proposal kajian tindakan ibadat prlu edit
Post on 26-Dec-2015
400 Views
Preview:
DESCRIPTION
TRANSCRIPT
1.0 Pendahuluan
Di dalam bahagian ini ,terdapat 2 bahagian iaitu pengenalan dan refleksi
pengajaran dan pembelajaran.
1.1 Pengenalan
Bahagian ini menerangkan mengenai latar belakang kajian serta kepentingan
penguasaan tayamum dalam kalangan murid tahun 5.
Mata pelajaran pendidikan islam merupakan mata pelajaran yang penting dalam
membentuk generasi beriman,berilmu,bertakwa,berakhlak serta berketrampilan untuk
masa akan datang.
Pendidikan islam dianggap satu proses pengisian kerohanian untuk individu sebagai
pelengkap untuk diri ke arah melahirkan individu yang kamil.Justeru itu,pengajaran
mestilah dilihat bukan sahaja untuk lulus di dalam peperiksaan semata-mata namun
ianya memerlukan penghayatan dan mengamalkan segala ilmu yang telah dipelajari.
Menurut Habsah Ayub (1995) menyatakan ibadat ialah suatu tindkan seseorang hamba
yang dipersembahkan kepada tuhannya.Ianya terbahagi kepada dua iaitu ibadah
berhubung terus dengan pencipta dan ibadat berhubungan dengan manusia.
Seseorang yang hendak melakukan sesuatu ibadah seperti solat,tawaf,menyentuh dan
membaca al quran perlu menyucikan diri daripada hadas besar mahupun kecil.Kita
sedia maklum,berwuduk dan mandi hadas hanya boleh dilakukan dengan
menggunakan air,air mutlak.Jika sekiranya berlaku ketiadaan air atau sakit yang
menghalangnya menggunakan air,maka islam telah memberi kelonggaran serta
kemudahan iaitu tayamum.
Menurut Haji Mohammad (1995) tayamum ialah satu cara bersuci di dalam islam untuk
membolehkan seseorang itu menunaikan tanggungjawabnya iaitu ibadat kepada Allah
1
dalam keadaan tertentu dengan debu tanah,kerana ketiadaan air atau terdapat
halangan-halangan tertentu.
Datuk Ismail Kamus dan Mohammad Azrul Abdul Hamid (2009),tayamum ialah
menyapu debu tanah ke muka dan kedua-dua belah tangan dengan syarat-syarat
tertentu.
Imam al Ghazali mengatakan,tayamum ialah menepuk kedua belah tangan dengan
merapatkan semua jari kemudian menyapu kedua belah tapak tangan ke muka.Jika
memakai cincin hendaklah ditanggalkan dan menepuk sekali lagi tetapi kali ini
direnggangkan pula,dan menyapu tangan kanan dengan tangan kiri dan kemudian
menyapu tangan kiri dengan tapak tangan kanan.
Secara kesimpulannya,tayamum dari segi bahasa ialah qasad dan tuju.Menurut syara’
pula ialah menyampaikan debu tanah yang suci ke muka dan kedua tangan dengan niat
dan syarata-syarat tertentu.
Oleh itu,saya melihat bahawa penguasaan cara bertayamum amat penting untuk
dikuasai seawall mungkin.Ini adalah kerana sebenarnya ia adalah sebahagian daripada
bab taharah.Sebagaimana yang kita ketahui bahawa bab taharah merupakan bab yang
pertama yang akan dibincangkan dalam setiap perbincangan fekah.Oleh yang
demikian,saya berpendapat penguasaan cara bertayamum yang betul perlu bagi murid
tahun lima agar mereka dapat mengamalkannya suatu hari kelak.
