program pemberian taraf cream kepada jurnal … taraf cream.pdf · penerbit jurnal yang terpilih...

Post on 15-Jun-2020

29 Views

Category:

Documents

0 Downloads

Preview:

Click to see full reader

TRANSCRIPT

PROGRAM PEMBERIAN TARAF CREAM KEPADA JURNAL TEMPATANKementerian Pendidikan Malaysia (KPM) secara berterusan mengambil pelbagai daya usaha bagi menggalakkan penulisan dan penerbitan hasil penyelidikan sarjana tempatan dalam jurnal yang berwibawa. Dalam masa yang sama KPM juga memastikan jurnal ilmiah tempatan dapat mengekalkan mutu penerbitan masing-masing dan muncul sebagai jurnal yang berwibawa dan berpengaruh. Inisiatif terbaru KPM ialah melalui Program Pemberian Taraf CREAM kepada jurnal tempatan.

Program Pemberian Taraf CREAM adalah satu pengiktirafan berbentuk pemberian Skim Galakan Penerbitan kepada jurnal tempatan hasil daripada aktiviti penyelidikan semasa.

Program ini mempunyai objektif seperti berikut:1. Memperkasakan jurnal tempatan agar dapat diindeks dalam pangkalan data jurnal antarabangsa seperti Scopus atau

WoS (Web of Science).

2. Memastikan jurnal yang sudah diindeks kekal berada di dalam pangkalan data, serta meningkatkan impak sitasinya.

Bentuk Pemberian Taraf CREAM

Penerbit jurnal yang terpilih akan menerima Skim Galakan Penerbitan dalam bentuk wang tunai, watikah dan sijil pengiktirafan mengikut kategori masing-masing. Pemberian ini adalah sebagai galakan untuk membantu usaha meningkatkan kualiti penerbitan jurnal masing-masing.

Pemberian taraf CREAM adalah terbuka kepada semua jurnal terbitan Institusi Pendidikan Tinggi, agensi penyelidikan awam dan swasta, dan persatuan sarjana yang tersenarai dalam MyCite dan memenuhi kriteria yang ditetapkan.

Semua institusi berkenaan hendaklah memastikan jurnal terbitan mereka lengkap dan kemas kini dalam sistem MyCite sebelum tarikh tutup 31 Julai 2015 (Jumaat).

KATEGORI PENERIMA

CIRI JURNAL TERPILIH

Dua (2) Jurnal dalam WoS (Web of Science)• Bidang Sains, Teknologi

& Perubatan• Bidang Sains Sosial &

Kemanusiaan

Empat (4) Jurnal dalam Scopus• Bidang Sains, Teknologi

& Perubatan• Bidang Sains Sosial &

Kemanusiaan

Enam (6) Jurnal dalam Pangkalan Data Lain• Bidang Sains, Teknologi

& Perubatan• Bidang Sains Sosial &

Kemanusiaan

A B C

Jurnal yang bakal dipilih perlu memiliki ciri-ciri asas seperti berikut:

Dua belas (12) Jurnal akan dipilih untuk 3 kategori berikut:

MAKLUMAT LANJUT BOLEH HUBUNGI URUS SETIA DI ALAMAT BERIKUT:http://www.mohe.gov.my/cream2015

Sebarang pertanyaan mengenai penyertaan dalam anugerah ini sila hubungi urus setia: 03-88706898 (Adila) / 013-221 7081 (Shafiin) (8:00pg.-5:00ptg.) 03-88706509

Tarikh Tutup31 Julai 2015 (Jumaat)

Urus Setia Pemberian Jurnal Bertaraf CREAMPusat Sitasi MalaysiaJabatan Pendidikan TinggiKementerian PendidikanAras 3, No.2 Menara 2Jalan P5/6, Presint 562200 Wilayah PersekutuanPutrajaya

CHEQUEYOUR NAMEYour AddressYour City, Your State, Zip Code

pay to the order of RMRinggit

signature

Date

5552-5264582536-14514558

Dengan ini adalah diperakui bahawa

JURNAL CREAMTelah memenuhi syarat-syarat pengiktirafan sebagai penerima

Skim Galakan Penerbitan Program Pemberian Taraf CREAM

bagi

Kategori Jurnal dalam WoS (Web of Science)

Bidang

Bidang Sains Sosial & Kemanusiaan

Dato' Prof. Dr. Asma Binti IsmailKetua Pengarah Pendidikan TinggiJabatan Pendidikan TinggiKementerian Pendidikan Malaysia

Tarikh: 3 September 2015No. Rujukan:

CREAM

Wang Tunai

Watikah

Sijil Pengiktirafan

1 2 3 4Jurnal mesti diterbitkan di Malaysia dan tersenarai dalam sistem indeks Pusat Sitasi Malaysia, MyCite

Jurnal diterbitkan secara tekal dan berterusan sekurang-kurangnya selama tiga (3) tahun

Jurnal mempunyai skop yang jelas seperti yang diisytiharkan

Jurnal hendaklah mempunyai laman sesawang

Watikah

cream@moe.gov.myuiacream@yahoo.com.my

top related