjalinan ini memainkan peranan penting dalam
proses pengajaran dan pembelajaran. Melalui proses
penggabungjalinan ini beberapa kemahiran dapat dikuasai serentak dan
cara ini juga dapat mengelakkan rasa bosan dalam proses pembelajaran.
Kemahiran-kemahiran boleh digabungjalinkan sama ada kemahiran-
kemahiran yang terdapat dalam satu mata pelajaran atau kemahiran-
kemahiran daripada satu mata pelajaran yang digabungjalinkan dengan
lain-lain mata pelajaran.
Jenis-jenis Penggabungjalinan :
Penggabungjalinan sebagai yang berlangsung dalam aktiviti P&P
boleh dilihat daripada tiga sudut seperti :
Penggunaan pelbagai kemahiran dalam satu mata pelajaran
(PSV 3104 PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR)
26
Penggabungjalinan kemahiran daripada mata pelajaran lain ke
dalam sesuatu mata pelajaran
Penggabungjalinan kemahiran secara merentas kurikulum
Contoh Aktiviti dalam P&P
Mata Pelajaran : Matematik (Tahun2)
Topik : Nombor Bulat 0 Sehingga 100
Kemahiran : Menolak sebarang nombor bulat 0
sehingga 100
Pengintegrasian Bidang Seni Dalam Pendidikan (Penggabungjalinan)
Muzik : Nyanyian lagu ‘Sepuluh Budak Hitam’.
Bagi menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih seronok
dan difahami, guru telah menggabungjalinkan seni dalam pendidikan
yang merangkumi bidang seni muzik dalam tajuk mata pelajaran yang
diajar.
Dalam mata pelajaran Matematik, guru memilih untuk menggunakan
cara penggabungjalinan bidang seni muzik dengan memilih lagu rakyat
“Sepuluh Budak Hitam” untuk operasi menolak nombor bulat. Guru
menyanyikan lagu tersebut sendirian dengan diiringi muzik dan
meminta murid mendengar dengar teliti. Seterusnya meminta murid
menyatakan operasi apakah yang digunakan dalam lirik lagu tersebut.
Contohnya lirik : “Sepuluh budak hitam main tepi kolam, seorang
tergelincir tinggal lagi Sembilan”.
Aktiviti ini boleh dilakukan semasa set induksi sesuatu pengajaran.
Antara contoh lagu kanak-kanak yang boleh dijadikan bahan adalah
seperti berikut:
Diamlah wahai adik
(PSV 3104 PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR)
27
Papaku pulang dari kota
Telefon berbunyi
Sepuluh botol kicap
Silly billy
Satu pagi saya ke sekolah
ii) Penyerapan
Penyerapan ialah proses menyebati dan menyatupadukan pengetahuan
atau unsur isi pengetahuan daripada suatu mata pelajaran lain ke dalam
isi pengajaran bagi sesuatu mata pelajaran yang diajar. Proses
penyerapan lebih kepada unsur-unsur isi kandungan daripada dua atau
lebih mata pelajaran dalam sesuatu pelajaran. Contohnya, daripada
mata pelajaran sains guru akan mengambil petikan atau artikel sains
bagi aktiviti bacaan dan kefahaman dalam mata pelajaran Bahasa
Melayu. Dengan ini pelajar akan memperolehi ilmu pengetahuan sains
semasa mempelajari kemahiran mata pelajaran Bahasa Melayu.
Ciri-ciri Penyerapan :
i. Ia mengandungi beberapa unsur ilmu pengatahuan
daripada berbagai-bagai pelajaran
ii. Unsur-unsur ilmu pengetahuan ini diserapkan secara
bersepadu dalam satu mata pelajaran
iii. Bilangan mata pelajaran yang boleh digunakan dalam
proses penyerapan adalah fleksibel.
iv. Organisasi unsur-unsur isi kandungan bergantung
kepada unsur utama dan unsur sampingan. Walau
bagaimanapun, unsur utama tetapt diberi penekanan
yang lebih.
v. Proses penyerapan berlaku secara serentak dengan
proses penggabungjalinan. Unsur-unsur isi kandungan
boleh diserapkan ke dalam aktiviti penggabungjalinan
berbagai-bagai kemahiran seperti membaca, menulis
dan mengira.
(PSV 3104 PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR)
28
Contoh Aktiviti dalam P&P
Subject : Science Year 5
Topic : Investigating Living Thing
Unit 1 : Lesson 2- Friends or Foes
Penyerapan
Bahasa Inggeris : Kemahiran Membaca
Daripada mata pelajaran sains guru akan mengambil petikan atau
artikel sains bagi aktiviti bacaan dan kefahaman dalam mata pelajaran
Bahasa Inggeris.Dengan ini pelajar akan memperolehi ilmu
pengetahuan sains semasa mempelajari kemahiran mata pelajaran
Bahasa Inggeris
Contoh petikan : “ Tapai is a popular food in Malaysia. It is made
from glutinous rice or tapioca. Yeast is added to make tapai”.
Pengajaran ini dijalankan semasa langkah pertama iaitu menerangkan
isi kandungan topic yang akan dijalankan.
iii) Penerapan
Konsep penerapan membawa maksud sebagai satu proses menerapkan
nila-nilai dalam pelaksanaan kurikulum dan gerak kerja kokurikulum.
Nila-nilai yang dimaksudkan ialah nilai-nilai murni, nilai kemanusian,
ketuhanan dan sebagainya. Penerapan nilai akan berlangsung melalui
dua pendekatan iaitu :
i. Pendekatan implisit
Guru secara tidak langsung menerapkan sesuatu nilai.
Segala perlakuan guru diperhatikan oleh kanak-kanak
dan akan dihayati serta akan menjadi ikutan oleh kanak-
kanak. Tindakan menyokong dan memberi pujian `
kepada pelajar secara tidak langsung menyedarkan
pelajar untuk menerima sesuatu nilai yang positif
itu.
ii. Pendekatan eksplisit
(PSV 3104 PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR)
29
Pendekatan ini bermaksud dengan mengadakan suatu
peraturan, arahan, pekeliling dan sebagainya yang
bertulis tentang sesuatu perkara yang diharapkan dan
tidak diharapkan. Oleh yang demikian, penerapan
secara eksplisit adalah lebih terancang, bermatlamat,
dan cara pelaksanaannya serta penilaiannya yang jelas.
Contoh Aktiviti Dalam P&P
Mata Pelajaran : Pendidikan Sivik Dan Kewarganegaraan
Tahun 4
Topik : Pengurusan Diri
Sub Topik : Jaga Kebersihan Diri
Penerapan
Dalam mata pelajaran kajian tempatan, guru boleh menerapakan
pendekatan implisit dan pendekatan eksplisit. Contohnya dalam topik
pengurusan diri, cara menjaga kebersihan. Guru perlu bersedia terlebih
dahulu dengan berpakaian kemas, berbau harum, dan sentiasa berada
dalam keadaan segar. Ini menjadi contoh yang terbaik untuk para
pelajar mengikut tingkah laku yang sihat terhadap gurunya.
Selain itu, guru boleh menetapkan peraturan atau langkah-langkah
yang perlu diikuti oleh pelajar untuk pengurusan diri di rumah.
Contohnya, bangun pagi dengan gosok gigi,mandi,menyikat rambut
dan berpakaian kemas. Segala pendekatan terkandung dalam aktiviti
tersebut.
iv) Pemulihan
Satu lagi aktiviti dalam jenis integrasi adalah aktiviti pemulihan.
Pemulihan adalah satu aktiviti yang secara khusus bertujuan untuk
membantu pelajar yang mengalami masalah pembelajaran yang
tertentu khususnya dalam kemahiran asas 3M. Aktiviti ini memerlukan
(PSV 3104 PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR)
30
perancangan yang betul untuk membantu murid mengatasi masalah
pembelajaran dari segi pengetahuan dan kemahiran. Dalam
merancangkan aktiviti pemulihan, beberapa perkara atau aspek harus
diambil kira iaitu:
i) Tumpuan kepada kelemahan murid yang telah dikesan
contohnya melalui ujian diagnostik. Guru akan dapat mengenal
pasti di mana kelemahan murid secara lebih tepat seperti
kelemahan mengeja suku kata KVKKV. Maka guru
seharusnya merancang untuk menambahbaikan masalah
tersebut.
ii) Pengajaran dan pembelajaran murid perlu diubahsuai dan
dipelbagaikan
mengikut keperluan kognisi murid. Bermaksud murid yang
telah dikenalpasti memerlukan aktiviti pemulihan seharusnya
diberikan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang lebih
sesuai dengan tahap pemikiran mereka atau lebih
mudah dikatakan aras yang lebih mudah supaya murid senang
memahami apa yang murid tidak faham pada pelajaran lalu.
iii) Penggunaan pelbagai jenis bahan bantu mengajar termasuk
bahan bercetak dan bahan elektronik untuk membantu murid
memahami dan menguasai hasil pembelajaran. Ini penting
untuk memastikan aktiviti pemulihan yang dijalankan akan
lebih berjaya dengan adanya lebih bahan Bantu mengajar yang
sesuai dan dipastikan berkesan. Selepas aktiviti pemulihan,
pascaujian dijalankan secar pemerhatian, lisan atau bertulis.
Pascaujian ini haruslah menekankan penguasaan konsep atau
kemahiran yang perlu dikuasai.
Contoh Aktiviti Dalam P&P
Mata Pelajaran : Kajian Tempatan Tahun 5
(PSV 3104 PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR)
31
Topik : Geografi Fizikal
Sub Topik : Tumbuh-tumbuhan semula jadi dan
hidupan liar
Pemulihan
Aktiviti pemulihan boleh dilaksanakan semasa langkah 3 pengajaran
dan pembelajaran.Guru telah mengenal pasti pelajar yang lemah dan
kemahiran yang tidak dapat dikuasai pelajar. Contohnya kemahiran
membanding beza habitat haiwan yang tinggal di hutan hujan tropika
dengan hutan paya, guru boleh mencipta animasi pergerakan binatang
serta bunyi-bunyian. Pembelajaran yang menyeronokan menarik minat
serta mengukuhkan pemahaman pelajar.
Gerak kerja dilakukan secara individu sehingga pelajar tersebut
memahami perbezaan habitat haiwan yang tinggal di tempat yang
berbeza. Pengintegrasian akan tercipta dengan gabungan visual,muzik
dan pergerakan binatang tersebut. Ini member kesan yang baik dalam
aktviti pemulihan pelajar.
Integrasi mempunyai banyak kelebihan yang ketara seperti ia
mempunyai kepelbagaian dan keseragaman aktiviti dalam bentuk
unit-unit kerja. Integrasi juga akan memberi ruang untuk
menampung kepelbagaian akitiviti seni dalam pendidikan dan
seterusnya integrasi mempunyai ruang untuk menampung skop
perpaduan yang luas.
Integrasi juga seharusnya dinilai supaya ia masih berada dalam
landasan yang betul. Penilaian bagi pendekatan integrasi terbahagi
kepada dua iaitu Penilaian Formatif dan Penilaian Sumatif.
Penilaian Formatif berlaku secara berterusan semasa pengajaran
dan pembelajaran sedang berjalan. Penilaian Sumatif pula dijalankan
setelah satu tempoh pembelajaran tertentu, contohnya setelah satu
semester, satu penggal, setengah tahun atau satu tahun penilaian akan
dilakukan. Penilaian ini akan mengukur pencapaian terhadap objektif
(PSV 3104 PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR)
32
yang lebih luas meliputi keseluruhan tajuk yang diajar dalam satu
jangka waktu tertentu yang lebih panjang.
Latihan 4 Pendekatan Pembelajaran Kajian Masa Depan dapat
mencungkil potensi murid ke arah penciptaan yang lebih bersifat futuristik.
Bincangkan RPH pembelajaran Kajian Masa Depan dengan menerapkan nilai-nilai intergrasi yang merentasi kurikulum bagi merealisasikan kereta hyro tanpa petrol dalam bidang Membentuk dan Membuat Binaan menerusi mata pelajaran Pendidikan Seni Visual?
Buat satu Rancangan Pelajaran Harian Pendidikan Seni Visual Tahun 6.
(PSV 3104 PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR)
1
TAJUK 2 HURAIAN SUKATAN PELAJARAN PSV
SINOPSIS
Kursus ini merangkumi pengertian Rukun Negara, Falsafah Pendidikan
Kebangsaan, strategi, kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran
Seni Visual berdasarkan kurikulum PSV KBSR, sumber pengajaran dan
pembelajaran dan menjelaskan Huraian Sukatan Pelajaran,
HASIL PEMBELAJARAN
Menyediakan rancangan tahunan dan harian pengajaran dan
pembelajaran PSV mengikut format ditetapkan.
Mengaplikasi pelbagai pendekatan, strategi, kaedah dan teknik
pengajaran dan pembelajaran PSV
Menghuraikan dengan terperinci tentang Huraian Sukatan Pelajaran
PSV Tahap 1, tahun 1 hingga tahun 3 (1) dan Tahap 2, tahun 4
hingga tahun 6 (2)
(PSV 3104 PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR)
2
1.0 Rukun Negara
BAHAWASANYA negara kita Malaysia mendukung cita-cita hendak
mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakatnya;
memelihara satu cara hidup demokratik; mencipta masyarakat yang adil di
mana kemakmuran Negara akan dapat dinikmati bersama secara adil
dan saksama; menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi
kebudayaannya yang kaya dan berbagai-bagai corak; membina satu
masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan
teknologi moden;
MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga
dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan prinsip-
prinsip berikut:
KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
KELUHURAN PERLEMBAGAAN
KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
KESOPANAN DAN KESUSILAAN
2.0 Falsafah Pendidikan Kebangsaan
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih
memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu
untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek,
rohani, emosi, dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada
Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia
yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia,
bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta
memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga,
masyarakat, dan negara.
(PSV 3104 PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR)
3
3.0 Pendahuluan
Pendidikan Seni Visual menggantikan nama Pendidikan Seni yang terdahulu.
Perubahan ini dirasakan lebih sesuai kerana dalam hubungan seni di
sekolah, Pendidikan Seni Visual lebih menjurus kepada seni tampak atau
visual, dan
tidak merujuk kepada seni lain seperti seni muzik, seni sastera, seni tari dan
seni mempertahankan diri. Pendidikan Seni Visual bertujuan memberi
peluang kepada murid memupuk minat, memperkembang keperibadian,
memberi kesedaran dan kepekaan terhadap nilai-nilai kesenian dan alam
sekitar serta kaitannya dengan mata pelajaran lain. Murid di sekolah rendah
pada keseluruhannya adalah kreatif, ekspresif dan aktif. Pendidikan Seni
Visual memainkan peranan memperkembang sifat-sifat ini melalui persepsi
visual, imaginasi dan daya pemikiran. Kegiatan pemikiran, penerokaan dan
reka bentuk dalam pelbagai jenis seni visual akan membolehkan mereka
menyatakan idea dan ekspresi diri. Pengalaman ini penting kerana ia
membantu murid membina keyakinan diri, membuat penilaian dan
mengenali cita rasanya sendiri.
4.0 Matlamat
Matlamat mata pelajaran Pendidikan Seni Visual sekolah rendah adalah
untuk melahirkan insan yang harmonis, kritis, kreatif dan produktif menerusi
pemupukan asas seni visual.Kandungan kurikulum berupaya membantu
murid meningkatkan rasa kesyukuran terhadap Tuhan, menghargai
keindahan alam persekitaran, keindahan seni dan warisan bangsa serta
dapat menyumbang ke arah pembangunan diri, keluarga, masyarakat dan
negara, selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
5.0 Objektif
Setelah mengikuti Kurikulum Pendidikan Seni Visual di sekolah rendah murid
boleh:
1. Menghargai keindahan alam ciptaan Tuhan
(PSV 3104 PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR)
4
2. Melibatkan diri dalam kegiatan seni visual secara aktif, kritis, kreatif
dan meyeronokkan.
3. Menajamkan daya persepsi dan imaginasi melalui pancaindera
4. Mengenali asas seni reka dan olahan serta dapat menggunakannya
5. Mengembangkan kemahiran asas dalam pelbagai kegiatan seni visual
6. Membiasakan diri membuat rekaan seni dengan teratur, cermat dan
selamat
7. Memupuk nilai-nilai kerjasama, yakin diri, disiplin diri,
dan bertanggungjaw ab
8. Mengenal dan menghargai tokoh seni dan budaya
tanah air
9. Menggunakan kemudahan teknologi dalam kegiatan
penghasilan seni visual
10. Melibatkan diri dalam kegiatan seni visual sebagai
aktiviti kesenggangan yang berfaedah
6.0 Tumpuan Pendidikan Seni Visual
Tumpuan utama Pendidikan Seni Visual merangkumi empat aspek utama
yang dipentingkan iaitu:
a. pemerhatian secara aktif
b. interaksi yang kr itis dan kreatif dengan alat dan bahan
c. apresiasi seni visual secara mudah
d. menghargai nilai baik dalam semua aspek kehidupan
a. Pemerhatian secara aktif
Pemerhatian secara aktif yang merangkumi kesedaran
pemerhatian keseluruhan, berfokus dan terperinci dapat
menajamkan persepsi murid. Selain memperkembangkan
deria penglihatan ia juga melibatkan pancaindera lain melalui
kajian perbandingan. Kajian seperti ini membantu
perkembangan emosi dan imaginasi. Pemahaman tentang
asas seni visual juga turut diperkembangkan melalui kegiatan
pemerhatian ini.
Murid akan dilatih membuat pemerhatian terhadap objek alam
(PSV 3104 PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR)
5
dan objek buatan manusia. Ini adalah untuk membolehkan
murid merasai secara konkrit bagi mendapatkan imej mental.
Kegiatan-kegiatan ini akan membantu terus menyelaraskan
idea, imaginasi dan alam fantasinya ke arah perkembangan
persepsi dan pemikiran abstrak.
b. Interaksi yang kritis dan kreatif dengan alat dan bahan
Peringkat ini menggalakkan murid membuat penerokaan dan
percubaan dalam mempelbagaikan kegiatan kreatif dengan
menggunakan alat dan bahan. Proses ini akan
memperkembangkan aspek psikomotor dan kemahiran asas
seni visual berhubung dengan manipulasi alat dan bahan
serta teknik-teknik mudah.
Semasa berinteraksi dengan alat dan bahan, murid membuat
interpretasi dan menyelaras konsepsi visualnya dengan objek
yang dilihat. Proses pembelajaran ini amat penting kerana ia
memberi peluang kepada murid belajar secara tidak
langsung. Murid juga dapat mengenali perubahan yang
mereka boleh lakukan dalam penghasilan seni di masa akan
datang.
c. Apresiasi seni visual secara mudah
Apresiasi seni visual memberi pengalaman kepada murid
mengenali aspek pengetahuan seni visual dan kegunaannya
dalam pelbagai kegiatan kehidupan dari segi keindahan dan
fungsi. Murid terlibat dalam kajian perbandingan dan
menyatakan apa yang dilihat dari aspek seni melalui hasil
kerja. Pernyataan tentang hasil kerja pula boleh dibuat dalam
pelbagai cara seperti lisan, cerita, lakonan, nyanyian,
karangan dan puisi. Murid diperkenalkan tokoh-tokoh seni dan
menghargai sumbangan mereka.
(PSV 3104 PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR)
6
d. Menghargai nilai baik dalam semua aspek
kehidupan
Selain diberi pengalaman membuat apresiasi seni visual
secara mudah, murid juga dipupuk nilai menyayangi dan
menghargai segala aspek yang w ujud dalam persekitaran dan
kehidupan mereka. Ini termasuklah memelihara dan
memulihara alam sekitar, nilai patriotisme, nilai kebersihan
dan kepekaan. Dengan ini murid akan dapat membuat
pertimbangan yang sew ajarnya bila berdepan dengan semua
keadaan.
7.0 Huraian Sukatan Pelajaran
Huraian Sukatan Pelajaran merupakan dokumen sokongan bagi Sukatan
Pelajaran yang mengandungi perinciankurikulum dari tahun 1 hingga 6. Buku
ini juga mengandungi objektif pembelajaran bagi setiap tahun. Tujuannya
ialah untuk memudahkan guru merancang pengajaran dan pembelajaran
dengan lebih berkesan. Perincian kurikulum untuk setiap tahun
dipersembahkan mengikut tiga lajur iaitu Bidang, Hasil Pembelajaran dan
Cadangan Aktiviti Pembelajaran. Lajur Bidang menampakkan salah satu
daripada empat bidang dalam Pendidikan Seni Visual KBSR. Di dalam lajur
Hasil Pembelajaran dimuatkan skop pembelajaran yang perlu dicapai oleh
murid. Di samping itu, pencapaian yang boleh dikuasai oleh murid mengikut
kebolehan mereka diperinci mengikut aras. Lajur Cadangan Aktiviti
Pembelajaran pula memaparkan beberapa aktiviti yang sesuai yang boleh
dijalankan di dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual
mengikut bidang tertentu. Guru boleh memilih tajuk yang sesuai dengan
kebolehan murid masing-masing. Penjelasan tentang aras adalah seperti
berikut:
Aras
Aras 1 Pemahaman yang jelas tentang konsep dan
fungsi. Aras ini harus dicapai oleh semua
murid.
(PSV 3104 PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR)
7
Aras 2 Penggunaan alat, bahan dan teknik yang sesuai
untuk penghasilan bahan
Aras 3 Aktiviti di aras ini menitikberatkan peningkatan penghasilan
bahan yang berkualiti serta bersifat kreatif
8.0 Strategi Pengajaran dan Pembelajaran
Pendidikan Seni Visual menyarankan penggunaan strategi pengajaran dan
pembelajaran yang bersepadu dengan mata pelajaran ini dan antara mata
pelajaran lain. Penggunaan strategi yang sesuai dengan isi kandungan
pengajaran adalah digalakkan bagi memupuk minat murid. Pengenalan
strategi pengajaran dan pembelajaran seperti Teori Kecerdasan Pelbagai,
Kajian Masa Depan, Pembelajaran Kontekstual, Konstruktivisme,
Pembelajaran Akses Kendiri, Teknologi Maklumat dan Komunikasi ( ICT),
Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kreatif, Belajar Cara Belajar, dan
Pembelajaran Masteri adalah selaras dengan visi dan misi Pendidikan yang
berhasrat untuk menyempurnakan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Pemilihan dan penentuan aktiviti seni visual hendaklah yang terdekat dengan
murid dari segi pengalaman, imaginasi, alat dan bahan. Sesuatu projek yang
diperkenalkan perlu selaras dengan kesediaan, kemampuan, kebolehan,
penumpuan, pengalaman dan pemerhatian murid. Kegiatan yang menarik
minat seperti kegiatan yang mencetus idea melalui aktiviti penerokaan
amatlah digalakkan sama ada secara manual atau berbantukan komputer.
Pembelajaran boleh dirangsang dengan kegiatan yang menyeronokkan
seperti lisan, simulasi,lakonan, muzik, nyanyian, karangan, puisi, law atan
dan kegiatan ini juga boleh dilakukan secara bersepadu.Proses
penghasilan karya dan peningkatan pembelajaran yang berterusan perlu
diberi penekanan dan penilaian. Hasil kerja murid hendaklah dipamerkan
sebagai penghargaan. Murid digalakkan menyimpan rekod pengalama
pembelajaran dan hasil kerjanya sendiri. Amalan ini akan melatih murid
membuat analisis, sintesis dan refleksi terhadap pembelajarannya untuk
faedah sendiri. Rekod ini juga akan membolehkan guru membantu dan
menilai perkembangan pembelajaran murid.
(PSV 3104 PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR)
8
9.0 Penilaian Dalam Pendidikan Seni Visual
Penilaian dalam Pendidikan Seni Visual bukan hanya melibatkan pengujian
dan pengukuran tetapi penilaian secara keseluruhan. Penilaian secara
keseluruhan membolehkan murid mengabungkan kefahaman mereka kepada
aspek kognitif, psikomotor dan afektif. Secara tidak langsung, ia
