persetiaan & undang pengakap

Post on 15-Jul-2015

257 Views

Category:

Presentations & Public Speaking

37 Downloads

Preview:

Click to see full reader

TRANSCRIPT

KURSUS LATIHAN KEPIMPINAN MANIK KAYU(PENGENALAN)

ALDRIN PETER(9M8WAT)PESURUHJAYA PENGAKAP DAERAHDAERAH SIMUNJAN

PERSETIAAN DAN UNDANG-UNDANG PENGAKAP

Cara melafazkan persetiaan dengan betul

Bahawa dengan sesungguhnya…Saya berjanji dan bersetia….

Yang saya….Dengan seberapa daya upaya saya….

AKAN!Taat kepada Tuhan, Raja, dan Negara…

Menolong orang pada setiap masa..Menurut Undang-undang Pengakap

Sebelum melafazkan persetiaan, sebut “AP”, maka semua ahli Pengakap dan VIP yang memakai seragam Pengakap juga mengangkat tangan

Sebaik sahaja selesai , sebut semula “AP”, maka semua hadirin menurunkan tangan

Kedudukan tangan semasa melafazkan Persetiaan Pengakap

Persaudaraan Pengakap Sedunia

Menurut Undang-Undang Pengakap

Menolong orang pada setiap masa

Taat kepada Tuhan, Raja dan

Negara

Bila dan dimana Persetiaan Pengakap dilafazkan

1. Istiadat bendera2. Istiadat Melantik3. Istiadat Meningkat Naik4.Sebelum memulakan mesyuarat Pengakap

Falsafah Di dalam Persetiaan PengakapPergerakan Pengakap mempunyai tujuan untuk memberi latihan kepimpinan yang berasaskan Prinsip, Persetiaan dan Undang-Undang Pengakap ke arah mencapai nilai murni dan mengeratkan Persaudaraan Pengakap Antarabangsa tanpa mengira warna kulit, agama dan kebudayaan serta bersepadu bagi mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, sosial dan jasmani dengan berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.

Undang-Undang Pengakap

Undang-undang Pengakap yang asal disusun dalam ayat yang jelas dan mudah

difahami untuk menetapkan peraturan yang menjadi asas dalam melahirkan

warganegara yang baik. Undang-undang Pengakap telah menjadi batu asas dalam

Kepengakapan dan memberi garis panduan tentang bagaimana kita seharusnya

menjalani kehidupan seharian kita. B-P mengambil inspirasi untuk menulis Undang-

undang Pengakap daripada kod ‘Bushido’ Pahlawan Samurai Jepun, Undang-

undang puak Red Indian Amerika, kod kesatriaan Pahlawan Eropah (Knights) dan

juga nilai-nilai pegangan dan amalan pahlawan Puak Zulu yang pernah ditemuinya di

Afrika.

1. DIPERCAYAI (Trustworthy)Pengakap adalah seorang yang dipercayai maruah dan kehormatan dirinya.

2. TAAT (Loyal)Pengakap adalah seorang yang taat kepada Yang Dipertuan Agong, kepada Rajanya, Negaranya, Pemimpin-pemimpin pengakapnya, ibu-bapanya, orang-orang diatas dan orang-orang yang di bawahnya

3. BERGUNA (Useful)Pengakap wajib menjadikan dirinya berguna dan menolong orang pada setiap masa. 4. BERSAUDARA (Friend to all)Pengakap itu sahabat kepada sekalian dan saudara kepada lain-lain pengakap walau apa negeri, pangkat dan agamanya sekalipun.

5. BERBUDI (Courteous)Pengakap itu baik dan sempurna budi pekertinya dan sentiasa berbudi.

6. KASIHKAN BINATANG (Friend to animals )Pengakap baik hati dan kasihkan binatang..

7. MENURUT PERINTAH (Obedient)Pengakap itu seorang yang sentiasa menurut perintah dan suruhan ibu-bapanya, kepala patrolnya atau pemimpin-pemimpin pengakapnya dengana tiada apa-apa soalan.

8. TABAH HATI (Cheerful)Pengakap itu seorang yang sentiasa sabar dan manis mukanya dalam kesusahan.

9. BERJIMAT (Thrifty)Pengakap itu jimat dan cermat

10. SUCI FIKIRAN, PERKATAAN PERBUATAN (Reverence)Pengakap itu bersih dan suci fikirannya, perkataannya dan perbuatannya. Pengakap itu sahabat kepada sekalian dan saudara kepada semua ahli pengakap di dunia.

