perjalanan hokiusm
Post on 19-Feb-2016
225 Views
Preview:
DESCRIPTION
TRANSCRIPT
PERJALANAN PESTA HOKI
Penganjuran Pesta Hoki USM-Penang International 2012 (Pesta Hoki) bukan sekadar
pertandingan semata-mata namun banyak pihak boleh mempelajari sesuatu daripada acara
sebegini.
Menurut Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal dan Pembangunan Pelajar (TNCHEPP)
Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Adnan Hussein, siswa-siswi yang terlibat sebagai
sukarelawan dalam acara pesta hoki dapat menimba pelbagai pengalaman dalam
menguruskan acara yang bertaraf antarabangsa sebegini.
“Bagi siswa-siswi, penganjurannya bukan sahaja memastikan perjalanan pesta hoki ini
berjalan dengan lancar malah yang lebih penting ialah cara mereka bekerja dalam satu
pasukan,” katanya. “Terdapat setiap kaum yang mewakili jawatankuasa dalam Pesta Hoki
dan menjadi identiti kepada acara ini,” tambahnya lagi.
Beliau berkata antara kejayaan penganjuran Pesta Hoki selama 39 tahun ini dapat memupuk
semangat berpasukan, bertolak ansur dan bekerjasama dalam kalangan siswa-siswi USM.
Selain itu, peserta dari luar negara juga bukan sekadar menyertai pertandingan hoki tetapi
akan mempelajari kehidupan dan budaya yang diamalkan oleh masyarakat Malaysia.
“Semangat kesukarelawan dan pengorbanan yang tinggi telah diterapkan dalam Pesta Hoki
dan menjadikan ia sebagai identiti kepada USM di peringkat antarabangsa,” katanya.
Beliau turut berharap agar Pesta Hoki dapat dijadikan contoh terbaik bagi siswa-siswi dalam
menjalankan acara-acara yang akan datang selain pemilihan jawatankuasa yang terdiri
daripada pelbagai kaum.
Pesta Hoki USM-Penang International yang baru berlangsung merupakan pengalaman
pertama STAR menyertai kejohanan 3 hari ini. STAR buat pertama kalinya menghantar
pasukan bawah 15 Tahun untuk bertanding dalam kategori Junior Boys. STAR telah
diletakkan bersama pasukan Gold Team (Sri Lanka), Majlis sukan Sekolah-sekolah Selangor
B dan Penang Free School dalam kumpulan F.
STAR bertuah kerana dapat bermain dengan pasukan hebat dan bertaraf antarabangsa. Dalam
aksi pertama STAR bertemu dengan Gold Team (Sri Lanka). Sri Lanka menampilkan corak
menyerang yang kemas dan kemenangan memihak kepada mereka dan STAR tewas 0-1.
Perlawanan ke dua merupakan perlawanan hidup atau mati STAR. Jika tewas STAR akan
gagal ke peringkat ke dua. Dan STAR turun dengan aksi yang lebih meyakinkan dalam
perlwanan ke dua, STAR menang 2-0 mengatasi MSS Selangor hasil jaringan Iqbal Ramlan
untuk ke dua-dua gol.
Melengkapkan jadual pada hari pertama STAR dijadualkan menentang Penang Free School,
sekolah ternama dalam sukan hoki. Turun selaku underdog, STAR akhirnya berjaya
mewaskan PFS buat pertama kali dengan kemenangan 1-0 hasil jaringan Izham Nishah.
Alhamdulillah STAR berada pada ke dudukan ke dua kumpulan dan layak ke pusingan ke
dua.
Pusingan ke dua menyaksikan STAR bertemu Chinese Taipie. Tamat masa perlawanan
sebenar kedudukan terikat 0-0 walaupun STAR memiliki banyak peluang untuk
menjaringkan gol sama ada melalui gol padang atau PC. Keputusan seri membawa kepada
Penalti Stroke. namun , sayangnya STAR tewas 0-1.
top related