pra3106 (nyanyian dan gerakan)
Post on 23-Oct-2015
140 Views
Preview:
TRANSCRIPT
PRA3106 (Perkembangan Kreativiti Dalam Pendidikan Prasekolah)
PENGENALAN
Kreativiti merupakan proses yang berterusan dan biasanya merujuk kepada
seseorang untuk memproses maklumat yang menghasilkan sesuatu yang baru dan
asli. Kreativiti lazimnya berkait rapat dengan penghasilan sesuatu yang asli. Walau
bagaimanapun, terdapat pelbagai pendapat proses yang terlibat dalam aktiviti kreatif
dan kemudahan menggembangkannya dalam diri manusia.
Kreativiti berasal daripada perkataan Latin iaitu “creare” yang membawa
maksud “membuat”. Manakala daripada perkataan Greek bermaksud “memenuhi’.
Kamus Dewan, (2002) mentakrifkan kreativiti sebagai satu kemampuan dan
kebolehan mencipta daya kreatif. Manakala kreatif pula sebagai mempunyai
kebolehan mencipta, menghasilkan dan mengembangkan sesuatu idea baru dan
asli. Ringkasnya, kreativiti adalah kebolehan dan kemampuan seseorang
menghasilkan sesuatu yang kreatif, baru dan asli.
Kreativiti ialah semangat yang tidak boleh diajar tetapi boleh disemai dan
dipupuk di kelas. Kreativiti adalah terbuka, segar, baru, tersendiri, unik dan
merupakan naluri semulajadi kanak-kanak. Kreativiti adalah kuasa membantu
kanak-kanak mengembangkan potensi sepenuhnya. Setiap kanak-kanak
menunjukkan kreativiti mereka dalam bentuk dan tahap berbeza seperti lukisan dan
kraf, muzik, drama dan lakonan.
Menurut Gardner (1999), kreativiti kanak-kanak boleh ditingkatkan melalui
cara berikut:
Pendedahan awal kepada individu lain yang selesa mengambil risiko dan
yang tidak mudah mengalah.
Membentuk hubungan dengan rakan sebaya yang rela diuji dan tidak takut
gagal.
1
PRA3106 (Perkembangan Kreativiti Dalam Pendidikan Prasekolah)
Memberi peluang untuk cemerlang dalam sekurang-kurangnya satu aktiviti
atau bidang yang diceburi.
Menyediakan persekitaran keluarga yang menggalakkan atau mewujudkan
hubungan toleransi terhadap sifat kanak-kanak yang gemar mencabar
autoriti.
Member peluang untuk cemerlang dalam sekurang-kurangnya satu aktiviti
atau bidang yang diceburi.
Guru adalah pemangkin kepada kelas yang kreatif. Seseorang guru perlu
menetapkan tahap dan fasa dan sediakan sesuatu yang menarik.
Pfeiffer (dalam Goetz, 1981:297) mendefinisikan kreativiti sebagai kebolehan
mencipta produk kreatif yang baru, asli dan unik yang menunjukkan tahap kejayaan
yang tinggi dalam bidang yang berkaitan. Ahli psikologi yang paling banyak
memberi sumbangan terhadap bidang kreativiti ialah Ellis Paul Torrance.
Howard Gardner (1983), merupakan orang yang bertanggungjawab
mengasaskan teori kecerdasan pelbagai. Beliau merupakan seorang ahli
psikologi Jerman terkenal dan berpengaruh dari Universiti Havard. Gardner
(1983) menyatakan bahawa manusia mempunyai sekurang-kurangnya lapan
kecerdasan dan pada tahun 1999 Gardner menyatakan bahawa semua ada satu
lagi kecerdasan iaitu Kecerdasan Spiritual.
