perlaksanaan penggunaan program score a di … filesetinggi-setinggi ucapan penghargaan kepada...
Post on 04-Apr-2019
223 Views
Preview:
TRANSCRIPT
PERLAKSANAAN PENGGUNAAN PROGRAM SCORE A DI KALANGAN
PELAJAR TINGKATAN 2 DAN TINGKATAN 3 DI DUA BUAH SEKOLAH DI
DAERAH MUAR
TAIBAH NURWAHIDAH BTE MOHAMAD
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
TJNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
BORANG PEI\GESAHAN STATT]S TIISIS.,f trl)trt,: PERLAKSANAAN PEN(;(;UNAAN PIiO(;RAM SCOltll A I)tKAt ,\Ni{_;_.,\\
PELAJAR TINGKATAN 2 pAN TTNGKAT'AN 3 t)t t)rr^__Ilt*{ljSEKOLAH DI DAERAH MLIAR.
SESI PEN(IA.IIAN: 2010/201 I
T.\tBAH \trR\\"{Htt).\H ts't'E \t(
lucllgaktttlrcttrbcllarkarrtcsis(PSM/@)*ilrit|rsirrlpitttt|iI)el.|)l|siil|\ilil|'[]rrivcrsiti l'eknologi Malaysia dcngan svarat-slarat kesunaarr sc1-ru'1i hcriliut:
I . l'csis aclalah haknrilik Linivcrsiti I'cknologi Malar sia.l. [)crpttstakaan IJnivcrsiti 'I eknolosi Malal,sia dihcnarkan nrcrlhrrat salirrirrr rrnlux rrrluliri
pcrrga jian sahaja.1. I)crpttstakaart clihenarkalr n'tcnrbtral salinan tcsis ini scbagai [rahan ltcllrrkiirrrr liirtirr.ri
in.tiltt'i l)r:ngaiial tirrggi..1. **Sila tanclakan (y' I
S IJ I,II- (Mettganclungi rral<luntat lang lrcrrlarialr kescllrrrlrtrrrr rri:
kepentinuan l\'lah'asia scpcrliIang lclltral.tub il itllr l:rrrr
AK'I'A I(AIISIA I{ASMI I97])
(Mcnganduugi nraklurlat l'l:l{llAI) iitng tclrli rlilr'iitrii..;olclr organisasi/badan cli rrana pcrrrcIidiliirrr rl iialirrrklrr)
fll)n K 'f [rRllAl)
tZ
\ | '
i,'{'
1.r, /
I'tJRIIAT)
(.l'AN I)A l'nNCiAN PI:NLJ l.lS)
A lanrat tetap:
I)I,I).4 I)ARI"I' t-APISti,+ t50 I,n RI't'.tAWA.
NlUAtt. .roil()R.Iarikh: I I Mlrl 201 I
PN,I I)R. MOIIAI\1At) }]IN(Narna l)clrr cliir I
l'arikh: I I N'llrl 201 I
llll .\i ^ii i
* l)olong vang ticlak bcrkenaan*'r' .lika tcsis irri SLJI-lT atau l'EIlllAt). sila latlpirkan strrirt daripada pilrirk
bcrkLtasa/organisasi berkcnaan clerrgan nrcnvatalian scliali scbab rllrrr tcrnpiilrtesis ini perlu dikclaskan scbagai StJl.l l'atau I'l:llllAl).
| 'l'esis dimaksLrdkan sebagai tcsis lragi I.iazah I)oktor I'alsirlah clarr Slrlirrr;rsecara pcny'clidikan atau disertasi bagi penga.l ian secara lierjlr lirrrsLrs dirrrpenve lidikan atau l.aporan Pro-ick Sarjana Mucla (PSi\l).
(HURUF |IESAR)
(';\ | A IAN
"Slt1'a akui bahavr'a sava lclah ntembaca karya ini clan padu pandanui.ln sir\:-r l,.ui.,,ri ir'atialah ttlctradai dari skop dan kualiti untuk tu.ir-ran porsar.llrgcrahrn l.flzah Surlrr'.
