peristiwa 13 mei

Post on 24-Jun-2015

522 Views

Category:

Documents

9 Downloads

Preview:

Click to see full reader

TRANSCRIPT

Disediakan oleh : Bee Aini ak Bina

Dayang Norhafizah Bt Abang ShamatHalimah Bt Wahah

Normasheeda Bt SallehNur Sharmimi Bt Bakar

PENGENALAN PERISTIWA 13 MEI PUNCA-PUNCA PERISTIWA 13 MEI TINDAKAN KERAJAAN BAGI

MENGHALANG PERISTIWA 13 MEI KESAN PERISTIWA 13 MEI KESIMPULAN

Kedatangan kaum lain seperti China dan India kerana berdagang dan bermastautin di Tanah

Melayu

Kaum Melayu sememangnya mempunyai sistem pentadbiran sendiri

Sistem pentadbiran adalah secara berasingan mengikut

pekerjaan kaum masing-masing.

RENTETAN PERISTIWA

Perkembangan Parti

Komunis (Kesedaran politik orang

Cina)

Generalismo Chiang Kai Shek hapuskan anasir komunis (1927)

Kuomintang

(1912)

Dakyah pemberontakan Cina semakin kuat (1926)

Kuomintang dipengaruhi kuat oleh Komunis (1923)

Kerajaan British tubuhkan Malayan Union ( Negeri Melayu + Negeri Selat Pulau Pinang & Melaka)

Orang Melayu membantah kerana :

Melemahkan kedaulatan Raja-Raja Melayu

Orang Melayu hilang keistimewaan identiti

politik : kewarganegaraan dibuka kepada semua orang

MALAYAN UNION dibubarkan menerusi parti UMNO dan pembentukan

Persekutuan Tanah Melayu yang menentang

Rancangan Mac Micheal yang menjadi lambang

perpaduan bangsa Melayu.

KEGANASAN MPAJA

Pada awal Perang Dunia Kedua, Parti Komunis Malaya (MCP) dilatih oleh Inggeris sebagai pasukan pertahanan

menentang Jepun.

Ahli semakin bertambah dan Tentera Bebas Anti Jepun Rakyat Malaya (MPAJA) telah ditubuhkan dan dianggotai

oleh orang Cina.

Tujuan sebenar MPAJA ialah untuk merampas kuasa di Malaya selepas Jepun dikalahkan

JEPUN KALAH

1945- MPAJA keluar daripada

hutan dan melakukan

penganiayaan terhadap orang

Melayu dan orang Cina di luar Bandar

20 Jun 1948-

Darurat diisytiharka

n untuk mengelakkan ancaman

komunis

Berikutan keganasan MPAJA, Kerajaan Inggeris sedar untuk meneruskan konsep

1 bangsa Malaya menerusi :

1949 & 1951 : Kerajaan galak pemuda Cina

mengikuti pasukan polis tetapi gagal. Hanya 200 orang

yang muncul.1950 : Kerahan Tenaga Rakyat

( National Service ) dikuatkuasakan namun 10 000

pemuda India dan Cina lari ke China

untuk mengelakkan panggilan berkhidmat

1952- Cubaan mengambil

2000 pemuda Cina untuk

sertai National Service turut

gagal walaupun MCA

menawarkan hadian $50 -

$300 .

KOMUNIS MENCUBA LAGI

Komunis berjaya diusir pada awalnya tapi rupa-rupanya dalam senyap mereka melengkapkan diri dalam

politik untuk mengambil alih Tanah Melayu dengan melemahkan rakyat melalui isu ekonomi dan perkauman.

USAHA PIHAK KOMUNIS

1967-Berikutan mata penurunan nilai mata wang, lalu ejem

Maon menyebarkan propaganda dan menghasut rakyat terutamya di Pulau

Pinang-Hasutan berjaya

- 24.11.1967, Pertempuran Melayu- China berlaku

USAHA PIHAK KOMUNIS

1968-13 pengkhianat negara (2

Melayu +11 Cina) dikenakan hukum mati

-Ejen Mao berjaya menghasut dan membangkitkan perasaan perkauman dalam kalangan

rakyat dunia-Hukum bunuh tidak diteruskan kerana Perdana Menteri minta

hukuman diubah menjadi penjara seumur hidup

USAHA PIHAK KOMUNIS

24 April 1969-2 minggu sebelum pilihan raya

umum, pekerja UMNO mati dibunuh oleh anasir sabversif di

Pulau Pinang.--Ada kaitan dengan Mao kerana mereka giat menghasut rakyat untuk memulaukan pilihan raya

umum--Untuk elakkan kontroversi dan rusuhan kaum, pemimpin UMNO

mengarahkan mayat mangsa dikebumikan secara senyap.

