persepsi pelajar utm terhadap akta u iversiti ......persepsi pelajar terhadap akta universiti dan...
Post on 02-Mar-2021
20 Views
Preview:
TRANSCRIPT
PERSEPSI PELAJAR UTM TERHADAP
AKTA U�IVERSITI DA� KOLEJ U�IVERSITI (AUKU)
SHAMILATUL SOBRI�I BI�TI ABDULLAH
U�IVERSITI TEK�OLOGI MALAYSIA
PERSEPSI PELAJAR UTM TERHADAP
AKTA UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI (AUKU)
SHAMILATUL SOBRINI BINTI ABDULLAH
Laporan Projek Ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada
Syarat Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan
(Pengajian Islam)
Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia
APRIL 2010
iii
DEDIKASI
Alhamdulillah…
Dengan nama ALLAH Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, Segala Puji-Pujian hanya Pada-Mu Ya ALLAH S.W.T. Ku panjatkan kesyukuran
ke atas setiap anugerahmu. Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad s.a.w.
Khas Buat suami tercinta, Mohd Fadzil Fahami bin Mohd Najib Fahami,Ummi, Abah, Mak dan Ayah
Abdullah bin Hassan, Rasidah binti Zakaria, Siti Zubaidah dan Mohd Najib Fahami yang dikasihi. Terima kasih di atas segala pengorbanan dan kasih sayang yang kalian
berikan padaku sehinga berjaya sampai ke peringkat ini. Segala perit jerih tidak akan ku lupakan.
Abang-abang dan adik-adikku, Abdul Rashid Redho, Abdul Rashid Fahmi,
Arwah Shamilatul Saiyidah, Abdul Rashid Siddiqi, Shamilatun Nur, Shamilatul Sufia, Abdul Rashid Muhammadi, dan Shamilatul Shamimi.
Janganlah leka dengan nikmat hidup yang sementara ini, berusahalah untuk menjadi hamba yang berilmu dan bertakwa. Tuntutlah ilmu hingga akhir hayatmu.
Para Pensyarah, Fakulti Tamadun Islam dan Fakulti Pendidikan
Khasnya buat Ustaz Hj Azmi Shah b. Suratman. Jasamu mendidik dan mencurahkan ilmu akan ku hargai selamanya. Hanya Allah sebaik-baik pemberi ganjaran.
Rakan-rakan seperjuangan Sahabatku, terima kasih atas segala dorongan dan sokongan. Suka duka kita bersama akan sentiasa terpahat dihati. Semoga persahabatan ini kekal ke akhir hayat. Doakan
semoga kejayaan ini milik bersama.
iv
PENGHARGAAN
Alhamdulillah. Syukur ke hadrat Allah S.W.T. di atas limpah kurnia-Nya serta
selawat dan salam buat junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w., akhirnya laporan Projek
Sarjana Muda (PSM) ini dapat disiapkan dengan sempurna.
Setinggi penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga buat penyelia yang
dihormati, Ustaz Hj. Azmi Shah Bin Hj. Suratman di atas segala nasihat, dorongan dan
bimbingan serta tunjuk ajar yang telah diberikan sepanjang proses pembikinan laporan
ini.
Jutaan terima kasih juga buat pensyarah-pensyarah Fakulti Tamadun Islam dan
Fakulti Pendidikan di atas tunjuk ajar yang diberikan membantu melengkapkan lagi
laporan ini.
Terima kasih kepada pelajar SPI yang telah memberikan kerjasama yang
sebaiknya di sepanjang proses mengedarkan soal selidik. Buat sahabat-sahabat tahun
akhir Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Pengajian Islam) sesi 2009/2010, terima
kasih kerana memberikan sokongan dalam usaha menyiapkan projek ini.
Akhir kata, kepada semua individu yang terlibat secara langsung atau tidak
langsung, terima kasih diucapkan. Semoga Allah melipatgandakan pahala amalan kalian
seterusnya dikurniakan kejayaan di dunia dan di akhirat, amin
v
ABSTRAK Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti persepsi pelajar terhadap Akta
Universiti dan Kolej Universiti (AUKU). Di samping itu kajian ini dilakukan bagi
mengenal pasti pengetahuan pelajar dan faktor penerimaan terhadap Akta Universiti dan
Kolej Universiti (AUKU). Kajian ini melibatkan pelajar tahun tiga dan empat kursus
Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Pengajian Islam). Satu set soal selidik yang
mengandungi 42 item telah diedarkan kepada 79 responden yang terdiri daripada pelajar
tahun tiga dan empat SPI. Data dianalisis secara deskriptif untuk mendapatkan nilai
kekerapan, peratusan, serta min dengan menggunakan perisian Statistical Package for
Social Science (SPSS) versi 14.0 for windows. Nilai kebolehpercayaan soal selidik ialah
α = 0.985. Purata min objektif pertama iaitu mengenal pasti persepsi dan pengetahuan
pelajar terhadap Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) ialah 3.66 dan purata min
objektif kedua pula iaitu tahap pengetahuan pelajar terhadap Akta Universiti dan Kolej
Universiti (AUKU) ialah sebanyak 3.60. manakala purata bagi objektif ketiga iaitu fakor
penerimaan pelajar terhadap Akta Universiti Dan Kolej Universiti (AUKU) ialah 3.64.
