pola ayat

Post on 10-Dec-2015

636 Views

Category:

Documents

69 Downloads

Preview:

Click to see full reader

DESCRIPTION

BM

TRANSCRIPT

TATABAHASA : POLA AYAT

PUAN LINDA BINTI ZAINALSMK BANTING, TELOK

DATOK,42700 BANTING.

FRASA NAMA (FN) + FRASA NAMA (FN)

FRASA NAMA (FN) + FRASA KERJA (FK)

FRASA NAMA (FN) + FRASA ADJEKTIF (FK)

FRASA NAMA (FN) + FRASA SENDI (FS)

JENIS-JENIS POLA AYAT

POLA AYAT

Ayat dasar atau ayat inti ialah ayat yang menjadi dasar atau sumber kepada pembentukan ayat lain.

Ayat ini terdiri daripada satu subjek dan satu predikat.

Ayat boleh wujud dalam dua keadaan, iaitu ayat susunan biasa – mempunyai subjek di hadapan dan di belakang dan kedua ayat susunan songsang – mempunyai predikat di hadapan dan subjek di belakang.

POLA AYAT FRASA NAMA (FN) + FRASA NAMA

(FN)

Subjek dalam ayat terdiri daripada frasa nama (FN) iaitu terkandungnya kata nama (am, khas, abstrak, kata ganti nama).

Predikat dalam ayat juga terdiri daripada frasa nama (FN) iaitu terkandungya juga kata nama (am, khas, abstrak).

FRASA NAMA(FN) + FRASA NAMA (FN)

Contoh :

Encik Vijaya peguam. S P

“Encik Vijaya” ialah frasa nama bertugas sebagai

subjek. “peguam” ialah frasa nama bertugas sebagai predikat.

Contoh :

Puan Maisarah Pengetua Sekolah Menengah Seri

S P Garing. “Puan Maisarah ialah frasa nama bertugas

sebagai subjek. “Pengetua” ialah frasa nama

bertugas sebagai predikat.

Subjek dalam ayat terdiri daripada frasa nama (FN) iaitu terkandungya kata nama (am, khas, abstrak, kata ganti nama).

Predikat dalam ayat terdiri daripada frasa kerja (FK) iaitu terkandungnya kata kerja (makan, lari, tidur, cuci dan sebagainya).

POLA AYAT :FRASA NAMA (FN) + FRASA KERJA (FK)

Contoh :

Irshad bermain bola. S P “Irshad” ialah frasa nama bertugas sebagai subjek. “bermain bola” ialah frasa kerja yang bertugas sebagai predikat.

Contoh :

Kakak menyapu sampah di halaman rumah. S P “Kakak” ialah frasa nama bertugas sebagai subjek. “menyapu sampah di halaman rumah” ialah frasa kerja bertugas sebagai predikat.

Subjek dalam ayat terdiri daripada frasa nama (FN) iaitu terkandungnya kata nama (am, khas, abstrak, kata ganti nama).

Predikat dalam ayat pula terdiri daripada frasa adjektif (FA) iaitu terkandungnya kata adjektif (perasaan, pancaindera, warna, ukuran, cara, bentuk , waktu, bentuk).

POLA AYATFRASA NAMA (FN) + FRASA

ADJEKTIF (FA)

Contoh :

Athirah sangat pandai. S P “Athirah” ialah frasa nama bertugas sebagai subjek. “sangat pandai” ialah frasa adjektif bertugas sebagai predikat.

Contoh :

Pokok rambutan Encik Othman tinggi-tinggi belaka. S P “Pokok rambutan Encik Othman” ialah frasa nama bertugas sebagai subjek. “tinggi-tinggi belaka” ialah frasa adjektif bertugas sebagai predikat.

Subjek dalam ayat terdiri daripada frasa nama (FN) iaitu terkandungnya kata nama (am, khas, abstrak, gati diri).

Predikat dalam ayat terdiri daripada frasa sendi (FS) iaitu terkandungnya kata sendi nama (di, ke, kepada, pada, dari, daripada, untuk)

POLA AYAT FRASA NAMA (FN) + FRASA SENDI (FS)

Contoh :

Shafiq ke Pulau Pinang. S P “Shafiq” ialah frasa nama bertugas sebagai subjek. “ke Pulau Pinang” ialah frasa sendi bertugas sebagai predikat.

Contoh :

Terdapat kebun durian dan rambutan di hadapan S P rumah emak. “Terdapat kebun durian dan rambutan” ialah frasa nama bertugas sebagai subjek. “di hadapan” ialah frasa sendi bertugas sebagai predikat.

Nyatakan pola ayat bagi ayat-ayat di bawah sama ada FN+FN, FN+FK, FN+FA atau FN+FS.

1. Jambatan Pulau Pinang terpanjang di Asia Tenggara.

2. Kanak-kanak bertindak kasar kerana hendak mendapatkan perhatian.

3. Kami sekeluarga ke tepi pantai setiap hujung minggu. 4. Bencana tsunami telah melanda kawasan Pantai Timur Jepun.

LATIHAN PENGUKUHAN

5. Peserta dari Sabah memenangi pertandingan dalam program televisyen realiti itu.

6. Suspek kejadian langgar lari itu sudah ditangkap oleh polis semalam.

7. Kepulangan pemain badminton negara disambut dengan meriah di lapangan terbang.

8. Pelajar miskin mendapat bantuan Lembaga Zakat Selangor.

9. Kapal terbang MAS kapal terbang tercanggih Malaysia.

10. Semua kain sutera itu dari negara India dan China.

TAMAT

top related