program peningkatan penguasaan linus
Post on 29-Nov-2015
131 Views
Preview:
TRANSCRIPT
BAB 2 LAPORAN PROGRAM SANDARAN NPQEL
Dalam Bab ini akan dimuatkan perkara-perkara berkaitan dengan kajian keperluan
yang akan memberi fokus kepada masalah yang dikenalpasti, keadaan sekarang dan
keadaan yang dikehendaki.
Bab 2.0
2.1 Kajian Keperluan
Latarbelakang Sekolah Kebangsaan Tan Sri P.Ramlee menunjukkan komposisi murid-
murid yang datang ke sekolah tersebut berasal dari keluarga yang berpendapatan rendah.
Kebanyakan ibubapa murid bekerja sebagai buruh di Majlis Perbandaran Pulau Pinang,
Jabatan Haiwan, Jabatan Kerja Raya dan lain-lain Jabatan Kerajaan dan Swasta di sekitar
Bandar Georgetown. Tidak kurang juga ibubapa yang menjalankan perniagaan sendiri di
Pasar Awam Sungai Pinang yang tidak jauh dari sekolah.Rumah Pangsa yang dibina oleh
kerajaan negeri di Jalan Sungai Pinang merupakan tempat penginapan kebanyakan murid
yang belajar di sekolah ini.Kerajaan negeri juga menawarkan kemudahan rumah pangsa
yang boleh disewa dengan bayaran RM100 untuk keluarga yang memerlukan.Keutamaan
diberi kepada ibu tunggal dan keluarga miskin yang tidak mampu mendapatkan rumah
sewa yang lebih selesa. Lagipun usaha untuk memiliki rumah sendiri adalah umpama
pungguk merindukan bulan kerana kemampuan kewangan mereka yang serba
kekurangan.
Berikutan daripada latarbelakang sosial yang tersebut di atas pihak sekolah menghadapi
beberapa masalah kritikal yang menjadi batu penghalang kepada peningkatan prestasi
sekolah. Jika dilihat dari pencapaian sekolah ini sejak 5 tahun yang lampau kita dapat
mengatakan bahawa tiada sebarang pencapaian yang memberangsangkan dalam aspek
aspek kurikulum dan kokurikulum yang boleh dibanggakan. Pencapaian akademik murid
dan penglibatan murid dalam aktiviti kokurikulum yang sederhana, kurang memberi
dorongan masyarakat persekitaran untuk menghantar anak-anak mereka ke sekolah
ini.Enrolmen murid yang semakin berkurangan membuktikan sekolah ini masih belum
mencipta satu tarikan seperti mana yang tercatat dalam visi sekolah.
10
BAB 2 LAPORAN PROGRAM SANDARAN NPQEL
2.2 Faktor Keluarga
Faktor keluarga dan kedudukan sosio-ekonomi memainkan peranan yang penting dalam
meningkatkan mutu pencapaian dan sahsia anak-anak mereka.Menurut Abd. Rahim
(2006), golongan remaja menyesuaikan dirinya dengan faktor-faktor persekitaran
keluarga, persekitaran sosial dan budaya yang akan mencorakkan perkembangan tingkah
laku mereka.Saya berpendapat kenyataan ini bukan sahaja memberi kesan kepada remaja
namun ia juga mendedahkan kanak-kanak menjadi mangsa kepada tekanan ekonomi dan
sosial yang dialami oleh keluarga mereka.Norhayati (1994) dalam kajiannya juga
mendapati semua pelajar daripada keluarga bercerai mempunyai masalah peribadi yang
membawa kepada tingkah laku negatif.Rata-rata remaja yang bermasalah datang daripada
keluarga yang tidak bahagia dan kucar-kacir. Menurut Hamidah, et al. (2006), ramai
anak-anak dari keluarga tunggal mempunyai masalah tingkah laku dan emosi akibat
kurangnya pengawasan. Masa yang dihabiskan untuk bersama anak-anak semakin
berkurangan kerana ibu atau bapa tunggal perlu bekerja lebih masa untuk menyara
keluarga. Hasil temu bual dengan guru-guru yang telah lama berkhidmat di sekolah ini
mendedahkan bahawa sikap murid-murid sekolah ini seolah-olah tidak mempedulikan
kepentingan pendidikan dan sukar untuk menerima nasihat dan tunjuk ajar guru.Tujuan
kanak-kanak ini datang ke sekolah seolah-olah dipakasa dan mereka tidak memberi
tumpuan yang sepenuhnya dalam bilik darjah semasa pdp.