Perasaan syak sememangnya telah lama wujud dalam diri setiap orang melayu dan orang cina.

Hal ini membawa kepada satu perasaan tidak puas hati antara satu sama lain.

Kebiasaannya pergaduhan berlaku apabila sesuatu komuniti yang mendiami sesuatu kawasan terdiri aripada bangsa China dan terdapat kumpulan kongsi gelap.

Krisis ini semakin teruk apabila suatu ketika Kerajaan United Kingdom berhasrat menganugerahkan Pulau Pinang sebagai bandaraya.

Namun keputusan oleh kerajaan british disambut dengan pelbagai reaksi oleh rakyat.

UMNO menyatakan hasrat mereka untuk tidak menyertai perarakan atas alasan politik yang tidak stabil.

Namun hasilnya syak wasangka terhadap orang melayu semakin tersebar sehingga ada khabar angin yang menyatakan kononnya orang Melayu akan menyekat dan cuba untuk memboikot perarakan itu.

Pada hari perarakan, 2 Januari 1957 khabar angin yang menyatakan perihal orang Melayu masih kedengaran.

Secara kebetulan kenderaan Polis yang menyertai perarakan dipanggil untuk menyiasat satu kes.

Bangsa China menyalahtafsirkan tujuan kenderaan Polis berpatah balik. Mereka membuat kesimpulan sendiri dengan menyatakan bahawa orang Melayu akan menyerang dari arah belakang namun sebenarnya perkara tersebut tidak berlaku.

Dengan serta merta salh sebuah kerata perarakan dipecah dan bahan yang ada pada badan kereta itu digunakan sebagai senjata.

Tidak cukup dengan itu mereka melengkapkan diri dengan parang pemotong daging,kapak dan sebagainya.

Melihat kepada keadaan yang semakin tegang, pihak Polis cuba untuk menghalang sesuatu buruk akan berlaku.

Namun, hampir 50 orang China mengejar beberapa orang melayu kesebuah rumah berhampiran.

Pegawai polis yang berbangsa China cuba meleraikan namun dia mengalami kecederaan apabila kepalanya ditetak dengan kapak.

Berikutan kejadian itu, seoarang bangsa China mati an beberapa orang lagi cedera.

Ekoran daripada kejadian itu beberapa serangan kecil terjadi lagi. Salah satunya aalah pada 8 Januari 1957 yang menyebabkan empat terbunuh dan 48 lagi cedera.

1 Mei 1959- pentengkaran antara seorang China dan seorang Melayu di Sungai Pinang.

Peristiwa itu telah menyebabkan Orang China menyerang orang Melayu dan menusnahkan harta mereka. Dalam kejadian sedemikian, 3 orang Melayu cedera dan harta mereka dimusnah teruk.

Ekoran itu, Orang Melayu tampil dengan lebih 20 orang yang bersenjatakan pisau dan parang tampil untuk bersemuka dengan orang cina seramai 30 orang yang turut dilengkapi dengan pelbagai senjata.

Namun perbalahan itu tidak diteruskan apabila pihak Polis tampil tepat paa masanya.

2 Mei 1959- Imam masjid mengaakan mesyuarat untuk mengetatkan kawalan keselamatan.

Bimbang orang melayu akan bertinak jauh, Orang China seramai lebih 60 orang lengkap dengan pelbagai senjata membanjiri perkarangan masjid untuk menyerang.

Orang melayu bergegas pulang ke rumah untuk melengkapi diri mereka dengan pelbagai senjata.

Dalam petempuran itu, sebuah markas konsi gelap orang China dibakar dan enam buah rumah dikawasan berdekatan kediaman mereka turut dibakar.

Kejadian itu menambah kemarahan orang China sehingga membuatkan mereka bertindak untuk menyerang beberapa orang melayu dan memusnahkan banyak harta benda.

Perintah berkurung akhirnya diistiharkan pada 3hb Mei 1959.

Perintah ini melarang sekeras-kerasnya penduduk untuk keluar masuk ke Pulau Pangkor.

Sehubungan itu, Perdana Menteri dan timbalan perdana Menteri dan beberapa menteri lain datang melawat Pulau dan menasihati penduduk supaya bertenang.

Di bukit Mertajam, kekacauan tercetus apabila suatu perkelahian kecil berlaku pada 11 Julai 1964.

Seorang pekerja Melayu diserang dengan Cangkul oleh bangsa Cina.

Ekoran rasa tidak puas hati, pekerja Melayu itu cuba melaporkan kepada ketua dipejabatnya.