MLrcla Sains dar KonrpLrtcr scrlil perrdiclikan (Ki'ri. t.-"
I'anclatangan
Nalla l)cnrclia
Iarikh-P1\4 I)I{. N40}IAMAI) I]IN I}II,AI, AI,I
ll MIll 20ll
iii
PERLAKSANAAN PENGGUNAAN PROGRAM SCORE A DI KALANGAN
PELAJAR TINGKATAN 2 DAN TINGKATAN 3 DI DUA BUAH SEKOLAH DI
DAERAH MUAR
TAIBAH NURWAHIDAH BTE MOHAMAD
Tesis Ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi Syarat Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda
Sains dan Komputer Serta Pendidikan (Kimia)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
Mei 2011
IV
"Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya kecuali nukilan dan ringkasan yang
setiap satunya telah saya jelaskan sumbemya."
Tandatangan :
Nama Penyelia :
Tarikh :
TAIBAH NURWAHIDAH BTE MOHAMAD
I I MEI 2011
v
PENGHARGAAN
Bismillahirrahmanirrahim, segala puji-puji kehadrat Allah S.W.T kerana
dengan limpah rahmat dan hidayahNYA, projek ini dapat disempurnakan seperti
yang dirancang dan diharapkan. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi
Muhammad S.A.W pesuruh Allah yang amat dikasihi.
Setinggi-setinggi ucapan penghargaan kepada penasihat Projek Sarjana
Muda, PM DR. Mohamad Bin Bilal Ali yang tanpa jemu menghulurkan bimbingan,
panduan, tunjur ajar, dan nasihat kepada saya dalam menjayakan projek ini. Terima
kasih yang tidak terhingga dan hanya Allah S.W.T yang mampu membalas jasa yang
sangat besar ini.
Sekalung ucapan terima kasih kepada Unit Multimedia, Fakulti Pendidikan,
Universiti Teknologi Malaysia yang terlibat dan membantu secara langsung dalam
penyelidikan ini.
Penghargaan ini juga ditujukan khas buat ibu, Norani Bte Mohamed, ayah,
Mohamad Bin Taib, abang-abang, dan saudara-saudara saya yang tanpa jemu
mendoakan kejayaan saya menempuh semua ranjau dalam kehidupan di menara
gading ini. Terima kasih di atas pengorbanan, sokongan, dan kasih sayang yang
ikhlas tanpa batas.
Tidak ketinggalan juga sahabat-sahabat yang berkongsi ilmu dan memberi
pandapat yang bermanfaat dalam usaha saya menyiapkan projek ini.
vi
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk mendapatkan status penggunaan program Score A
dan untuk mengenal pasti faktor-faktor yang menggalak serta menghalang
penggunaan program Score A di kalangan pelajar di dua buah sekolah menengah di
Daerah Muar. Program Score A merupakan program atas talian yang dibangunkan
untuk kegunaan pelajar sekolah di Malaysia. Seramai 135 orang pelajar Tingkatan
Dua dan Tingkatan Tiga terlibat dalam kajian ini. Satu set soal selidik yang
dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu Bahagian A, Bahagian B dan Bahagian C
digunakan sebagai instrumen untuk mengumpul data. Bahagian A berkaitan dengan
latar belakang responden, Bahagian B berkaitan dengan kekerapan penggunaan
program Score A dan Bahagian C pula berkaitan dengan faktor-faktor yang
menggalak dan faktor-faktor yang menghalang penggunaan program Score A. Faktor
yang dikaji adalah dari aspek isi kandungan dan kos langganan program Score A
serta infrastruktur ICT di sekolah. Data yang diperoleh diproses untuk mendapatkan
kekerapan dan peratusan dengan menggunakan perisian Statistical Package for
Social Science (SPSS). Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap penggunaan
program Score A dikalangan pelajar di dua buah sekolah tersebut adalah pada aras
rendah. Manakala faktor-faktor yang menggalakkan penggunaan program Score A
adalah mutu rekabentuk perisian baik, elemen multimedia yang menarik, mesra
pengguna, ujian yang disediakan bertepatan dengan silibus, program membantu
pelajar untuk menghadapi peperiksaan dan kelengkapan makmal komputer yang
baik. Manakala kos langganan dan set soalan yang terlalu sukar merupakan faktor
yang menghalang penggunaan program Score A.