menitikberatkan fokus kepada perbuatan murid yang mencungkil kemahiran
berfikir serta melahirkan murid yang mampu membuat keputusan.
Keberkesanan program mata pelajaran ini dapat diukur melalui Penilaian
Kendalian Berasaskan Sekolah yang dilaksanakan di peringkat sekolah.
Penilaian Pendidikan Seni Visual KBSR mempunyai empat unsur iaitu
penilaian berasaskan sekolah, penilaian yang fleksibel, penilaian yang
mempunyai akauntabiliti dan penilaian yang adil.
Penilaian berasaskan sekolah perlu dirancang dan dikendalikan secara
berterusan dari segi pembinaan alat penilaian dan pentadbirannya. Penilaian
yang fleksibel menitikberatkan penilaian yang mengambil kira keperluan
sekolah serta ciri mur id itu sendiri dari segi gaya pembelajaran dan
kecerdasan murid. Penilaian boleh dilakukan secara individu atau
berkumpulan. Guru bertanggungjawab sepenuhnya untuk melaksanakan
penilaian yang mempunyai akauntabiliti seperti perancangan, penentuan
instrumen serta pelaksanaannya.
Selain daripada itu, guru juga harus merekod pencapaian murid, menganalisa
markah tersebut serta membuat laporan untuk membuat tindakan susulan
yang berkaitan. Penilaian dalam Pendidikan Seni Visual bersifat adil kerana
cara, bentuk dan kandungannya harus mengikut keadaan dan ciri murid.
Murid dinilai dari segi apa yang mereka tahu, cara mereka berfikir dan
kemampuan psikomotor mereka. Terdapat tiga kaedah penilaian dalam
Pendidikan Seni Visual secara khususnya, iaitu pemerhatian, lisan dan
interaksi, dan penulisan. Kaedah pemerhatian melibatkan pemerhatian
proses dan pemerhatian hasil kerja. Pemerhatian yang dilakukan oleh guru
semasa murid membuat kerja adalah dikenali sebagai pemerhatian proses
berguna kerana guru dapat menilai penguasan kemahiran amali dan
perkembangan bakat murid. Selain daripada itu, guru juga dapat menilai
penguasan kemahiran sosial, amalan murid serta memerhati penglahiran
emosi dan perasaan. Tahap kreativiti murid juga dapat di kesan melalui
(PSV 3104 PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR)
9
pemerhatian. Pencapaian kebolehan dan kemahiran murid yang diperlihatkan
pada hasil kerja dilakukan dengan melihat kriteria-kriter ia tertentu pada hasil
kerja bagi tujuan penilaian. Antara kriteria yang dipilih untuk penilaian
ialah gubahan, interpretasi, kemahiran, fungsi, keaslian, kreativiti dan
kemasan. Ini dikenali sebagai pemerhatian hasil kerja. Kaedah lisan dan
interaksi menolong guru menilai penguasan mur id terhadap aspek seni
melalui aktiviti yang dijalankan seperti soal jaw ab, kuiz, perbincangan,
sumbangsaran, puisi, temubual, bercerita, lakonan dan nyanyian. Kaedah
penilaian secara penulisan pula berbentuk ujian pensil dan kertas. Penilaian
ini boleh ditadbirkan secara formal dan tidak formal dengan instrumen yang
berbentuk objektif dan subjektif. Tugasan dan portfolio yang diberikan
selepas pengajaran satu atau sebilangan tajuk/tema Pendidikan Seni Visual
adalah satu kaedah penilaian secara Penulisan.
(PSV 3104 PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR)
10
10. Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Visual KBSR
a) Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Visual KBSR
Tahun 1
Objektif:
Pada akhir Tahun Satu murid dapat:
1. Memahami konsep dan fungsi tiap aktiviti yang
dipelajari.
2. Merasa dan mengenalpasti pelbagai kesan benda, alat
dan bahan dengan meneroka dan mencuba secara
spontan.
3. Menghayati benda yang dilihat, disentuh dan didengar
serta menyatakan aspek yang disukai dan yang
tidak disukai.
4. Memilih, memadan, menyusun dan memanipulasi
bahan secara kreatif.
5. Menyatakan perasaan, idea dan imaginasi diri melalui
kegiatan menggambar, mencorak, membuat binaan
dan kraf.
6. Mengambil bahagian dalam kegiatan Seni Visual
dengan perasaan gembira.
7. Mengamalkan nilai-nilai murni seperti beker jasama,
berkeyakinan diri, kekemasan, kebersihan dan
mengutamakan keselamatan.
8. Mengenali serta menghargai hasil kerja sendiri dan
rakan.
(PSV 3104 PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR)
11
Bidang Hasil Pembelajaran Cadangan Aktiviti
Pembelajaran
1. Menggambar Asas menggambar
Aras 1
i. Menyatakan secara lisan pengalaman
pembelajaran
yang diperhatikan dipersekitaran.
ii. Melakar secara spontan untuk menghasilkan
imej
melalui garisan dan rupa secara tidak
terancang.
Aras 2
i. Menggunakan bahan kutipan untuk
menggambar secara mudah.
Aras 3
i. Menggunakan bahan kutipan untuk
menggambar secara:
a. menekap
b. memotong
c. menampal
d. mencantum
e. menyusun gambar
ii. Menyatakan secara lisan
tentang hasil kerja sendiri.
iii. Mengumpul hasil kerja.
a. Memerhati kesan garisan yang terdapat
di persekitaran seperti kesan laluan
anai-anai, siput, ketam, laluan air, kesan
tayar dan tapak kasut di atas permukaan
tanah atau pasir dari segi sifat dan jenis
garisan seperti tebal, nipis, dalam, cetek,
(PSV 3104 PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR)
12
putus-putus, lurus, dan bengkang-
bengkok.
b. lakaran
c. gurisan
d. gosokan
e. garisan
f. tekapan atau surihan
g. kolaj
2. Membuat Corak dan Rekaan
Membuat corak
Aras 1
i. Memahami konsep motif.
ii. Menghasilkan motif secara gurisan dan garisan
dengan spontan.
Aras 2
i. Menghasilkan corak dengan pelbagai cara
seperti:
a. memotong
b. melipat
c. menggunting
d. menampal
e. menekap
f. mencarik atau mengoyak
g. menyusun
(PSV 3104 PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR)
13
Aras 3
i. Menghasilkan motif berdasarkan sumber yang
boleh didapati dipersekitaran.
ii. Menghasilkan gubahan corak mudah daripada
motif yang dihasilkan.
iii. Mengumpul hasil kerja.
Cadangan teknik seperti:
a. capan
b. lipatan dan guntingan
c. gosokan
d. tekapan
e. kolaj
f. gurisan
g. titisan
h. lakaran
i. cetakan
3. Membentuk dan Membuat Binaan
Asas membentuk dan membuat binaan.
Aras 1
i. Mengetahui dan bermain dengan bahan yang
mudah dibentuk seperti:
a. tanah liat
b. plastisin
(PSV 3104 PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR)
14
Aras 2
i. Menghasilkan bentu mudah dengan:
a. melipat
b. menggunting
c. mencantum
Aras 3
i. Menggunakan bahan kutipan yang sesuai untuk
menghasilkan binaan mudah yang kreatif.
ii. Menyata dan memperagakan hasil kerja sendiri.
iii. Mengumpul hasil kerja.
Cadangan teknik seperti:
a. binaan mudah
b. hiasan diri (ornament)
c. topeng mata
d. origami mudah
Cadangan bahan seperti:
a. botol plastik
b. tin
c. kotak
d. kadbod
e. gabus / tudung botol
f. klip kertas
g. plastisin
h. tanah liat
i. kertas warna
(PSV 3104 PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR)
15
4. Mengenal Kraf Tradisional
Pengenalan kepada kraf tradisional
Aras 1
i. Mengetahui nama kraf
tradisional.
Aras 2
i. Mengenal pelbagai bahan gantian serta sifatnya
dalam proses membuat kraf mudah.
ii. Memilih bahan yang sesuai untuk penghasilan
kraf secara:
a. mewarna
b. memotong
c. menganyam
d. membuat imbangan
e. menghias bahan lembut secara gurisan
dan tekanan.
f. membentuk bahan lembut
dengan picitan
Cadangan teknik seperti:
a. anyaman
b. mewarna wau
c. tembikar
d. gasing mudah
e. resis
Cadangan bahan gantian seperti:
a. kertas warna
b. kad manila
c. kotak
(PSV 3104 PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR)
16
d. majalah
e. plastisin
Aras 3
i. Menghasilkan kraf mudah dengan
menggunakan pelbagai teknik secara
kreatif.
ii. Menyata dan memperagakan
hasil kerja sendiri.
b) Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Visual
KBSR Tahun 2
Objektif:
Pada akhir Tahun Dua murid dapat:
1. Memahami konsep dan fungsi tiap aktiviti yang
dipelajari.
2. Merasa dan mengenalpasti pelbagai kesan benda,
alat, dan bahan dengan meneroka dan mencuba
secara spontan.
(PSV 3104 PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR)
17
3. Menghayati benda yang dilihat, disentuh, dan
didengar serta menyatakan aspek yang disukai dan
yang tidak disukai.
4. Menggunakan bahan asas dan bahan gantian dalam
kegiatan menggambar, mencorak, membuat binaan,
dan kraf.
5. Memilih, memadan, menyusun dan memanipulasi
bahan secara kreatif.
6. Menggunakan beberapa teknik dan proses
menghasilkan kerja Seni Visual melalui penerokaan
terhadap bahan alam dan bahan kutipan.
7. Mengamalkan nilai-nilai murni seperti beker jasama,
berkeyakinan diri, kekemasan, kebersihan serta
mengutamakan keselamatan.
8. Meningkatkan minat, daya kreativiti, dan imaginasi
dalam kegiatan Seni Visual.
Bidang Hasil Pembelajaran Cadangan Aktiviti
Pembelajaran
1. Menggambar
Aras 1
i. Mengetahui dan mengenalpasti alat, bahan,
dan teknik dalam asas menggambar
berdasarkan
beberapa eksperimen.
ii. Menyedari wujudnya rupa asas geometri di
persekitaran.
(PSV 3104 PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR)
18
Aras 2
i. Menghasilkan gambar dengan memanipulasi
bahan yang berasaskan air, minyak, dan bahan
kering.
Aras 3
i. Menghasilkan gambar dengan menggunakan
pelbagai bahan serta teknik setelah membuat
pemerhatian.
ii. Menyata dan mempamerkan hasil kerja sendiri.
iii. Mengumpul hasil kerja.
Cadangan teknik seperti:
a. stensilan
b. kolaj
c. gurisan
d. lukisan
e. gosokan
f. capan
g. catan
h. resis
i. cetakan
2. Membuat Corak dan Rekaan
Membuat corak dan rekaan.
Aras 1
i. Menggunakan pelbagai jenis garisan untuk
menghasilkan corak secara terancang.
ii. Mengenali dan melukis corak dengan
menggunakan motif rupa organik dan geometri.
(PSV 3104 PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR)
19
Aras 2
i. Mencorak dengan menggunakan pelbagai alat,
bahan, dan teknik.
Aras 3
i. Mengolah bahan alam dan kutipan yang boleh
dijadikan
motif dalam penghasilan corak secara kreatif.
ii. Menyata dan mempamerkan hasil kerja sendiri.
iii. Mengumpul hasil kerja.
Cadangan teknik seperti:
a. garisan dan gurisan
b. resis
c. lukisan
d. capan
e. golekan
f. kolaj
g. stensilan
h. lipatan dan guntingan
i. cetakan
3. Membentuk dan Membuat Binaan
Membentuk dan membuat binaan dengan
menggunakan pelbagai bahan.
Aras 1
i. Mengenali dan membezakan bentuk organik
dan geometri.
ii. Memilih bahan yang sesuai untuk menghasilkan
binaan mudah.
(PSV 3104 PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR)
20
Aras 2
i. Menggunakan bahan kutipan dan objek alam
yang sesuai untuk membentuk dan membuat
binaan berdasarkan kemahiran:
a. memotong
b. mencantum
c. menampal
d. menghias
e. menyusun
Mengenal pelbagai bahan gantian serta sifatnya
dalam proses membuat kraf mudah.
ii. Memilih bahan yang sesuai untuk penghasilan
binaan.
a. hiasan diri (ornament)
b. boneka mudah
c. model
d. bekas
e. lipatan kertas (origami)
f. topeng muka
Cadangan bahan seperti:
a. kad manila
b. kotak
c. manik
d. kulit telur
e. bola ping pong
f. kertas warna
g. kapas
h. batang ais krim
(PSV 3104 PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR)
21
Aras 3
i. Menghasilkan binaan yang berfungsi
berdasarkan pemerhatian dengan
menggunakan pelbagai alat , bahan,
dan teknik secara kreatif.
ii. Membuat pameran dan persembahan
hasil kerja.
iii. Mengumpul hasil kerja.
4. Mengenal Kraf Tradisional
Pengenalan kepada beberapa motif dalam penghasilan
kraf tradisional.
Aras 1
i. Mengenal motif kraf tradisional yang sesuai.
ii. Mengenal dan meneroka bahan asas dan
bahan gantian serta sifatnya untuk
menghasilkan kraf.
Aras 2
i. Menggunakan bahan asas dan bahan gantian
untuk menghasilkan kraf mudah.
a. batik
b. wau
c. gasing
d. hiasan diri (ornament)
e. tembikar
f. anyaman/kelarai
g. portfolio mudah
(PSV 3104 PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR)
22
Cadangan bahan seperti:
a. kertas
b. kad manila
c. krayon
d. lidi
e. plastisin
f. kertas warna
g. warna air
h. kertas majalah
Aras 3
i. Menghasilkan kraf tradisional mudah
dengan hiasan bermotifkan flora atau
faun secara kreatif.
ii. Membuat pernyataan tentang hasil kerja
sendiri.
iii. Mengumpul hasil kerja.
c) Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Visual
KBSR Tahun 3
Objektif:
Pada akhir Tahun Tiga murid dapat:
1. Memahami konsep dan fungsi tiap aktiviti yang
dipelajari.
2. Memilih, memadan, menyusun, dan memanipulasi
bahan secara kreatif.
3. Meneroka pelbagai alat, bahan, dan teknik dalam
kegiatan menggambar, membuat corak dan rekaan,
membentuk dan membuat binaan serta kraf tradisional.
(PSV 3104 PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR)
23
4. Meningkatkan daya kreativiti dan imaginasi dalam
semua kegiatan Seni Visual.
5. Menghargai alam persekitaran serta menghayati unsur
flora dan fauna untuk penghasilan.
6. Mengamalkan nilai-nilai murni seperti beker jasama,
berkeyakinan diri, ketelitian, kekemasan, kebersihan,
dan mengutamakan keselamatan.
7. Menghargai hasil ker ja sendiri dan rakan.
Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Visual
KBSR Tahun 3
1. Menggambar
1. Menggambar Meneroka beberapa teknik yang
berbeza dalam melukis dan membuat gambar.
Aras 1
i. Menggambar dengan menggunakan pelbagai
bahan dan teknik melalui penerokaan.
Aras 2
i. Memilih dan menggunakan alat, bahan, dan
teknik yang sesuai dalam penghasilan gambar.
Aras 3
i. Menghasilkan gambar dengan menggunakan
pelbagai alat, bahan dan teknik secara kreatif
melalui penerokaan.
ii. Membuat pernyataan tentang hasil kerja sendiri
dan rakan.
(PSV 3104 PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR)
24
a. stensilan
b. montaj
c. capan
d. catan
e. kolaj
f. resis
g. lukisan
h. gurisan
i. tekapan
j. cetakan
k. montaj
l. catan
m. kolaj
Bil Bidang Hasil Pembelajaran Cadangan Aktiviti
Pembelajaran
iii. Membuat dokumentasi mudah dalam portfolio.
resis dan gosokan
2. Membuat Corak dan Rekaan
Meneroka beberapa teknik yang berbeza dalam
membuat corak dan rekaan.
Aras 1
i. Menggunakan motif organik dan geometri
untuk menghasilkan corak.
ii. Mengenali warna asas serta mengolahnya
dalam penghasilan corak.
(PSV 3104 PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR)
25
Aras 2
i. Menyusun motif untuk menghasilkan corak.
ii. Menghasilkan kesan corak dengan
menggunakan pelbagai alat, bahan, dan teknik.
a. cetakan
b. capan
c. ipatan dan guntingan
d. tarikan tali
e. gurisan
f. kolaj
g. stensilan
h. tekapan
i. catan
Aras 3
i. Menghasilkan corak dengan
menggunakan pelbagai alat, bahan, dan
teknik yang sesuai dan secara kreatif
melalui penerokaan dengan
menentukan motif.
ii. Membuat pernyataan tentang hasil kerja
sendiri serta rakan.
iii. Menyediakan dokumentasi mudah
dalam portfolio.
3. Membentuk dan Membuat Binaan
Meneroka beberapa teknik yang berbeza dalam
membentuk dan membuat binaan.
Aras 1
i. Mengetahui dan meneroka
kegunaan bahan kutipan dan objek alam.
(PSV 3104 PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR)
26
ii. Menghasilkan binaan
dengan teknik luakan dan
tambahan.
Aras 2
i. Membentuk dan membuat binaan dengan
menggunakan bahan dan teknik yang berbeza
dalam penghasilan.
a. arca
b. bekas
c. model
d. topeng serkup
e. asemblaj
f. alat muzik
g. penindih kertas
Cadangan bahan seperti:
a. kotak
b. kad manila
c. penyedut minuman
d. kertas warna
e. tin / botol
f. klip kertas
Aras 3
i. Menghasilkan binaan dan menghias dengan
menggunakan pelbagai alat, bahan dan teknik
secara kreatif.
ii. Membuat pernyataan secara lisan tentang hasil
kerja sendiri dan rakan.
iii. Membuat dokumentasi mudah dalam portfolio.
(PSV 3104 PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR)
27
4. Mengenal Kraf Tradisional
Peningkatan pemahaman tentang beberapa motif dan
tatacara serta disiplin kerja.
Aras 1
i. Menggunakan bahan gantian untuk
menghasilkan kraf tradisional melalui
penerokaan.
ii. Memahami motif flora dan fauna.
Aras 2
i. Menghasilkan kraf tradisional secara mudah
dengan menggunakan bahan asas.
ii. Menguasai kemahiran motor halus (psikomotor)
dan tatacara serta disiplin kerja.
a. batik
b. wau
c. gasing
d. anyaman
e. tembikar
f. hiasan diri (ornament)
g. alat pertahanan diri
Cadangan bahan gantian seperti:
a. kertas
b. plastisin
c. kad manila
d. tutup botol
e. klip kertas
f. penyedut minuman
g. kadbod
h. benang
(PSV 3104 PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR)
28
Aras 3
i. Meneroka motif, bentuk, dan corak yang mudah
dalam penghasilan kraf tradisional.
ii. Membuat pernyataan secara lisan tentang hasil
kerja sendiri dan rakan.
iii. Membuat dokumentasi mudah dalam portfolio.
2.2 HURAIAN AKTIVITI TAHAP 2 – Tahun 4,5 dan 6
2.2.1 BIDANG MENGGAMBAR
Bidang ini melihat kemampuan murid terhadap aspek melukis serta kegiatan mereka dalam membuat gambar dengan menggunakan pelbagai media dan teknik
Ia juga menekankan perkembangan imaginasi, kreativiti dan ekspresi diri seseorang murid
Menggambar adalah satu representasi visual sesuatu objek atau imej yang dihasilkan di atas permukaan rata
Ia mengandungi komposisi artistik yang dihasilkan melalui aplikasi warna di atas permukaan rata
Merupakan suatu gambaran mental yang jelas dan pemberitahuan imej mental seseorang
Termasuk illustrasi yang digunakan untuk menerangkan dengan lebih jelas tentang sesuatu objek
Penggambaran menggunakan huruf juga boleh diterangkan dalam bentuk grafik dan representasi visual yang dihasilkan dalam bentuk dua dimensi
2.2.1.1 Tujuan Menggambar
Meneroka beberapa teknik yang berbeza dalam melukis dan membuat gambar
Menggunakan Asas Senireka dalam menggambar berdasarkan tema imaginasi murid
Menggambar beradasarkan tema pengalaman, fantasi dan imaginasi murid secara manual dan berbantukan komputer
2.2.1.2 Kepentingan Menggambar Peringkat permulaan murid-murid didedahkan dengan asas
menggambar iaitu dengan cara memerhatikan kesan-kesan garisan yang terdapat di persekitaran seperti kesan laluan tapak kaki haiwan, tapak kaki manusia, kesan laluan kenderaan di atas permukaan tanah atau pasir
(PSV 3104 PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR)
29
Pada peringkat seterusnya murid dapat menggunakan bahan kutipan untuk menggambar secara mudah dan diaplikasikan dalam kegiatan menggambar seperti mengenal garisan, lukisan, gosokan dan kolaj
Di tahun empat, adalah diharapkan murid dapat menggunakan asas senireka iaitu unsur-unsur seni dan prinsip-prinsip rekaan dalam menggambar berdasarkan tema imaginasi murid
Aktiviti menggambar di tahun lima adalah berdasarkan tema pengalaman dan imaginasi murid secara manual dan berbantukan komputer
2.2.1.3 Kegiatan-kegiatan menggambar
Lukisan Catan Kolaj Montaj Cetakan Resis Gosokan Stensilan Percikan Gurisan Capan Mozek Poster
2.2.1.4 Apresiasi Menggambar Bidang ini menekankan perkembangan imaginasi, kreativiti dan
ekspresi diri. Kegiatan ini merangkumi penerokaan kesan seni serta mengenali
pelbagai alat, bahan dan kegunaannya. Murid akan diperkenalkan pelbagai kemahiran asas dan teknik
dalam proses rekaan Kesedaran melalui pemerhatian alam persekitaran menjadi fokus
kegiatan menggambar. Kegiatan ini dapat memperkembangkan persepsi visual murid dan
kesedaran terhadap asas senireka seperti warna, garisan, susunan dan kesannya.
Ini akan membolehkan murid menyelaras apa yang dilihat dan dialami dengan apa yang dilakukan melalui gubahan.
Aspek apresiasi hasil kerja diadakan sebagai satu proses pembelajaran boleh dilakukan dalam pelbagai cara seperti pernyataan, puisi, lakonan, nyanyian dan cerita
2.2.2 MEMBUAT CORAK DAN REKAAN
Bidang ini memberi peluang kepada murid memahami pelbagai
cara untuk menghasilkan corak dan mengaplikasikannya menjadi suatu rekaan yang lain
Corak dan rekaan tersebut boleh juga dipadankan kepada mana-mana hasil daripada bidang kegiatan lain seperti binaan, kraf dan sebagainya.
(PSV 3104 PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR)
30
Corak terhasil daripada pelbagai teknik dan cara. Antaranya melalui kegiatan seperti:
2.2.2.1 Corak tidak terancang secara: Pualaman Tiupan Titisan Ikatan dan celupan Renjisan dan percikan
2.2.2.2 Corak terancang secara:
Lukisan Catan Cetakan Capan Lipatan dan guntingan Resis Kolaj kaligrafi
2.2.2 Apresiasi Membuat Corak dan Rekaan Bidang ini membolehkan murid mengenali dan mengkaji pelbagai
corak dalam alam dan kehidupan seharian. Bahagian ini menegaskan kegiatan mengenal motif dan olahannya
untuk menghasilkan rekaan corak tertentu Kegiatan ini memberi peluang kepada murid membuat rekaan
corak tidak terancang, corak terancang dan juga corak tradisional dengan teknik tertentu
Aspek apresiasi hasil kerja diadakan sebagai satu proses pembelajaran
Kegiatan ini boleh dilakukan dalam pelbagai cara seperti pergerakan, peragaan dan lakonan
(KBSR, Huraian Sukatan Pelajaran, PPK, KPM, 2002)
(PSV 3104 PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR)
31
PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR
1
TAJUK 3 KAJIAN SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN SENI
VISUAL DAN PERANAN GURU 1.1 Sinopsis Tajuk ini meliputi peranan guru Pendidikan Seni Visual sebagai pengurus,
pembimbing, pemudah cara, motivator dan inisiator. Pada peringkat ini, anda juga
akan diperkenalkan dengan peranan guru dalam bidang kepanitiaan dan Surat
Pekeliling Kementerian Pelajaran Malaysia.
Bagi melengkapkan diri anda sebagai guru mata pelajaran PSV, anda seharusnya
boleh menjelaskan, menghayati, mengaplikasi, melaksanakan dan membuat
refleksi tentang peranan guru PSV dengan merujuk kepada buku-buku, Surat
Pekeliling KPM dan pengalaman tokoh-tokoh guru.
1.2 Hasil Pembelajaran 1.2.1 Menjelaskan aspek-aspek yang terkandung dalam peranan guru PSV. 1.2.2 Menganalisis peranan guru PSV sebagai pengurus, pembimbing,
pemudahcara, motivator dan inisiator.
1.3 Kerangka konsep tajuk-tajuk modul ini
PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR
2
1.4 Kandungan
INISIATOR
MOTIVATOR
PEMUDAHCARA
PEMBIMBING
PENGURUS
PERANAN GURU PENDIDIKAN SENI VISUAL

