petua membeli semaian dari nurseri

Post on 20-Jul-2015

176 Views

Category:

Self Improvement

2 Downloads

Preview:

Click to see full reader

TRANSCRIPT

Iskandar Ab Rashid

http://www.tanamsendiri.com

http://facebook.com/Tanamsendiri

1

Jika Beli Semaian Dari Nurseri....Pokok cili, terung, dan lain-lain sayurbuah mengambil masa yang lama untuk mendatangkan hasil.Kadang-kadang ada yang ambil keputusanuntuk beli sahaja semaian dan alih ke halaman rumah. Saya pernah buat begini ketika baru belajar berkebun di rumah.

2

Kelebihan Membeli Semaian:

1. Tidak perlu menjaga semaian ketika pokok masih kecil dan lemah.

2. Dapat tuai dalam masa yang singkat.

3

Namun begitu pilih pokok dengan teliti.

4

1. Pilih pokok yang belum berbuah atau berbunga kerana apabila di alih, pokok akan kena kejutan. Pokok yang dah berbuah atau berbunga perlukan airyang banyak. Jika kena kejutan, pokok tersebut tidak tahan dan akan mati.

5

2. Periksa pokok terutamanya di bawah daun. Pastikan tiada makhluk perosak. Bena, lalat putih dan lain-lain seranggaperosak boleh berjangkit ke halaman rumah melalui tanaman nurseri.

6

3. Periksa tanah. Ulat kekek boleh merebak ke tanah halaman rumah dari tanah semaian dari nurseri.

7

4. Alih di sebelah petang untuk elakkanpokok melalui waktu tengahari di hari pertama pokok dialih.

8

top related