2
PRA3106 (Perkembangan Kreativiti Dalam Pendidikan Prasekolah)
Rajah: 9 Teori Kecerdasan Pelbagai (Howard Gardner)
3
TeoriKecerdasan
Pelbagai
Muzik
IntrapersonalInterpersonal
Logikal Matematik
KinestetikNaturalis
Linguistik
Ruang
Existensal
PRA3106 (Perkembangan Kreativiti Dalam Pendidikan Prasekolah)
Muzik
Menurut Campbell (1995) muzik adalah suatukesenian yang tertumpu pada apek
pendengaran atau aural. Oleh yang demikian,muzik boelh diperkenalkan kepada
bunyi dan kanak-kanak prasekolah dalam bentuk elemen bunyi.
Manakala pergerakan telah didefinisikan sebagai satu cara terbaik bagi
kanak-kanak adalah dengan cara “,melakukan” (learning by dong: Dalcroze 1950)
kerana tubuh adalah alat paling utama dan merupakan asas keseluruhan
pergerakan muzik dan seterusnya mengembangkan daya komunikasi yang
mengintegrasikan telinga (pendengaran), minda dan tubuh badan sebagai respon
fizikal secara improvisasi.
Pergerakan adalah perlakuan atau aksi individu yang berlaku secara
automatis, spontan dan terurus. 3 jenis pergerakan mengikut perkembangan dari
mudah ke kompleks iaitu:
Gerakan mengikut lirik lagu
Gerakan asas dengan muzik
Interpretasi muzik dan gerakan
Gerakan bebas dengan muzik
Gerakan yang menunjukkan tema
Kecerdasan muzik salah satu kecerdasan yang ada pada manusia.
Kecerdasan muzik ialah kepekaan terhadap unsur-unsur yang berkaitan dengan
bunyi dan muzik. Kanak-kanak yang mempunyai kecerdasan ini peka kepada
rentak, tala dan nada.
4
PRA3106 (Perkembangan Kreativiti Dalam Pendidikan Prasekolah)
Menurut Gardner, terdapat bahagian-bahagian di hemisfera kanan otak
manusia yang memainkan peranan penting dalam membentuk persepsi dan
produksi muzik. Tambahan pula terdapat bukti kajian-kajina berkaitan dengan ciri
perkembangan bayi yang menunjukkan bahawa mereka mempunyai kebolehan
semula jadi untuk memproses aspek-aspek muzik.
Pada pandangan Gardner, struktur kecerdasan muzik dalam otak hampir
selari dengan struktur kecerdasan linguistik. Semua orang mempunyai tahap
kecerdasan muzik yang pelbagai. Tetapi pada umumnya, semua orang boleh dan
harus digalakkan mengembangkan kebolehan muzikal mereka. Aspek muzik dalam
teori kecerdasan Gardner telah merangkumi aspek-aspek yang ditekankan dalam
pendekatan Dalcroze, Kodaly dan Orff daripada pelbagai aspek.
Aktiviti nyanyian dan pergerakan memberi peluang kepada kanak-kanak
untuk merealisasikan imaginasi mereka didalam pelbagai cara. Ini termasuklah
aktiviti seni seperti melukis, mewarna, kraf tangan, muzik, nyanyian dan sebagainya.
5
PRA3106 (Perkembangan Kreativiti Dalam Pendidikan Prasekolah)
6
RANCANGAN PENGAJARAN SLOT)
PRA3106 (Perkembangan Kreativiti Dalam Pendidikan Prasekolah)
Rancangan Pengajaran Slot
Nama Kelas : Prasekolah Hikmah
Tarikh : 27 Ogos 2012 (Isnin)
Masa : 8.10 – 8.30 (20 minit)
Bil Pelajar : 25 orang
Modul : Bertema
Tunjang Utama : Perkembangan Fizikal & Estetika - Kreativiti
Standard Kandungan : KTI 2.1 (Mengambil bahagian dalam aktiviti menyanyi) KTI 2.2 (Mengambil bahagian dalam aktiviti memainkan perkusi)
Standard Pembelajaran : KTI 2.1.13 (Menyanyi dengan gerakan) KTI 2.2.6 (Memainkan perkusi mengikut tempo laju –lambat)
Kesepaduan Tunjang : BM 2.1.3 (Berbual menggunakan ayat yang mudah dengan sebutan yang betul.)