1.5 Situasi Sejak seminggu yang lalu, kelihatan Saci asyik tidur sahaja ketika Cikgu Jacko mengajar Pendidikan Seni Visual di kelas Lima Perdana. Hari ini, Devi, salah seorang rakan sekelas menyiku Saci yang sedang tidur sambil berdengkur. Saci terjaga dalam keadaan terkejut, lalu memarahi Devi. Belum sempat Cikgu Lim mengambil sebarang tindakan, Saci spontan keluar dari bilik darjah. Rakan-rakan sekelas pula bersorak sambil menepuk tangan lalu ketawa. Cuba anda senaraikan sebab-sebab mengapa keadaan ini berlaku. Sila bandingkan keadaan ini dengan keadaan di sekolah anda. Catatkan bagaimana anda akan menghadapi keadaan seperti ini. Aktiviti 1
Apakah tugas dan tanggungjawab anda sebagai pengurus? Tugas pengurusan terbahagi kepada dua tahap berikut:
Mengapakah guru Pendidikan Seni Visual perlu memainkan peranan mereka dengan berkesan ?

Mengurus proses pengajaran dan pembelajaran bagi lebih kurang 45
orang murid termasuk menggariskan matlamat pembelajaran, merancang strategi yang sesuai bagi mengurus pembelajaran dan tingkahlaku mereka, mentaksir serta menilai hasil pembelajaran;
Mengurus persekitaran pembelajaran bagi memastikan berlakunya pembelajaran dalam kalangan murid. Dengan kata lain, anda bertanggungjawab untuk mewujudkan satu persekitaran bilik darjah yang positif dan selesa melalui persekitaran fizikal (perabut, ruang dinding dan lantai), iklim psiko-sosial dan hubungan interpersonal (interaksi antara guru-murid, dan murid-murid), Choong 2009.
Menurut Mc Ewan (2001), terdapat 10 ciri-ciri guru yang efektif. Ciri-ciri ini boleh dikategorikan kepada tiga kumpulan besar: peribadi, berunsurkan pengajaran, dan intelektual.
Peribadi. Termasuk cirri-ciri seperti dedikasi terhadap pengajaran; dan prihatin terhadap kebajikan murid, ibu bapa, rakan sejawat;
Berunsurkan pengajaran. Merangkumi cirri-ciri berikut: keupayaan mengurus bilik darjah, tingkahlaku dan masa;bersemangat untuk mengajar; kebolehan memotivasi murid; dan cekap mengajar;
Intelektual. Meliputi cirri-ciri seperti gemar membaca, mentelaah, meneroka sesuatu; serasi dengan norma masyarakat, budaya dan sub-budaya; dan mempunyai kesihatan mental yang tinggi (Choong, 2009).
Manakala Goh (2005) menggunakan akronim 3P bagi mewakili ciri-ciri guru yang berkesan, iaitu: Positif, Proaktif dan Bersifat Pencegahan.
Positif. Guru yang mempunyai sikap yang positif percaya murid-murid akan belajar. Oleh demikian, guru tersebut akan berusaha dengan sedaya upaya untuk membantu mereka belajar. Sikap sedemikian menyeai keyakinan dalam diri murid bahawa mereka boleh berjaya. Selain itu, guru yang bersikap positif biasanya menunjukkan minat terhadap murid-murid dalam semua aspek, sama ada di dalam ataupun di luar bilik darjah;
Proaktif. Bagi membolehkan sesi pengajaran berjalan dengan lancar, guru tidak boleh hanya masuk ke dalam bilik darjah lalu mula mengajar apa yang dirancang. Sebaliknya, guru perlu memberi pertimbangan kepada isu seperti; “Adakah murid-murid saya pembelajar yang pintar, sederhana, lemah, ataupun campuran ketiga-tiga jenis tersebut?” “Adakah wujud perbezaan dari segi jantina?” Berpandukan maklumat yang diperoleh, anda akan fikirkan cara yang paling sesuai untuk menyusun tempat duduk murid-murid, iaitu sama ada mengikut kumpulan yang mempunyai tahap kebolehan yang sama, mengikut jantina yang sama, dan sebagainya. Merujuk contoh tadi, boleh disimpulkan bahawa guru yang bersifat proaktif akan menyediakan satu pelan tindakan secara mental sebelum masuk ke dalam bilik darjah;
Pencegahan. Bermaksud guru akan berusaha untuk mencegah agar tidak timbul tingkahlaku bermasalah dalam bilik darjah.
PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR
5
Mencegah lebih baik daripada merawat. Untuk tujuan itu, mungkin anda akan tentukan peraturan-peraturan bilik darjah bersama murid-murid serta sediakan garis panduan tertentu. Jika pada kali pertama anda masuk ke dalam bilik darjah sudah ada satu set peraturan, ini menunjukkan anda seorang guru yang proaktif dan bersifat mencegah (Choong, 2009).
Tiga aspek ciri-ciri guru efektif menurut Choong (2009) ialah (i) kualiti peribadi, (ii) kompetensi pengajaran dan pembelajaran, dan (iii) penghayatan dan amalan nilai.
Kualiti Peribadi. Ciri-ciri guru yang efektif boleh dilihat dari segi kualiti peribadi. Sumber bahan yang berlainan mengandungi perkataan yang berbeza berhubung dengan kualiti peribadi guru. Antaranya termasuk: berkemahiran komunikasi, terurus, berilmu, mudah didampingi, ceria, bersemangat, bersifat kecindan, berupaya menyesuaikan diri, bersikap positif, bermotivasi, peka, mempunyai kesedaran, jelas, fasih, bersistematik, berempati, tegas, adil, luwes, dan melayan murid-murid sebagai individu. Berani menghadapi cabaran, menegakkan prinsip dan keadilan sosial; ketabahan hati untuk terus berusaha sehingga mencapai kejayaan; kepercayaan bahawa anda boleh membawa perubahan kepada kehidupan murid; rasa rendah diri; sifat keterbukaan terhadap maklum balas; komitmen untuk mengilhamkan murid ke arah pencapaian yang cemerlang; dan keazaman untuk mengatasi masalah pembelajaran dalam kalangan murid.
Kompetensi Pengajaran dan Pembelajaran. Biasakah anda dengar bahawa guru masa kini bukan lagi seorang bijaksana atas pentas tetapi pembimbing di sisi murid? Ya, sejak kebelakangan ini guru diminta menyahut seruan orang awam agar “mengajar demi pembelajaran yang berkualiti”. Untuk tujuan itu, guru perlu menyemak semula gaya dan strategi pengajaran yang digunakan sehingga bertujuan memaksimumkan kebolehan murid-murid menimba ilmu baru. Selaras dengan peranan guru hari ini iaitu Fasilitator berbanding penyampai maklumat. Seperti mana yang dijelaskan di atas perubahan kepada persekitaran pembelajaran baru-baru ini mengubah matlamat pengajaran menjadi pemindahan ilmu kepada situasi kehidupan seharian. Untuk itu, guru disyorkan agar menggunakan penyoalan berbentuk Socratik di mana murid-murid belajar membina ilmu tersendiri; Perekabentuk kebolehan murid-murid. Dengan berpandukan pengalaman lalu, guru berupaya merancang peluang dan pengalaman pendidikan yang wajar bagi memupuk aras pemikiran yang tinggi, pemindahan pembelajaran, kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif, pemikiran reflektif, dan sebagainya.
Penghayatan Dan Amalan Nilai. Memang tidak dapat dinafikan bahawa nilai merupakan asas kepada pembentukan sikap, persepsi, motivasi dan personaliti seseorang (INTAN,1993). Dalam konteks guru-guru di negara ini, nilai-nilai murni merupakan tenaga asas yang menggerakkan guru melaksanakan tugasan dengan cemerlang. Dengan kata lain, penghayatan nilai-nilai murni dapat membimbing mereka membentuk
PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR
6
akhlak yang mulia untuk meningkatkan keupayaan dan kualiti pengurusan murid. Di samping itu, juga boleh menentukan pelaksanaan dasar dan program sekolah berjalan dengan sempurna. Atas hakikat ini, penerapan nilai-nilai yang murni bukan sahaja diberi penekanan dalam urusan peribadi guru malahan juga dalam tugas-tugas professional mereka. Bagi memudahkan penghayatan, amalan dan penerapan nilai-nilai tersebut maka kini terdapat panduan yang telah disediakan sebagai rujukan penting. Antaranya termasuk termasuk Nilai dan Etika Dalam Perkhidmatan Awam dan pengiringnya, Tonggak Dua Belas.
Rumusan: Peranan guru Pendidikan Seni Visual amat penting dalam menjamin kualiti pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual di sekolah. Keterampilan, kewibawaan dan komitmen guru merancang, mengurus, melaksana, menilai dan membuat penambaikan dalam keberkesanan pengajaran dan pembelajarannya merupakan langkah-langkah ke arah kecemerlangan.
2.5 Latihan A (i) Berikan pendapat anda tentang ciri-ciri seorang guru
Pendidikan Seni Visual yang cemerlang. (ii) Bincangkan peranan guru Pendidikan Seni Visual dalam
meningkatkan minat murid-murid terhadap mata pelajaran Pendidikan Seni Visual.
(iii) Mentor dan pementoran dikaitkan dengan hubungan orang dewasa
ataupun senior dalam sesuatu bidang dan boleh dipercayai bagi membimbing seperti guru, rakan dan jurulatih, fasilitator dan kaunselor. Dalam konteks pendidikan Islam, ia dikaitkan dengan peranan guru sebagai muaddib iaitu pendidik putera dan puteri pemerintah dalam membentuk adab (Syed Naquib, 1978) yang bererti budi pekerti dan akhlak yang baik. Berdasarkan petikan di atas, apakah hujah anda terhadap sifat guru yang menjalankan peranan sebagai seorang pembimbing?
Kemukakan pandangan anda dalam ruangan forum OLL.
(iv) Cuba membuat analisis masalah yang berkaitan dengan peranan guru
Pendidikan Seni Visual dan berikan contoh berdasarkan pengalaman anda di sekolah:
PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR
7
Peranan Guru Contoh berdasarkan pengalaman anda di sekolah Pengurus Contoh situasi:
Analisis: Peranan Guru:
Pembimbing Contoh situasi: Analisis: Peranan Guru:
Pemudahcara Contoh situasi: Analisis: Peranan Guru:
Motivator Contoh situasi: Analisis: Peranan Guru:
Inisiator Contoh situasi: Analisis: Peranan Guru:
PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR
8
(v) Baca petikan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 4/1986 di bawah dan sempurnakan tugasan yang diberikan.
”Kejayaan para pelajar dalam pembelajaran dan motivasi serta minat mereka
terhadap sesuatu mata pelajaran yang dipelajari mempunyai hubungan rapat
dengan kebolehan dan kekesanan guru mengajar. Guru tidak ragu-ragu lagi
mempunyai peranan yang penting dalam menentukan sama ada matlamat
pencapaian akademik para pelajar di sekolah tercapai atau tidak.
Menyedari hakikat ini, maka adalah wajar bagi guru-guru yang terlibat atau
mengajar sesuatu mata pelajaran yang sama mengembelingkan tenaga mereka
dan menyelaraskan aktiviti-aktiviti dan/atau tugas-tugas mengajar sebagai pendidik.
Mereka juga harus mempunyai semangat bekerjasama, saling membantu dan
berkongsi fikiran, pengalaman serta kepakaran untuk memperbaiki lagi kecekapan
dan kekesanan mereka. Dengan demikian, guru-guru yang mengajar sesuatu mata
pelajaran berpeluang untuk bekerjasama dan menyelaraskan usaha mereka
dengan lebih terkelola dan bersepadu. Dengan wujudnya badan iktisas seumpama
ini, guru-guru yang menganggotainya juga berpeluang untuk mencari penyelesaian
kepada masalah-masalah bukan sahaja dalam bidang pengajaran, bahkan juga
masalah yang berhubung dengan motivasi, sikap dan tabiat belajar pelajar-pelajar.”
Anda dikehendaki mendapatkan salinan penuh Surat Pekeliling Iktisas tersebut.
Dapatkan maklumat berkaitan sejarah dan perkembangan Panitia Pendidikan Seni
Visual di sekolah anda dari mula hingga tahun semasa. Carta Organisasi Panitia
Pendidikan Seni Visual pada tahun semasa perlu disertakan.
Seterusnya, mari kita selesaikan masalah di bawah ini. Anda boleh berbincang
dengan rakan anda dan menggunakan pengalaman anda di sekolah dalam
menyelesaikan permasalahan berikut.
Sebagai seorang guru Pendidikan Seni Visual anda terlibat secara langsung dalam
proses menjayakan kurikulum Pendidikan Seni Visual, jadi masalahnya sekarang
ialah adakah anda pada masa ini ada mempunyai kawalan yang cukup untuk atasi
masalah isi pengajaran yang dijalankan dalam bilik darjah. Adakah anda
mempunyai kawalan yang cukup ke atas teknik pengajaran yang dijalankan di
dalam kelas ?
PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR
9
Bagaimanakah kuasa yang sepatutnya perlu ada pada seseorang guru Pendidikan
Seni Visual dalam menentukan isi pelajaran dan bentuk pengajaran dan
pembelajaran yang berlaku dalam bilik darjah serta bagaimana pula Ketua Panitia
Pendidikan Seni Visual memainkan peranannya dalam penyelesaian masalah ini?
Seterusnya, Sejauhmanakah pengetahuan amali dan kemahiran amali guru
Pendidikan Seni Visual digunakan sebagai input kepada proses menjayakan
kurikulum Pendidikan Seni Visual. Akhir sekali adakah faktor-faktor berikut
merupakan penghalang kepada anda untuk melibatkan diri secara aktif dalam
proses menjayakan kurikulum Pendidikan Seni Visual.
a) masa yang terhad ( mengikut jadual waktu kelas )
b) Bilangan murid yang besar dalam sebuah kelas
c) Alat dan bahan yang terhad
d) Tanggungjawab yang berbagai di sekolah
E-melkan dapatan, hujahan, pandangan, kritikan dan idea anda kepada
pensyarah dalam tempoh dua minggu selepas anda menerima modul ini.

TAJUK 2 PENGURUSAN SUMBER DAN BAHAN BANTU MENGAJAR
2.1 Sinopsis Tajuk ini meliputi rekabentuk dan proses menyediakan bahan sumber pengajaran
dan pembelajaran, prosedur mengguna dan menyimpan alat dan bahan,
penyimpanan dan rekod stok, panduan keselamatan serta etika dan
tanggungjawab. Tajuk ini juga adalah untuk membantu anda mengenalpasti,
membina dan mengaplikasi bahan sumber bantu pengajaran dan pembelajaran
secara kolaboratif dan koperatif. Anda hendaklah membuat pertimbangan yang
asas dalam pemilihan, pembinaan dan penggunaan bahan bantu untuk
menghasilkan keberkesanan dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni
Visual.
2.2 Hasil Pembelajaran
2.2.1 Mengurus dan mengguna bahan sumber seni visual dalam pengajaran dan pembelajaran dengan berkesan.
2.2.2 Menghasilkan bahan bantú yang sesuai dengan objektif dan isi kandungan pelajaran mengikut tahap secara kolaboratif dan koperatif.
2.2.3 Membuat pertimbangan tentang prosedur mengguna dan menyimpan alat dan bahan bantú serta rekod stok.
2.2.4 Mengurus panduan keselamatan penggunaan dan penyimpanan alat dan bahan bantú secara beretika dan bertanggungjawab.

2.3 Kerangka konsep tajuk-tajuk modul ini
2.4 KANDUNGAN
Rekabentuk dan proses menyediakan bahan sumber pengajaran dan pembelajaranBerdasarkan gambar di bawah, cuba anda senaraikan alat dan bahan bantu yang ada didalamnya.
http://images.ask.com/fr?q=art+studio&desturi
Alat :
Bahan Bantu:

Cuba anda senaraikan beberapa alat dan bahan bantu yang anda tahu. Kemudian cuba anda fikirkan hal yang menarik minat anda tentang alat dan bahan bantu tersebut dan apakah perkara yang boleh anda tambahbaikkan. a) Bahan bantu mengajar – semua bahan yang digunakan oleh guru dalam
menyampaikan maklumat/ilmu kepada murid.
b) Bahan bantu belajar – semua bahan yang digunakan oleh murid secara kumpulan ataupun individu untuk tujuan pembelajaran.
A B C
http://images.ask.com/pictures
Berikut adalah antara tujuan bahan bantu. Mari kita amati dan membuat penaakulan kepada butiran di bawah.
- Menjelaskan konsep,memudahkan pemahaman, meluaskan pengalaman
- Menarik minat dan perhatian, membina suasana belajar, menghilangkan
kebosanan, melibatkan murid secara aktif
- Menggerakkan murid untuk berfikir, merangsangkan pelbagai deria
- Menghubungkaitkan pengetahuan sedia ada dengan pemgetahuan baru
- Menjana idea, menyediakan environment belajar, menjimatkan masa
- Menghasilkan pembelajaran yang lebih kekal
- Mendorong keinginan untuk menjalankan aktiviti lanjutan

Apakah fungsi pelbagai bahan bantu secara bersesuaian di langkah pelajaran yang berlainan seperti di bawah: Cuba anda bincangkan dan huraikan hal ini bersama rakan-rakan anda.
Set induksi:
Input utama:
Pengayaan:
Pemulihan:
BAGI MENJELASKAN PENGURUSAN SUMBER DAN BAHAN BANTU MENGAJAR, MARI KITA LIHAT HURAIAN BERIKUT. Ciri-ciri bahan bantu yang berkualiti ialah mukataip, ilustrasi/gambar dan maklumat
yang jelas, relevan serta mudah difahami. Mudah dikendalikan dan mesra
pengguna. Persembahan menarik dan kemas.Dapat menjelaskan konsep dengan
tepat. Kekukuhan dan boleh diguna selalu.
i) Prosedur penyediaan bahan bantu.
- Memastikan kesesuaian dengan tajuk dan hasil pembelajaran
- Jumlah yang diperlukan mengikut keutamaan
- Membuat lakaran visual bahan sumber yang hendak dihasilkan
- Menentukan bahan dan teknik
- Menentukan maklumat dan ilustrasi/gambar yang hendak dipaparkan.
- Menghasilkan bahan bantu.
- Kemasan
ii) Penggunaan bahan bantu.
- Mengambil pertimbangan yang diperlukan sekiranya bahan sumber

perlu digantung, dilekatkan, disandarkan atau diedarkan.
- Mengambil langkah-langkah keselamatan
- Mengambil kira bilangan yang mencukupi
- Perlu menjimatkan masa dan tenaga untuk mengedarkan dan
mengutip.
Setelah anda memahami dan menghayati prosedur penyediaan bahan bantu dan
penggunaan bahan bantu. Cuba lakukan latihan ini.
Cuba anda fikirkan dan catatkan aspek-aspek yang perlu dititikberatkan semasa
membuat pemilihan bahan bantu.
1
2
3
4
5
6
Dalam matapelajaran Pendidikan Seni Visual, berbagai jenis alat dan bahan
digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran. Jenis pertama adalah alat dan
bahan yang digunakan untuk penghasilan. Jenis kedua adalah alat
PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR
15
dan bahan bantu untuk tujuan diatas untuk membantu pengajaran dan
pembelajaran. Kedua-dua jenis itu pula boleh dibahagi kepada beberapa
subkategori seperti berikut:
A) Alat dan bahan untuk penghasilan
Contoh: alat dan bahan untuk menghasilkan gambar catan:
Alat: berus atau alat ganti untuk mengecat……..
Bahan: warna air atau warna poster, kertas kartrij…….
Peralatan lain: palet, bekas air, kain lap, kertas surat khabar sebagai alas
meja……..
Sila anda senaraikan alat dan bahan selengkapnya untuk menghasilkan kraf
tradisional Batik. Bincang bersama rakan anda. Anda boleh rujuk daripada
buku atau layari website.
B) Alat dan bahan untuk membantu pengajaran dan pembelajaran:
(ii) Alat dan bahan bantu yang ada dalam kehidupan seharian murid dan
pengalaman sedia ada murid. Contohnya :
Bola,baju,kasut,kotak ubat gigi,penyapu,sikat,bunga,daun,rumpu,batu,bata,beg,
jam,cawan,botol,gula-gula,kacang,tiket,kotak tisu,kek
harijadi,rambutan,roda,cermin,tiang,meja,kerusi,bakul sampah,almari raket,….
(iii) Alat dan bahan bantu yang direka khas untuk menjelaskan
PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR
16
konsep dan secara langsungnya tidak ada dalam kehidupan seharian
murid. Contohnya:
Jadual,penyusunan grafik,carta,kad huruf dan angka,kad perkataan dank ad
ayat, gambar rajah,senarai,kad separuh bulatan,kad sisipan,papan
gulung,papan flannel,papan tulis,petikan rencana………….
(iii) Alat dan bahan media teknologi dan lain-lain jenis yang seumpama
dengannya
Sila senaraikan di sini :
Koleksi Khas
PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR
17
Cuba anda perhatikan gambar di bawah dan perkaitannya dengan koleksi-koleksi
yang boleh dipilih sebagai koleksi khas.
A http://images.ask.com/pictures B
C http://images.ask.com/pictures D

Bolehkah anda kategorikan koleksi-koleksi tersebut kepada dua jenis ?
2 Dimensi 3 Dimensi
Seterusnya, berdasarkan gambar di atas, cuba anda membuat kapsyen sebagai
langkah mengkatelogkan bahan bantu sebelum disimpan.
Nama Pengkarya :
Tajuk :
Media :
Teknik :
Tahun :
Koleksi bahan bantu boleh dikumpul melalui beberapa pendekatan antaranya ialah
seperti berikut:-
1. Hasil kerja murid yang baik boleh dijadikan koleksi contoh untuk asas seni
reka, Organisasi rekaan dan pemahaman dan penghargaan. Bahan tersebut
boleh disimpan di dalam folio.
2. Hasil kutipan benda maujud yang terdapat di persekitaran seperti kulit
kerang dan kayu hanyut boleh dijadikan kajian dan analisis asas seni reka.
3. Keratan-keratan dari akhbar dan majalah boleh dijadikan bahan buku skrap
dan carta untuk digunakan dalam perbincangan dan kajian.
4. Koleksi gambar slaid yang meliputi pelbagai aspek Pendidikan Seni Visual

termasuk salinan karya pelukis-pelukis terkenal temapatan dan
antarabangsa boleh digunakan bagi tujuan meransang dan menimbulkan
perasaan ingintahu murid.
5. Koleksi lutsinar OHP / Power Piont boleh diusahakan oleh ahli panitia PSV
bag memudahkan penyampaian pelajaran mereka.
6. Buku-buku rujukan dan risalah berkenaan PSV boleh diperolehi dari
pembekal untuk dijadikan rujukan dan panduan murid dalam pengajaran dan
pembelajaran dan disimpan samada di Bilik Seni Visual atau Pusat Sumber
Sekolah.
7. Koleksi muzik perlu disediakan bagi menghidupkan suasana semasa aktiviti
P&P dijalankan. Pemain kaset / CD / DVD perlu disediakan.
Berikut adalah gambar-gambar contoh bahan bantu boleh disimpan. Cuba anda senaraikan ruang-ruang khas untuk penyimpanan bahan bantu
berdasarkan kenyataan di atas dan gambar di bawah.
Bincang bersama rakan-rakan anda kesesuaian bahan bantu itu disimpan di
ruang yang dipilih dengan mengutamakan keberkesanan penyimpanannya dan
keselamatannya.
http://images.ask.com/fr?q=art+studio&desturi
PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR
20
http://images.ask.com/fr?q=art+studio&desturi
http://images.ask.com/fr?q=art+studio&desturi
http://images.ask.com/fr?q=art+studio&desturi
PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR
21
Prosedur mengguna dan menyimpan alat dan bahan
Pengendalian alat dan bahan merupakan aspek penting dalam pengurusan mata
pelajaran Pendidikan Seni Visual dan menjadi tanggungjawab guru Pendidikan
Seni Visual untuk menguruskannya dengan sempurna. Penerangan yang betul dan
mengikut tertib kepada murid tentang bagaimana menggunakan alat dan bahan
bantu dengan cara yang betul dan seterusnya cara menyimpan alat dan bahan
supaya tidak rosak. Sebagai contoh, alat seperti berus, pellet dan bekas air perlu
dibasuh dan dikeringkan sebelum disimpan supaya tidak rosak.
Cuba anda renungkan bagaimanakah langkah yang betul untuk mengurus
mengguna dan menyimpan semula alat dan bahan dalam aktiviti
membuat tembikar dengan tanah liat.
Penyimpanan dan rekod stok
Semua alat dan bahan yang dibeli hendaklah dicatatkan di dalam Buku Stok rasmi
sepertimana yang dikehendaki oleh pihak Audit. Butir-butir yang terdapat dalam
ruang-ruang buku stok hendaklah diisi dengan lengkap dan kemaskini.
Berikut adalah antara prosedur yang perlu diambilkira dalam proses penyimpanan
dan rekod stok.:-
- Menyediakan senarai alat dan bahan yang diperlukan
- Membuat perolehan alat dan bahan daripada pembekal / sekolah
- Membuat penerimaan alat dan bahan, menyemak dan
mengesahkan
- Membuat inventori dalam buku stok
- Membuat rekod keluar masuk alat dan bahan
Dua buku stok boleh digunakan. Sebuah buku untuk mencatatkan butir-butir alat
dan bahan kekal manakala sebuah buku lagi digunakan untuk alat dan bahan habis
guna. Setiap jenis alat dan bahan yang diperolehi patut dicatatkan dalam halaman
secara berasingan. Dengan demikian, ianya memudahkan semakan stok pada
akhir tahun yang berkenaan.

Semakan stok perlu dijalankan pada akhir setiap tahun. Sebarang kerosakan,
kehilangan atau kecurian alat dan bahan yang bernilai hendaklah dilaporkan
kepada pihak sekolah.
Setiap satu item alat dan bahan samada peralatan kekal atau tidak kekal hendaklah
dicatatkan dalam satu-satu borang sahaja. Jika terdapat penambahan stok pada
item berkenaan boleh diisi ke dalam borang berkenaan sahaja. Umpamanya ,
kertas lukisan (1 imperior) ingin ditambah dalam stok perlulah diisi ke dalam borang
item kertas lukisan (1 imperior ) sahaja.
Membuat rekod keluar masuk alat dan bahan serta dokumen langkah
keselamatan adalah penting. Beri komen anda dengan hujah yang relevan.
Peralatan kekal
Contoh Borang untuk penyimpanan stok
Borang stok untuk peralatan kekal
Bil
Item ( Peralatan Kekal )
Bil. Unit
Tarikh masuk
Tarikh lupus
1.
2.
Meja guru Meja guru
2
2
13/09/2009
13/09/2010
15/10/2010
Jumlah Item
Catatan

Peralatan tidak kekal
Contoh Borang untuk penyimpanan stok
Borang stok untuk peralatan tidak kekal
Bil
Item ( Peralatan tidak Kekal)
Bil. Unit
Tarikh masuk
Tarikh lupus
1.
2.
Kertas lukisan ( 1 imperior ) Kertas lukisan ( 1 imperior )
200 dozen
100 dozen
22/09/2009
10/10/2010
Jumlah
Item
Catatan
Panduan Keselamatan
Kita kadang kala bertemu dengan kes murid-murid mendapat keracunan atau kemalangan
di dalam bilik seni visual atau kelas sewaktu pengajaran dan pembelajaran sedang
berlangsung dan hal sebegini akan menjejaskan reputasi kita sebagai guru secara tidak
langsung. Sila lihat senarai nama alat dan bahan bantu di bawah dan cuba anda fikirkan
berdasarkan pengalaman anda atau pengalaman rakan dimanakah sepatutnya alat dan
bahan berikut patut disimpan agar ianya selamat.
Minyak turpentine
kertas lukisan
kain linen batik
kertas warna berus lukisan cecair tinner
Cat air pisau NT fabric dye Carta PSV pisau ukir tanah liat
Tahukah anda perbezaan antara peralatan kekal dengan peralatan tidak kekal. Jelaskan.

Pemantauan tajam oleh guru semasa murid menjalankan aktiviti mampu mengelakkan
sebarang kemalangan yang tidak diingini. Anda dan rakan-rakan anda cuba berbincang
dan membuat analisis, langkah-langkah yang boleh diambil oleh guru bagi mengelakkan
sebarang kemalangan daripada berlaku.
Bil Kenyataan Huraian sebab dan akibat
1 Guru perlu membaca label bahan
2 Kenalpasti murid yang bermasalah kesihatan
3 Guru perlu sediakan panduan keselamatan
4 Murid menjalankan aktiviti menghasilkan ukiran kayu
5 Memberi taklimat atau penerangan cara-cara menghasilkan batik lukis dan keselamatan fizikal

Etika dan tanggungjawab
Tugas Ahli Panitia Pendidikan Seni Visual adalah :-
Menentukan bekalan alat dan bahan bantu seni visual mencukupi dan seimbang untuk
kedua-dua aktiviti 2D dan 3D berpandukan kepada aktiviti-aktiviti yang dirancang dalam
Rancangan Tahunan.
Membincang dan menyediakan senarai alat dan bahan yang diperlukan untuk dibeli oleh
sekolah.
Dari masa ke semasa murid patut didedahkan kepada bahan rujukan mengenai
bagaimana pelukis dan pakar seni dari pelbagai kebudayaan dan zaman menghasilkan
karya-karya mereka.
Filem dan gambar slaid seni boleh membantu murid dalam dalam pengkajian pemahaman
dan penghargaan perlu didedahkan pepada murid.
Cuba anda membuat analisis, etika dan tanggungjawab yang perlu diamalkan oleh
guru Pendidikan Seni Visual selain huraian yang terdapat di atas dalam
mempertabatkan profesion perguruan.
Rumusan:
Dalam matapelajaran Pendidikan Seni Visual, mengetahui dan memahami
rekabentuk dan proses menyediakan bahan sumber pengajaran dan pembelajaran,
prosedur mengguna dan menyimpan alat dan bahan serta penyimpanan dan rekod
stok. Adalah menjadi tanggungjawab guru matapelajaran Pendidikan Seni Visual
untuk memastikan keselamatan dalam studio sebelum,semasa dan selepas
pengajaran dan pembelajaran diutamakan. Terdapat berbagai jenis alat dan bahan
digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran umpamanya seperti alat dan
bahan yang digunakan untuk penghasilan, alat dan bahan bantu untuk tujuan di
atas untuk membantu pengajaran dan pembelajaran. Kedua-dua jenis itu pula
boleh dibahagi kepada beberapa subkategori seperti Pengendalian alat dan bahan
merupakan aspek penting dalam pengurusan mata pelajaran Pendidikan Seni
Visual dan menjadi tanggungjawab Ketua Panitia dan ahli panitia Pendidikan Seni
Visual untuk menguruskannya dengan sempurna.

