prinsip pengurusan kecederaan patah-lidya

Post on 21-Feb-2016

116 Views

Category:

Documents

1 Downloads

Preview:

Click to see full reader

DESCRIPTION

kecederaan sukan

TRANSCRIPT

Prinsip Pengurusan Kecederaan PatahPJM 3182LIDYA MUNDUP1

Definifi Pataho kesatu kekuatan yang ditujukan kepada mana-mana bahagian

rangka badan boleh menyebabkan berlakunya kepatahan/retak. Patah adalah berbeza mengikut bentuk,saiz dan terukkan.

Punca-punca kepatahano Tekanan / hentakan secara langsungo Tekanan / hentakan tidak langsung

Kepatahan Patah tertutup(tulang patah di dalam dan tiada kecederaan

kulit) Patah terbuka (tulang yang patah menonjol keluar)

Jenis-jenis kepatahan

Patah tebuPatah lurusPatah serongPatah berkecaiPatah spiralPatah beralih

Symptom dan tanda-tanda patah

o Sakit pada atau di sekitar anggota yang pataho Bengkak pada anggota yang patah yang boleh disertai oleh

perubahan warnao Kehilangan fungsi pada anggota yang cederao Lebam pada kulit anggota yang terlibato Postur atau bentuk yang abnormal pada anggota tersebut

o Sakit apabila menggerakkan anggota terbabito Pergerakan yang abnormal pada anggota yang terjejaso Kehilangan fungsi anggotao Tulang terkeluar menembusi kulit

Komplikasi awal akibat patah• Kecederaan pada saluran darah yang berdekatan, menyebabkan

pendarahan• Hujung tulang yang patah merosakkan organ yang bersebelahan

seperti otak, paru-paru atau pundi kencing• Jangkitan kuman pada luka - lebih kerap pada patah terbuka• Renjatan (shock) disebabkan dari pendarahan yang teruk

Komplikasi lewat akibat patah tulang

• ‘Delayed union’ - tulang yang patah lambat untuk bercantum kembali

• ‘Nonunion’– tulang yang patah gagal untuk bercantum kembali.

• Malunion - Tulang bercantum pada posisi yang tidak betul menyebabkan bentuk anggota kelihatan tidak normal

• Sendi menjadi kaku akibat direhatkan dalam jangka masa yang lama.

Prinsip Mengurus Kecederaan Patah

Bantuan awal semasa patahCara untuk membuat splintMengelakan berlaku patah tulangPencegahan Pemulihan

Bantuan awalMengelakkan kerosakan yang lebih terukMengurangkan kesakitanMembuat pesakit berasa selesaMendapatkan bantuan perubatan secepat mungkin

Cara membuat splint• Patah tulang lengan• Patah tulang selangka• Patah bahagian bawah

Patah tulang lengan• Tangan perlu diletakkan ke sudut 90 darjah dan dirapatkan ke

dada. Ia perlu dikekalkan pada kedudukan ini.• Gerakkan tangan secara perlahan-lahan, dan jika pergerakan

tersebut menyebabkan kesakitan yang teramat, maka kekalkan anggota pada keadaan asal.

• Pasangkan splint dengan menggunakan batang keras, tegar dan lurus. Anda juga boleh menggunakan surat khabar atau majalah yang dilipat.

• Letakkan splint di bawah lengan yang tercedera meliputi kedua-dua sendi di atas dan di bawah anggota yang patah. Pastikan ia tidak terlalu ketat dengan memeriksa perubahan warna kulit dan rasa kebas pada jari.

Kemudian, pakaikan anduh iaitu kain yang berbentuk segi tiga untuk menyokong lengan yang di ikat ke leher dan dapatkan rawatan lanjut di hospital.

Patah tulang selangka• Bengkokkan siku sebelah yang patah, jari ke arah bahu

bertentangan.• Pasangkan anduh dengan menggunakan pembalut atau kain

segi tiga.• Sematkan anduh seberapa selesa yang mungkin.

Patah anggota bawah• Panggil ambulans dan dalam masa yang sama, pastikan

anggota kaki yang terlibat tidak bergerak.• Dapatkan sesuatu yang panjang dan keras untuk digunakan

sebagai anduh, seperti kayu yang berat, keras, atau batang bulat dan panjang.

• Pasangkan dua splint, satu di sebelah dalam kaki, dan yang satu lagi di luar, dari kaki ke ketiak. Anda juga boleh splint kaki yang tidak patah ke arah kaki patah dan ini boleh menyokong kaki yang patah bagi mengelakkan pergerakan yang berlebihan.

• Pastikan ikatan tidak terlalu ketat.• Jika anda tidak dapat mencari apa-apa bahan untuk membuat

splint, anda boleh menggunakan anggota badan yang tidak tercedera yang lain untuk memastikan anggota yang tercedera berada dalam keadaan stabil dan tidak bergerak.

Pencegahan • Sentiasa amalkan langkah keselamatan dalam apa jua aktiviti yang

dilakukan.• Pakai peralatan keselamatan semasa berbasikal, bermain ‘roller blade

', dan semasa mengambil bahagian dalam sukan lasak. Ini termasuk memakai topi keledar, pad siku, pad lutut, dan pad pada tulang keting/betis.

• Pastikan kawasan luar dan dalam rumah selamat untuk kanak-kanak. Pasang palang pada tangga.

• Ajar kanak-kanak langkah keselamatan yang mudah dan sentiasa berwaspada.

• Kanak-kanak perlu sentiasa di awasi dengan teliti, walaupun ketika berada di kawasan yang dianggap selamat.

Pemulihan • Aktiviti pemulihan bererti melakukan pergerakan ringan pada

sendi dan tisu anggota yang tercedera.• bertujuan untuk menghalang kekakuan pada sendi akibat dari

kurangnya pergerakan semasa proses penyembuhan kepatahan.

• dapat membantu meningkatkan aliran darah yang akan membantu proses penyembuhan.

Soalan

i. Apakah definisi kecederaan patahii. Nyatakan dua jenis patahiii. Nyatakan dua punca kepatahaniv. Senaraikan empat tanda-tanda patahv. Patah terdapat dua ciri, nyatakan

Sekian, terima kasih.

top related