vii
ABSTRACT
The aim of this study is to investigate the status of Score A programme participation
among students in two of Secondary School in Muar and to identify the promoting
and restraining Score A programme usage factors. Score A is an online programme
was developed purposely for Malaysia school children. This study involved 135 of
Form Two and Form Three students. One set of questionnaire comprises of three
parts namely as Part A, Part B and Part C is used as research instrument to gather
information in this study. Part A is related to the background of the respondents. Part
B is related to the usage frequency of Score A Programme and Part C is related to the
promoting and restraining usage factors of Score A programme. The factors of using
Score A programme under this research are contents of the programme, subscription
fees, and school ICT infrastructure. The data was processed using the Statistical
Package for Social Science (SPSS) software to obtain the frequency and percentage.
The findings indicate that the use of Score A programme among students at two
schools are at low level. While the factors that encourage the use of Score A
programme are the quality of the design, attractive multimedia elements, user
friendly, the test questions in accordance to the syllabus, useful to sit for the exam
and good computer lab. Factors that prevent the use of Score A programme are the
subscription fees and set of questions that are too difficult.
viii
ISI KANDUNGAN
BAB TAJUK MUKA
SURAT
PENGESAHAN TESIS i
PENGESAHAN PENYELIA ii
HALAMAN JUDUL iii
PENGAKUAN PENULIS iv
PENGHARGAAN v
ABSTRAK vi
ABSTRACT vii
ISI KANDUNGAN viii
SENARAI RAJAH xiii
SENARAI JADUAL xiv
SENARAI SINGKATAN xvi
SENARAI LAMPIRAN xvii
1 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 5
1.3 Pernyataan Masalah 5
1.4 Objektif Kajian 6
1.5 Persoalan Kajian
1.6 Skop Kajian
7
7
1.7 Kepentingan Kajian
7
ix
1.7.1 Guru
1.7.2 Pihak Sekolah
1.7.3 Pihak Yang Membangunkan Program
Score A
7
8
8
1.8 Definisi Istilah
1.8.1 Program Score A
1.8.2 Pembelajaran Berbantukan Komputer
(PBK)
1.8.3 Proses Pengajaran Dan
Pembelajaran(P&P)
1.9 Penutup
8
9
9
9
10
2 KAJIAN SOROTAN
2.1 Pengenalan
2.2 Portal Pendidikan
2.2.1 Program Zoom-A
2.2.2 Program Score A
2.2.2.1 eTopic
2.2.2.2 eNasional Trial Exam
2.2.2.3 eTrial Exam
2.2.2.4 eAssessment
2.2.2.5 ePast Year Exam
2.2.2.6 eProgress
2.2.2.7 eNotes
2.2.2.8 eDictionary
2.2.2.9 eReport Card
11
11
13
14
16
16
16
17
17
18
18
18
19
x
2.3 Kesan Pembelajaran Berasaskan Teknologi
Komputer, Internet, Web, e-learning dan
Tutorial Secara Online
2.4 Faktor-faktor Penggunaan e-learning, Tutorial
Online, dan Laman Web Portal Pendidikan.
