personal financial development

Post on 11-Jan-2016

61 Views

Category:

Documents

5 Downloads

Preview:

Click to see full reader

DESCRIPTION

PERSONAL FINANCIAL DEVELOPMENT. Disediakan oleh : MOHD HISHAM IDRIS www.hishamidris.blogspot.com. PENGURUSAN BELANJAWAN. ‘Celik Kewangan, Ceria Kehidupan’. APA ITU BELANJAWAN?. - PowerPoint PPT Presentation

TRANSCRIPT

PERSONAL FINANCIAL PERSONAL FINANCIAL DEVELOPMENTDEVELOPMENT

PERSONAL FINANCIAL PERSONAL FINANCIAL DEVELOPMENTDEVELOPMENT

Disediakan oleh:Disediakan oleh:MOHD HISHAM IDRISMOHD HISHAM IDRIS

www.hishamidris.blogspot.comwww.hishamidris.blogspot.com

PENGURUSAN PENGURUSAN BELANJAWANBELANJAWANPENGURUSAN PENGURUSAN BELANJAWANBELANJAWAN

‘‘Celik Kewangan, Ceria Celik Kewangan, Ceria Kehidupan’Kehidupan’

APA ITU BELANJAWAN?• Satu pernyataan hasil dan

perbelanjaan bagi masa hadapan yang digunakan sebagai alat perancangan dan pengurusan sumber-sumber yang sedia ada untuk memenuhi keperluan individu dan untuk melaksanakan dasar dan matlamat yang dirancangkan.

SIAPA YANG MERANCANG BELANJAWAN?

• Negara• Negeri• Syarikat• Perniagaan• Pengurus Projek• Ketua Keluarga • INdividu• Sesiapa sahaja yang menjalankan aktiviti

yang melibatkan sumber kewangan / wang.

PERANCANGAN / PENGURUSAN KEWANGAN• Pengurusan Kewangan adalah perihal

menguruskan sumber dan kegunaan dana syarikat / individu agar dapat memaksimumkan nilai syarikat.

• Objektif perniagaan ialah memaksimumkan kekayaan pemilik / individu. (memaksimumkan nilai syarikat / individu).

RANCANG DAN URUS KEWANGAN

• Membolehkan perniagaan / individu membuat perbandingan antara pendapatan dan perbelanjaan wang yang sebenar dengan anggaran yang dibuat.

• Menjadi panduan kepada pihak tertentu untuk menilai permohonan pembiayaan syarikat / individu.

• Memberi maklumat tunai di bank , amaun perlu dibayar kepada pembekal, amaun belum terima pelanggan.

• Mengawal perancangan dan belanjawan.• Mengesan perbelanjaan.• Meramal Pendapatan.• Mengesan sumber kewangan dan kestabilan kewangan.• Mengesan kebolehan dan keupayaan perniagaan

membayar hutang.

BILA MULA MERANCANG?

• Sebelum memulakan perniagaan / sesuatu projek.

• Sebaiknya perlu memulakan perancangan perniagaan / projek, sebelum 6 bulan / 1 tahun sebelum beroperasi.

• SEBELUM DAN SELEPAS BEROPERASI.

• SETIAP MASA (JIKA PERLU).

• ‘GAGAL UNTUK MERANCANG BERERTI ANDA MERANCANG UNTUK GAGAL’.

SEGERA MERANCANG KEWANGAN, JIKA?

• Perbelanjaan melebihi pendapatan.

• Berlaku tunggakan perbelanjaan pada overhead tetap.

• Hutang keliling pinggang. Perbelanjaan melebihi 70% daripada pendapatan.

• Blacklist / CTOS / CCRIS.

• Gangguan mental dan fizikal.

TANDA-TANDA MASALAH KEWANGAN

• Berhutang tanpa melihat kepada kebolehan membayar balik.

• Sentiasa berhutang.

• Tidak mampu membayar balik pinjaman.

• Memohon pinjaman untuk membiayai keperluan hidup.

• Menggunakan kemudahan kredit secara maksimum.