1.2 Refleksi pengajaran dan pembelajaran
Saya mengajar di sekolah kebangsaan saints anne’s convent yang terletak di dalam
Bandar Kulim,Kedah.Mengikut buku rancangan tahunan pendidikan islam tahun
lima,pengajaran ibadah (tayamum) mesti diajar dalam minggu kedua selepas sesi
persekolahan dibuka.Untuk tajuk tayamum ini,terdapat beberapa perkara yang perlu
2
murid kuasai seperti pengertian tayamum,syarat tayamum,rukun tayamum,cara
bertayamum,perkara-perkara yang membatalkan tayamum serta hikmah disyariatkan
bertayamum.Kesemua ini merupakan ilmu dalam bentuk teori kecuali cara tayamum
sahaja yang merupakan amali.
Ketika sesi pengajaran dan pembelajaran tayamum ini,terdapat murid yang tidak dapat
menguasai cara bertayamum dengan betul.Saya melihat mereka menyapu dan
meratakan bedak (sebagai ganti debu tanah) dengan bermain-main dan tidak
menunjukkan minat untuk belajar.
Pada awalnya murid-murid dapat mengingati sesi pengajaran dan pembelajaran
dengan baik dan seronok iaitu semasa set induksi,langkah satu iaitu pengertian
tayamum dan langkah dua syarat bertayamum.Namun,setelah masuk langkah tiga iaitu
cara bertayamum,terdapat murid yang kelihatan tidak berminat dan bosan dengan
bersembang antara satu sama lain dan juga mengusik rakan serta bermain.
Melalui pemerhatian,saya merasakan murid-murid tidak dapat menguasai cara
bertayamum dengan baik melalui kaedah penerangan sahaja.Kaedah penerangan
mungkin tidak efektif kerana murid sudah terlalu biasa dengan kaedah ini.
Kesimpulannya,saya merasakan perlu ada cara penyelesaian terhadap masalah ini.Ini
adalah kerana,murid-murid bukan sahaja tidak berminat dengan sesi pengajaran dan
pembelajaran yang dijalankan menyebabkan objektif atau hasil pembelajaran yang
telah ditetapkan tidak dapat dicapai.
FOKUS KAJIAN
2.0 Fokus Kajian
Bahagian ini mengandungi dua bahagian yang membincangkan berkaitan isu kajian
dan tinjauan literature yang berkaitan dengan kajian.
2.1 Isu Kajian
Walaupun pada awalnya saya telah mengesan pelbagai masalah yang dihadapi murid –
murid saya dalam pendidikan islam,namun dalam kajian dijalankan ini,saya hanya
memfokuskan kepada penguasaan cara bertayamum yang betul iaitu melibatkan amali
3
tayamum dengan menggunakan kaedah tunjukcara (demonstrasi) berbantukan bahan
maujud.
Isu atau masalah yang dapat dikenalpasti ialah murid – murid tidak dapat mengingati
cara bertayamum yang telah dipelajari.Apabila disoal secara rawak,terdapat murid
yang tidak dapat menjawab bahkan terdapat murid yang mendiamkan diri apabila
disoal.
Apa yang lebih parah adalah apabila murid tidak dapat mengingati cara bertayamum
dengan baik maka mereka tidak dapat melakukan amali dengan betul dan
sempurna.Tambahan pula,terdapat murid yang kurang fokus dan dilihat seperti tidak
berminat untuk untuk belajar tentang cara bertayamum.
Oleh itu secara kesimpulannya saya hanya memfokuskan kajian ini kepada isu berikut :
1. Murid – murid sukar mengingati cara – cara bertayamum dengan betul.
2. Murid – murid tidak dapat menunjukkan cara – cara bertayamum dengan betul.
3. Murid – murid tidak berminat dengan pengajaran guru.
2.2 Tinjauan Masalah
Untuk menjalankan kajian tindakan ini,terlebih dahulu saya telah membuat tinjauan
masalah bagi mengenalpasti apakah masalah sebenar yang dihadapi oleh murid –
murid saya dan seterusnya apakah kekurangan sesi pengajaran dan pembelajaran
yang telah saya jalankan.
