powerpoint m2p

Post on 20-Jan-2015

460 Views

Category:

Education

7 Downloads

Preview:

Click to see full reader

DESCRIPTION

Satu Alat bantu untuk membuktikan sifat-sifat sudut dalam bulatan dan boleh digunakan untuk membina berbagai jenis poligon.

TRANSCRIPT

LATIFAH BTE HJ. ARSHAD

SMK SENTUL UTAMA,JALAN IPOH, 51200 KUALA LUMPUR

Selamat Sejahtera

1. Daripada pemeriksaan buku latihan dan analisis ujian prestasi lebih kurang 90% murid tidak dapat menjawab soalan berkaitan dengan bulatan dan tidak dapat menentukan hubungan antara sudut yang dicangkum oleh garis tangen dengan perentas yang melalui titik sentuhan tangen adalah sama dengan sudut dalam tembereng selang-sel yang dicangkum oleh perentas. .

2. Untuk mendapat keputusan cemerlang, murid mesti memilih jawapan yang betul dalam tajuk bulatan Kertas 1 SPM.

Contoh soalan berkaitan bulatan : Matematik

Meningkatkan kemahiran murid dalam menentukan sudut antara garis tangen dengan perentas yang melalui titik sentuhan adalah sama dengan sudut dalam tembereng selang-seli yang dicangkum oleh perentas.

Objektif Kajian

1. mengenal pasti garis perentas yang melalui titik sentuhan garis tangen.

2. mengenal pasti garis tangen di suatu titik pada lilitan bulatan.

3. mengenal pasti sudut yang dibentuk oleh tangen dengan perentas

4. mengenal pasti sudut dalam tembereng selang-seli yang dicangkum oleh perentas.

5. menghubungkaitkan bahawa sudut yang dibentuk oleh tangen dengan perentas adalah sama dengan sudut dalam tembereng selang-seli yang dicangkum oleh perentas itu

• Murid Tingkatan 5 Bestari tahun 2013 seramai 19 orang yang akan menduduki peperiksaan peperiksaan SPM 2013. Kumpulan ini diberi perhatian dalam projek ini memandangkan pencapaian matematik mereka yang lemah dalam menjawab kertas 1. Daripada pemeriksaan kertas jawapan, mereka langsung tidak menjawab soalan yang berkaitan dengan bulatan dalam ujian diagnostk dan mereka dapat mengaitkan sifat-sifat sudut dalam bulatan yang telah mereka pelajari di peringkat menengah randah lagi.

top related