Aktiviti 2.1 Huraikan tiga perkara yang membezakan antara rekabentuk dan proses menyediakan bahan, prosedur mengguna dan menyimpan alat dan bahan dengan penyimpanan dan rekod stok.
Alat dan bahan bantu
rekabentuk dan proses
menyediakan bahan
prosedur mengguna dan menyimpan alat
dan bahan
penyimpanan dan rekod stok
Carta organisasi panitia Pendidikan Seni Visual
Salinan karya agung di dalam dan luar Negara
Contoh-contoh kraf tradisional
Kertas lukisan dan warna air
Alat-alat membuat ukiran
Mesin pembakar seramik
Rak-rak kayu

Aktiviti 2.2 Hasilkan beberapa bahan bantu (sekurang-kurangnya 4 item) bertujuan sebagai
membantu pengajaran dan pembelajaran. Bidang yang hendak diajar adalah
membuat corak dan rekaan. Tajuk yang dipilih ialah corak terancang dengan
menggunakan teknik kolaj dan capan.

3.1 Sinopsis
Tajuk ini meliputi Susun atur bilik Pendidikan Seni Visual, panduan keselamatan,
etika dan tanggungjawab, inventori dan penyimpanan. Bagi melengkapkan diri
anda sebagai guru mata pelajaran PSV, anda seharusnya boleh memahami
dengan jelas aspek pengurusan bilik Pendidikan Seni Visual dan pengendalian
berkaitan dengan hasil kerja murid.
3.2 Hasil Pembelajaran 3.2.1 Menganalisis susun atur bilik PSV serta menyenarai dan menjelaskan
pelan bilik PSV yang kondusif mengambilkira aspek susun atur, panduan
keselamatan,etika dan tanggungjawab, inventori dan penyimpanan.
3.3 Kerangka konsep tajuk-tajuk modul ini
TAJUK 3 PENGURUSAN BILIK DAN HASIL KERJA MURID
PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR
29
3.4 Kandungan
PENGURUSAN BILIK DAN HASIL KERJA MURID
Susun Atur Bilik PSV

Gambar 1: Susun atur perabut yang baik akan menjadikan suasana menarik
Pengurusan bilik seni visual ialah suatu aspek yang penting dalam
melaksanakan sesuatu pengajaran. Bilik seni visual merupakan tempat di mana
sekumpulan manusia berkumpul dan di ajar. Bilik seni visual merupakan lebih dari
hanya sebuah ruang pembelajaran,ia merupakan persekitaran murid,guru dan
penggalak interaksi antara guru dan murid. Guru perlulah mengurus rutin harian
bilik seni visual, mengurus murid-murid supaya melakukan aktiviti bilik seni visual,
tahu cara menyusun tempat duduk pelajar dan peralatan, mengurus pergerakan
pelajar didalam kelas, mengurus bahan-bahan pengajaran untuk Pengajaran dan
Pembelajaran yang lebih berkesan serta mengawal disiplin pelajar di dalam kelas
supaya proses pengajaran dan pembelajaran dapat bejalan dengan lancar.
Lemlech (1979) mendefinisikan pengurusan bilik sebagai koordinasi dalam
bilik yang mana menurutnya guru sebagai perancang kurikulum, pengorganisasi
prosedur dan sumber,penyusun persekitaran kelas yang efisyen,penyelia prestasi
murid serta pengenalpasti masalah potensi murid.Secara ringkasnya konsep
pengurusan bilik bermakna tindakan dan strategi guru untuk mengekalkan
peraturan bilik,mewujudkan suasana bilik yang kondusif, menghadapi tingkahlaku
murid serta menarik perhatian murid bagi memastikan pengajaran dan
pembelajaran yang efektif.

Gambar 2 : Rajah di bawah adalah contoh pelan bilik seni visual
Zon / Bengkel Mencanting Batik
Sudut Pameran Hasil Kraf Tangan
Pintu 2
Pintu 1
Sudu
t Pam
eran
Has
il K
erja
Mur
id T
ingk
ap
Tin
gkap
Meja 1 Meja 2
Meja 3 Meja 4
Meja 6 Meja 5
Meja Guru /
Dekstop Stor Papan Putih skrin Papan Info
Sudut Buku
Rujukan
Kab
inet
Ber
pint
u Pe
rala
tan
PSV
Dap
ur G
as
Sink
i
Alat Pemadam
Peti
Kec
emas
an
Pusat Akses
Sudut ICT
LCD

Berdasarkan pelan di atas, cuba anda renungkan apakah perlu anda lakukan untuk menambahbaikkan lagi pengurusan bilik seni visual.
Pengurusan bilik seni visual merupakan satu aspek utama dalam konteks
proses pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni. Guru Pendidikan Seni
hendaklah memainkan peranan penting dalam aspek ini. Guru Pendidikan Seni
hendaklah sentiasa berusaha bersama guru-guru seni yang lain untuk mewujudkan
keadaan dan suasana yang sesuai dalam bilik seni visual. Suasana dalam bilik seni
visual ini sepatutnya menjadi daya penarik dan menjadi sumber ilham bukan sahaja
kepada pelajar dan guru bahkan kepada seluruh masyarakat sekolah dan pelawat.
Selain hasil kerja pelajar, guru hendaklah cuba mendapatkan contoh-contoh hasil
kraf tempatan dan lain-lain lagi yang sesuai untuk dipamerkan dalam bilik seni.
Bahan-bahan seni yang dipamerkan hendaklah disusun mengikut jenisnya.
Cuba anda kumpulkan maklumat tentang bilik atau studio seni dan buat
presentasi dalam bentuk folio.
Ambil gambar-gambar berikut:
1.1 Bilik atau studio seni dari pelbagai sudut 1.2 Sudut-sudut pameran berkaitan 1.3 Zon-zon kerja tertentu 1.4 Stor dan bilik-bilik khas yang berkaitan 1.5 Ruang-ruang lain yang berkaitan
1.6 Carta-carta berkaitan dengan bilik seni
Gambar 3 : Contoh hasil kerja murid yang boleh dipamerkan

33
Pengetahuan asas bagaimana untuk menyusun dan merekaletak alatan dan
bahan pameran perlu dimiliki oleh guru seni visual kerana selain daripada
tanggungjawab mengajar, biasanya guru pendidikan seni juga
dipertanggungjawabkan untuk menjaga bilik dan studio seni. Antara perkara-
perkara yang perlu diberi perhatian bagi guru dalam mengurus bilik seni dan studio
seni di sekolah ialah warna dinding, papan bulletin, pencahayaan, bahan pameran
khas, zon kerja dan stor penyimpanan.
Marjorie Schiller (1995) menerangkan bahawa bilik dan studio seni
melambangkan cara kita menilai seni dan bagaimana seni memberikan makna
kepada kehidupan kita. Justeru, kaedah penyusunan dan kebersihan bilik darjah
dan studio perlu menitikberatkan unsur estetika untuk memberi pengalaman estetik
yang bermakna. Persekitaran yang merangsang deria memberikan tenaga kepada
minda untuk belajar (Koster, 2001).
Karen Haigh (1997) menyarankan agar pemilihan warna bagi bilik seni
hendaklah sehingga tidak menafikan dan menenggelamkan hasil karya pelajar
yang akan dipamerkan.
Buletin sangat diperlukan untuk mempamerkan hasil karya pelajar selain
sebagai tempat untuk menyampaikan maklumat. Papan notis hendaklah
diwarnakan sama dengan warna dinding agar terdapat kesatuan dengan bilik selain
mampu menarik minat terhadap apa yang pamerkan. Pencahayaan juga
memainkan peranan penting kerana pemilihan warna juga dipercayai turut
mempengaruhi murid menyiapkan dan menghasilkan karya. Kebanyakan kelas dan
studio seni telah disediakan dengan lampu fluoresant atau lampu kalimantang.
Oleh itu, guru seni digalakkan untuk memastikan murid menggunakan sinaran
pencahayaan semula jadi dari luar. Guru perlu buka tingkap dan pastikan seberapa
banyak cahaya dari luar masuk ke dalam bilik seni.

34
Gambar 4 : adalah juga contoh hasil kerja murid yang boleh dipamerkan
Selain mempamerkan hasil karya pelajar, guru-guru seni visual boleh
memperuntukkan satu ruang pameran yang mempamerkan objek semula jadi yang
boleh membangkitkan rasa ingin tahu. Objek-objek hendaklah dipamerkan di lokasi
yang mudah untuk dikunjungi oleh murid. Ruang yang mempamerkan objek ini
akan merangsang deria murid di samping memberikan peluang kepada mereka
untuk melihat dan menyentuh objek tersebut. Zon kerja merupakan lokasi murid
menghasilkan karya dan menyiapkan kerja mereka. Meja kerja perlu disediakan
dan daripada jenis yang boleh dicantum sekiranya perlu bagi mendapatkan ruang
yang lebih luas. Di samping itu, keperluan bahan seni seperti berus dan warna
diletakkan berdekatan di antara satu sama lain selain singki yang digunakan bagi
membersihkan alatan setelah selesai kelas. Guru juga perlu memastikan jarak di
antara pelajar adalah sesuai bagi mengelakkan kesesakan semasa membuat kerja.
Stor simpanan alatan perlu diwujudkan. Rak simpanan boleh digunakan untuk
menyimpan bahan dan hasil karya pelajar seperti folio dan buku latihan.
Kedudukan rak-rak simpanan ini perlu separas dengan ketinggian murid supaya
alatan yang disimpan mudah untuk diambil.
Gambar 5 : Ruang pameran hasil kerja murid

35
PENGURUSAN BILIK DAN HASIL KERJA MURID PENGURUSAN BILIK DAN HASIL KERJA MURID
PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR
36
3.5 Situasi Pada awal tahun, Cikgu Anand telah membentuk jawatankuasa papan pamer bagi kelas Pendidikan Seni Visual yang beliau ajar. Jawatankuasa tersebut diberikan tanggungjawab menyediakan bahan-bahan untuk dipaparkan sepanjang tahun berdasarkan empat kegiatan bidang KBSR PSV. Hari ini, jawatankuasa papan pamer Tahun 6 Merdeka bersedia untuk membentangkan idea mereka dalam kelas. Cikgu Anand mengingatkan murid-murid bahawa mereka dibenarkan mengundi sekali sahaja. Fong tampil ke depan kelas lalu berkata, “Saya bercadang kita sediakan peta minda untuk keempat-empat kegiatan berserta contoh.” Jali bentangkan idea kedua, “Saya syorkan kita sediakan carta proses bagi keempat-empat kegiatan dan contoh hasil kerja yang terbaik.” Idea ketiga dikemukakan oleh Yatie, saya fikir adalah menarik jika kita sediakan pelbagai jenis pekerjaan yang berkaitan dengan bidang Seni Visual.” Setelah murid-murid diberikan penjelasan lanjut oleh ketiga-tiga murid tadi, satu undian pun berlangsung. Peta minda berserta contoh didapati paling popular menang dengan 30 undi, diikuti dengan carta proses dan contoh terbaik sebanyak 12 undi. Manakala kerjaya dalam bidang Seni Visual memperolehi tiga undi sahaja. Ekoran itu, jawatankuasa papan pamer mengadakan perjumpaan selepas tamat persekolahan pada hari tersebut untuk mengagihkan tugas berkaitan. Pernahkah anda fikirkan manfaat yang diperolehi dengan membaca bahan-bahan yang dipamerkan? Apakah pandangan anda mengenai papan pamer? Apakah perkara yang anda fikirkan penting dalam mewujudkan papan pamer bagi mata pelajaran PSV? Bagaimanakah papan pamer menyumbangkan kepada persekitaran bilik darjah yang kondusif? Catatkan pandangan anda terhadap kepentingan papan pamer;
Bagaimanakah cara terbaik bagi seseorang guru PSV menguruskan bilik PSV dan hasil kerja murid?

37
Menurut Steele (1973), persekitaran fizikal mempunyai enam fungsi iaitu keselamatan dan perlindungan; kontek sosial, identifikasi simbolik, penyempurnaan tugas; keseronokan dan pertumbuhan serta perkembangan.
Keselamatan dan perlindungan. Merujuk kepada keadaan bangunan sekolah yang baik dan mampu melindungi guru dan murid-murid daripada cuaca buruk, dan kebisingan yang keterlaluan. Guru mengajar mata pelajaran PSV (amali) juga hendaklah pastikan murid-murid dimaklumkan tentang langkah-langkah keselamatan semasa menggunakan alat-alat tajam dan dapur (memasak lilin) di bilik PSV.
Kontek Sosial. Merujuk kepada susun atur meja yang menentukan sejauh mana murid-murid dapat dapat berinteraksi antara satu sama lain. Amat penting untuk anda ingat bahawa tiada satu susun atur yang paling berkesan sekali. Bagi memaksimunkan kontek sosial dengan murid-murid anda, anda perlu mematuhi beberapa syor berikut: (i) elakkan daripada berdiri di satu tempat sepanjang sesi pengajaran; (ii) adakan kontek mata dengan murid-murid yang duduk di bahagian belakang dan di sisi; dan (iv) tukar tempat duduk murid-murid agar setiap murid berpeluang untuk duduk di depan.
Identifikasi simbolik. Merangkumi maklumat mengenai guru dan murid-murid termasuk minat, pencapaian, kegemaran, dan latar belakang mereka. Namun, kebanyakan bilik darjah tidak bercorak personal. Pamerkan hasil kerja murid-murid di papan pamer. Ia bukan sahaja menjadikan bilik darjah lebih menarik, tetapi juga mengiktirafkan pencapaian murid-murid yang berkenaan.
Penyempurnaan tugas. Merujuk kepada pelbagai tugas dan aktiviti yang akan dikendalikan dalam bilik darjah seperti aktiviti secara individu atau kumpulan; melayari internet atau alat multi-media yang lain; aktiviti mengikut stesen atau litar; ataupun aktiviti amali atau latihan bertulis.
Keseronokan. Merujuk kepada sejauh mana bilik darjah itu menarik bagi guru dan murid-murid. Misalnya, cat dinding dengan warna yang dingin atau sejuk; sediakan kawasan yang terbuka dan sudut yang kecil tetapi mesra.
Pertumbuhan dan perkembangan. Bilikdarjah merupakan satu tempat di mana murid-murid berpeluang untuk meneroka, memerhati, mengkaji, menguji dan menemui sesuatu yang baru. Oleh itu, sediakan buku-buku bacaan yang biasa, kamus dan buku istilah, buku kerja, di samping pelbagai bahan seperti bahan-bahan seni visual, puzzle, bahan manipulatif, interaktif dan sebagainya.
Rumusan:
Pengurusan Bilik Pendidikan Seni Visual merupakan satu aspek utama dalam konteks proses pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual. Seseorang guru Pendidikan Seni Visual hendaklah memainkan peranan penting dalam aspek ini. Guru Pendidikan Seni Visual hendaklah sentiasa berusaha bersama-sama guru-guru PSV yang lain untuk mewujudkan suasana kondusif dalam bilik Pendidikan Seni Visual bagi menjamin kualiti pengajaran dan pembelajaran.