Saya telah menggunakan dua instrument untuk mengenalpasti masalah yang saya
hadapi iaitu melalui pemerhatian tidak berstruktur dan analisis ujian amali tayamum.
2.2.1 Pemerhatian
4
Pemerhatian merupakan proses meneliti situasi atau kejadian secara
kritikal.Pemerhatian sesuai digunakan bagi mengamati tingkah laku murid berdasarkan
pemboleh ubah atau aspek yang dikenalpasti (Kementerian Pelajaran
Malaysia,2008).Saya telah menggunakan pemerhatian tidak berstruktur (lampiran A)
sepanjang sesi pengajaran dan pengajaran untuk melihat tingkah laku dan tindak balas
murid dalam pembelajaran.
2.2.2 Analisis Ujian Amali
Ujian merupakan kaedah yang digunakan untuk mengumpul data bagi menilai dan
mengesan kefahaman murid terhadap pelajaran yang telah dipelajari (kementerian
pelajaran Malaysia,2008).Untuk kajian ini,saya telah mengadakan ujian amali tayamum
terhadap murid – murid tahun 5 Jaya.Markah ujian telah saya kumpulkan dan
dianalisis.Lihat rekod ujian amali tayamum (Lampiran B).
2.3 Analisis Tinjauan Masalah
2.3.1 Pemerhatian
Pemerhatian dilaksanakan oleh saya sendiri ketika sesi pengajaran dan pembelajaran
berlangsung.Melalui pemerhatian ini,saya dapati beberapa orang murid tidak
menumpukan pemerhatian dalam kelas sewaktu saya mengajar tajuk “cara
bertayamum”.Ada di kalangan mereka yang bermain kertas,meninjau-ninjau keluar
kelas,mengganggu rakan yang lain dan ada yang bersembang.
Selain itu,ada juga murid yang memberikan ekspresi bosan dan tidak bersemangat
untuk belajar.Jadual 1 berikut menunjukkan peristiwa yang berlaku sepanjang
pengajaran dan pembelajaran sesi lalu.
5
Jadual 1 :pemerhatian tidak berstruktur peristiwa yang berlaku sepanjang pengajaran
dan pembelajaran
peristiwa catatan
Guru memasuki kelas dan murid
membaca surah al fatihah dan doa belajar.
Sesi pembelajaran dimulakan dengan set
induksi yang sesuai.
Guru mengajar menggunakan kaedah
tradisional.
Guru menyoal murid secara rawak kepada
murid – murid.Murid – murid diminta
menyebut semula cara bertayamum
dengan betul.
2 orang murid bermain kertas membuat
origami
3 orang murid meninjau-ninjau ke luar
kelas
Seorang murid mengganggu rakan
4 orang murid bersembang
6 orang murid menunjukkan ekspresi
bosan dan tidak bersemangat
Beberapa orang murid tidak dapat
menjawab soalan yang diajukan oleh
guru.Antara respon murid :
“sama macam wuduk kan ustaz?”
“tak berapa ingatlah ustaz”
6
2.3.2 Analisis Ujian Amali
Ujian amali telah saya jalankan sehari selepas aktiviti pengajaran secara tradisional
kerana keadaan masa yang tidak mengizinkan.Ujian amali ini menggunakan senarai
semak yang telah saya sediakan,merangkumi cara-cara bertayamum yang betul.Sila
rujuk (lampiran B).
Jadual 2 : skor markah ujian amali tayamum
Bilangan murid Skor markah pencapaian gred
0 80 - 100 Cemerlang A
6 60 - 79 Baik B
4 40 - 59 Sederhana C
10 20 - 39 Lemah D
0 0 - 19 Sangat lemah E
Jadual markah ujian amali
Rajah 1 : carta pai gred markah ujian amali tayamum
7
Daripada carta 1 tersebut didapati bahawa pencapaian murid – murid dalam amali cara
bertayamum amat merisaukan.Tiada seorang yang berjaya mendapat gred A manakala
hanya enam orang Berjaya mendapat gred B dan empat orang sahaja yang mendapat
gred C.