Data yang diperolehi dihuraikan dalam bentuk jadual. Walaupun pelbagai persepsi yang
dilontarkan kepada AUKU, ternyata purata min berada pada tahap sederhana. Ini bererti
bahawa responden memberikan persepsi yang sederhana positif terhadap AUKU. Kajian
ini diakhiri dengan beberapa cadangan dari penyelidik yang dikemukakan kepada pihak-
pihak tertentu. Kajian lanjutan juga turut dicadangkan untuk penyelidikan pada masa
akan datang.
vi
ABSTRACT
The purpose of this study is to identify student’s perception towards Akta
Universiti dan Kolej Universiti (AUKU). Besides that, it was also to identify the student
knowledge and acceptance factors of the Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU).
This study involved the 3rd and 4th year students Bachelor of Science with Education
(Islamic Studies). A set of questionnaires containing 42 items had been distributed to 79
respondents from 3rd and 4th students. The questionnaires has been collected to analyzed
descriptively to obtain frequency, percentage and mean for each item by using the
Statistical Package for Social Science 14.0 for Windows. The reliability value of the
pilot study was α = 0.985. The results showed that mean for the first objective was 3.66
and the mean for the second objective was 3.60 which was about students knowledge
towards Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU). Meanwhile, the third objective
mean score was 3.64 which was about the acceptance factors among students towards
Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU). The data of the findings were elaborated
in form of table. Overall the result showed that, UTM student’s perception towards to
identify the student’s perception towards Akta Universiti dan Kolej Universiti was
average score. Although there are many comment on AUKU, student’s perception
towards AUKU was positive but at average range. At the end of the study, several
suggestions have been put forward by researcher to certain quarters for future actions.
Extension of the study was suggested for further consideration.
vii
SENARAI KANDUNGAN
BAB PERKARA HALAMAN
JUDUL i
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
SENARAI KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xii
SENARAI SINGKATAN xv
SENARAI LAMPIRAN xvii
BAB I PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar belakang Masalah 6
1.3 Pernyataan Masalah 9
1.4 Objektif Kajian 10
1.5 Persoalan Kajian 11
1.6 Kepentingan Kajian 11
1.7 Batasan Kajian 12
1.8 Definisi Istilah 13
1.8.1 Persepsi 13
1.8.2 Pelajar 13
1.8.3 AUKU 14
viii
1.9 Kesimpulan 14
BAB II SOROTAN KAJIAN
2.1 Pendahuluan 15
2.2 Pengenalan kepada AUKU 15
2.3 Sejarah AUKU 16
2.4 Fungsi AUKU 23
2.5 AUKU Pindaan 2009 23
2.6 Pandangan Tokoh Akademik Terhadap AUKU
pindaan 1975 26
2.7 Faktor Penerimaan AUKU 29
2.8 Faktor Penolakan AUKU 30
2.9 Harapan AUKU Pindaan 2009 33
2.10 AUKU menurut perspektif Islam 35
2.11 Kajian Lepas 36
2.12 Kesimpulan 37
BAB III METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan 38
3.2 Reka Bentuk Kajian 38 3.3 Tempat Kajian 39 3.4 Populasi Dan Sampel Kajian 40
ix
3.5 Instrumen Kajian 41
3.5.1 Pengumpulan Data Primer
3.5.2 Pengumpulan Data Sekunder
3.6 Kaedah Pengumpulan Data 44
3.7 Kajian Rintis 45
3.8 Kajian Sebenar 47
3.9 Analisis Data 47
3.10 Jangka Masa Kajian 49
3.11 Kesimpulan 49
BAB 1V ANALISIS DATA
4.1 Pengenalan 50
4.2 Analisis Data Bahagian A 51
4.2.1 Latar Belakang Responden Mengikut Jantina 52
4.2.2 Latar Belakang Responden Mengikut Tahun
Pengajian 52
4.2.3 Latar Belakang Responden Mengikut Umur 53
4.2.4 Latar Belakang Responden Mengikut Sekolah
Terdahulu 53
4.2.5 Latar Belakang Responden Mengikut Tahap
Pendidikan Tinggi 54
4.3 Analisis Data Bahagian B 55
4.3.1 Analisis Data Mengenai Persepsi Pelajar Terhadap Akta
Universiti dan Kolej Universiti (AUKU).