• Tidak menjawab telefon / sentiasa mematikan telefon.

• Bertukar alamat / telefon setiap masa.

• Sentiasa berpindah-randah.

• Kurang menjaga kesihatan mental dan fizikal.

• Masalah rumahtangga.

ASAS PENGURUSAN BELANJAWAN

• Menetapkan matlamat kewangan.

• Menganalisa sumber-sumber yang dimiliki.

• Meramalkan pendapatan yang diperolehi.

• Mencatat perbelanjaan yang dibuat.

• Membezakan keperluan dan kehendak.

• Merekod aktiviti kewangan harian.

• Menilai kewangan secara berkala.

• Memantau / mengawal kewangan secara berkala.

• Memberi maklumbalas untuk penambahbaikan.

PENETAPAN MATLAMAT

• S – SMART

• M – MEASURABLE

• A – ANTTAINABLE

• R – REALISTIC

• T – TIME BOUND

PRINSIP ASAS BELANJAWAN

• PENDAPATAN – PERBELANJAAN = SIMPANAN (DI JAUHI)

• PENDAPATAN – SIMPANAN = PERBELANJAAN (DI INGGINI)

• ‘Kekayaan itu bukan bergantung kepada berapa banyak yang diperolehi / dimiliki, tetapi ia bergantung kepada berapa banyakkah simpanan yang didapati daripada kegiatan yang diusahakan’.

KEPERLUAN VS. KEHENDAK

• Keperluan – Keinginan memiliki sesuatu barangan / perkhidmatan disebabkan untuk memenuhi keperluan asas seperti makanan/minuman, pakaian dan tempat tinggal.

• Kehendak – keinginan memiliki sesuatu barangan / perkhidmatan disebabkan dorongan untuk kepuasan peribadi atau tuntutan hawa nafsu.

PANDUAN PERBELANJAAN

• Melihat keperluan dan kehendak.

• Membuat catatan.

• Melakukan perbandingan harga.

• Cari yang murah dan berkualiti.

• Cari yang mahal dan jaminan tinggi.

• Berjimat ketika susah, Menyimpan ketika senang.

• Berbelanja mengikut keperluan bukan mengikut perasaan.

• Buat kajian pendapatan dan kebolehbayaran individu sebelum berbelanja.

• Memastikan barangan yang dibeli seperti yang dikehendaki.

• Kekuatan mental dan rohani, mendahulukan kepentingan kumpulan melebihi keperluan individu.

• Sentiasa melakukan ‘update’ ekomoni negara, negeri, syarikat dan keluarga.

PERTANYAAN PERBELANJAAN

• Apa yang perlu?

• Bila dikehendaki?

• Di mana diperolehi?

• Bagaimana memperolehi?

• Mengapa perlu dimiliki?

• Kesan / akibat jika memilikinya?

• Kebolehan memiliki?

MARI BERBELANJA & MENCATAT

• Apakah keperluan asas individu? Catatkan 10 barangan / perkhidmatan yang boleh dikategorikan sebagai keperluan asas individu.

• Apakah keperluan asas untuk memulakan perniagaan? Catatkan 10 keperluan bagi memulakankan perniagaan.

AH LONG a.k.a ALONG

• ‘PINJAMAN DAPAT PENUH’

• ‘PINJAMAN TUKAR CEK’

• ‘PINJAMAN UNTUK PENJAJA / PENIAGA’

• PINJAMAN JAMIN LULUS

• ‘KAMI BUKAN ALONG, KAMI CUMA NAK TOLONG’.

• DSB…

SIAPA AH LONG a.k.a ALONG?

• Syarikat persendirian sama ada SDN. BHD. / Enterprise / individu yang memiliki aset / kewangan yang banyak untuk memberi pinjaman kepada individu / syarikat yang memerlukan wang / modal untuk memulakan / menjalankan perniagaan.

• Kebanyakan syarikat SDN. BHD. mempunyai lesen pemberi pinjaman (dikeluarkan oleh BNM, SC dan SSM) akan tetapi syarikat Enterprise kebanyakannya bersembunyi disebalik kedai pajak gadai / membeli emas terpakai.