PSE 2.2 (Membina semangat dan sikap yang positif) Objektif pembelajaran : Pada akhir pengajaran murid-murid dapat:
Menyanyi lagu dan bermain alat perkusi dengan betul.
Pengetahuan sedia ada : Murid mengenali haiwan katak.
Kemahiran berfikir (KBKK) : Mengelaskan
Penerapan nilai : Rajin dan berani
Bahan bantu mengajar : CD, Laptop, Prop Pokok, Alat perkusi. Pen marker, papan putih.
7
PRA3106 (Perkembangan Kreativiti Dalam Pendidikan Prasekolah)
Kecerdasan pelbagai (MI) : Linguistik, naturalis, interpersonal.
Kosa kata : maju, usaha.
Masa/
Langkah
Isi Pelajaran Aktiviti Catatan
Set induksi(2 minit)
Teka-teki
Contoh teka teki:
Saya seekor haiwan,
berkaki empat.
Badan saya
berwarna hijau.
Siapakah saya?
Contoh jawapan:
Katak
Guru memberi teka teki kepada murid.
Contoh teka teki:
Saya seekor haiwan,
berkaki empat.
Badan saya berwarna
hijau. Siapakah saya?
Contoh jawapan:
Katak
Fokus MI :
Interpersonal
Perkembangan P&P
Langkah 1(2 minit) Menulis dan
mengeja perkataan katak.
Guru memilih dua orang murid untuk menulis perkataan katak di papan putih.
Murid mengej perkataan katak bersama-sama.
Papan putihPen Marker
Langkah 2
(5 minit)
Menyanyi lagu
“Lompat si katak
lompat” dengan
iringan muzik.
Guru menyanyi lagu “Lompat si katak lompat” bersama-sama murid tanpa membuat gerakan
Nilai:Memberi perhatian
Bahan:CD
8
PRA3106 (Perkembangan Kreativiti Dalam Pendidikan Prasekolah)
Lirik lagu:
Lompat si katak
lompat
Lompatlah tinggi-
tinggi.
Cepatlah adik cepat
Cepatlah bangun
pagi-pagi………
Laptop
KBKK:Mengelas
Langkah 3(7 minit)
Membuat gerakan dan bermain alatan perkusi.
Guru membimbing beberapa orang murid untuk bermain alatan perkusi.
Dua orang murid menjadi katak.
Seorang murid akan menyanyi lagu “ Lompat sikatak lompat” diiringi dengan muzik.
Bahan:CDLaptopPropAlatan Perkusi
Nilai:BeraniMemberi perhatian
Penutup(4 minit)
Menyanyi beramai-ramai.
Murid beramai-ramai menyanyi lagu “lompat si katak lompat”
Refleksi guru : Selepas proses pengajaran dan pembelajaran, murid dapat menyanyi dengan betul dan bermain alat perkusi dengan baik mengikut tempo.
9
PRA3106 (Perkembangan Kreativiti Dalam Pendidikan Prasekolah)
LAPORAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Laporan Perancangan (Sebelum)
Seni visual, muzik dan pergerakan, sosio drama, boneka dan sastera awal kanak-
kanak adalah antara elemen-elemen yang boleh digunakan terhadap pengajaran di
prasekolah. Ini kerana elemen-elemen yang diperkenalkan ini mempunyai unsur
kecindan. Sesuatu yang menyeronokkan, menghiburkan dan menarik. Tambahan
pula dengan fitrah kanak-kanak yang gemar bermain. Kaedah bermain sambil
belajar adalah kaedah terbaik untuk dilaksanakan oleh guru prasekolah terhadap
anak-anak muridnya.