38
3.6 Latihan B (i) Berikan pendapat anda tentang suasana kondusif bilik
PendidikanSeni Visual yang menyumbang ke arah pembelajaran yang bermakna.
(ii) Bincangkan kepentingan panduan keselamatan dalam menguruskan
bilik Pendidikan Seni Visual.
Kemukakan pandangan anda dalam ruangan forum OLL.
PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR
39
(iii) Rujuk jadual di bawah. Analisa dapatan pemantauan Jemaah Nazir (2006)
terhadap pengurusan bilik seni di beberapa buah sekolah rendah terpilih.
(iv) Berdasarkan analisa yang anda perolehi, buat rumusan tentang kualiti
pengurusan bilik seni dengan berpandukan buku Standard kualiti
pendidikan Malaysia. Sekolah: Pernyataan standard. Jemaah Nazir
Sekolah. (2004). KL:Kementerian Pelajaran Malaysia.
* Pur = purata (v) Buat penjelasan tentang suasana bilik Pendidikan Seni yang kondusif dengan
menyediakan sebuah pelan lantai cadangan. Anda juga boleh kaitkan cadangan tersebut berpandukan senario di sekolah anda atau sekolah lain yang mempunyai bilik PSV. Sertakan gambar-gambar yang berkaitan.
E-melkan dapatan anda kepada pensyarah dalam tempoh
tiga minggu selepas anda menerima modul ini.
No. Item
Item Skor
0 1 2 3 4 % Pur
109 Bilik Seni Kondusif
8 1 0 2 1 5.3 0.92
110
Stor PSV diuruskan dengan baik 9 1 1 4 2 11.1 1.35
111
Mempunyai prosedur senggara BBM 21 4 1 3 2 11.1 0.74
112
Buku stok/inventori diuruskan dengan kemas kini 11 6 7 5 4 24.5 1.55
113
Sudut Seni diwujudkan dan dimanfaatkan secara kreatif 6 5 16 4 1 25.5 1.66
114
Penggunaan bengkel secara optimum 8 1 1 1 0 2.9 0.55
TAJUK 4 PENGURUSAN AKTIVITI DALAM DALAM P&P DAN
PENGURUSAN BILIK PSV DAN HASIL KERJA MURID
4.1 SINOPSIS
Persekitaran memainkan peranan yang signifikan di dalam perkembangan
pembelajaran anak-kanak. Persekitaran yang sihat dan kondusif membantu murid
untuk berkembang dan menjadi lebih aktif dan berupaya mengesan potensi murid-
murid melalui dalam berkarya. Di dalam pendidikan seni visual, lokasi yang selalu
digunakan bagi tujuan pengajaran adalah studio seni. Kebiasaannya kemudahan
bilik seni atau studio seni memang disediakan oleh kerajaan untuk kemudahan guru.
Bab ini akan memperjelaskan dan menghuraikan maklumat berkaitan dengan
pengurusan kelas dan galeri bagi mata pelajaran seni visual. Maklumat mengenai
kaedah pemilihan karya sehinggalah kepada pengurusan berkaitan penyimpanan
barangan dan alatan turut dibincangkan dengan komprehensif.
4.2 HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir topik ini anda seharusnya dapat:
4.2.1 Memahami pengurusan aktiviti dalam dan luar bilik darjah
4.2.2 Memahami dan mengetahui proses pemilihan karya dan pengurusan bilik
seni yang baik
4.2.3 Memahami dan mengetahui aspek penjagaan, keselamatan penggunaan alat
dan bahan bantu secara beretika dan bertanggungjawab
4.2.4 Menghasilkan bahan bantu yang sesuai dengan objektif dan isi kandungan
pelajaran mengikut tahap secara kolaboratif dan koperatif
4.2.5 Membuat pertimbangan tentang prosedur mengguna dan menyimpan alat
dan bahan bantu serta rekod stok inventori
4.3 Pengurusan aktiviti dalam dan luar bilik darjah.
Pengurusan bermaksud satu proses mendapatkan penyertaan, kerjasama, dan
campurtangan ahli untuk mencapai objektif-objektif organisasi atau kumpulan,
gerakerjanya termasuk proses merancang, mengelola, memimpin, mengarah dan
mengawal. Bilik darjah sebagai tempat berlakunya proses pengajaran dan
pembelajaran, merupakan tempat yang terpenting di sekolah. Bilik darjah juga
merupakan medan perjuangan utama kerjaya seorang guru. Pengurusan bilik
darjah dinamik ke arah pembinaan modal insan yang menjurus kepada pembinaan
jasmani, emosi, rohani dan intelek memerlukan pelbagai pengetahuan, kemahiran,
prosedur, teknik dan strategi. Pengurusan bilik darjah yang menyeluruh melibatkan
pengurusan fizikal, peralatan dan sumber, pengurusan murid (pelanggan),
pengurusan organisasi, pengurusan masa dan pengurusan pengajaran dan
pembelajaran serta penilaian.
4.3.1 Aktiviti individu, kumpulan dan aktiviti kelas
4.3.2 Aktiviti dalam bilik darjah
4.3.3 Aktiviti luar bilik darjah
4.4 Pengurusan Bilik dan Hasil Kerja Murid
4.4.1 Susun atur bilik PSV
Pengurusan bilik Pendidikan Seni Visual ialah suatu aspek yang penting
dalam melaksanakan sesuatu pengajaran. Bilik Pendidikan Seni Visual
merupakan tempat di mana sekumpulan manusia berkumpul dan di ajar. Bilik
Pendidikan Seni Visual merupakan lebih dari hanya sebuah ruang
pembelajaran, ia merupakan persekitaran murid, guru dan penggalak
interaksi antara guru dan murid. Guru perlulah mengurus rutin harian bilik
seni visual, mengurus murid-murid supaya melakukan aktiviti bilik seni visual,
tahu cara menyusun tempat duduk pelajar dan peralatan, mengurus
pergerakan pelajar di dalam kelas, mengurus bahan-bahan pengajaran untuk
Pengajaran dan Pembelajaran yang lebih berkesan serta mengawal disiplin
pelajar di dalam kelas supaya proses pengajaran dan pembelajaran dapat
berjalan dalam suasana selamat, kondusif dan lancar.
Lemlech (1979) mendefinisikan pengurusan bilik sebagai koordinasi dalam
bilik yang mana menurutnya guru sebagai perancang kurikulum,
pengorganisasi prosedur dan sumber,penyusun persekitaran kelas yang
efisyen,penyelia prestasi murid serta pengenalpasti masalah potensi
murid.Secara ringkasnya konsep pengurusan bilik bermakna tindakan dan
strategi guru untuk mengekalkan peraturan bilik,mewujudkan suasana bilik
yang kondusif, menghadapi tingkahlaku murid serta menarik perhatian murid
bagi memastikan pengajaran dan pembelajaran yang efektif.
- Susunan perabot
Pengurusan bilik seni visual ialah suatu aspek yang penting dalam
melaksanakan sesuatu pengajaran. Bilik seni visual merupakan tempat di
mana sekumpulan manusia berkumpul dan di ajar. Bilik seni visual
merupakan lebih dari hanya sebuah ruang pembelajaran,ia merupakan
persekitaran murid,guru dan penggalak interaksi antara guru dan murid. Guru
perlulah mengurus rutin harian bilik seni visual, mengurus murid-murid
supaya melakukan aktiviti bilik seni visual, tahu cara menyusun tempat duduk
pelajar dan peralatan, mengurus pergerakan pelajar didalam kelas, mengurus
bahan-bahan pengajaran untuk Pengajaran dan Pembelajaran yang lebih
berkesan serta mengawal disiplin pelajar di dalam kelas supaya proses
pengajaran dan pembelajaran dapat bejalan dengan lancar.
Susunatur perabut yang teratur dan tersusun memberi kesan yang positif
kepada pembelajaran murid-murid sekolah rendah
Lemlech (1979) mendefinisikan pengurusan bilik sebagai koordinasi dalam
bilik yang mana menurutnya guru sebagai perancang kurikulum,
pengorganisasi prosedur dan sumber,penyusun persekitaran kelas yang
efisyen,penyelia prestasi murid serta pengenalpasti masalah potensi murid.
Secara ringkasnya konsep pengurusan bilik bermakna tindakan dan strategi
guru untuk mengekalkan peraturan bilik,mewujudkan suasana bilik yang
kondusif, menghadapi tingkahlaku murid serta menarik perhatian murid bagi
memastikan pengajaran dan pembelajaran yang efektif.
Contoh Pelan Bilik Pendidikan Seni Visual
ZON KERJA
KA
BIN
ET
BE
RT
ING
KA
TLCD
SUDUTPAMERAN KRAFPAPAN INFO
SU
DU
T P
AM
ER
AN
STOR
ALM
AR
I GU
RU
Berdasarkan pelan di atas, cuba anda renungkan apakah perlu anda lakukan untuk menambahbaikkan lagi pengurusan bilik seni visual.
Pengurusan bilik seni visual merupakan satu aspek utama dalam konteks
proses pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni. Guru Pendidikan Seni
hendaklah memainkan peranan penting dalam aspek ini. Guru Pendidikan
Seni hendaklah sentiasa berusaha bersama guru-guru seni yang lain untuk
mewujudkan keadaan dan suasana yang sesuai dalam bilik seni visual.
Suasana dalam bilik seni visual ini sepatutnya menjadi daya penarik dan
menjadi sumber ilham bukan sahaja kepada pelajar dan guru bahkan kepada
seluruh masyarakat sekolah dan pelawat. Selain hasil kerja pelajar, guru
hendaklah cuba mendapatkan contoh-contoh hasil kraf tempatan dan lain-lain
lagi yang sesuai untuk dipamerkan dalam bilik seni. Bahan-bahan seni yang
dipamerkan hendaklah disusun mengikut jenisnya.
Suasana bilik pendidikan seni visual berupaya memotivasikan murid-murid
Cuba anda kumpulkan maklumat tentang bilik atau studio seni visual dan
buat presentasi dalam bentuk folio.
Ambil gambar-gambar berikut:
Bilik atau studio seni dari pelbagai sudut Sudut-sudut pameran berkaitan Zon-zon kerja tertentu Stor dan bilik-bilik khas yang berkaitan Ruang-ruang lain yang berkaitan Carta-carta berkaitan dengan bilik seni
- Tempat Pameran Hasil kerja
Pengurusan bilik seni visual merupakan satu aspek utama dalam konteks
proses pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni. Guru Pendidikan Seni
hendaklah memainkan peranan penting dalam aspek ini. Guru Pendidikan
Seni hendaklah sentiasa berusaha bersama guru-guru seni yang lain untuk
mewujudkan keadaan dan suasana yang sesuai dalam bilik seni visual.
Suasana dalam bilik pendidikan seni visual ini sepatutnya menjadi daya
penarik dan menjadi sumber ilham bukan sahaja kepada pelajar dan guru
bahkan kepada seluruh masyarakat sekolah dan pelawat.
Selain hasil kerja pelajar, guru hendaklah cuba mendapatkan contoh-contoh
hasil kraf tempatan dan lain-lain lagi yang sesuai untuk dipamerkan dalam
bilik seni. Bahan-bahan seni yang dipamerkan hendaklah disusun mengikut
jenisnya contohnya seperti hasil seni 2 dimensi dan 3 dimensi. Karya 2
dimensi sesuai ditampal, dilekatkan dan digantung manalaka karya 3 dimensi
hendaklah disusun di para atau rak bertingkat bagi menjimatkan ruang.
Contoh karya 2 dimensi:
Kolaj Ikat dan celup Percikan
Karya 2 dimensi digantung dan ditampalkan di tempat yang sesuai
Contoh karya 3 dimensi:
Cuba anda kumpulkan maklumat tentang bilik atau studio seni dan
buat presentasi dalam bentuk folio.
Ambil gambar-gambar berikut:
- Bilik atau studio seni dari pelbagai sudut - Sudut-sudut pameran berkaitan - Zon-zon kerja tertentu - Stor dan bilik-bilik khas yang berkaitan - Ruang-ruang lain yang berkaitan - Carta-carta berkaitan dengan bilik seni
Rak sesuai untuk karya 3 dimensi kerana ia menjimatkan ruang
Pengetahuan asas bagaimana untuk menyusun dan merekaletak alatan
dan bahan pameran perlu dimiliki oleh guru seni visual kerana selain
daripada tanggungjawab mengajar, biasanya guru pendidikan seni juga
dipertanggungjawabkan untuk menjaga bilik dan studio seni. Antara
perkara-perkara yang perlu diberi perhatian bagi guru dalam mengurus bilik
seni dan studio seni di sekolah ialah warna dinding, papan bulletin,
pencahayaan, bahan pameran khas, zon kerja dan stor penyimpanan.
Marjorie Schiller (1995) menerangkan bahawa bilik dan studio seni
melambangkan cara kita menilai seni dan bagaimana seni memberikan
makna kepada kehidupan kita. Justeru, kaedah penyusunan dan
kebersihan bilik darjah dan studio perlu menitikberatkan unsur estetika
untuk memberi pengalaman estetik yang bermakna. Persekitaran yang
merangsang deria memberikan tenaga kepada minda untuk belajar (Koster,
2001).
Karen Haigh (1997) menyarankan agar pemilihan warna bagi bilik
pendidikan seni visual dan galeri seni hendaklah sehingga tidak menafikan
dan menenggelamkan hasil karya pelajar yang akan dipamerkan.
Buletin sangat diperlukan untuk mempamerkan hasil karya pelajar selain
sebagai tempat untuk menyampaikan maklumat. Papan notis hendaklah
diwarnakan sama dengan warna dinding agar terdapat kesatuan dengan
bilik selain mampu menarik minat terhadap apa yang pamerkan.
Pencahayaan juga memainkan peranan penting kerana pemilihan warna
juga dipercayai turut mempengaruhi murid menyiapkan dan menghasilkan
karya. Kebanyakan kelas dan studio seni telah disediakan dengan lampu
fluoresant atau lampu kalimantang. Oleh itu, guru seni digalakkan untuk
memastikan murid menggunakan sinaran pencahayaan semula jadi dari
luar. Guru perlu buka tingkap dan pastikan seberapa banyak cahaya dari
luar masuk ke dalam bilik seni.
Selain mempamerkan hasil karya pelajar, guru-guru seni visual boleh
memperuntukkan satu ruang pameran yang mempamerkan objek semula
jadi yang boleh membangkitkan rasa ingin tahu. Objek-objek hendaklah
dipamerkan di lokasi yang mudah untuk dikunjungi oleh murid. Ruang yang
mempamerkan objek ini akan merangsang deria murid di samping
memberikan peluang kepada mereka untuk melihat dan menyentuh objek
tersebut. Zon kerja merupakan lokasi murid menghasilkan karya dan
menyiapkan kerja mereka. Meja kerja perlu disediakan dan daripada jenis
yang boleh dicantum sekiranya perlu bagi mendapatkan ruang yang lebih
luas.
Di samping itu, keperluan bahan seni seperti berus dan warna diletakkan
berdekatan di antara satu sama lain selain singki yang digunakan bagi
membersihkan alatan setelah selesai kelas. Guru juga perlu memastikan
jarak di antara pelajar adalah sesuai bagi mengelakkan kesesakan semasa
membuat kerja. Stor simpanan alatan perlu diwujudkan. Rak simpanan
boleh digunakan untuk menyimpan bahan dan hasil karya pelajar seperti
folio dan buku latihan. Kedudukan rak-rak simpanan ini perlu separas
dengan ketinggian murid supaya alatan yang disimpan mudah untuk
diambil.
- Sinki dalam dan Luar Bilik
- Para Gantung
- Almari Pameran
PENGURUSAN BILIK DAN HASIL KERJA MURID
4.4.2 Panduan keselamatan
Kita kadang kala bertemu dengan kes murid-murid mendapat keracunan
atau kemalangan di dalam bilik seni visual atau kelas sewaktu pengajaran
dan pembelajaran sedang berlangsung dan hal sebegini akan menjejaskan
reputasi kita sebagai guru secara tidak langsung. Sila lihat senarai nama alat
dan bahan bantu di bawah dan cuba anda fikirkan berdasarkan pengalaman
anda atau pengalaman rakan dimanakah sepatutnya alat dan bahan berikut
patut disimpan agar ianya selamat.
Contoh:
Minyak Turpentine
Kertas Lukisan
Kain Linen Batik
Kertas Warna
Berus Lukisan
Cecair Thinner
Cat Air Pisau NT Fabrik Dye Carta PSV Pisau Ukir Tanah Liat
Pemantauan tajam oleh guru semasa murid menjalankan aktiviti mampu
mengelakkan sebarang kemalangan yang tidak diingini. Anda dan rakan-
rakan anda cuba berbincang dan membuat analisis, langkah-langkah yang
boleh diambil oleh guru bagi mengelakkan sebarang kemalangan daripada
berlaku.
4.4.3 Etika dan tanggungjawab
Tugas Ahli Panitia Pendidikan Seni Visual:
- Menentukan bekalan alat dan bahan bantu seni visual mencukupi dan
seimbang untuk kedua-dua aktiviti 2D dan 3D berpandukan kepada
aktiviti-aktiviti yang dirancang dalam Rancangan Tahunan.
- Membincang dan menyediakan senarai alat dan bahan yang diperlukan
untuk dibeli oleh sekolah.
- Murid didedahkan kepada bahan rujukan mengenai bagaimana pelukis
dan pakar seni dari pelbagai kebudayaan dan zaman menghasilkan
karya-karya mereka dari semasa ke semasa.
- Filem dan gambar slaid seni boleh membantu murid dalam dalam
pengkajian pemahaman dan penghargaan perlu didedahkan pepada
murid.
- Pengumpulan maklumat bahan hardcopy dan softcopy berkaitan mata
pelajaran Pendidikan Seni Visual.
4.4.4 Inventori
4.4.5 Penyimpanan
Semua alat dan bahan yang dibeli hendaklah dicatatkan di dalam Buku Stok
rasmi sepertimana yang dikehendaki oleh pihak Audit. Butir-butir yang
terdapat dalam ruang-ruang buku stok hendaklah diisi dengan lengkap dan
kemaskini.
Berikut adalah antara prosedur yang perlu diambilkira dalam proses
penyimpanan dan rekod stok.:-
- Menyediakan senarai alat dan bahan yang diperlukan
- Membuat perolehan alat dan bahan daripada pembekal / sekolah
- Membuat penerimaan alat dan bahan, menyemak dan mengesahkan
- Membuat inventori dalam buku stok
- Membuat rekod keluar masuk alat dan bahan
Dua buku stok boleh digunakan. Sebuah buku untuk mencatatkan butir-butir
alat dan bahan kekal manakala sebuah buku lagi digunakan untuk alat dan
bahan habis guna. Setiap jenis alat dan bahan yang diperolehi patut
dicatatkan dalam halaman secara berasingan. Dengan demikian, ianya
memudahkan semakan stok pada akhir tahun yang berkenaan.
Semakan stok perlu dijalankan pada akhir setiap tahun. Sebarang kerosakan,
kehilangan atau kecurian alat dan bahan yang bernilai hendaklah dilaporkan
kepada pihak sekolah.
Setiap satu item alat dan bahan samada peralatan kekal atau tidak kekal
hendaklah dicatatkan dalam satu-satu borang sahaja. Jika terdapat
penambahan stok pada item berkenaan boleh diisi ke dalam borang
berkenaan sahaja. Umpamanya , kertas lukisan (1 imperior) ingin ditambah
dalam stok perlulah diisi ke dalam borang item kertas lukisan (1 imperior )
sahaja.
Membuat rekod keluar masuk alat dan bahan serta dokumen
langkah keselamatan adalah penting. Beri komen anda dengan
Peralatan kekal
Contoh Borang untuk penyimpanan stok.
Borang stok untuk peralatan kekal.
Bil
Item ( Peralatan Kekal )
Bil. Unit
Tarikh masuk
Tarikh lupus
1. 2.
Meja guru Meja guru
2 2
13/09/2009 13/09/2010
15/10/2010
Jumlah Item
Catatan
Peralatan tidak kekal
Contoh Borang untuk penyimpanan stok.
Borang stok untuk peralatan tidak kekal.
4.4.6 Etika dan tanggungjawab
Tugas Ahli Panitia Pendidikan Seni Visual adalah :-
Menentukan bekalan alat dan bahan bantu seni visual mencukupi dan
seimbang untuk kedua-dua aktiviti 2D dan 3D berpandukan kepada
aktiviti-aktiviti yang dirancang dalam Rancangan Tahunan.
Bil
Item ( Peralatan tidak Kekal)
Bil. Unit
Tarikh masuk
Tarikh lupus
1.
2.
Kertas lukisan ( 1 imperior ) Kertas lukisan ( 1 imperior )
200 dozen
100 dozen
22/09/2009
10/10/2010
Jumlah Item
Catatan
Tahukah anda perbezaan antara peralatan kekal dengan peralatan tidak kekal. Jelaskan. Tahukah anda perbezaan antara peralatan kekal dengan peralatan tidak kekal. Jelaskan.
Membincang dan menyediakan senarai alat dan bahan yang diperlukan
untuk dibeli oleh sekolah.
Dari masa ke semasa murid patut didedahkan kepada bahan rujukan
mengenai bagaimana pelukis dan pakar seni dari pelbagai kebudayaan
dan zaman menghasilkan karya-karya mereka.
Filem dan gambar slaid seni boleh membantu murid dalam dalam
pengkajian pemahaman dan penghargaan perlu didedahkan pepada
murid.
Cuba anda membuat analisis, etika dan tanggungjawab yang perlu diamalkan oleh
guru Pendidikan Seni Visual selain huraian yang terdapat di atas dalam
mempertabatkan profesion perguruan.
Rumusan:
Dalam matapelajaran Pendidikan Seni Visual, mengetahui dan memahami
rekabentuk dan proses menyediakan bahan sumber pengajaran dan
pembelajaran, prosedur mengguna dan menyimpan alat dan bahan serta
penyimpanan dan rekod stok. Adalah menjadi tanggungjawab guru
matapelajaran Pendidikan Seni Visual untuk memastikan keselamatan dalam
studio sebelum,semasa dan selepas pengajaran dan pembelajaran
diutamakan. Terdapat berbagai jenis alat dan bahan digunakan dalam
pengajaran dan pembelajaran umpamanya seperti alat dan bahan yang
digunakan untuk penghasilan, alat dan bahan bantu untuk tujuan di atas
untuk membantu pengajaran dan pembelajaran. Kedua-dua jenis itu pula
boleh dibahagi kepada beberapa subkategori seperti Pengendalian alat dan
bahan merupakan aspek penting dalam pengurusan mata pelajaran
Pendidikan Seni Visual dan menjadi tanggungjawab Ketua Panitia dan ahli
panitia Pendidikan Seni Visual untuk menguruskannya dengan sempurna
PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR
1
TAJUK 5 KAJIAN PENGURUSAN SUMBER, BAHAN BANTU
MENGAJAR DAN PERANAN APRESIASI HASIL KERJA MURID
Rekabentuk dan proses menyediakan bahan sumber pengajaran dan pembelajaranBerdasarkan gambar di bawah, cuba anda senaraikan alat dan bahan bantu yang ada didalamnya.
http://images.ask.com/fr?q=art+studio&desturi
Alat :
Bahan Bantu:
Cuba anda senaraikan beberapa alat dan bahan bantu yang anda tahu. Kemudian cuba anda fikirkan hal yang menarik minat anda tentang alat dan bahan bantu tersebut dan apakah perkara yang boleh anda tambahbaikkan. a) Bahan bantu mengajar – semua bahan yang digunakan oleh guru dalam
menyampaikan maklumat/ilmu kepada murid.
b) Bahan bantu belajar – semua bahan yang digunakan oleh murid secara kumpulan ataupun individu untuk tujuan pembelajaran.
PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR
2
A B C
http://images.ask.com/pictures
Berikut adalah antara tujuan bahan bantu. Mari kita amati dan membuat penaakulan kepada butiran di bawah.
- Menjelaskan konsep,memudahkan pemahaman, meluaskan pengalaman
- Menarik minat dan perhatian, membina suasana belajar, menghilangkan
kebosanan, melibatkan murid secara aktif
- Menggerakkan murid untuk berfikir, merangsangkan pelbagai deria
- Menghubungkaitkan pengetahuan sedia ada dengan pemgetahuan baru
- Menjana idea, menyediakan environment belajar, menjimatkan masa
- Menghasilkan pembelajaran yang lebih kekal
- Mendorong keinginan untuk menjalankan aktiviti lanjutan
Apakah fungsi pelbagai bahan bantu secara bersesuaian di langkah pelajaran yang berlainan seperti di bawah: Cuba anda bincangkan dan huraikan hal ini bersama rakan-rakan anda.
Set induksi:
Input utama:
Pengayaan:
PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR
3
Pemulihan:
BAGI MENJELASKAN PENGURUSAN SUMBER DAN BAHAN BANTU MENGAJAR, MARI KITA LIHAT HURAIAN BERIKUT. Ciri-ciri bahan bantu yang berkualiti ialah mukataip, ilustrasi/gambar dan maklumat
yang jelas, relevan serta mudah difahami. Mudah dikendalikan dan mesra
pengguna. Persembahan menarik dan kemas.Dapat menjelaskan konsep dengan
tepat. Kekukuhan dan boleh diguna selalu.
i) Prosedur penyediaan bahan bantu.
- Memastikan kesesuaian dengan tajuk dan hasil pembelajaran
- Jumlah yang diperlukan mengikut keutamaan
- Membuat lakaran visual bahan sumber yang hendak dihasilkan
- Menentukan bahan dan teknik
- Menentukan maklumat dan ilustrasi/gambar yang hendak dipaparkan.
- Menghasilkan bahan bantu.
- Kemasan
ii) Penggunaan bahan bantu.
- Mengambil pertimbangan yang diperlukan sekiranya bahan sumber
perlu digantung, dilekatkan, disandarkan atau diedarkan.
- Mengambil langkah-langkah keselamatan
- Mengambil kira bilangan yang mencukupi
- Perlu menjimatkan masa dan tenaga untuk mengedarkan dan
mengutip.
Setelah anda memahami dan menghayati prosedur penyediaan bahan bantu dan
penggunaan bahan bantu. Cuba lakukan latihan ini.
PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR
4
Cuba anda fikirkan dan catatkan aspek-aspek yang perlu dititikberatkan semasa
membuat pemilihan bahan bantu.
1
2
3
4
5
6
Dalam matapelajaran Pendidikan Seni Visual, berbagai jenis alat dan bahan
digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran. Jenis pertama adalah alat dan
bahan yang digunakan untuk penghasilan. Jenis kedua adalah alat dan bahan
bantu untuk tujuan diatas untuk membantu pengajaran dan pembelajaran. Kedua-
dua jenis itu pula boleh dibahagi kepada beberapa subkategori seperti berikut:
A) Alat dan bahan untuk penghasilan
Contoh: alat dan bahan untuk menghasilkan gambar catan:
Alat: berus atau alat ganti untuk mengecat……..
Bahan: warna air atau warna poster, kertas kartrij…….
Peralatan lain: palet, bekas air, kain lap, kertas surat khabar sebagai alas
PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR
5
meja……..
Sila anda senaraikan alat dan bahan selengkapnya untuk menghasilkan kraf
tradisional Batik. Bincang bersama rakan anda. Anda boleh rujuk daripada
buku atau layari website.
B) Alat dan bahan untuk membantu pengajaran dan pembelajaran:
(ii) Alat dan bahan bantu yang ada dalam kehidupan seharian murid dan
pengalaman sedia ada murid. Contohnya :
Bola,baju,kasut,kotak ubat gigi,penyapu,sikat,bunga,daun,rumpu,batu,bata,beg,
jam,cawan,botol,gula-gula,kacang,tiket,kotak tisu,kek
harijadi,rambutan,roda,cermin,tiang,meja,kerusi,bakul sampah,almari raket,….
(iii) Alat dan bahan bantu yang direka khas untuk menjelaskan konsep dan
secara langsungnya tidak ada dalam kehidupan seharian murid.
Contohnya:
Jadual,penyusunan grafik,carta,kad huruf dan angka,kad perkataan dank ad
ayat, gambar rajah,senarai,kad separuh bulatan,kad sisipan,papan
gulung,papan flannel,papan tulis,petikan rencana………….
(iii) Alat dan bahan media teknologi dan lain-lain jenis yang seumpama
dengannya
PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR
6
Sila senaraikan di sini :
Koleksi Khas
Cuba anda perhatikan gambar di bawah dan perkaitannya dengan koleksi-koleksi
yang boleh dipilih sebagai koleksi khas.
PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR
7
A http://images.ask.com/pictures B
C http://images.ask.com/pictures D
Bolehkah anda kategorikan koleksi-koleksi tersebut kepada dua jenis ?
2 Dimensi 3 Dimensi
Seterusnya, berdasarkan gambar di atas, cuba anda membuat kapsyen sebagai
langkah mengkatelogkan bahan bantu sebelum disimpan.
PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR
8
Nama Pengkarya :
Tajuk :
Media :
Teknik :
Tahun :
Koleksi bahan bantu boleh dikumpul melalui beberapa pendekatan antaranya ialah
seperti berikut:-
1. Hasil kerja murid yang baik boleh dijadikan koleksi contoh untuk asas seni
reka, Organisasi rekaan dan pemahaman dan penghargaan. Bahan tersebut
boleh disimpan di dalam folio.
2. Hasil kutipan benda maujud yang terdapat di persekitaran seperti kulit
kerang dan kayu hanyut boleh dijadikan kajian dan analisis asas seni reka.
3. Keratan-keratan dari akhbar dan majalah boleh dijadikan bahan buku skrap