Apa yang lebih merisaukan adalah seramai sepuluh orang telah mendapat gred D iaitu
lemah dalam amali cara bertayamum.Sepuluh orang murid inilah yang dipilih dan
dikenal pasti mempunyai masalah dalam cara bertayamum.
2.4 Tinjauan literatur
Daripada dapatan psikologi kontektif,seseorang pelajar akan ingat 10% daripada apa
yang dibaca,20% daripada apa yang didengar,30% daripada apa yang dilihat,50%
daripada apa yang didengar dan dilihat,70% daripada apa yang disuarakan sendiri dan
90% daripada apa yang dilakukan sendiri (Reif,1993).Dapatan tersebut memberi
implikasi bahawa pembelajaran yang berkesan boleh tercapai sekiranya murid terlibat
secara aktif di dalam pembelajaran.
Kaedah tunjukcara yang diasaskan oleh John Dewey menggalakkan pelajar
menggalakkan pelajar mempelajari sesuatu melalui pengalaman,pemerhatian dan
percubaan.Murid merasa seronok menjalankan ujikaji dan aktiviti lain yang dilakukan
dalam situasi sebenar dan bermakna.Biasanya,kaedah ini memberi peluang kepada
pelajar menggunakan kemudahan alat deria mereka untuk membuat pengamatan dan
penanggapan secara (Zaitun Zanariah Hamid,2000).
Menurut Esah Sulaiman (2004),tunjukcara ialah kaedah yang digunakan dalam
pengajaran yang menunjukkan bagaimana sesuatu tatacara dijalankan mengikut
8
langkah demi langkah.Kaedah ini amat sesuai untuk mengajar sesuatu pengajaran
berbentuk kemahiran.
Mengikut Tengku Sarina Aini Tengku Kasim dan Yusmini Mat Yusuf (2006),demontrasi
adalah satu kaedah yang memerlukan penglibatan kedua-dua pihak iaitu guru dan
pelajar melalui pengajaran yang disampaikan secara praktikal.Guru dan pelajar akan
bersama-sama terlibat dalam melakukan aktiviti sama ada pada waktu yang sama
mahupun berbeza.
Mengikut Wan Noraini Wan Ahmad (2009),antara ciri-ciri penting demontrasi adalah
memberi peluang kepada pelajar untuk memahami apa yang hendak dipelajari setelah
melalui prosedur yang telah ditunjukkan.Keadaan ini membuatkan pelajar menguasai
konsep dan prinsip dengan mudah serta meningkatkan ingatan pelajar terhadap
langkah-langkah pelaksanaan sesuatu aktiviti.
Seterusnya,melalui teknik demontrasi,murid – murid dapat mencontohi sesuatu
perlakuan dengan lebih mudah.Di antara kelebihan demontrasi ini adalah
memperkenalkan bahan pembelajaran baru kepada pelajar melalui penglihatan dan
pendengaran.
Menurut Mook Son Sang (2011),tiga jenis tunjuk cara iaitu tunjuk cara model
hidup,model simbolik dan model persepsi.Saya telah memilih demontrasi model
persepsi yang melibatkan penggunaan video yang menayangkan demontrasi cara
bertayamum.
Melalui tayangan video ini boleh diulang tayang kepada murid sekiranya mereka tidak
faham yang ditayangkan oleh guru.Setelah video ditayangkan,murid – murid juga
dikehendaki membuat tunjuk cara di hadapan kelas.