Maka, elemen-elemen yang diperkenalkan ini boleh menjadi suatu permainan
yang menghiburkan dalam penyampaian sesuatu pembelajaran. Oleh itu, adalah
sangat penting bagi seseorang guru prasekolah supaya dapat menguasai elemen-
elemen tersebut bagi memudahkan proses penyampaian pengajaran di prasekolah.
Oleh itu, pada kali ini kami telah menerima tugasan PRA 3106 –
Perkembangan Kreativiti dalam Pendidikan Prasekolah yang memerlukan kami
mencari maklumat berkaitan seni visual serta muzik dan pergerakan.
Kami juga perlu membuat suatu muzik dan gerakan. Semasa perancangan,
untuk muzik dan gerakan ini, kami telah memilih lagu ‘Katak si katak Lompat”. Ini
disebabkan murid-murid pernah mendengar lagu tersebut. Kami juga akan
menyediakan alat perkusi serta prop-prop yang berkaitan.
10
PRA3106 (Perkembangan Kreativiti Dalam Pendidikan Prasekolah)
Bagi menjayakan tugasan ini, pada peringkat awal kami telah mengagihkan
tugasan. Sumber utama rujukan kami untuk membuat kajian ini adalah melalui
internet dan buku-buku yang berkaitan dengan muzik dan gerakan.
Setelah kami dapat memahami perkara-perkara yang terkandung dalam
elemen seni visual, muzik dan pergerakan. Kami perlu juga menerapkan nilai-nilai
dalam aktivti tersebut. Ini memandangkan di dalam lagu ’Lompat Si Katak Lompat”
ada unsur-unsur nasihat yang berguna untuk murid-murid prasekolah.
Sehari sebelum perlaksanaan aktiviti ini, kami telah menyediakan prop seperti
pokok, batu yang dibuat sendiri oleh guru-guru di sekolah SK Seri Bandar.
Malangnya kostum untuk katak tidak dapat disediakan kerana telah rosak. Kami
berasa hampa tetapi kami teruskan juga aktiviti yang akan dijalankan pada
keesokkan harinya. Murid-murid telah dilatih dengan lagu ”Lompat Si Katak Lompat”
terlebih dahulu agar aktiviti yang akan di jalankan pada esoknya berjalan dengan
lancar.
Aktiviti muzik dan gerakan yang kami rancang ini, akan dilakukan di sekolah
Puan Norazurah binti Tongpang iaitu di SK Seri Bandar. Ini berdasarkan terdapat
beberapa kemudahan yang bolrh diperolehi di sekolah ini.
11
PRA3106 (Perkembangan Kreativiti Dalam Pendidikan Prasekolah)
Laporan Perlaksanaan (Semasa)
Akhirnya, pada hari yang ditunggu-tunggu pun tiba. Semasa aktiviti yang
hendak dijalankan, murid-murid sangat gembira kerana hendak menyanyi dan
bermain alat perkusi. Kami telah menyusun porp pokok, batu dan rumput di
hadapan kelas.
Kami juga menyediakan alat-alat atau bahan yang hendak digunakan semasa
aktivit ini. Beberapa alat perkusi sahaja yang digunakan bersama-sama dengan
nyanyian ”lompat si katak lompat”.
Beberapa orang murid yang telah dipilih mengambil alat perkusi dan
mengambil tempat. Semasa proses pengajaran dan pengajaran dilakukan, murid-
murid begitu menumpukan perhatian terhadap pengajaran yang disampaikan.
Murid-murid amat bekerjasama di antara satu sama lain.
Semasa aktiviti perkembangan proses pengajaran dan pengajaran, iaitu
aktiviti nyanyian dan gerakan murid-murid dapat melakukan denan baik walaupun
terdapat sedikit kesilapan. Banyak kekuatan yang telah dikenal pasti melalui
tugasan ini, namun kelemahan tetap wujud dan kelemahan-kelemahan ini haruslah
diperbaiki supaya menjadi lebih baik pada masa akan datang.