2.5 Penutup
19
22
30
3
METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan
3.2 Prosedur Kajian
3.3 Reka Bentuk Kajian
3.4 Tempat Kajian
3.5 Tinjauan Awal
3.6 Populasi dan Sampel Kajian
3.7 Instrumen Kajian
3.7.1 Bahagian A
3.7.2 Bahagian B
3.7.3 Bahagian C
3.8 Kajian Rintis
3.9 Analisis Data
3.10 Kesimpulan
31
31
33
33
34
36
37
37
38
39
40
44
46
4 ANALISI DATA
4.1 Pengenalan
4.2 Analisis Data Bahagian A(Latar Belakang
Responden)
4.2.1 Jantina
47
48
48
xi
4.2.2 Tingkatan
4.2.3 Jenis Sekolah
4.2.4 Kemudahan Program Score A
4.2.5 Pendapatan Ibu Bapa
4.2.6 Melanggan Program Score A
Membebankan Dari Segi Kos
4.3 Taburan Bebanan Kos Langganan Program
Score A Mengikut Kategori Pendapatan Ibu
Bapa.
4.4 Analisis Bahagian B
Persolan Kajian Pertama : Kekerapan
Penggunaan Program Score A Mengikut
Matapelajaran.
4.4.1 Bahasa Melayu
4.4.2 Bahasa Inggeris
4.4.3 Matematik
4.4.4 Sains
4.4.5 Geografi
4.4.6 Sejarah
4.4.7 Keseluruhan
4.5 Analisis Bahagian C
4.5.1 Persoalan Kajian Kedua dan Ketiga :
Faktor-faktor Yang Menggalakkan Dan
Yang Menghalang Penggunaan Program
Score A .
48
49
49
50
51
51
52
53
54
55
56
57
58
59
60
60
xii
5
PERBINCANGAN, RUMUSAN, KESIMPULAN
DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan
5.2 Ringkasan Kajian
5.2.1 Latar Belakang Responden
5.2.2 Bebanan Kos Langganan Program Score A
5.3 Perbincangan
5.3.1 Kekerapan Pengguna Program Score A
Mengikut Matapelajaran
5.3.2 Faktor-faktor Yang Menggalakkan
Penggunaan Program Score
5.3.3 Faktor-faktor Yang Menghalang
Penggunaan Program Score A
5.4 Rumusan
5.5 Cadangan
5.6 Cadangan Kajian Yang Akan Datang
5.7 Panduan Bagi Menjamin Kejayaan Perlaksanaan
Program Score A
5.8 Kesimpulan
69
70
71
71
74
74
76
82
83
84
85
86
87
RUJUKAN
LAMPIRAN A
88
93
xiii
SENARAI RAJAH
No. Rajah Tajuk
Muka Surat
3.1 Prosedur Kajian 33
4.1 Taburan Responden Mengikut Jantina 48
4.2 Taburan Responden Yang Merasa Terbeban
Dengan Melanggan Program Score A
51
xiv
SENARAI JADUAL
No. Jadual Tajuk
Muka Surat
3.1 Jadual Soalan Temubual bersama Guru-guru 35
3.2 Jadual Hasil Temubual bersama Guru-guru 36
3.3 Skala Panduan Soalan Menjawab Bahangian B. 38
3.4 Pengkelasan Skala Likert 39
3.5 Jadual Pembolehubah 40
3.6 Pekali Alpha Cronbach 41
3.7 Jadual Alpha Cronbach Bagi Kajian Rintis Yang
Telah Dijalankan
42
3.8 Jadual Hasil Jawapan Pelajar-pelajar di dalam
Soalan ‘open-ended’
42
3.9 Jadual Pentafsiran Kekerapan 45
3.10 Pengkelasan Skor Baru 45
4.1 Taburan Kekerapan Dan Peratusan Responden
Mengikut Tingkatan
49
4.2 Taburan Kekerapan Dan Peratusan Responden
Mengikut Jenis Sekolah
49
4.3 Taburan Kekerapan Dan Peratusan Responden
Yang Memiliki Program Score A di Rumah.
50
4.4 Taburan Kekerapan Dan Peratusan Pendapatan
Ibu Bapa Responden.
50
4.5 Taburan Bebanan Kos Langganan Program
Score A Mengikut Kategori Pendapatan Ibu
bapa.
52
xv
4.6 Taburan Kekerapan Dan Peratusan Penggunaan
Program Score A bagi matapelajaran Bahasa
Melayu.