2.3 Masalah Disiplin
Walaupun enrolmen murid sekolah ini agak kecil (259 orang) namun berbagai masalah
disiplin dapat dikenalpasti seperti mana yang terdapat di sekolah sekolah harian yang lain
dikawasan ini.. Walaubagaimanapun tidak terdapat sebarang masalah besar yang
melibatkan agensi-agensi luar dan ibubapa untuk campurtangan.
11
BAB 2 LAPORAN PROGRAM SANDARAN NPQEL
2.4 Kehadiran
Kehadiran murid merupakan satu masalah yang amat ketara dimana hampir setiap hari
terdapat 25 hingga 30 orang murid tidak hadir kesekolah. Di samping itu terdapat juga
beberapa orang murid yang sekolah ini yang tidak hadir berpanjangan. Dalam darjah 1M
terdapat 2 orang murid yang tidak hadir berpanjangan ke sekolah dan setiap hari terdapat
purata 10 orang murid tidak hadir ke sekolah dari jumlah 37 orang murid dalam kelas
tersebut.
2.5 Kesediaan Murid
Di samping itu masalah kesediaan murid untuk menerima pelajaran semasa berada
dibilik darjah juga memberi kesan kepada peningkatan kualiti pendidikan di sekolah ini.
Guru-guru mendapati beberapa orang murid sering tidak membawa buku latihan dan teks
yang betul ke sekolah. Alasan mereka adalah tertinggal, hilang dan tak pasti. Maka dalam
keadaan ini murid-murid tersebut akan mengganggu rakan sebaya yang lain dan kawalan
kelas sering menjadi sukar semasa PdP berlangsung.
2.6 Kualiti Pencapaian
Kualiti pencapaian akademik murid adalah tidak memberangsangkan dengan
kegagalan yang tinggi dalam matapelajaran teras terutamanya dalam Tahap 2
pembelajaran. Rekod menunjukkan kualiti pencapaian murid tahun 4, 5 dan 6 perlu
dipertingkatkan lagi untuk memperbaiki GPS sekolah yang berada sekitar 2.5 ke atas.
(Rujuk Lampiran)
2.7 Guru Bermasalah
Sekolah ini juga menghadapi masalah guru bermasalah yang tidak dapat menjalankan
PdP dengan berkesan kerana sering tidak hadir sekolah. Proses pengajaran dan
pembelajaran tidak berlaku dan murid sering ketinggalan dalam matapelajaran yang
diajar. Berikutan dengan itu ibubapa tidak berpuashati dengan pencapaian anak-anak dan
aduan mereka kepada pihak pentadbiran sia-sia sahaja kerana pentadbiran tidak dapat
menukarkan guru bermasalah dengan sewenang-wenangnya. Arahan ini dikeluarkan oleh
12
BAB 2 LAPORAN PROGRAM SANDARAN NPQEL
PPD dan JPN di mana guru bermasalah harus dibimbing dan dipantau oleh pengetua/guru
besar dan langkah memindahkan guru bermasalah ke sekolah lain setiap tahun bukanlah
langkah yang wajar dilakukan untuk mengatasi masalah.
2.8 Kerjasama Ibubapa
Kerjasama ibubapa dalam usaha meningkatkan mutu ppendidikan murid-murid juga
tidak begitu memberi kesan kerana ramai dikalangan ibubapa yang menyerahkan tugas
berat ini kepad sekolah semata-mata. Kesedaran penglibatan ibubapa dalam
perkembangan pendidikan murid sering didedahkan dalam mesyuarat agung dan seminar
motivasi kepada ibubapa namun sambutan yang dingin dalam setiap program sekolah
adalah sangat menyedihkan.
2.9 Masalah Kritikal
Antara masalah-masalah yang telah dihuraikan diatas pihak sekolah mendapati kualiti
pencapaian murid dalam akademik merupakan masalah yang paling kritikal dan perlu
perhatian khusus. Pihak sekolah percaya bahawa dengan meningkatkan kualiti
pendidikan pencapaian sekolah akan meningkat danb seterunya perhatian negatif
masyarakat terhadap sekolah ini akan dapat diubah. Keadaan ini perlu diubah dari akar
umbi dimana sasaran utama dan paling strategik adalah murid-murid tahun pertama di
sekolah ini. Pemerhatian rekod menunjukkan bahawa murid-murid yang tidak menguasai
saringan LINUS adalah ramai dalam tahun 1 pada awal tahun. Sasaran yang ditetapkan
oleh Kementerian Pendidikan Malaysia juga tidak dicapai. Keadaan ini memberi kesan
yang mendalam terhadap keupayaan sekolah dalam proses meningkatkan kecemerlangan.
