presiden angkasa majlis perasmian koperasi ihsan...

Post on 15-Mar-2021

15 Views

Category:

Documents

0 Downloads

Preview:

Click to see full reader

TRANSCRIPT

1

TALKING POINTS

YBHG. DATO’ ABDUL FATTAH ABDULLAH

PRESIDEN ANGKASA

MAJLIS PERASMIAN KOPERASI IHSAN

RAKAN NIAGA FAZIL GROUP BERHAD

(KOPIRNAFG)

2

20 DISEMBER 2020 (AHAD)

10:00 PAGI

HOTEL AMES, JALAN PKAK 2,

PUSAT KOMERSIAL AYER KEROH,

MELAKA

_____________________________________

3

Bismillahirrahmaanirrahim

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Terima Kasih Kepada Pengacara Majlis

4

{SALUTASI DISEDIAKAN URUSETIA

MAJLIS}

1. Alhamdullilah bersyukur kita ke hadrat ALLAH S.W.T. atas limpah rahmat serta keizinanNya, kita dapat bersama-sama hadir dalam majlis pagi

ini.

5

2. Terlebih dahulu, saya mengambil kesempatan ini merakamkan setinggi-

tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua yang hadir dan sudi menjemput saya untuk merasmikan

Majlis Perasmian Koperasi Ihsan Rakan Niaga Fazil Group Berhad (KOPIRNAFG). Terima kasih juga

kepada urusetia majlis yang telah

6

berusaha memastikan program ini berjalan dengan lancar.

Hadirin yang dihormati sekalian

3. Sesebuah koperasi hendaklah bergerak berlandaskan prinsip-prinsip

koperasi yang menjadi pegangan

7

setiap anggota yang berpegang kepada nilai sadik, amanah dan telus.

Anggota koperasi menjadi tulang belakang yang berperanan menyokong setiap aktiviti kerana

koperasi dimiliki dan dikawal secara demokrasi oleh anggota yang menjadi pelanggan utama dalam koperasi.

8

4. Bagi sesebuah koperasi yang baru ditubuhkan, setiap anggotanya

harus mengetahui aktiviti ekonomi yang hendak diceburi oleh koperasi. Maka di sinilah anggota perlu jelas dengan Prinsip Ketiga Koperasi iaitu Penglibatan Ekonomi oleh Anggota. Koperasi perlu jelas akan prinsip-prinsip

9

koperasi yang menjadi pegangan gerakan koperasi.

5. Masa depan koperasi bergantung kepada sejauh mana keberkesanan

anggota memainkan peranan masing-masing. Maju mundur sesebuah koperasi terletak pada sumbangan

10

dan penyertaan anggotanya dalam setiap aktiviti yang dijalankan.

6. Dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu akibat pandemik Covid-19, koperasi perlu mengambil langkah proaktif dan merebut peluang perniagaan yang berimpak tinggi yang mampu menjana ekonomi

11

koperasi. Ini boleh dilakukan melalui jalinan kerjasama dengan koperasi-

koperasi maju atau bekerjasama dengan organisasi perniagaan yang berdaftar dengan Suruhanjaya

Syarikat Malaysia (SSM).

Hadirin yang dihormati sekalian

12

7. Kemajuan sesebuah koperasi

terletak pada komitmen dan tanggungjawab yang dimainkan oleh anggota serta barisan pengurusan koperasi. Pentadbiran koperasi haruslah dikendalikan Lembaga yang dilantik oleh anggota dalam Mesyuarat Agung. Lembaga koperasi

13

bertanggungjawab melaksanakan segala dasar yang telah diputuskan

dalam Mesyuarat Agung. 8. Koperasi perlu mempunyai kepimpinan yang jujur, dinamik dan

progresif dan mampu membawa koperasi ke tahap lebih tinggi dengan mengamalkan kaedah terbaik (best

practices) dalam setiap aspek

14

koperasi. Anggota berhak untuk memilih dan melantik pemimpin yang

dirasakan berkebolehan dan berwibawa untuk membawa koperasi ke peringkat seterusnya.

Hadirin yang dihormati sekalian

15

9. Mengikut perangkaan SKM sehingga Disember 2019, bilangan

koperasi berjumlah 14,625 buah di seluruh negara yang melibatkan jumlah keanggotaan individu seramai

6.098 juta orang. Manakala modal syer

pula berjumlah RM15,388.96 juta dan

aset sebanyak RM146,776.53 juta yang

16

menjana perolehan sehingga

RM45,797.06 juta.

10. Ini jelas menunjukkan sektor koperasi memberi sumbangan besar kepada ekonomi negara. Sasaran

sektor koperasi menyumbang RM55

bilion kepada ekonomi negara mampu direalisasikan sekiranya

17

ANGKASA dan pihak-pihak berkaitan membuat rancangan perniagaan

koperasi yang lebih berkesan. 11. Untuk makluman, sehingga

Oktober 2020, bilangan koperasi yang menjadi ahli ANGKASA berjumlah

18

10,450 buah dari 14,625 yang berdaftar dengan SKM.

Hadirin yang dihormati sekalian 12. Sebagai badan puncak gerakan koperasi, ANGKASA sentiasa bersedia membantu koperasi menjalankan

aktiviti dan perkhidmatan yang dapat

19

memberi pulangan sosio ekonomi yang bermanfaat untuk anggota dan

koperasi. 13. ANGKASA sentiasa merancang

projek-projek perniagaan berimpak tinggi untuk diceburi koperasi bagi memacu sektor koperasi ke arah

berpendapatan tinggi dan

20

menyumbang kepada pendapatan negara.

14. ANGKASA percaya melalui pelaksanaan 8 buah sektor peneraju mengikut kluster bidang yang diceburi koperasi, gerakan koperasi di Malaysia akan lebih maju dan berdaya saing.

Hadirin yang dihormati sekalian

21

15. Pada pagi ini juga kita akan

menyaksikan Majlis Menandatangani Memorandum Perjanjian Antara (MoU) antara Koperasi Ihsan Rakan Niaga

Fazil Group Berhad (KOPIRNAFG) dengan dua rakan niaga iaitu Hotel Ames dan Y.M Tengku Dato’ Dr.

Hishamuddin Zaidi bin Y.A.M Tengku

22

Bendahara Azman Shah Alhaj.

16. Kerjasama perniagaan merupakan satu langkah bijak yang dapat memacu organisasi perniagaan selangkah ke hadapan. Melalui persefahaman ini, diharap pihak yang terlibat dapat memperluas jaringan perniagaan melalui perkongsian aktiviti

23

operasi dan perkhidmatan dalam perniagaan.

Akhir kata, dengan lafaz Bismillahirrahmaanirrahim, saya

dengan ini merasmikan Majlis Perasmian Koperasi Ihsan Rakan Niaga Fazil Group Berhad (KOPIRNAFG).

24

Sekian, terima kasih.

top related