Kira-kira 40 orang China telah muncul. Tiga daripadanya telah masuk ke

dalam pejabat lalu menyerang pekerja itu.

Pekerja Melayu tidak puas hati dengan tindakan Polis lalu meneruskan hasrat untuk memberitahu Pengerusi Majlis Daerah tentang perkara itu.

Keesokkan harinya akhirnya pekerja melayu itu berjaya melaporkan perkara tersebut kepada Pengerusi Majlis Daerah.

Setengah jam kemudian terjadilah pertempuran antara melayu dan China.

Seorang masing-masing tercedera.

Keesokkan harinya kejadian serang menyerang telah berlaku di daerah Bukit Mertajam. Seorang orang China terbunuh dan beberapa yang lain tercedera.

Kejadian yang menimpa pekerja melayu itu sebenarnya menaikkan kemarahan dan perasaan dendam dengan cepatnya.

Perintah berkurung juga dikemukakan pada 14 Julai 1964 selama 10 hari untuk mengelakkan perkara menjadi lebih serius.

Namun selepas kajian, tiada bukti yang menunjukkan bahawa peristiwa itu berlaku atau dipergunakan oleh mana-mana parti politik atau anasir-anasir subvertif.

Namun terdapat juga sumber menyatakan bahawa ahli kongsi gelap mengambil kesempatan dengan menakutkan penduduk tempatan dengan meminta wang perlindungan.

Soal perkauman telah dikemukakan semasa proses pilihanraya berlangsung.

Perbuatan oleh individu yang tidak bertanggungjawab ini bertujuan untuk memancing undi secara tidak langsung telah mengapi-apikan perasaan perkauman diantara dua pihak.

Pihak terlampau telah memberi gambaran yang salah serta menancam Fasal 153 dalam perlembagaan dengan menakutkan orang-orang Melayu dan menyatakan mereka akan dikuasai oleh orang bukan Melayu.

Terdapat juga pihak yang mempersoalkan hak-hak Melayu dari segi sejarah dan kedudukan mereka sebagai bumiputera.

Ucapan semasa pilihanraya sangat berbeza bergantung kepada kaum mereka.

Teknik yang serupa digunakan untuk penerbitan risalah dan manifesto yang dikeluarkan kepada umum.

Sebaran yang menyatakan bahawa orang melayu mendapat keistimewaan dalam jawatan Kerajaan sering dibangkitkan.

Namun hakikatnya jumlah pekerja Melayu dalam perkhidmatan Kerajaan adalah sangat jauh berbeza dengan kedudukan orang bukan Melayu alam Perkhidmatan Kerajaan.

Namun sektor yang jarang diceburi orang bukan melayu dipelopori oleh orang Melayu hampir keseluruhan seperti Polis dan Askar.

Atas sebab itu orang Melayu berpendapat ada pihak yang sengaja memutarbelitkan fakta,

Orang-orang Melayu yang sememangnya telah merasa tersisih dalam bidang ekonomi mula merasakan kedudukan mereka dalam sektor perkhidmatan akan terancam.

Perdana Menteri turut memberi amaran terhadap segala kata-kata yang berunsur hasutan yang secara jelas membangkitkan perasaan perkauman dalam kalangan masyarakat di Tanah Melayu.

Kuala Pilah, 15 April – Jangan menyentuh Fasal 153 dalam perlembagaan keran kuatir akan membangkitkan lagi rasa perkauman dalam diri rakyat.

Terdapat ahli politik yang bersifat perkauman di dalam pilihanraya telah berat sebelah dalam menjalankan undang-undang.

Golongan ini telah merendahkan martabat undang-undang sehingga da yang tidak lagi menghormati undag-undang.

Kempen seumpama itu sadikit sebanyak menganggu gugat perkembangan dalam masyarakat. Yang jelas terbahagi megikut landasan keturunan, kebudayaan dan ekonomi.

Gambaran yang salah ini sememangnya menyebabkan berlakunya ketegangan dalam masyarakat.

Ketiadaan susunan asas mengenai undang-undang, keselamatan dan kewangan.

Sesetengah mereka menjadi ahli cawangan Parti Buroh Malaya yang dikuasai oleh komunis.

Perjanjian Pangkor telah ditandatangani dalam tahun 1874.

Kegiatan dan ejen-ejen kongsi gelap telah mencetuskan susana tegang antara kaum pada peringkat yang merbahaya.

Perarakan besar pro Mao yang mengandungi kira-kira 10,000 orang telah diadakan pada 9 Mei.

Mereka melaungkan cogan kata Mao,menyanyi lagu “the East is Red” sambil menyakitkan hati orang Melayu dengan kata-kata “Malai Si”.