9
Di dalam kajian ini,pengajaran yang dilaksanakan oleh saya adalah menggunakan
kaedah tunjuk cara (demontrasi) berbantukan bahan maujud.Menurut David Dan
Kathyn (1997) menyatakan idea baru bahawa cara terbaik kanak-kanak mempelajari
sesuatu melalui pengalaman dengan bahan maujud ini diutarakan bermula dari teori
Piaget (1970),Brunner (1996) dan Montessori (1917).
Menurut beliau,Piaget menyatakan kanak-kanak dalam peringkat permulaan belajar
melalui pengalaman bahan konkrit.Menurut Brunner pula,pemikiran kanak-kanak
berfokuskan kepada benda-benda maujud dan mencadangkan penggunaan yang baik
kepada bahan maujud kerana ianya boleh membantu kanak-kanak memahami konsep-
konsep yang abstrak.
Sebagaimana yang kita semua maklum,bahan bantu mengajar bukan sahaja wujud
pada zaman mutakhir ini sahaja,malah ianya telah lama wujud serentak dengan
wujudnya dunia ini.Sejarah silam tentang kisah qabil telah membunuh saudaranya habil
yang ketika itu beliau tidak tahu apa yang perlu dilakukan terhadap jenazah
saudaranya.
Lalu Allah telah menghantar dua ekor burung gagak dan telah seekor membunuh
seekor lagi.Kemudian burung itu mengebumikan mayat burung tersebut di hadapan
Qabil untuk mengajar cara menguruskan jenazah saudaranya.Pengajaran yang boleh
diambil daripada perbuatan burung gagak tersebut adalah lebih menjurus kepada
pengajaran berbentuk tunjuk cara ,Abdul Fatah Hassan al Bajah (2000) dan ianya
tergolong dalam bahan bantu mengajar.
Secara kesimpulannya,kaedah demontrasi berbantukan bahan maujud ini akan
membolehkan saya melihat kepada keupayaan murid-murid untuk mengingat adalah
10
lebih baik jika mereka membuat sesuatu sendiri berbanding dengan apa yang mereka
dengar atau lihat.Kaedah demontrasi ini akan member peluang kepada murid-murid
untuk belajar bukan sahaja secara teori bahkan murid-murid dapat melakukan sendiri
cara-cara bertayamum.
2.5 batasan kajian
1. subjek kajian ini terbatas kepada sepuluh orang murid tahun 5 Jaya di sebuah
sekolah di Kulim.Kajian ini tidak melibatkan murid-murid lain dari sekolah lain.
2. kajian ini hanya tertumpu kepada tajuk “cara bertayamum” dalam mata pelajaran
pendidikan islam tahun lima.
3. kajian ini hanya memfokuskan kaedah tunjuk cara (demontrasi) berbantukan bahan
maujud bagi meningkatkan ingatan dan kemahiran murid terhadap cara bertayamum
serta meningkatkan minat murid tahun lima untuk mempelajari cara bertayamum.
Objektif kajian dan soalan kajian
3.0 Objektif kajian dan soalan kajian
Bahagian ini memperincikan mengenai objektif dan soalan kajian berkaitan dengan
kajian yang dijalankan.
3.1 Objektif kajian
11
Objektif kajian ini adalah :
1. membantu murid tahun lima mengingati cara bertayamum dengan menggunakan
kaedah tunjuk cara (demontrasi) berbantukan bahan maujud.
2. membantu murid tahun lima meningkatkan kemahiran amali cara bertayamum yang
betul dengan menggunakan kaedah tunjuk cara (demonstrasi) berbantukan bahan
maujud.
3. Meningkatkan minat murid tahun lima untuk mempelajari cara bertayamum dengan
menggunakan kaedah tunjuk cara (demonstrasi)
3.2 soalan kajian
Berdasarkan objektif di atas,maka saya telah membina soalan kajian seperti berikut :
1. Adakah murid dapat mengingati cara bertayamum dengan menggunakan kaedah
tunjuk cara (demontrasi) berbantukan bahan maujud?
