pertumbuhan & perkembangan - · pdf filekonsep pertumbuhan • karl e. garrison :...
Post on 06-Feb-2018
361 Views
Preview:
TRANSCRIPT
PERTUMBUHAN & PERKEMBANGAN
Nordin Tahir
JIP
Konsep Pertumbuhan
• Karl E. Garrison : Perkembangan individu dalam bentuk saiz badan
iaitu perubahan otot, tulang, kulit, rambut dan kelenjar.
•
• Atan Long : Perubahan yang dapat diukur dari satu peringkat ke
satu peringkat yang lain dari semasa ke semasa.
•
• D.S Wright & Ann Taylor : Pertambahan dalam pelbagai sifat luaran
seseorang (sifat jasmani – saiz, tinggi, berat badan dan lain-lain).
Pertumbuhan ialah:
• Perubahan bersifat kuantitatif (perubahan saiz dan struktur
dalam aspek fizikal, mental untuk mencapai kemuncak bila
individu matang.)
• Kuantiti perubahan dapat dilihat dengan nyata atau dapat
diukur berdasarkan peringkat-peringkat pertumbuhan melalui
teknik antropometrik.
• Porter merumuskan bahawa kadar pertumbuhan fizikal
adalah pengasas perihal maju atau lembabnya seseorg
kanak-kanak, tetapi pendapat ini ditentang oleh Franz Voaf.
Faktor-faktor Mempengaruhi Pertumbuhan Manusia
• Potensi yang diwarisi (baka).
• Keadaan kesihatan ibu semasa proses kehamilan.
• Kadar pertumbuhan sebelum lahir.
• Ada atau tidak ada trauma sebelum lahir.
• Pemakanan dan keperluan badan lain dapat dijaga.
• Ada atau tidak kecacatan fizikal.
• Kemudahan perubatan dan kesihatan.
• Keadaan hidup satu budaya atau kebudayaan masyarakat
Ciri-ciri Pertumbuhan:
• Suatu keutuhan dan fenomena pertumbuhan serta perubahan itu
berterusan dan berkualiti.
• Suatu proses yang lengkap dan sempurna.
• Perubahan dapat diukur dan dilihat dengan jelas.
• Pertumbuhan mengikut corak tertentu atau mempunyai arah tertentu
berdasarkan proses kematangan yang dialami.
• Pertumbuhan seseorang mengikut proses kematangan.
• Perubahan dalam pertumbuhan dapat dilihat dengan nyata seperti
tinggi, berat, kadar bentuk badan dan pertumbuhan organ dalaman.
• Struktur mendahului fungsi : struktur kumpulan otot akan menjadi
lengkap sebelum digunakan.
• Peringkat pertumbuhan adalah sama bagi semua individu tetapi
kadar berlainan.
Konsep Perkembangan:
• Crow & Crow : Perubahan secara kualitatif serta cenderung kearah yang lebih baik dari segi pemikiran, rohani, moral dansosial.
• Karl G. Garrison : Perkembangan terhasil daripada tindakanyang saling berkaitan antara perkembangan jasmani danpembelajaran. Semua perkembangan adalah mengikut urutansemula jadi dan bersifat sejagat.
• D.S Wright & Ann Taylor : Perkembangan ialah perubahanberlaku dalam warisan hayat.
• Charls Darwin (pengasas teori evolusi): Jika sistem sarafsesuatu organisma kompleks, maka masa yang diperlukanuntuk matang adalah lama.
Konsep Perkembangan:
• Atan Long : Perubahan kualitatif tidak dapat diukur secara kualitatif
tetapi jelas dilihat perubahan telah berlaku kerana sifat baru
berlainan daripada peringkat awal dan berlaku berterusan daripada
percambahan hingga akhir hayat.
• Beltes, Reese & Nesselroade (1977) : Dengan bertambahumur, perubahan evolusi yang lain akan berlaku iaitu dalambentuk sahsiah, kognitif, moral, fizikal.
• Mohd Nazar (1990) : Perubahan dengan masa iaituperubahan dengan umur dan perubahan daripada jenisevolusi atau ontogenik.
Perkembangan ialah:
• Proses yang berterusan dair lahir hingga kematangan dan
akhir hayat atau proses individu mencapai kematangan
secara berterusan.
• Perubahan kualitatif atau tidak dapat diukur secara kuantitatif
tetapi dapat dilihat perubahannya dengan membuat
perbandingan sebelumnya.
• Berlaku secara cepat dan sukar diramal, contohnya warna
rambut berubah daripada hitam kepada putih (uban).
• Faktor baka dan persekitaran dianggap faktor utama
mempengaruhi perkembangan individu dari segi jasmani.
Emosi, rohani, intelek dan sosial (JERIS).
• Dianggap sebagai perubahan tingkah laku mental.
Ciri-ciri Perkembangan:
• Susunan perkembangan adalah serupa, berperaturan dan dapat
diramal bagi semua ahli dalam sesuatu jenis. Kanak-kanak
berkembang secara berperingkat.
• Perkembangan berlaku mengikut kadar yang berlainan.
• Perkembangan berlaku daripada keadaan menyeluruh kepada
keadaan tertentu.