12
PRA3106 (Perkembangan Kreativiti Dalam Pendidikan Prasekolah)
Laporan Selepas Aktiviti
Setelah tamat aktiviti pengajaran dan pembelajaran di jalankan, kami telah
mengenal pasti beberapa kekuatan dan beberapa kelemahan sepanjang
pelaksanaan tugasan ini dijalankan. Perkara pertama yang akan kami kupas
terlebih dahulu dalam penulisan ini ialah berkaitan kekutan-kekuatan yang telah
dikenal pasti, diikuti kelemahan-kelemahan beserta jalan penyelesaian bagi
mengatasi kelemahan-kelemahan tersebut.
Kekuatan pertama yang kami peroleh dalam tugasan ini ialah kami telah
menimba sesuatu ilmu yang baru. Sedia maklum ilmu ini boleh hadir dalam
pelbagai bentuk. Namun, dua jenis ilmu yang telah saya peroleh iaitu ilmu melalui
pembacaan dan ilmu melalui pengalaman. Ilmu melalui pembacaan wujud apabila
kami telah mendapatkan maklumat dan mengolah maklumat yang telah dibaca dan
dikaji dalam bentuk grafik. Ilmu dalam bentuk pengalaman pula ialah melalui
pemerhatian dan pengamatan kami dalam muzik dan gerakan yang telah dijalankan.
Ilmu-ilmu ini penting kepada kami walaupun kami telah menjadi guru prasekolah.
Melalui tugasan ini juga menerapkan sikap perkongsian antara kami. Nilai
perkongsian ini sangat penting untuk diterapkan dalam diri seseorang guru. Nilai
perkongsian ini juga dapat menghapuskan sikap mementingkan diri sendiri.
Bayangkan, jika nilai perkongsian ini tidak diterapkan dalam diri guru pelatih mulai
dari masa sekarang, pasti guru-guru yang akan dilahirkan pada masa akan datang
penuh dengan sikap mementingkan diri sendiri. Kesannya, pasti akan membawa
masalah kepada murid-murid dan sistem pentadbiran sekolah.
Selain nilai perkongsian, tugasan ini juga telah melatih kami nilai akan
kerjasama, bertanggungjawab, bertimbang rasa dan menghormati antara satu sama
lain. Tugasan ini memerlukan kerjasama daripada pelbagai pihak. Sekiranya tiada
penerapan nilai-nilai yang dinyatakan sebentar tadi, maka sudah pasti tugas tidak
13
PRA3106 (Perkembangan Kreativiti Dalam Pendidikan Prasekolah)
dapat dijalankan dengan lancar malah tiada keakraban antara kami sebaliknya kami
akan saling bermusuhan. Namun, melalui tugasan ini tiada permasalahan yang
berlaku. Walaupun terdapat beberapa percanggahan idea namun masalah-
masalah ini dapat diatasi dengan baik.
Namun, beberapa kelemahan telah wujud dan kelemahan-kelemahan ini
perlu diperbaiki bagi mendapatkan hasil yang lebih baik pada masa akan datang.
Kelemahan pertama ialah berkaitan dengan waktu tugasan ini diberikan. Waktu
yang diberikan agak singkat kerana kami juga mempunyai komitmen lain selain dari
tempat kerja, kepada keluarga cdan masyarakat.
Dalam tempoh yang singkat ini telah menyukarkan kami membuat persediaan
yang lebih baik untuk membuat gerakan kreatif yang baik. Walau bagaimanapun,
ini tidak bermakna persembahan kami tidak baik, namun sekiranya soalan tugasan
ini diberikan kepada kami dalam tempoh yang lebih awal, insyaallah tugasan ini
dapat kami laksanakan dengan lebih cemerlang lagi.
Walau bagaimanapun, tugasan ini masih boleh diatasi dengan kemudahan
teknologi masa kini iaitu melalui perbincangan jarak jauh antara ahli kumpulan
dengan menggunakan kemudahan-kemudahan laman web seperti email.