Buat Simulasi Ujian Keahlian yang memerlukan ujian melafazkan Persetiaan Dan Undang-Undang Pengakap

LAUNG AGUNG (ISTIADAT PERHIMPUNAN PENGAKAP KANAK-KANAK

TUJUAN

LAUNG AGUNG (GRAND HAWL)Laung Agung merupakan:1. Tradisi dalam Istiadat Pengakap Kanak-Kanak. 2. Diamalkan di seluruh dunia. 3. Mengingatkan Pengakap Kanak-Kanak supaya ‘BUAT HABIS BAIK” 4. Untuk menghormati tetamu. 5. Melahirkan semangat setiakawan,perpaduan serta membina displin.

Bila diadakan?1. Setiap kali diadakan perjumpaan2. Setiap kali semasa menamatkan perjumpaan.

KEDUDUKAN SEMASA LAUNG AGUNG

Tiang bendera hendaklah dikira sebahagian daripada bulatan yang dibentuk

1. AKELA (Pemimpin) berteriak “PEK…..” (semua PKK berdiri dalam keadaan sedia)

2. AKELA (Pemimpin) berteriak “PEK,PEK,PEK….” (semua PKK mengelilingi AKELA sambil menyahut “P…E….K….”

3. AKELA memerintah PKK membentuk satu bulatan besar dengan memegang tangan. Bila bulatan telah sempurna PKK menjatuhkan tangan

4. AKELA mendepakan tangan >>> PKK mengangkat tumit. 5. AKELA merapatkan tangan ke paha>> a) PKK mencangkung.

AKELA !!!! KITA buat habis baik

Pencabar: KAMU buat habis baik?!!!

ATURCARA ISTIADAT LAUNG AGUNG

Sebaik sahaja selesai AKELA menurunkan tangan;ARAHAN PERTAMA

“Bendera”

Diikuti olehLagu Kebangsaan

Kemudian

Lagu “Ibu Pertiwiku”Diakhiri oleh

Lagu “Pengakap Malaysia”

AKELA akan menyampaikan aktiviti atau sebarang pengumuman untuk perjumpaan pada hari tersebut

Q & A

SISTEM ENAM SEKAWAN

Sejarah Ringkas Sistem SekawanUntuk memahami Sistem Sekawan ini kita perlu melihat kembali akan sejarah pengakap. Gerakan pengakap bermula dengan satu perkhemahan pada tahun 1907 di Pulau Brownsea oleh Baden -Powell.Budak-budak yang meningkat remaja itu telah diberikan pengalaman hidup di luar rumah dan terbuktilah bahawa sekumpulan budak itu dapat membuat banyak kerja dan juga memupuk rasa persaudaraan dan keriangan.Perkhemahan itu adalah satu kejayaan yang besar.Budak-budak yang berkhemah itu telah belajar membuat kerja secara kumpulan iaitu bersama-sama dalam semuahal dan selepas selesai berkhemah, mereka ingin meneruskan semangat ini. Mereka mula berkumpul dalam pasukankecil atau sekawan. Dengan ini lahirlah pergerakan pengakap dan secara otomatis juga lahirlah satu sistem yangsungguh unik iaitu Sistem Sekawan.

Maksud Sistem Sekawan.

BP berkata "Pengakap itu ialah Sistem Sekawan dan Sistem Sekawan ialah pengakap". Sistem Sekawanmengumpulkan budak-budak dalam kumpulan atau 'gang'.

Kalau dilihat dan diteliti Sistem Berpatrol ialah satu asaskepimpinan oleh budak-budak sendiri. Dalam sesuatu Sekawan terdapat Ketua sekawan iaitu seorang pemimpinyang merupakan seorang budak dan dibantu oleh seorang Penolong Sekawan manakala lain-lain budak menjalankantugas sebagai Kuatermaster, Tukang Masak dan perkhidmatan (Service).

Tujuan penting Sistem Sekawan ialah melatih budak-budak menjadi pemimpin dengan bantuan dan kerjasama Pemimpin dewasa dalam unit yang berkenaan. Dengan ini Ketua Sekawan tidak seharusnya menunggu sahaja arahan-arahan daripada Pemimpin mereka tetapi boleh mengambil inisiatif sendiri untuk kepentingan Sekawan mereka. Hal ini menunjukkan seolah-olah satu sekawan itu ialah satu keluarga.

MAJLIS KETUA SEKAWAN

Setiausaha

PENGERUSI

Bendahari

UnguPerangMerahKelabuHijauBiru

Ketua sekawanKuater

Master (QM)Ahli

Penolong

Ketua sekawanKuater

Master (QM)Ahli

Penolong

Ketua sekawanKuater

Master (QM)Ahli

Penolong

Ketua sekawanKuater

Master (QM)Ahli

Penolong

Ketua sekawanKuater

Master (QM)Ahli

Penolong

Ketua sekawanKuater

Master (QM)Ahli

Penolong

Q & A

top related