• Kebanyakan AH LONG menggunakan agen-agen yang tidak bertauliah dalam memasarkan perkhidmatan mereka. Iklan-iklan yang digunakan tidak mendapat kebenaran pihak berkuasa tempat.

• Pinjaman yang diberikan bercorak jangka pendek (kurang 1 tahun) dan pembayaran balik dalam tempoh mingguan / bulanan.

• Kadar faedah pinjaman sangat tinggi iaitu di antara 10% ke 30% sebulan atau seminggu.

PADAH PINJAMAN AH LONG a.k.a ALONG

• Sekiranya pinjaman tidak dapat dilunaskan oleh peminjam, AH LONG akan mencari isteri, anak-anak, adik-beradik, saudara-mara sehinggakan sahabat-handai akan terlibat untuk menyelesaikan hutang mereka.

• Jika tidak selesai juga, AH LONG akan menggunakan kekerasan dengan memenjarakan, menyiksa, mencederakan, mencacatkan serta membunuh sama ada peminjam tersebut, atau isteri, anak-anak, adik-beradik, saudara-mara sehinggakan kepada sahabat-handai.

PUNCA PINJAMAN AH LONG a.k.a ALONG

• Menghadapi kecemasan / kesulitan kewangan yang mendesak.

• Tidak berkelayakan memohon pinjaman bank.

• Proses pinjaman AH LONG mudah.

• Blacklist / CCRIS / CTOS / Bankrup.

• Terpengaruh dengan agen-agen AH LONG.

• Kurang pengetahuan berkenaan pinjaman.

• Keliru dengan perkhidmatan bank dan AH LONG.

• Terpedaya dengan hadiah / promosi yang diberikan.

• Tidak percaya kepada pinjaman bank.

PANDUAN MENGELAK AH LONG a.k.a ALONG

• Melihat keperluan sebenar syarikat / individu.

• Mencari kemudahan kewangan / pembiayaan yang ditawarkan oleh bank / institusi kerajaan.

• Menyelesaikan masalah blacklist / CTOS / CCRIS melalui khidmat perundingan kewangan yang ditawarkan oleh AKPK.

• Mendapatkan khidmat nasihat kewangan kepada pakar yang bertauliah.

• Menjalankan perniagaan / aktiviti individu mengunakan wang sendiri secara kecil-kecilan.

• Menubuhkan gagasan / persatuan / tabung amanah yang boleh digunakan bagi keperluan ahli-ahlikan.

• Mendapatkan maklumat terperinci berkenaan pembiayaan sebelum bersetuju untuk mendapatkan pinjaman.

• Menyimpan dahulu wang sebagai simpanan untuk memulakan perniagaan.

PENDIDIKAN PENDIDIKAN KEWANGANKEWANGANPENDIDIKAN PENDIDIKAN KEWANGANKEWANGAN

‘‘Celik Kewangan, Ceria Celik Kewangan, Ceria Kehidupan’Kehidupan’

APA ITU PENDIDIKAN KEWANGAN?

• Merupakan satu seni dan sains menguruskan wang. Semua individu dan organisasi memperoleh dan mendapatkan wang dan membelanjakan atau melabur wang tersebut.

• Kewangan juga merupakan satu bidang kajian berkaitan dengan wang.

• Melibatkan aktiviti-aktiviti menguruskan kewangan individu, pertubuhan-pertubuhan perniagaan atau bukan perniagaan, pertubuhan kerajaan atau bukan kerajaan dan setiap entiti terbabit dengan wang.

KEPENTINGAN PENDIDIKAN KEWANGAN?

• Memastikan matlamat syarikat dapat dicapai - objektif memaksimumkan kekayaan pemegang saham, memaksimumkan keuntungan & meminimumkan kos.