2. Adakah murid dapat meningkatkan kemahiran amali cara bertayamum yang betul
dengan menggunakan kaedah tunjuk cara (demonstrasi)
3. Adakah minat murid untuk mempelajari cara bertayamum dapat ditingkatkan dengan
menggunakan kaedah tunjuk cara (demonstrasi) berbantukan bahan maujud?
Kumpulan sasaran
4.0 Kumpulan sasaran
12
Kumpukan sasaran bagi kajian ini adalah terdiri daripada sepuluh orang murid tahun
lima di sebuah sekolah di Kulim.Semua subjek kajian ini adalah daripada kelas yang
sama bagi memudahkan kajian dilaksanakan.
Kesemua subjek adalah daripada latar belakang keluarga yang berbeza dan kajian ini
tidak mengambil kira soal jantina kerana sekolah yang ini semuanya
perempuan.Pemilihan subjek kajian adalah berdasarkan pemerhatian tidak berstruktur
dan markah ujian amali tayamum.
Tindakan yang dijalankan
5.0 Tindakan yang dijalankan
Bahagian ini menerangkan dan memperincikan prosedur pelaksanaan kaedah tunjuk
cara (demonstrasi) berbantukan bahan maujud.Bagi meningkatkan penguasaan cara
bertayamum kalangan subjek kajian yang telah dipilih.Di dalam bahagian ini juga
menjelaskan tentang butir-butir penting pelaksanaan kaedah tunjuk cara (demonstrasi)
berbantukan bahan maujud untuk menyelesaikan masalah dalam kajian ini.
5.1 Model kajian tindakan
Kajian yang dijalankan ini adalah berpandukan kepada golongan kajian tindakan oleh
Kemmis dan Mc Taggart (1988) yang menyebutkan empat langkah kajian seperti yang
telah dirumuskan pada rajah 2 berikut :
13
Rajah 2 : Gelung kajian tindakan Kemmis dan Mc Taggart (1988)
1. Mereflek
Kajian ini bermula daripada refleksi pengajaran dan pembelajaran yang telah dijalankan
oleh saya.Tinjauan masalah telah dilaksanakan pada peringkat awal bertujuan untuk
mengenal pasti masalah sebenar yang berlaku dalam kalangan murid.Secara
umumnya,saya dapati murid-murid saya sukar mengingati cara bertayamum denga
betul dan mereka juga tidak dapat membuat amali atau menunjukkan cara bertayamum
dengan betul.Jadi,tahap penguasaan mereka terhadap cara bertayamum sangat tidak
memuaskan dan masalah ini perlu diatasi.
2.Merancang
Apabila masalah telah dikenal pasti,saya telah merancang satu tindakan sebagai
intervensi kepada masalah utama yang dihadapi.Perancangan bermula dengan kajian
iaitu mencari objektif kajian,membentuk soalan kajian,kepentingan kajian,membuat
14
1. MEREFLEK
4. MEMERHATI2. MERANCANG
3.BERTINDAK
rancangan literature,menentukan subjek kajian sebagai kumpulan sasaran dalam
kajian,menyediakan alat-alat kajian serta merancang tindakan intervensi.Dalam kajian
ini,fokus utama adalah meningkat ingatan dan kemahiran murid terhadap cara-cara
bertayamum menggunakan kaedah tunjuk cara (demonstrasi) bagi murid tahun lima.
Sebagai perancangan awal,saya perlu menyediakan bahan yang berkaitan dengan
kaedah tunjuk cara (demonstrasi) yang akan saya gunakan.Dalam kaedah ini.saya
telah membuat keputusan untuk menggunakan video untuk menayangkan cara
bertayamum yang betul kepada subjek kajian saya.
Kaedah yang saya gunakan adalah demonstrasi jenis persepsi kerana subjek kajian
saya terdiri daripada murid-murid tahap sederhana dan dengan menggunakan
video,saya dapat diulang tayang beberapa kali dan murid dapat memerhatikannya
dengan lebih teliti.
