prinsip dan etika dalam kerja sosial nota
Post on 14-Apr-2018
237 Views
Preview:
TRANSCRIPT
-
7/29/2019 Prinsip Dan Etika Dalam Kerja Sosial Nota..................
1/3
1
Prinsip dan Etika Dalam Kerja SosialProfesional
Pekerja sosial perlu mengekalkan sikap
professional terhadap klien. Hubungan pekerja
sosial dengan klien haruslah professional. Ini
bermakna sebarang hubungan personal tidakboleh wujud. Pekerja sosial harus bijak dalam
menangani setiap isu dan permasalahan klien agar
klien tidak menaruh sebarang perasaan personal
kepada pekerja sosial. Terdapat ruang atau batas
antara pekerja social dengan klien.
Kerahsiaan
Sebagai pekerja sosial, sebarang masalah dan apa
yang dibincangkan dengan klien adalah menjadi
tanggungjawab pekerja sosial untuk
merahsiakannya. Pekerja sosial memegang amanat
setiap rahsia klien dengan penuh rasa
tanggungjawab. Namun, jika terdapat isu
keselamatan atau mengancam pihak lain, sebagai
pekerja sosial perkara ini harus dirujuk kepada
pihak atas.
Menerima setiap perbezaan klien
Pekerja sosial tidak boleh membezakan setiap
klien yang datang merujuk kepadanya. Ini
bermakna, pekerja sosial menerima sesiapa sahaja
klien mereka. Contohnya, tiada perbezaan kepada
golongan kurang upaya, golongan miskin, kaya,
cantik dan sesiapa sahaja. Layanan yang sama rata
akan diberikan oleh pekerja sosial.
Komitmen yang tinggi
Pekerja sosial perlu mempunyai komitmen yang
tinggi kepada apa sahaja yang dilakukannya.
Contohnya, dalam membantu klien pekerja sosial
harus bersungguh-sungguh membantu
menyelesaikan masalah klien. Pekerja sosial perlu
menunjukkan minat yang tinggi kepada setiap
masalah klien. Ketepatan masa, ketepatan
maklumat atau janji-janji dengan klien. Ini member
keyakinan dan kepercayaan yang tinggi kepada
klien kepada pekerja sosial. Pekerja socialseharusnya meletakkan komitmen kepada klien
walau siapa pun klien mereka. Nilai ini amat
penting terutamanya apabila bekerja dengan
kumpulan terpinggir di dalam masyarakat seperti
pesakit kronik, pengguna dadah, pekerja seks,
juvana ataupun penjenayah.
Berpengetahuan yang tinggi dan pelbagai
Berpengetahuan dalam pelbagai aspek bidang
amat perlu sebagai pekerja sosial kerana segala
bantuan yang disalurkan kepada klien memerlukan
pengetahuan yang tiada batas. Apabila klienmerujuk masalah kepada pekerja sosial,
pengetahuan yang diperlukan pekerja sosial amat
penting. Berkongsi pengetahuan bersama klien
mampu membina hubungan yang positif bersama.
Komited kepada perubahan sosial
Seorang pekerja sosial seharusnya menanamkan
perasaan untuk memperbaikki kehidupan sosial
setiap individu dalam masyarakat terutamanya
membela klien yang tidak berkuasa, tertindas dan
dirampas hak nya oleh pihak tertentu. Menjadi
tanggungjawab pekerja sosial dalam membeka hak
klien yang ditindas dan mengalakkan kerjasama
antara masyarakat untuk mengutamakan hak
mereka.
9.1 Definisi Petugas PDK
(i) Petugas PDK adalah individu yang dilantik oleh
jawatankuasa pdk untuk bertugas secara sukarela
di bawah kontrak untuk perkhidmatan (contractfor service)
Nota: Kontrak untuk perkhidmatan (Contract for
Service) bermaksud apa2 perkhidmatan secara
sukarela yang ditawarkan serta boleh diberikan
saguhati berdasarkan perkhidmatan tersebut.
9.2 Perlantikan Petugas PDK
(i) Jawatankuasa PDK bertanggungjawab dalam
perlantikan petugas PDK
(ii) Perlantikan sebagai petugas PDK adalah
tertakluk kepada Garis Panduan PDK ini danBUKAN sebagai pekerja di bawah Akta kerja 1955
(iii) Status petugas PDK adalah bersifat
SUKARELAWAN KONTRAK dan BUKAN seorang
penjawat awam serta TIDAK LAYAK mendapat
apa2 keistimewaan sebagai penjawat awam.