4.4 Analisis Data Bahagian C 64
x
4.4.1 Analisis Data Mengenai Pengetahuan Pelajar Terhadap
Akta
Univerrsiti dan Kolej Universiti (AUKU)
4.5 Analisis Data Bahagian D 71
4.5.1 Analisis Data Mengenai Faktor Penerimaan
Terhadap Akta Univerrsiti dan Kolej Universiti(AUKU)
4.6 Analisis Keseluruhan 78
4.7 Kesimpulan 82
BAB V PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan 83
5.2 Perbincangan 83
5.2.1 Maklumat dan Latar Belakang
Responden 84
5.2.2 Analisis Deskriptif Persepsi pelajar terhadap Akta
Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 85
5.2.3 Analisis Deskriptif Pengetahuan Pelajar Terhadap
Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 87
5.2.4 Analisis Deskriptif Faktor-Faktor Penerimaan
Pelajar Terhadap Akta Universiti dan Kolej
Universiti (AUKU) 89
5.3 Rumusan 90
5.3.1 Rumusan Persepsi pelajar terhadap AUKU 90
5.3.2 Rumusan Tahap Pengetahuan Pelajar Terhadap
AUKU 91
xi
5.3.3 Rumusan faktor-faktor penerimaan pelajar terhadap
AUKU 91
5.4 Cadangan 92
5.5 Cadangan kajian lanjutan 93
5.6 Kesimpulan 93
BIBLIOGRAFI
LAMPIRAN
xii
SENARAI JADUAL NO JADUAL TAJUK HALAMAN
3.1 Bilangan dan populasi pelajar SPI UTM 40 3.2 Pengelasan Skala Likert 42 3.3 Maklumat setiap bahagian, jenis konstruk dan bilangan item 43 3.4 Penggunaan kaedah statistik mengikut pecahan objektif kajian 48 3.5 Nilai skor min 48 4.1 Taburan responden mengikut jantina 52 4.2 Taburan responden mengikut tahun pengajian 52 4.3 Taburan responden mengikut umur 53 4.4 Taburan responden mengikut sekolah terdahulu 53 4.5 Taburan responden mengikut tahap pendidikan tinggi 54 4.6 Kekerapan dan peratusan bagi item 1 55 4.7 Kekerapan dan peratusan bagi item 2 56 4.8 Kekerapan dan peratusan bagi item 3 56 4.9 Kekerapan dan peratusan bagi item 4 57 4.10 Kekerapan dan peratusan bagi item 5 57 4.11 Kekerapan dan peratusan bagi item 6 58 4.12 Kekerapan dan peratusan bagi item 7 58 4.13 Kekerapan dan peratusan bagi item 8 59 4.14 Kekerapan dan peratusan bagi item 9 59 4.15 Kekerapan dan peratusan bagi item 10 60
xiii
4.16 Kekerapan dan peratusan bagi item 11 60 4.17 Kekerapan dan peratusan bagi item 12 61 4.18 Kekerapan dan peratusan bagi item 13 61 4.19 Kekerapan dan peratusan bagi item 14 62 4.20 Kekerapan dan peratusan bagi item 15 62 4.21 Kekerapan dan peratusan bagi item 16 63 4.22 Kekerapan dan peratusan bagi item 17 63 4.23 Kekerapan dan peratusan bagi item 18 64 4.24 Kekerapan dan peratusan bagi item 19 65 4.25 Kekerapan dan peratusan bagi item 20 65 4.26 Kekerapan dan peratusan bagi item 21 66 4.27 Kekerapan dan peratusan bagi item 22 66 4.28 Kekerapan dan peratusan bagi item 23 67 4.29 Kekerapan dan peratusan bagi item 24 67 4.30 Kekerapan dan peratusan bagi item 25 68 4.31 Kekerapan dan peratusan bagi item 26 68 4.32 Kekerapan dan peratusan bagi item 27 69 4.33 Kekerapan dan peratusan bagi item 28 69 4.34 Kekerapan dan peratusan bagi item 29 70 4.35 Kekerapan dan peratusan bagi item 30 71 4.36 Kekerapan dan peratusan bagi item 31 72 4.37 Kekerapan dan peratusan bagi item 32 72 4.38 Kekerapan dan peratusan bagi item 33 73
xiv
4.39 Kekerapan dan peratusan bagi item 34 73 4.40 Kekerapan dan peratusan bagi item 35 74 4.41 Kekerapan dan peratusan bagi item 36 74 4.42 Kekerapan dan peratusan bagi item 37 75 4.43 Kekerapan dan peratusan bagi item 38 75 4.44 Kekerapan dan peratusan bagi item 39 76 4.45 Kekerapan dan peratusan bagi item 40 76 4.46 Kekerapan dan peratusan bagi item 41 77 4.47 Kekerapan dan peratusan bagi item 42 77 4.48 Rumusan dapatan kajian bagi mengenal pasti
persepsi pelajar terhadap Akta Universiti dan
Kolej Universiti (AUKU) di Malaysia 78
4.49 Rumusan dapatan kajian bagi mengenal pasti
pengetahuan pelajar terhadap Akta Universiti dan
Kolej Universiti (AUKU) di Malaysia 80
4.50 Rumusan dapatan kajian bagi mengenal pasti
faktor penerimaan pelajar terhadap Akta Universiti dan