Kelemahan seterusnya berlaku semasa aktiviti ini dijalankan. Ini kerana kami
tidak dapat menyediakan kostum untuk katak. Jadi murid-murid yang memainkan
eranan katak tidak menggunakan apa-apa prop. Masalah ini timbul disebabkan
kostum yang ada di sekolah sudah rosak.
14
PRA3106 (Perkembangan Kreativiti Dalam Pendidikan Prasekolah)
Kesimpulannya, walau pun terdapat beberapa kelemahan dalam pelaksanaan
tugasan ini, namun ia masih dapat diatasi bagi mendapatkan hasil tugasan yang
lebih bermutu dan lebih bagus. Namun, banyak ilmu-ilmu baru yang telah kami
peroleh sepanjang menjalankan tugasan ini dan ilmu-ilmu tersebut amat bermakna.
15
PRA3106 (Perkembangan Kreativiti Dalam Pendidikan Prasekolah)
PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Set Induksi (Teka-teki)
16
PRA3106 (Perkembangan Kreativiti Dalam Pendidikan Prasekolah)
Perkembangan P&P
Langkah 1 (Menulis dan mengeja perkataan)
Langkah 2 (Menyanyi)
17
PRA3106 (Perkembangan Kreativiti Dalam Pendidikan Prasekolah)
Langkah 3 (Membuat gerakan dan bermain alat perkusi)
18
PRA3106 (Perkembangan Kreativiti Dalam Pendidikan Prasekolah)
Penutup
19
PRA3106 (Perkembangan Kreativiti Dalam Pendidikan Prasekolah)
RUJUKAN
BUKU
EE Ah Meng (2002) Pedagogi III, Edisi Kedua (Semester III). Selangor : Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Ee Ah Meng (2002) Pedagogi IV, Edisi Kedua (Semester IV). Selangor : Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Jarboe, E.C. (2008). Art theraphy: A proposal for inclusion in school setting.
Kementerian Pelajaran Malaysia. (2008). Kurikulum Bersatu Sekolah Rendah: Seni Visual.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2000). Pendidikan Seni Visual. PPK
Nani Menon. (2005) Permainan, Lagu dan Puisi. PTS Professional.
Poh Swee Hiang (2006) Kemahiran Berfikir. Selangor : Kumpulan Budiman Sdn. Bhd
Teresa M. McDevitt (2004), Child development. Pearson Education, Inc. Torrance
LAMAN WEB
http://www.weac.org/graphics/conven97/gardner.jpg
http://www.thomasarmstrong.com
20
PRA3106 (Perkembangan Kreativiti Dalam Pendidikan Prasekolah)
LIRIK LAGU ” LOMPAT SI KATAK LOMPAT”
21
LAMPIRAN
PRA3106 (Perkembangan Kreativiti Dalam Pendidikan Prasekolah)
LOMPAT SI KATAK LOMPAT
LOMPATLAH TINGGI-TINGGI
CEPATLAH ADIK CEPAT
CEPATLAH BANGUN PAGI-PAGI
KALAU ADIK MALAS LAGI
MALAS BANGUN PAGI
LALALALALALALALALALA
NANTI ADIK RUGI
LOMPAT SI KATAK LOMPAT
LOMPAT TEPI PERIGI
CEPATLAH ADIK CEPAT
CEPATLAH PERGI MENGAJI
KALAU ADIK BERUSAHA
TENTU ADIK BERJAYA
LALALALALALALALALALA
TENTU AMAN BAHAGIA
LOMPAT SI KATAK LOMPAT
LOMPAT TEPI PAGAR
CEPATLAH ADIK CEPAT
CEPATLAH PERGI BELAJAR
ALAT PERKUSI
22
PRA3106 (Perkembangan Kreativiti Dalam Pendidikan Prasekolah)
Tamborin
Loceng
23
PRA3106 (Perkembangan Kreativiti Dalam Pendidikan Prasekolah)
Kastenet
Marakas
24
PRA3106 (Perkembangan Kreativiti Dalam Pendidikan Prasekolah)
Prop
25
top related