Kemudian subjek kajian saya akan membuat demonstrasi dengan menggunakan bahan
maujud iaitu debu tanah yang sebenar.Saya memilih debu tanah sebagai bahan maujud
yang bertindak sebagai bahan bantu mengajar supaya subjek kajian saya dapat
merasakan seolah-olah mereka dalam situasi sebenar dan merasai pengalaman
bertayamum sendiri.Secara tidak langsung ini akan menimbulkan minat untuk belajar di
kalangan subjek kajian saya.
3. bertindak
Pada peringkat ini,saya telah menjalankan intervensi di mana saya telah menggunakan
kaedah tunjuk cara (demonstrasi) berbantukan bahan maujud bagi membantu subjek
kajian meningkatkan ingatan dan kemahiran terhadap cara-cara bertayamum.Terdapat
empat fasa utama yang dijalankan dalam pelaksanaan tindakan intervensi ini iaitu fasa
15
permulaan,fasa perkembangan,fasa penilaian dan fasa penutup.Jadual 3 adalah
merujuk kepada langkah pelaksanaan tindakan yang telah saya jalankan.
Jadual 3 :pelaksanaan intervensi yang dijalankan
- Subjek kajian didedahkan dengan cara bertayamum yang betul dengan menggunakan video (demonstrasi jenis persepsi).
- Pengkaji meminta semua subjek kajian melihat dan menonton video tersebut dengan teliti.
- Subjek kajian bersoal jawab dengan pengkaji mengenai cara-cara bertayamum berdasarkan video yang ditonton.
Fasa 1 : permulaan
- Subjek kajian dibahagikan kepada 2 kumpulan kecil- Pengkaji memberi debu tanah yang sebenar kepada
subjek kajian- Setiap daripada ahli kumpulan dikehendaki membuat
tunjuk cara bertayamum dengan menggunakan debu tanah yang sebenar
Fasa 2 : perkembangan
- Pengkaji meminta subjek kajian menyebut semula cara-cara bertayamum yang betul dengan membuat gaya
- Pengkaji memanggil dua orang murid untuk membuat demonstrasi cara bertayamum sekali lagi
Fasa 3 : penilaian
- Pengkaji membuat rumusan mengenai tajuk pembelajaran
Fasa 4 : penutup
4. memerhati
Setelah intervensi dijalankan segala pengumpulan data saya rekodkan dan kemudian
dianalisis bagi mendapatkan keputusan yang sah dan tepat.Data yang diperolehi telah
dianalisis secara kualitatif dan kontektitatif.Semua analisis berkenaan akan dihuraikan
pada bahagian seterusnya.
Setelah semua data diperolehi dan dianalisis,saya telah memerhatikan keberkesanan
kaedah tunjuk cara (demonstrasi) berbantukan bahan maujud dan akhir sekali saya
membuat rumusan dan refleksi keseluruhan berkaitan dengan kajian ini.
5.2 Cara pengumpulan data
16
Terdapat tiga instrumen yang dugunakan selepas intervensi dijalankan.tiga instrument
tersebut adalah ujian pra dan ujian pos,pemerhatian berstruktur dan soal
selidik.Instrumen-instrumen ini dibina bagi menjawab ketiga-tiga soalan kajian.
5.2.1 ujian pra dan ujian pos
Ujian pra dan pos ini digunakan bertujuan untuk menjawab soalan kajian yang
pertama.menurut rosenah adnan (2011),ujian merupakan salah satu alat kajian yang
digunakan untuk menentukan pencapaian dan keupayaan murid dalam
pembelajaran.ujian pra dan pos ini dilaksanakan bagi mengukur tahap ingatan murid
terhadap cara bertayamum yang betul sebelum dan selepas intervensi dilaksanakan.