Kolej Universiti (AUKU) di Malaysia 81
xv
SENARAI SIMBOL DAN SINGKATAN
% - Peratus
N - Jumlah Responden
α - Alpha
BBMN - Barisan Bertindak Mahasiswa Negara
FTI - Fakulti Tamadun Islam
GMMA - Gerakan Mahasiswa Mansuhkan AUKU
GAMP - Gabungan Anak Muda & Pelajar
DEMA - Malaysia Democratic Student and Youth Movement
GAMIS - Gabungan Anak Muda Islam se-Malaysia
GPMS - Gerakan Pelajar Melayu Semenanjung
ISA - Internal Security Act
KARISMA - Kelab Rakan Islah Malaysia
Keb. - Kebangsaan
KS - Kurang Setuju
KPT - Kementerian Pengajian Tinggi
Men. - Menengah
MBM - Majlis Belia Malaysia
MPPK - Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan
NGO - Pertubuhan Bukan Kerajaan
NKK-BKK - Normalisasi Kehidupan Kampus-Badan Koordinasi Kampus
PKPIM - Persatuan Kebajikan Pelajar Islam Malaysia
PMUM - Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya
PSPTN - Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara
PTPKPT - Pelan Transformasi Kementerian Pengajian Tinggi
PSZ - Perpustakaan Sultanah Zanariah
S - Setuju
s.a.w. - Sallallahu alaihi wasallam
Sek. - Sekolah
SMA - Sekolah Menengah Agama
SMK - Sekolah Menengah Kebangsaan
xvi
SMKA - Sekolah Menengah Kebangsaan Agama
SMM - Solidariti Mahasiswa Malaysia
SPSS - Statistical Packages for the Social Science
SS - Sangat Setuju
STAM - Sijil Tinggi Agama Malaysia
STPM - Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia
STS - Sangat Tidak Setuju
S.W.T - Subhanahu Wa Taala
TERAS - Teras Pengupayaan Melayu
TS - Tidak Setuju
UiTM - Universiti Teknologi Mara
UKM - Universiti Kebangsaan Malaysia
UM - Universiti Malaya
UTM - Universiti Teknologi Malaysia
YB - Yang Berhormat
YAB - Yang Amat Berbahagia
xvii
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK Lampiran A Borang Soal Selidik Lampiran B Surat Kebenaran Fakulti Pendidikan
Untuk Menjalankan Kajian
BAB I
PENGENALAN
1.1 Pengenalan
Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU 1971) mulanya
dibentangkan oleh Menteri Pelajaran, Dato’ Hussien Onn, di Parlimen pada 17 Mac
1971 (Junaidi Abu Bakar :1993). Pada dasarnya ia digubal untuk memberi panduan bagi
penubuhan, penyelenggaraan dan pentadbiran universiti-universiti dan kolej-kolej
universiti awam dan bagi perkara-perkara lain yang berkenaan dengannya. Akta ini
dipinda pada tahun 1975 dan 1995 menjadi Akta Universiti dan Kolej Universiti
(Pindaan) 1995 seterusnya pindaan terkini pada tahun 2009.
Pada asasnya, “Peruntukan undang-undang ini adalah untuk menubuh,
menyelenggara dan mentadbir universiti dan kolej universiti dan lain-lain.(Penyata
Rasmi Dewan Rakyat yang ketiga 17 Mac 1971 ruangan 1402). Antara tujuan
perlaksanaan AUKU adalah untuk melahirkan pelajar yang ideal selaku entiti penting
yang terbabit dengan AUKU. Namun begitu, definisi pelajar universiti bukan hanya
terhenti sebagai pelajar yang belajar di kampus sahaja.
Menurut Timbalan Menteri Pengajian Tinggi dalam ebooknya Kalau Saya
Mahasiswa, mahasiswa mempunyai tiga peranan utama iaitu, pertama sebagai pemimpin
hari ini kepada yang lebih muda daripada mereka, kedua, sebagai pemimpin hari ini
kepada yang seangkatan dengannya dan ketiga, sebagai rakan kepimpinan dalam
pembangunan negara. (sumber:www.saifuddinabdullah.com. my/ebook/kalau_saya_mah
asiswa.pdf).
Selain itu, melahirkan pelajar yang ideal mestilah dijadikan matlamat utama
pendidikan di universiti. Menurut Zaini Ujang, pelajar ideal ialah mereka yang memiliki
kemahiran berfikir, berhujah, berkomunikasi mengikut pelbagai dimensi dan perspektif,
berperwatakan mulia dan mahir dalam pencarian ilmu. Kesemua ciri-ciri graduan ideal
ini dikatakan tercantas secara automatik apabila AUKU digubal. Justeru, salahkah jika
pelajar berpolitik, jika ia dilihat sebagai satu proses pengajaran dan pembelajaran serta
pendedahan kepada pembinaan kepimpinan yang bersifat experiencial learning dalam
dunia sebenar.