(iv) Setiap petugas perlu menandatangani surat
akujanji perlantikan sebagai petugas pdk di bawah
kontrak untuk perkhidmatan
rujuk surat JKM PDK 12
(v) tempoh perkhidmatan petugas bagi satu2
kontrak adalah selama 3 tahun.selepas tamat
tempoh kontrak ,jawatankuasa pdk bolehmelanjutkan kontrak atau membuat perlantikan
baru.
9.3 kelayakan petugas pdk
(a) warganegara : Malaysia
(b) kesihatan : sihat tubuh badan
(c) jantina : perempuan / lelaki
p (d) umur: berusia 18 hingga 60 tahun
(e) kelulusan : SPM atau setaraf dengannya
(f) kriteria tambahan : (i) berminat dan komited
untuk bekerja dengan OKU(ii) penyayang dan mempunyai tahap kesabaran
yang tinggi
-
7/29/2019 Prinsip Dan Etika Dalam Kerja Sosial Nota..................
2/3
2
9.4 Pengurusan perkhidmatan petugas pdk
9.4.1 perlantikan petugas pdk
(i) pengurusan berkaitan perkhidmatan petugas
pdk adalah tanggungjawab jawatankuasa pdk
rujuk carta PDK JKM 7
borang JKM pDK 24
(ii) urusan pemilihan petugas pdk dibuat olehpanel temuduga yang dipengerusikan oleh PKMD.
Ahli panel temuduga terdiri daripada pengerusi
pdk dan setiausaha jawatankuasa pdk
rujuk surat jkm pdk 13
(iii) surat perlantikan dikeluarkan oleh pengerusi
jawatankuasa pdk
rujuk surat JKM PDK 14A
(iv) Petugas pdk yang baru perlu menjalani latihan
praktikal selama 2 minggu di pdk berkenaan atau
yang berhampiran.
9.4.2 kemudahan kepada petugas pdk
(i) bayaran sagu hati seperti mana yang ditetapkan
(ii) pelepasan tugas (cuti) sebanyak 10 hari
setahun dan perlu diambil atau dihabiskan dalam
tempoh tahun semasa.
rujuk borang JKM PDK - 25 dan carta JKM PDK 8
(iii) petugas pdk yang melahirkan anak layak
mendapat pelepasan tugas selama 60 hari
termasuk hari minggu dan kelepasan am. Bayaran
sagu hati penuh yang dibenarkan sehingga 3 kali
kelahiran sahaja.
(iv) petugas pdk hanya dibenarkan mengambil cutisakit tidak melebihi 7 hari dalam setahun
(v) petugas pdk yang mengambil cuti lebih
daripada kelayakan tidak layak mendapat sagu hati
bagi hari berkenaan.
9.4.3 Waktu bertugas petugas pdk
(i) di pusat pdk : 4 hari seminggu
pemulihan bersama OKU : 4 jam sehari
pengurusan PDK : 2 jam sehari
(ii) di rumah : 1 hari seminggu : 6 jam sehari
jadual lawatan ke rumah disediakan oleh penyelia
PDK pada setiap bulan.