Soalan ujian dibina menggunakan tulisan rumi kerana ada di kalangan subjek kajian
tidak mahir membaca jawi.Ini bertujuan untuk mengelakkan daripada dapatan atau
markah ujian dipengaruhi oleh faktor tulisan jawi. Soalan ujian ini mempunyai sepuluh
soalan sahaja dan terbahagi kepada dua bahagian,bahagian A merupakan soalan
objektif dan bahagian B iaitu menomborkan cara-cara bertayamum.rujuk lampiran E
dan F)
Jadual 4 : jadual langkah pelaksanaan ujian pra dan ujian pos
perkara langkah
Kaedah pengajaran tradisional Langkah 1
Menjalankan ujian pra Langkah 2
Menganalisis keputusan ujian pra Langkah 3
Instrumen dijalankan Langkah 4
17
Menjalankan ujian pos Langkah 5
Menganalisis keputusan ujian pos Langkah 6
Membuat rumusan Langkah 7
5.2.2 pemerhatian berstruktur
Terdapat dua jenis pemerhatian yang digunakan dalam kajian tindakan iaitu
pemerhatian berstruktur dan pemerhatian tidak berstruktur.Saya telah memilih
pemerhatian berstruktur bagi mendapatkan data kajian untuk menjawab soalan kajian
yang kedua.
Menurut cong lin kau (2011),pemerhatian berstruktur dianalisis menggunakan frekuansi
dan peratus melalui senarai semak yang disediakan.Menganalisis pemerhatian adalah
lebih mudah dengan menggunakan senarai semak.Dalam kajian ini,saya menggunakan
pemerhatian semasa sesi amali cara bertayamum dijalankan.Aktiviti amali cara
bertayamum dijalankan bersama subjek kajian sebelum dan selepas intervensi
dijalankan.Item yang dikaji semasa amali cara bertayamum adalah melibatkan cara-
cara bertayamum itu sendiri.(rujuk lampiran C dan D)
Dalam kaedah pemerhatian ini,saya telah menggunakan rakaman video bagi merakam
semula tingkah laku subjek kajian semasa amali dijalankan.Ini adalah kerana saya tidak
mampu untuk merekod semuanya dalam satu masa.Selain itu,dengan penggunaan
rakaman video juga saya dapat mengulang tayang rakaman seberapa banyak kali saya
inginkan bagi mendapatkan data yang lebih tepat dan diingini.
18
Jadual 5 : jadual langkah pelaksanaan pemerhatian berstruktur
perkara langkah
Kaedah pengajaran tradisional Langkah 1
Menjalankan pemerhatian berstruktur Langkah 2
Menganalisis senarai semak Langkah 3
Instervensi dijalankan Langkah 4
Menjalankan pemerhatian berstruktur Langkah 5
Menganalisis senarai semak Langkah 6
Membuat rumusan Langkah 7
5.2.3 soal selidik
Alat kajian seterusnya ialah soal selidik.menurut Rosenah adnan (2011),soal selidik
digunakan untuk mendaptkan maklumat dan fakta berkaitan dengan proses subjek
kajian terhadap sesuatu.Dalam kajian ini,soal selidik yang digunakan bertujuan untuk
menjawab soalan kajian yang ketiga iaitu adakah minat murid dapat ditingkatkan
dengan menggunakan kaedah tunjuk cara (demonstrasi) berbantukan bahan maujud.
(rujuk lampiran G)
Soal selidik ini menggunakan item setuju dan tidak setuju.Ia diberikan kepada subjek
kajian selepas intervensi dijalankan.Jadual 6 menunjukkan langkah yang digunakan
untuk menjalankan soal selidik terhadap subjek kajian.
19
Jadual 6 : jadual langkah pelaksanaan soal selidik
perkara langkah
Menjalankan fasa intervensi Langkah 1
Menjalankan soal selidik terhadap subjek
kajian
Langkah 2
Menganalisis dapatan soal selidik Langkah 3
Membuat rumusan Langkah 4
20
top related