proses rawatan air mentah

Post on 31-Jul-2015

245 Views

Category:

Documents

9 Downloads

Preview:

Click to see full reader

TRANSCRIPT

Pemendapan Awal

• Dilakukan hanya untuk air mentah yg mempunyai kandungan pepejal terampai yg sangat tinggi & mengakibatkan air menjadi keruh

• Air yg mempunyai kandungan bahan terampai di bawah 1,000 mg/l tidak memerlukan pemendapan awal

• Sekiranya diperlukan, masa tahanan yg digunakan ialah antara 30 – 60 minit

Pembauran Kimia

• Tujuan utama proses ini adalah untuk mendapatkan pembauran bahan kimia secara pantas dan menyeluruh dalam air yang dirawat.

• Campuran bahan kimia yang tidak mencukupi dan tidak mengikut peraturan akan merosakkan proses penggumpalan di dalam tangki penggumpalan. Ini akan memberi kesan buruk kepada keupayaan loji dan juga pembaziran bahan-bahan kimia.

Pengentalan dan Penggumpalan ( Flokulasi)

• Pengentalan dan penggumpalan dalam proses pengenapan dan penapisan air asasnya adalah untuk mendapatkan kadaralir yang tinggi secara ekonomi.

• Pengentalan ialah proses di mana bahan-bahan kimia dicampur dan diaduk ke dalam air lalu berlaku tindakbalas yang menghasilkan zarah mikroskopik dan seterusnya mendak ke bawah.

• Penggumpulan ialah proses zarah halus dan koloid bergabung sesama sendiri dan mendap apabila halaju air diperlahankan.

• Bahan-bahan pengental yang biasa digunakan ialah :

Aluminium sulfat [Al2(SO4)3] atau alum, digunakan dengan meluas kerana harganya murah dan berkesan.

Ferik klorida (Fe Cl3) dan ferik sulfat [Fe2(SO4)3], merupakan agen pengoksida yang kuat. Bahan ini jarang digunakan kerana mempunyai sifat menghakis yang kuat.

Koperas berklorin (Fe SO4), iaitu campuran ferik klorida, ferik sulfat dan klorin. Ia merupakan bahan pengental yang kuat.

Natrium aluminat (Na2Al2NO4), jarang digunakan sebagai bahan pengental kerana harganya mahal.

• Terdapat beberapa kaedah digunakan dalam proses penggumpulan, di antaranya ialah :

Tangki beradang

Tangki penggumpalan dengan pengayuh berputar

Pemendapan utama / Pengenapan ( Sedimentation )

• Pengenapan ialah proses pemberbukan mengalami endapan dan enapan.

• Melalui proses ini dapat mengurangkan jumlah zarah terampai yang akan dibuang melalui proses penapisan.

• Selain dari itu, ia juga dapat menghapuskan bakteria di dalam air. Kajian menunjukkan 90 – 99% bakteria di dalam air dapat dihapuskan jika pengendalian sistem pengenapan dilakukan dengan teliti.

• Tiga jenis tangki pengenapan utama iaitu :

Tangki aliran mendatar (horizontal flow tank). Tangki aliran menaik (rising flow tank). Tangki aliran pilin (spiral flow tank)

Rajah : Tangki mendapan aliran mendatar

Rajah : Tangki mendapan aliran jejari

Rajah : Tangki aliran menaik

Penurasan

• Penapisan ialah proses membuang zarah bukuan yang halus dan bahan-bahan terampai yang lain. Bahan-bahan ini tidak dapat dibersihkan semasa proses penyaringan dan pengenapan.

• Antara jenis-jenis penapis yang digunakan ialah :Penapis pasir perlahan (slow sand filter)Penapis pasir gravity deras (rapid sand filter)Penapis tekanan – tegak atau mendatar

(pressure filter)

Rajah : Penapis pasir perlahan

Rajah : Penapis pasir graviti deras

Rajah : Penapis tekanan mendatar

Rajah : Penapis tekanan tegak

top related