53
4.7 Taburan Kekerapan Dan Peratusan Penggunaan
Program Score A bagi matapelajaran Bahasa
Inggeris.
55
4.8 Taburan Kekerapan Dan Peratusan Penggunaan
Program Score A bagi matapelajaran Matematik
56
4.9 Taburan Kekerapan Dan Peratusan Penggunaan
Program Score A bagi matapelajaran Sains
57
4.10 Taburan Kekerapan Dan Peratusan Penggunaan
Program Score A bagi matapelajaran Geografi
58
4.11 Taburan Kekerapan Dan Peratusan Penggunaan
Program Score A bagi matapelajaran Sejarah
59
4.12 Taburan Kekerapan Dan Peratusan Penggunaan
Program Score A bagi semua matapelajaran.
60
4.13 Taburan Kekerapan Dan Peratusan Responden
Yang Menjawab Item Bagi Faktor-faktor
Penggunaan Program Score A.
65
4.14 Taburan Kekerapan Dan Peratusan Responden
Yang Menjawab Item Bagi Faktor-faktor
Penggunaan Program Score A Setelah
Dikategorikan Kepada Dua.
67
xvi
SENARAI SINGKATAN
ICT - Information and communication technologies
P&P - Pengajaran dan Pembelajaran
ABM - Alat Bantu Mengajar
CD-ROM - Compact Disc-Read Only Memory
PBK - Pembelajaran berbantukan Komputer
KBSM - Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah
PMR - Penilaian Menengah Rendah
UPSR - Ujian Penilaian Sekolah Rendah
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Era globalisasi pada masa kini mengakibatkan Malaysia adalah diantara
negara yang mengalami transformasi dalam pelbagai bidang bagi menghadapi
persaingan ekonomi seluruh dunia. Selari dengan persaingan itu, satu anjakan
paradigma dituntut untuk Malaysia bagi melangkah ke arah pembangunan ekonomi
yang lebih stabil. Cita-cita Malaysia ini tidak hanya tercapai dengan meningkatkan
infrastruktur atau menjana ekonomi seperti yang dinyatakan di dalam Model
Ekonomi Baru sahaja. Sebaliknya, perlu ada peningkatan tahap produktiviti dan
daya saing negara. Anjakan ini juga memerlukan pembangunan modal insan dari
segi keupayaan dan intelek masyarakat. Seperti yang diketahui, kejayaan agenda
pembangunan modal insan amat bergantung kepada kualiti sistem pendidikan negara.
Pendidikan adalah suatu proses pengajaran dan pembelajaran yang
melibatkan perhubungan atau komunikasi dan interaksi di antara individu dengan
individu yang lain seperti seorang ibu dengan anaknya atau seorang pengikut dengan
ketuanya atau seumpamanya. Ia juga boleh berlaku di antara individu dengan
beberapa individu yang lain seperti di antara seorang anak dengan kedua ibu bapa
atau keluarganya atau dengan rakan sebaya, atau seorang guru dengan murid-
muridnya. Pendidikan juga merupakan suatu proses komunikasi dan interaksi di
antara manusia dengan persekitarannya seperti sekolah, media massa, tempat tinggal,
pekerjaan dan tempat bekerja serta institusi masyarakat lainnya.
2
Pengajaran dan pembelajaran secara amnya boleh ditafsirkan sebagai suatu
proses yang membawa kepada pembentukan dan luahan pengetahuan. Selain itu, ia
juga adalah proses pemerolehan maklumat dan pengetahuan, penguasaan kemahiran
dan tabiat, serta pembentukan sikap dan kepercayaan. Di dalam pendidikan di
sekolah atau institusi pengajian pula, pengajaran dan pembelajaran adalah proses
untuk guru atau pensyarah akan mengajar sesuatu ilmu kepada para pelajar supaya
pelajar dapat belajar dan menguasai isi kandungan yang diajar bagi mencapai
objektif yang dikehendaki. Menurut Kamus Dewan (2007), pembelajaran adalah
suatu proses belajar untuk mendapatkan ilmu pengetahuan dan menjalani latihan
tertentu. Ahli kognitif berpendapat bahawa pembelajaran adalah suatu proses
dalaman yang menghasilkan perubahan tingkah laku yang agak kekal (Gagne,1985).