dan carta untuk digunakan dalam perbincangan dan kajian.
4. Koleksi gambar slaid yang meliputi pelbagai aspek Pendidikan Seni Visual
termasuk salinan karya pelukis-pelukis terkenal temapatan dan
antarabangsa boleh digunakan bagi tujuan meransang dan menimbulkan
perasaan ingintahu murid.
5. Koleksi lutsinar OHP / Power Piont boleh diusahakan oleh ahli panitia PSV
bag memudahkan penyampaian pelajaran mereka.
6. Buku-buku rujukan dan risalah berkenaan PSV boleh diperolehi dari
pembekal untuk dijadikan rujukan dan panduan murid dalam pengajaran dan
pembelajaran dan disimpan samada di Bilik Seni Visual atau Pusat Sumber
PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR
9
Sekolah.
7. Koleksi muzik perlu disediakan bagi menghidupkan suasana semasa aktiviti
P&P dijalankan. Pemain kaset / CD / DVD perlu disediakan.
Berikut adalah gambar-gambar contoh bahan bantu boleh disimpan. Cuba anda senaraikan ruang-ruang khas untuk penyimpanan bahan bantu
berdasarkan kenyataan di atas dan gambar di bawah.
Bincang bersama rakan-rakan anda kesesuaian bahan bantu itu disimpan di
ruang yang dipilih dengan mengutamakan keberkesanan penyimpanannya dan
keselamatannya.
http://images.ask.com/fr?q=art+studio&desturi
http://images.ask.com/fr?q=art+studio&desturi
PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR
10
http://images.ask.com/fr?q=art+studio&desturi
http://images.ask.com/fr?q=art+studio&desturi
Prosedur mengguna dan menyimpan alat dan bahan
Pengendalian alat dan bahan merupakan aspek penting dalam pengurusan mata
pelajaran Pendidikan Seni Visual dan menjadi tanggungjawab guru Pendidikan
Seni Visual untuk menguruskannya dengan sempurna. Penerangan yang betul dan
mengikut tertib kepada murid tentang bagaimana menggunakan alat dan bahan
bantu dengan cara yang betul dan seterusnya cara menyimpan alat dan bahan
supaya tidak rosak. Sebagai contoh, alat seperti berus, pellet dan bekas air perlu
dibasuh dan dikeringkan sebelum disimpan supaya tidak rosak.
PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR
11
Cuba anda renungkan bagaimanakah langkah yang betul untuk mengurus
mengguna dan menyimpan semula alat dan bahan dalam aktiviti
membuat tembikar dengan tanah liat.
Penyimpanan dan rekod stok
Semua alat dan bahan yang dibeli hendaklah dicatatkan di dalam Buku Stok rasmi
sepertimana yang dikehendaki oleh pihak Audit. Butir-butir yang terdapat dalam
ruang-ruang buku stok hendaklah diisi dengan lengkap dan kemaskini.
Berikut adalah antara prosedur yang perlu diambilkira dalam proses penyimpanan
dan rekod stok.:-
- Menyediakan senarai alat dan bahan yang diperlukan
- Membuat perolehan alat dan bahan daripada pembekal / sekolah
- Membuat penerimaan alat dan bahan, menyemak dan
mengesahkan
- Membuat inventori dalam buku stok
- Membuat rekod keluar masuk alat dan bahan
Dua buku stok boleh digunakan. Sebuah buku untuk mencatatkan butir-butir alat
dan bahan kekal manakala sebuah buku lagi digunakan untuk alat dan bahan habis
guna. Setiap jenis alat dan bahan yang diperolehi patut dicatatkan dalam halaman
secara berasingan. Dengan demikian, ianya memudahkan semakan stok pada
akhir tahun yang berkenaan.
Semakan stok perlu dijalankan pada akhir setiap tahun. Sebarang kerosakan,
kehilangan atau kecurian alat dan bahan yang bernilai hendaklah dilaporkan
kepada pihak sekolah.
Setiap satu item alat dan bahan samada peralatan kekal atau tidak kekal hendaklah
dicatatkan dalam satu-satu borang sahaja. Jika terdapat penambahan stok pada
item berkenaan boleh diisi ke dalam borang berkenaan sahaja. Umpamanya ,
kertas lukisan (1 imperior) ingin ditambah dalam stok perlulah diisi ke dalam borang
item kertas lukisan (1 imperior ) sahaja.
PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR
12
Membuat rekod keluar masuk alat dan bahan serta dokumen langkah
keselamatan adalah penting. Beri komen anda dengan hujah yang relevan.
Peralatan kekal
Contoh Borang untuk penyimpanan stok
Borang stok untuk peralatan kekal
Bil
Item ( Peralatan Kekal )
Bil. Unit
Tarikh masuk
Tarikh lupus
1.
2.
Meja guru Meja guru
2
2
13/09/2009
13/09/2010
15/10/2010
Jumlah Item
Catatan
Peralatan tidak kekal
Contoh Borang untuk penyimpanan stok
Borang stok untuk peralatan tidak kekal
Bil
Item ( Peralatan tidak Kekal)
Bil. Unit
Tarikh masuk
Tarikh lupus
PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR
13
1.
2.
Kertas lukisan ( 1 imperior ) Kertas lukisan ( 1 imperior )
200 dozen
100 dozen
22/09/2009
10/10/2010
Jumlah
Item
Catatan
Panduan Keselamatan
Kita kadang kala bertemu dengan kes murid-murid mendapat keracunan atau kemalangan
di dalam bilik seni visual atau kelas sewaktu pengajaran dan pembelajaran sedang
berlangsung dan hal sebegini akan menjejaskan reputasi kita sebagai guru secara tidak
langsung. Sila lihat senarai nama alat dan bahan bantu di bawah dan cuba anda fikirkan
berdasarkan pengalaman anda atau pengalaman rakan dimanakah sepatutnya alat dan
bahan berikut patut disimpan agar ianya selamat.
Minyak turpentine
kertas lukisan
kain linen batik
kertas warna berus lukisan cecair tinner
Cat air pisau NT fabric dye Carta PSV pisau ukir tanah liat
Pemantauan tajam oleh guru semasa murid menjalankan aktiviti mampu mengelakkan
sebarang kemalangan yang tidak diingini. Anda dan rakan-rakan anda cuba berbincang
dan membuat analisis, langkah-langkah yang boleh diambil oleh guru bagi mengelakkan
sebarang kemalangan daripada berlaku.
Tahukah anda perbezaan antara peralatan kekal dengan peralatan tidak kekal. Jelaskan.
PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR
14
Bil Kenyataan Huraian sebab dan akibat
1 Guru perlu membaca label bahan
2 Kenalpasti murid yang bermasalah kesihatan
3 Guru perlu sediakan panduan keselamatan
4 Murid menjalankan aktiviti menghasilkan ukiran kayu
5 Memberi taklimat atau penerangan cara-cara menghasilkan batik lukis dan keselamatan fizikal
Etika dan tanggungjawab
Tugas Ahli Panitia Pendidikan Seni Visual adalah :-
Menentukan bekalan alat dan bahan bantu seni visual mencukupi dan seimbang untuk
kedua-dua aktiviti 2D dan 3D berpandukan kepada aktiviti-aktiviti yang dirancang dalam
Rancangan Tahunan.
Membincang dan menyediakan senarai alat dan bahan yang diperlukan untuk dibeli oleh
PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR
15
sekolah.
Dari masa ke semasa murid patut didedahkan kepada bahan rujukan mengenai
bagaimana pelukis dan pakar seni dari pelbagai kebudayaan dan zaman menghasilkan
karya-karya mereka.
Filem dan gambar slaid seni boleh membantu murid dalam dalam pengkajian pemahaman
dan penghargaan perlu didedahkan pepada murid.
Cuba anda membuat analisis, etika dan tanggungjawab yang perlu diamalkan oleh
guru Pendidikan Seni Visual selain huraian yang terdapat di atas dalam
mempertabatkan profesion perguruan.
Rumusan:
Dalam matapelajaran Pendidikan Seni Visual, mengetahui dan memahami
rekabentuk dan proses menyediakan bahan sumber pengajaran dan pembelajaran,
prosedur mengguna dan menyimpan alat dan bahan serta penyimpanan dan rekod
stok. Adalah menjadi tanggungjawab guru matapelajaran Pendidikan Seni Visual
untuk memastikan keselamatan dalam studio sebelum,semasa dan selepas
pengajaran dan pembelajaran diutamakan. Terdapat berbagai jenis alat dan bahan
digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran umpamanya seperti alat dan
bahan yang digunakan untuk penghasilan, alat dan bahan bantu untuk tujuan di
atas untuk membantu pengajaran dan pembelajaran. Kedua-dua jenis itu pula
boleh dibahagi kepada beberapa subkategori seperti Pengendalian alat dan bahan
merupakan aspek penting dalam pengurusan mata pelajaran Pendidikan Seni
Visual dan menjadi tanggungjawab Ketua Panitia dan ahli panitia Pendidikan Seni
Visual untuk menguruskannya dengan sempurna.
Aktiviti 2.1 Huraikan tiga perkara yang membezakan antara rekabentuk dan proses menyediakan bahan, prosedur mengguna dan menyimpan alat dan bahan dengan penyimpanan dan rekod stok.
PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR
16
Alat dan bahan bantu
rekabentuk dan proses
menyediakan bahan
prosedur mengguna dan menyimpan alat
dan bahan
penyimpanan dan rekod stok
Carta organisasi panitia Pendidikan Seni Visual
Salinan karya agung di dalam dan luar Negara
Contoh-contoh kraf tradisional
Kertas lukisan dan warna air
Alat-alat membuat ukiran
Mesin pembakar seramik
Rak-rak kayu
Aktiviti 2.2 Hasilkan beberapa bahan bantu (sekurang-kurangnya 4 item) bertujuan sebagai
membantu pengajaran dan pembelajaran. Bidang yang hendak diajar adalah
PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR
17
membuat corak dan rekaan. Tajuk yang dipilih ialah corak terancang dengan
menggunakan teknik kolaj dan capan.
3.1 Sinopsis
Tajuk ini meliputi Susun atur bilik Pendidikan Seni Visual, panduan
TAJUK 3 PENGURUSAN BILIK DAN HASIL KERJA MURID
PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR
18
keselamatan, etika dan tanggungjawab, inventori dan penyimpanan. Bagi
melengkapkan diri anda sebagai guru mata pelajaran PSV, anda seharusnya boleh
memahami dengan jelas aspek pengurusan bilik Pendidikan Seni Visual dan
pengendalian berkaitan dengan hasil kerja murid.
3.2 Hasil Pembelajaran 3.2.1 Menganalisis susun atur bilik PSV serta menyenarai dan menjelaskan
pelan bilik PSV yang kondusif mengambilkira aspek susun atur, panduan
keselamatan,etika dan tanggungjawab, inventori dan penyimpanan.
3.3 Kerangka konsep tajuk-tajuk modul ini
PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR
19
3.4 Kandungan
PENGURUSAN BILIK DAN HASIL KERJA MURID
Susun Atur Bilik PSV
PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR
20
Gambar 1: Susun atur perabut yang baik akan menjadikan suasana menarik
Pengurusan bilik seni visual ialah suatu aspek yang penting dalam
melaksanakan sesuatu pengajaran. Bilik seni visual merupakan tempat di mana
sekumpulan manusia berkumpul dan di ajar. Bilik seni visual merupakan lebih dari
hanya sebuah ruang pembelajaran,ia merupakan persekitaran murid,guru dan
penggalak interaksi antara guru dan murid. Guru perlulah mengurus rutin harian
bilik seni visual, mengurus murid-murid supaya melakukan aktiviti bilik seni visual,
tahu cara menyusun tempat duduk pelajar dan peralatan, mengurus pergerakan
pelajar didalam kelas, mengurus bahan-bahan pengajaran untuk Pengajaran dan
Pembelajaran yang lebih berkesan serta mengawal disiplin pelajar di dalam kelas
supaya proses pengajaran dan pembelajaran dapat bejalan dengan lancar.
Lemlech (1979) mendefinisikan pengurusan bilik sebagai koordinasi dalam
bilik yang mana menurutnya guru sebagai perancang kurikulum, pengorganisasi
prosedur dan sumber,penyusun persekitaran kelas yang efisyen,penyelia prestasi
murid serta pengenalpasti masalah potensi murid.Secara ringkasnya konsep
pengurusan bilik bermakna tindakan dan strategi guru untuk mengekalkan
peraturan bilik,mewujudkan suasana bilik yang kondusif, menghadapi tingkahlaku
murid serta menarik perhatian murid bagi memastikan pengajaran dan
pembelajaran yang efektif.
PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR
21
Gambar 2 : Rajah di bawah adalah contoh pelan bilik seni visual
Zon / Bengkel Mencanting Batik
Sudut Pameran Hasil Kraf Tangan
Pintu 2
Pintu 1
Sudu
t Pam
eran
Has
il K
erja
Mur
id T
ingk
ap
Tin
gkap
Meja 1 Meja 2
Meja 3 Meja 4
Meja 6 Meja 5
Meja Guru /
Dekstop Stor Papan Putih skrin Papan Info
Sudut Buku
Rujukan
Kab
inet
Ber
pint
u Pe
rala
tan
PSV
Dap
ur G
as
Sink
i
Alat Pemadam
Peti
Kec
emas
an
Pusat Akses
Sudut ICT
LCD
PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR
22
Berdasarkan pelan di atas, cuba anda renungkan apakah perlu anda lakukan untuk menambahbaikkan lagi pengurusan bilik seni visual.
Pengurusan bilik seni visual merupakan satu aspek utama dalam konteks
proses pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni. Guru Pendidikan Seni
hendaklah memainkan peranan penting dalam aspek ini. Guru Pendidikan Seni
hendaklah sentiasa berusaha bersama guru-guru seni yang lain untuk mewujudkan
keadaan dan suasana yang sesuai dalam bilik seni visual. Suasana dalam bilik seni
visual ini sepatutnya menjadi daya penarik dan menjadi sumber ilham bukan sahaja
kepada pelajar dan guru bahkan kepada seluruh masyarakat sekolah dan pelawat.
Selain hasil kerja pelajar, guru hendaklah cuba mendapatkan contoh-contoh hasil
kraf tempatan dan lain-lain lagi yang sesuai untuk dipamerkan dalam bilik seni.
Bahan-bahan seni yang dipamerkan hendaklah disusun mengikut jenisnya.
Cuba anda kumpulkan maklumat tentang bilik atau studio seni dan buat
presentasi dalam bentuk folio.
Ambil gambar-gambar berikut:
1.1 Bilik atau studio seni dari pelbagai sudut 1.2 Sudut-sudut pameran berkaitan 1.3 Zon-zon kerja tertentu 1.4 Stor dan bilik-bilik khas yang berkaitan 1.5 Ruang-ruang lain yang berkaitan
1.6 Carta-carta berkaitan dengan bilik seni
Gambar 3 : Contoh hasil kerja murid yang boleh dipamerkan
PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR
23
Pengetahuan asas bagaimana untuk menyusun dan merekaletak alatan dan
bahan pameran perlu dimiliki oleh guru seni visual kerana selain daripada
tanggungjawab mengajar, biasanya guru pendidikan seni juga
dipertanggungjawabkan untuk menjaga bilik dan studio seni. Antara perkara-
perkara yang perlu diberi perhatian bagi guru dalam mengurus bilik seni dan studio
seni di sekolah ialah warna dinding, papan bulletin, pencahayaan, bahan pameran
khas, zon kerja dan stor penyimpanan.
Marjorie Schiller (1995) menerangkan bahawa bilik dan studio seni
melambangkan cara kita menilai seni dan bagaimana seni memberikan makna
kepada kehidupan kita. Justeru, kaedah penyusunan dan kebersihan bilik darjah
dan studio perlu menitikberatkan unsur estetika untuk memberi pengalaman estetik
yang bermakna. Persekitaran yang merangsang deria memberikan tenaga kepada
minda untuk belajar (Koster, 2001).
Karen Haigh (1997) menyarankan agar pemilihan warna bagi bilik seni
hendaklah sehingga tidak menafikan dan menenggelamkan hasil karya pelajar
yang akan dipamerkan.
Buletin sangat diperlukan untuk mempamerkan hasil karya pelajar selain
sebagai tempat untuk menyampaikan maklumat. Papan notis hendaklah
diwarnakan sama dengan warna dinding agar terdapat kesatuan dengan bilik selain
mampu menarik minat terhadap apa yang pamerkan. Pencahayaan juga
memainkan peranan penting kerana pemilihan warna juga dipercayai turut
mempengaruhi murid menyiapkan dan menghasilkan karya. Kebanyakan kelas dan
studio seni telah disediakan dengan lampu fluoresant atau lampu kalimantang.
Oleh itu, guru seni digalakkan untuk memastikan murid menggunakan sinaran
pencahayaan semula jadi dari luar. Guru perlu buka tingkap dan pastikan seberapa
banyak cahaya dari luar masuk ke dalam bilik seni.
PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR
24
Gambar 4 : adalah juga contoh hasil kerja murid yang boleh dipamerkan
Selain mempamerkan hasil karya pelajar, guru-guru seni visual boleh
memperuntukkan satu ruang pameran yang mempamerkan objek semula jadi yang
boleh membangkitkan rasa ingin tahu. Objek-objek hendaklah dipamerkan di lokasi
yang mudah untuk dikunjungi oleh murid. Ruang yang mempamerkan objek ini
akan merangsang deria murid di samping memberikan peluang kepada mereka
untuk melihat dan menyentuh objek tersebut. Zon kerja merupakan lokasi murid
menghasilkan karya dan menyiapkan kerja mereka. Meja kerja perlu disediakan
dan daripada jenis yang boleh dicantum sekiranya perlu bagi mendapatkan ruang
yang lebih luas. Di samping itu, keperluan bahan seni seperti berus dan warna
diletakkan berdekatan di antara satu sama lain selain singki yang digunakan bagi
membersihkan alatan setelah selesai kelas. Guru juga perlu memastikan jarak di
antara pelajar adalah sesuai bagi mengelakkan kesesakan semasa membuat kerja.
Stor simpanan alatan perlu diwujudkan. Rak simpanan boleh digunakan untuk
menyimpan bahan dan hasil karya pelajar seperti folio dan buku latihan.
Kedudukan rak-rak simpanan ini perlu separas dengan ketinggian murid supaya
alatan yang disimpan mudah untuk diambil.
Gambar 5 : Ruang pameran hasil kerja murid
PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR
25
PENGURUSAN BILIK DAN HASIL KERJA MURID
PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR
26
3.5 Situasi Pada awal tahun, Cikgu Anand telah membentuk jawatankuasa papan pamer bagi kelas Pendidikan Seni Visual yang beliau ajar. Jawatankuasa tersebut diberikan tanggungjawab menyediakan bahan-bahan untuk dipaparkan sepanjang tahun berdasarkan empat kegiatan bidang KBSR PSV. Hari ini, jawatankuasa papan pamer Tahun 6 Merdeka bersedia untuk membentangkan idea mereka dalam kelas. Cikgu Anand mengingatkan murid-murid bahawa mereka dibenarkan mengundi sekali sahaja. Fong tampil ke depan kelas lalu berkata, “Saya bercadang kita sediakan peta minda untuk keempat-empat kegiatan berserta contoh.” Jali bentangkan idea kedua, “Saya syorkan kita sediakan carta proses bagi keempat-empat kegiatan dan contoh hasil kerja yang terbaik.” Idea ketiga dikemukakan oleh Yatie, saya fikir adalah menarik jika kita sediakan pelbagai jenis pekerjaan yang berkaitan dengan bidang Seni Visual.” Setelah murid-murid diberikan penjelasan lanjut oleh ketiga-tiga murid tadi, satu undian pun berlangsung. Peta minda berserta contoh didapati paling popular menang dengan 30 undi, diikuti dengan carta proses dan contoh terbaik sebanyak 12 undi. Manakala kerjaya dalam bidang Seni Visual memperolehi tiga undi sahaja. Ekoran itu, jawatankuasa papan pamer mengadakan perjumpaan selepas tamat persekolahan pada hari tersebut untuk mengagihkan tugas berkaitan. Pernahkah anda fikirkan manfaat yang diperolehi dengan membaca bahan-bahan yang dipamerkan? Apakah pandangan anda mengenai papan pamer? Apakah perkara yang anda fikirkan penting dalam mewujudkan papan pamer bagi mata pelajaran PSV? Bagaimanakah papan pamer menyumbangkan kepada persekitaran bilik darjah yang kondusif? Catatkan pandangan anda terhadap kepentingan papan pamer;
Bagaimanakah cara terbaik bagi seseorang guru PSV menguruskan bilik PSV dan hasil kerja murid?
PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR
27
Menurut Steele (1973), persekitaran fizikal mempunyai enam fungsi iaitu keselamatan dan perlindungan; kontek sosial, identifikasi simbolik, penyempurnaan tugas; keseronokan dan pertumbuhan serta perkembangan.
Keselamatan dan perlindungan. Merujuk kepada keadaan bangunan sekolah yang baik dan mampu melindungi guru dan murid-murid daripada cuaca buruk, dan kebisingan yang keterlaluan. Guru mengajar mata pelajaran PSV (amali) juga hendaklah pastikan murid-murid dimaklumkan tentang langkah-langkah keselamatan semasa menggunakan alat-alat tajam dan dapur (memasak lilin) di bilik PSV.
Kontek Sosial. Merujuk kepada susun atur meja yang menentukan sejauh mana murid-murid dapat dapat berinteraksi antara satu sama lain. Amat penting untuk anda ingat bahawa tiada satu susun atur yang paling berkesan sekali. Bagi memaksimunkan kontek sosial dengan murid-murid anda, anda perlu mematuhi beberapa syor berikut: (i) elakkan daripada berdiri di satu tempat sepanjang sesi pengajaran; (ii) adakan kontek mata dengan murid-murid yang duduk di bahagian belakang dan di sisi; dan (iv) tukar tempat duduk murid-murid agar setiap murid berpeluang untuk duduk di depan.
Identifikasi simbolik. Merangkumi maklumat mengenai guru dan murid-murid termasuk minat, pencapaian, kegemaran, dan latar belakang mereka. Namun, kebanyakan bilik darjah tidak bercorak personal. Pamerkan hasil kerja murid-murid di papan pamer. Ia bukan sahaja menjadikan bilik darjah lebih menarik, tetapi juga mengiktirafkan pencapaian murid-murid yang berkenaan.
Penyempurnaan tugas. Merujuk kepada pelbagai tugas dan aktiviti yang akan dikendalikan dalam bilik darjah seperti aktiviti secara individu atau kumpulan; melayari internet atau alat multi-media yang lain; aktiviti mengikut stesen atau litar; ataupun aktiviti amali atau latihan bertulis.
Keseronokan. Merujuk kepada sejauh mana bilik darjah itu menarik bagi guru dan murid-murid. Misalnya, cat dinding dengan warna yang dingin atau sejuk; sediakan kawasan yang terbuka dan sudut yang kecil tetapi mesra.
Pertumbuhan dan perkembangan. Bilikdarjah merupakan satu tempat di mana murid-murid berpeluang untuk meneroka, memerhati, mengkaji, menguji dan menemui sesuatu yang baru. Oleh itu, sediakan buku-buku bacaan yang biasa, kamus dan buku istilah, buku kerja, di samping pelbagai bahan seperti bahan-bahan seni visual, puzzle, bahan manipulatif, interaktif dan sebagainya.
Rumusan:
Pengurusan Bilik Pendidikan Seni Visual merupakan satu aspek utama dalam konteks proses pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual. Seseorang guru Pendidikan Seni Visual hendaklah memainkan peranan penting dalam aspek ini. Guru Pendidikan Seni Visual hendaklah sentiasa berusaha bersama-sama guru-guru PSV yang lain untuk mewujudkan suasana kondusif dalam bilik Pendidikan Seni Visual bagi menjamin kualiti pengajaran dan pembelajaran.
PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR
28
3.6 Latihan B (i) Berikan pendapat anda tentang suasana kondusif bilik
PendidikanSeni Visual yang menyumbang ke arah pembelajaran yang bermakna.
(ii) Bincangkan kepentingan panduan keselamatan dalam menguruskan
bilik Pendidikan Seni Visual.
Kemukakan pandangan anda dalam ruangan forum OLL.
PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR
29
(iii) Rujuk jadual di bawah. Analisa dapatan pemantauan Jemaah Nazir (2006)
terhadap pengurusan bilik seni di beberapa buah sekolah rendah terpilih.
(iv) Berdasarkan analisa yang anda perolehi, buat rumusan tentang kualiti
pengurusan bilik seni dengan berpandukan buku Standard kualiti
pendidikan Malaysia. Sekolah: Pernyataan standard. Jemaah Nazir
Sekolah. (2004). KL:Kementerian Pelajaran Malaysia.
* Pur = purata (v) Buat penjelasan tentang suasana bilik Pendidikan Seni yang kondusif dengan
menyediakan sebuah pelan lantai cadangan. Anda juga boleh kaitkan cadangan tersebut berpandukan senario di sekolah anda atau sekolah lain yang mempunyai bilik PSV. Sertakan gambar-gambar yang berkaitan.
E-melkan dapatan anda kepada pensyarah dalam tempoh
tiga minggu selepas anda menerima modul ini.
No. Item
Item Skor
0 1 2 3 4 % Pur
109 Bilik Seni Kondusif
8 1 0 2 1 5.3 0.92
110
Stor PSV diuruskan dengan baik 9 1 1 4 2 11.1 1.35
111
Mempunyai prosedur senggara BBM 21 4 1 3 2 11.1 0.74
112
Buku stok/inventori diuruskan dengan kemas kini 11 6 7 5 4 24.5 1.55
113
Sudut Seni diwujudkan dan dimanfaatkan secara kreatif 6 5 16 4 1 25.5 1.66
114
Penggunaan bengkel secara optimum 8 1 1 1 0 2.9 0.55
PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR
1
TAJUK 1 PERANAN GURU PENDIDIKAN SENI VISUAL
Kursus ini meliputi konsep kurikulum dan sukatan pelajaran PSV KBSR. Penekanan diberikan kepada matlamat, objektif kurikulum, konsep 5P, kepentingan perkembangan kurikulum, huraian sukatan pelajaran, peranan guru PSV, pengurusan aktiviti di dalam dan di luar bilik darjah, pengurusan sumber dan bahan bantu mengajar, pengurusan bilik seni dan hasil kerja murid, dan peranan apresiasi terhadap hasil kerja murid.
1.1 Sinopsis Tajuk ini meliputi peranan guru Pendidikan Seni Visual sebagai pengurus,
pembimbing, pemudah cara, motivator dan inisiator. Pada peringkat ini, anda juga
akan diperkenalkan dengan peranan guru dalam bidang kepanitiaan dan Surat
Pekeliling Kementerian Pelajaran Malaysia.
Bagi melengkapkan diri anda sebagai guru mata pelajaran PSV, anda seharusnya
boleh menjelaskan, menghayati, mengaplikasi, melaksanakan dan membuat
refleksi tentang peranan guru PSV dengan merujuk kepada buku-buku, Surat
Pekeliling KPM dan pengalaman tokoh-tokoh guru.
1.2 Hasil Pembelajaran 1.2.1 Menjelaskan aspek-aspek yang terkandung dalam peranan guru PSV. 1.2.2 Menganalisis peranan guru PSV sebagai pengurus, pembimbing,
pemudahcara, motivator dan inisiator.
1.3 Kerangka konsep tajuk-tajuk modul ini
PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR
2
1.4 Kandungan
INISIATOR
MOTIVATOR
PEMUDAHCARA
PEMBIMBING
PENGURUS
PERANAN GURU PENDIDIKAN SENI VISUAL
PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR
3
1.5 Situasi Sejak seminggu yang lalu, kelihatan Saci asyik tidur sahaja ketika Cikgu Jacko mengajar Pendidikan Seni Visual di kelas Lima Perdana. Hari ini, Devi, salah seorang rakan sekelas menyiku Saci yang sedang tidur sambil berdengkur. Saci terjaga dalam keadaan terkejut, lalu memarahi Devi. Belum sempat Cikgu Lim mengambil sebarang tindakan, Saci spontan keluar dari bilik darjah. Rakan-rakan sekelas pula bersorak sambil menepuk tangan lalu ketawa. Cuba anda senaraikan sebab-sebab mengapa keadaan ini berlaku. Sila bandingkan keadaan ini dengan keadaan di sekolah anda. Catatkan bagaimana anda akan menghadapi keadaan seperti ini. Aktiviti 1
Mengapakah guru Pendidikan Seni Visual perlu memainkan peranan mereka dengan berkesan ?
PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR
4