Menyingkap tabir sejarah anak-anak muda, suara kampus mencetuskan
perubahan yang besar kepada masyarakat. Pada zaman imperialisme barat, anak-anak
muda bangkit menentang penjajah di seluruh dunia, contohnya Jose Rizal yang
mengungkapkan idealismenya melalui karya penulisannya Noli Me Tangere(1887) dan
El Filibustersmo. Rentetan daripada penulisannya beliau menjadi ikon perjuangan
menentang penjajah di Filipina sehingga membawa kepada pembunuhan tragis beliau.
Namun begitu, perjuangan pelajar universiti tidak terhenti begitu sahaja apabila wujud
gerakan pelajar pimpinan Jose Antonio Echeverria di Cuba dalam tahun 1950 an.
Meskipun berjaya menjatuhkan regim tentera General Fulgencio Batista, mereka dengan
mudahnya diketepikan oleh gerakan tentera yang lain iaitu July 26th Movement lalu
menubuhkan kerajaannya sendiri (Hussein Mohamed, 1986: 20). Dalam kerajaan baru
ini, sebilangan pemimpin pelajar yang berpengaruh dalam kampus Universiti Havana
diamankan dengan memberikan mereka jawatan tertentu dalam kerajaan. Selain itu,
pelajar di universiti Thammasat, Chulalongkorn di Thailand turut bangkit mengadakan
demonstrasi besar-besaran untuk menjatuhkan kerajaan tirani tentera pimpinan Thanom-
Praphat-Narong dan berjaya dalam misi mereka, namun, pemimpin-pemimpin politik
awam pula yang diberikan kuasa untuk mengambil alih kerajaan.
Kekuasaan pelajar pada ketika itu menjadi pendorong kepada pelajar universiti
tempatan untuk menegakkan keadilan terhadap masyarakat setempat terutamanya dalam
memperjuangkan kesusahan hidup dan kemiskinan rakyat. Kebangkitan pelajar sebagai
suatu gerakan sosial dan politik bermula sekitar 1966 dan 1967 (Mohd Suhaimi al-
Maniri, 1995: 13). Dengan bermulanya pembukaan ‘Sudut Pidato’ pada tahun 1966 di
Universiti Malaya maka ia menjadi agen pencetusnya demonstrasi pelajar apabila
hampir semua demonstrasi yang diadakan, bermula daripada perbahasan pelajar di
‘Sudut Pidato’. Selain itu, penubuhan Kelab Sosialis pada 1967 yang membawa
pemikiran sosialis menjadikan kedudukan masyarakat kampus lebih politicized.
Penubuhan beberapa buah universiti selepas itu menjadikan gerakan pelajar lebih
berkembang maju bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan. Peristiwa 13 Mei 1969
adalah antara peristiwa yang dicetuskan oleh mahasiswa akibat daripada krisis politik
yang melibatkan perarakan anti Tunku dan perlaksanaan Bahasa Malaysia di kampus.
Pemberontakan demi pemberontakan yang menggugat membuatkan kerajaan tekad
menggubal undang-undang untuk menyekat kemaraan pelajar.
Peristiwa berdarah 13 Mei menggerakkan kerajaan untuk memulihkan kembali
ketegangan yang berlaku antara masyarakat majmuk Malaysia. Pihak pemerintah
membuat pemantapan terhadap sistem pemerintahan untuk mengatasi kelemahan dan
kegagalan dasar kerajan sebelumnya. Antara resolusi yang dicapai ialah penggubalan
Akta Universiti dan Kolej Universiti, AUKU (1971). Oleh yang demikian, jelas bahawa
AUKU (1971) telah digubal dalam konteks gejolak sosial yang telah mencetuskan
Peristiwa 13 Mei dan bertujuan mengawal kebangkitan politik pelajar (Junaidi Abu
Bakar, 1993: 24).
Pertambahan jumlah universiti telah menambahkan lagi bilangan pelajar
universiti. Hal ini menimbulkan kerisauan di kalangan pihak pemerintah bahawa
pertambahan mahasiswa Melayu dengan tertubuhnya Universiti Kebangsaan Malaysia
dilihat akan mengancam kestabilan pemerintah.
Namun begitu, keberanian pelajar dalam memperjuangkan isu penindasan dan
kemiskinan tidak terhenti setakat apabila diacah dengan penggubalan AUKU. Selepas
akta tersebut dilaksanakan, pelajar masih cergas mengadakan demonstrasi serta
menimbulkan pelbagai isu masyarakat dan politik (Mohd Suhaimi al-Maniri, 1995: 28).