• Mencapai objektif kewangan. Menguruskan aset tetap dan aset semasa dengan baik Memastikan aliran tunai dapat memenuhi visi dan matlamat syarikat Merancang kewangan mengikut kesesuaian dana syarikat Merancang belanjawan

• Sumber-sumber kewangan dapat digunakan dengan sebaik mungkin - Mengawal aliran sumber kewangan dan perbelanjaan perniagaan dengan baik.

• Mencari alternatif pelaburan yang menjanjikan pulangan yang tinggi dan mengurangkan risiko kerugian - Mendapat kadar pulangan pelaburan dan keuntungan yang lebih tinggi daripada sesuatu pelaburan yang dibuat.

• Mempercepatkan pulangan modal - Mempunyai peluang yang cerah untuk mempercepatkan pusingan modal perniagaan.

KEBIJAKSANAAN MENGURUS KEWANGAN• Menetapkan tujuan kewangan.• Mengkaji penggunaan wang anda.• Kepentingan belanjawan.• Membuat anggaran.• Membuat keputusan pengeluaran.• Perbelanjaan sentiasa tetap dalam

belanjawan dan anggaran.• Anggaran menerusi pendapatan dan

pengeluaran harian, bulanan dan suku tahun.• Sentiasa menyimpan rekod perbelanjaan.

MENABUNG? LALUKAN SEKARANG?

• Tetapkan matlamat menabung.• Tetapkan kadar yang diingini sama ada setiap hari,

minggu, bulan dan tahun.• Kebiasaannya disarankan menabung sebanyak 10%

hingga 30% atau 1/10 atau 1/3 daripada pendapatan individu atau keuntungan syarikat.

• Simpan dahulu pendapatan / keuntungan sebelum berbelanja. Dengan simpanan ini jadikan ianya harta benda yang dapat dimanfaatkan ketika susah dan sesak.

• ‘Harta itu bukan berapa banyak yang dimiliki, tetapi harta itu adalah sesuatu yang membantu kelangsungan hidup di kala kesusahan / berapa lama harta ini bertahan membantu ketika susah atau sesak. Memberi ‘passive income’.

PENGURUSAN HUTANG SEBAIKNYA

• Dapatkan khidmat nasihat AKPK.• Menilai pendapatan dan perbelanjaan.• Menetapkan jumlah komitmen bulanan. Kurangkan komitmen tetap.• Menghimpunkan pinjaman kepada satu bank yang memberi kadar

faedah yang rendah.• Mengurangkan penggunaan Kad Kredit.• Berunding dengan bank untuk memanjangkan tempoh pinjaman.• Berunding dengan bank untuk memberikan rebet / diskaun yang

tinggi bila mahu melunaskan hutang.• Kurangkan mengunakan agen-agen pinjaman untuk menguruskan

pinjaman.• Mempercepatkan menyelesaikan pinjaman, jika prestasi kewangan

syarikat / individu baik / meningkat.• Membuat pinjaman semula / ‘Re-financing’ untuk harta tak alih

seperti kereta, rumah atau pejabat untuk mengurangkan jumlah bayaran balik bulanan yang terpaksa di bayar.

PENGURUSAN PERBELANJAAN

• Pengeluaran yang perlu.• Perbelanjaan yang wajib dilakukan.• Pembayaran hutang.• Pengeluaran tidak wajib.• Perbelanjaan tidak diduga.• Pembiayaan bulanan.

SUMBER-SUMBER PENDAPATAN

• Pendapatan perniagaan.• Gaji.• Pendapatan pertanian.• Pendapatan sambilan.• Pendapatan – Elaun, OT dan Upah.• DSB…

PENGURUSAN PERAKAUNANPENGURUSAN PERAKAUNAN

JURNAL AM, LEDGER, PENYATA JURNAL AM, LEDGER, PENYATA UNTUNG RUGI & KUNCI KIRA-KIRAUNTUNG RUGI & KUNCI KIRA-KIRA

PENGURUSAN KEWANGANPENGURUSAN KEWANGAN

PENYATA ALIRAN TUNAI, PENYATA PENYATA ALIRAN TUNAI, PENYATA PENDAPATAN & ANALISIS TPMPENDAPATAN & ANALISIS TPM

top related