Justeru itu kualiti pencapaian murid yang rendah akan menyumbang kepada kegagalan
sekolah menghasilkan murid yang berkualiti. Maka dengan itu pihak pengurusan sekolah
membuat keputusan untuk memberi tumpuan yang khusus dalam menangani murid–
murid yang menghadapi masalah dalam penguasaan Literasi dan Numerasi diperingkat
awal lagi. Langkah ini adalah seiring dengan langakah kerajaan untuk memperkenalkan
LINUS kepada murid tahap 1 KSSR dalam NKRA Pendidikan supaya untuk
membendung murid-murid tahap 2 yang masih tidak dapat menguasai Literasi dan
Numerasi.
13
BAB 2 LAPORAN PROGRAM SANDARAN NPQEL
2.10 Keputusan Saringan KPM
Jadual 1.0 dibawah menunjukkan peratus murid yang menguasai LINUS saringan
pertama pada penggal pertama persekolahan 2013.
Jadual 1.0: Keputusan saringan 1 / 2013
Walaupun data saringan LINUS kedua menunjukkan peningkatan, namun penguasaan
tersebut dirasakan masih tidak memenuhi sasaran yang diharapkan terutamanaya dalam
matapelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.
Matapelajaran
Bil Pelajar
Tidak Menguasai(K1-K2)
Tidakmenguasai(K3-K12)
BilanganMenguasai
PeratusMenguasai
Literasi Bahasa
Melayu
37 8 10 18 48.6
Numerasi 37 3 6 28 75.7
Literasi Bahasa
Inggeris
37 4 7 18 48.6
Jadual 2.0: Data saringan LINUS kedua 2013
14
Matapelajaran
Bil Pelaja
r
Tidak Menguasa
i(K1-K2)
Tidakmenguasa
i(K3-K12)
BilanganMenguasa
i
PeratusMenguasa
i
Literasi Bahasa Melayu
36 14 16 6 17.00
Numerasi 36 4 23 9 25.00
Literasi Bahasa Inggeris
36 8 20 8 22.22
BAB 2 LAPORAN PROGRAM SANDARAN NPQEL
Keadaan ini menimbulkan keperluan yang agak serius kepada pihak sekolah untuk
membantu murid-murid yang masih tidak menguasai Literasi supaya kumpulan murid ini
dapat menjalani proses pengajaran dan pembelajaran dengan sempurna seperti rakan-
rakan mereka yang lain. Maka dengan itu satu program khas yang dinamakan Program
Peningkatan Penguasaan Linus telah dirancang bersama jawatankuasa LINUS sekolah,
Panitia Matapelajaran dan Pusat Sumber sekolah bagi menangani isu tersebut.
2.11 Keadaan semasa dan keadaan yang dikehendaki
Melalui Program ini pihak sekolah berhasrat meningkatkan peratus murid yang
menguasai LINUS dengan melaksanakan pecutan akhir sebelum tamat sesi persekolahan
2013. Penglibatan semua guru akan dikerahkan untuk menangani isu tersebut dan
diharapkan perubahan-perubahan yang dinyatakan dibawah akan menjadi kenyataan.
Keadaan Semasa Selepas Saringan ke 2 Keadaan Yang dikehendaki selepas
Program Intervensi
Penguasaan 48.6 % Literasi BM Penguasaan 75% Literasi BM
Penguasaan 48.6 % Literasi BI Penguasaan 75% Literasi BI
Penguasaan 75.7 % Numerasi Penguasaan 80% Numerasi
Bilangan murid tidak menguasai K1-K2 BM
= 7 orang
Mensifarkan bilangan murid yang tidak
menguasai K1 – K2
Bilangan murid tidak menguasai K1-K2 BI
= 8 orang
Mensifarkan bilangan murid yang tidak
menguasai K1 – K2
Bilangan murid tidak menguasai K1-K2
Numerasi = 3 orang
Mensifarkan bilangan murid yang tidak
menguasai K1 – K2
Dalam Bab seterusnya akan dimuatkan dengan Kajian Literatur, Analisis
Persekitaran, Pemilihan Strategi dan Proposal Program.
15
top related