Pelajar menjadi lebih berani bertindak dengan bangkit menyuarakan keprihatinan
terhadap beberapa isu nasional antaranya 2000 mahasiswa menyertai demonstrasi
membantah tindakan kerajaan Thailand yang bertindak kejam dan menindas umat Islam
di Golok, Yala dan Pattani ketika siri lawatan Tun Thanat Khomen dan ahli-ahli politik
Thai ke Malaysia pada 14 Jun 1971.
Kemuncak perjuangan mereka adalah Peristiwa Baling pada bulan November
1974 di mana lebih 4,000 mahasiswa dari beberapa universiti telah bersama petani-
petani mengadakan demonstrasi membantah kebuluran yang berlaku di Baling. (sumber:
http://politikampus.blogspot.com/2007/08/gerakan-mahasiswa-tergugat.html). Menurut
Junaidi dalam Far Eastern Economic Review Januari 1975: 29 pada masa itu negara
sedang menghadapi tekanan inflasi dan harga getah jatuh dengan teruk sehingga menjadi
$0.20 sepaun. Bantahan pertama dicetuskan di kampus UM, diikuti UiTM, seterusnya
bergerak ke UKM dan Politeknik Ungku Omar Ipoh. Akhirnya demonstrasi massa telah
digerakkan seramai 12 000 hingga 14 000 pelajar di Padang Kelab Selangor pada 3
Disember 1974 yang membawa kepada penahanan seribu orang mahasiswa (Riduan
Mohd Noor, 2007: 35).
Faktor-faktor ini membawa kepada pindaan 1975, Tun Mahathir yang ketika
itu merupakan Menteri Pelajaran menyekat kebebasan mahasiswa bertindak,
menyuarakan pendapat dan semua kegiatan pelajar ditapis oleh pihak universiti. Dalam
Penyata Rasmi Parlimen 8 April 1975: ruangan 4392, Tun Mahathir menyatakan
matlamat dan asas pindaan berkenaan sebagai:
“ Satu daripada alat Dasar Ekonomi Baru ialah pelajaran. Pelajaran membolehkan economic and social mobility yang dapat mengubah nasib seseorang atau sesuatu kaum daripada buruk kepada baik. Apabila wujud kegiatan mahasiswa yang pelbagai seperti menyertai pilihan raya dan mengadakan demonstrasi, mereka tidak dapat menumpukan pelajaran.”
(sumber: http://www.parlimen.gov.my/hindex/pdf/DR08041975.pdf)
Pindaan demi pindaan digagaskan oleh pihak kerajaan khususnya berkaitan
Seksyen 15A, 15B, 15C, 15D, 16A, 16B, 16C dalam AUKU yang rata-ratanya mengenai
kebebasan dan hak berpersatuan para pelajar. Terkini, pelbagai persatuan, organisasi dan
tokoh akademik bangkit mendesak kerajaan meminda atau memansuhkan AUKU
antaranya, Rang Undang-undang Pindaan AUKU telah dibacakan kali pertama di
dewan rakyat pada 17 Julai 2008. Cadangan pindaan AUKU ini dikemukakan dengan
tujuan untuk melonjakkan pencapaian pengajian tinggi tempatan sebagaimana termaktub
dalam Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN) pada 2007 dan Pelan
Transformasi Kementerian Pengajian Tinggi (PTPKPT). (Zaini Ujang, 2009: 231).
Definisi pelajar diluaskan termasuklah pelajar pasca ijazah. Di samping itu, hak
berpersatuan pelajar dilonggarkan dengan membenarkan pembabitan mereka dengan
Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) di luar universiti namun pelajar tetap tidak boleh
menyertai mana-mana parti politik.
1.2 Latar Belakang Masalah
Semua pelajar tertakluk di bawah Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971
(AUKU 1971). Seksyen 15 dan 16 AUKU disimpulkan meliputi hak berpolitik, hak
bersuara, dan hak pengadilan. Kesedaran politik di kalangan mahasiswa amat diperlukan
untuk menggerakkan gerakan pelajar supaya sentiasa aktif dan ‘concern’ terhadap
persekitaran ( Mohd. Suhaimi al-Maniri,1995: 38 ). Ini merobek hati para mahasiswa
yang majoritinya berjiwa besar dan mahu berbakti kepada masyarakat sama ada dalam
keadaan susah dan senang atau lapang dan sempit. Hal ini berbeza dengan kebebasan
pelajar di luar negara iaitu mereka digalakkan bergiat cergas dan boleh menubuhkn
cawangan parti-parti politik di seluruh dunia.