Teknik pengajaran harus diberikan nafas baru bagi merangsang minda pelajar
untuk menjadi pelajar yang bermutu dan kreatif. Namun begitu, aras kecerdasan,
latar belakang sosial, dan kedudukan geografi pelajar adalah berbeza. Ini
mengakibatkan mereka menghadapi perbezaan dalam cara menyelesaikan pelajaran,
tingkah laku, motivasi, dan kebolehan menerima pelajaran (Berge, 2002). Bagi
menyelesaikan masalah ini disamping untuk mendapatkan proses pengajaran dan
pembelajaran yang berkesan, bahan bantu mengajar yang sistematik dan terancang
amat diperlukan.
Sejajar dengan perkembangan dunia ICT kini, perisian multimedia haruslah
diberikan penekanan terutamanya dalam proses pengajaran dan pembelajaran sesuatu
subjek. Menurut Simmons (2002), integrasi ICT dalam P&P bermaksud penggunaan
teknologi pembelajaran untuk memperkenal, mengukuh dan menambah kemahiran.
Penggunaan teknologi mesti digabungjalinkan bersama kaedah pengajaran. Guru
perlu mengintegrasi ICT untuk memberi nilai tambah kepada aktiviti P&P.
Ringkasnya peranan ICT dalam P&P akan membawa kepada kaedah-kaedah yang
baru dan inovatif dalam pembelajaran dan penilaian. Jelaslah bahawa penerapan
nilai ICT diperingkat sekolah amat diperlukan. Perkembangan dunia ICT dapat
mengubah senario pendidikan dari tradisional kepada moden.
Sistem pendidikan di Malaysia mengalami pelbagai transformasi sejak awal
lagi. Begitu juga dengan kaedah pengajaran itu sendiri yang semakin menghadapi
3
kemajuan sejajar dengan perkembangan teknologi. Pelbagai perubahan digubal
untuk mendapatkan hasil dan keberkesanan yang tinggi dalam mencapai objektif
pengajaran. Sejarah awal pendidikan di Malaysia adalah bermula dengan pendidikan
secara tradisional. Pengajaran secara tradisional ini lebih berorentasikan buku teks,
gambar rajah, dan carta. Guru pula dilihat sebagai pendita di atas pentas yang akan
menerangi keseluruhan pelajar di dalam kelas. Pengajaran dan pembelajaran secara
tradisional ini adalah bersifat satu arah dan kaedah penilaiannya pula lebih kepada
pensil dan kertas sahaja.
Cara tradisional ini kemudiannya diambil alih oleh kaedah pengajaran yang
berasaskan teknologi komputer. Ini adalah kerana komputer mempunyai kebolehan
dalam mewujudkan simulasi dan mengintegrasikan elemen multimedia yang lain
seperti grafik, animasi, audio, video, dan interaktiviti. Kaedah ini dikenali sebagai
PBK iaitu Pengajaran Berbantukan Komputer. Ini dapat membantu mempercepatkan
proses P&P dan menjadikannya lebih berkualiti. Kalat (2002) juga menyatakan PBK
yang mengabungkan teks, gambar, bunyi, dan animasi juga akan mempercepatkan
pemahaman pelajar. Kerajaan Malaysia telah merancang satu perubahan paradigma
dengan mewujudkan Sekolah Bestari. Mulai tahun 2004, sekitar 230 sekolah telah
dibekalkan makmal komputer dan dijangka akan lebih menyeluruh kesemua sekolah
di negara ini.