Apakah tugas dan tanggungjawab anda sebagai pengurus? Tugas pengurusan terbahagi kepada dua tahap berikut:
Mengurus proses pengajaran dan pembelajaran bagi lebih kurang 45 orang murid termasuk menggariskan matlamat pembelajaran, merancang strategi yang sesuai bagi mengurus pembelajaran dan tingkahlaku mereka, mentaksir serta menilai hasil pembelajaran;
Mengurus persekitaran pembelajaran bagi memastikan berlakunya pembelajaran dalam kalangan murid. Dengan kata lain, anda bertanggungjawab untuk mewujudkan satu persekitaran bilik darjah yang positif dan selesa melalui persekitaran fizikal (perabut, ruang dinding dan lantai), iklim psiko-sosial dan hubungan interpersonal (interaksi antara guru-murid, dan murid-murid), Choong 2009.
Menurut Mc Ewan (2001), terdapat 10 ciri-ciri guru yang efektif. Ciri-ciri ini boleh dikategorikan kepada tiga kumpulan besar: peribadi, berunsurkan pengajaran, dan intelektual.
Peribadi. Termasuk cirri-ciri seperti dedikasi terhadap pengajaran; dan prihatin terhadap kebajikan murid, ibu bapa, rakan sejawat;
Berunsurkan pengajaran. Merangkumi cirri-ciri berikut: keupayaan mengurus bilik darjah, tingkahlaku dan masa;bersemangat untuk mengajar; kebolehan memotivasi murid; dan cekap mengajar;
Intelektual. Meliputi cirri-ciri seperti gemar membaca, mentelaah, meneroka sesuatu; serasi dengan norma masyarakat, budaya dan sub-budaya; dan mempunyai kesihatan mental yang tinggi (Choong, 2009).
Manakala Goh (2005) menggunakan akronim 3P bagi mewakili ciri-ciri guru yang berkesan, iaitu: Positif, Proaktif dan Bersifat Pencegahan.
Positif. Guru yang mempunyai sikap yang positif percaya murid-murid akan belajar. Oleh demikian, guru tersebut akan berusaha dengan sedaya upaya untuk membantu mereka belajar. Sikap sedemikian menyeai keyakinan dalam diri murid bahawa mereka boleh berjaya. Selain itu, guru yang bersikap positif biasanya menunjukkan minat terhadap murid-murid dalam semua aspek, sama ada di dalam ataupun di luar bilik darjah;
Proaktif. Bagi membolehkan sesi pengajaran berjalan dengan lancar, guru tidak boleh hanya masuk ke dalam bilik darjah lalu mula mengajar apa yang dirancang. Sebaliknya, guru perlu memberi pertimbangan kepada isu seperti; “Adakah murid-murid saya pembelajar yang pintar, sederhana, lemah, ataupun campuran ketiga-tiga jenis tersebut?” “Adakah wujud perbezaan dari segi jantina?” Berpandukan maklumat
PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR
5
yang diperoleh, anda akan fikirkan cara yang paling sesuai untuk menyusun tempat duduk murid-murid, iaitu sama ada mengikut kumpulan yang mempunyai tahap kebolehan yang sama, mengikut jantina yang sama, dan sebagainya. Merujuk contoh tadi, boleh disimpulkan bahawa guru yang bersifat proaktif akan menyediakan satu pelan tindakan secara mental sebelum masuk ke dalam bilik darjah;
Pencegahan. Bermaksud guru akan berusaha untuk mencegah agar tidak timbul tingkahlaku bermasalah dalam bilik darjah. Mencegah lebih baik daripada merawat. Untuk tujuan itu, mungkin anda akan tentukan peraturan-peraturan bilik darjah bersama murid-murid serta sediakan garis panduan tertentu. Jika pada kali pertama anda masuk ke dalam bilik darjah sudah ada satu set peraturan, ini menunjukkan anda seorang guru yang proaktif dan bersifat mencegah (Choong, 2009).
Tiga aspek ciri-ciri guru efektif menurut Choong (2009) ialah (i) kualiti peribadi, (ii) kompetensi pengajaran dan pembelajaran, dan (iii) penghayatan dan amalan nilai.
Kualiti Peribadi. Ciri-ciri guru yang efektif boleh dilihat dari segi kualiti peribadi. Sumber bahan yang berlainan mengandungi perkataan yang berbeza berhubung dengan kualiti peribadi guru. Antaranya termasuk: berkemahiran komunikasi, terurus, berilmu, mudah didampingi, ceria, bersemangat, bersifat kecindan, berupaya menyesuaikan diri, bersikap positif, bermotivasi, peka, mempunyai kesedaran, jelas, fasih, bersistematik, berempati, tegas, adil, luwes, dan melayan murid-murid sebagai individu. Berani menghadapi cabaran, menegakkan prinsip dan keadilan sosial; ketabahan hati untuk terus berusaha sehingga mencapai kejayaan; kepercayaan bahawa anda boleh membawa perubahan kepada kehidupan murid; rasa rendah diri; sifat keterbukaan terhadap maklum balas; komitmen untuk mengilhamkan murid ke arah pencapaian yang cemerlang; dan keazaman untuk mengatasi masalah pembelajaran dalam kalangan murid.
Kompetensi Pengajaran dan Pembelajaran. Biasakah anda dengar bahawa guru masa kini bukan lagi seorang bijaksana atas pentas tetapi pembimbing di sisi murid? Ya, sejak kebelakangan ini guru diminta menyahut seruan orang awam agar “mengajar demi pembelajaran yang berkualiti”. Untuk tujuan itu, guru perlu menyemak semula gaya dan strategi pengajaran yang digunakan sehingga bertujuan memaksimumkan kebolehan murid-murid menimba ilmu baru. Selaras dengan peranan guru hari ini iaitu Fasilitator berbanding penyampai maklumat. Seperti mana yang dijelaskan di atas perubahan kepada persekitaran pembelajaran baru-baru ini mengubah matlamat pengajaran menjadi pemindahan ilmu kepada situasi kehidupan seharian. Untuk itu, guru disyorkan agar menggunakan penyoalan berbentuk Socratik di mana murid-murid belajar membina ilmu tersendiri; Perekabentuk kebolehan murid-murid. Dengan berpandukan pengalaman lalu, guru berupaya merancang peluang dan pengalaman pendidikan yang wajar bagi memupuk aras pemikiran yang tinggi, pemindahan pembelajaran, kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif, pemikiran reflektif, dan sebagainya.
PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR
6
Penghayatan Dan Amalan Nilai. Memang tidak dapat dinafikan bahawa
nilai merupakan asas kepada pembentukan sikap, persepsi, motivasi dan personaliti seseorang (INTAN,1993). Dalam konteks guru-guru di negara ini, nilai-nilai murni merupakan tenaga asas yang menggerakkan guru melaksanakan tugasan dengan cemerlang. Dengan kata lain, penghayatan nilai-nilai murni dapat membimbing mereka membentuk akhlak yang mulia untuk meningkatkan keupayaan dan kualiti pengurusan murid. Di samping itu, juga boleh menentukan pelaksanaan dasar dan program sekolah berjalan dengan sempurna. Atas hakikat ini, penerapan nilai-nilai yang murni bukan sahaja diberi penekanan dalam urusan peribadi guru malahan juga dalam tugas-tugas professional mereka. Bagi memudahkan penghayatan, amalan dan penerapan nilai-nilai tersebut maka kini terdapat panduan yang telah disediakan sebagai rujukan penting. Antaranya termasuk termasuk Nilai dan Etika Dalam Perkhidmatan Awam dan pengiringnya, Tonggak Dua Belas.
Rumusan: Peranan guru Pendidikan Seni Visual amat penting dalam menjamin kualiti pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual di sekolah. Keterampilan, kewibawaan dan komitmen guru merancang, mengurus, melaksana, menilai dan membuat penambaikan dalam keberkesanan pengajaran dan pembelajarannya merupakan langkah-langkah ke arah kecemerlangan.
2.5 Latihan A (i) Berikan pendapat anda tentang ciri-ciri seorang guru Pendidikan
Seni Visual yang cemerlang. (ii) Bincangkan peranan guru Pendidikan Seni Visual dalam
meningkatkan minat murid-murid terhadap mata pelajaran Pendidikan Seni Visual.
(iii) Mentor dan pementoran dikaitkan dengan hubungan orang dewasa
ataupun senior dalam sesuatu bidang dan boleh dipercayai bagi membimbing seperti guru, rakan dan jurulatih, fasilitator dan kaunselor. Dalam konteks pendidikan Islam, ia dikaitkan dengan peranan guru sebagai muaddib iaitu pendidik putera dan puteri pemerintah dalam membentuk adab (Syed Naquib, 1978) yang bererti budi pekerti dan akhlak yang baik. Berdasarkan petikan di atas, apakah hujah anda terhadap sifat guru yang menjalankan peranan sebagai seorang pembimbing?
Kemukakan pandangan anda dalam ruangan forum OLL.
PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR
7
(iv) Cuba membuat analisis masalah yang berkaitan dengan peranan guru
Pendidikan Seni Visual dan berikan contoh berdasarkan pengalaman anda di sekolah:
Peranan Guru Contoh berdasarkan pengalaman anda di sekolah
Pengurus Contoh situasi: Analisis: Peranan Guru:
Pembimbing Contoh situasi: Analisis: Peranan Guru:
Pemudahcara Contoh situasi: Analisis: Peranan Guru:
Motivator Contoh situasi: Analisis: Peranan Guru:
Inisiator Contoh situasi: Analisis: Peranan Guru:
PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR
8
(v) Baca petikan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 4/1986 di bawah dan
sempurnakan tugasan yang diberikan. ”Kejayaan para pelajar dalam pembelajaran dan motivasi serta minat mereka
terhadap sesuatu mata pelajaran yang dipelajari mempunyai hubungan rapat
dengan kebolehan dan kekesanan guru mengajar. Guru tidak ragu-ragu lagi
mempunyai peranan yang penting dalam menentukan sama ada matlamat
pencapaian akademik para pelajar di sekolah tercapai atau tidak.
Menyedari hakikat ini, maka adalah wajar bagi guru-guru yang terlibat atau
mengajar sesuatu mata pelajaran yang sama mengembelingkan tenaga mereka
dan menyelaraskan aktiviti-aktiviti dan/atau tugas-tugas mengajar sebagai pendidik.
Mereka juga harus mempunyai semangat bekerjasama, saling membantu dan
berkongsi fikiran, pengalaman serta kepakaran untuk memperbaiki lagi kecekapan
dan kekesanan mereka. Dengan demikian, guru-guru yang mengajar sesuatu mata
pelajaran berpeluang untuk bekerjasama dan menyelaraskan usaha mereka
dengan lebih terkelola dan bersepadu. Dengan wujudnya badan iktisas seumpama
ini, guru-guru yang menganggotainya juga berpeluang untuk mencari penyelesaian
kepada masalah-masalah bukan sahaja dalam bidang pengajaran, bahkan juga
masalah yang berhubung dengan motivasi, sikap dan tabiat belajar pelajar-pelajar.”
Anda dikehendaki mendapatkan salinan penuh Surat Pekeliling Iktisas tersebut.
Dapatkan maklumat berkaitan sejarah dan perkembangan Panitia Pendidikan Seni
Visual di sekolah anda dari mula hingga tahun semasa. Carta Organisasi Panitia
Pendidikan Seni Visual pada tahun semasa perlu disertakan.
Seterusnya, mari kita selesaikan masalah di bawah ini. Anda boleh berbincang
dengan rakan anda dan menggunakan pengalaman anda di sekolah dalam
menyelesaikan permasalahan berikut.
Sebagai seorang guru Pendidikan Seni Visual anda terlibat secara langsung dalam
PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR
9
proses menjayakan kurikulum Pendidikan Seni Visual, jadi masalahnya sekarang
ialah adakah anda pada masa ini ada mempunyai kawalan yang cukup untuk atasi
masalah isi pengajaran yang dijalankan dalam bilik darjah. Adakah anda
mempunyai kawalan yang cukup ke atas teknik pengajaran yang dijalankan di
dalam kelas ?
Bagaimanakah kuasa yang sepatutnya perlu ada pada seseorang guru Pendidikan
Seni Visual dalam menentukan isi pelajaran dan bentuk pengajaran dan
pembelajaran yang berlaku dalam bilik darjah serta bagaimana pula Ketua Panitia
Pendidikan Seni Visual memainkan peranannya dalam penyelesaian masalah ini?
Seterusnya, Sejauhmanakah pengetahuan amali dan kemahiran amali guru
Pendidikan Seni Visual digunakan sebagai input kepada proses menjayakan
kurikulum Pendidikan Seni Visual. Akhir sekali adakah faktor-faktor berikut
merupakan penghalang kepada anda untuk melibatkan diri secara aktif dalam
proses menjayakan kurikulum Pendidikan Seni Visual.
a) masa yang terhad ( mengikut jadual waktu kelas )
b) Bilangan murid yang besar dalam sebuah kelas
c) Alat dan bahan yang terhad
d) Tanggungjawab yang berbagai di sekolah
E-melkan dapatan, hujahan, pandangan, kritikan dan idea anda kepada
pensyarah dalam tempoh dua minggu selepas anda menerima modul ini.
PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR
10
TAJUK 2 PENGURUSAN SUMBER DAN BAHAN BANTU MENGAJAR
2.1 Sinopsis Tajuk ini meliputi rekabentuk dan proses menyediakan bahan sumber pengajaran
dan pembelajaran, prosedur mengguna dan menyimpan alat dan bahan,
penyimpanan dan rekod stok, panduan keselamatan serta etika dan
tanggungjawab. Tajuk ini juga adalah untuk membantu anda mengenalpasti,
membina dan mengaplikasi bahan sumber bantu pengajaran dan pembelajaran
secara kolaboratif dan koperatif. Anda hendaklah membuat pertimbangan yang
asas dalam pemilihan, pembinaan dan penggunaan bahan bantu untuk
menghasilkan keberkesanan dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni
Visual.
2.2 Hasil Pembelajaran
2.2.1 Mengurus dan mengguna bahan sumber seni visual dalam pengajaran dan pembelajaran dengan berkesan.
2.2.2 Menghasilkan bahan bantú yang sesuai dengan objektif dan isi kandungan pelajaran mengikut tahap secara kolaboratif dan koperatif.
2.2.3 Membuat pertimbangan tentang prosedur mengguna dan menyimpan alat dan bahan bantú serta rekod stok.
2.2.4 Mengurus panduan keselamatan penggunaan dan penyimpanan alat dan bahan bantú secara beretika dan bertanggungjawab.
PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR
11
2.3 Kerangka konsep tajuk-tajuk modul ini
2.4 KANDUNGAN
PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR
12
Rekabentuk dan proses menyediakan bahan sumber pengajaran dan pembelajaranBerdasarkan gambar di bawah, cuba anda senaraikan alat dan bahan bantu yang ada didalamnya.
http://images.ask.com/fr?q=art+studio&desturi
Alat :
Bahan Bantu:
Cuba anda senaraikan beberapa alat dan bahan bantu yang anda tahu. Kemudian cuba anda fikirkan hal yang menarik minat anda tentang alat dan bahan bantu tersebut dan apakah perkara yang boleh anda tambahbaikkan. a) Bahan bantu mengajar – semua bahan yang digunakan oleh guru dalam
menyampaikan maklumat/ilmu kepada murid.
b) Bahan bantu belajar – semua bahan yang digunakan oleh murid secara kumpulan ataupun individu untuk tujuan pembelajaran.
PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR
13
A B C
http://images.ask.com/pictures
Berikut adalah antara tujuan bahan bantu. Mari kita amati dan membuat penaakulan kepada butiran di bawah.
- Menjelaskan konsep,memudahkan pemahaman, meluaskan pengalaman
- Menarik minat dan perhatian, membina suasana belajar, menghilangkan
kebosanan, melibatkan murid secara aktif
- Menggerakkan murid untuk berfikir, merangsangkan pelbagai deria
- Menghubungkaitkan pengetahuan sedia ada dengan pemgetahuan baru
- Menjana idea, menyediakan environment belajar, menjimatkan masa
- Menghasilkan pembelajaran yang lebih kekal
- Mendorong keinginan untuk menjalankan aktiviti lanjutan
Apakah fungsi pelbagai bahan bantu secara bersesuaian di langkah pelajaran yang berlainan seperti di bawah: Cuba anda bincangkan dan huraikan hal ini bersama rakan-rakan anda.
Set induksi:
Input utama:
Pengayaan:
PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR
14
Pemulihan:
BAGI MENJELASKAN PENGURUSAN SUMBER DAN BAHAN BANTU MENGAJAR, MARI KITA LIHAT HURAIAN BERIKUT. Ciri-ciri bahan bantu yang berkualiti ialah mukataip, ilustrasi/gambar dan maklumat
yang jelas, relevan serta mudah difahami. Mudah dikendalikan dan mesra
pengguna. Persembahan menarik dan kemas.Dapat menjelaskan konsep dengan
tepat. Kekukuhan dan boleh diguna selalu.
i) Prosedur penyediaan bahan bantu.
- Memastikan kesesuaian dengan tajuk dan hasil pembelajaran
- Jumlah yang diperlukan mengikut keutamaan
- Membuat lakaran visual bahan sumber yang hendak dihasilkan
- Menentukan bahan dan teknik
- Menentukan maklumat dan ilustrasi/gambar yang hendak dipaparkan.
- Menghasilkan bahan bantu.
- Kemasan
ii) Penggunaan bahan bantu.
- Mengambil pertimbangan yang diperlukan sekiranya bahan sumber
perlu digantung, dilekatkan, disandarkan atau diedarkan.
- Mengambil langkah-langkah keselamatan
- Mengambil kira bilangan yang mencukupi
- Perlu menjimatkan masa dan tenaga untuk mengedarkan dan
mengutip.
Setelah anda memahami dan menghayati prosedur penyediaan bahan bantu dan
penggunaan bahan bantu. Cuba lakukan latihan ini.
PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR
15
Cuba anda fikirkan dan catatkan aspek-aspek yang perlu dititikberatkan semasa
membuat pemilihan bahan bantu.
1
2
3
4
5
6
Dalam matapelajaran Pendidikan Seni Visual, berbagai jenis alat dan bahan
digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran. Jenis pertama adalah alat dan
bahan yang digunakan untuk penghasilan. Jenis kedua adalah alat dan bahan
bantu untuk tujuan diatas untuk membantu pengajaran dan pembelajaran. Kedua-
dua jenis itu pula boleh dibahagi kepada beberapa subkategori seperti berikut:
A) Alat dan bahan untuk penghasilan
Contoh: alat dan bahan untuk menghasilkan gambar catan:
Alat: berus atau alat ganti untuk mengecat……..
Bahan: warna air atau warna poster, kertas kartrij…….
Peralatan lain: palet, bekas air, kain lap, kertas surat khabar sebagai alas
PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR
16
meja……..
Sila anda senaraikan alat dan bahan selengkapnya untuk menghasilkan kraf
tradisional Batik. Bincang bersama rakan anda. Anda boleh rujuk daripada
buku atau layari website.
B) Alat dan bahan untuk membantu pengajaran dan pembelajaran:
(ii) Alat dan bahan bantu yang ada dalam kehidupan seharian murid dan
pengalaman sedia ada murid. Contohnya :
Bola,baju,kasut,kotak ubat gigi,penyapu,sikat,bunga,daun,rumpu,batu,bata,beg,
jam,cawan,botol,gula-gula,kacang,tiket,kotak tisu,kek
harijadi,rambutan,roda,cermin,tiang,meja,kerusi,bakul sampah,almari raket,….
(iii) Alat dan bahan bantu yang direka khas untuk menjelaskan konsep dan
secara langsungnya tidak ada dalam kehidupan seharian murid.
Contohnya:
Jadual,penyusunan grafik,carta,kad huruf dan angka,kad perkataan dank ad
ayat, gambar rajah,senarai,kad separuh bulatan,kad sisipan,papan
gulung,papan flannel,papan tulis,petikan rencana………….
(iii) Alat dan bahan media teknologi dan lain-lain jenis yang seumpama
dengannya
PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR
17
Sila senaraikan di sini :
Koleksi Khas
Cuba anda perhatikan gambar di bawah dan perkaitannya dengan koleksi-koleksi
yang boleh dipilih sebagai koleksi khas.
PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR
18
A http://images.ask.com/pictures B
C http://images.ask.com/pictures D
Bolehkah anda kategorikan koleksi-koleksi tersebut kepada dua jenis ?
2 Dimensi 3 Dimensi
Seterusnya, berdasarkan gambar di atas, cuba anda membuat kapsyen sebagai
langkah mengkatelogkan bahan bantu sebelum disimpan.
PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR
19
Nama Pengkarya :
Tajuk :
Media :
Teknik :
Tahun :
Koleksi bahan bantu boleh dikumpul melalui beberapa pendekatan antaranya ialah
seperti berikut:-
1. Hasil kerja murid yang baik boleh dijadikan koleksi contoh untuk asas seni
reka, Organisasi rekaan dan pemahaman dan penghargaan. Bahan tersebut
boleh disimpan di dalam folio.
2. Hasil kutipan benda maujud yang terdapat di persekitaran seperti kulit
kerang dan kayu hanyut boleh dijadikan kajian dan analisis asas seni reka.
3. Keratan-keratan dari akhbar dan majalah boleh dijadikan bahan buku skrap
dan carta untuk digunakan dalam perbincangan dan kajian.
4. Koleksi gambar slaid yang meliputi pelbagai aspek Pendidikan Seni Visual
termasuk salinan karya pelukis-pelukis terkenal temapatan dan
antarabangsa boleh digunakan bagi tujuan meransang dan menimbulkan
perasaan ingintahu murid.
5. Koleksi lutsinar OHP / Power Piont boleh diusahakan oleh ahli panitia PSV
bag memudahkan penyampaian pelajaran mereka.
6. Buku-buku rujukan dan risalah berkenaan PSV boleh diperolehi dari
pembekal untuk dijadikan rujukan dan panduan murid dalam pengajaran dan
pembelajaran dan disimpan samada di Bilik Seni Visual atau Pusat Sumber
PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR
20
Sekolah.
7. Koleksi muzik perlu disediakan bagi menghidupkan suasana semasa aktiviti
P&P dijalankan. Pemain kaset / CD / DVD perlu disediakan.
Berikut adalah gambar-gambar contoh bahan bantu boleh disimpan. Cuba anda senaraikan ruang-ruang khas untuk penyimpanan bahan bantu
berdasarkan kenyataan di atas dan gambar di bawah.
Bincang bersama rakan-rakan anda kesesuaian bahan bantu itu disimpan di
ruang yang dipilih dengan mengutamakan keberkesanan penyimpanannya dan
keselamatannya.
http://images.ask.com/fr?q=art+studio&desturi
http://images.ask.com/fr?q=art+studio&desturi
PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR
21
http://images.ask.com/fr?q=art+studio&desturi
http://images.ask.com/fr?q=art+studio&desturi
Prosedur mengguna dan menyimpan alat dan bahan
Pengendalian alat dan bahan merupakan aspek penting dalam pengurusan mata
pelajaran Pendidikan Seni Visual dan menjadi tanggungjawab guru Pendidikan
Seni Visual untuk menguruskannya dengan sempurna. Penerangan yang betul dan
mengikut tertib kepada murid tentang bagaimana menggunakan alat dan bahan
bantu dengan cara yang betul dan seterusnya cara menyimpan alat dan bahan
supaya tidak rosak. Sebagai contoh, alat seperti berus, pellet dan bekas air perlu
dibasuh dan dikeringkan sebelum disimpan supaya tidak rosak.
PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR
22
Cuba anda renungkan bagaimanakah langkah yang betul untuk mengurus
mengguna dan menyimpan semula alat dan bahan dalam aktiviti
membuat tembikar dengan tanah liat.
Penyimpanan dan rekod stok
Semua alat dan bahan yang dibeli hendaklah dicatatkan di dalam Buku Stok rasmi
sepertimana yang dikehendaki oleh pihak Audit. Butir-butir yang terdapat dalam
ruang-ruang buku stok hendaklah diisi dengan lengkap dan kemaskini.
Berikut adalah antara prosedur yang perlu diambilkira dalam proses penyimpanan
dan rekod stok.:-
- Menyediakan senarai alat dan bahan yang diperlukan
- Membuat perolehan alat dan bahan daripada pembekal / sekolah
- Membuat penerimaan alat dan bahan, menyemak dan
mengesahkan
- Membuat inventori dalam buku stok
- Membuat rekod keluar masuk alat dan bahan
Dua buku stok boleh digunakan. Sebuah buku untuk mencatatkan butir-butir alat
dan bahan kekal manakala sebuah buku lagi digunakan untuk alat dan bahan habis
guna. Setiap jenis alat dan bahan yang diperolehi patut dicatatkan dalam halaman
secara berasingan. Dengan demikian, ianya memudahkan semakan stok pada
akhir tahun yang berkenaan.
Semakan stok perlu dijalankan pada akhir setiap tahun. Sebarang kerosakan,
kehilangan atau kecurian alat dan bahan yang bernilai hendaklah dilaporkan
kepada pihak sekolah.
Setiap satu item alat dan bahan samada peralatan kekal atau tidak kekal hendaklah
dicatatkan dalam satu-satu borang sahaja. Jika terdapat penambahan stok pada
item berkenaan boleh diisi ke dalam borang berkenaan sahaja. Umpamanya ,
kertas lukisan (1 imperior) ingin ditambah dalam stok perlulah diisi ke dalam borang
item kertas lukisan (1 imperior ) sahaja.
PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR
23
Membuat rekod keluar masuk alat dan bahan serta dokumen langkah
keselamatan adalah penting. Beri komen anda dengan hujah yang relevan.
Peralatan kekal
Contoh Borang untuk penyimpanan stok
Borang stok untuk peralatan kekal
Bil
Item ( Peralatan Kekal )
Bil. Unit
Tarikh masuk
Tarikh lupus
1.
2.
Meja guru Meja guru
2
2
13/09/2009
13/09/2010
15/10/2010
Jumlah Item
Catatan
Peralatan tidak kekal
Contoh Borang untuk penyimpanan stok
Borang stok untuk peralatan tidak kekal
Bil
Item ( Peralatan tidak Kekal)
Bil. Unit
Tarikh masuk
Tarikh lupus
PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR
24
1.
2.
Kertas lukisan ( 1 imperior ) Kertas lukisan ( 1 imperior )
200 dozen
100 dozen
22/09/2009
10/10/2010
Jumlah
Item
Catatan
Panduan Keselamatan
Kita kadang kala bertemu dengan kes murid-murid mendapat keracunan atau kemalangan
di dalam bilik seni visual atau kelas sewaktu pengajaran dan pembelajaran sedang
berlangsung dan hal sebegini akan menjejaskan reputasi kita sebagai guru secara tidak
langsung. Sila lihat senarai nama alat dan bahan bantu di bawah dan cuba anda fikirkan
berdasarkan pengalaman anda atau pengalaman rakan dimanakah sepatutnya alat dan
bahan berikut patut disimpan agar ianya selamat.
Minyak turpentine
kertas lukisan
kain linen batik
kertas warna berus lukisan cecair tinner
Cat air pisau NT fabric dye Carta PSV pisau ukir tanah liat
Pemantauan tajam oleh guru semasa murid menjalankan aktiviti mampu mengelakkan
sebarang kemalangan yang tidak diingini. Anda dan rakan-rakan anda cuba berbincang
dan membuat analisis, langkah-langkah yang boleh diambil oleh guru bagi mengelakkan
sebarang kemalangan daripada berlaku.
Tahukah anda perbezaan antara peralatan kekal dengan peralatan tidak kekal. Jelaskan.
PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR
25
Bil Kenyataan Huraian sebab dan akibat
1 Guru perlu membaca label bahan
2 Kenalpasti murid yang bermasalah kesihatan
3 Guru perlu sediakan panduan keselamatan
4 Murid menjalankan aktiviti menghasilkan ukiran kayu
5 Memberi taklimat atau penerangan cara-cara menghasilkan batik lukis dan keselamatan fizikal
Etika dan tanggungjawab
Tugas Ahli Panitia Pendidikan Seni Visual adalah :-
Menentukan bekalan alat dan bahan bantu seni visual mencukupi dan seimbang untuk
kedua-dua aktiviti 2D dan 3D berpandukan kepada aktiviti-aktiviti yang dirancang dalam
Rancangan Tahunan.
Membincang dan menyediakan senarai alat dan bahan yang diperlukan untuk dibeli oleh
PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR
26
sekolah.
Dari masa ke semasa murid patut didedahkan kepada bahan rujukan mengenai
bagaimana pelukis dan pakar seni dari pelbagai kebudayaan dan zaman menghasilkan
karya-karya mereka.
Filem dan gambar slaid seni boleh membantu murid dalam dalam pengkajian pemahaman
dan penghargaan perlu didedahkan pepada murid.
Cuba anda membuat analisis, etika dan tanggungjawab yang perlu diamalkan oleh
guru Pendidikan Seni Visual selain huraian yang terdapat di atas dalam
mempertabatkan profesion perguruan.
Rumusan:
Dalam matapelajaran Pendidikan Seni Visual, mengetahui dan memahami
rekabentuk dan proses menyediakan bahan sumber pengajaran dan pembelajaran,
prosedur mengguna dan menyimpan alat dan bahan serta penyimpanan dan rekod
stok. Adalah menjadi tanggungjawab guru matapelajaran Pendidikan Seni Visual
untuk memastikan keselamatan dalam studio sebelum,semasa dan selepas
pengajaran dan pembelajaran diutamakan. Terdapat berbagai jenis alat dan bahan
digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran umpamanya seperti alat dan
bahan yang digunakan untuk penghasilan, alat dan bahan bantu untuk tujuan di
atas untuk membantu pengajaran dan pembelajaran. Kedua-dua jenis itu pula
boleh dibahagi kepada beberapa subkategori seperti Pengendalian alat dan bahan
merupakan aspek penting dalam pengurusan mata pelajaran Pendidikan Seni
Visual dan menjadi tanggungjawab Ketua Panitia dan ahli panitia Pendidikan Seni
Visual untuk menguruskannya dengan sempurna.
Aktiviti 2.1 Huraikan tiga perkara yang membezakan antara rekabentuk dan proses menyediakan bahan, prosedur mengguna dan menyimpan alat dan bahan dengan penyimpanan dan rekod stok.
PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR
27
Alat dan bahan bantu
rekabentuk dan proses
menyediakan bahan
prosedur mengguna dan menyimpan alat
dan bahan
penyimpanan dan rekod stok
Carta organisasi panitia Pendidikan Seni Visual
Salinan karya agung di dalam dan luar Negara
Contoh-contoh kraf tradisional
Kertas lukisan dan warna air
Alat-alat membuat ukiran
Mesin pembakar seramik
Rak-rak kayu
Aktiviti 2.2 Hasilkan beberapa bahan bantu (sekurang-kurangnya 4 item) bertujuan sebagai
membantu pengajaran dan pembelajaran. Bidang yang hendak diajar adalah
PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR
28
membuat corak dan rekaan. Tajuk yang dipilih ialah corak terancang dengan
menggunakan teknik kolaj dan capan.
3.1 Sinopsis
Tajuk ini meliputi Susun atur bilik Pendidikan Seni Visual, panduan
TAJUK 3 PENGURUSAN BILIK DAN HASIL KERJA MURID
PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR
29
keselamatan, etika dan tanggungjawab, inventori dan penyimpanan. Bagi
melengkapkan diri anda sebagai guru mata pelajaran PSV, anda seharusnya boleh
memahami dengan jelas aspek pengurusan bilik Pendidikan Seni Visual dan
pengendalian berkaitan dengan hasil kerja murid.
3.2 Hasil Pembelajaran 3.2.1 Menganalisis susun atur bilik PSV serta menyenarai dan menjelaskan
pelan bilik PSV yang kondusif mengambilkira aspek susun atur, panduan
keselamatan,etika dan tanggungjawab, inventori dan penyimpanan.
3.3 Kerangka konsep tajuk-tajuk modul ini 3.4 Kandungan
PENGURUSAN BILIK DAN HASIL KERJA MURID
Susun Atur Bilik PSV
PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR
30
PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR
31
Gambar 1: Susun atur perabut yang baik akan menjadikan suasana menarik
Pengurusan bilik seni visual ialah suatu aspek yang penting dalam
melaksanakan sesuatu pengajaran. Bilik seni visual merupakan tempat di mana
sekumpulan manusia berkumpul dan di ajar. Bilik seni visual merupakan lebih dari
hanya sebuah ruang pembelajaran,ia merupakan persekitaran murid,guru dan
penggalak interaksi antara guru dan murid. Guru perlulah mengurus rutin harian
bilik seni visual, mengurus murid-murid supaya melakukan aktiviti bilik seni visual,
tahu cara menyusun tempat duduk pelajar dan peralatan, mengurus pergerakan
pelajar didalam kelas, mengurus bahan-bahan pengajaran untuk Pengajaran dan
Pembelajaran yang lebih berkesan serta mengawal disiplin pelajar di dalam kelas
supaya proses pengajaran dan pembelajaran dapat bejalan dengan lancar.
Lemlech (1979) mendefinisikan pengurusan bilik sebagai koordinasi dalam
bilik yang mana menurutnya guru sebagai perancang kurikulum, pengorganisasi
prosedur dan sumber,penyusun persekitaran kelas yang efisyen,penyelia prestasi
murid serta pengenalpasti masalah potensi murid.Secara ringkasnya konsep
pengurusan bilik bermakna tindakan dan strategi guru untuk mengekalkan
peraturan bilik,mewujudkan suasana bilik yang kondusif, menghadapi tingkahlaku
murid serta menarik perhatian murid bagi memastikan pengajaran dan
pembelajaran yang efektif.
PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR
32
Gambar 2 : Rajah di bawah adalah contoh pelan bilik seni visual
Zon / Bengkel Mencanting Batik
Sudut Pameran Hasil Kraf Tangan
Pintu 2
Pintu 1
Sudu
t Pam
eran
Has
il K
erja
Mur
id T
ingk
ap
Tin
gkap
Meja 1 Meja 2
Meja 3 Meja 4
Meja 6 Meja 5
Meja Guru /
Dekstop Stor Papan Putih skrin Papan Info
Sudut Buku
Rujukan
Kab
inet
Ber
pint
u Pe
rala
tan
PSV
Dap
ur G
as
Sink
i
Alat Pemadam
Peti
Kec
emas
an
Pusat Akses
Sudut ICT
LCD
PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR
33
Berdasarkan pelan di atas, cuba anda renungkan apakah perlu anda lakukan untuk menambahbaikkan lagi pengurusan bilik seni visual.
Pengurusan bilik seni visual merupakan satu aspek utama dalam konteks
proses pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni. Guru Pendidikan Seni
hendaklah memainkan peranan penting dalam aspek ini. Guru Pendidikan Seni
hendaklah sentiasa berusaha bersama guru-guru seni yang lain untuk mewujudkan
keadaan dan suasana yang sesuai dalam bilik seni visual. Suasana dalam bilik seni
visual ini sepatutnya menjadi daya penarik dan menjadi sumber ilham bukan sahaja
kepada pelajar dan guru bahkan kepada seluruh masyarakat sekolah dan pelawat.
Selain hasil kerja pelajar, guru hendaklah cuba mendapatkan contoh-contoh hasil
kraf tempatan dan lain-lain lagi yang sesuai untuk dipamerkan dalam bilik seni.
Bahan-bahan seni yang dipamerkan hendaklah disusun mengikut jenisnya.
Cuba anda kumpulkan maklumat tentang bilik atau studio seni dan buat
presentasi dalam bentuk folio.
Ambil gambar-gambar berikut:
1.1 Bilik atau studio seni dari pelbagai sudut 1.2 Sudut-sudut pameran berkaitan 1.3 Zon-zon kerja tertentu 1.4 Stor dan bilik-bilik khas yang berkaitan 1.5 Ruang-ruang lain yang berkaitan
1.6 Carta-carta berkaitan dengan bilik seni
Gambar 3 : Contoh hasil kerja murid yang boleh dipamerkan
PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR
34
Pengetahuan asas bagaimana untuk menyusun dan merekaletak alatan dan
bahan pameran perlu dimiliki oleh guru seni visual kerana selain daripada
tanggungjawab mengajar, biasanya guru pendidikan seni juga
dipertanggungjawabkan untuk menjaga bilik dan studio seni. Antara perkara-
perkara yang perlu diberi perhatian bagi guru dalam mengurus bilik seni dan studio
seni di sekolah ialah warna dinding, papan bulletin, pencahayaan, bahan pameran
khas, zon kerja dan stor penyimpanan.
Marjorie Schiller (1995) menerangkan bahawa bilik dan studio seni
melambangkan cara kita menilai seni dan bagaimana seni memberikan makna
kepada kehidupan kita. Justeru, kaedah penyusunan dan kebersihan bilik darjah
dan studio perlu menitikberatkan unsur estetika untuk memberi pengalaman estetik
yang bermakna. Persekitaran yang merangsang deria memberikan tenaga kepada
minda untuk belajar (Koster, 2001).
Karen Haigh (1997) menyarankan agar pemilihan warna bagi bilik seni
hendaklah sehingga tidak menafikan dan menenggelamkan hasil karya pelajar
yang akan dipamerkan.
Buletin sangat diperlukan untuk mempamerkan hasil karya pelajar selain
sebagai tempat untuk menyampaikan maklumat. Papan notis hendaklah
diwarnakan sama dengan warna dinding agar terdapat kesatuan dengan bilik selain
mampu menarik minat terhadap apa yang pamerkan. Pencahayaan juga
memainkan peranan penting kerana pemilihan warna juga dipercayai turut
mempengaruhi murid menyiapkan dan menghasilkan karya. Kebanyakan kelas dan
studio seni telah disediakan dengan lampu fluoresant atau lampu kalimantang.
Oleh itu, guru seni digalakkan untuk memastikan murid menggunakan sinaran
pencahayaan semula jadi dari luar. Guru perlu buka tingkap dan pastikan seberapa
banyak cahaya dari luar masuk ke dalam bilik seni.
PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR
35
Gambar 4 : adalah juga contoh hasil kerja murid yang boleh dipamerkan
Selain mempamerkan hasil karya pelajar, guru-guru seni visual boleh
memperuntukkan satu ruang pameran yang mempamerkan objek semula jadi yang
boleh membangkitkan rasa ingin tahu. Objek-objek hendaklah dipamerkan di lokasi
yang mudah untuk dikunjungi oleh murid. Ruang yang mempamerkan objek ini
akan merangsang deria murid di samping memberikan peluang kepada mereka
untuk melihat dan menyentuh objek tersebut. Zon kerja merupakan lokasi murid
menghasilkan karya dan menyiapkan kerja mereka. Meja kerja perlu disediakan
dan daripada jenis yang boleh dicantum sekiranya perlu bagi mendapatkan ruang
yang lebih luas. Di samping itu, keperluan bahan seni seperti berus dan warna
diletakkan berdekatan di antara satu sama lain selain singki yang digunakan bagi
membersihkan alatan setelah selesai kelas. Guru juga perlu memastikan jarak di
antara pelajar adalah sesuai bagi mengelakkan kesesakan semasa membuat kerja.
Stor simpanan alatan perlu diwujudkan. Rak simpanan boleh digunakan untuk
menyimpan bahan dan hasil karya pelajar seperti folio dan buku latihan.
Kedudukan rak-rak simpanan ini perlu separas dengan ketinggian murid supaya
alatan yang disimpan mudah untuk diambil.
Gambar 5 : Ruang pameran hasil kerja murid
PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR
36
PENGURUSAN BILIK DAN HASIL KERJA MURID
PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR
37
3.5 Situasi Pada awal tahun, Cikgu Anand telah membentuk jawatankuasa papan pamer bagi kelas Pendidikan Seni Visual yang beliau ajar. Jawatankuasa tersebut diberikan tanggungjawab menyediakan bahan-bahan untuk dipaparkan sepanjang tahun berdasarkan empat kegiatan bidang KBSR PSV. Hari ini, jawatankuasa papan pamer Tahun 6 Merdeka bersedia untuk membentangkan idea mereka dalam kelas. Cikgu Anand mengingatkan murid-murid bahawa mereka dibenarkan mengundi sekali sahaja. Fong tampil ke depan kelas lalu berkata, “Saya bercadang kita sediakan peta minda untuk keempat-empat kegiatan berserta contoh.” Jali bentangkan idea kedua, “Saya syorkan kita sediakan carta proses bagi keempat-empat kegiatan dan contoh hasil kerja yang terbaik.” Idea ketiga dikemukakan oleh Yatie, saya fikir adalah menarik jika kita sediakan pelbagai jenis pekerjaan yang berkaitan dengan bidang Seni Visual.” Setelah murid-murid diberikan penjelasan lanjut oleh ketiga-tiga murid tadi, satu undian pun berlangsung. Peta minda berserta contoh didapati paling popular menang dengan 30 undi, diikuti dengan carta proses dan contoh terbaik sebanyak 12 undi. Manakala kerjaya dalam bidang Seni Visual memperolehi tiga undi sahaja. Ekoran itu, jawatankuasa papan pamer mengadakan perjumpaan selepas tamat persekolahan pada hari tersebut untuk mengagihkan tugas berkaitan. Pernahkah anda fikirkan manfaat yang diperolehi dengan membaca bahan-bahan yang dipamerkan? Apakah pandangan anda mengenai papan pamer? Apakah perkara yang anda fikirkan penting dalam mewujudkan papan pamer bagi mata pelajaran PSV? Bagaimanakah papan pamer menyumbangkan kepada persekitaran bilik darjah yang kondusif? Catatkan pandangan anda terhadap kepentingan papan pamer;
Bagaimanakah cara terbaik bagi seseorang guru PSV menguruskan bilik PSV dan hasil kerja murid?
PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR
38
Menurut Steele (1973), persekitaran fizikal mempunyai enam fungsi iaitu keselamatan dan perlindungan; kontek sosial, identifikasi simbolik, penyempurnaan tugas; keseronokan dan pertumbuhan serta perkembangan.
Keselamatan dan perlindungan. Merujuk kepada keadaan bangunan sekolah yang baik dan mampu melindungi guru dan murid-murid daripada cuaca buruk, dan kebisingan yang keterlaluan. Guru mengajar mata pelajaran PSV (amali) juga hendaklah pastikan murid-murid dimaklumkan tentang langkah-langkah keselamatan semasa menggunakan alat-alat tajam dan dapur (memasak lilin) di bilik PSV.
Kontek Sosial. Merujuk kepada susun atur meja yang menentukan sejauh mana murid-murid dapat dapat berinteraksi antara satu sama lain. Amat penting untuk anda ingat bahawa tiada satu susun atur yang paling berkesan sekali. Bagi memaksimunkan kontek sosial dengan murid-murid anda, anda perlu mematuhi beberapa syor berikut: (i) elakkan daripada berdiri di satu tempat sepanjang sesi pengajaran; (ii) adakan kontek mata dengan murid-murid yang duduk di bahagian belakang dan di sisi; dan (iv) tukar tempat duduk murid-murid agar setiap murid berpeluang untuk duduk di depan.
Identifikasi simbolik. Merangkumi maklumat mengenai guru dan murid-murid termasuk minat, pencapaian, kegemaran, dan latar belakang mereka. Namun, kebanyakan bilik darjah tidak bercorak personal. Pamerkan hasil kerja murid-murid di papan pamer. Ia bukan sahaja menjadikan bilik darjah lebih menarik, tetapi juga mengiktirafkan pencapaian murid-murid yang berkenaan.
Penyempurnaan tugas. Merujuk kepada pelbagai tugas dan aktiviti yang akan dikendalikan dalam bilik darjah seperti aktiviti secara individu atau kumpulan; melayari internet atau alat multi-media yang lain; aktiviti mengikut stesen atau litar; ataupun aktiviti amali atau latihan bertulis.
Keseronokan. Merujuk kepada sejauh mana bilik darjah itu menarik bagi guru dan murid-murid. Misalnya, cat dinding dengan warna yang dingin atau sejuk; sediakan kawasan yang terbuka dan sudut yang kecil tetapi mesra.
Pertumbuhan dan perkembangan. Bilikdarjah merupakan satu tempat di mana murid-murid berpeluang untuk meneroka, memerhati, mengkaji, menguji dan menemui sesuatu yang baru. Oleh itu, sediakan buku-buku bacaan yang biasa, kamus dan buku istilah, buku kerja, di samping pelbagai bahan seperti bahan-bahan seni visual, puzzle, bahan manipulatif, interaktif dan sebagainya.
Rumusan:
Pengurusan Bilik Pendidikan Seni Visual merupakan satu aspek utama dalam konteks proses pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual. Seseorang guru Pendidikan Seni Visual hendaklah memainkan peranan penting dalam aspek ini. Guru Pendidikan Seni Visual hendaklah sentiasa berusaha bersama-sama guru-guru PSV yang lain untuk mewujudkan suasana kondusif dalam bilik Pendidikan Seni Visual bagi menjamin kualiti pengajaran dan pembelajaran.
PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR
39
3.6 Latihan B (i) Berikan pendapat anda tentang suasana kondusif bilik
PendidikanSeni Visual yang menyumbang ke arah pembelajaran yang bermakna.
(ii) Bincangkan kepentingan panduan keselamatan dalam menguruskan
bilik Pendidikan Seni Visual.
Kemukakan pandangan anda dalam ruangan forum OLL.
PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR
40
(iii) Rujuk jadual di bawah. Analisa dapatan pemantauan Jemaah Nazir (2006)
terhadap pengurusan bilik seni di beberapa buah sekolah rendah terpilih.
(iv) Berdasarkan analisa yang anda perolehi, buat rumusan tentang kualiti
pengurusan bilik seni dengan berpandukan buku Standard kualiti
pendidikan Malaysia. Sekolah: Pernyataan standard. Jemaah Nazir
Sekolah. (2004). KL:Kementerian Pelajaran Malaysia.
* Pur = purata (v) Buat penjelasan tentang suasana bilik Pendidikan Seni yang kondusif dengan
menyediakan sebuah pelan lantai cadangan. Anda juga boleh kaitkan cadangan tersebut berpandukan senario di sekolah anda atau sekolah lain yang mempunyai bilik PSV. Sertakan gambar-gambar yang berkaitan.
E-melkan dapatan anda kepada pensyarah dalam tempoh
tiga minggu selepas anda menerima modul ini.
No. Item
Item Skor
0 1 2 3 4 % Pur
109 Bilik Seni Kondusif
8 1 0 2 1 5.3 0.92
110
Stor PSV diuruskan dengan baik 9 1 1 4 2 11.1 1.35
111
Mempunyai prosedur senggara BBM 21 4 1 3 2 11.1 0.74
112
Buku stok/inventori diuruskan dengan kemas kini 11 6 7 5 4 24.5 1.55
113
Sudut Seni diwujudkan dan dimanfaatkan secara kreatif 6 5 16 4 1 25.5 1.66
114
Penggunaan bengkel secara optimum 8 1 1 1 0 2.9 0.55
PSV3104 Pengajian dan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR
40
RUJUKAN :
Abu Zahari b. Abu Bakar ( 1992 ), Psikologi Pendidikan Untuk Guru, Pustaka Delta
Pelajaran Sdn.Bhd, Selangor Darul Ehsan.
Choong Leong Keow. (2009). Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku. K.L.: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.
Jemaah Nazir Sekolah.(2003). Pengurusan Pendidikan Seni Visual sekolah menengah dan rendah. KL:Kementerian Pendidikan Malaysia
Jemaah Nazir Sekolah. (2003). Standard kualiti pendidikan Malaysia. sekolah:
Instrumen pemastian standard. KL:Kementerian Pendidikan Malaysia. Jemaah Nazir Sekolah. (2004). Standard kualiti pendidikan Malaysia. Sekolah:
Pernyataan standard. KL:Kementerian Pelajaran Malaysia Kementerian Pendidikan Malaysia. (1985). Buku panduan khas Pendidikan Seni
Visual, KBSR. K.L.: DBP. Kementerian Pendidikan Malaysia. (1998). Buku sumber guru Pendidikan Seni
Visual, KBSR. K.L.: DBP. Kementerian Pendidikan Malaysia. (2000). Modul pengajaran dan pembelajaran
Pendidikan Seni Visual,KBSR.K.L.: DBP. Surat-surat Pekeliling Kementerian Pelajaran Malaysia seperti: i. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.4/1986 ii. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.7/1994 iii. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.7/1995 iv. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.7/2001
PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR
41
PANEL PENULISAN MODUL PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU SEKOLAH RENDAH
PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR
NAMA KELAYAKAN
Dr NORIATI BINTI A. RASHID Ketua Penolong Pengarah Unit Kurikulum Bahagian Pendidikan Guru Kementerian Pelajaran Malaysia
Kelulusan: PhD.(Sosiolinguistik), UM Sarjana Pendidikan (Sosiologi Pendidikan), UM B.A. Hons.(Geografi & Bahasa Melayu), UM Dip. Pendidikan (Geografi & Bahasa Melayu),UM
CIK LIM HUEY KHING
Penolong Pengarah Unit Kurikulum
Bahagian Pendidikan Guru Kementerian Pelajaran Malaysia lhkhing@yahoo.com.my
Kelulusan B.A.Hons (Seni Halus),USM Pengalaman: Pensyarah Pendidikan Seni Visual :15 tahun Ketua Unit Pendidikan Seni Visual: 14 tahun Guru Pendidikan Seni Visual & Matematik : 8 thn Pegawai Kurikulum : 7 tahun
EN. JAAFAR BIN MAHMUD Pensyarah Kanan Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Abdul Halim 08000 Sg. Petani Kedah Darul Aman No. Hp : 013-5092118 jeff_ipsah58@yahoo.com PANEL PENULIS MODUL PSV IPG KSAH
Kelulusan: B.A. Art & Design, UiTM Diploma Pendidikan Seni (ATD), UiTM Pengalaman: Pensyarah Pendidikan Seni Visual 23 tahun Ketua Jabatan Pendidikan Seni Visual 5 tahun Pensyarah Sambilan OUM 5 tahunGuru Pendidikan Seni Visual Menengah 5 tahun
EN. ZAKARIAH ABD. GHANI Timbalan Ketua Jabatan PSV Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Abdul Halim 08000 Sg. Petani Kedah Darul Aman zag_4737@yahoo.com PANEL PENULIS MODUL PSV IPG KSAH
Kelulusan: Sarjana Pendidikan, USM B.A. Hons.Fine Art, USM Sijil Guru Khas Pendidikan Seni, MPIK Sijil Asas Perguruan, MPSAH Pengalaman: Timbalan Ketua Jabatan 1 tahun Pensyarah Pendidikan Seni Visual 7 tahun Pensyarah Sambilan Seni Halus USM 3 tahunPensyarah Sambilan OUM 5 tahunGuru Sekolah Menengah 18 tahun
PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR
41
NAMA KELAYAKAN
PN. NORHAYATI BT. MUSA Pensyarah Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Abdul Halim 08000 Sg. Petani Kedah Darul Aman Asatie5785@yahoo.com PANEL PENULIS MODUL PSV IPG KSAH
Kelulusan: Sarjana Pendidikan Seni Visual, UPSI B.A. Art & Design, UiTM Diploma Kursus Perguruan Lepasan Ijazah, MPTB Pengalaman: Pensyarah Pendidikan Seni Visual 5 tahun Pensyarah Sambilan Seni Halus USM 1 tahunPensyarah Sambilan OUM 1 tahunGuru Sekolah Menengah 7 tahun
1
Pro Forma Kursus Program Pengijazahan Guru Sekolah Rendah (PGSR)
(Pendidikan Seni Visual - Pendidikan Rendah)
Nama Kursus Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual, Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (Curriculum Studies and Management in Visual Art Education,, Integrated Curriculum for Primary Schools)
Kod Kursus PSV3104
Kredit 3(3+0)
Jam Kontak 45 Jam
Bahasa Pengantar
Bahasa Melayu
Prasyarat Tiada
Semester Pertama/Kedua
Hasil Pembelajaran
1. Menerangkan perkembangan kurikulum Pendidikan Seni Visual (PSV), Sukatan Pelajaran dan Huraian Sukatan Pelajaran(HSP) PSV KBSR
2. Mengaplikasikan konsep 5P, KBSR
3. Mengurus dan mengguna bahan sumber seni visual dalam pengajaran dan pembelajaran dengan berkesan
4. Merancang dan merekabentuk aktiviti-aktiviti seni visual dalam pengajaran dan pembelajaran
5. Mengintegrasikan aktiviti PSV dalam mata pelajaran lain
Sinopsis Kursus ini meliputi konsep kurikulum dan Sukatan Pelajaran PSV KBSR. Penekanan diberikan kepada matlamat, objektif kurikulum, konsep 5P, kepentingan perkembangan kurikulum, huraian sukatan pelajaran, peranan guru PSV, pengurusan aktiviti di dalam dan di luar bilik darjah, pengurusan sumber dan bahan bantu mengajar, pengurusan bilik seni dan hasil kerja murid, dan peranan apresiasi terhadap hasil kerja murid. This course covers the concept of the curriculum and syllabus of the KBSR Visual Art Education. Emphasis is given to the goals and objectives of the PSV curriculum, the 5P concept, the importance of curriculum development, specifications of the syllabus, the roles of the PSV teachers, management of outdoors and indoors activities, resource and teaching aid management, classroom and art works management as well as the role of appreciations of pupils art works.
2
Tajuk Kandungan Jam
1
Teori Pengertian dan Konsep Kurikulum PSV serta Konsep Sukatan Pelajaran PSV KBSR
Perkembangan Kurikulum PSV di Malaysia Sukatan Pelajaran dan HSP PSV KBSR Kepentingan Perkembangan Kurikulum Konsep 5 P dalam KBSR
- Penggabungjalinan kemahiran - Penyerapan pengetahuan - Penerapan nilai murni - Pengayaan - Pemulihan
9
2 Huraian Sukatan Pelajaran PSV Tahap 1 Tahap 2
9
3 Sukatan Pelajaran PSV Matlamat dan Objektif Organisasi kurikulum PSV Kandungan, Strategi Penyampaian dan
Penilaian Peranan Guru PSV
Pengurus - Kepanitiaan dan Surat Pekeliling KPM Pembimbing Pemudahcara Motivator Inisiator
9
4 Pengurusan aktiviti dalam dan luar bilik darjah. Aktiviti individu, kumpulan dan aktiviti kelas Aktiviti dalam bilik darjah Aktiviti luar bilik darjah
Pengurusan Bilik dan Hasil Kerja Murid
Susun atur bilik PSV - Susunan perabot - Tempat Pameran Hasil kerja - Sinki dalam dan luar Bilik - Para Gantung - Almari Pameran Panduan keselamatan Etika dan tanggungjawab Inventori Penyimpanan
9
3
5 Kajian Pengurusan Sumber dan Bahan Bantu Mengajar
Rekabentuk dan proses menyediakan Bahan Sumber Pengajaran dan Pembelajaran
Prosedur mengguna dan menyimpan alat dan bahan
Penyimpanan dan rekod stok - Peralatan kekal
- Peralatan tidak kekal Panduan Keselamatan Etika dan tanggungjawab
Peranan Apresiasi dan Hasil Kerja Murid
Konsep Apresiasi KBSR Pendekatan Apresiasi KBSR
9
Jumlah 45
Pentaksiran Kerja Kursus 50 % Peperiksaan Akhir 50 %
Rujukan Asas
Jemaah Nazir Sekolah.(2003). Pengurusan Pendidikan Seni Visual sekolah menengah dan rendah. KL:Kementerian Pendidikan Malaysia
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2003). Sukatan pelajaran
Pendidikan Seni Visual, KBSR. K.L.: DBP. Kementerian Pendidikan Malaysia. (2003). Huraian sukatan pelajaran
Pendidikan Seni Visual, KBSR. K.L.: DBP
Rujukan Tambahan
Freeland,K.& Hammons,K . (1998). Curriculum for integrated learning – A lesson-based approach. USA : Delmar Thomson Learning.
Jemaah Nazir Sekolah. (2003). Standard kualiti pendidikan Malaysia.
sekolah: Instrumen pemastian standard. KL:Kementerian Pendidikan Malaysia.
Jemaah Nazir Sekolah. (2004). Standard kualiti pendidikan Malaysia.
Sekolah: Pernyataan standard. KL:Kementerian Pelajaran Malaysia
Kementerian Pendidikan Malaysia. (1985). Buku panduan khas
Pendidikan Seni Visual, KBSR. K.L.: DBP. Kementerian Pendidikan Malaysia. (1998). Buku sumber guru
Pendidikan Seni Visual, KBSR. K.L.: DBP. Kementerian Pendidikan Malaysia. (2000). Modul pengajaran dan
pembelajaran Pendidikan Seni Visual,KBSR.K.L.: DBP. Pusat Perkembangan Kurikulum.(2005). Buku panduan pembelajaran
luar bilik darjah. Edaran Kementerian Pelajaran Malaysia.
4
Surat-surat Pekeliling Kementerian Pelajaran Malaysia seperti: i. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.4/1986 ii. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.7/1994 iii. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.7/1995 iv. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.7/2001
top related