9.4.4 penamatan kontrak petugas pdk
(i) jawatankuasa boleh menamatkan kontrak
petugas pdk dengan memberi notis secara bertulis
dalam tempoh 7 hari bekerja
(ii) jawatankuasa juga boleh menamatkan kontrak
petugas pdk serta merta dengan membayar sagu
hati sebanyak 7 hari bekerja
(iii) penamatan kontrak petugas pdk adalah
tertakluk kepada keputusan bersama mesyuarat
jawatankuasa pdk
(iv) petugas yang ingin menamatkan kontrak
hendaklah mengemukakan notis secara bertulis
kepada jawatankuasa pdk dalam tempoh 7 hari
bekerja
(v) jawatankuasa pdk boleh mengeluarkan surat
tunjuk sebab ketidakhadiran bertugas petugas pdk
dalam tempoh tertentu
9.4.5 Tugas dan tanggungjawab petugas pdk
(i) mengendalikan program pemulihan OKU
mengikut modul latihan pdk
(ii) mengurus dan mengemaskini rekod di pdk:
(a) buku kehadiran OKU
(b) rekod pendaftaran OKU
(c) rancangan pemulihan OKU
(d) rekod penilaian kemajuan OKU
(e) rekod aktiviti harian penyelia / petugas pdk
(f) rekod lawatan ke rumah(g) rekod aktiviti pdk
(iii) memastikan program / aktiviti dikendalikan
dengan teratur dan baik
(iv) membantu penyelia pdk menyediakan laporan
penilaian kemajuan pelatih OKU untuk
dibentangkan di mesyuarat panel penilai pdk
rujuk borang JKM PDK 26
(v) mengadakan lawatan ke rumah OKU
(vi) membantu mendaftarkan OKU dengan JKM
(vii) memberi maklumat, khidmat nasihat danbimbingan berkaitan perkhidmatan OKU kepada
ibubapa OKU
(viii) membantu penyelia pdk menyediakan senarai
penyertaan pelan perlindungan berkelompok OKU
rujuk borang JKM PDK 27 dan senarai penyertaan
pelan perlindungan berkelompok OKU (ibubapa /
penjaga)
rujuk borang JKM PDK 28
9.5 Latihan dan kursus petugas pdk
(i) petugas pdk hendaklah menyertai kursus asas
petugas pdk yang ditetapkan oleh Jabatan
Pembangunan OKU dalam tempoh setahun dari
tarikh lantikan
(ii) petugas hendaklah digalakkan menghadiri
latihan lain yang bersesuaian
-
7/29/2019 Prinsip Dan Etika Dalam Kerja Sosial Nota..................
3/3
3
Prinsip dan etika kerja sosial
di pelbagai peringkat
DEFINISI
Satu seni (art), sains, dan sebagaisatu profesion yang menolong
manusia untuk menyelesaikan
masalah mereka sama ada secara
personal, kumpulan (terutamanya
keluarga) dan juga masalah-masalah
komuniti (Farley & Etc. all, 2006).
Kerja sosial profesional bekerjadengan orang-orang untuk :-
- meningkatkan kemampuan
dan kefungsian sosial mereka
- mengakses sumber-sumberdan sokongan sosial
- membangun perkhidmatan
manusia yang responsif dan
humanistik memperluaskan
struktur sosial masyarakat
yang
- memberi peluang kepada
setiap warga negara.
Kerja sosial menjalankan Amalandalam lima konteks, iaitu politik,
geografi, sosioekonomi, budaya danspiritual.
Prinsip asas kerja sosial adalah prinsipkemanusiaan dan keadilan sejagat
(definisi yang diterima pakai IFSW
General Meeting in Montreal Canada,
July 2000). Kerja sosial adalah satu profesion
yang ingin membawa perubahan
sosial kepada masyarakat secara
umum pada peringkat pembentukan
perkembangan individu.
FALSAFAH KERJA SOSIAL
Berdasarkan Kamus Dewan, falsafahmerupakan pengetahuan tentang
pengertian yang dianggap sebagai
ilmu yang tertinggi yang menjadi
dasar ilmu-ilmu lain. Falsafah merangkumi gugusan
kepercayaan, sikap, nilai, prinsip
etika dan Amalan yang dipegang olehprofesion tersebut.
Persoalan falsafah ataupun masalah
falsafah ialah topik yang
dibincangkan dalam bidang falsafah.Kategori Bidang Falsafah
a) Metafizik
Bidang falsafah yangmemikirkan tentang sesuatu kewujudan
di dunia ini meliputi aspek semula jadi,
manusia dan ketuhanan.
b) Epistemologi - Bidang falsafah yang
memikirkan tentang ilmu pengetahuan.
c) Etika Bidang falsafah yang
memikirkan tentang persoalan moral
pada manusia seperti tindakan yang
dilakukan, perbezaan tindakan moral dan
tidak bermoral, serta tindakan yang betul
dan salah.d) Logik Bidang falsafah yang mengkaji
penaakulan manusia.
e) Estetika Bidang falsafah yang
memikirkan tentang keindahan.
Falsafah kerja sosial amat berkaitrapat dengan pegangan nilai Prinsip-
prinsip Teknik Amalan Kerja Sosial
Pumphrey (1957) yang dipetik Siporin
(1975) membincangkan pengertian
nilai pada tiga peringkat.
Nilai ultimasi dan nilai-nilai abstrak.Nilai-nilai intermidiasi. Nilai-nilai
instrumental atau operasional.
top related