Sekitar tahun 2004, kebanyakkan sekolah-sekolah telah dibekalkan
kemudahan internet. Internet adalah satu medium yang mempercepatkan proses
penyampaian informasi secara globalisasi. Kaedah pendidikan kini beralih kepada
pengajaran berasaskan web secara on-line. Hasil kajian yang dilakukan oleh Noor
Adreen (2007) membuktikan bahawa penggunaan pembangunan multimedia
berasaskan laman web ini dapat meningkatkan pencapaian seorang pelajar. Bermula
dengan era web 1.0 yang merupakan generasi pertama web yang berfungsi sebagai
pemberi maklumat dan informasi yang bersifat satu arah. Segala isi kandungannya
hanya dikawal oleh pembangunnya sendiri, jadi pengunjung hanya dapat melihat isi
dari laman tersebut tanpa dapat memberi sebarang komen atau pandangan. Secara
dasarnya, sifat Web 1.0 adalah Read. Web 1.0 ini adalah kurang interaktif kerana
pengguna seolah-olah tidak dapat berinteraksi dengan isi kandungan web tersebut
selain hanya dapat menerimanya sahaja.
4
Oleh itu, terciptalah web 2.0 yang menjadi kesinambungan kepada web 1.0.
Perkembangan web 2.0 lebih menekankan pada perubahan cara berfikir dalam
menyajikan isi kandungan dan tampilan di dalam sebuah website. Sebahagian besar
cara berfikir tersebut mengadaptasi gabungan dari teknologi web yang telah ada saat
ini. Web 2.0 yang merupakan revolusi di industri komputer yang disebabkan oleh
penggunaan internet sebagai platform dalam pelbagai bidang seperti pendidikan. Ia
juga merupakan suatu percubaan untuk memahami aturan untuk mencapai
keberhasilan platform baru dalam bidang tersebut. Sifat Web 2.0 pula adalah Read-
Write. Isi kandungannya tidak hanya dikawal oleh pembangunnya sendiri tetapi
pengguna juga boleh memasukkan isi kandungan dan dikomen oleh pengguna-
pengguna yang lain. Selain itu, pengguna-pengguna dapat bertukar pendapat sesama
mereka melalui aplikasi forum dan chatroom yang telah disediakan. Sebagai contoh
web 2.0 yang dapat dilihat pada hari adalah seperti blog-blog, e-learning dan laman
web sosial seperti facebook.
Di Malaysia, kehadiran e-learning bagi menggantikan kaedah tradisional
dalam pendidikan adalah masih baru jika dibandingkan negara-negara barat dan
Eropah seperti Amerika dan United Kingdom. Definisi e-learning ini seringkali
berubah-ubah selaras dengan kemajuan teknologi pada masa kini. la juga seringkali
disalah tafsirkan dalam iklan-iklan promosi pendidikan. Bagaimanapun secara
umumnya, e-learning adalah sebarang pengajaran dan pembelajaran yang
menggunakan rangkaian elektronik (LAN, WAN atau Internet) untuk tujuan
penyampaian isi kandungan, komunikasi ataupun pemudahcara. Pengajaran boleh
disampaikan secara 'synchronously' (pada waktu yang sama) ataupun
'asynchronously' (pada waktu yang berbeza). Bahan pengajaran dan pembelajaran
yang disampaikan melalui media ini mempunyai teks, grafik, animasi, simulasi,
audio dan video. Ia juga perlu menyediakan kemudahan untuk pembincangan
kumpulan dan bantuan profesional isi pelajaran secara atas talian (on-line )
(Learnframe, 2001).
5
1.2 Latar Belakang Masalah
Perkembangan e-learning telah membawa kepada pelbagai aplikasi atau
produk baru bagi memberi peluang pembelajaran alternatif kepada pelajar. Sebagai
contoh aplikasi yang telah dibangunkan ialah program Score A, program Zoom A,
dan My Tutor. Mereka yang ingin mengakses program tersebut hendaklah membuat
langganan terlebih dahulu. Program ini telah direka khas secara terperinci bagi
menyediakan pelajar satu kaedah pembelajaran yang sempurna untuk membantu
mereka menghadapi peperiksaan. ETopic dan eAssesment direka berkonsepkan latih
tubi dan permainan serta eTrial dan ePastYearExam yang berkonsepkan peperiksaan
sebenar bagi melaksanakan keperluan ini. Pelajar boleh menilai kemajuan dan
prestasi akedemik mereka dengan mudah dan berkesan. Program ini juga
menyediakan perkhidmatan eNotes dan eDictionary yang membantu lagi
keberkesanan pembelajaran. Selain itu, terdapat juga eReport Card yang
membolehkan ibu bapa atau guru memantau prestasi akedemik pelajar.