Usaha penyekatan lontaran idea bernas pelajar dalam AUKU mencetuskan
kemarahan dan ketidak puasan hati pelajar sendiri. Satu lagi kesan yang jelas terasa
dalam kegiatan pelajar selepas pindaan AUKU 1975 adalah kehilangan Sudut Pidato
atau ‘Speaker Corner’ yang diharamkan oleh pihak berkuasa (Mohd Suhaimi al-Maniri,
1995: 32 ). Keberanian golongan perintis pimpinan negara ini tidak hanya tertumpu
kepada pembantahan AUKU sahaja, namun pelajar banyak menggagaskan idea di
peringkat nasional antaranya bantahan campur tangan Amerika dalam perang di Timur
Tengah (1973), dasar Amerika membantu Israel, hubungan Amerika dengan peristiwa
pembunuhan di Sabra Chatilla (1983), dan juga serangan Amerika terhadap kediaman
Muammar Ghadaffi di Libya.
Tindakan para mahasiswa ini benar-benar mencabar kepimpinan negara dan
menggoncang kestabilan status-quo kerajaan lalu menjentik kerajaan untuk mengawal
gerakan pelajar di universiti dengan lebih tegas dan terkawal.
Beberapa jawatankuasa dan pertubuhan ditubuhkan untuk menegakkan hak-hak
kebebasan mahasiswa. Antaranya ialah Gerakan Mahasiswa Mansuhkan AUKU
(GMMA) yang terdiri daripada gabungan fron-fron Mahasiswa seperti Gabungan Anak
Muda & Pelajar (GAMP), DEMA, Gabungan Anak Muda Islam se-Malaysia (GAMIS),
Persatuan Kebajikan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM), Kelab Rakan Islah Malaysia
(KARISMA), Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) dan Teras Pengupayaan Melayu
(TERAS), Barisan Bertindak Mahasiswa Negara (BBMN) dan sebagainya. Pertubuhan
lain yang mendesak pindaan AUKU ialah Majlis Belia Malaysia (MBM), dan Gerakan
Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS).
Beberapa memorandum telah dihantar kepada pihak pentadbiran agar akta ini
dimansuhkan kerana pelajar menjadi golongan penakut dan pengecut akibat ditangkap
dan disekat pergerakan dan kebebasan melontar pandangan dan idea. Antara tindakan
yang pernah dibuat ialah pada 18 Ogos 2008, GMMA telah turun ke Parlimen untuk
menyuarakan bantahan terhadap pindaan AUKU yang hanya merupakan perubahan
kosmetik dan menghantar memorandum kepada Menteri Pengajian Tinggi, Datuk
Khaled Nordin. Namun begitu, pihak pemerintah tidak mahu memansuhkan AUKU.
Datuk Seri Najib Tun Razak dalam kenyataan beliau kepada media pada 28 Januari 2006
telah menyatakan pendirian selaku pengerusi Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan
(MPPK) bahawa Akta Universiti dan Kolej Universiti 1975 (AUKU) terus dikekalkan
tanpa memansuhkannya.( sumber: http://www.pkpim.net/v2/rencana/isu-semasa/181-
auku-a implikasi-besar-kepada-mahasiswa.html)
Siri-siri penerangan kepada mahasiswa dan Ahli Parlimen juga telah diadakan
untuk mencelikkan minda seluruh masyarakat bahawa AUKU ini sebenarnya menyekat
pelajar lalu mempengaruhi kebebasan akademik dan ketumpulan pemikiran, kelemahan
sinergi tindakan dan sebagainya. Menurut Dr Wan Abdul Rahman Wan Muda dari
Universiti Sains Malaysia dalam satu forum yang bertajuk “Masyarakat Kampus Dan
Permasalahannya” pada 4 Ogos 1990, menyatakan bahawa :
“Perlaksanaan akta ni merupakan parut hitam dalam sejarah akademik di Malaysia. Semenjak itu, ternampaklah bibit-bibit kelumpuhan budaya universiti yang sebelum ini mempunyai semacam suatu solidariti dalam aktiviti mahasiswa ”
(sumber:http://www.idealis-mahasiswa.net/editor2006/suratpelayar0095.html)
Selain itu, apabila diselak lembaran sejarah di Indonesia, mahasiswa di sana
tidak perlu menunggu lama untuk mengkuburkan akta yang sama peranannya dengan
AUKU iaitu Normalisasi Kehidupan Kampus-Badan Koordinasi Kampus (NKK-BKK).
Undang-undang yang digazetkan pada tahun 1978 ini menemui noktahnya pada tahun
1998 apabila sebuah gerakan pelajar dan gerakan sivil bersama-sama menggesa kerajaan
Soeharto agar segera memansuhkan NKK-BKK ini. Bukan satu dua tindakan yang
mereka lakukan, namun lebih banyak daripada itu sehingga agenda mereka
membuahkan hasil.(sumber: http://marufclub.blogspot.com/2009_03_01_archive.html)
AUKU khususnya seksyen 15 itu jelas membantutkan kebebasan bersuara para
mahasiswa yang merupakan satu entiti yang penting sebagai komuniti universiti.