• Perubahan bersifat kualiti, tidak dapat diukur secara tetap tetapi
dapat dilihat dari perubahan sifat.
• Proses perkembangan berterusan dari permulaan hingga akhir hayat
melebihi peringkat kematangan.
• Perkembangan timbul dari tindakan yang saling berkaitan antara
pertumbuhan jasmani dan pembelajaran.
• Perkembangan dipengaruhi oleh baka dan persekitaran.
Adakah Budin mengalami perkembangan atau pertumbuhan? Berikan alasan anda.
Perbezaan Pertumbuhan Dengan Perkembangan Aspek Pertumbuhan Perkembangan
Umum
Perubahan bersifat kuantitatif Perubahan bersifat kualitatif
Boleh diukur mengikut
peringkat atau masa Tidak boleh dikukur perubahannya
Boleh dilihat perubahan atau diperhatikan Sukar dilihat
Perubahan fizikal (luaran) tinggi otot kelenjar, berat badan
Perubahan dalaman (pemikiran,
rohani, moral, sosial)
Capai kemuncak bila tiba kematangan
Berterusan dari lahir hingga akhir
hayat
Perubahan tingkah laku fizikal
Perubahan tingkahlaku mental
(pemikiran)
JasmaniTinggi, saiz, berat, pertumbuhan gigi, urat daging, saraf
Kemahiran menggunakan anggota
seperti berlari, melompat, berjalan
Mental Bertambah dan berkembang
keupayaan berfikir termasuk perkara yang subjektif
Kemahiran menggunakan bahasa
perkataan, angka, pemikiran ingatan
dan taakulan
Emosi Perasaan sayang, gembira, riang,
suka, cemburu, duka, marah,jijik dan takut
Memahami perasaan menguasai dan
mengamalkan perasaan
ketika marah, takut, cemburu
SosialLuaskan perhubungan dan pergaulan dalam keluarga,
rakan sebaya jiran dan masyarakat
Timbul kesedaran disiplin kumpulan
perbezaan jantina, perasaan &
penyesuaian rakan
Prinsip Pertumbuhan dan Perkembangan:
• Pertumbuhan dan perkembangan berlaku dari umum ke khusus.
Contoh perkembangan ialah bila bayi menangis dan kemudiannya
berfokus kepada sebab yang khusus, seperti lapar atau
ketidakselesaan fizikal.
• Pertumbuhan dan perkembangan yang menunjukkan peningkatan
kerumitan (complexity).Contohnya, pertumbuhan dari otot kasar ke
otot halus. Contoh perkembangan ialah bila kanak-kanak belajar
menyelesaikan masalah harian menggunakan strategi-strategi yang
canggih.
• Pertumbuhan dan perkembangan berlaku pada kadar yang berbeza.
Contoh pertumbuhan ialah pencapaian ketinggian seseorang individu
berbeza pada umur yang sama. Maka adalah menjadi kebiasaan
terdapat kadar pertumbuhan yang berbeza di dalam bilik darjah.
Prinsip Pertumbuhan dan Perkembangan:
• Pertumbuhan dan perkembangan yang mengikut tertib. Contoh
pertumbuhan ialah kematangan kepala mendahului tangan dan kaki.
Perkembangan pula, bila seorang individu membuat sesuatu
sebelum meneruskan yang lain. Contohnya, bayi duduk sebelum
berjalan; mulakan dengan percakapan bayi sebelum bercakap.
• Pertumbuhan dan perkembangan berlaku secara beransur-ansur. Di
dalam permainan badminton, seorang murid yang tidak dapat
melakukan servis dengan betul, akhirnya dapat juga menguasai
kemahiran tersebut walaupun ia mengambil masa.
Kontroversi Baka dan Persekitaran
• Mereka yang menyokong faktor baka percaya bahawa corak
perkembangan kanak-kanak diwarisi sejak lahir dan dikawal separa
atau sepenuhnya oleh kod genetik daripada ibu-bapa.
• Pandangan di pihak yang menyokong faktor persekitaran pula,
berpendapat bahawa perkembangan seseorang individu adalah hasil
dari pengaruh atau pengalaman sejak lahir. Menurut mereka, faktor
yang terlibat termasuk latar belakang keluarga, amalan asuhan
kanak-kanak, kesihatan dan pemakanan, status sosio-ekonomi dan
kualiti sekolah.
Renungkan Persoalan Ini…
• Hasil kajian dari ahli tingkah laku genetik menunjukkan bahawa baka
memainkan peranan yang penting dalam perkembangan personaliti
selain perkembangan fizikal.
• Dari kajian ini juga menunjukkan persekitaran juga memainkan
peranan yang penting. Contohnya, sepasang kembar serupa yang
dibesarkan berasingan tidak mempunyai IQ yang sama seperti
kembar serupa yang dibesarkan bersama-sama. Ini adalah kerana
peranan yang dimainkan oleh persekitaran.
• Kini, kita jarang bertemu dengan ahli psikologi yang menyokong kuat
satu pendapat sahaja. Kebanyakan daripada mereka percaya
bahawa kedua-dua faktor baka dan persekitaran memainkan
peranan yang penting dalam perkembangan individu.
top related