Walaupun pihak sekolah telah menyediakan kemudahan program Score A ini
sebagai salah satu bahan bantu mengajar di sekolah-sekolah, namun penggunaannya
masih lagi belum dimaksimumkan oleh pelajar-pelajar. Melalui tinjauan awal secara
temu ramah menunjukkan masih terdapat guru-guru yang belum menjadikan ia
sebagai satu alternatif kaedah penyampaian dan pelajar-pelajar juga kurang
menunjukkan minat dan sambutan terhadap program Score A ini. Terdapat juga
sebahagian guru-guru beranggapan bahawa tutorial ini tidak sejajar dengan perkara
yang hendak diajar oleh mereka.
1.3 Pernyataan Masalah
Kebanyakkan pihak sekolah, ibu bapa, guru-guru, dan masyarakat masa kini
telah menyedari kepentingan teknologi untuk diadaptasikan ke dalam bidang
pendidikan. Oleh itu, terdapat beberapa perisian multimedia dan laman web telah
dibangunkan bagi membantu proses P&P. Pembangunan ini perlu dibangunkan
selari dengan teknologi masa kini bagi memenuhi kehendak Kementerian Pelajaran
6
Malaysia, pihak sekolah, guru-guru, dan ibu bapa itu sendiri. Program Score A
adalah antara pembangunan laman web portal pendidikan yang terbaru dan telah
mendapat perhatian oleh pelbagai pihak. Program ini menyediakan pelbagai
kemudahan seperti penyediaan nota ringkas, kamus, set soalan mengikut topik, dan
set soalan peperiksaan sebenar sebagai alternatif pembelajaran dikalangan pelajar
dan memandu pelajar untuk menghadapi peperiksaan yang sebenar.
Pihak sekolah telah melanggan program Score A secara pakej untuk
kegunaan para pelajar sebagai salah satu alternatif kaedah pembelajaran. Namun
begitu, melalui tinjauan awal yang telah dibuat didapati penggunaannya dikalangan
para pelajar adalah masih rendah. Oleh itu, pengkaji ingin melihat kekerapan
penggunaan program Score A di dua buah Sekolah Menengah di daerah Muar serta
mengenal pasti faktor-faktor yang menggalakkan serta yang menghalang penggunaan
Score A ini dikalangan pelajar-pelajar sebagai salah satu alternatif kaedah
pembelajaran.
1.4 Objektif Kajian
Objektif kajian ini adalah untuk :
1.4.1 Mengenalpasti kekerapan penggunaan program Score A dikalangan pelajar
mengikut matapelajaran dalam tempoh seminggu sebagai alternatif kaedah
pembelajaran di sekolah.
1.4.2 Mengenalpasti faktor-faktor yang menggalakkan penggunaan program Score
A dikalangan pelajar.
1.4.3 Mengenal pasti faktor-faktor yang menghalang penggunaan program Score A
dikalangan pelajar.
7
1.5 Persoalan Kajian
Beberapa persoalan yang akan dijawab dalam kajian ini adalah seperti
berikut:
1.5.1 Berapakah jumlah kekerapan penggunaan program Score A mengikut
matapelajaran dalam tempoh seminggu dikalangan pelajar?
1.5.2 Apakah faktor-faktor yang menggalakkan penggunaan program Score A
dikalangan pelajar?
1.5.3 Apakah faktor-faktor yang menghalang penggunaan program Score A oleh
pelajar?
top related