Meskipun GMMA telah mengusulkan satu piagam untuk menggantikan AUKU iaitu
Piagam Agung untuk Akta Mahasiswa 2008. Akta alternatif ini menjamin hak-hak
mahasiswa yang selari dengan nilai-nilai demokrasi dan hak asasi manusia seperti yang
terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan, Perisytiharan Hak Asasi Manusia
(UDHR) dan Piagam Bangsa-bangsa Bersatu. Universiti mesti mengelak, seperti kata
Noam Chomsky dalam bukunya Chomsky on MisEducation (2000), daripada tersilap-
didik (miseducate) mahasiswa sehingga demokrasi diberi makna songsang, iaitu
keputusan dibuat oleh pihak atasan dan mahasiswa hanya mengangguk saja kerana
universiti memaksa ketaatan, menghalang pemikiran bebas dan terlalu
mengawal.(sumber: http://belia.org.my/content/view/426/41/)
Akibat desakan-desakan agresif para mahasiswa, akhirnya pindaan terbaru telah
dibuat Seksyen 15 pada tahun 2009 tentang hak berpersatuan seseorang pelajar
universiti boleh menjadi ahli mana-mana persatuan dan badan kecuali mana-mana parti
politik, dalam atau luar negara dan badan yang telah diharamkan oleh kerajaan
Malaysia. Pindaan ini jelas menunjukkan masih ada sekatan terhadap mahasiswa sama
ada dari sudut sekatan membuat aktiviti, sekatan melontarkan pandangan, sekatan
berpersatuan termasuklah parti politik, sekatan untuk berkumpul, dan sekataan terhadap
ahli akademik.
1.3 Pernyataan Masalah
Perbincangan tentang kerelevanan seksyen 15 dalam AUKU kepada mahasiswa
bukan lagi satu perkara yang baru. Pelbagai seminar, kajian, memorandum dan
pertubuhan untuk memansuhkannya telah dibuat dan ditubuhkan bagi mencantas dan
menentang sekatan-sekatan ini terhadap mahasiswa.
Selain itu, fungsi mahasiswa satu masa dahulu sebagai jurubicara masyarakat
kini semakin terhakis. Kini, mahasiswa bukan lagi sebagai agen pendesak, tidak lagi
menyuarakan rintihan masyarakat, dan tidak lagi peka dengan isu-isu di luar kampus.
Perkara ini ditegaskan lagi oleh Mohd Shuhaimi al-Maniri bahawa ugutan mental
melalui penggubalan AUKU menyebabkan pelajar menjadi begitu pasif apabila melihat
isu-isu di sekeliling mereka seolah-olah seperti tiada apa-apa yang terjadi. Hal ini
seterusnya membantutkan pertumbuhan, pengembangan dan pembinaan idea kritis
golongan mahasiswa ke arah membina diri untuk menjadi insan-insan yang bakal
memaju dan membangunkan negara pada masa akan datang sama ada dari aspek sosial,
ekonomi, politik, dan sebagainya.
Selepas peristiwa demonstrasi Baling pada 1974, pindaan telah dibuat dikenali
sebagai AUKU Pindaan 1975, dan setelah itu, jelas kelihatan berlaku perubahan yang
besar dari segi bermulanya zaman kelembapan gerakan mahasiswa (Saifuddin Abdullah:
14). Kelesuan dan kebosanan hidup di univesiti amat merugikan tempoh pengajian
mereka kerana sepatutnya tempoh masa umur inilah waktu terbaik untuk membina
pemikiran yang membumi dan idea yang melangit bukan mencantasnya.
Ramai pelajar bangkit memberi pelbagai respon terhadap ketidak relevanan
AUKU dari segi keadilan pelajar sebagai rakan pembangunan negara yang perlu
didengar idea-idea mereka. Antaranya akta ini bersifat ‘double standard’ kerana
bertentangan dengan perlembagaan Malaysia yang memberikan kebebasan kepada
rakyatnya. Selain itu, pengetahuan tentang AUKU di kalangan mahasiswa amat sedikit
berdasarkan dapatan kajian-kajian yang lepas. Mahasiswa menjadi tidak cakna dan tidak
peka terhadap situasi sekeliling apabila semua pergerakan dan tindakan mereka dihalang
dan disekat.
1.4 Objektif Kajian
1.4.1 Mengenalpasti persepsi pelajar terhadap Akta Universiti dan Kolej Universiti
(AUKU) .
1.4.2 Mengenalpasti pengetahuan pelajar terhadap Akta Universiti dan Kolej
Universiti (AUKU).
1.4.3 Mengenalpasti faktor-faktor penerimaan pelajar terhadap Akta Universiti dan
Kolej Universiti (AUKU).
1.5 Persoalan Kajian
1.5.1 Apakah persepsi pelajar terhadap Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU)?
1.5.2 Apakah pengetahuan pelajar terhadap Akta Universiti dan Kolej Universiti
(AUKU)?
1.5.3 Apakah faktor-faktor penerimaan pelajar terhadap Akta Universiti dan Kolej
Universiti (AUKU)?
top related