Parti Tindakan Demokrat dan Gerakantelah mengadakan perarakan

kemenanganpada 11 dan 12 Mei 1969.

Selain itu,perarakan DAP telahmencetuskan perlakuan yang tidak

diingini.

Dalam perarakan tersebut,kelakuan yang nyata ialah sifat sombong, menggunakan perkataan dan kelakuan yang kasar dan lucah serta sengaja melaungkan kata-kata yang menimbulkan perasaan marah kepada golongan Melayu.

Walaubagaimanapun,masyarakat Melayu tetap bersabar dan hanya berasa bimbang dan ragu terhadap kebolehan kerajaan dalam mengatasi perkara tesebut serta ingatan terhadap ‘mahkamah maharajalela’ 1945.

Menurut kenyataan dari Haji Ahmad Razaliyang telah dibuat kepada polis; Pada 12 Mei 1969,pemuda UMNO

hendak membuat perarakan bertujuan untuk menunjuk kepada parti pembangkang kerana tidak kalah dalam pilihanraya Negeri.

Perarakan telah diadakan pada 13 Mei 1969,pukul 7.30 malam,dan tempat berkumpul di kediaman Menteri Besar.

Pada malam 12 Mei,beliau telah pergi ke kampung Melayu untuk menghubungi Ketua-ketua UMNO.

Negara diisytiharkan darurat pada malam 16 mei  1969 .

Dengan pengistiharan ini, Perlembagaan Persekutuan telah digantung. Negara diperintah secara terus oleh Yang DiPertuan Agong dibawah undang-undang tentera.

Darurat dilakukan di seluruh negara kerana tiada jalan lagi yang berkesan untuk menghadapi keadaan yang sedang berlaku.

Mageran telah melakukan pelbagai tindakan untuk mencari punca dan penyelesaian agar trajedi tersebut tidak berulang.

Diantara tindakan yang diambil ialah membentuk satu Rukun Negara bagi meningkatkan kefahaman rakyat pada perlembagaan negara.

Turut dilakukan ialah melancarkan Dasar Ekonomi Baru untuk menghapuskan pengenalan kaum dengan satu aktiviti ekonomi dan membasmi kemiskinan tegar dan membentuk Barisan Nasional yang bersifat sebagai sebuah kerajaan perpaduan.

Keputusan telah diambil bagi mencari jalan penyelesaian termasuklah penubuhan beberapa badan seperti Majlis Perundingan Negara, Dasar Ekonomi Baru,  dan Rukun Negara telah diciptakan.

Tertubuhnya Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) yang dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tun Abdul Razak Hussein.

Terbentuknya Rukun Negara pada 31 Ogos 1970 oleh Mageran.

Mageran dibubarkan pada 1971 dengan pemulihan Parlimen.

Wujudnya pelbagai etnik di Malaysia. Ketidakseimbangan ekonomi dalam

kalangan kaum di Malaysia.

Peristiwa pahit 13 Mei 1969 bukan sahaja dicatat sebagai sejarah pertelingkahan kaum yang menggariskan sempadan - sempadan yang harus diteliti dan dipelihara oleh semua pihak, malah ia turut memaparkan rahsia-rahsia pembinaan negarabangsa yang mencakupi bidang-bidang politik, sosial dan ekonomi serta betapa pentingnya integrasi nasional. Andaikata petanda-petanda yang diperolehi itu gagal dimanfaatkan sudah tentu cita-cita untuk membina Malaysia sebagai sebuah negara maju dan makmur akan menjadi bayangan sahaja.

Akibat daripada rusuhan maut tersebut, kesesakan jalanraya turut berlaku.

Polis dan tentera sedang mengawal Panggung Odeon yang menjadi sasaran

rusuhan.

Anggota FRU semasa rusuhan 13 Mei berlaku.FRU juga dikenali sebagai Pasukan Simpanan

Persekutuan.

Askar Melayu

Komunis Malaya

Tunku Abdul Rahman , 2007, 13 mei sebelum dan selepas, Utusan Publications & Dstributors Sdn. Bhd., Kuala Lumpur.

Majlis Gerakan Negara Malaysia, 1969, Trajedi 13 Mei, Kuala Lumpur.

http://ms.wikipedia.org/wiki/Peristiwa_13_Mei http://ms.shvoong.com/humanities/h_history/1652218-peristiwa-1

3-mei/ http://www.mesra.net/forum/index.php?showtopic=39509&mode=t

hreaded http://tatiuc.edu.my/syahrul/peristiwa_13_mei.htm http://www.kbistari.uum.edu.my/merdeka/content/knowledgebase/

kb_view.asp?kbid=43

top related